Selasa, 8 Mac 2022

Ibrahim Hussein

 

Ibrahim Hussein (1936-2009)

Oleh : Faizal Sidik

 

 “Dengan satu mata itulah saya dapat melukis dengan baik”.

Ibrahim Hussein

 

Anak seorang petani di Kampung Limau Dalam, Sugai Limau di Yan Kedah, Ibrahim Hussein dilahirkan pada 19 Februari 1936. Ibrahim Hussein  meminati seni lukis sejak kecil lagi. Hai ini disedari oleh abangnya yang tua iaitu Sasterawan Negara Abdullah Hussein (1920-2004) semasa Ibrahim Hussein di sekolah rendah  lagi. Beliau dibesarkan dalam situasi perang yang serba kekurangan namu beliau bernasib baik kerana sorang Inggeris yang bernama Douglas Muir yang merupakan pembantu pendidik di Alor Setar telah membantu Ibrahim Hussein untuk mendapatkan bantuan pendidikan..

 

1950 an

Setelah tamat sekolah menengah beliau menyambung pelajaran di Teacher Training College dengan bantuan Douglas Muir yang telah mendaftarkan masuk Ibrahim Hussein pada tahun 1955 namun beliau keciciran di maktab perguruan ini dan pada tahun 1956 abangnya menghantar pula beliau mengikuti kursus seni selama enam bulan di Nanyang Art Academy di Singapura. Ibrahim kemudian berkerja sebagai pelukis komersil di sebuah agensi periklanan di Singapura sebagai pelukis illustrasi dan kaligrafi selama setahun. Pada masa yang sama beliau juga sempat belajar tulisan jawi dan khat dari seorang ustad dan menerima tempahan membuat tulisan khat.

Dari sebuah iklan di akhbar beliau memohon memasuki sekolah seni BYAM di London.  Untuk memasuki sekolah ini antara syarat yang perlu dipenuhi adalah pemohon mesti menghasilkan sepuluh buah lukisan cat minyak untuk dinilai. Pada 1958 permohonan beliau telah berjaya dan diluluskan untuk diterima masuk dengan biasiswa ke BYAM Shaw School of Drwaing and Painting. Pada tahun 1959 dengan bantuan presiden Singapore Art Soceity iaitu Ho Kok Hoe beliau menaiki kapal laut pada 15 September 1959 untuk meneruskan pengajiannya ke kota London. Semasa belajar beliau turut mengerjakan perkerjaan sampingan bagi menampung pengajian antaranya sebagai posmen, pelakon sambilan, dan sebagai dektektif persendirian.

 

1960 an

Kejayaan demi kejayaan diperolehi Ibrahim Hussein di luar antaranya semasa menuntut Byam beliau telah menerima anugerah Award of Merit sebanyak dua kali yang melayakkan beliau untuk melakukan perjalanan ke negara Perancis dan Itali pada tahun 1961 hingga 1963. Karya sebagai pelajar beliau iaitu ‘Mesin Pencetak Tua’ memenangi hadiah lawatan sambil belajar ke Belanda, Perancis dan Itali

Setelah menghabiskan pengajian selama empat tahun dan bergraduan pada 1963 beliau diberi peluang mengadakan pameran solo pertama sebagai graduan seni di John Wibley Gallery pada tahun yang sama. Pada 1963 permohonan biasiswa untuk memasuki Royal Academy of Art, London diluluskan tanpa melalui temuduga. Pengarah Royal Academy pada masa itu Sir Henry Rashbury tertarik dengan karya ini mengambil beliau sebagai pelajar tamu di akademi itu. Sebuah karya beliau yang bertajuk ‘Flight Number One’ kini menjadi koleksi himpunan RA

Pada tahun kedua di RA beliau telah memenagi Griffin Prize yang memberikan kesempatan kepadanya membuat lawatan penyeldikan seni ke New York dan seterusnya mengadakan pameran solo kedua di Galerie Internationale di sana. Selama tiga tahun belajar di RA daripada 1963 hingga 1966 beliau mengadakan pameran solo ke-tiga yang pertama di tanah air iaitu di Bangunan AIA, Kuala Lumpur. Pameran ini seterusnya di bawa bergerak ke Chainese Chamber of Commerce di Singapura.

Pada akhir 1960 an Ibrahim Hussein menghasilkan karya penting dalam kariernya sebagai pelukis. Karya ‘Ayahku dan  Angkasawan’ (1969) dihasilkan sekembalinya beliau setelah belajar dan kembara di luar negara. Menurut William Willets tema karya ini berkisar betapa jauhnya jarak antara kampung dengan cakerawala dimana adakah wajar pejalanan ke bulan itu dilancarkan sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di atas muka bumi ini. Ibarhim Hussein sekali lagi dkatakan mengambil figura bapanya sebagai wira rakyat sebagaimana penyajak Usman Awang dengan ‘Pak Utih’ . Dalam ‘Ayahku dan Angkasawan’ kelihatan sawah padi Malaysia yang subur menghijau.

 

1970 an

Dalam karya awal pada tahun 70 an selepas mendapat didikan formal seni kelihatan mempunyai pengaruh karya Francis Bacon dimana aspek kerseraman, kesuramanan banyak ditonjolkan . Ib adalah pelukis peertama Malaysia yang telah dijemput mengadakan pameran di Venice biennale

Pada tahun 1974 Ibrahim Hussein telah memasuki pameran berkumpulan ‘Pelukis-pelukis Abstrak Ekspressionis’ yang telah dianjurkan di Balai Seni Negara pada tahun 1974. Dalam pameran ini Ibrahim mempamerkan ‘Senyum Seorang Monyet’ (1970) . Karya sinis Ibrahim yang menggunakan perkataan seorang dan bukan seekor monyet ini menurut Willets

Karya ‘Hari Ini Kita Dewasa’ (1974) Ibrahim pekenalkan teknik ‘printage’ atau gambar luar ke dalam lukisan iaitu gambar cetakan dipindahkan ke atas kanvas yang menjadi sebahagian daripada lukisan.

Pada pertengahan 70 an juga Ibrahim Hussein mula menemui sentuhan identitinya degan garis-garis berombak dengan menggunakan dakwat yang menimbulkan kesan-kesan jaluran  yang seterusnya menjadi teknik utama dalam karya-karya beliau selepas itu. Karya jaluran ini dkatakan oleh Willtes lagi mempunyai pengaruh kuat pelukis seni dekoratif atau art nouveau oleh Alphanso Mucha.

Pada tahun 1975 Ibrahim Hussein telah mengadakan pameran solonya yang ke-9 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Pameran yang telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agung mempamerkan 40 karya

 

 

 

1980 an

Pada awal 80 an Ibrahim Hussein bekesempatan untuk melawat ibu pejabat Palestine Liberation Organization (PLO) dan khemah pelarian Palestin Sabra disebabkan peristiwa Sabra dan Shatila oleh rejim Zionis. Pada tahun 1982 beliau mula menghasilkan siri Palestin yang mengambarkan keperitan yang dialami orang Muslim di sana.

Pada bulan Februari 1986 Ibrahim Hussein telah menerima jemputan daripada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia pada masa itu iaitu Prof. Tan Sri Awang Had Salleh untuk mengadakan pameran solonya yang kelima belas selam 10 hari di Perpustakaan UUM, Sintok Kedah Darul Aman. Dalam pameran itu sebanyak 30 lukisan. Apa yang menariknya dalam pameran ini adalah sebagai penghargaan sebagai anak Kedah dan Ibrahim Hussein dan penduduk Kg. Sungai Limau sebuah bas disediakan untuk membawa penduduk kampung itu untuk menyaksikan pameran solonya yang dirasmikan oleh Sultan Kedah.

Pada tahun 1986 juga merupakan detik sejarah penting dalam karier Ibrahim Hussein sebagai pelukis. Sempena menyambut ulangtahun ke-50 dan sebagai penghormatan dan menghargai sumbangan beliau dalam perkembangan seni lukis Malaysia, Balai Seni Negara telah menganugerahkan sebuah pameran Retrospektif Ibrahim Hussein yang telah berlangsung daripada Mac hingga 10 April 1986. Retrospektif atau pameran besar yang mengimbau kembali perjalanan  kesenimanan beliau ini  dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahatir Mohamad dalam memperlihatkan perkembangan artistik beliau selama 30 tahun.

Pameran dengan kerjasama antara Balai Seni Negara semasa terletak di Jalan Sultan Hishamuddin  dengan syarikat korporat Malaysian Tobacco Company Bhd ini dikuratorkan oleh kurator Balai Seni Negara sendiri iaitu Sharifah Fatimah Syed Zubair ini mempamerkan 328 buah karya-karya  peringkat awal pada usia 20 an iaitu pada tahun 1960 an yang dikenali sebagai pelukis pop sehinggalah fasa penerokaan terkini teknik ‘printage’ atau pemindahan cetakan imej ke atas kanvas. Himpunan karya-karya ini adalah dari koleksi institusi dari dalam dan luar negara, milik pelukis dan karya-karya daripada koleksi persendirian. Dalam pameran retrospektif ini karya mutakhir Ibrahim Hussein dikatakan meluahkan perasaan seorang seniman yang memperjuangkan nilai kemanusiaa dan keharmonian sejagat.

Pada tahun 1987 Ibrahim Hussein dijemput menjadi pengarah Asian Art Festival yang diadakan di Bali daripada 22 Mac hingga 4 April. Festival kesenian yang diadakan di Club Med Bali ini bukan sahaja melibatkan seni lukis tetapi juga seni tari dan teater. Pemilihan penlukis oleh Ibrahim Hussein ini disertai oleh 18 pelukis daripada negara Hong Kong, Indonesia, India, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Perancis. Negara Malaysia diwakili oleh Sharifah Fatimah Syed Zubair, Jenkin Waveney, Khalid Mohd Nor atau Lat dan Ibrahim Hussein (penari).

Oleh kerana populariti Ibrahim Hussein sebagai pelukis diperingkat antarabangsa pada tahun 1988 sebuah produksi dokumentari yang berpengkaan di Amerika Syarikait datang menemui Ibrahim Hussein di rumah beliau yang terletak di Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur bagi pengisian program rancangan televisyen yang bertajuk ‘Lifestyle of the Rich and Famous’ . Program televisyen yang berduri 1 jam ini hanya memilih dua ikon Malaysia iaitu Ibrahim Hussein dan Yang Dipertuan pada masa itu iaitu Sultan Iskandar Shah.