Rabu, 23 Disember 2015

Terjemahan Teks 'Seven Days in The Art World': Analisis Istilah dan Kata Pinjaman

Oleh: Faizal Sidik




Kemudian, Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat dari Tuhannya, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Pengenalan
Al-Quran ayat 37 di dalam surah Al-Baqarah ada menyebut mengenai manusia yang mula-mula diperkenalkan dengan kata-kata ialah Nabi Allah Adam a.s. Nabi Adam menerima beberapa kalimat yang diperturunkan oleh Allah s.w.t untuk memohon kemaafan daripadaNya. Peristiwa ini berlaku setelah Nabi Adam a.s. dan Hawa telah memakan buah yang dilarang oleh Allah s.w.t . di syurga. Akibatnya Allah s.w.t telah memurkai Nabi Adam a.s.  dan Nabi Adam a.s. ingin memohon ampun lalu Allah s.w.t mengajarkan kepadanya beberapa perkataan untuk Nabi Adam a.s. lafazkan. Daripada peristiwa ini maka manusia pada hari ini mengetahui bagaimana bahasa itu diilhamkan atau istilah itu diciptakan. Semuanya adalah daripada kuasa Allah s.w.t yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui apa yang diucapkan.


  Rajah 1 Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (2004)


1. Glosari Seni Lukis dan Seni Reka
Dalam bidang seni lukis dan seni reka misalnya terdapat terminologi-terminologi baru wujud atas sebab kedinamikan sesuatu bidang hasil daripada pengkajian, penerokaan dan transformasi yang berlaku dalam bidang itu. Dalam bidang seni lukis terdapat transformasi peranan skop kerja misalnya istilah ‘kuratis’ iaitu artis (pelukis) menjadi kurator atau kurator yang menjadi artis. Penterjemahan istilah ini ‘kuratis’ diambil daripada perkataan Inggeris curator (kurator) dan artist (artis/pelukis). Faizal Sidik (2012) mengatakan istilah kuratis ini dicipta berdasarkan peranan yang dimainkan oleh pelukis di negara ini yang berbeza dengan negara-negara Barat. Beliau menyebut terdapat tiga mengapa transformasi pengistilahan baru ini berlaku antaranya;  (1) Mencabar keterbatasan institusi kebudayaan, (2) Penerokaan cara baru dalam melihat dan (3) Penemuan dalam pembinaan pameran.

Perekaciptaan istilah ini bukanlah baru dalam bidang seni lukis, seperti dalam Rajah 1, Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu misalnya dalam Glosari Seni Lukis iaitu termanilogi bidang seni lukis daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994 dikatakan perlu disusun semula. Selepas lebih 20 tahun penerbitan cetakan pertamanya terdapat konsep-konsep baru yang melambangkan penciptaan dan rekaan pakar-pakar bidang ini di Malaysia sendiri yang perlu didaftarkan sebagai istilah. Penyusunan semula glosari seni lukis dan seni reka seperti seni reka grafik, seni reka fesyen, seni reka industri ini dikatakan bukan sahaja terletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja kerana institusi bahasa itu hanya memulakan langkah, tetapi pengembangannya perlulah dilakukan oleh badan atau institusi yang berautoriti atau universiti-universiti yang menawarkan kursus atau pengajian dalam bidang berkenaan. Ini kerana imbal balik daripada penerbitan semuala glosari ini akan memberi faedahnya semula kepada pelajar universiti berkenaan agar fasih untuk menggunalan istilah terknikal bidang berkenaan.

2. Analisis teks
Teks yang dikaji adalah sebuah buku yang dipilih oleh akhbar New York Times dan Sunday Times (London) sebagai buku seni terbaik pada tahun 2008. Buku yang berjudul Seven Days In The Art World dikarang oleh Sarah Thorton diterbitkan oleh W.W.Norton Company Inc,  ini diterbitkan pada tahun 2008. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam sepuluh bahasa, selain telah memenangi anugerah lain seperti A January 2009 Indie List Notable Book, jualan terlaris A Maclean’s Canadian dan A Barnes & Noble “Discover Great New Writer” Selection. Pengarang buku ini iaitu Sarah Thorton berpengkalan di London mendapat ijazah pertama dalam sejarah seni dan doktor falsafah dalam sosiologi. Beliau banyak menyumbang penulisannya di dalam makalah seperti The Economist, Artforum dan The New Yorker terutamanya berkenaan dengan topik dunia dan pasaran seni.

Buku Seven Days In The Art World adalah sebuah penerbitan semula himpunan artikel oleh Sarah Thorton di dalam majalah-majalah seni dan perekonomian itu daripada tahun 2004 hingga 2007. Kemunculan buku ini kena pada masanya ketika pasaran seni kontemporari sedang meledak yang memerlukan naratif atau penceritaan baru dari sudut pandang ahli sosiologi bagaimana fenomena ini berlaku. Tajuk-tajuk di dalamnya yang berkisar perihal dunia seni dinaratifkan seolah-olah seperti catatan perjalanan dan sesi temuramah seorang peminat seni yang hanya mempunyai masa selama tujuh hari seminggu dalam melihat dunia seni secara keseluruhannya. Antara bab yang terdapat di dalam buku ini melibatkan pemain-pemain utama dalam dunia seni lukis seperti The Auction, The Crit, The Fair, The Prize, The Magazine, The Studio Visit  dan The Biennale.

Petikan terjemahan teks yang dipilih adalah bab enam dengan tajuk kecil The Studio Visit daripada muka surat 185 hingga 186. Studio visit atau lawatan studio adalah istilah yang biasa digunakan di dalam bidang seni terutama untuk merujuk ke studio atau tempat iaitu ruang pelukis menghasilkan karyanya. Apabila memberi gambaran lawatan studio biasanya yang terdapat di dalamnya adalah peralatan-peralatan yang digunakan untuk menghasilkan karya, karya-karya yang separuh siap atau dalam proses pembuatan. Pengarang buku ini telah memilih membuat lawatan ke studio pelukis kontemporari Jepun yang popular iaitu Takashi Murakami.

Teks sumber

     A living artist’s first major retrospective is a time of reckoning not just for critics, curators, and collectors but for the artist himself and his dealer. According to Blum, it is not surprising that the forty-five-year-old Murakami should be “validated” in a foreign land. “Japan is homogeneous culture. They don’t like it when someone stick out to much. They want to pound ‘em back in.” Blum looks out the window as we drive through an intersection with dizzying electronic signage. “The status of creativity is much lower here,” he continues. The art market is weak, and there isn’t a well-established museum network for contemporary art. Dissemination is difficult.”

     In order to maximize his impact and pursue all his interests, Murakami runs a company called Kaikai Kiki Co., Ltd., which has ninety employees in an around Tokyo and New York. The company is involved in what his dealer call an “insane” range of activities. It make art. It design merchandise. It acts as a manager, agent, and producer for seven other Japanese artists. It run runs an art-fair-cum-festival called Geisai, and it does multimillion-dollar freelance work for fashion, TV, and music companies. (When said in reverse, Kaikai Kiki forms a Japanese adjective, kikikaikai, which is used to refer to uneasy, strange, or disturbing phenomena).

     “Takashi is an incredibly complicated man, but he’s not precious, and there’s no horseshit,” say Blum. “His father was a taxi driver, but Takashi has a PhD...and he has curated a truly epic trilogy of exhibition exploring Japanese visual culture.” The third exhibited on, entitled “Little Boy: The Arts of Japan’s Exploding Subculture,” which was installed at the Japan Soceity in New York in 2005, won several awards.



Rajah 2 Petikan teks sumber Seven Days In The Art World oleh Sarah Thorton


Teks terjemahan

      Sebuah pameran retrospektif utama bagi seniman hidup adalah satu titik penting bukan sahaja kepada pengkritik, kurator dan kolektor tetapi juga kepada pelukis dan penjualnya. Menurut Blum, ia bukanlah satu yang mengejutkan, dengan baru berumur empat puluh lima tahun Murakami telah “diterima” di negara luar. “Jepun mempunyai kebudayaan seragam” . Mereka tidak suka apabila seseorang itu melawan arus secara keterlaluan. Mereka mahu kembali ke asal.” Blum melihat ke luar tingkap sejenak yang memancing kami turut merenung suatu persimpangan yang dipenuhi dengan papan tanda elektronik. “Tahap kreativiti agak rendah di sini,” beliau menambah. Pasaran seni lemah, dan tiada jaringan museum yang telah mantap untukseni kontemporari. Penyebarluasannya agak terbatas.”

Untuk mendapat impak yang maksimum dan mengejar cita-cita, Murakami menubuhkan syarikat yang dipanggil sebagai Kaikai Kiki Co. Ltd, yang mana mempunyai 90 pekerja di Tokyo dan New York. Syarikat ini terlibat dalam jualan karya apa yang disebut wakil jualannya sebagai “gila-gila” dalam aktiviti yang dilakukan. Syarikat beliau menghasilkan karya seni. Merekabentuk cenderahati. Beliau bertindak sebagai pengurus, ejen, dan produser untuk tujuh lagi pelukis Jepun. Beliau mengerakkan pesta seni merangkap festival yang diberi nama Geisai, dan beliau juga membuat sebarang komisen untuk rekaan fesyen, TV, dan syarikat muzik. (Apabila dilihat semula makna KaikaiKiki dalam Bahasa Jepun ia bermakna kata sifat yang bermaksud luar biasa, aneh dan mencipta fenomena)

     “Takashi seorang yang mengkagumkan lagi kompleks, namun beliau merendah diri dan tidak tikam belakang,” kata Blum. “Bapanya seorang pemandu teksi, tetapi Takashi ada PhD…dan beliau telah mengkuratorkan trilogi epik pameran seni yang meneroka budaya visual Jepun. Pameran yang ketiga bertajuk “Budak Lelaki : Ledakan Subbudaya Kesenian Jepun ,”  yang mana dipamerkan di Japan Soceity di New York pada tahun 2005, telah memenangi beberapa anugerah.



Rajah 3 Terjemahan teks Seven Days In The Art World

3. Istilah dan Kata Pinjaman
Di dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004) mentakrifkan istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkap konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Menurut Asmah Haji Omar (2010) istilah adalah kata atau frasa yang mempunyai makna yang khusus menurut bidang ilmunya dan dengan itu tidak digunakan dalam bahasa am. Istilah mempunyai kejelasan makna dan dengan itu mudah ditakrifkan dan maknanya boleh dipastikan di luar konteks ayat.

 Menurut Sager pula (1990) dalam Sulaiman Maseri (1995) peristilahan ialah pengajian dan bidang aktiviti yang memberikan perhatian kepada pengumpulan, penghuraian, pemprosesan dan penyampaian istilah, iaitu butir leksikal milik pengguna khusus dalam satu atau beberapa bahasa.

Rajah 4 Skema prosedur pembentukan istilah
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (1975) dalam Aniswal Abdul Ghani (2013)


Puteri Rosalina Abdul Wahid mengatakan peristilahan ialah subbidang dalam linguistik terapan sebagai disiplin ilmu yang menggarap hal berkenaan pembentukan kata yang mendukung konsep tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Seniman Negara sendiri Tan Sri P.Ramlee pernah memperkenalkan istilah yang digunakan di dalam majalah perfileman yang diterbitkan olehnya antaranya ialah istilah kata tunggal tanpa imbuhan seperti kugiran daripada kumpulan gitar rancak dan pawagam daripada panggung wayang gambar . Istilah pawagam kini digunakan secara meluas untuk memaknakan tempat di mana tayangan filem dilakukan.


Rajah 5 Langkah pembentukan istilah
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) dalam Aniswal Abdul Ghani (2013)


Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) tokoh bahasa Indonesia, Harimurti mendefinasikan pula peminjaman kata sebagai “pemasukan unsur fonologi, gramatikal, atau leksikal dalam bahasa atau dialek lain kerana kontak atau peniruan; hasil proses itu disebut peminjaman (borrowing)” . Heah pula mendefinasikan peminjaman sebagai “proses pengambilan dan penggunaan unsur-unsur daripada satu bahasa yang lain dalam konteks yang lain”.

4. Kaedah Penterjemahan Istilah
Penterjemahan istilah boleh dilakukan mengambil kira daripada beberapa aspek terjemahan antaranya pengekalan, penyempitan, peluasan dan perubahan. Menurut Newmark (1988), dalam Puteri Roslina Abdul Wahid (2012) seorang penterjemah perlu mengikuti beberapa tatacara bagi menghasilkan istilah yang tepat seperti dalam Rajah 4 dan 5. Pertama, penterjemah perlu merujuk kepada badan pengistilahan terlebih dahulu bagi memastikan istilah baharu yang dihasilkan itu belum wujud. Kedua, penterjemah juga harus memastikan makna istilah itu tidak ada lagi dalam budaya bahasa sasaran. Ketiga, penterjemah mesti menimbangkan sama ada istilah itu benar-benar penting sebelum menggunakan istilah baharu. Akhirnya penterjemah mestilah menggunakan tanda pengikat bagi menunjukkan istilah itu ciptaan penterjemah.

No.
Teks sumber
Teks terjemahan
1.
A living artist’s first major retrospective is a time of reckoning not just for critics, curators, and collectors but for the artist himself and his dealer.
Sebuah pameran retrospektif utama bagi seniman hidup adalah satu titik penting bukan sahaja kepada pengkritik seni, kurator dan pengumpul seni tetapi juga kepada pelukis dan wakil penjualnya
2.
According to Blum, it is not surprising that the forty-five-year-old Murakami should be “validated” in a foreign land.
Menurut Blum, ia bukanlah satu yang mengejutkan, dengan baru berumur empat puluh lima tahun Murakami telah “diterima” di negara luar.
3.
“Japan is homogeneous culture. They don’t like it when someone stick out to much.”
“Jepun mempunyai kebudayaan seragam” . Mereka tidak suka apabila seseorang itu melawan arus secara keterlaluan. Mereka mahu kembali ke asal.”
4.
Blum looks out the window as we drive through an intersection with dizzying electronic signage.
Blum melihat ke luar tingkap sejenak yang memancing kami turut merenung suatu persimpangan yang dipenuhi dengan papan tanda elektronik.
5.
“The status of creativity is much lower here,” he continues.
“Tahap kreativiti agak rendah di sini,” beliau menambah.
6.
“The art market is weak, and there isn’t a well-established museum network for contemporary art. Dissemination is difficult.”
Pasaran seni lemah, dan tiada jaringan muzium yang telah mantap untuk seni kontemporari. Penyebarluasannya agak terbatas.”
7.
In order to maximize his impact and pursue all his interests, Murakami runs a company called Kaikai Kiki Co., Ltd., which has ninety employees in an around Tokyo and New York.
Untuk mendapat impak yang maksimum dan mengejar cita-cita, Murakami menubuhkan syarikat yang dipanggil sebagai Kaikai Kiki Co. Ltd, yang mana mempunyai 90 pekerja di Tokyo dan New York.
8.
The company is involved in what his dealer call an “insane” range of activities.
Syarikat ini terlibat dalam jualan karya apa yang disebut wakil jualannya sebagai “gila-gila” dalam aktiviti yang dilakukan.
9.
It make art.
Syarikat beliau menghasilkan karya seni.
10.
It design merchandise.
Merekabentuk cenderahati.
11.
It acts as a manager, agent, and producer for seven other Japanese artists.
Beliau bertindak sebagai pengurus, ejen, dan produser untuk tujuh lagi pelukis Jepun.
12.
It run runs an art-fair-cum-festival called Geisai, and it does multimillion-dollar freelance work for fashion, TV, and music companies.
Beliau mengerakkan pesta seni merangkap festival yang diberi nama Geisai, dan beliau juga membuat sebarang komisen untuk rekaan fesyen, TV, dan syarikat muzik.
13.
(When said in reverse, Kaikai Kiki forms a Japanese adjective, kikikaikai, which is used to refer to uneasy, strange, or disturbing phenomena).
(Apabila dilihat semula makna Kaikai Kiki dalam Bahasa Jepun ia bermakna kata sifat yang bermaksud luar biasa, aneh dan mencipta fenomena)
14.
“Takashi is an incredibly complicated man, but he’s not precious, and there’s no horseshit,” say Blum.
“Takashi seorang yang mengkagumkan lagi kompleks, namun beliau merendah diri dan tidak tikam belakang,” kata Blum.
15.
“His father was a taxi driver, but Takashi has a PhD...and he has curated a truly epic trilogy of exhibition exploring Japanesevisual culture.”
“Bapanya seorang pemandu teksi, tetapi Takashi ada PhD…dan beliau telah merngkuratorkan trilogi epik pameran seni yang meneroka budaya visual Jepun.
16.
The third exhibited on, entitled “Little Boy: The Arts of Japan’s Exploding Subculture,” which was installed at the Japan Soceity in New York in 2005, won several awards.
Pameran yang ketiga bertajuk “Budak Lelaki : Ledakan Subbudaya Kesenian Jepun,” yang mana dipamerkan di Japan Soceity di New York pada tahun 2005, telah memenangi beberapa anugerah.

Rajah 6 Teks sumber dan teks sasaran

Daripada analisis Rajah 7 menunjukkan berkenaan penterjemahan istilah teks bidang, didapati bahawa 12 istilah bidang dikenalpasti dalam bidang Kesenian, Komunikasi dan Antropologi daripada  teks sumber .


Istilah Sumber
Istilah Terjemahan
Bidang
Huraian
PRPM
living artist
seniman hidup
Komunikasi
1.Individu yang terlibat dalam aktiviti bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya.
2.Individu yang terlibat dalam aktiviti persembahan seperti penyanyi, pelakon, jurusolek, pelawak dan penari.
retrospective
pameran retrospektif
Kesenian
Pameran perseorangan pelukis yang mengemukakan karya-karya yang dihasilkan dalam beberapa tahun ke belakang.
critics
pengkritik seni
Kesenian
Orang yang pakar dalam penilaian karya
curator
kurator
Kesenian
Seseorang yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri, arkib dan sebagainya.
collector
pengumpul seni
Kesenian
Orang yang mengumpul karya seni lukis
homogenous
culture
kebudayaan seragam
Antropologi
-
art market
pasaran seni
Kesenian
Urusan jual beli karya seni
contemporary art.
seni kontemporari
Kesenian
1.Karya-karya yang dihasilkan dalam zaman yang sama.
2.Karya seni masa kini
art
seni
Kesenian
Sesuatu konsep atau objek yang mempunyai nilai-nilai keindahan dan kesempurnaan pada bentuk dan isinya
artist
pelukis
Kesenian
1.Individu yang terlibat dalam aktiviti bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya.
art fair
pesta seni
Kesenian
Pameran lukisan besar-besaran.
exhibition
pameran seni
Kesenian
1.Penyelenggaraan dan pengaturan barang keluaran untuk diperlihatkan mutunya, keindahan dan teknik pembuatannya dengan maksud untuk menarik perhatian umum
2.Perihal mempamerkan karya-karya seni kepada orang ramai.

Rajah 7 Istilah khusus Teks sumber dan teks sasaran pengistilahan dalam bidang Kesenian, Komunikasi dan Antropologi.

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (2015)

4.1 Penyempitan Makna
Penyempitan makna terjadi daripada sebuah kata pada asalnya mempunyai makna yang cukup luas, tetapi berubah menjadi terbatas. Misalnya kata dai dalam bahasa Arab mempunyai banyak makna seperti orang yang berdoa, orang yang menjemput,  orang yang menyebarkan dakwah dan lain-lain lagi. Tetapi dalam bahasa Melayu maknanya telah disempitkan dengan maksud pendakwah sahaja. Penutur bahasa Melayu yang menuturkannya tidak akan memaksudkan makna lain selain dari pendakwah sahaja dan tidak diterima makna-makna lain apabila berlaku penyerapan bahasa.

Contoh:
No
Teks sumber
Teks terjemahan
1.
A living artist’s first major retrospective is a time of reckoning not just for critics, curators, and collectors but for the artist himself and his dealer.
Sebuah pameran retrospektif utama bagi seniman hidup adalah satu titik penting bukan sahaja kepada pengkritik seni, kurator dan pengumpul seni tetapi juga kepada pelukis dan wakil penjualnya

Dalam baris 1,tek sumber retrospective mempunyai makna yang luas merujuk kepada bukan sahaja dalam seni lukis tetapi juga melibatkan aliran dan pemikiran, dipersempitkan maknanya dalam bahasa Inggeris kepada pameran retrospektif sahaja dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada pameran perseorangan pelukis yang mengemukakan karya-karya yang dihasilkan dalam beberapa tahun ke belakang.

4.2 Perluasan Makna
Perluasan makna menurut Chaer (2003) bermaksud gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya hanya mempunyai satu makna sahaja, namun atas beberapa faktor makna itu juga mempunyai makna-makna yang lain. Misalnya menurut beliau makna saudara pada asalnya bermaksud sekandung atau seperut,  ia kemudiannya berkembang kepada siapa sahaja yang sepertalian darah oleh yang demikian anak kepada adik-beradik ibu atau bapa juga dimaknakan sebagai saudara, sesiapa yang yang mempunyai asal usul yang sama juga disebut saudara. Sesiapapun disebut saudara pada masa kini seperti saudara seislam dan saudara seagama.

Contoh:
No.
Teks sumber
Teks terjemahan
12.
It run runs an art-fair-cum-festival called Geisai, and it does multimillion-dollar freelance work for fashion, TV, and music companies.
Beliau mengerakkan pesta seni merangkap festival yang diberi nama Geisai, dan beliau juga membuat sebarang komisen untuk rekaan fesyen, TV, dan syarikat muzik.

Dalam baris 12, art fair merujuk istilah Malaysia di dalam PRPM huraiannya bermaksud pameran lukisan besar-besaran namun apabila diterjemahkan penterjemah  meluaskan makna pameran ini dalam makna yang lebih sesuai dan gramatis, jadi pesta seni lebih dekat kerana pesta seni bukan sahaja pasar lukisan mega tetapi juga melibatkan acara sampingan seni yang lain seperti jualan buku, majalah, persembahan, ceramah yang berkaitan dengan seni lukis.

4.3 Perubahan Makna
Perubahan atau pemindahan makna bermaksud juga penggantian makna secara total daripada maksud makna asal. Sungguhpun makna yang baru itu mempunyai saling kaitan dengan makna asal kata yang dipinjam. Misalnya paper bermaksud kertas dalam bahasa Melayu pada masa kini paper sering diertikan dengan penulisan ilmiah yang akan dibentangkan dalam sesuatu majlis ilmu seperti konvensyen, simposium, kolokium dan lain-lain.

Contoh:
No.
Tekssumber
Teks terjemahan
14.
“Takashi is an incredibly complicated man, but he’s not precious, and there’s no horseshit,” say Blum.
“Takashi seorang yang mengkagumkan lagi kompleks, namun beliau merendah diri dan tidak tikam belakang,” kata Blum.

Dalam baris 14, horseshit atau horse shit dalam bahasa sumber memberikan satu konotasi yang buruk dan tidak baik kepada orang yang mengucapkan perkataan itu kepada seseorang dalam memaknakan sesuatu yang mengarut, berbohong atau memperkatakan sesuatu secara berlebih-lebihan. Bahasa ini lebih teruk daripada bahasa kasar bullshit yang biasa digunakan bukan sahaja oleh orang asing malahan rakyat Malaysia apabila mendapat sesuatu kecelakaan. Penterjemah merubah dan menggantikan makna ini dengan tidak tikam belakang. Simpulan bahasa ini mempunyai bahasa yang lebih lembut makna yang menyeluruh terhadap perbuatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti menipu, khianat dan tidaksetia yang sesuai dengan bahasa sasaran terjemahan orang Melayu yang lemah lembut dalam berbicara.

5. Kaedah Penterjemahan Kata Pinjaman
Untuk membentuk istilah atau kata ia perlu melalui proses memimjam kata yang disebut kata pinjaman daripada bahasa asing atau dialek sesuatu bahasa. Menurut Haugen (1950) dalam Puteri Rosalina Abdul Wahid (2005) ada dua proses yang terlibat iaitu pengimportan dan penggantian. Proses yang pertama berlaku apabila penghasilannya sama dengan model dan penutur asli menerima bentuk tersebut ke dalam bahasanya. Proses penggantian berlaku sekiranya penghasilan merupakan model yang tidak sempurna maka pada kebiasaan penutur akan menggantikannya dengan pola bahasa ibunda.

No.
Teks sumber
Teks terjemahan
1.
A living artist’s first major retrospective is a time of reckoning not just for critics,curators, and collectors but for the artist himself and his dealer.
Sebuah pameran retrospektif utama bagi seniman hidup adalah satu titik penting bukan sahaja kepada pengkritik seni, kurator dan pengumpul seni tetapi juga kepada pelukis dan wakil penjualnya
2.
According to Blum, it is not surprising that the forty-five-year-old Murakami should be “validated” in a foreign land.
Menurut Blum, ia bukanlah satu yang mengejutkan, dengan baru berumur empat puluh lima tahun Murakami telah “diterima” di negara luar.
3.
“Japan is homogeneous culture. They don’t like it when someone stick out to much.”
“Jepun mempunyai kebudayaan seragam” . Mereka tidak suka apabila seseorang itu melawan arus secara keterlaluan. Mereka mahu kembali ke asal.”
4.
Blum looks out the window as we drive through an intersection with dizzying electronic signage.
Blum melihat ke luar tingkap sejenak yang memancing kami turut merenung suatu persimpangan yang dipenuhi dengan papan tanda elektronik.
5.
“The status of creativity is much lower here,” he continues.
“Tahap kreativiti agak rendah di sini,” beliau menambah.
6.
“The art market is weak, and there isn’t a well-established museum network for contemporary art. Dissemination is difficult.”
Pasaran seni lemah, dan tiada jaringan muzium yang telah mantap untuk  seni kontemporari. Penyebarluasannya agak terbatas.”
7.
In order to maximize his impact and pursue all his interests, Murakami runs a company called Kaikai Kiki Co., Ltd., which has ninety employees in an around Tokyo and New York.
Untuk mendapat impak yang maksimum dan mengejar cita-cita, Murakami menubuhkan syarikat yang dipanggil sebagai Kaikai Kiki Co. Ltd, yang mana mempunyai 90 pekerja di Tokyo dan New York.
8.
The company is involved in what his dealer call an “insane” range of activities.
Syarikat ini terlibat dalam jualan karya apa yang disebut oleh wakil penjualnya sebagai “gila-gila” dalam aktiviti yang dilakukan.
9.
It make art.
Syarikat beliau menghasilkan karya seni.
10.
It design merchandise.
Merekabentuk cenderahati.
11.
It acts as a manager, agent, and producer for seven other Japanese artists.
Beliau bertindak sebagai pengurus, ejen, dan produser untuk tujuh lagi pelukis Jepun.
12.
It run runs an art-fair-cum-festival called Geisai, and it does multimillion-dollar freelance work for fashion, TV, and music companies.
Beliau mengerakkan pesta seni merangkap festival yang diberi nama Geisai, dan beliau juga membuat sebarang komisen untuk rekaan fesyen, TV, dan syarikat muzik.
13.
(When said in reverse, Kaikai Kiki forms a Japanese adjective, kikikaikai, which is used to refer to uneasy, strange, or disturbing phenomena).
(Apabila dilihat semula makna Kaikai Kiki dalam Bahasa Jepun ia bermakna kata sifat yang bermaksud luar biasa, aneh dan mencipta fenomena)
14.
“Takashi is an incredibly complicatedman, but he’s not precious, and there’s no horseshit,” say Blum.
“Takashi seorang yang mengkagumkan lagi kompleks, namun beliau merendah diri dan tidak tikam belakang,” kata Blum.
15.
“His father was a taxi driver, but Takashi has a PhD...and he has curated a truly epic trilogy of exhibition exploring Japanese visual culture.”
“Bapanya seorang pemandu teksi, tetapi Takashi ada PhD…dan beliau telah merngkuratorkan trilogi epik pameran seni yang meneroka budaya visual Jepun.
16.
The third exhibited on, entitled “Little Boy: The Arts of Japan’s Exploding Subculture,” which was installed at the Japan Soceity in New York in 2005, won several awards.
Pameran yang ketiga bertajuk “Budak Lelaki : Ledakan Subbudaya Kesenian Jepun ,” yang mana dipamerkan di Japan Soceity di New York pada tahun 2005, telah memenangi beberapa anugerah.

Rajah 8 Teks sumber dan teks sasaran kata pinjaman

5.1 Pengekalan makna
Pengekalan makna bermaksud perkataan asal tidak mengalami perubahan makna atau penyesuaian ejaan. Pengekalan ini juga disebut penyerapan istilah asing untuk menjadi istilah Melayu. Perihal ini bermaksud pengambilan keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Proses penyerapan istilah asing juga mengutamakan bentuk visualnya, iaitu bentuk ejaan agar sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Dalam pinjaman kata tek sumber dan tek terjemahan pengekalan makna ini berlaku secara penyesuai ejaan dan tanpa penyesuaian ejaan.

(1) Dengan penyesuai ejaan

Contoh:
retrospective             retrospektif
curator                       kurator
electronic                   elektronik
creativity                    kreativiti
museum                     muzium
agent                          ejen
fashion                       fesyen
music                          muzik
phenomena                fenomena
taxi                              teksi
epic                             epik
trilogy                         trilogi

(2) Tanpa penyesuaian ejaan

Contoh:
            festival                        festival
            visual                         visual

Kesimpulan
Aspek pengekalan, penyempitan, perluasan dan perubahan makna dalam pengistilahan dan kata pinjaman membolehkan penterjemah mengenalpasti dengan lebih dekat lagi penggunaanm yang lebih tepat dan betul. Aspek-aspek penggunaannya ke bahasa sasaran bergantung kepada keperluan tempat, suasana dan budaya setempat perkataan itu digunakan. Alat bantuan penterjemah seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu banyak membantu dalam mencari  istilah sasar dan istilah Malaysia dengan cepat dan berkesan. Namun ketiadaan huraian dalam bidang-bidang tertenu menyukarkan penterjemah. Penterjemah merasakan huraian bidang terutamanya dalam bidang kesenian telah disalin terus ke PRPM menerusi Glosari Seni Lukis melalui edisi awal pada tahun 1994 sebagaimana dibincangkan diawal penulisan. Penambahanbaikan terutamanya terhadap kemasukan istilah dan pinjaman baru perlu dilakukan kerana bidang seni lukis semakin dinamik dan berkembang dengan peredaran seni semasa.


Rujukan
Abdul Chaer, (2003), Linguistik Umum, Jakarta,  Rineka Cipta.

Aniswal Abd Ghani, (2013), Peristilahan dan Penterjemahan, dalam Haslina Haron dan         Hasuria Che Omar, Asas Terjemahan dan Interpretasi, Universiti Sains Malaysia.

Asmah Haji Omar (2010), Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka , (2004), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baru, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka, (2014), Penterjemahan Frasa Bahasa Inggeris 1, Kuala   Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faizal Sidik, (2011),Transformasi Peranan: ‘Kuratis’ Artis Sebagai Kurator, Kertas Prosiding Persidangan Kebangsaan Praktik Studio: Seni Visual-Praktik dan Penyelidikan, Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ismail Dahaman, (2007), Ejaan Rumi Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

PT Cordoba Internasional Indonesia, (2012) , Quran Cordoba, Tafsir Al-Quran, Bandung, PT   Cordoba Internasional Indonesia.

Puteri Roslina Abdul Wahid, (2005), Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan    Undang-Undang,  Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sager, J. C, (1995), Kursus Amali Dalam Pemprosesan Istilah. Penterjemah    Sulaiman         Masri, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teks sumber
Thorton, S. (2008) Seven Days In The Art World, London, W.W.Norton Company Inc.