Isnin, 24 Disember 2018

Produk Cenderhati Kenangan Faizal Sidik




e-katalog
Faizal Sidik: Drawings 1996-2006
RM 10



Faizal Sidik: Sublime Weaves - KLPAC, 27 Februari  - 11 Mac 2012

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100


Poskad Saiz B5
RM 5




e-katalog
Faizal Sidik: Sublime Weaves
RM 10




Faizal Sidik: Sublime Weaves - G Hotel, 1 October 2010  - 3 January 2011

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100


Faizal Sidik: Catan Songket - Muzium Seni Asia,  2 Februari 2017 - 28 Februari 2018

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100



Poskad Saiz B5
RM 5





Katalog
Faizal Sidik: Songket Paintings
RM 20





Faizal Sidik: Catan Songket - Balai Seni Lukis Melaka, 20 Januari 2018 - 25 Mac 2018

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100




Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Pantai Timur, 24 November 2018 - 4 Januari 2019

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100




Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Pantai Timur, 24 November 2018 - 4 Januari 2019

Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100



Poster Saiz B2 

Cetakan atas pelekat
Print on sticker 

1440 dpi

RM 100










Baju T Kolar bulat
Tshirt Roundneck  

Dakwat getah atas kain kapas 8 Square dan 4 Square
Rubberized ink on Cotton 8 Square and  4 Square

Warna: Hitam dan Biru Langit
Colour: Black and Sky Blue

Saiz/ Size: S, M, L, XL, XXL, 


RM 25






Beg tote jahit tempah
Custom made tote bag 

 Kain belacu
Calico

Dakwat bergetah
Rubberized ink

RM 15



Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Seni Muzium Negeri Terengganu, 15 Mac 2019 - 31 Mac 2019
                                                                Poster Saiz B2 



Gegantung (Banner)







Hubungi: Pustaka Taman Seni 
Whatapp: 011 1097 5781 
atau 
email seniart.info@gmail.com









Ekspresi Seni bersama Faizal Sidik dan Ali Isa dalam Pameran 'Hasan Abu Bakar: Refleksi Warna''



Selamat Pagi Malaysia, 17 Sept 2018, 9.15 pagi. 'Hasan Abu Bakar: Colours in Reflections' Galeri Tunku Abdul Rahman (Galeri Matic) 28 Ogos - 30 Sep 2018 Perasmian 20 Sep 2018, Khamis jam 2 ptg

'Imbau Kenangan Evolusi Industri Seni Bersama Pelukis Kurator Faizal Sidik', Hypp TV #630


Syasya Jamal, Talking Points, 'Imbau Kenangan Evolusi Industri Seni Bersama Pelukis Kurator Faizal Sidik' , Channel W (Capital TV), Hypp TV Saluran #630.
('Talking Points' adalah sebuah program bual bicara bersama tokoh-tokoh seni, budaya, hartanah, usahawan serta hal ehwal pasaran dan industri yang dihoskan oleh Syasya Jamal yang diterbitkan oleh Channel W dahulunya Capital TV melalui siaran Hypp TV Saluran 630)
Waktu siaran: Selasa, 17 Julai 2018, 5.30 petang
Waktu ulangan: Selasa, 17 Julai, 11.30 malam,
Rabu, 18 Julai, 11.30 malam,
Rabu, 18 Julai, 5.30 petang.

Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya




Oleh : Faizal Sidik

Pengenalan
Permaknaan ‘School of thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu gerakan. Kumpulan Paris atau  School of Paris adalah asalan daripada gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19 melahirkan pelopor-pelopor seni seperti Cezanne, Van Gogh, Picasso. Kemudian Kumpulan New York atau  New York School muncul sebagai pusat seni lukis utama pada abad ke-20 hingga kini terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark Rothko. Gerakan seni Kumpulan Manjung atau Manjung School adalah merujuk kepada pandangan aliran seni lukis yang berasal daripada sebuah kawasan dibahagian pantai barat Malaysia yang mempunyai pengaruh yang dekat dengan pengaruh maritim atau kelautan yang kaya dengan sejarah silamnya sebagai sebuah kerajaan awal. Kumpulan Manjung adalah terdiri daripada bekas-bekas pelajar ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1995 hingga 2002 yang terdiri daripada  jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen.

ITM Seri Manjung
Hasrat kerajaan melalui pendidikan menerusi Institut Teknologi Mara (ITM) untuk memperbanyakkan lagi teknokrat Melayu dan peribumi memperoleh taraf pendidikan yang tinggi dan tidak hanya bertumpu di pusatnya iaitu Shah Alam. Oleh itu, lahirlah cawangan-cawangan ITM disetiap negeri bagi memberi peluang kepada anak negeri mendapat capaian pendidikan tinggi seperti ITM Seri Manjung yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 dalam menawarkan kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan. Selain, Kajian Seni Bina Perancangan dan Ukur (KSPU) ditawarkan sebagai kursus-kursus yang perlu dalam memenuhi aspek infrastruktur pembangunan sesebuah negeri maka Kajian  Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR) telah membuka cawangan keduanya di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan pada akhir tahun 1995 dengan tiga jabatan awal iaitu Seni Halus, Fesyen dan Seramik.

Manjung merupakan antara sebelas buah daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Pada zaman kerajaan Melayu lama, daerah Manjung terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan awal negeri. Antara kerajaan awal Perak yang terdapat di sini adalah kerajaan Dinding dan Beruas sebelum kerajaan Perak yang ada pada hari ini ditempatkan di Ipoh dan Kuala Kangsar sebagai bandar Di-Raja. Daerah Dinding sebelum 1973 pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran British di Pulau Pinang. Kini Daerah Manjung mempunyai bandar dan pekan di dalam kawasan ini seperti Bandar Lumut, Bandar Setiawan, Bandar Pantai Remis, Pekan Air Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pengkor dan Pekan Bruas.

Perpindahan pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Woodland di Singapura ke Lumut, Perak telah menyebabkan sebuah bandar baru perlu dibangunkan yang tidak jauh daripada pelabuhan itu bagi menyokong pembangunan pembangunan Lumut dan Setiawan. Di dalam Dewan Undangan Pasir Panjang di dalam Daerah Manjung, Pusat Bandar Seri Manjung atau Seri Manjung telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980 an bagi memenuhi keperluan tersebut dan merupakan pusat utama kegiatan sosio-ekonomi, pentadbiran dan juga pendidikan yang utama di Hilir Perak.

Pada hari ini juga daerah Manjung terletak di dalam Parlimen Lumut yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Daerah ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor. Tidak hairanlah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak bukan sahaja sebagai tempat bersejarah tetapi juga dengan keindahan pantai, laut, pulau, hasil laut, hutan bakau, hutan bukit dan taman-taman rekreasi berkonsepkan marin atau bersumberkan laut.

Di Seri Manjung juga terletaknya bangunan-bangunan awal pusat pentadbiran daerah ini seperti Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Hospital Seri Manjung Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mahkhamah Syariah dan Majistret Manjung, JKR Daerah Manjung, Pejabat Pos Seri Manjung, Stesen Bas Seri Manjung, Pasar Seri Manjung, adalah yang terawal di sini. Salah satu yang menjadi tarikan Seri Manjung adalah terdapatnya pusat pengajian tinggi yang terawal di sini seperti Institut Teknologi Mara (ITM kini UiTM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Sekolah Vokasional Seri Manjung yang merupakan nadi penggerak bandar ini dari segi sektor perkhidmatan.

Tidak lengkap sekiranya menyebut sebuah bandar tanpa mendemografikan kependudukan dan alam manusia yang mendiaminya. Kawasan petempatan awal bandar Seri Manjung boleh dibahagikan beberapa fasa seperti Fasa 1A,1B,1C,1 D dan1 E. Manakala Fasa 2 pula terdiri daripada Fasa 2A, 2B dan 2C. Selain itu, Fasa 3 terdiri daripada 3A, 3B dan 3C adalah penempatan yang dibangunkan selepas penempatan awal seperti Kg. Dato Seri Kamaruddin yang terletak dibahagian barat daya bandar ini. Kawasan perumahan awal ini dikenali sebagai kawasan perumahan yang menempatkan kakitangan yang bekerja di limbungan kapal. Penempatan fasa-fasa ini bukan sahaja mengandungi kawasan perumahan tetapi juga rumah-rumah kedai yang bukan sahaja menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan maritim atau perkapalan disebabkan lokasinya yang hampir dengan pelabuhan tetapi juga dalam memenuhi keperluan harian di Bandar Seri Manjung.

Pusat perniagaan dan perkhidmatan yang terawal di Bandar Seri Manjung adalah terletak di Fasa 1C yang menempatkan kawasan rumah kedai yang disewakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Di sini juga kampus sementara ITM cawangan Perak telah dibina pada 1 Januari 1985 yang dirasmikan YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak yang merupakan kampus ITM  ke lapannya di seluruh negara pada waktu itu. Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit rumah kedai dua tingkat, namun dengan jumlah pelajar yang bertambah dari semasa ke semasa bangunan rumah kedai ini telah ditambah lagi menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan stor.

Bagi siswa pula sebelum asrama di dalam kampus disediakan, sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewakan sebagai asrama bagi penempatan siswa. Sebanyak 200 orang pelajar bagi pengambilan pelajar pertama telah diadakan pada Januari 1985 yang mengikuti kursus awal di sini iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan yang terdiri daripada 25 kakitangan akademik dan 45 bukan akademik. Kumpulan sesi pertama pengambilan pelajar daripada Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR) dan adalah sebanyak 60 orang pelajar yang terdiri bukan sahaja daripada anak negeri tetapi juga dari luar. Program Sarjana Muda Seni Reka di Seri Manjung selama empat tahun terdiri daripada 3 jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen. Pelajar-pelajar ini akan mempelajari asas seni lukis dan seni reka atau Asasi Seni (Art Foundation) selama setahun sebelum mereka ditempatkan ke jabatan pengkhususan masing-masing.

Apa yang uniknya ITM Seri Manjung adalah pusat pembelajaranya adalah terletak di bawah rumah kedai misalnya studio asasi seni terletak di blok P, studio seni halus blok I dan K, studio senireka seramik blok T, studio senireka fesyen blok O. Perkara menariknya adalah jika suatu kelas yang dijalankan pensyarah mendapati ada pelajarnya yang hadir tanpa sebab yang munasabah, pensyarah berkenaan hanya perlu naik ke tingkat atas rumah untuk mencari pelajarnya. Keakraban ini antara pensyarah dan rasa hormat pelajar ini boleh dilihat sejak pensyarah perintis di Asasi Seni kampus Seri Manjung ini seperti En Zainudin Md. Nor (kini Dr,) En. Khalil Sulaiman, Pn. Zaharah Jaafar, En. Izaddin Matrahah, En. Azhar Manan, Puan Yusnita, Pn. Rosliza Abdul Rahim, En Hamidi Hadi (hanya beberapa nama) selain tenaga pengajar dari ITM Shah Alam dan USM Pulau Pinang yang mengajar Pengajian Liberal seperti Pn. Arba’iyah Ab Aziz (Dr.), En.Kamal Abd Azizi (Dr.),  En. Rahim Mat dan En Muhammad Saad (hanya beberapa nama).

Pencapaian
Sepanjang tahun 1995 hingga 2002 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka beroperasi di kampus di Seri Manjung banyak kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh pelajarnya walaupun serba kekurangan. Kejayaan ini bukan sahaja kejayaan mengadakan pameran di dalam dan luar negeri tetapi juga anugerah-anugerah seni yang diperolehi oleh pelajarnya samada melalui pertandingan atau pertunjukan yang dianjurkan diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pada tahun 1998 misalnya, pelajar tahun satu asasi seni telah mendapat tempat bagi mempamerkan karya-karya catan yang bertemakan catan impressionis di Galeri Shah Alam. Ini adalah permulaan awal Kumpulan Manjung ini mendapat tempat mengadakan pameran di galeri seni. Bertema dan berinspirasikan karya-karya impressionis, En Azhar Manan telah mengkuratorkan pameran ini hasil daripada lukisan akhir mengenai lanskap pemandangan (landscape), lanskap bandar (townscape) dan lanskap laut (seascape) dibeberapa lokasi sebagai rakaman visual seperti di Seri Manjung, Setiawan dan Lumut. Pameran ‘Julung’ yang menghimpunkan ketiga-tiga buah jabatan seni halus, seramik dan fesyen telah diadakan di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kini Balai Seni Lukis Melaka pada tahun 1999 pula adalah hasil daripada dokumentasi marin di Pulau Pangkor.

Selain itu, pameran tahun akhir bagi sesi pertama dan kedua diadakan di Perpustakaan Negeri Ipoh dan  Kompleks Budaya Ipoh. Sesi ketiga Seni Halus pula telah berjaya di ruang galeri iaitu di Yayasan Kesenian Perak (YKP) pada 28 Mei hingga 22 Jun yang dikuratorkan oleh Faizal Sidik dan dirasmikan oleh Dato Teh Khatijah pada tahun 2000. Pada 2013 telah ada usaha untuk menghimpunkan semula bekas pelajar di ITM Manjung ini daripada ketiga-tiga jabatan yang awal. Hasilnya sebuah pameran seni lukis tindakbalas fenomena daripada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjudul ‘Manjung School: Pilihan Rakyat” telah diadakan di Galeri Shah Alam pada tahun 2013 yang terdiri daripada pelukis seperti Ahmad Fairus Yusof, Nuriman Amri Manp, Muhammad Ekhsan Haniff, Nadiah Mohamed, Zaslan Zeeha Zaini, Eruan Adnan dan Faizal Sidik yang bertindak sebagai pelukis dan kurator.

Disamping aktif berpameran di pusat seni Kuala Lumpur banyak juga kenangan manis yang dikecapi oleh penuntut-penuntutnya melalui kemenangan hadiah-hadiah seni samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa misalnya pada 1999 Muhammad Ekhsan Hanif telah memenangi Hadiah Seni Philip Moris, Nadiah Muhamad dan Nuriman Amri Manap memenangi hadiah seni Nokia tahun 1999 dan 2000, Faizal Sidik pemenang Hadiah Penghargaan Bakat Muda Sezaman (BMS) 2001 yang merupakan pemenang pertama BMS Kumpulan Manjung dari ITM Seri Manjung. Selain Nuriman Amri yang memenangi  Hadiah Juri Bakat Muda Sezaman. 2006. Ramai lagi Kumpulan Manjung yang telah berjaya memasuki pameran dan pertandingan prestij bagi pelukis muda ini Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azahari Tengku Azizan, Hasnul Isyraf Idris, Mokhzaini Hairim Mokhtar dan lain-lain.

Manusia dan Alamnya
Kumpulan Manjung bukanlah sebuah perkumpulan yang mempunyai bilangan ahli tertentu. Kumpulan ini terbuka kepada semua bekas pelajar daripada ketiga-tiga jabatan awal yang berada di Seri Manjung daripada tahun 1995 hingga 2002. Perkumpulan adalah mirip kepada pameran lukisan ‘Julung’ yang disertai oleh ketiga-tiga jabatan yang menghasilkan satu tema yang sama. Pameran ‘Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya’ telah mengumpulkan 17 orang pelukis dan pereka. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ dibina bagi bertindak balas terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap pergolakan alam hidup manusia yang berlaku di sekitar pelukis dan pereka.

Di dalam pameran ini kurator telah membahagikan pelukis-pelukis kepada 2 tema iaitu Manusia dan Alam. Karya Mohd. Farizal Puandi ‘KaU rASA’ (2018),  Zaslan Zeeha Zaini ‘Laukku Cukup Masin’ (2018) , Mohd Ekram Al-Hafis Hashim ‘Cognitive Idea of Aesthetics’ (2018) dan Nurulhuda Mohamed siri ‘Letusan I hingga III’ (2018) memperlihatkan tema-tema manusia yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan perubahan kerajaan baru. Karya Farizal ‘KaU rASA’ memperlihatkan kesinambungan karya-karya yang berasaskan bahan kayu yang dihasilkan sebelum ini. Farizal bermain teks tajuk karya daripada tajuk ‘KaU rASA’ kepada maksud sinis iaitu ‘KUASA’ terhadap watak utama yang dikritik di dalam karyanya menerusi perlambangan kerusi. Karya Nurulhuda Mohamed siri ‘Letusan 1’ (2018) memaparkan letusan perasaan yang terkandung di dalam perut bumi, letusan ini jugalah perasaan rakyat marhain dibawah sana tentang ketidakpuashatian mereka terhadap iklim politik yang berlaku sebelum ini yang menyebabkan mereka marah dan menukar kerajaan baru.

Dua orang pereka yang turut sama dalam menghasilkan rekaan yang berinspirasikan keperluan manusia adalah rekaan oleh bekas pelajar seni reka fesyen iaitu Khalida Khairudin dan Zaitul Effa Baharudin. Rekaan perhiasan leher yang menggunakan bahan manik bertajuk ‘Beauty of Beads’ (2018) memerlihatkan 15 hiasan leher yang berwarna-warni dan berkilau-kilauan. Manakala ‘Bottle Crochet’ (2018) oleh Effa pula mempamerkan kemahiran beliau menggunakan teknik kait dalam menghasilkan 8 bekas botol yang pelbagai saiz, warna dan pelbagi fungsi.

Karya lukis Saiful Azmi dan Ahmad Eruan Adnan memperlihatkan kehidupan manusia yang jarang-jarang dihargai tetapi penting ekosistem kehidupan masyarakat. ‘Pekerja Rumah Arang’ (2017) dan ‘Pekan Jelai’ (2018) yang memperlihatkan sosiobudaya masyarakat di Perak. Karya lanskap cat air kilang arang Kuala Sepetang mengambarkan anak muda sedang bekerja sambil diperhatikan oleh golongan tua. Manakala Pekai Jelai berhampiran Batu Kurau menunjukkan rumah kedai yang masih utuh berdiri walaupun menggunakan kayu lama berwarna merah.

Karya Eruan ‘Terima Kasih Allah’ (2018) memaparkan rasa syukur dan terima kasih pelukis kepada Pencipta terhadap usaha niaga kedua-dua orang tuanya iaitu Allyarham Haji Adnan bin Osman dan Siti Mariam Wong Abdullah  sehingga beliau berjaya belajar di menara gading ITM. Perniagaan Satay Warisan Pak Chu di Bentong telah diusahakan oleh ibubapanya sejak beliau bersekolah lagi. Kini beliau adalah legasi penerus perniagaan ini. Kedua-dua karya Saiful dan Eruan  adalah satu penghormatan terhadap semangat yang disumbangan terhadap sesebuah pekan mahupun diri pelukis.

Rafidah Saharudin dan Zuraidy Abd Rahim pula merupakan bekas pelajar di jabatan seramik. 
Sentiasa berimaginasi dalam bentuk tiga dimensi dalam menghasilkan produk seramik samada arca seramik atau seramik industri, Rafidah hadir dengan tiga buah karya daripada kayu dengan berinspirasikan pergerakan kaki sebagai temanya. Karya ‘Melangkah I’, ‘Melangkah II’ dan ‘Melangkah III’ (2018) bukan sahaja memokuskan langkah pergerakan oleh manusia malah mungkin juga haiwan. Pengaruh karya ‘Figure In Movement’ oleh Alberto Giocometti dilihat cukup kuat dalam karya-karya sebegini. Produk lampu seramik oleh Zuraidy pula dengan tajuk ‘Line, Rhythm and Movemet’ (2017) hasil daripada porselin. Rekaan beliau ini adalah berdasarkan penerokaan peluksi terhadap garisan, ritma dan pergerakan, namun bentukan lampu ini dilihat cukup kuat dengan hidupan maritim seperti siput dan cengkeram.

Tema alam pula meliputi karya-karya pelukis yang menjadikan alam sebagai subjek utama mereka. Karya Muhammad Ekhsan Md Haniff siri ‘Journey of Salikin I-III’  (2018) dan ‘Journey of Life’ (2018) memaparkan catan bernafaskan seni Islam nusantara menerusi penerapan kaligrafi arabes dengan pola-pola motif serantau. Penggunaan warna-warna alam seperti hijau jelas kelihatan pengaruh daripada karya-karya awal beliau terutamanya karya ‘Resipi Alam’ (1999) yang pernah memenangi Hadiah Seni Philip Morris suatu ketika dahulu.  Karya Fairus Ahmad Yusof ‘ALAMI Series: Hujan Malam’ (2004) dan ‘ALAMI Series: Untitled’ (2004) adalah memperlihatkan secara konsisten Fairus dalam membawa isu-isu kemusnahan alam sekitar seperti pembalakan, penebangan hutan untuk pertanian semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam mengejar kemajuan . Tanpa keseimbangan ekosistem alam dengan hanya mengejar kapital untung rugi pasti kehidupan manusia terutamanya dikota besar  sedikit demi sedikit akan terjejas dan ‘mati’ seperti yang beliau terjemahkan dalam ‘ALAMI Series: Penglipurlara Kota’ (2013).

Kemahiran pelukis-pelukis ITM terutamanya dalam  Kumpulan Manjung dalam mengambar alam benda tidak perlu dipertikaikan bakatnya. Karya Rohizal Mat Arop ‘Jambu’ (2018) adalah salah satu bagaiman set alam benda yang bersubjekkan buahan bersifat Malaysiana tempatan diberi penghargaan. Bunga-bunga serantau yang banyak perlambangannya digunakan sebagai metafora atau simbolisme di kawasan ini seperti ‘Bunga Teratai’ (2018), ‘Bunga Kantan’ (2018), ‘Bunga Matahari’ (2018), ‘Bunga Dahlia’ (2018),  dan ‘Lempoyang’ (2018) dalam karya cetakan-cetakan lino Nadiah Mohamad. Apresiasi terhadap bunga anggerik atau orkid pula didokumetasikan secara realis oleh Nuramani Zainudin dalam ‘Denbroblum’ (2018). Manakala itu Idarina Ibrahim ‘Menanti Sang Lebah’ (2018)  dan karya Tetriana Ahmed Fauzi ‘Scarlet Casedas’ (2018) dan ‘Progenitor Ridge’ (2018) pula merupakan pernyatan yang agak ‘erotika’ terhadap perlambangan kedua-duanya.

Bagi memberikan khidmatnya kepada masyarakat atau golongan yang memerlukan, pelukis Manjung juga telah bekerjasama dengan sebuah perusahan sosial atau social enterprise dengan mengadakan bengkel lukisan sepanjang pameran ini berlangsung di Pusat Kreatif. Natiarts sebuah perusahan sosial yang mengkhususkan peranannya dalam memberi peluang kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam pembelajaran untuk membina potensi mereka agar boleh berdikari sendiri menerusi penghasilan lukisan yang dibuat. Bengkel lukisan semasa pameran Kumpulan Manjung ini difasilitatorkan oleh pengasasnya Jeannie Chan dan pelukis Manjung bertindak sebagai mentor dalam menjayakan progaram bersama dengan kanak-kanak terpilih dari Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur.

Penutup
Melihat ke hadapan Kumpulan Manjung adalah perkumpulan seni yang bergerak dalam jemaah atau secara kolektif dalam membantu anggota kumpulan dalam melancarkan karier masing-masing dalam pelbagai bidang yang seni dan rekaan samada melalui pameran solo, bergerak, berkumpulan, projek seni, pertunjukan dan lain-lain. Selain itu, kini Kumpulan Manjung mengorak langkah dalam mempersatukan semula tiga belas sesi daripada tahun 1995 hingga 2002 dalam memperkasakan peranan dan fungsinya sebagai sebuah perkumpulan yang memberikan sumbangan idea dan visual terhadap pembangunan insan.  Perihal ini bukan sahaja dalam seni lukis dan seni reka malah dalam menangani persoalan besar masyarakat yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan itu sendiri sebagai satu reaksi tindakan pandangannya dan suara kepada golongan seniman.

Kurator Pameran



Jumaat, 21 Disember 2018

Teks Perasmian Pameran 'Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya', Pusat Kreatif, Balai Seni Negara.



TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
MAJLIS PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH YBHG PROF DATO’ DR MOHAMED NAJIB AHMAD DAWA (WAKIL)
KETUA PENGARAH, BALAI SENI NEGARA
20 DISEMBER 2018 (KHAMIS)
3.00 PETANG



YBrs. Dr Zainudin Md Nor
Koordinator Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, Seri Iskandar, Perak

YBrs. Pn Jeannie Chan

Pengasas Natiarts, Pertubuhan sosial kanak-kanak berkeperluan

Khas


Pn. Aimee Chan

Pengetua Rumah Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala

Lumpur


Pensyarah dan bekas pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan

Seri Iskandar


Pelukis-pelukis yang diraikan

Rakan-rakan kurator dan pelukis

Wakil-wakil Media

Dif Dif Jemputan

Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin

Hadirin sekalian,


1.   Balai Seni Negara, mengalu-alukan kehadiran semua tetamu ke majlis perasmian  pameran Kumpulan Manjung. Selamat datang dan terima kasih juga diucapkan kepada YBrs. Dr Zainudin Md Nor, di atas kehadiran tuan pada hari ini.

2.   Pada hari ini kita sangat teruja kerana dapat bersama-sama untuk meraikan  dan menyaksikan pameran ulung Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya. Di dalam pameran ini kurator telah membahagikan pelukis-pelukis kepada 2 tema iaitu Manusia dan Alam. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ dibina bagi bertindak balas terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap pergolakan alam dan hidup manusia yang berlaku di sekitar pelukis dan pereka.

3.   Tahniah diucapkan kepada 17 orang pelukis yang terlibat dalam menzahirkan pameran ini iaitu :

Manusia
Mohd Farizal Puadi
Zawiyah Yaacob
Mohd Ekram Al-Hafis Hashim
Fairus Ahmad
Nuriman Amri Manap
Khalida Khairuddin
Zaitul Effa Baharudin
Saiful Azmi
Ahmad Eruan Adnan
Rafidah Saharudin
Zuraidy Abd Rahim

Alam
Muhammad Ekhsan Md Haniff
Rohizal Mat Arop
Nadiah Muhamad
Tetriana Ahmed Fauzi
Nuramani Zainuddin
Idarina Ibrahim
Nurulhuda Mohamed

4.   Kumpulan Manjung merupakan satu kumpulan bekas penuntut Institut Teknologi MARA (ITM) cawangan Seri Manjung dari tahun 1995 sehingga 2002. Seperti yang telah sedia maklum, ITM kini telah diangkat taraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UiTM cawangan Seri Manjung telah ditempatkan di lokasi tetap di UiTM Seri Iskandar, Perak.

5.   Melalui pameran ini, usaha galakan kepada penggiat seni untuk bergiat aktif dan mengadakan kerjasama bersama Perusahaan Sosial (social Enterprise) dapat dipertingkatkan. Usaha kerjasama ini akan memberikan peluang yang lebih luas kepada mereka mengembangkan potensi diri dan membina jaringan seni dan perniagaan.

Para hadirin sekalian,

6.   Menelusuri rentetan hubungan Balai Seni Negara dan UiTM, sebenarnya telah lama terjalin dengan pelbagai aktiviti dan program serta kolaborasi seni yang memberikan impak yang besar kepada industri seni visual dan pendidikan seni di Malaysia.

7.   Pameran seni dari UiTM   telah bermula seiring dengan perjalanan Balai Seni Negara iaitu  Pameran Fakulti Institut Teknologi MARA pada tahun 1985, 1987 and 1989, Pameran berkumpulan graduasi ITM 1996 iaitu pameran X=Pro+Form serta banyak lagi pameran kolaborasi bersama.

8.   Terkini kolaborasi bersama ialah Program Asia International Conference Of Art And Design 2018, (AICAD 2018) yang telah diadakan di NAG@Langkawi pada bulan Oktober 2018. Pada bulan September tahun 2019 akan datang pula, sebuah Pameran Asian Fiber Association (AFA) yang ke-12 menghimpunkan pengkarya seni fiber Malaysia dan negara-negara  Asia akan  dianjurkan oleh UITM Perak, AFA Association dengan kerjasama Balai Seni Negara di Pusat Kreatif.

9.   Balai Seni Negara  telah membuka ruang kepada pelukis-pelukis muda seperti Kumpulan Manjung untuk berpameran di ruangan Creative Space bagi mengembangkan potensi seni dan potensi diri serta platform menjana ekonomi, memasar dan mempromosikan karya mereka untuk lebih dikenali lebih jauh ke peringkat antarabangsa hendaknya.

10.                Suka saya untuk memaklumkan bahawa ruang Creative Space yang telah diwujudkan semenjak 2016 kini telah mempunyai 4 ruang iaitu ruang Lobi Pentadbiran, ruang pameran pada hari ini, Galeri Potret, Galeri MaTIC dan Sunway Putra Mall. Creative Space ini telah banyak membantu pelukis mendapatkan peluang dan membuat jualan yang tinggi.

11.                 Pada tahun ini setakat November  2018 hasil jualan keseluruhan Creative Space adalah sebanyak RM72,377.00 telah berjaya dibuat, melibatkan 51 buah karya dari 22 pameran. Saya mengharapakan Pameran Manusia dan Alamnya bakal mencatat jualan yang tinggi serta membanggakan.

12.                Kumpulan Manjung juga telah mengorak langkah kerjasama dengan Natiarts yang bekerjasama dengan Persatuan Kanak-kanak istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan  Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur, dengan mengadakan bengkel lukisan sepanjang pameran ini berlangsung.

13.                Natiarts merupakan sebuah perusahaan sosial yang berperanan dalam memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam pembelajaran membina potensi mereka agar dapat berdikari menerusi penghasilan lukisan mereka. Puan Jeannie Chan selaku fasilitator telah bersama-sama menjayakan program ini dan pelukis Manjung selaku mentor telah membimbing  anak-anak dari Persatuan Kanak-kanak Istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur.

14.                Balai Seni Negara mengharapkan usaha dan hubungan seni dalam berkarya secara berterusan dan terus mencetuskan gerakan baru dalam seni lukis Malaysia. Didoakan Kumpulan Manjung akan meneruskan usaha dalam berkarya dan berpameran bagi menempa kejayaan yang lebih besar lagi dalam seni lukis Malaysia.

15.                Semoga usaha ini dapat memberi cetusan ilham kepada ramai lagi pelukis muda pada hari ini. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Manjung dan teruskan usaha dalam  merancakkan lagi perkembangan seni lukis Malaysia. Sekian terima kasih.


-----------------------------------------------



TEKS UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH YBRS. DR ZAINUDIN MD NOR
KOORDINATOR FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM, SERI ISKANDAR, PERAK
20 DISEMBER 2018 (KHAMIS)


YBrs Puan Faridah Hanim Abdul Wahab
Ketua Kurator Kanan Seksyen Perkhidmatan Pameran
Balai Seni Negara

YBrs En Faizal Sidik
Kurator Pameran, Balai Seni Negara

YBrs. Pn Jeannie Chan

Pengasas Natiarts, Pertubuhan sosial kanak-kanak berkeperluan

Khas


Pn. Aimee Chan

Pengetua Rumah Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala

Lumpur


Pensyarah dan bekas pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan

Seri Iskandar


Pelukis-pelukis yang diraikan

Rakan-rakan kurator dan pelukis

Wakil-wakil Media

Dif Dif Jemputan

Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin

Hadirin sekalian

1.   Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini kita dapat berkumpul di Balai Seni Negara bagi meraikan dan menyaksikan pameran ini. Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan pameran yang sangat menarik ini.

2.   Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Kumpulan Manjung dengan penubuhan kumpulan ini sehingga berjaya dalam perlaksanaan pameran. Kumpulan yang terdiri dari 17 orang pelukis dan pereka yang mempunyai kreativiti yang tinggi hasil dari pembelajaran dan pengalaman sepanjang menuntut di Institut Teknologi MARA cawangan Seri Manjung ini merupakan satu usaha yang harus dipuji dan dapat memberikan contoh kepada pelajar dan graduan seni bagi membentuk identiti jatidiri serta kekuatan dalam melestarikan usaha mendokong industri seni visual di Malaysia.

3.   Balai Seni Negara telah menyediakan ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis muda iaitu  Creative space. Saya melihat creative Space ini sebagai local hub dan landasan untuk pelukis seperti Kumpulan Manjung, mengembangkan potensi seni dan ekonomi. Inisiatif yang disediakan ini amat membantu pelukis muda Malaysia mengembangkan karier seni mereka. Secara tidak langsung dapat memancing jalinan kolaborasi dan mempromosikan seni visual mereka kepada entiti swasta dan korporat.
4.   Selain daripada itu melalui Creative Space ini dapat mencetuskan perkongsian idea bersama komuniti. Kehadiran dan kreativiti pelukis dalam industri seni visual dapat dilihat serta membina strategi dalam pembentukan ekonomi pelukis secara global.


Tuan-tuan hadirin sekalian,

5.   ITM Seri Manjung telah ditubuhkan pada tahun 1985. Pada awalnya menawarkan kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur.

6.   Pada akhir tahun 1995,  Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah membuka cawangan keduanya di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan dengan tiga jabatan awal iaitu Seni Halus, Fesyen dan Seramik. Apa yang uniknya ITM Seri Manjung adalah pusat pembelajaranya adalah terletak di bawah rumah kedai dan asrama di tingkat atas. Mudah bagi pelajar bagi menghadirkan diri mereka di studio.

7.   Sepanjang tahun 1995 hingga 2002, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka beroperasi di kampus sementara di Seri Manjung dan banyak kejayaan pelajar yang dikecapi bukan sahaja kejayaan mengadakan pameran di luar tetapi juga anugerah-anugerah seni yang diperolehi oleh pelajarnya samada melalui pertandingan atau pertunjukan yang diadakan.

8.   Pada tahun 1998, pelajar tahun satu asasi seni telah mendapat tempat bagi mempamerkan karya-karya catan yang bertemakan catan impressionis di Galeri Shah Alam dan Pameran Julung yang menghimpunkan ketiga-tiga buah jabatan seni halus, seramik dan fesyen telah diadakan di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kini Balai Seni Lukis Melaka pada tahun 1999

9.   Mengimbas tentang daerah Seri Manjung ini, hadirin sedia maklum, kedudukannya yang dekat dengan laut, Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak bukan sahaja sebagai tempat bersejarah tetapi juga dengan keindahan pantai, laut, pulau, hasil laut, hutan bakau, hutan bukit dan taman-taman rekreasi berkonsepkan maritim atau kelautan.

10.                Daerah ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor. Faktor ini merupakan salah satu pengaruh kepada penuntut Senilukis dan Senireka  ITM Seri Manjung terutama Kumpulan Manjung dalam penghasilan karya mereka.


11.                Saya dimaklumkan, Kumpulan Manjung bukanlah sebuah ahli perkumpulan yang tertentu. Kumpulan ini terbuka kepada semua bekas pelajar daripada ketiga-tiga jabatan awal yang berada di Seri Manjung daripada tahun 1995 hingga 2002. Gabungan ini memberikan peluang kepada semua bekas pelajar untuk mengambil bahagian dan menonjolkan ekspresi seni mereka bersama-sama.

12.                 Pada 2013 telah diadakan usaha menghimpunkan semula bekas pelajar di ITM Manjung ini daripada ketiga-tiga jabatan yang awal. Hasilnya sebuah pameran seni lukis hasil tindakbalas fenomena daripada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjudul ‘Manjung School: Pilihan Rakyat” telah diadakan di Galeri Shah Alam pada tahun 2013 yang terdiri daripada pelukis seperti Ahmad Fairus Yusof, Nuriman Amri Manp, Muhammad Ekhsan Haniff, Nadiah Mohamed, Zaslan Zeeha Zaini, Eruan Adnan dan Faizal Sidik yang bertindak sebagai pelukis dan kurator. Kerjasama ini memberikan kekuatan kepada Kumpulan Manjung untuk terus bergiat aktif dalam berkarya dan berpameran serta mengadakan kolaborasi.

13.                Maka pada hari ni, saya merasa bertuah kerana dapat menyaksikan sekali lagi  himpunan bekas pelajar Kumpulan Manjung melestarikan pameran iaitu   Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya. Kerjasama erat dan silaturahim dalam berkarya membawa dan mengimbau kenangan mereka di Seri Manjung. Ianya juga seperti satu reunion pelajar Fakulti  Senilukis dan Senireka Seri Manjung. Syabas kepada semua atas usaha yang telah dilakukan.

14.                Melihat kepada hubungan dan kolaborasi bersama Balai Seni Negara yang sedia ada ini, akan lebih erat dan berterusan serta dapat menjangkau kolaborasi bersama pihak luar yang bergerak selari dalam pembangunan Seni Visual Malaysia


Saya menyeru kumpulan ini untuk memberikan satu persepsi yang baik dan positif bagi menarik entiti luar seperti badan korporat dan peminat seni visual bersama-sama membantu dan membuka mata melihat dan memartabatkan seni visual. Saya mengharapkan dan  dapat melihat potensi Kumpuan Manjung untuk pergi lebih jauh dalam membina jaringan seni dan meningkatkan potensi seni visual ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah sekali lagi ,dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya dengan ini berbesar hati merasmikan Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya.




NBA/TUPmanjung