Oleh : Muhd. Faizal Sidik
Faizal Sidik (2001), “Dinamika Tampak: Kreativiti dan Dinamika Visual Pelukis Muda” Yayasan Kesenian Perak, Mei 2001.
Tradisi
berkarya dan berpameran merupakan aset terpenting Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka (FSSR) terutamanya Jabatan Seni Halus yang merupakan nadi utama penggerak
seni tampak tanah air. Peranan (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
dahulunya Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, (KSSR) Institusi Teknologi Mara yang
ditubuhkan sejak 34 tahun lalu (1967) membuktikan kecemerlangannya. Bukan
sekadar melahirkan graduan yang dapat menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai
sektor pekerjaan, bahkan turut mencipta lebih ramai pelukis dan pereka muda
bagi mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Dalam
pameran ‘Dinamika Tampak’, 28 karya berjaya dipamerkan oleh 18 pelukis muda
kelahiran Jabatan Seni Lukis, UiTM Perak. Mereka yang merupakan bakat-bakat
muda yang berpotensi dan perintis penting seempena dengan kedatangan alaf baru
yang bakal mencetus idea baru, memecah sempadan dan tembok seni yang cliché dan
mundane.
Manusia
tidak pernah berhenti pada satu keadaan begitu juga perkembangan pemikiran,
idea, aliran dan falsafah. Tercipta sesuatu yang baru ini bukanlah bermula dari
tiada, tetapi ia sebenarnya diberi pembaharuan dari yang lama yang lebih maju
dan berteknologi tinggi. Walaupun masih terikat dengan ism-ism dan konvesi dari
akademi seni barat yang sukar untuk dipisahkan namun mereka masih mempunyai
jati diri. Secara umumnya karya yang dipamerkan dalam pelbagai kaedah dan corak
persembahan. Dari gaya etnik, realis, Islamik, happening, instalasi, seni
computer dan seni video.
SENI
SEBAGAI TUNTUTAN
Kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan
seni sebagai komponen spiritual yang bertujuan magis. Kegiatan ini dapat
dikesan dengan merujuk kepada aktiviti melakar di gua-gua batu sejak zaman
pra-sejarah lagi. Berasal dari suku kaum Bidayuh Sarawak member satu inspirasi
kepada Victor. Karya beliau ‘The Glory of Life’ yang bersifat regional atau
kedaerahan cuba mengekspresi cara hidup budaya dan adat kaumnya kepada karya
seni. Karya beliau banyak menyelitkan icon-icon yang bersifat setempat dalam
masyarakatnya.
PENERAPAN
NILAI-NILAI ISLAM
Dinamisme yang mendorong kepada kesenian
bermotivasikan Islam juga disebabkan oleh factor sosiologikal. Tidak dapat
disangkal pelukis kini sentiasa peka dengan cabaran sosio-budaya dan politik
semasa. Pelukis-pelukis berperanan sebagai angin perubahan yang gigih dalam
membangunkan negara. Hasil karya mereka tidak bersifat individualistik,
subjektif, atau peribadi, sebaliknya karya-karya mereka mendakapi keterlibatan
social yang mendalam yang berfungsi sebagai perakam budaya.
Islam menjadi garis panduan serta system nilai
yang mengukur bentuk serta makna seni kotemporari Melayu. Pelukis Melayu peka
akan hal ini, justeru itu karya mereka sedapat mungkin tidak melewati
batas-batas agama dan kebudayaan, bahkan banyak yang berteraskan estetika seni
Islam. Dalam Dinamika Tampak, penghayat berpeluang mendekati konsep sedemikian
dalam karya Mahadi Muda, Nuramani Zainuddin, Siti Zam Zarinah, Khalid Bin Musi
dan Suraya Hani.
Ini tercermin dalam karya Mahadi Muda ‘Iqra’
(Carilah Ilmu). Bagi beliau kesenian Islam boleh juga didefinasikan sebagai
peringatan (zikir) dan renungan. Karya ‘Iqra’ atau Bacalah’ cuba mengingatkan
kita perihal pentingnya ilmu iaitu dengan membaca dan menulis. Mahadi
bermediumkan Seni Khat (kata-kata Suci Allah) sebagai bahasa pengantarnya.
Kepelbagaian bentuk tulisan khat seperti Kufi, Nasakh, Thuluth, Diwani dalam
karyanya membawa makna bidang pembacaan dan ilmu yang luas.
Pengalaman tentang pemakaian doa dalam
kehidupan muslim seharian menjadi konsep karya ‘Nuramani ‘Doa, Cahaya dan
Bayang (Invocation Series). Nina merujuk kepada kostum dan pakaian sebagai
metaphor pelindung manusia daripada bahaya-bahaya negatif. Penggunaan ayat
Al-Quran sebagai satu bentuk persembahan kaligrafi kontemperori. Teknik baru
iaitu penggunaan bahan tanah yang tidak menjalani disiplin pembakaran dan
penerokaan terhadap seni fabric jarang divisualkan ke dalam seni tampak kita.
Siti Zam Zarinah ‘Keagungan Tuhan’ dan Suraya
Hani ‘Paradoks’ (Siri Keanehan Mimpi) pula lebih tertarik dengan gabungan
unsure formalistic dari tumbuh-tumbuhan dalam menerapkan pengucapan Islamik
mereka. Kesan penggunaan kerangka daun getah dalam karya Zam begitu menarik
apabila disatukan dengan prinsip dan rekaan yang mencerminkan keadaan yang
harmoni diantara manusia dan alam semulajadi.
Khalid bin Musi terpengaruh dengan penggunaan
barang dagangan semasa. Beliau dipengaruhi dengan seni pop Barat yang dipelopori
oleh Andy Warhol. Apa yang menjadi isu beliau ialah tentang penggunaan barangan
keperluan semasa yang berada dipasaran yang tidak islamik. Dalam ‘Roti’ dan
‘Air Mineral’ cuba untuk membangkitkan penggunaan semula tulisan yang kini
hampir pupus penggunaannya dalam kehidupan kotemporari Malaysia. Khalid
mengajak agar kita menghidupkan semula
tulisan ini dengan dimulakan dengan barang makanan harian kita.
PERHUBUNGAN
ANTARA SENI DAN MANUSIA
Manusia, masyarakat dan kebudayaan merupakan
kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat
dengan falsafah, tamdun dan idea. Penciptaan sesebuah karya seni tampak tidak
diasingkan dari faktor-faktor tersebut. Perubahan citarasa yang berlaku dalam
masyarakat akan menentukan nilai-nilai hidup, ia menerima perubahan namun alam
pemikiran dan proses mencipta sesuatu seringkali dipengaruhi oleh masa lampau
masyarakatnya. Bierans De Haan seorang ahli sosiologis Belanda mengatkan unsur
statis yang berpasangan dengan unsur dinamis, bermaksud iaitu sesuatu yang
ditokok tambah kemudiannya.
Seni lukis lahir dari celah-celah kehidupan
masyarakat biasanya menampilkan elemen-elemen tertentu di dalam sesebuah
masyarakat tersebut misalnya tentang sosio-budaya ataupun keagamaan.
Karya-karya Khairul Anwar ‘Smack Down’ dan Nadzliana ‘Happy My Family’
membahaskan isu semasa yang berada masyarakat kita terutamanya kepada
kanak-kanak. Khairul Anwar mengambil televisyen sebagai subjek dan aksi tindak
balas daripada perlawanan gusti atau wrestling sebagai subjek komentar beliau.
Beliau melihat pengaruh aksi ganas di televisyen sebagai sesuatu yang boleh
memberikan kesan buruk kepada mental pembesaran kanak-kanak. Tidak hairanlah
jika scenario keganasan atau kenakalan seperti mencederakan dan membuli rakan
di sekolah dengan menggunakan alat yang merbahaya semakin menjadi-jadi.
Karya Nizam ‘Semut Merah’ mempunyai
kecenderungan menggunakan teks. Nizam menyoal manusia-manusia dalam
masyarakatnya. Beliau seolah-olah menyindir sesetengah golongan yang
mementingkan diri dan mengangap komuniti adalah sesuatu yang tidak penting.
Nizam menggunakan perlambangan semut sebagai satu serangga biasa dilihat hidup
bekerjasama dan rajin berusaha menyarankan kita agar mencontohi sikap tersebut.
Karya Eruan bermetaforakan dengan tumbuh-tumbuhan
beliau mengkiaskan tumbuh-tumbuhan (taugeh) dengan kehidupan kita sebagai
manusia. Karya ‘Persaingan’ yang bersifat “art process” ini boleh dikatakan
cuba melarikan dari bentuk-bentuk klise apabila menggunakan objek tumbuhan.
Beliau mengingatkan kita bahawa setiap kehidupan ada perlumbaan dan persaingan
mencari sesuatu kebaikan untuk survival, tetapi awas setiap persaingan mestilah
kearah pembentukan yang sihat karya ini seolah-olah cuba merakam putaran hidup
manusia setiap yang hidup pasti akan mati.
Pengalaman semasa bersekolah di Tadika
merupakan pencetus idea karya Issarezal Ismail ‘The Rules Of The Playground’.
Karya beliau boleh disifatkan lebih mengutamakan fungsi sesebuah karya dalam
menyampaikan mesej. Beliau menolak penggunaan catan easel seolah-olah cuba
berinteraksi dengan audien agar mengeja seperti abjad yang sering kita lihat
terpampang di taman asuhan kanak-kanak.
Fazira binti Abdul Rahim mempamerkan hasil
penerokaan media baru dalam catan iaitu dengan ‘computer print’, karya yang
berjudul ‘Housing & Urban’ cuba menyampaikan permasalahan yang berlaku
dalam proses pembangunan iaitu penempatan haram atau setinggan di kawasan
bandar Malaysia.
Alam semulajadi dan kehidupan pula menjadi
tema kegemaran Shahril Azuwan ‘Red Old
Leaf On Muddy Water’ dan Juliaanaslizah ‘Do You Drink Coffee’, karya realism Ju
diolah secara baik ini cuba menolak konvensi format catan kanvas seperti imej
empat segi dilihat seperti rupa bangunan. Ju mengupas permasalahan sosial yang
beliau anggap sebagai salah satu daripada pencemaran dalam komuniti harian
kini. Karya mereka ini menekankan penggunaan unsur warna, komposisi dan mood
dalam catan.
PERTEMBUNGAN
ANTARA TEKNOLOGI DAN SENI
Kepesatan dunia sains dan teknologi yang
pantas mewarnai kehidupan kotemporari telah mencentuskan suatu bentuk medium
dan penyampaian baru. Kemunculan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak
alternatif kepada pengkarya seni konseptual. Video dan filem berkembang sebagai
penyampaian baru seni tampak yang lebih hampir dan agak konseptual.
Penampilan seni video yang berbentuk ‘motion’ yang dikenali sebagai seni
video menjadi satu peralihan baru terhadap orientasi teknologi. Seni video
melihatkan ‘masa’. Malah tidak bersifat statik seperti catan, arca ataupun
foto. Peralatan seperti monitor televisyen atau projektor dan perakam video
menjadi sebahagian dari orientasi objek seni. Karya Muhd. Faizal Bin Sidik dan
Rahimi Bin Deraman merupakan pemuka baru yang kian merintis kearah itu.
Kesinambungan imej tradisi Nusantara yang
mengajak kita kepada kesedaran penggunaannya kelihatan mula tertampak dalam
karya instalasi penuh humour oleh Muhd Faizal bin Sidik “Voice Without A Sound:
King Rawana As Mini Bus Driver” dilihat bernada dan berkonsepkan wayang kulit.
Mesej beliau tentang isu hak bersuara dilakukan secara halus dan berjenaka.
Beliau cuba mengolah penyatuan media besi dalam bentuk arca digabungkan dengan
teknologi video. Seolah-olah cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang
disalurkan melalui media ini telah berjaya boleh menguasai dan menembusi
pemikiran manusia dalam kehidupan, budaya, kepercayaan, agama, dan bangsa.
Bagi karya ‘Millennium Generation’ Rahimi
mengungkapkan informasi yang bergerak tanpa had dan sempadan, segala-galanya
segera dan pantas, disebabkan keinginan manusia berkehendakkan atau bertukar
atau mengetahui maklumat dengan cepat amat tinggi sehingga merobak sistem
social kita yang semakin parah yang sedikit demi sedikit menghakis jati diri
budaya masyarakat.
Marshall McLuhan seorang ahli sociologi
menganggap “The medium is the massage” Bagi beliau setiap bahantara itu
mempunyai atau memberi gaya kamunikasi sendiri melalui penstrukturan maklumat
dan imbangan deria.
Jika dilihat dan perkembangan seni dan
teknologi ini tidak langsung menjejaskan bahasa dan tatabahasa tampak.
Perletakkan elemen formalistik seni dan konteks serta isinya tidak mengabaikan
atau mengenetepikan elemen-elemen seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, dan
sebagainya termasuklah kompenen lain seperti imbangan, harmoni, ulangan dan
sebagainya. Cuma teknik dan gaya pengucapan atau penyampaian sahaja yang
berlainan.
Peralihan
Ke Teknologi Komputer
Setelah berlakunya peralihan kepada penggunaan
teknologi komputer maka kepelbagaian media dapat diperagakan. Nam Jum Paik
salah seorang avant garde dalam seni video menyebut “As collage technic replaced
oil-paint”. Kini eletronik dikaitkan dengan komputer, sememang hampir
keseluruhan peralatan elektronik sekarang dicipta mempunyai keupayaan
pemprosesan seperti komputer. Ini berlaku dengan adanya mikrochip dan
mikroprocessor. Pada dasarnya hanya generasi yang berorientasikan teknologi
tinggi sahaja yang ghairah atau cenderung terhadap komputer dan keupayaannya.
Kerancakan menghadapi alat baru dan teknologi canggih menjadi label generasi
akan datang, generasi siber. Teknologi perkomputeran sudah menjadi suatu bentuk
globalisasi. Kita dapat melihat teknologi tinggi dan agen transportasinya telah
mula menggerakkan seni dalam bentuk pencapaian baru. Karya Rohizal Mat Ayop dan
Siti Rafeah Misron ‘Oh Tuan Presiden’ telah mula menampakkan jalan kearah ini
sebagai pelukis muda mereka tidak gentar melakukan eksplorasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan