Rabu, 20 Disember 2017

Masa Depan Seni Lukis Malaysia

Oleh: Faizal Sidik




Pengenalan
Dalam dua puluh tahun kebelakangan ini dilihat terdapat fenomena yang melanda diseluruh dunia dimana minat terhadap seni lukis kontemporari telah bertambah dari tahun ke tahun. Jika pada dahulunya pusat seni lukis cuma berlaku di bandar-bandar besar Eropah misalnya di Paris  pada lewat abad ke-19 dimana lahirnya aliran-aliran awal dalam seni moden seperti Impressionisme, Fauvisme, Kubisme dan lain-lain hasil daripada Revolusi Industri yang berlaku di sana. 

Selepas Peperangan Dunia Pertama dan Kedua kebanyakan negara-negara Eropah ini mula jatuh bankrap. Kebanyakan rakyatnya menjadi samada pelarian perang atau bermigrasi untuk mencari kehidupan baru di negara baru. Amerika Syarikat menjadi pilihan mereka, maka Amerika telah menjadi satu kuasa baru dalam seni moden atas kehadiran warga Eropah yang melarikan diri dari negara mereka atas faktor politik, kebuluran mahupun untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Di sini apa sahaja sumbangan mereka yang baru bukan sahaja dalam bidang seni, sains dan teknologi  pasti akan diangkat dalam menjadikan Amerika sebagai kuasa utama dunia dalam segala bidang. Jadi warga yang baru sampai dari luar ini berlumba-lumba dalam ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Perihal ini tidak terkecuali dalam bidang seni lukis, maka lahirlah aliran baru dalam seni atas penerokaan warganya yang bersalasilahkan dari bangsa Eropah, Aliran seni sepeti ekspressionisme abstrak, seni pop, seni optik, seni minimal dan lain-lain telah menjadi gerakan baru dalam aliran dunia seni. Perkara ini boleh dibuktikan berdasarkan pelajar-pelajar kita yang pernah menuntut samada di Eropah atau di Amerika telah terpengaruh dengan sistem seni di sana dan meneruskan kesinambungannya selepas mereka lembali ke tanahair.

Mendepani Cabaran Semasa
Namun begitu ini bukanlah pokok perbincangan di dalam tulisan ini yang membicarakan masa depan seni lukis di negara ini. Jika persoalan masa depan seni lukis di negara ini dilontarkan, saya mengatakan seni lukis bukan sahaja mempunyai potensi yang besar untuk berkembang maju seiring dengan hasrat negara dalam menjadikan seni budaya sebagai salah satu penerapan nilai rohani terhadap pembentukan insan dan secara fizikalnya kepada sektor pelancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara selain daripada bahan mentah. Malahan seperti juga bidang sukan yang sangat diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penyediaan infrastruktur seperti stadium, gelanggang, aspek kejurulatihan, fisioterapi dan sebagainya. Tujuannya adalah bukan sahaja untuk membentuk warga negara sihat dengan bersukan malah untuk mengharumkan dan mempromosikan  nama negara di persada antarabangsa begitu juga seni lukis.

Jika kita lihat kerajaan Perancis berjaya menjadikan seni budaya sebagai pendapatan utama negara mereka, lihat sahaja bagaimana pengunjung sanggup beratur panjang dan membayar semata-mata untuk melihat karya Monalisa walaupun telah retak seribu kerana telah beusia ratusan tahun di Louvre Museum. Pada hari ini Louvre Museum di Paris adalah merupakan muzium yang paling banyak dilawati daripada laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar seni yang popular iaitu  The Art Newspaper berdasarkan Review Visitor Figures Survey yang telah dijalankan pada tahun 2016 yang dikeluarkan pada April 2017 iaitu sebanyak 7.4 juta setahun pelawat telah datang ke Louvre Museum diikuti dengan Metropolitan Museum of Art di New York dengan 6.7 juta dan ketiga British Museum di London pula berjumlah 6.4 juta. Laporan ini juga menunjukkan dalam senarai 10 muzium yang paling dilawati semuanya berada di Eropah kecuali hanya satu sahaja datangnya dari tempat lain iaitu Asia iaitu National Palace Museum yang terletak di Taiwan. Sumber lain juga menyatakan Metropolitan Museum of Art telah menjana RM 1.8 billion pendapatan daripada jualan tiket masuk serta pembelian buku dan cenderahati  muzium.

Seni lukis tidak menjadi sebagai bidang yang menjadi keutamaan negara pada masa ini tetapi bidang ini  mengharapkan layanan yang sama diberikan kepada seni ini. Banyak pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak luar terhadap kebolehan dan bakat yang telah ditunjukkan oleh pelukis-pelukis kita seperti anugerah seni, geran luar, jemputan mengadakan pameran di luar negara  dalam mengibarkan dan menjual nama Malaysia di luar negara tetapi perkara ini jarang diketahui dan diberikan publisiti yang meluas oleh media massa tempatan jika dibandingakan dalam bidang sukan dan lain-lain dimana dalam akhbar muka surat belakangnya sahaja mempunyai sekurang-kurang tiga muka akhir akan dipenuhi dengan berita sukan. Terdapat usaha untuk memberikan ruangan khas perihal seni dalam akhbar arus perdana misalnya ruangan  Sastera dan Budaya namun semakin hari ruang ini semakin hilang.

Persolannya bagaimanakah untuk menyuburkan minat umum jika ruang ini yang dikatakan tidak mendatang keuntungan dari aspek pengiklanan dan kemudiannya dimansuhkan. Pada awal tahun 70 an majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka boleh dikatakan majalah yang menjadi rujukan utama dalam oleh para seniman dan sasterawan dalam membaca karya sastera terkini, peristiwa seni atau pameran seni yang diadakan di negara ini. Pernah suatu ketika apabila polemik pameran ‘Towards to Mystical Reality’  yang diadakan di Sudut Penulis majalah ini telah menjadi lidah utama dalam menyalurkan pandangan pelukis dan pengkritik. Antara yang telah mengambil bahagian dalam perdebatan di dalam majalah ini selama beberapa bula adalah seperti Redza Piyadasa, Siti Zainon Ismail,, Salleh Ben Joned, Raja Zahabuddin, Krishen Jit, Ponirin Amin telah diikuti dengan penuh minat oeh seniman dan sasterawan.

Selepas kemunculan majalah Dewan Budaya pada tahun 1984 kebanyakan hasil tulisan seni dan budaya mula difokuskan ke dalam majalah ini  dan tidak lagi bercampur dengan karya sastera seperti novel, cerpen, sajak, dialog drama. Sehingga kini majalah ini tidak putus-putus menerima artikel atau ulasan pameran atau profil pelukis dalam menyemarakkan lagi kegiatan seni di negara ini. Kadangkala Dewan Budaya memberikan tema yang khusus untuk diperbicangkan oleh pakar bidang atau ahli akademik sebagai fokus majalah misalnya dalam keluaran ini yang membicarakan tajuk Masa Depan Seni Lukis di Negara ini.

Menyelusuri minat terhadap seni kontemporari, setelah kemunculan internet yang mempercepatkan lagi saluran maklumat dan komunikasi yang berlaku di pusat seni seperti New York dan London minat ini mula tersebar di Timur. China yang dahulu menutup pintunya kepada dunia kini telah menjadi kuasa besar ekonomi dunia, dengan penduduk yang berjumlah 1.3 billion dan atas kepesatan ekonominya China kini menghasilkan berjuta kelas pertengahan yang bergelar jutawan yang mempunyai  kuasa beli yang besar.

Atas dasar itu banyak galeri swasta samada di Barat yang dahulunya mempunyai beberapa cawangan mereka di pusat-pusat seni ini mula melebarkan sayap mereka ke Asia Timur seperti Shanghai dan Hong Kong. Demografik yang berdekatan dengan negara Asia Tenggara kawasan ini telah dikatakan sebagai kawasan ‘pasaran baru’ bagi seni kontemporari selain China dan India, India dikatakan sebagai kuasa yang menyaingi China di Asia namun atas sebab kekurangan infrastrukur seni seperti muzium, galeri, pasar seni, acara besar seni, benua Asia Selatan ini berkembang agak perlahan jika dibandingkan Asia Tenggara.

Usah dilupakan juga negara Asia Barat kerana jarak negara ini tidaklah begitu jauh dari pusat seni, Kekayaan negara Arab ini hasil daripada penjualan minyak telah membuka banyak peluang kepada pembanguna seni. Putera-putera Arab yang kaya raya ini seperti di Emeriah Arab Bersatu, Qatar dan Bahrain telah membuka kepada warga Eropah untuk membina infrastruktur seni budaya di negara mereka hasilnya banyak rekaan seni bina terkini yang telah dibina di bandar utama mereka Abu Dhabi, Doha dan Manna tidak terkecuali dalam seni, dalam memajukan aspek kesenian terutamanya seni lukis mereka telah mengadakan kerjasama dengan muzium popular dunia seperti Louvre Museum dan Metropolitan Museum of Art. Kini hasilnya cawangan-cawangan museum ini telah dibina di negara ini dan sebilangan koleksi daripada museum utama yang terletak di Paris dan New York telah di pinjamkan ke muzium baru ini dalam menjana ekomoni berasaskan pelancongan seni.

Pelukis
Seperti juga Malaysia apabila kita memperkatakan infrastrukrur seni perkara yang menjadi kunci adalah pemain-pemainnya utamanya iaitu  pelukis, galeri, kurator dan kolektor. Dalam dunia seni, keempat-empat ini dikatakan pelengkap bagaima sistem dunia seni itu berfungsi. Bagaimanakah saya boleh berkata sebegitu? Pelukis adalah figura penting dalam dunia seni, jika tiada pemain utama ini pemain-pemain yang lain akan lumpuh kerana tiada objek atau produk samada untuk dijadikan komoditi, dipasar atau untuk dimiliki. Aspek ini menjadi nilai insan yang semakin dihargai oleh kerajaan. Pablo Picasso pernah berkata “setiap anak kecil adalah genius seni, persoalannya adalah bagaimana mahu untuk mengekalkan mereka setelah mereka menjadi dewasa”. Dalam dunia pendidilan kanak-kanak mula didedahkan dengan seni lukis semenjak pra sekolah atau lebih awal dari itu bergantung kepada inisiatif ibu bapa. Jika dibandingkan dengan ibu bapa di Barat dengan ibu bapa di sini  kebanyakan ibu bapa Eropah misalnya  ini lebih menggalakkan anak mereka terlibat dengan seni misalnya seni lukis, muzik, tarian bukan untuk menggalakan anak mereka menceburi bidang itu setelah mereka dewasa nanti tetapi adalah untuk merangsang kreativiti dan daya cipta anak anak dalam penyelesaian masalah.  Seni dan reka cipta adalah penyelesaian masalah ini jarang disedari oleh ibu bapa di sini.

Apabila mereka memasuki sekolah rendah pelajaran seni lukis akan diajar seminggu sekali oleh guru pendidikan seni. Apabila mereka naik ke sekolah menengah, tunas pelukis muda mula terbentuk berdasarkan minat yang ditunjukkan di dalam kelas dan atas galakan guru seni.  Pelukis tunas ini kebiasaanuya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran pendidikan seni. Laluan mereka seteruantya adalah dengan melangkah masuk ke institusi pendidikan tinggi awam atau swasta dalam jurusan seni halus. Menyedari kepentingan tenaga baru yang dapat mengerakkan dunia seni ini kerajaan telah mengadakan Sekolah Seni, konsep sekolah seni ini sekali lagi adalah idea dari Sekolah Sukan dalam melahirkan atlet sukan. Pada masa ini terdapat dua sekolah sukan di negara ini iaitu Sekolah Sukan Johor Baharu dan Sekolah Sukan Kuching. Pada masa ini juga  kebanyakan pelukis  berbakat negara datangnya dari Universiti Teknologi Mara atau dahulunya Institut Teknologi Mara (ITM) dan Malaysia Art Institute (MIA).

ITM  misalnya diitubuhkan dalam tahun 1969 sejak 40 tahun penubuhannya, institusi ini banyak menghasilkan pelukis-pelukis besar negara yang bukan sahaja sebagai pelukis sepenuh masa, pensyarah, pendidik dan lain-lain lagi. Pelukis Malaysia ada yang bergerak secara solo, berkumpulan mahupun berpersatuan. Dilema yang dihadapi oleh mereka apabila bergraduan adalah tekanan hidup daripada ibu bapa. Tekanan ini berpunca daripada harapan ibu bapa yang terlalu tinggi dan mengharapkan anak mereka mempunyai pekerjaan tetap setelah habis belajar, oleh itu terdapat polarisasi pelukis-pelukis ini dalam meneruskan karier mereka. Pertama adalah menjadi pelukis sepenuh masa dimana tumpuan yang sepenuhnya diberikan kepada penghasilan karya seni. Mereka bergerak secara profesional dengan mempunyai studio atau bengkel seni sendiri. Kebanyakan pelukis sepenuh masa di Malaysia adalah pelukis mapan yang telah berkarier 20 hingga 30 tahun. Terdapat juga pelukis muda yang setelah keluar daripada sekolah seni terus memilih untuk bergerak secara sepenuh masa samada menjadikan ruang residensi di dalam dan di luar negara sebagai studio atau makmal seni mereka. Kebanyakan pelukis sepenuh masa mempunyai galeri yang mewakili mereka samada melalui kontrak atau berasakan projek pameran di galeri mereka. Bagi pelukis sepenuh masa yang telah mempunyai nama dalam dunia seni penjualan karya mereka tidak begitu sukar jika dibandingkan dengan pendatang baru kerana mereka mempunyai galeri dan pengumpul yang telah mengikuti perkembangan pengkaryaan mereka sejak awal dalam membuat pilihan pembelian.

Bagi pelukis separuh masa bermaksud pelukis yang mempunyai pekerjaan hakiki diwaktu siang namun masih lagi menghasilkan karya pada waktu malam atau terluang. Di Malaysia kebanyakan mereka ini terlibat dalam bidang pendidikan seperti menjadi pensyarah seni, kurator, guru, atau terlibat di luar seni lukis misalnya sebagai pengarah artistik atau  pereka prop bagi teater, drama atau filem, pereka grafik. Biasanya habuan kewangan daripada pekerjaan harian bukan sahaja untuk memenuhi kehidupan seperti manusia biasa yang ada keperluan yang perlu dilunaskan tetapi juga dijadikan modal untuk membeli peralatan seni dalam menghasilkan karya-karya baru. Bagi mereka yang bergerak secara begini, masa yang terluang merupakan masa yang sangat berharga bagi mereka, membiarkannya berlalu tanpa menghasilkan apa-apa karya pada hari itu umpama diri mereka telah ‘mati’ pada hari itu.

Pola yang ketiga pula mereka yang belajar seni tetapi sudah tidak mempraktiskan lagi apa yang telah mereka pelajari atas desakan kehidupan yang membuatkan mereka terus meninggalkan profesion dan kemahiran  yang ada. Kebanyakan mereka mungkin terlibat dengan perniagaan dan terlalu sibuk dengan dunia keushawanan lalu melupakan terus segala kemahiran yang diperolehi. Ada juga dikalangan mereka sungguh tidak terlibat lagi dalam penghasilan karya seni, ilmu seni yang ada telah dijadikan sebagai batu loncatan sebagai pemilik galeri yang memperdagangkan seni rakan-rakan pelukis untuk menghubungkan antara pelukis dan pengumpul atas hubungan akrab yang dimilikinya.

Dari aspek masa hadapan pelukis atau pengkarya  ini banyak lagi yang boleh diperbaiki di sini. Kini terdapat hanya dua sekolah seni di Malaysia, bilangan ini hendaklah ditambah di setiap negeri di Malaysia terutamaya di bandar-bandar yang dikenali bandaraya pusat seni pada hari misalnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. Begitu juga institut pengajian tinggi, hampir setiap negeri mempunyai universiti perlu membuka atau menawarkan kursus seni dan budaya dalam persediaan menyediakan tenaga mahir dalam bidang ini di masa depan. Kini hanya Aswara atau Universiti P.Ramlee sahaja yang menawarkan sepenuhnya kursus seni dan budaya. Usaha yang sama perlu dilakukan dengan membanyakkan lagi dalam mewujudkan institut pengajian tinggi yang memokuskan hanya kursus seni lukis dalam pelbagai genre dalam menyokong sekolah-sekolah seni yang ada nanti.

Kesimpulannya bagi meletakkan pelukis itu bergiat secara serius sebagai pelukis sepenuh masa beberapa inisiatif boleh diadakan dalam aspek kebajikan dan dalam meneruskan kelangsungan karier seni mereka tidak terkandas dalam menghasilkan karya-karta besar dan hebat, misalnya bagi pelukis muda sudah tentu ruang kerja atau studio menjadi keperluan utama, Beberapa cadangan boleh disarankan misalnya dengan sokongan korporat, kilang, gudang, pusat membeli belah, kedai, pejabat, rumah, bangunan kerajaan atau kuarters kerajaan yang telah ditinggalkan kosong dan tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai ruang pelukis yang boleh dinamakan dengan pelbagai nama seperti residensi, ruang alternatif, komuniti seni. Tempat-tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat tarikan pelanconga baru yang bukan sahaja akan mendatangkan pekerjaan kepada pelukis tetapi juga membantu menjana pendapatan baru melalui pelancongan seni budaya.

Galeri
Pemain kedua iaitu galeri boleh dilihat dalam konteks yang lebih besar iaitu infrastrukur seni yang ada di negara ini seperti muzium seni, galeri seni, expo seni, rumah lelongan. Ruang pameran samada berskala besar, sederhana atau kecil amat perlu sebagai perantara antara pelukis dengan penghayat. Sepanjang 60 tahun selepas kemerdekaan Malaysia banyak muzium seni yang telah dibina samada oleh kerajaan persukutuan, negeri dan swasta antaranya ialah Balai Seni Negara, Muzium Kesenian Islam Malaysia, Muzium Seni Asia UM, Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM, Galeri Serdang UPM, Muzium Negeri Terengganu, Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Negeri Kedah, Balai Seni Lukis Sabah, Galeri Seni Johor, boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai galeri seni masing-masing bagi mengadakan pameran. Muzium dan galeri ini rancak mengadakan pameran sepanjang tahun misalnya Balai Seni Negara dan Muzium Kesenian Islam Malaysia adalah merupakan ruang pameran peringkat nasional dan bertaraf antarabangsa, muzium ini mempamerkan karya koleksi negara dan antarabangsa serta juga pameran secara berkala.

Muzium negeri atau balai seni negeri dan muzium unversiti banyak membantu dalam menampung permintaan oleh pelukis negeri atau pameran berasaskan penyelidikan. Muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Balai Seni Lukis Sabah dan Galeri Seni Johor misalnya banyak memberikan peluang kepada anak negeri mempamerkan karya mereka disamping mengadakan pameran yang mengangkat nilai seni budaya negeri. Muzium pendidikan pula misalnya Muzium Seni Asia UM dan Muzium Galeri Tuanku Fauziah USM dan Galeri Serdang UPM misalnya cenderung untuk memberi peluang kepada para pelajar dan penyelidik dalam berkongsi dapatan dalam penerokaan mereka. Disamping itu juga galeri-galeri ini membuka ruang kepada pengkarya luar yang sedia berkongsi penerokaan kepada khalayak akademik dalam memperlengkapkan lagi kajian atau bidang mereka kepada awam.

Pada hari ini infrastruktur pameran untuk memberi peluang untuk pelukis bukan sahaja disediakan oleh muzium dan balai seni kerajaan yang mendapat dana daripada kerajaan sahaja malah infrastruktur yang disediakan oleh pihak galeri swasta juga membantu mengerakkan seni dengan memberi pilihan ruang kepada pengkarya. Kini terdapat lebih tiga ratus galeri seni sebegini yang berpusat di bandaraya besar Malaysia seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. Pada masa hadapan dijangka bilangan ini akan bertambah seiring dengan minat terhadap seni kontemporari pada hari ini. Untuk mendepaninya persediaan dari sekarang perlu diadakan seperti pembesaran ruang pameran, kemudahan wifi, penyediaan aplikasi alat bantu pameran yang terkini yang lebih interaktif dengan pengunjung dan ruangan khas permainan seni untuk anak kecil beraktiviti dalam menjadikan muzium sebagai pusat riadah dan bersosial berteknologi terkini yang terbaru.

Pasaran seni semakin berkembang bukan sahaja daripada sokongan muzium dan balai seni serta galeri seni swasta. Kewujudan pasar yang lebih besar dalam satu bumbung seperti Expo Seni Malaysia dan rumah lelongan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh misalnya kehadiran rumah lelongan Asia Tenggara yang membuka rumah bidaan mereka di sini misalnya Masterpiece, Larasati, Borobudur di samping rumah lelongan tempatan seperti Henry Butcher Art Auctioneers,  Klas Art Auction telah membuka pelbagai peluang terhadap pasaran kedua dalam merancakkan lagi perkembangan seni lukis Malaysia. Namun begitu pada masa kini pelukis tidak mendapat apa-apa habuan sekiranya karya mereka dijual semula dipasaran kedua ini oleh pengumpul. Oleh yang demikian polisi yang baru, saksama dan menjaga hak pengkarya asal perlu dilihat semula oleh kerajaan di masa akan datang.

Kurator
Kurator memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan karya oleh pelukis kepada penghayat. Sejarah kuratorial di negara ini boleh dikatakan bermula selepas kewujudan Balai Seni Negara pada akhir tahun 1950 an. Sebelum itu mungkin ada pameran yang jalankan oleh galeri swasta yang dikuratorkan oleh kurator jemputan tetapi secara rasminya ia  boleh dikatakan istilah kurator mula popular digunakan selepas penubuhan institusi itu. Sepanjang 60 tahun penubuhannya banyak pameran-pameran yang menarik diadakan misalnya yang terkenal pameran ‘Pablo Picasso’,  ‘Henry Moore’, ‘Robert Rauschenberg: Culture Oversea Interchange (ROCI)’ dan lain-lain. 

Pengajuran pameran antarabangsa mega berskala besar ‘Kuala Lumpur Biennale’ oleh pasukan kuratorial Balai Seni Negara diadakan dalam meletakkan Malaysia di dalam peta salah satu daripada destinasi seni kontemporari dunia. Penganjuran KL Biennale 2017 iaitu julung kali diadakan telah berjaya mempromosikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya seni budaya yang menjadi pilihan peminat seni dan pelancong untuk datang. Istilah ‘biennale’adalah terma yang digunakan khusus untuk penganjuran seni berskala besar secara dwitahunan. Walaupun terdapat pengajuran Biennale misalnya Langkawi Biennale, Shah Alam Biennale namun seni ini hanya bersifat perkhemahan dan residensi seni. KL Biennale adalah penanda aras seni lukis Malaysia di masa hadapan dalam meletakkan Malaysia setanding dengan negara rakan-rakan Asia Tenggara yang lain seperti Singapore Biennale, Jakarta Biennale dan Jogjakarta Biennale sebagai salah satu sirkit antarabangsa Biennale seni.

Kewujudan muzium seni kontemporari yang semakin banyak tumbuh di negara-negara membangun dan negara maju kini bukan untuk menyaingi kewujudan muzium seni moden, muzium seni negara-negara berkenaan. Muzium seni kontemporari seperti Museum of Contemporary Art Los Angeles (MoCA LA), Museum of Contemporary Art Shanghai (MoCA Shanghai),  Hamburger Bahnhof  Museum für Gegenwart di Berlin dan Museum of Modern and Contemporary Art in Nusantara (MACAN) di negara jiran kita Indonesia misalnya adalah bertujuan untuk mempamerkan karya seni kontemporari yang semakin diminati seperti karya pemasangan, media baru dan persembahan multimedia yang menuntut interaktif dengan pelawat. Bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi daripada pelawat daripada gambar-gambar yang dimuat naik ke dalam media sosial, karya sebegini mendapat perhatian disukai ramai. Muzium- muzium sebegini yang diuruskan oleh kumpulan kuratorial di masa hadapan perlu diberi perhatian dalam pembangunan seni di pusat-pusat seni di negara ini misalnya membina sebuah muzium seni kontemporari iaitu Muzium Seni Kontemporari Kuala Lumpur (MoCA KL).

Selain daripada kurator insitusi yang berkhidmat dengan muzium atau balai seni terdapat juga kurator yang bergerak secara bebas tanpa ada komitmen terhadap visi sesuatu badan. Kini kurator di negara ini semakin hari-hari semakin meningkat jumlahnya, walaupun tiada angka rasmi yang boleh dirujuk tetapi berdasarkan pameran yang diadakan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini yang banyak galeri yang menjemput kurator bebas ini masuk untuk mengkuratorkan pameran mereka. Bersangkutan peningkatan jumlah ini satu kesatuan perlu diadakan dalam bentuk persatuan kurator misalnya dengan nama Forum Kurator Malaysia (FKM) bagi mendepani cabaran yang dihadapi oleh mereka dari segi undang-undang, penapisan, hak cipta, royalti dan lain-lain. Di bawah persatuan ini nanti diharapkan dapat menjadi jurucakap dan payung dan untuk para kurator Malaysia untuk berteduh jika dikaitkan isu. Disamping itu juga dalam menjalankan kegiatan yang dapat memantapkan profesion mereka seperti seminar, forum, bengkel, syarahan dan lain-lain.

Ada juga kurator-kurator Malaysia ini yang telah mencipta nama diperingkat antarabangsa seperti dijemput untuk mengkurator pameran atau menjadi pengarah artistik seperti Singapore Biennale, SEA Art Triennale, Art Basel Hong Kong dan lain-lain. Dalam jangka masa panjang untuk melihat persaingan yang sihat pengiktirafan perlu diadakan dalam menghargai sumbangan mereka. Pengiktirafan boleh dijalankan oleh persatuan oleh Forum Kurator Malaysia misalnya dengan institusi seni negara sebagai badan penyokong dalam memilih kurator yang mengharumkan nama Malaysia di luar. Anugerah ini juga boleh diberikan di dalam mana-mana anugerah seni lukis yang diadakan secara tahuanan oleh badan seni dengan menamakan kurator terbaik tahun itu dalam memberi semangat, meningkat lagi prestasi dan mutu kuratorial dari masa ke semasa.

Kolektor
Kolektor memainkan peranan yang penting dalam menghimpun atau mengumpul karya seni yang dihasilkan pelukis melalui perantaraan galeri dan kurator untuk diperoleh kepada mereka. Kolektor atau pengumpul ini boleh dibahagikan kepada kolektor persendirian, korporat dan institusi. Jumlah pengumpul-pengumpul ini semakin bertambah sejak ekonomi Malaysia ‘boom’ sejak tahun 1990 an. Telah menjadi trend pengumpul persendirian pada hari ini terdiri dikalangan mereka yang profesional dalam bidang masing-masing contohnya peguam, ahli perniagaan, pemaju hartanah, ketua pegawai eksekutif, pakar bidang, profesional muda dan lain-lain. Boleh dikatakan setiap kolektor seperti pengumpul seni besar Malaysia seperti Tan Sri Kamarul Ariffin, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Zain Azahari, Pakharuddin dan Fatimah Sulaiman, Uwei Haji Shaari, Steven Wong, Alia dan Farouk Khan mempunyai tema sendiri yang menjadi citarasa kegemaran mereka dalam membuat pengkoleksian. Misalnya kolektor persendirian yang suka kepada seni tradisi Melayu, pengkoleksiannya pasti akan mencari karya-karya yang sesuai  dengan jiwa penyimpan disamping akan meninggikan status beliau kerana memiliki pemikiran pelukis disebalik karya yang dipunyai.

Pengumpul korporat boleh diklafikasikan sebagai pengumpul yang menghimpun dalam memenuhi misi dan visi syarikat itu disamping memperlihatkan kepada umum tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam menyokong membeli karya seni pelukis tempatan. Bagi pengumpul korporat seperti Muzium dan Galeri Muzium Negara, Galeri Petronas, Galeri Ilham, Galeri Maybank, UOB Bank dan Khazanah Nasional. Disamping menyimpan karya di dalam arkib simpanan karya-karya ini juga diletakkan di dalam bangunan dan pejabat mengikut kesesuaian dalam mewujudkan suasana kerja yang selesa dan kondusif seterusnya meningkatkan imej syarikat dimata umum.

Sebagai institusi utama seni negara Balai Seni Negara telah memainkan peranannya sebagai kolektor dalam merancakan dunia seni yang dimainkan oleh pelukis, galeri dan kurator. Kini institusi ini mempunyai 4347 karya koleks negara yang berjumlah RM 73 juta hasil daripada perolehan melalui pembelian, komisen dan hadiah. Antara karya-karya ini termasuklah 6 karya Arca Awam di Laman Balai Seni Negara. Pada sekitar tahun 1980 an dan 1990 an terdapat banyak arca awam yang dibangunkan samada oleh kerajaan atau pihak swasta antaranya Taman Arca Asean yang terletak di perkarangan Tugu Negara, Taman Warisan Public Bank, Kuala Lumpur. Korporat pula meletakkan arca awam atau mural sebagai mercu tanda atau mencantikan lanskap bangunan mereka antara di perkarangan Bangunan Maybank, Bangunan Bank Negara. Dalam memartabatkan kembali seni arca di tempat awam di masa hadapan, kerajaan pusat  bersama kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) atau Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) di mana banyak pembangunan seperti bangunan untuk dijadikan pejabat, hotel, pusat sukan seperti stadium, arena, pusat peranginan, badan ini  perlu memperketatkan lagi dalam meluluskan sesuatu projek bangunan baru dengan  mewajibkan kontraktor atau pemaju untuk membina seni awam seperi arca di tapak pembangunan mereka oleh arcawan tempatan dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada mereka menunjukkan kreativiti.

Bagi menggalakkan  daripada pengumpul-pengumpul ini terus mengumpul hasil karya pelukis tempatan di masa depan, selain daripada pengecualian cukai yang diberikan kerajaan, galakan dari segi bantuan dana atau pinjaman dari  Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) seharusnya ditambah jumlahnya dan diberikan kepada pengumpul-pengumpul ini terutamanya kolektor persendirian yang berminat untuk membina muzium seni persendirian untuk berkongsi karya mereka dengan khalayak. Pelukis-pelukis yang terkenal dan banyak berjasa kepada seni tempatan perlu diberi keutamaan membina muzium seperti pembinaan Muzium Seni Syed Ahmad Jamal, Muzium Seni Ibrahim Hussain, Muzium Seni Anthony Lau. Kehadiran muzium-muzium seni baru ini bukan sahaja untuk memperingati mereka malah memperbanyakan muzium seni yang ada di sini malah akan menaikkan lagi imej negara sebagai destinasi seni penting malah meletakkan seni budaya sebagai pendapatan utama negara di masa akan datang.

Kesimpulan

Peranan dan saranan kepada pemain-pemain dunia seni seperti pelukis, galeri, kurator, kolektor perlu dilihat sebagai agen penting dalam melihat ke hadapan terhadap pembangunan seni di negara ini. Dalam melihat masa depan itu, kita perlu juga melihat semula kebelakang terhadap dasar-dasar yang dibuat seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN). Pelan Perancangan Jangka Pendek dan Pelan Jangka Panjang Kesenian Negara perlu mempunyai peancangan yang rapi bagi menepati sasaran. Realitinya hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa seni lukis baru di Asia Tenggara kini telah menjadi kenyataan atas penganjuran KL Biennale. Momentum ini perlu diteruskan dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan meletakkan Pavillion Malaysia di tempoh itu di Venice Biennale dan pameran antarabangsa yang hebat-hebat diadakan di sini boleh dijadikan sebagai penanda aras baru kepada pencapaian besar seni lukis Malaysia dalam menjadikan negara ini sebagai destinasi seni lukis utama pula di Asia dan antarabangsa.

Ahad, 22 Oktober 2017

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Bab 1 - Prolog Kaabah

Kita seharusnya memulakan pemerhatian   kita berkenaan  seni Islam dengan penerangan berkenaan dengan  Kabah dan peranannya dalam peribadatan, merupakan pusat yang penting bagi seni Islam, terutama pada seni bina adalah cukup jelas. Seperti yang diketahui umum, setiap umat Islam menghadap ke arah  Kaabah ketika mengerjakan ibadah solat  dan setiap masjid berpandukan arah ini,  di dalam bab-bab yang berikutnya, kita akan memperkatakan perkara mengenainya.

Terdapat beberapa sebab lagi untuk memperkatakan tentang Kaabah di awalan buku ini. Ia merupakan objek penting dalam ibadah agama Islam. Sekiranya ia bukan sebuah karya seni dalam erti kata yang sebenarnya , ia juga adalah bukan sekadar sebuah  binaan batu berbentuk kiub yang ringkas seperti sebuah yang dikatakan sebagai  ‘karya seni purba’ dimana merupakan ukuran kerohaniannya sepadan dengan mitos atau wahyu, bergantug pada sudut pandangan. Hal ini bermaksud simbolisme kewujudan Kaabah dalam bentuk dan upacara-upacara yang berkaitan dengannya mengandungi dalam segala embrio yang diungkapkan oleh seni suci Islam.

Peranan Kaabah sebagai  pusat liturgikal dunia Islam diikat dengan fakta bahawa Islam mempunyai  hubungan dengan tradisi ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan berasal-usul dari semua agama tauhid. Menurut Al-Quran Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan tempat tempat suci inilah Nabi Ibrahim menunaikan haji setiap tahun. Titik pusat dan titik asal: di sinilah dua aspek ini menjadi  satu dan mempunyai realiti rohani yang sama atau boleh dikatakan  dua pilihan yang menjadi asas bagi setiap kerohanian.1



Secara umumnya bagi orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah Kaabah atau Mekah adalah satu perkara yang sama iaitu penglahiran pilihan peribadatan.  Ia melambangkan kiblat orang Islam berbeza dengan Yahudi yang  menghadap Baitul Muqadis  dan Nasrani yang "tentuan arah" diri mereka secara literal dengan menghadap ke arah matahari terbit;  Nabi Ibrahim memilih untuk menyertai "agama pusat” itu, dimana ia seperti sepohon pokok yang memuncakan agama-agama lain. "Nabi Ibrahim itu bukanlah seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani." kata Al-Quran, "Tetapi dia adalah seorang yang hanif  (tetap di atas dasar Tauhid) lagi seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah)..." (Surah Ali ’Imran 3:67). Impak daripada  ayat-ayat berkenaan  keimanan Nabi Ibrahim yang sebenarnya di sini adalah seorang muslim, Nabi Ibrahim bebas daripada pengkhususan dan batasan yang diwakili dari kacamata Muslim, konsep bangsa yang terpilih daripada yang lain oleh Yahudi dan oleh dogma Anak Tuhan sebagai penyelamat yang unik oleh Kristian.

Mari kita perhatikan pula apa kata Al-Quran dalam pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS tidak menegaskan peranannya sebagai Nabi yang daripada susur galur orang Arab melalui keturunannya melalui Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, tetapi peranannya sebagai rasul untuk umat sejagat dalam membawa ajaran Islam. Walau apa jua asal sejarahnya2 sukar untuk dibayangkan Nabi Muhammad SAW  telah membawa pembaharuan dan melangkaui tujuan politik selain daripada persoalan tentang keikhlasan. Zaman pra-Islam orang Arab cukup kuat dalam menjaga keturunan, dimana mereka sukar untuk menerima orang luar masuk dalam kabilah mereka atau “interpolasi” apatah lagi dengan orang yang langsung tidak dikenali. 3   Jika kitab Injil tidak menyatakan tempat suci yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di Arab, ini kerana tidak ada sebab atau alasan untuk merujuk kepada tempat suci di luar selain Israel. Walau bagaimanapun kitab Injil mengkui ajaran kerohanian oleh kaum-kaum Nabi Ismail AS dengan memasukkan dalamnya dalam janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim AS. Mari kita perhatikan akhirnya agar tidak melencong terlalu jauh dari subjek perbincangan iaitu berkenaan dengan bentukan “geometrik” yang dikatakan kaku dan sukar diduga, untuk menggunakan tempat kediaman Nabi Ibrahim AS yang hillang di padang pasir dan dilupai oleh komuniti agama besar pada masa itu dalam titik mula dalam membawa pembaharuan masyarakatnya yang menyembah berhala. 4 Persoalan yang sering pelajar Islam tanyakan di dalam diri mereka adalah. “Apakah yang telah berlaku di Mekah untuk membawa agama baru?”  atau soalan selain daripadanya “Atas sebab apa agama baru ini di lahir di tempat ini?

Bentuk binaan tua di Mekah itu adalah tempat  perlindungan yang banyak dikaitkan dengan Nabi Ibrahim AS.  Tambahan pula, ia telah sering dimusnahkan dan dibina semula, namun Kaabah atau yang bermaksud ‘kiub’ masih tidak berubah dari bentuk adalah berukuran dua belas meter panjang, sepuluh meter lebar dan kira-kira enam belas meter tinggi.

Binaan ini secara tradisinya ditutup dengan “perhiasan” (kiswah) yang ditukar setiap tahun dan sejak zaman kerajaan Bani Abbasiyah lagi dibuat dari kain hitam yang bersulam dengan ayat suci Al-Quran berbenang emas, ia menonjolkan kedua-dua aspek abstrak dan misteri pada binaan ini. Tradisi ‘pakaian’ tempat suci diperkenalkan oleh raja kerajaan Himyar purba dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada tradisi Semitik yang sangat dihormati, namun ia agak asing di dunia Yunaini-Greek untuk ‘memakaikan’ bagi sesebuah rumah, apatah lagi untuk memuliharanya seolah-olah benda hidup atau yang mempengaruhi aspek kerohanian dan sebagaimana yang diyakini orang Arab. Batu Hajar Aswad pula diletakkan tidak di tengah-tengah Kaabah tetapi di sudut dinding luar Kaabah. Ia adalah batu meteorit yang jatuh daripada syurga sebagaimana yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW terhadap batu suci ini. 5 Oleh itu, mari kita perkatakan tentang bahagian luarannya yang bulat merupakan sebahagian bentuk suci d Kaabah ini.

 Pada zamannya Kaabah adalah satu-satunya tempat yang berkaitan dengan agama Islam jika dibandingkan dengan kuil. Biasanya ia di panggil “Rumah Allah” (Baitullah) dan ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri “tempat kebesaran” yang secara paradoknya yang dilihat dalam iklim Islam, dimana gagasan transendal terhadap kebesaran Allah melangkaui segala-galanya. Oleh itu , “kediaman” Allah yang berada ditengah-tengah pusat bumi juga adalah sebagaimana “kediaman” Allah yang berada di dalam hati-hati manusia. Ia akan mengingatkan kuil Holy of Holies yang terdapat di Jarusalem yang juga “tempat tinggal” tuhan agama Yahudi yang berbentuk kiub seperti Kaabah. Holy of Holies atau debir mengandungi Ark of Covenant, manakala bahagian dalam Kaabah adalah kosong. 6 Dalam Kaabah hanya mempunyai tirai yang disebut “tirai Rahmat Ilahi” (Rahmah).


Kiub adalah bentuk yang dikaitkan dengan idea tentang titik tengah, oleh kerana bentuknya seolah seperti kristal yang mensintesiskan keseluruhan ruang, setiap bahagian kiub ini setiap satunya mewakili arah utama iaitu zenith, nadir dan empat titik kardinal. Mari kita mengingati semula kedudukan Kaabah yang tidak sepenuhnya sesuai dengan skema yang ada ini kerana mempunyai empat sudut  dan tidak pada sisi Kaabah yang mengadap titik-titik kardinal, perkara ini tidak boleh disangkal kerana dalam masyarakat Arab titik kerdinal ini bermaksud empat “tiang penjuru” (arkan) kepada alam semesta.7


 Pusat dunia adalah titik silang kepada “paksi” syurga: Tawaf atau perlakuan mengelilingi Kaabah juga boleh didapati dalam bentuk atau majoriti tempat-tempat purba, 8 ia dilihat menghasilkan putaran syurga di sekitar paksi kutubnya. Sememangnya, ini bukanlah tafsiran yang disangkut paut dengan agama Islam terhadap perlakuan ini, namun pendapat dan pengetahuan tentang dikongsi oleh semua agama zaman dahulu.

Ciri-ciri “paksi” Kaabah juga diterangkan dari pendapat sejarah Islam,  mengikut mereka “rumah tua” ini pertama kalinya dibina oleh Nabi Adam AS, kemudian dimusnahkan oleh banjir dan dibina semula oleh Nabi Ibrahim AS terletak di paksi paling bawah sekali yang melintasi seluruh langit; pada peringkat setiap syurga dunia adalah kediaman yang sering dikunjungi oleh para malaikat, pada paksi yang sama ini prototype yang tertinggi bagi setiap ini menjadi takhta Allah, di sekelilingnya adalah roh-roh syurgawi namun lebih tepat lagi untuk mengatakan bahawa salah satu tanda sejarah kewujudan manusia, tamadun manusia dan juga agama yang menandakan tanda kewujudan

Allah SWT dan kebesaran-Nya.

Dari pendapat sejarahwan Islam ini membuktikan perhubungan yang wujud diantara “orientasi” ritual dan Islam sebagai penyerahan atau pengabaian agama (Islam) dalam menuju  Allah. Pengalihan arah kiblat dalam solat adalah salah satu buktinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa Kaabah terletak di bumi dan beranalogi dalam ciri-ciri tersendiri  sebagai pusat dunia yang menghubungkan kehendak manusia dengan kehendak Pencipa Alam Semesta “dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan” (Al-Quran surah Ali ‘Imran ayat 109). Pada masa  yang sama, ia akan dilihat terdapat berbezaan simbolisme ini dan pengibadatan agama Kristian dimana titik  orientasi adalah bahagian langit  dimana terdapatnya matahari, imej kelahiran Nabi Isa  AS muncul pada hari Easter. Ini bermaksud semua gereja yang berorientasikan ini mempunyai paksi yang selari dimana paksi semua masjid di dunia ini bertumpu. 


Penumpuan semua gerak isyarat pada satu titik menjadi jelas, bagaimanapun, hanya apabila berada berhampiran dengan Kaabah, iaitu ia menjadi hos kepada orang-orang beriman yang datang untuk mengerjakan solat daripada pelbagai arah kepada satu pusat, inillah penglahiran dan pengungkapan yang sebenar kepada Islam.9


Ia akan menghimpunkan bahawa peribadatan dalam agama Islam menghubungkan Kaabah dalam dua pendekatan yang berbeza yang saling melengkapi iaitu statik dan dinamik. Pendekatan pertama bermaksud setiap tempat di bumi ini berpusatkan di Mekah dan inilah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Allah akan memberi rahmat kepada umatku dengan memberikan mereka wajah seluruh dunia sebagai tempat suci”. Pusat tempat unik yang suci itu adalah Kaabah dan ditempat orang yang beriman mengerjakan solat yang universal sifatnya, di sini tiada lagi persoalan jarak. Pendekatan  kedua iaitu yang bersifat dinamik pula dimanifestasikan dalam ibadah haji, yang setiap muslim dituntut untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Terdapat unsur-unsur membuang sifat sombong dalam mengerjakan haji dan inilah yang sebenarnya yang memancarkan wajah islam itu sendiri, pada masa yang sama memberi impak kepada orang yang beriman terhadap penyerahan seluruh jiwanya kepada Islam. Apabila tiba di ambang kawasan sekitar tanah suci Mekah, jemaah haji akan menyalin pakaiannya, membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk iaitu menyapu air dari kepala hingga ke kaki, dan memakai dua pasang helai kain, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi di bahu. Pada berada dalam keadaan “suci” ini (ihram) jemaah akan mendekati Kaabah untuk menyelesaikan upacara mengelilingi Kaabah (tawaf), tanpa henti untuk membesarkan Allah. Hanya selepas menziarahi “rumah Allah” jemaah akan berangkat untuk ke pelbagai tempat yang berkaitan dengan sejarah suci dan melengkapkan syarat-syarat haji dengan menyembelih seekor kambing  biri-biri jantan sebagai ingatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. 10



Kita seharusnya melihat bagaimana dua pendekatan peribadatan ini iaitu statik dan dinamik ini diterjemahkan dalam tahap yang berbeza dalam dunia Islam, Dalam konteks ini kita ingin menunjukkan satu perkara iaitu jiwa Islam dan oleh itu seni Islam didasarkan pada dunia yang lebih dekad dengan Kitab Perjanjian Lama daripada alam Greek-Romawi, di mana peralihan menjadikan Islam menjadi elemen penting dalam seni. Janganlah kita lupa bahawa Islam lahir secara “dagang” antara dua tamadun besar iaitu Byzantin dan Parsi, dimana pada masa yang sama empayar ini memerintah tanah Arab dan dimana Islam harus berjuang melawan untuk meneruskan kelangsungannya. Berbanding dengan dua dunia ini, kedua-duanya mempunyai warisan kesenian11 yang cenderung ke arah naturalisme dan rasionalisme, Kaabah dan upacara yang sepertinya adalah seperti sauh yang dilabuhkan kekal buat selama-lamanya.

Apabila Nabi Muhammad SAW menakluki Mekah, perkara mula-mula yang baginda lakukan adalah ke rumah suci dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan unta. Terdapat 360 berhala-barhala orang Arab yang disekelilinginya, Baginda  kemudiannya menyentuh dengan tongkat tungangan. Nabi Muhammad SAW kemudiannya membalikkan berhala itu satu demi satu sambil membaca ayar dari Al-Quran “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil (kufur dan syirik). Sesunggunya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap senyap.” (Surah Al-Isra ayat 81)

Baginda kemudiannya membuka kunci dan masuk ke dalam Kaabah. Dinding dalaman Kaabah dihiasi dengan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis Byzantin atas perintah tuan penjaga Kaabah, mereka mengambarkan suasana kehidupan Nabi Ibrahim AS dan adat istiadat berhala. Terdapat  juga gambaran Siti Mariam dan anaknya Nabi Isa AS yang sedang melindungi Nabi Isa AS dengan kedua-dua tangannya, Nabi Muhammad SAW memerintah supaya semuanya yang lain dimusnahkan. Manakala berhala Siti Mariam kemudiannya dimusnahkan dengan api. 12 Kisah ini menunjukkan makna dan skala apa yang disebut “ikonoklasme Muslim” (fahaman yang menentang kewujudan patung dan berhala) dan yang sering dipanggil “aniconisme”. Jika Kaabah adalah hati manusia, berhala-berhala yang mendiaminya mewakili nafsu yang melebur hati  dan menghalangi peringatan Tuhan. Oleh itu pemusnahan berhala adalah lanjutan kepada mengetepikan setiap imej yang mungkin menjadi idola adalah perumpamaanya paling jelas untuk Islam “satu perkara yang perlu”,  iaitu pemurnian hati dalam mencapai tauhid adalah kesaksian dan kesedaran bahawa “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”

Untuk membina ikonografi Islam yang baru ikon digantikan dengan tulisan ayat-ayat suci seperti yang dijelaskan dalam Firma-Firman Allah.

Notes to Chapter I
1. “The whole existence of the peoples of antiquity, and of traditional peoples in general, is dominated by two presiding
ideas, the idea of Center and the idea of Origin” (Frithjof Schuon, Light on the Ancient Worlds [London: Perennial Books, 1965], p. 7).

2. It is possible for a sacred story to be more true—in the sense of having a greater reality—than a purely empirical or historical account of the events.

3. See Y. Moubarac, Abraham in the Quran, coll. Ètudes musulmanes (Paris: Vrin, 1958).

4. There are forms of monotheism which lie outside Semitic or Abrahamic lineage.

5. For all the peoples of antiquity, a stone fallen from the sky could not be other than sacred, and necessarily so, for
things are what they mean.

6. This is true also of the “cell” of certain Hindu temples, and this “cell” or matrix (gharbagriha) has also the shape of a cube.

7. St. John’s Apocalypse describes the Heavenly Jerusalem as an imperishable synthesis of the world in the shape of
a cube.

8. Notably in Hinduism and Buddhism, but also in medieval Christianity, in the form of processions around a saint’s tomb.

9. Inside the Kaʿba there is no more ritual “orientation”; the difference between each convergent direction is annulled, and the custom of the Prophet requires  that four brief prayers be made, facing each side
of the sanctuary in turn. Thus it is that in the world’s spiritual center, the contrasts or oppositions which typify the world are no longer dominating but dominated. According to a Sufi interpretation, the Kaʿba correspondsto the heart as the seat of the Divine “Presence”, and the encircling movement of the pilgrims around the
Kaʿba recalls the movement of thoughts or meditations turning perpetually around the soul’s ungraspable center.

10. The great pilgrimage moves across the Islamic world as the circulation of the blood moves through man’s body, the Kaʿba being the heart.

11. This heritage cropped up occasionally in Europe and, with the Renaissance, finished by engulfing the fundamentally Christian civilization of the Middle Ages.

12. According to al-Azraqī, the author of the oldest history of Mecca. The icon portrayed the Holy Virgin with the Infant on her knees.

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Bab 2 - Kelahiran Seni Islam




1. "Wahyu Kedua"

Dalam membicarakan sejarah seni Muslim, persoalan pertama yang timbul adalah seperti berikut: bagaimana mungkin seni ini boleh lahir dalam jangka waktu yang singkat iaitu seratus tahun selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W. Kesimpulannya adakah penaklukan Islam secara besar-besaran dalam memperlihatkan kesatuan bentuk yang dibawanya akan mengekalkan kesenian ini di abad-abad yang mendatang? Mungkin hanya seni Buddha sahaja yang mempunyai keseragaman dan kesinambungan yang setanding dengannya walaupun mempunyai etnik yang berlainan dalam kawasan penyebarannya. Namun kesatuan seni penganut Buddha boleh diperjelaskan secara logik dalam catan, arca dan seni bina, sudah tentu simbol-simbol asas seperti ikon Buddha dalam pelbagai bentuk meditasi atau ajaran, bunga teratai sebagai gambaran jiwa yang membuka cahaya yang transenden, mandala sebagai simbolik kepada sintesis terhadapa alam semesta dan sebagainya. Seni Islam dalam kata lain adalah abstrak dan bentuknya tidak diperolehi secara terus dari Al-Quran atau hadis Nabi Muhammad S.A.W. Ia dilihat seolah-olah tidak mempunyai kitab agama,  pada masa yang sama tidak dinafikan memiliki karakter Islam yang mendalam.

Kedatangan Islam tidak secara langsung dengan seninya, tidak juga kerana suasana kewujudannya secara dagang atau separa dagang yang penuh dengan kesederhanaan. Diakui bahawa pedagang dan pemimpin kafilah Arab mempunyai hubungan dengan tamadun Byzantin dan Parsi malahan dengan India. Namun kebanyakan karya seni yang paling mereka kagum dan minati dalam perjalanan dan keperluan mereka yang terpenting hanyalah pada senjata, barangan hiasan dan kain. Di rumah mereka masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan asal usul mereka. Kata orang seperti kehidupan orang barbar, walau bagaimanapun mereka mengikut contoh atau sunah-sunah Nabi Muhammad S.AW. misalnya memperkuatkan rohani dan meningkatkan keimanan. Tanah Arab menjadi tamadun yang hebat  berpandukan kepada Ketuhanan yang berpusatkan pada tauhid, mengakui Keesaan Tuhan.

Sebenarnya, peninggalan primitif masyarakat Arab dan konfrontasi mereka dengan warisan seni rakyat yang baru ditakluki atau pertukaran penciptaan seni yang sesuai dengan Islam inilah yang  berlaku. Namun sebelum ini, terdapat suatu kekurangan atau ketandusan yang jelas, yang boleh diragui untuk diperjelaskan dari segi kekuatan ekonomi yang menimbulkan penaklukan secara besar-besaran. Agama baru tersebar dengan pantasnya seperti api yang membakar padang rumput prairie, melalui penghantaran tentera elitnya ke sempadan empayar purba Iskandar Agung dan lain-lain. Penaklukan ini dilakukan oleh orang Arab yang sebahagian besarnya adalah puak Badwi, biasanya mereka tidak mempunyai masa sengang yang banyak untuk meraikan sesuatu, di tanah yang mereka tawan mereka dianggap sebagai orang asing, mereka membentuk kasta aristokrat yang mana menjarakkan anak jajahan takluk dan tidak menggunakan seni kecuali untuk mencari keseronokan, mereka tidak menghasilkannya sendiri. Namun selepas fasa pertama kestabilan seterusnya di akhir era khalifah Bani Umaiyah, persoalan seni mula diperbincangakan. Pada masa itu, berlaku urbanisasi penduduk bandar Syria dimana pusat kerajaan baru ditempatkan di sini, sebahagian besar penduduknya menganut agama Islam, mereka tidak selasa hidup di kawasan perbandaran yang mempunyai berlatar tamadaun Greek-Romawi dimana hanya sebahagian kecilnya sahaja yang diubahsuai daripada Kristian. Atas rasa sifat keagamaan yang sebenar-benarnya kewujudan gereja-gereja Byzantin yang indah menimbulkan percanggahan terhadap kepercayaan mereka, kehebatan Islam perlu diperlihatkan. Setidak-tidaknya keadaan faktor politik dan psikologikal hendaklah tidak boleh  dikelirukan dengan sumber seni Islam yang sebenar iaitu reaksi yang menyeluruh, sifat kehalusannya seninya dari segi keseimbangan dalaman yang telah hilang berabad-abad lamanya.

Kita pasti terpesona dengan melihat intipati yang terdapat di dalam seni ini, dalam membicarkan “wahyu” yang  kedua, istilah ini tidak terbatas hanya dalam memanifestasikannya pada aspek ketuhanan sahaja. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kelahiran  seni iaitu seni Islam adalah sesuatu yang wajar, ia adalah berkenaan dengan kesesuaian perkara-perkara yang berada di luar yang masuk ke dalam suatu tradisi. Oleh yang demikian ia mendekatkan lagi seni suci dan esoterisme. Kemunculan seni sebegini kemudiannya memberi sinar cahaya dalam  menyedarkan kita terhadap suatu tindakan, untuk menggunakan perbandingan yang boleh dimanfaatkan dalam perkara ini ia mencadangkan bukan sahaja fenomena yang berlaku secara kebetulan tetapi juga secara berterusan dan keseragaman pada bentuk yang dihasilkan. Keadaan supersaturasi yang terhasil sebelum pemendakan kristal tidak semestinya memberi perbandingan dengan ketegangan psikologi seperti yang dinyatak di atas yang disebabkan oleh masyarakat Muslim yang primitif bertembung dengan budaya orang yang ditakluki, tetapi juga tidak lebih daripada penampilan dan aspek perkara yang superficial kerana realitinya supersaturasi ini hanyalah potensi kreatif yang wujud dalam tradisi.


2.  Kubah Batu

Kubah Batu  (Qubbah al-Sakrah) di Jerusalem dibina antara tahun 688 hingga 692 Masihi iaitu kira-kira 60 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, merupakan antara monumen peringatan muslim yang tertua yang masih ada dan dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini. Walaupun mempunyai pengaruh daripada seni Byzantin, pada masa yang sama juga adalah hasil seni yang bercirikan seni muslim dari segi elemen pemilihan bahan-bahan yang digunakan. Sebaliknya Masjid Besar Damsyik yang mula dibina pada 706 dan siap pada 715 dalam kata lain adalah sepenuh merupakan hasil seni Islam, terutamanya pada bentuk utama binaan ini. Selepas tarikh ini dan lebih tepatnya pada pertengahan abad ke-8, seni baru itu berkembang dengan pesat dan meluas. Muncullah karya-karya besar dari zaman kegelapan seperti Masjid Besar Cordoba yang didirikan pada tahun 785 dan selesai pada masa yang sama Masjid Ibnu Tulun di Kaherah siap dibina iaitu pada 879, dimana seni Islam tidak lagi berada dalam  fasa evolusi tetapi mempunyai kualiti seni yang tersendiri dan tiada tandingannya. Ini bermakna seni Islam pada pertengahan abad kedua hijrah telah menemui bahasanya sendiri.

Mari kita buat perbandingan sepintas lalu tarikh-tarikh ini dengan sejarah seni Kristian pula. Katakom (catan kubur bawah tanah) yang dihasilkan pada tiga abad pertama adalah merupakan subjek Kristian, walaupun agak samar-samar, gayanya adalah daripada pengaruh seni Romawi purba. Ini bermakna bahawa sebelum sampai zaman Constantine  lagi seni Kristian telah memperoleh bahasanya sendiri disamping mengekalkan ciri-ciri empayarnya terhadap kosa kata Yunaini-Romawi sebagaimana yang dapat dilihat di Ravenna. Sebenarnya, seni Kristian hanya mencapai taraf seninya sehingga setelah permulaan  ikonoklasme iaitu melukis imej sebagai lambang kesenian dalam seni Byzantin, iaitu selari dengan peningkatan seni Muslim dan dengan cara yang ingin melihat reaksi kepadanya. Dalam perihal Islam, kepaduan antara perintah agama dan aturan sosial adalah baik untuk pengembangan sesebuah seni.

Kubah Batu kadangkala disebut “Masjid Umar”, namun perkara ini tidak tepat kerana ia bukan diasaskan oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khatab tetapi oleh Khalifah Umayyad Abd al-Malik pada tahun 688. Walaubagaimanapun terdapat juga kebenaran untuk mengaitkannya dengan Saidina Umar. Ketika Sahabat Nabi datang ke Jerusalem atas undangan  Patriarch Yunaini untuk menandatangani perjanjian penyerahan kota suci, beliau diminta mengetuai untuk membawa ke tempat kuil Nabi Sulaiman berdiri menurut kepercayaan orang Islam, Nabi Muhammad secara ajaib telah dibawa naik ke syurga pada waktu malam dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Dikatakan bahawa tempat itu dipenuhi dengan debu dan sampah berselerakan yang ditinggalkan oleh penduduk Kristian untuk menyakitkan hati orang Yahudi. 1 Saidina Úmar mengiktiraf tempat itu daripada apa yang telah diterangkan Nabi kepadanya dan tempat itu dibersihkan olehnya sendiri. 2 Sebuah rumah yang sederhana binaanya dibina untuk orang Islam untuk mengerjakan solat. Kemudian sebuah binaan daripada kayu dan batu membentuk puncak Gunung Moriah dan tempat dimana masjid al- Aqsa didirikan kemudiannya. Bagi bahagian kubah yang meliputi batu suci itu sendiri, ia dibina oleh khalifah Umayyad semasa Mekah telah jatuh ke tangan saingannya iaitu Ibnu az-Zubayr untuk membolehkan orang yang beriman melakukan umrah ke Jerusalem dimana para penziarah dihalang sementara melakukan umrah ke Mekah. Batu itu sebenarnya suci kepada umat Islam atas tiga sebab antaranya; untuk  memperingati Nabi Ibrahim yang pergi ke Gunung Moriah untuk mengorbankan anaknya; tempat ini terletaknya Rumah Suci Nabi Sulaiman dan di sanalah Nabi Muhammad dibawa pada “perjalanan malamnya”. Terdapat sebuah gua dibawah batu yang pintunya terbuka dibahagian  atas, mengikut cerita tradisi yang mahsyur daripada gua inilah Nabi Muhammad  naik ke langit. Dalam mana-mana simbolisme gua dibawah batu adalah seperti hati nuraini yang dalam lelaki yang bersama dengan “sinar syurga” ke dunia abadi.

 Kubah Batu direka untuk melindungi tempat suci ini seolah-olah berada di bawah kanopi yang besar, seni bina yang sangat unik dalam seni Islam dan dikaitakan secara langsung dengan gaya kuil Byzantin dengan kupola (kubah kecil) di tengah dan berbentuk petakan bersegi lapan oktagon; bahkan agak  logik dan definitif untuk mengatakan ia datangnya dari evolusi senibina Romawi dan Byzantin yang mana pelbagai contoh-contoh yang tidak jauh berbeza dengannya dapat dilihat di sekitar Palestin. 4  Namun dalam bagi tamadun Islam bentuk seni bina ini memperlihatkan ciri-ciri ketulenan  “Platonik”. Binaan awal dengan bentuk yang sama telah didirikan dengan agak rumit dari segi pertimbangan statik dan keperluan liturgi (agama); keperluan untuk mengukuhkan sokongan kupola dan untuk memperluaskan ruang dalaman agar harmoni bermaksud pelbagai elemen-elemen geometrikal yang terdapat dari binaan itu harus diadun dalam satu badan, sedangkan tempat suci orang Islam ini terhutang budi terhadap pengucapan keindahan yang berbeza dari elemen-elemen yang sama ini, iaitu dram bulat  pada hemisfera kupola dan bentuk kristal oktagon yang mengelilinginya. Kupola yang diperbuat dari kayu ganda ditutup dengan lapisan logam bersadur, dalam kata lain ia tidak memerlukan penyokong disamping mempunyai    lengkung yang lebih tinggi daripada kupola Byzantin. Orang yang berada di sini buat kali pertama akan merasakan kekukuhan kupola itu seperti pada kebanyakan yang ada pada seni bina Islam. Dinding pada petakan oktagon kini dihiasi dengan jubin seramik Turki yang sebelum ini ditutupi dengan mozek. Empat jalan pintu  yang terbuka pada empat arah utama pada binaan ini adalah simbolik kepada pusat dunia. 

Bahagian dalam tempat suci ini pula lebih dekat dengan seni Byzantin atau Romawi daripada bahagian luar kerana penggunaan tiang antik sebahagiannya dikaitkan dengan arkitraf (bahagian paling bawah sesebuah entablatur dalam senu bina Yunaini Klasik). Cahaya yang jatuh daripada atas melintasi  dram kupola ini dihiasi dengan mozek bersalut emas akan menerangi batu suci. Batu yang dikelilingi dengan empat tiang dan dua belas pintu gerbang yang menyokong gelendung seolah-olah membentuk pusingan tawaf. Keduanya, siri-siri tiang dan pintu gerbang yang disusun secara bersegi lapan dan berorentasikan ruang yang menghadap ke arah pusat walaupun bukan dalam susunan sebuah bulatan. Rahsia tersembunyi disebalik tranmutasi  pergerakan ini akhirnya menjadi nyata untuk dilihat bahawa asas-asas  semua tiang ini terletak pada titik-titik persilangan poligon berbentuk bintang yang dibentuk oleh dua garisan empat segi yang dikesan pada bahagian tengah bulatan. Hasilnya adalah pelbagai kumpulan tiang ini menandakan kawasan segi empat atau segi empat tepat, yang mana bahagiannya ditentukan oleh padanan yang wujud antara sisi segi empat dan penjurunya atau sekali lagi antara garis diameter bulatan yang terterap dalam segiempat dan garis diameter bulatan diluarnya, kesepadanan ini tidak dapat dinyatakan dalam jumlah keseluruhan namun secara “organik”. Oleh itu, pelan terancang tempat suci ini adalah pengucapan secara sintesis bulatan dan persegi, pergerakan dan statik, masa dan ruang serta sintesis ini telah digambarkan dengan penuh menarik dimana bentuk luar binaan “langit” kubah bulat bercantum dengan “bumi” oktagon kristal.5

Ia bermungkinan dan pelanya seolah-olah berdasarkan poligon berbentuk bintang warisan daripada Byzantin yang pada awalnya adalah berasal dari Platonik dan Pythagorean zaman dahulu. Bentuk bintang poligon berbentuk segi lapan memainkan peranan penting dalam seni Muslim dan akan muncul bukan sahaja dalam seni bina malah juga dalam motif perhiasan. Pada praktiknya, perancangan kegunaan secara tematik seperti ini membolehkan pelan seni bina dipindahkan daripada satu skala kepada skala yang lain tanpa bantuan unit  ukuran yang tepat. Pada masa yang sama, penggunaan ini adalah untuk seni bina kualitatif dan bukan semata-mata seni bina geometri yang berkuantitatif mempunyai aspek spekulatif malah kontemplatif, ia adalah seni yang menggabungkan keanekaragaman dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sekiranya bukti diperlukan untuk meneruskan unsur gnosis purba dalam seni Islam, di sinilah ia akan dijumpai.

Sudah pasti pembina Kubah Batu melihat secara mendalam imejnya sebagai pusat rohaniah dunia, iaitu tanggapan yang  diberikan bahawa pusat ini menjadi simbol kepada umat Islam selain Kaabah, Jerusalem dan Gunung Moriah khususnya yang selalu dianggap sebagai ikon avatar pusat yang sama dan juga sebagai tempat dimana peristiwa-peristiwa yang menentukan di akhir zaman akan terungkap. Dram pada kupola itu dikukuhkan oleh empat tiang dan dua belas tiang pintu gerbang dan  deambulatori mempunyai lapan tiang dan enam belas tiang pintu gerbang menjadikannya keseluruhan jumlahnya sebanyak empat puluh yang sesuai dengan jumlah wali yang menurut sabda Nabi membentuk “tonggak” rohani dunia pada setiap zaman. Susunan empat pintu masuk
yang mengadap ke empat pusat kardinal ruang juga telah disebutkan.

Peninggalan binaa ini juga turut memperkatakan berkenaan mozek yang menghiasi ruang dalaman kubah. Ini termasuklah hiasan anggur, digayakan  dan diperkayakan dengan permata dan mahkota dimana merupakan lambang kerajaan Sasanid dan Byzantin dapat dilihat yang mungkin menunjukkan betapa universalnya Islam sebagai sebuah empayar. Himpunan tumbuh-tumbuhan dan hiasan permata ini mempunyai suatu yang dekat dengan ciri-ciri Asia dimana ia mempunyai analogi tertentu sebagai hiasan suci bagi agama Hindu dan Buddha, pada masa yang sama mengingatkan kita  berkenaan kalungan yang digunakan oleh orang Arab kuno di tempat persembahan mereka.

 Tidak dapat disangkal lagi bahawa para pekerja mozek ini adalah pekerja terlatih dari aliran sekolah Syria-Byzantin. Perlu diingatkan juga bahawa, walaupun dekorasi Kubah Batu tidak merepresentasikan makhluk-makhluk bernyawa dan ini tidak ada apa-apa untuk menyokong tesis oleh oleh orientalis tertentu bahawa Islam tidak menolak imej antropomorfik sehinggalah zaman seterusnya.

Kesimpulannya,  Kubah Batu menunjukkan titik pertemuan antara seni Byzantin dan kelahiran seni Islam, dan pertemuan ini dimungkinkan oleh elemen “Platonik” yang yang wujud dalam seni Byzantin, perkara ini bermaksud bahawa beberapa aspek kebijaksanaan kontemplatif yang digabungkan secara semulajadi dengan perspektif Islam yang berorientasikan pada kewujudan tuhan yang transendal.




3. Kerajaan Bani Umaiyah

Kerajaan Bani Umaiyah (661-750) menghasilkan seni yang bersifat agak keduniaan yang belum pernah dilihat lagi ditanah kelahiran Islam dimana sukar untuk membezakannya antara seni suci dan sekular kecuali dalam aspek penggunaannya yang mana karya seni itu diletakkan dan bukan pada bentuknya; misalnya sebuah rumah dibina dengan gaya sama sekali berbeza dari masjid. Seni yang bersifat keduniaan Bani Umaiyah ini adalah berdasarkan fakta bahawa seni Islam pada masa ini masih berada di dalam proses pembentukan dan sebagai kerajaan yang berdaulat ia perlu menunjuk-nunjuk kekuasaan yang luar biasa agar tidak dipandang rendah. Namun karya seni yang menghiasi astaka perburuan atau istana kediaman persinggahan musim sejuk oleh putera Bani Umaiyah tidak hanya ekletik iaitu pelbagai gaya seni antaranya catan dalam stail Hellenistik, arca Sasanid atau Qibti dan mozek Romawi, bahkan seni-seni itu bersifat paganisme atau jahilliah malah tidak mengikut hukum dan nas-nas oleh sahabat-sahabat Nabi. Antara yang boleh dilihat adalah adegan perburuan dan permandian, arca-arca tarian gadis yang membangkitkan hawa nafsu, ahli akrobatik dan arca patung tokoh sultan yang sudah tentu akan membangkitkan kemarahan seperti marahnya Khalifah Umar ibni Abd Al-Aziz. Malahan, apa yang menghairankan fenomena itu tidak terhenti setakat itu sahaja, jika hanya kerana ia begitu dekat dengan permulaan Islam dan berlaku terhadap rombongan orang-orang yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembela Islam itu sendiri. Namun putera Khalifah Bani  Umaiyah yang mahsyur itu boleh diperjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada latar sejarah mereka yang mengamalkan pemerintahan sekular yang sukar dibendung terhadap umat Islam keseluruhannya. Empat Khalifah Islam “yang benar dan lurus” atau Khalifah Ar-Rashidin pertama, masih mampu memerintah dengan ketinggian rohani mereka dan dengan sokongan golongan elit yang terdiri daripada bekas sahabat-sahabat Nabi dan keturunan yang terdekat dimana masih wujud pemerintahan Islam yang sebenar yang cukup berpengaruh untuk mengekalkan ketenteraman empayar dan tidak memisahkan kuasa dengan pusat. Namun perkara ini menjadi semakin rumit apabila sebahagian besar penganut yang menerima Islam ini mempunyai autonomi sendiri, pada masa yang sama puak Badwi pula menjadi semakin kuat dengan angkatan tentera yang dimiliki yang diperolehi sedikit demi sedikit daripada golongan elit yang lebih berpengaruh.

Penglibatan Islam dalam susunan sosial ini yang telah melemahkan kuasa Khalifah yang mengakibatkan peristiwa tragis yang menyebabkan kematian khalifah ketiga dan keempat. Saidina Uthman Bin Affan r.a. sebagai Khalifah yang ketiga telah mula memperkukuhkan pemerintahan Mekah lama yang dilhamkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, 6   Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. sebagai Khalifah yang keempat pula telah terperangkap diantara penduduk Mekah yang lebih Arab daripada Muslim dan menentang pergerakan sesuatu matlamat yang bersifat utopia yang tidak pasti yang  menuntut penginstitusian hierarki semata-mata. Kekacauan yang dihadapi oleh Khalifah ini yang juga merupakan pahlawan yang hebat dan seorang warak ini boleh dijelaskan hanya melalui dilema ini iaitu samada memerintah dengan maksud mengikut secara berpuak-puak yang telah digantikan dengan perpaduan untuk orang yang beriman oleh  Islam atau gagal. Sebahagian khalifah Bani Umaiyah meneruskan dasar-dasar saudara mereka iaitu khalifah Saidina  Uthman bin Affan r.a. dan menolak dasar-dasar khalifah Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. yang merupakan saingan mereka dengan bergantung kepada secara terbuka pada ikatan puak dan lebih-lebih lagi apa sahaja yang menghubungkannya dengan bahasa Arab termasuklah puisi yang bertemakan Badwi, kemahiran menunggang kuda dan pemburuan. Menurut para sejarahwan Islam, mereka tidak akan memaafkan pemerintahan Bani Umaiyah ini kecuali beberapa pemerintah yang sangat bertakwa seperti Umar II atau Umar ibni Abdul al-Aziz, putera-putera yang selain  darinya suka minum arak, berhibur seperti menari dan bermain muzik dan tidak mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Walau apa pun, perkara inilah yang sukar untuk dilupakan. Islam telah tersebar luas dari tempat lahirnya, ia tersebar dengan cara yang jauh berbeza daripada yang mencirikan kelahiran awal agama Kristian. Agama Kristian lahir daripada hegemoni sosial dan politik kerajaan Romawi dengan secara beransur-ansur meresap masuk secara sembunyi-sembunyi sehinggalah gereja Kristian di bawah Maharaja Constantine datang menganutnya dan menyebarkannya. Berbeza pula dengan Islam, sebaliknya dipimpin oleh tenteranya dimana ia perlu memastikan sempadan empayarnya terlebih dahulu sebelum mengasimilasi penduduk yang telah ditakluk seperti tentera yang memberikan musuhnya makan dan kemudian meninggalkannya. Sebenarnya, kemenangan Islam yang hakiki tidak memerlukan orang untuk dikalahkan tetapi melalui kehebatan politik Islam itu sendiri misalnya melindungi penduduk yang ditawan dan memberi kefahaman mengenai keindahan ajaran Islam sedikit demi sedikit. Atas sebab inilah pada abad pertama hijrah, pengislaman terhadap orang bukan Islam meluas tersebar seperti mereka berada  kepulauan yang luas di dalam jajahan dunia Islam, dan ini menyumbang kepada fenomena yang membingungkan seperti  pemerintahan Bani Umaiyyah tetapi mempunyai sikap pemikiran Helenistik.  According to every non-sacred logic, the spiritual unity of the world of Islam should have split apart, and yet it did not. But the secularization of politics drove the spiritual forces into anonymity; the last surviving Companions of the Prophet withdrew ever more from political life, together with their spiritual heirs. In compensation, their influence penetrated to popular levels, and
it was as a result of this that the Islamicization of the world conquered
by the Arabs was to be completed

Something analogous came about in the domain of art; in the surroundings of princely
palaces, it was craftsmanship in its most humble form that was the first to be Islamicized, and made Arab too, in a sense that remains to be defined.




4. Mshatta
Qaṣr al-Ḥayr, Quṣayr'Amra, Khirbat al-Mafjar, dan Mshattā adalah antara nama-nama rumah-rumah agam kerajaan yang dibina oleh Bani Umaiyah di pinggir  padang pasir sebagai tempat tinggal pada musim hujan dan sebahagian besar arkeologinya telah berjaya dipulihkan. Seni bina rumah-rumah agam ini mengimbau semula kedua-dua seni bina kubu Romawi dan istana Sasanid. Biarpun terdapat elemen baru yang menonjolkan seni Islam secara terperinci dan khususnya dalam hiasan, di mana motif geometrikal dan ritma seperti jalinan dan kelok-kelok dalam swastika yang muncul secara beransur-ansur daripada gubahan klasik yang konvensional, sebaliknya dari terus menjadi sempadan-sempadan yang ringkas ia menjadi tema yang utama pula.

Hasil seni kerajaan Bani Umaiyah yang paling terkenal yang tidak boleh dipertikaikan dari segi ukiran pada permukaan bangunannya adalah Mshatta, 7 iaitu kediaman musim sejuk yang daripada bukti menunjukkan ia ditinggalkan sebelum selesai, boleh dikatakan pada akhir era pemerintahan Bani Umaiyah (750). Jika seni bina seperti Kubah Batu dianggap sebagai mewakili budaya bandaran, dekorasi Mshatta pula dilihat sebagai perluahan cita rasa putera Arab dari asal usul Badwi, walaupun sebenarnya berasal daripada seni Yunaini-Romawi. Putera Arab yang  mengarahkan pembinaannya ini telah menunjukkan beberapa kain broked mewah atau  permaidani Sasasnid dengan perulangan motif simetri kepada ketua senimannya untuk menirunya dengan menggunakan batu berukuran lima meter tinggi dan empat puluh tiga meter lebar. Namun inilah yang dikatakan sebagai eufimisme (ungkapan halus) yang bermaksud keseluruhan komposisi ukiran ini dihiasi dengan timbulan  siku keluang zigzag yang menarik dan diselitkan dengan roset atau hiasan bunga mawar yang berbentuk bulat dan berbentuk oktagon segi lapan, dilihat cuba untuk menghilangkan pengaruh senibina klasik Yunaini atau Latin, ianya agak “barbar” dan lebih menarik kerana unsur-unsur klasik yang digunakan bertentangan dengan peranan asalnya. Oleh itu, sebagai contoh timbulan siku keluang zigzag yang menarik dengan motif daun akantus memberi kesan terhadap bentuk birai hias klasik, elemen asas yang bertujuan untuk menyokong bumbung, dalam konteks Mshatta ianya lebih dinamik dan berirama sebagai elemen hiasan,  ia tidak berbeza dari kulit sintetik yang dijahit pada pelana-pelana kuda orang Badwi, begitu juga dengan roset bunga mawar dan tidak syak lagi berasal dari roset bunga mawar yang menghiasi panel siling yang mungkin juga  digunkan sebagai hiasan untuk pengetuk pintu. Kebanyakan ukiran daripada permaidani ini mempunyai kaitan dengan budaya perkemahan daripada seni bina yang sebenar. Selain itu, orang Arab seperti kebanyakan orang nomad kurang sensetiviti terhadap seni bina, sebaliknya mereka lebih menghargai kesenian minor seperti  barang perhiasan perempuan, senjata perhiasan yang mahal dan tekstil mewah yang boleh dibawa dalam perjalanan mereka berniaga dan boleh digantung di dalam khemah mereka. Apabila dilihat dari jauh permukaan fasad Mshatta kelihatan seperti sebuah kandang yang dibuat dengan  menggantungkan permaidani yang dikelilingi oleh kumpulan khemah diraja dan kem tentera.

Perincian mengenai perhiasan ini seperti yang diperkatakan mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan warisan Hellenik, misalnya penemuan motif buah anggur dan pokok akantus, selain semua haiwan-haiwan yang menakjubkan di zaman kuno seperti  gryphon iaitu burung berkaki empat dan kuda bersayap. 8  Walaupun bentuk yang mengkagumkan ini adalah daripada warisan Hellenik dan apa yang menonjol adalah bentuk berirama dan  kemewahan bentuk yang terbentang ini membawa kita dekat dengan India daripada Yunaini. Ia juga mempunyai pengaruh dari Asia bukan sahaja Eropah, misalnya pasangan binatang yang sedang minum daripada pasu, cabang-cabang pokok anggur yang memanjat naik, jika dibandingkan masih belum wujud lagi di dalam seni Byzantin. Sesetengah motif hiasan ini menunjukkan dari seni koptik iaitu seni awal Kristian di Mesir dan yang lain di sempadan  timur negara Iran dimana pengaruh Hellenik digabungkan dengan warisan Asia. Adalah lebih sukar untuk menentukan apakah flora dan fauna yang mengkagumkan ini mempunyai maksud tertentu kepada seniman dan patron mereka, kerana seni hiasan ini seolah-olah berada diambang antara sedar dan tidak sedar dimana simbol-simbol kuno yang dahulunya tidak ketahui kini kembali timbul apabila doktrin baru kerohanian hadir menepati maknanya. Di dalam perihal pokok anggur yang dikelilingi dengan binatang, mitos dan alam nyata, kenangan terhadap Dionysiac dalam erti kata yang luas dan tiada paradoks dalam membicarakan hal ini misalnya puisi Bacchic juga terdapat dalam dunia Islam dan sering dimaknakan ke arah kerohanian. Tambahan pula dalam seni Kristian pokok anggur mempunyai kaitan rapat dengan Nabi Isa.

Seni bina Mshatta masih belum lagi boleh dikatakan sebagai seni Islam. Ia boleh dikatakan kesinambungan pengucapan ke dalam dunia Islam dan dalam bentuk yang telah di Arabkan daripada warisan kota Iskandariah, Mesir dan kerajaan Bani Umaiyah yang hampir sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan Yunaini-Parsi yang diasaskan seribu tahun yang lalu oleh Iskandar Zulkarnain “dua tanduk” (dhu'l-qarnayn) .9 bermaksud yang memiliki kekuasaan antara timur dan barat .

Walau bagaimanapun, seni Mshatta dalam ertikata lain terlebih dahulu memberi pengaruh yang besar dalam seni Islam khususnya dalam menggabungkan perbezaan seni atau budaya hias,   ukiran timbul siku keluang zigzag bersaiz besar dan roset bunga mawar yang dihasilkan untuk dilihat jauh dimana arca itu berbentuk motif tumbuhan dan zoomorfik yang perhiasannya berupa bentuk binatang bukan sahaja berkenaan dengan perihal cahaya dan bayang yang berubah-ubah sebagai satu bentuk yang hidup. Pendekatan bagaimana hiasan segi tiga siku keluang dan bentuk geometrik roset bunga mawar dipindahkan pada benteng menara menggambarkan kejayaan seni Islam selama berabad-abad terutamanya daripada seni Seljuk di Iran.


 5. Masjid Besar Bani Umaiyah di Damsyik

Seni tidak pernah menjadi sebagai suatu ciptaan yang sia-sia atau ex nihilo . Keasliannya terletak dalam sintesis elemen yang sedia ada. Oleh itu, seni bina suci Islam dilahirkan apabila kejayaan dicapai dalam penciptaan, ia bukan bentuk tiang dan gerbang yang baru tetapi jenis baru yang sesuai dengan ibadat dalam Islam. 

Mari kita bandingkan dengan pelan tempat ibadat antara gereja dengan masjid. Gereja mempunyai titik tengah yang dijadikan sebagai tempat upacara pembaptisan, altar, ke arah semuanya bersatu, paduan suara itu adalah tempat perlindungan yang melindungi altar, dan ruang ibu (nave) adalah seperti jalan dari dunia luar ke arah tempat perlindungan, apabila gereja dibahagikan kepada ruang masuk atau lobi (narthex), ruang ibu dan ruang koir, ia menerangkan hiraki pendekatan kepada yang suci dan cahaya yang jatuh, dalam gereja gaya basilica, dari tingkap ruang koir dan lampu langit tengah ruang ibu menonjolkan gerakan dan hirarki ini. Namun masjid tidak mempunyai pusat suci pada dindingnya, ruang solat imam (mihrab)  adalah untuk menunjukkan arah (kiblat) di Mekah  dan untuk tempat imam yang mengetuai solat bersama berdiri  dihadapan jemaah, barisan  saf dihadapan adalah lebih utama daripada berisan belakang, ruang di dalam masjid adalah seperti seperti segmen salah satu lingkaran sepusat yang mengelilingi tempat suci di Mekah.

Apabila umat Islam mengambil alih beberapa gereja orang Kristian seperti yang berlaku di Syria, 10 mereka mengubah paksi senibina menegak gereja menjadi melintang, dan perubahan orentasi semula ini dilakukan dalam pelbagai bentuk. Gereja-gereja Kristian berorentasikan arah timur, sedangkan Mekah terletak diselatan dari Syria. Salah satu perubahan arah ini adalah dengan membuat arked yang memisahkan pelbagai ruang ibu (naves) dengan wajah baru, bukannya “menggerakkan mata’’ ke dalaman arah ruang koir, mereka mambahagi ruang kutbah di depan dan “membawa mata berehat”, selaras dengan konsep asas yang statik dan bukan dinamik yang terdapat pada konsep ruang itu, dalam keadaan keseimbangan dan ketenangan yang diungkapkan seni bina Islam dalam semua bentuknya.

Dalam erti kata lain, seni bina suci Kristian  mencerminkan masa dalam bentuk ruang seperti yang telah kita perkatakan tentang orientasi. Paksi liturgi pada gereja biasanya ditentukan pada ekuinoks musum sejuk, iaitu paderi yang ditugaskan dan para jemaah akan berada pada garisan horizon dimana matahari, simbol kebangkitan Nabi Isa  naik ke langit. Oleh itu, inilah perubahan yang berlaku sebenarnya, perubahan momen yang menyentuh tentang pengabdian dan susunan liturgi gereja dibahagikan kepada “timur”, “barat”, “tengah hari” dan “tengah malam” yang mengambarkan kitaran atau ukuran duniawi.11 Bagi Gereja Latin pada hari ini pasti tidak dapat melupakan simbolisme ini yang mana merupakan bukti yang paling jelas, ia merupakan data asas ruang yang tidak dapat dipisahkan secara artifisial dari masa ke semasa, jalan yang membawa seseorang itu sedar bahawa masa itu diukur  untuk dalam menuju syurga.

Seni bina suci Islam tidak berdasarkan ukuran masa, ia adalah berorientasikan pusat bumi. Ruangnya adalah berhubung dengan pengalaman, seolah-olah ia sentiasa menyerap kembali peristiwa yang berlaku pada waktu itu.  Ia tidak menarik perhatian mata ke arah tertentu. Ia tidak menunjukkan ketegangan dan antinomi pencanggahan antara dahulu, kini dan akan datang atau antara langit dan bumi. Ia memiliki ciri-ciri di menutupi ruang  setiap tempat. Bukti Inilah yang dikatakan sebagai masjid ‘”bertiang’’ yang dibina berdasarkan model masjid pertama di Madinah.

Ia seolah-olah seperti halaman rumah yang terdapat pada ruang terbuka kediaman Rasulullah dan keluarganya. Kediaman ini berhadapan dengan tembok yang dibatasi halaman kira-kira 100 meter persegi yang menghadap ke arah Mekah, tempat ini dibina dengan struktur berbumbung dan bertiangkan seperti batang pokok sawit.  Pada waktu solat berjemaah, jemaah yang tidak dapat bersolat pada ruang berbumbung akan mengerjakannya di halaman terbuka. Satu ruang serambi yang dinamakan suffah dibina bertentangan dengan ruang solat sebagai tempat perlindungan bagi sahabat Nabi yang miskin dan kewujudan ruang-ruang ini atau serambi anjung yang mengelilingi halaman masjid boleh dilihat dalam model asal Masjid Nabawi. Berdasarkan model ini, masjid dengan bumbung horizontal biasanya terbuka ke halaman adalah sebahagian daripada tempat suci dan terdapat mata air untuk orang mensucikan diri dengan berwuduk sebelum mengerjakan solat. Ruang mimbar adalah berbumbung, ia mengandungi saiz tiang-tiang yang berbeza namun sama tingginya. Unsur-unsur suci jika boleh digambarkan adalah bahagian tanah itu sendiri, suluruh bahagian ruang tanah masjid biasanya ditutup dengan tikar atau permaidani dan jemaah akan menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid. Pergerakan solat yang melibatkan sujud, dimana dahi menyentuh lantai dan posisi duduk diantara dua sujud yang menyentuh lantai itu sendiri adalah merupakan kedudukan normal dalam berehat dan bertafakur. Bahagian dalam masjid adalah direka adalah sesuai dari kedudukan ini yang menyatakan bahawa ia berhubungan dengan bumi dan pelbagai komponen seperti tiang,  tiang relung dan arked dibina sedemikian rupa rupa sehingga menjadikan setiap titik pusat itu berdiri sendiri.

Masjid Besar Damsyik dibina antara 706 hingga 715 Masihi oleh Khalifah Bani Umaiyah iaitu Khalifah Al-Walid, iaitu masjid pertama yang mengikut model masjid lama di Madinah berdasarkan bentuk monumental. Khalifah ini juga membina semula masjid Nabi di Madinah namun penduduk Madinah berasa sangat sedih apabila khalifah merobohkan kediaman Nabi dan isteri-isterinya tinggal  yang diperbuat daripada bata dengan bangunan baru. Sesetengahnya menuduh khalifah membina ‘bukan dengan gaya senibina masjid tetapi gereja’. Keunggulan gaya Bani Umaiyah sebenarnya berbeza dengan nilai kesederhanaan dan ketenangan yang ada pada Islam, walau bagaimanapun dari sudut pandang politik . Khalifah al-Walid mempunyai hak dalam menentukan kemahiran artistik dan teknikal pada zamannya dalam menyumbang kepada Islam. Sejarah telah membuktikan beliau melakukan kesilapan, kerana sikap bermegah-megah Bani Umaiyah tidak mampu menengelamkan sifat merendah diri yang terdapat dalam reka bentuk Islam, dalam kata lain Islam telah mencapai keseimbangan yang sempurna berkaitan dengan keindahan yang merupakan sifatnya sendiri yang kaya dan sederhana.

Masjid Besar Damsyik  merangkumi bentuk segi empat tepat berkeluasan 160 meter panjang dan 100 meter lebar yang dibentuk oleh tembok-tembok kawasan sebuah Hellenistk kuno. Berdasarkan fakta ia menggantikan gereja St. John the Baptist dimana kepala beliau masih tersimpan di masjid ini telaj menimbulkan teori bahawa masjid ini tidak lebih daripada gereja ini, namun perkara ini tidak tepat kerana tidak pernah ada gereja di Damsyik dimensinya seluas ini, selain itu semua komponen unsur-unsur masjid adalah jelas strukturnya.

Terdapat tiga baris arked dibuat selari dengan dinding belakang, mempunyai dua dimana ruang arked bawah lebih besar dari yang atas. Bentuk arked ini seperti yang dilihat mempunyai tiga ruang ibu (naves) yang ditutupi oleh bumbung panjang bercerun dua. Set tiga ruang ibu ini mengingatkan kepada seni bina gereja namun bukan seperti skema gereja kerana bahagian tengah ruang ibu tidak tinggi dari dua aras bahagian yang lain dan tidak mempunyai ruang terbuka cahaya langit seperti yang terdapat pada gereja yang akan terbuka untuk cahaya semulajadi dari luar masuk ke dalam, biasanya cahaya akan masuk melalui gerbang arked yang terbuka ke ruang dalam

Halaman ini dalam dikelilingi oleh serambi anjung, arked yang mana juga berada di aras kedua dan mempunyai bentuk yang sama seperti yang menyokong bumbung tempat kutbah. Pengulangan seni bina yang sama ini merubahkan ritma satu dalam tiga selang seli tiang dan lajur tiang 

Bahagian yang paling menampakkan ciri-ciri “Byzantin” dan juga “Romawi” daripada binaan ini adalah ia mempunyai bahagian sayap yang melintang merentasi ruang tempat berkutbah dan ini menjelaskan juga kedudukan mihrab pada seni Islam dengan menghubungkanya semula dengan kawasan halaman. Sebuah cupola yang tinggi di atas kubah berbentuk oktagon iaitu Kubah An-Nisr (Dome of Eagle) terletak diatas merentasi titik tengahnya. Terdapat percubaan untuk menerangkan aspek-aspek yang ada pada gereja sebenarnya daripada bahagian bangunan ini sebagai pemindahan simbolisme kerajaan Rom ke khalifah Bani Umaiyah. Sebenarnya cupola ini menandakan tempat khalifah berdiri ketika solat Jumaat atau perayaan-perayaan besar. Namun penekanan seni bina di sini adalah boleh dijelaskan sebagai keperluan untuk menunjukkan arah kiblat dan ruang mihrab pada “fasad” masjid  yang menghadapan ke halaman.

Bentuk mihrab itu sendiri telah diperkenalkan ideanya ke dalam seni bina masjid semasa zaman khalifah al-Walid, pastinya tidak sama dengan exedra empayar Rom. Ada baiknya untuk membuat perbandingan dengan mihrab (apse) gereja-gereja Kristian tanpa perlu menanggapnya sebagai senibina pinjaman kerana perbincangan bidangnya lebih umum dan bercirikan purba dimana akan dibincangkan kemudian. (lihat Bab V, 2).

Terdapat juga unsur-unsur liturgi yang lain yang pertama kali muncul dalam zaman ini iaitu mimbar yang berbentuk seperti sebuah mahkota bertingkat dimana  merupakan seperti sebuah tangga berbangku yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa berkutbah kepada sahabat di masjid Madinah dan menara digunakan untuk melaungkan azan memanggil mengerjakan solat, di awal permulaan Islam muazin melaungkan azan di atas atap atau atas batu. Masjid Besar Damyik mempunyai tiga menara, dua adalah menara sudut temios Greek-Rom purba, yang ketiga didirikan oleh khalifah al-Walid, berdiri mengadap ke sebelah utara halaman di sepanjang paksi mihrab. Dinding masjid pula dihiasi dengan mozek dimana hanya sebahagiannya sahaja yang masih bertahan, imejnya mengambarkan bandar-bandar dan istana-istana yang hebat yang dikelilingi oleh bunga-bungaan dan dibatasi dengan sungai, semuanya disusun dengan reka bentuk yang hebat dimana menjadi bukti kepada kelangsungan aliran seni Bizantin oleh Bani Umaiyah di Syria. Ini adalah kesinambungan langsung  sumbangan dunia Islam dimana mozek selepas itu telah digantikan dengan teknik lain yang lebih sesuai dengan gaya hiasan geometrik, permukaan mozek yang berwarna-warni  berubah-ubah mengikut perubahan suhu dimana sebahagiannya adalah lut sinar, membuatkannya sesuatu sukar untuk dijelaskan dan diketahui sebalik dinding yang ditutupinya, jubin seramik dalam kata lain sangat tipikal dengan seni Islam selama berabad-abad berikutnya, ia menyatakan bahawa permukaan ini pada masa yang sama seolah-olah menjadikannya bercahaya. Tidak diketahui apakah daya penarik mozek Damsyik ini, ada yang mentafsirkan ia adalah syurga seperti yang diterangkan dalam Al-Quran dan ada yang mengatakan ia merujuk kepada bandar-bandar yang ditakluk oleh Islam, namun apa yang pasti adalah tidak terdapat satu pun figura tokoh manusia mahupun haiwan di karya yang berlatarbelakangkan lanskap ini dimana secara tidak langsung membuktikan bahawa tiadanya aniconisme dalam tradisi Islam.

Apa yang lebih menarik di sini adalah ruang seni bina dari segi ia didirikan dari struktur bangunan yang utuh. Ia bukanlah ruang yang mengikut ruang seperti dalam gereja Romawi atau Byzantin. Ruang khutbah yang terbuka sehingga ke halaman dan limpahan cahaya semulajadi  yang masuk ke dalam masjid tanpa halangan arked sama sekali berbeza dengan seni bina bertiang oleh orang Greek-Romawi yang realitinya berasaskan dinding, kolum dan seni bina yang ingin menunjuk-nunjuk. Matlamat sebenar seni bina Islam  adalah ruang itu sendiri sebagai tempat yang mulia. Bukan sahaja membina arked-arked yang hebat, memanifestasikan bentuk separa bulat tidak semudah seperti membuat bentuk seperti ladam kuda. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa nama dalam bahasa Arab bagi arked iaitu riwaq sinonim dengan keindahan, keanggunan dan kehalusan bagi arked yang dibina penuh dengan kompisisi yang harnoni yang berupaya mengubah ruang daripada realiti kuantitatif kepada kualitatif. Bahkan diakui dengan jelas bahawa seni bina Islam telah memperkenalkan pelbagai bentuk lengkungan, ini jelas dalam seni bina Bani Umaiyah dan dua daripadanya yang biasa ditemui adalah gerbang tapak kuda dikatakan wajib dalam mencapai kesempurnaan dalam seni Maghribi dan gerbang “keel” yang menonjolkan seni Parsi. Gabungan kedua-duanya memperlihatkan sifat statik dan ringan.  Gerbang Parsi agak mewah dan anggun, bantuknya naik dengan mudah dari bawah seperti lampu pelita yang ditup-tiup angin. Gerbang Maghribi pula dalam kata lain mempunyai ciri-ciri keluasan dimana biasanya disertakan dalam bentuk berbingkai dalam menghasilkan sintesis kestabilan dan hiasan berlebih-lebihan.