Walaupun
banyak pendokumentasian dan kajian
secara deskriptif telah dijalankan oleh sarjana Barat namun seni Islam masih
kekal sehingga kini merupakan bidang yang diabaikan jika dibandingkan dengan
kajian tentang kedalaman makna batiniah
yang berkaitan dengannya. Sejak citarasa sejarawan seni Barat telah
dibentuk oleh beberapa abad dengan seni berpaksikan kepada kemanusiaan dari
Renaisan, dan malah sebelum itu daripada seni suci berdasarkan pada ikon dan
kemudiannya pada arca, sarjana Barat secara tidak menduga mendapati terdapat
juga aliran seni yang hebat daripada India dan Timur Jauh yang dikatakan lebih
menarik daripada yang berunsurkan Islam jika dilihat daripada kaca mata bukan
daripada tamadun Barat. Sejak beberapa abad lalu perbincangan yang lebih
mendalam mengenainya secara beransur-ansur mula muncul pada kesenian India dan
Timur Jauh, bilamana mendedahkan simbolisme dan prinsip-prinsip metafizik
daripadanya. Aktiviti ini boleh dikatakan telah memuncak dalam tulisan-tulisan
A. K. Coomaraswamy, yang mula terserlah dimana sebelum ini dunia berbahasa
Inggeris sukar untuk menerima
keluarbiasaan yang terdapat pada seni
tradisional India dan juga adalah berperanan besar dalam menghubungkannya
dengan zaman pertengahan Eropah.
Sementara itu,
walaupun beberapa karya-karya tertentu inspirasi daripada seni Islam muncul di
sana sini, seni Islam terus menjadi bidang yang jarang dibincangkan samasekali terutama
dari segi makna simboliknya. Bentukan seni utama seperti kaligrafi dianggap
hanya sebagai "hiasan" atau "seni kecil" dan orang hanya
melihat bentuk seni tradisi ini sebagai satu yang tidak berharga walhal di tempat lain dipandang tinggi. Di samping
itu, orang-orang yang tertarik dengan seni Islam mengatakannya sebagai
"abstrak" adalah satu tanggapan yang tidak tepat terhadapnya. Mereka
berpendapat bahawa seni Islam adalah abstrak dalam erti yang sama seperti seni
moden Barat, sedangkan kedua-duanya berdiri sendiri antara satu sama lain.
Misalnya salah satu bentuk abstrak itu
adalah bangunan pencakar langit berkaca yang terpacak di bandar-bandar
yang termoden, dan binaan yang selainnya
adalah Masjid Shah dan Taj Mahal. Satu yang bertujuan untuk lari daripada
kehodohan bentuk naturalistik dan keringkasan bentuk seni Eropah abad
kesembilan belas yang berpaksi kepada abstraksi matematik yang berasaskan hanya
pada rasional manusia. Satu lagi adalah dalam melihat arketip tinggalan
spiritual empayar yang direalitikan secara konkrit apa yang dipanggil di dunia
ini tidak lain yang ada hanyalah bayang-bayang dan abstrak. Oleh itu, ia bertujuan untuk mengatasi
bayangan ini dengan kembali semula
ke dunia realiti yang benar-benar
konkrit dalam dunia ilusi dan abstraksi yang sifatnya melupakan kejadian
manusia. Proses yang dinamakan"abstraksi" dalam seni Islam, berbeza
sekali dengan seni abstrak moden yang hanya semata-mata berpusatkan pada
rasional manusia. Abstraksi dalam seni Islam melihat akal dalam erti kata suatu
penglihatan kepada dunia rohani dan mengangkat kebendaan dengan tanpa
bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang turun dari tahap yang lebih tinggi
dari kosmik dan akhirnya Realiti Metakosmik.
Penulisan-penulisan
Titus Burckhardt mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membawa pencerahan awal di dunia moden Barat tentang
prinsip-prinsip asas kesenian Islam dan memuncakkan perhatian mereka pada seni
Islam seperti apa yang Coomaraswamy lakukan untuk seni India. Burckhardt
sendiri telah menyebut di dalam hasil penulisan buku-bukunya sebelum ini yang
seni Islam berasal dari perkahwinan kebijaksanaan (hikmah) dan ketukangan (Fann
atau Sina'ah). Oleh itu untuk menjelaskan seni ini secara mendalam memerlukan
pengetahuan yang mendalam kedua-duanya, apa yang dimiliki oleh Burckhard adalah
satu keajaiban. Beliau sudah dikenali sebagai salah sseorang daripada pakar
tasawur yang mahir di Barat dan karyanya ‘Pengenalan kepada Doktrin Sufi’ yang
juga adalah terjemahan daripada Ibn Arabi dan 'Abd al-Karim al-Jili, telah
menjadi telah menjadi suatu yang klasik. Beliau bercakap dari dalam tradisi
Sufi dari aspek hikmah dengan mendalam dengan mendalaminya hanya boleh datang
dari pengalaman sebenar dan direalisasikan melalui dunia Roh.
Selain itu, Burckhardt sendiri sebenarnya adalah seorang
pelukis, namun bukanlah sebagai pelukis modenis. Beliau banyak menghabiskan
hidupnya berhubung rapat dengan adiguru-adiguru kesenian di Afrika Utara yang
mana beliau juga memainkan peranan penting dalam menyelamatkan kota Fez dan
seluruh hidupnya diabadikan dengan artistik-artistik tradisi. Dirinya
diperlengkapkan dengan cara yang unik dengan menggabungkan kelayakan yang perlu
untuk memperjelaskan kepada dunia Barat bahawa definisi seni Islam bukan
sekadar dari makna dan apa yang diperhatikan kepentingan rohaniah.
Di dalam halaman yang berikutnya, pembaca tidak akan dihidangkan
dengan dokumentasi lengkap setiap aspek seni Islam, yang sudah tentu mustahil
semuanya untuk dimuatkan dalam satu jilid buku. Beliau akan mendedahkan asas seni ini dan dengan
kunci inilah beliau boleh membuka pintu khazanah seni Islam di mana sahaja
ianya ditemui. Penulis memperjelaskan seni Islam sebagai penurunan langsung
prinsip dan bentuk wahyu Islam dan bukan sebagai pertambahan cerita sejarah
yang sengaja digabungkan bersama-sama, sebagaimana kebanyakan ahli sejarah seni
mahu kita mempercayainya. Burckhardt bermula dengan Asal Usul dunia bentuk
dengan Kaabah dan membawa pembaca melalui aspek-aspek utama seni Islam,
hubungan seni ini pada liturgi, polarisasi antara orang nomad dan penduduk
tetap seterusnya kepada sintesis utama seni Islam dan seni bina Islam, dan
akhirnya ke perbandaran Islam, di mana semua perbezaan aspek seni Islam dapat
dilihat dalam hubungan semula jadi mereka dengan irama kehidupan yang ditentukan oleh Hukum Allah dan diterangi
oleh kehadiran cahaya rohani yang terkandung dalam Sufisme.
Dalam karya-karya beliau
sebelum ini, terutama Sacred Art in East and West and Moorish Culture in Spain,
Burckhardt telah menulis beberapa halaman yang sangat mendalam mengenai seni
Islam. Dalam karya terkini ini beliau membawa pengalaman hidupnya secara
zahiriah dan batiniah bersama-sama dalaam menghasilkan kerja yang tiada taranya
ini, di mana akhirnya seni Islam itu didedahkan dengan rupanya yang
sebenar-benarnya, inilah yang dinamakan
sebagai permata duniawi terhadap semangat wahyu Islam serta mencerminkan
realiti syurga di bumi, refleksi
perjalanan hayatnya seorang Muslim yang berjalan di atas alam ke arah
Maha Pencipta, untuk Realiti yang Awal
dan Akhir melalui seni ini.
Seyyed Hossein Nasr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan