Isnin, 15 Julai 2013

Teks Ucapan Pameran 'ILHAM VII Steampunk'




Oleh: Faizal Sidik

Pengenalan
Seni arca adalah salah satu manifestasi seni visual yang bermain dengan ruang sebenar, seni arca juga dikenali seni gaya tiga dimensi dimana penghayat boleh memerhatinya dari sudut 360 darjah. Inilah istilah biasa diberikan berkaitan dengannya. 

Namun begitu dalam konteks hari ini seni arca bukan sahaja hanya statik hanya dipamerkan di dalam galeri sahaja malah ia mempunyai pengaruh yang besar jika dipamerkan di ruang-ruang awam. 

Balai Seni Lukis Visual Negara sendiri telah menganjurkan pameran arca terawal seperti ‘5 Singapore Sculptor’ (1968), ‘Henry Moore’ (1968), ‘Rodin and His Contemporary’ (1969), ‘Tradisional Malay Carving in Wood’ (1971), ’45 Arcawan dari Amerika’(1974), ‘Seni Arca Moden di Malaysia’ (1976), ‘Seni Ukir Orang-Orang Jah Hut dan Mah Meri’ (1979) dan banyak lagi.

Seni Arca
Adalah menjadi hasrat dalam merancakkan perkembangan seni lukis memerlukan penglibatan sistem seni iaitu artis, kurator, galeri dan kolektor. Galeri seni iaitu galeri swasta yang berada di negara ini memainkan peranan penting sebagai ‘dinding’ dalam mempamerkan karya-karya pelukis. 

Trend pasaran terkini menyaksikan banyak galeri ‘powerhouse’ ini yang datangnya dari art centre seperti dari New York, London, Paris dan Eropah yang lain kini telah berani melebarkan sayapnya ke Hong Kong sebagai sebuah pasaran baru mereka akibat daripada peningkatan golongan kelas menengah di China.
Rantau Asia Tenggara tidak terkecuali terkena tempiasnya ‘art boom’ ini kerana seni kontemporari kini telah bersifat antarabangsa yang bukan hanya berlaku di dunia barat sahaja. Perkembangan semasa ini ada baiknya kepada pengarca khususnya kerana mendedahkan pengkaryaan mereka kepada iklim seni sejagat.
Dalam menghadapi globalisasi seni ini  adalah perlu sekiranya perkongsian pintar dengan galeri swasta dilakukan bagaimana kita boleh ‘catch up to the market’ atau menepati citarasa pasaran tanpa menghilangkan identiti kita di rantau ini. 

BSVN sebagai sebuah badan seni lukis negara akan terus membuka dan memberi ruangnya kepada pengayaan karya sebegini dipamerkan di dalam dan luar negeri, semenjak penubuhannya 1958 lagi seperti yang saya nyatakan tadi kita akan terus menggalakan arcawan kita berkarya dan dikenali. 

Tidak banyak galeri yang berminat mempamerkan karya seni arca untuk dipasarkan atas sebab kolektor tidak ruang yang cukup untuk mempamerkan dan menyimpan koleksi mereka. Oleh itu dalam usaha perancangan BSVN melebarkan sayapnya dengan membuka cawangann disetiap zon seperti di zon utara di Pulau Langkawai, zon Selatan di Nusajaya, Johor, zon Timur di Pekan, Pahang adalah dimestikan apabila bangunan ini disiapkan mempunyai ruangan atau galeri khas dalam mempamerkan karya seni arca.
Selain daripada itu, kita ingin memperbanyakan program art communities atau program-program komuniti seni di luar jangkauan atau diluar daerah yang melibatkan seniman arca ini ke seluruh negara. 

Kita bercadang untuk dapatkan khidmat pengarca muda  untuk ditempatkan disatu-satu lokasi dan memberi bimbingan pada komuniti setempat yang berbakat, dimana bahan-bahan buangan (kitar semula) yang terdapat dipersekitaran tempat berkenaan boleh digunakan untuk dijadikan sebagai satu bahan yang diterapkan pada sentuhan seni disitu. Dengan cara sebegini masyarakat akan mula mengenali apa itu seni arca dan menghargainya.

Penutup
Ruang-ruang kreativiti penciptaan seni arca di Malaysia secara umumnya masih banyak lagi yang perlu dieksplorasi, diterokai dan diperhalusi. Pengkaryaan seprti installation sculpture, earth work, land art, memerlukan kerjasama antara artis dan badan-badan tertentu untuk membangunkannya. Sesunguhnya BSVN amat prihatin mengenai seni jenis ini agar ia terus berkembang selari dengan arus pembangunan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan