Pameran solo pertama 'Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006' ini merupakan satu pameran retrospektif atau mengimbau semula hasil-hasil lukisan yang pernah saya hasilkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Walaupun pengkhususan saya semasa mengikuti pengajian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM atau dengan lebih tepat lagi di Jabatan Seni Halus adalah dalam bidang Seni Arca, lukisan merupakan aspek yang paling asas dan sangat penting diberi tumpuan dalam semua institut pengajian tinggi yang menawarkan jurusan seni kreatif seperti seni lukis, seni reka, senibina, multimedia, animasi dan lain-lain.
Isnin, 30 Ogos 2021
Ulasan Katalog - 'Faizal Sidik: Drawing 1996-2006'
Tajuk: 'Faizal Sidik: Drawing 1996-2006'
Muka surat: 38 halaman,
Tahun: 2017
Harga RM 9 (ebook)
Sebanyak 50 hasil lakaran dan lukisan telah dihimpunkan namun banyak lagi hasil lukisan saya sepanjang sepuluh tahun itu tidak berada di dalam pameran solo ini, jika anda melihat folio yang telah saya letakkan di hadapan ini, sebilangannya telah menjadi koleksi simpanan oleh institut pengajian tinggi, galeri atau rumah seni dan orang perorangan, ada juga hasil lukisan yang telah saya hadiahkan kepada galeri-galeri pameran untuk mencari sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan NGO yang memerlukan sumber dana mereka.
Kandungan:
A Decade of Change Under One Roof-Geetha Krishna 4
Pameran Solo Faizal Sidik-Ahamd Syukran Zainuddin 6
Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006 8
Faizal Sidik: Drawing 1996-2006 10
Karya 12
Biodata 37
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan