Jumaat, 20 Ogos 2021

Ibrahim Hussein menolak tawaran karya 'Soup Campbell' percuma oleh Andy Warhol

 Oleh: Faizal Sidik


Ooi Kok Chuen, 'Andy Warhol: A Malaysian Impression', News Straits Times, Mac 1987



Pada tahun 1977 Ibrahim Hussein telah dijemput oleh sebuah galeri di Kuwait untuk mengadakan pameran solonya yang ke-10 iaitu di Dhait Abdullah Al Salam Gallery, pameran yang dianjurkan oleh Majlis Kesenian dan Kesusasteraan Kerajaan Kuwait itu menjemput pelukis pop Amerika iaitu Andy Warhol untuk  turut bersama bagi memeriahkan pameran itu kerana Ibrahim Hussein (Ib) dan Andy Warhol ada pelukis pop utama di dalam negara mereka.

Di dalam perbualan Ib dengan Andy beliau berhajat untuk membeli edisi karya 'Soup Campbell' yang dihasilkan oleh Warhol daripada November 1961 hingga April 1962. Mendengar permintaan Ib itu sebagai seniman sealiran dan sezaman dengannya Andy ingin memberikannya kepada Ib dengan percuma. Namun Ib menolak secara baik tawaran Andy itu dan mengatakan bahawa beliau juga adalah juga seorang seniman yang menghargai karya seni seniman yang lain dan ingin membeli sebagai satu penghormatan.

Karya yang dibeli oleh Ibrahim Hussein itu kemudiannya dipamerkan di studio merangkap galeri beliau di Bukit Pantai. Kehadiran penulis seni Ooi Kok Chuen yang menulis tajuk berita di atas untuk mengimbau kenangan Ib bersama  dengan Andy sebelum ini sejurus kematian Andy Warhol pada 22 Februari 1987 pada usia 59 tahun. Dalam pameran solonya di Kuwait sebelum ini Ib sempat mendapatkan tandatangan Andy dimana tertera nama 'IBrahim' disebelah tandatangan Andy Warhol yang ketika itu berusia 49 tahun manakala Ib 41 tahun.

Di atas kehilangan rakan seperjuangnnya sepuluh tahun selepas itu Ib telah menghasilkan sebuah karya potret pop Andy Warhol dengan stail Ib dengan tajuk 'Warhol in Memory 1987'. Karya sutera saring dan akrilik atas kanvas ini bersaiz 172.8 cm x 251.6 cm. Catan ini memperlihatkan dua potret Andy yang berwarna jingga dan biru dimana stail alunan garisan oleh Ib dilakar pada raut wajah dikedua-dua muka Andy. Dibahagian tengah antara keduannya tertera coretan bibit petikan kata oleh Andy yang mungkin juga pernah dikongsikan semasa perbualan Andy dan Ib yang berbunyi "Kini saya menggunakan sutera saring. Saya fikir seseorang telah menghasilkan karya seni untuk saya. Saya tidak mampu menghasilkan setiap imej bekenanan berulang-ulang kali seperti yang pertama dengan tepat dan mudah. Saya juga fikir ada baiknya jika lebih ramai lagi orang yang menggunakan sutera saring kerana tiada siapapun  yang sedar samada karya ini dihasilkan oleh saya sendiri atau orang lain". Di bawahnya terdapat tandatangan Andy Warhol yaag tertera salinan cetakan nama 'IBrahim' iaitu tandatangan Andy untuk Ib sebelum ini.


Gamabar bersama tahun 1977 Andy (49 tahun) dan Ib (41 tahun)



Tandatangan Andy untuk Ib yang tertera nama 'IBrahim'


Sebuah catan penghormatan akhir untuk Andy oleh Ib yang bertajuk
 'Warhol in Memory 1997'













Tiada ulasan:

Catat Ulasan