Selasa, 24 Julai 2012

Persidangan Seni HOA 2010 Singapura: Suatu Catatan Perjalanan



 Oleh: Faizal Sidik

Hari Pertama / 11 Nov 2010
Lokasi: ‘The Subtation’, Armenian Street
600 – Bertolak daripada Balai Seni Lukis Negara untuk ke lapangan terbang KLIA menaiki
pasawat MAS MH 601 berlepas pada kira-kira jam 7.35 pagi

900 – Sampai kelapangan terbang Changi, Singapura dan selepasi melepasi imigresen kami
terus ke hotel penginapan dengan teksi ke hotel penginapan iaitu di Hangout @ Mt. Emily di 10 Upper Wilkie Rd untuk  daftar masuk atau check in.

1030 – Berkumpul di lobi hotel untuk dijemput oleh pihak penganjur untuk ke lokasi pertama
persidangan iaitu di ‘The Substation’ iaitu di Armenian Street dimana pendaftaran peserta dan majlis pembukaan berlangsung

1100 – Majlis resepsi mengalukan kedatangan peserta oleh pasukan HAO diadakan dimana ia
diadakan di The Substation Theatre, dimana suai kenal secara bulatan dijalankan dimana peserta memberi latar belakang karier mereka dan dari negara mana mereka berasal.

1130 – Pengenalan tentang Persidangan HAO 2010 diberikan oleh Khairuddin Hori dan
Audrey Wong  iaitu pengasas HOA. Khairuddin atau Khai merupakan seorang artis dan kurator di Singapore Art Museum (SAM) manakala Audrey pula adalah merupakan  ketua program sarjana kesenian dan pengurusan budaya di Singapore Management University (SMU), pentadbir dan beliau juga pernah dicalonkan sebagai Ahli Parlimen. Menurut mereka Persidangan HOA yang kedua ini adalah kesinambungan daripada yang pertama yang diadakan di Pulau Sentosa, Singapura pada 2009. Tambah mereka lagi edisi kali kedua ini sepatutnya berlangsung di sebuah pulau di Malaysia, disebab kekangan perbelanjaan penganjur terpaksa mengadakannya sekali lagi di Singapura. Mereka sengaja mengadakan persidangan pertama di sebuah pulau kerana pada waktu yang sama acara Singapore Biennale juga telah diadakan pada masa yang sama, ini bertujuan supaya peserta boleh fokus kepada program yang telah diatur. Menurut mereka persidangan ini bukan sahaja mengkhusus perbincangan oleh penceramah dan fisilitator mengenai seni halus sahaja tetapi ia merentangi genre seni kontemporari seperi seni persembahan, teater, muzik dan media baru, diharap daripada 4 hari program yang diatur ia dapat membantu pengiat seni muda, kurator dan pengurus keseniaan membina jaringan dengan rakan peserta serantau untuk mendekatkan lagi jarak industri seni di Asia Tenggara ini.

1200 – Margeret Chan - ‘The Social Science of Art’
Margeret Chan iaitu seorang pembantu Profesor Singapore Management University
yang juga seorang aktor, penyelidik dan penulis diprogramkan memberikan topiknya 
yang pertama betajuk ‘The Social Science of Art’. Margeret yang mempunyai
latarbelakang seni persembahan dan teater menyampaikan dapatan penyelidikan Phd berkenaan dengan Teater Opera Cina dan kaitnnya dengan kesenian halus dari segi rekaan set, kostum dan juga seni lukis. Margeret mempunyai minat mengkaji lapangan semangat sebagai medium pemujaan dan agama popular Cina. Buku beliau yang bertajuk ‘Ritual is Theatre, Theater is Ritual: Chinese Spirit Medium Worship’. Pengkajian beliau menjurus kepada pemujaan semangat ting-ki, yang begitu signifikan dalam budaya orang Hokkien dimana pemujaan ini tersebar luas kepada diaspora Cina di Taiwan dan Asia Tenggara yang mendapat tumpuan oleh ilmuan  dalam bidang ini yang mana pengkajian ini meliputi Singapura, Fujian di China, Taiwan, Malaysia, Thailand and Indonesia. Beliau mengaitkan bagaimana upacara merasuk dalam Teater Cina juga mempunyai kaitan dari segi jalan ceritanya dengan Semar dalam teater Jawa, kuda kepang bagi teater Melayu, Hanuman dan dalam teater India.

1300 – Waktu rehat untuk makan penganjur tidak menyediakan jamuaan, peserta bebas untuk
            menjamu selera di sekitar lokasi ‘The Substation’. Kami dibawa oleh seorang peserta
tempatan di sebuah restoran makanan Melayu yang kelihatan seperti di Kompleks Pertama di Kuala Lumpur.

1430 – Rich Streitmatter – ‘Visual Syllables: The Diacritic Exercise’
Program di sambung masih dilokasi yang sama oleh pembicara kedua iaitu Rich
Streitmatter iaitu artis seni persembahan dan juga penyelidik dari Ho Chi Minh City, Vietnam  menyampaikan topik berikutnya iaituh ‘Visual Syllables: The Diacritic Exercise’ atau 'Syllables Visual: Latihan Diakritik'. Apa yang menariknya dalam sesi kali ini adalah beliau tidak berada dalam masa dan tempat yang sama dengan peserta. Peserta hanya meihat rakaman secara video dengan Rich yang disediakan oleh penganjur. Dalam penyampaian beliau banyak membuat perbandingan antara citarasa atau taste dan buangan atau waste. Menurutnya konsep minima iaitu menolak produksi besar-besaran dalam seni boleh mengurangkan pencemaran. Menurutnya lagi pencemaran dan konsumer adalah merupakan dalam ekologi perniagaan, beliau menyarankan seni konsumer iaitu seni interaktif dua hala antara diantara audien dengan objek seni bagi mengurangkan pencemaran. Beliau juga menyentuh dengan rekaan yang menarik dan trend semasa konsumer apa yang dikatakan sebagai ‘projek organik’. Menyentuh dengan konsumerisme moden pada hari ini Rich mengatakan produk perkhidmatan oleh penyedia pencarian web internet Google iaitu ‘Google Map’ merupakan produk konsumer percuma atau ‘free consumer’ yang mana ia boleh dikongsi seluruh umat global yang mesra pengguna lagi memudahkan. Tambah beliau lagi Kitar Semula merupakan satu ‘projek’ yang telah direncanakan sejak awal lagi kerana ia akan membawa pulangan  wang lumayan bagi sesetengah pihak dan akan memerangkap tingkah laku kita. Beliau juga mengaitkan dengan media sosial pada hari ini iaitu Facebook sebagai platform alternatif dalam membuat duit yang menidakkan pihak tengah, walaupun penolakkan orang tengah ini bukan isu baru dengan kehadiran blog-blog perniagaan secara atas talian, hubungan ‘jiwa’ yang dibina oleh laman web sosial itu tadi lebih kuat tarikannya.

1600 – Waktu rehat

1630 – Villains – ‘Reflections of a Creative Quartet’
Villains yang merupakan kurator HAO pada kali ini adalah merupakan kolektif kreatif
yang terdiri daripada Razi Razak, John Ling, Farizwan Fajari dan Djohan Johari mengambil alih dengan menyampaikan tajuk ‘Reflections of a Creative Quartet’ . Mereka yang bekerja sebagai sebuah kumpulan artis merentangi disiplin kreatif  seperti seni halus, rekaan, perfileman termasuklah multimedia mempunyai visi dalam mencari dan mendekatkan audien dan pelanggan mereka dengan idea-idea yang inovatif dan menarik untuk di kongsi. Dalam projek dan program yang dilakukan oleh Villains mereka ingin mewakili tangan-tangan gelombang yang mempengaruhi generasi muda dengan visi yang unik dan idea-idea yang kritikal dalam penghasilan artistik. Artis biasanya lebih senang bekerja secara individu dalam berkarya namun Villains banyak berkongsi pengalaman bagaimana mereka dapat bekerja secara kolektif walaupun masing-masing mempunyai kepakaran bidang yang beza dalam membina program atau menyertai pameran pameran sebagai kurator dan artis yang boleh bekerjasama dalam satu bumbung. Mereka cuba memecahkan dinding sempadan konvensional yang diciptakan oleh pengkarya individu dalam kreativiti kepada dalam satu entiti pasukan yang mempunyai misi yang sama menjana pengalaman, wacana, infoemasi dan inspirasi antara sesama mereka. 

1800 – Rehat dijamu dengan makanan ringan

1830 – Steve Lawler – ‘Kult of The Printed Word’
Pengarah kreatif  majalah seni reka grafik iaitu ‘Kult’ yang juga seorang artis Steve Lawler menyampaikan cabaran-cabaran yang boleh hadapi dalaram penerbitan majalah grafik dan illustrasi dengan tajuk ‘Kult of Printed Word’. Steve lebih selesa mengelarkan beliau sebagai kurator majalah dan buku yang mempunyai latar belakang pendidikan Seni Reka Grafik dari Brighton University pernah beberapa syarikat penerbitan majalah dan periklanan seperti ‘Color Magazine’ dan bekerja secara eksklusif dengan produk jenama Diesel bersama tenaga kretif di Selatan Itali, Dari situ beliau beralih ke Asia dan banyak melakukan kerja-kerja pembinaan laman web dan kempen periklanan untuk jenama global di bawah bumbung OgilvyOne Singapore. Selepas mempelajari selok belok perdagangan iklan beliau menjadi perunding atau konsultasi projek sebagai pemikir kreatif, pengarah kreatif dan pereka. Beliau kini merupakan pengarah kreatif Kult3D yang terlibat dengan projek di Asia samada idea yang bersifat komersial dan eksperimen. Beliau juga sering dijemput untuk membuat rekaan majalah, selain mengadakan wokshop dan banyak bereksperimentasi dengan media baru. Menurut beliau mengkuratorkan majalah atau buku tidak banyak perbezaan dengan idea daripada kerja-kerja mengkuratorkan pameran. Ia menuntut seorang kurator untuk melakukan penyelidikan dan lawatan ke galeri-galeri swasta mahupun ke kolej atau universiti untuk mencari bahan untuk dimuatkan kedalam keluaran majalah. Majalah ‘Kult’ menghimpunkan pelbagai rekaan ilustrasi dari pelbagai negara dengan membawa konsep ‘see a magazine like you’ve never ever seen before’  atau ‘melihat majalah yang anda tidak pernah sesekali melihatnya sebelum ini’ . Apa yang significant pengkuratoran majalah beliau ini ialah beliau seboleh mungkin untuk membawa kandungan isi majalah atau rekaan secara interaktif atau dekat dengan pembaca. Beliau cuba untuk menukar konsep pengguna estetik pergi ke galeri untuk melihat pameran dengan meletakkan objek estetik secara interaktif  kepada bahan yang selalu digunakan oleh pengguna sasaran ditempat yang menjadi pilihan mereka untuk bersantai atau berihat seperti di pusat membeli belah, pusat permainan elektronik dan lain-lain.

2000 – Jamuan makan malam sempena mengalukan kedatangan peserta disediakan oleh
penganjur.

2100 – Majlis tamat dan peserta melakukan aktiviti masing-masing


Hari Kedua / 12 Nov 2010
Lokasi: 8Q @ Singapore Art Museum (SAM), Bras Basah Street dan
 LASALLE College of  Arts, McNally Street

1000 – Hari kedua persidangan bermula pada jam 2 selepas sahaja sarapan di hotel jadi kami
mengambil kesempatan untuk  mengadakan lawatan ke beberapa galeri dan muzium seni. Kami bernasib baik kerana lokasi persidangan pada hari itu berada didalam kawasan ‘Art & Heritage District’ dimana kawasan dalam lingkungannya terdapat banyak muzium dan pusat pengajian tinggi seni dan pusat kebudayaan yang  yang tidak jauh dari hotel penginapan, jadi kami berjalan kaki sahaja menuju ke  lokasi pertama iaitu Galeri Seni Nanyang Academy of Art (NAFA) di Bacoolen Street. Dimana terdapat pameran ‘Face to Face: Portraiture in a Digital Age’ dikuratorkan oleh Kathy Cleland iaitu pameran bergerak mempersembahkan 14 artis Australia dengan 20 karya cuba meneroka imej potret dalam ekspresi baru dalam era baru digital pada abad ke 21 ini. Ia dibawa oleh Asialink dengan kerjasama Kedutaan Australia di Singapura dengan d/Lux/MediaArts sehingga 7 Disember.

1300 – Kebetulan di Becoolen Street terdapat sebuah masjid yang  merupakan sebuah
bangunan beberapa tingkat dijadikan masjid bertentangan dengan Galeri NAFA saya menunaikan sembahyang Jumaat manakala Koon meneruskan lawatan ke National Museum of Singapore yang sedang mengadakan pameran Pompeii sementara menunggu saya solat Jumaat.


1400 – Howard Chan ‘Shaping Vernacular Culture’
Howard Chan adalah merupakan aktivis program budaya di Hong Kong. Program budaya yang direncanakan beliau menjambatani ilmu dalam bidang yang berbeza dan berpusatkan kepada masyarakat. Pada tahun 2002 beliau mengasaskan bersama dan pengerusi kepada  Community Museum Project (CMP) , sebuah kolektif kuratorial dan penyelidikan yang cuba menolak konsep vernakular muzium atau muzium tanpa dinding ‘Museum without a wall’ yang cuba menyelesaikan masalah budaya setempat  dalam kehidupan harian masyarakat. Antara projek komuniti yang dikuratorkan secara kolektif oleh beliau adalah ‘Objct of Demonstration’ 2002 dan 2004, ‘(This is Not) Fake Museum’ 2003, siri ‘Street as Museum’ 2005, dan ‘Design by Users’ 2005.
Dengan membawa konsep muzium komuniti iaitu budaya dan praktis dalam kehidupan seharian atau ‘culture dan practice of everyday life’ pembentangannya banyak menerangkan proses disebalik CMP, dan tindak balas yang beliau perolehi daripada pengkuratorannya itu. Dapatannya daripada penyelidikannya itu melibatkan penglibatan dan tindakbalas segera daripada komuniti bagaimana museum itu dilihat sebagai alat bahasa.

1600 – Mikal Telle ‘Listen With Your Eyes’
Anda pasti akan mendengar dengan telinga bukan dengan mata, namun tajuk menarik oleh Mikal Telle iaitu ‘Listen ith your eyes’ membuat anda tanya-tanya bagaimana kita boleh mendengar menggunakan mata. Mikal yang berpengkalan di Bergen, Norway memulakan kariernya dengan menubuhkan Telle’ Record sebagai kedai rekod rakaman bermula pada 1995. Beliau kini merupakan pengasas dan mempunyai pengurusan muzik yang utama di Norway yang mempunyai artis di bawah naungan syarikat rakamannya yang berjaya diperingkat nasional dan antarabangsa. Music dan seni tidak dapat dipisahkan dengan Mikal, beliau cuba memasukkan elemen-eleman seni kedalam muzik-muziknya. Beliau banyak menceritakan cabaran-cabaran yang dihadapi dari sudut etika dan integriti untuk dijuarai dalam industri walaupun secara komersil ia membawa juga budaya bersamanya.

1730 – Makan malam di Bencoolen Street dimana peserta dengan aktiviti sendiri.

1800 – Sebelum ke persidangan seterusnya yang akan berlangsung pada pukul 7 malam di
College of Art, kami mengambil kesempatan untuk memasuki Singapore Art Museum (SAM) selepas makan disebuah restoran dengan peserta yang lain. Kami bernasib baik tidak dikenakan bayaran masuk pada waktu berkenaan kerana pada hari Jumaat setiap minggu SAM masuk ke muzium ini adalah secara percuma iaitu antara pukul 6 petang sehingga jam 9 malam dimana bayaran masuk biasa ke sini akan dikenakan sebanyak $10 untuk dewasa, $5 untuk pelajar dan warga tua daripada umur 60 tahun keatas manakala diskaun 20 % kepada mereka yang datang secara berkumpulan 20 orang atau lebih. Terdapat beberapa pameran utama yang sedang berlangsung di SAM pada waktu ini antaranya pameran solo oleh artis daripda Thailand iaitu ‘Natee Utarit: After Painting’ yang berlangsung daripada 1 Oktober 2010 hingga 20 Februari 2011ditaja oleh syarikat perbankan Credit Suisse dalam siri pameran seni. Selain itu pameran solo ‘Cheong Soo Pieng: Bridging Worlds’ berlangung daripada 15 September hingga 26 Disember 2010 dengan kerjasama National Art Gallery, Singapore yang ditaja oleh Lee Kim Tah Holding Limited. Soo Pieng merupaka pelukis Nanyang Academy dimana Balai Seni Lukis Negara Malaysia mempunyai sebilangan karya beliau, untuk pameran beliau di Singapura ini BSLN telah meminjamkan 8 keping catan Soo Pieng daripada koleksi kita kepada SAM. Terdapat juga pameran lain yang sedang dipameran disini pada waktu lawatan kami ini seperti di aras satu terdapat ‘It’s Now or Never I: New Contemporary Art Acquisitions from Singapore’ mempamerakan karya-karya pembelian terkini SAM.

1900 – Zaki Razak ‘Like a Bridge Over Troubled Ideas – A Symposium’
Program seterusnya adalah merupakan simposium di pengerusikan oleh Zaki Razak iaitu artis dan penulis yang bertajuk ‘Like a Bridge Over Troubled Ideas- A Symposium’ atau ‘Simposium – Idea yang Bermasalah seperti di Jambatan’ menariknya persidangan meja bulat ini diadakan betul-betul diatas jambatan aras 4 , LaSalle College of Art menjemput panel dalam pelbagai bidang terutmanya daripada tenaga pengajar LaSalle dan ‘Fellow HAO’ iaitu peserta sendiri. Dalam simposium panel meja bulat yang terdiri daripada artis, pengiat teater dan ahli akademik dan  banyak membicarakan isu-isu semasa seni kontemporari di rantau ini terutamanya di Singapura. Zaki Razak selaku peneraju simposium memulakan dengan meminta pendapat panel bagaimana apa yang dikatakan renaisan dalam seni kontemporari Singapura dengan adanya acara-acara besar seperti Singapore Biennale dan ekpo seni seperti Art Singapore ia membuka mata peminat seni untuk datang kesini dengan jumlah pengunjung yang tidak pernah difikikirkan sebelum ini, malah ia bukan sahaja memberi kesannya terhadap Singapura sahaja malah negara-negara Asia Tenggara yang berhampiran turut merasai angin perubahan pasaran seni ini. Sungguhpun begitu terdapat isu-isu lama yang masih belum selesai dari sudut ketidakbebasan ekspresi artistik daripada kerajaan mereka sendiri dimana menyekat penghasilan karya yang mengkritik pemerintah yang dibangkitkan oleh panel terutamanya pengiat muda. Selain itu isu yang menjadi popular dimana-mana perjumpaan seni ada dari aspek dana, geran dan bantuan kewangan dalam penghasilan artistik.

2100 – Selepas simposium ditutup dengan soal jawap dengan ‘Fellow HAO’ acara seterunya
adalah peserta di kehendaki melakukan tugasan budaya di lokasi yang dinamakan ‘Little India’. Mereka dipecahkan mengikut kumpulan yang kecil dan mengikut minat dan idea masing-masing.

2300 – Program untuk hari kedua berakhir dimana peserta balik ke hotel dan tempat tinggal
masing-masing.


Hari Ketiga / 13 Nov 2010
Lokasi: BISHAN 22 Street ,  Chinese Opera Tea House dan Emily Hill/ Astaka Seni

8045 – Semua peserta antarabangsa dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas
bersama ke lokasi pertama iaitu di Bishan.

9030 – Sarapan di tempat pertemuan pertama iaitu di Bishan 22 Street iaitu
merupakan rumah kepada peneraju simposium semalam iaitu Zaki Razak dengan tajuk yang mempunyai kaitan dengan persidangan semalam iaitu ‘Post Symposium Talk’ yang cuba melihat tindakbalas dan reaksi peserta daripada apa yang diutarkan oleh ahli panel semalam. Acara dimulakan dengan sarapan secara santai yang disediakan oleh tuan rumah iaitu roti Perancis yang dicicah dengan kuah sup, beserta dengan kuih-kuih Melayu tradisional. Perbincangan dimulakan dengan Zaki menerangkan sedikit mengapa acara tersebut diadakan di atas jambatan dan perancangan sebenar strategi beliau dalam simposium yang beliau katakan sebagai sebuah persembahan seni yang dikuratorkan oleh beliau. Minat beliau terhadap persolan kesedaran manusia, hermaneutik seni yang selalunya digunakan dalam permainan kata-kata dan permainan terhadap karya-karyanya hal ini dapat diperhatikana dalam pengkuratoran pamerannya sebelum ini seperti ‘Is This Home Truly? dan ‘Berita Harian 2: Utusan Melayu’.

1200 – Pertemuan di Bishan 22 Street berakhir dan peserta bersedia untuk ke lokasi
seterusnya iaitu di Chinese Opera Tea yang terletak dalam kawasan China Town.

1245 – Audrey Wong – ‘The Myth of The Struggling Artist’
Audrey Wong yang merupakan ketua program sarjana pengurusan seni dan budaya, pentadbir dan pengasas bersama HAO. Beliau banyak mengkurator dan menganjurkan festival, pameran, produksi teater dan program pertukaran artis antara negara. Dalam tajuk ‘‘The Myth of The Struggling Artist’ atau ‘Mitos Pergelutan Artis’ beliau memperkenalkan ibu beliau yang juga pengiat teater opera cina yang dipentaskan di premis miliknya sendiri yang dinamakan Chinese Opera Tea. Audrey mengambil sampel kajian kes ibu beliau sendiri dalam memaksudkan perjuaangan artis bukan sahaja dalam bidaang teater malah semua genre seni. Beliau menyentuh persoalan kepada peserta adakah pada masa kini artis untuk artis ? atau artis membantu artis yang lain. Pada pandangan ibunya mengatakan pada masa dahulu mereka bergiat dalam kegiatan teater hanya untuk keseronokan berbeza pengiat pada hari ini yang mempertaruhkan ringgit dan sen untuk mereka terus hidup bagi membayar sewa dan bil bulanan. Jadi ia menuntut sikap mereka lebih profesional berbanding di zamannya. Mereka dahulunya juga tidak membuat duit dalam kegiatan seni. Jadi disini terdapat konflik minat samada mencari jalan selamat untuk bekerja agar setiap bulan mendapat habuan yang tetap atau terus berada dalam arus perdana kesenian dan terus mendapat perhatian. Bantuan dana dan geran daripada keprihatinan kerajaan sedikit sebanyak memberi sinar baru pada artis pada hari ini yang bergelut dengan masalah kewangan bagi membina pengkaryaan mereka. Realistiknya yang perlu diketahui oleh artis pada hari ini adalah walaupun audien dalam bidang mereka tidak besar mereka juga boleh hidup seperti manusia yang lain, terima kasih pada dunia komersial dalam penghasilan seni pada hari ini kerana selagi ada peminat (kolektor) selagi itu mereka boleh bertahan.

1330 – Peserta berkumpul melakukan lawatan bebas  ke China Town dan berkumpul 30 minit
selepas itu untuk ke Emily Hill atau Astaka Seni.

1400 – Marco Kusumawijaya - ‘ The Pragmatic Art’
Marca Kusumawijaya merupakan seorang urbanis dan arkitek merupakan juga pengasas Rujak Center for Urban Studies atau Rujak yang memokuskan pengkajian dan praktis terhadap idea pembandaran yang mampan. Rujak yang bermaksud Ruang Jakarta  untuk membina Jakarta sebagai bandaraya yang mampan untuk diduduki .  Rujak juga mempunyai blog dimana ia memberi ruang warganya menyalurkan idea, tindakan, soal jawab, tahu bagaimana, cabaran dan cadangan-cadangan yang boleh dikongsi bagaimana mentransformasikan bandaraya ini dengan sebaiknya. Dalam tajuk ‘The Pragmatic Art’ beliau banyak menyentuh bagaimana membebaskan ruang publik dengan membawa seni kepada ruang publik dengan penglibatan audien itu sebagai objek tumpuan. Marco menjelaskan bandar-bandar besar yang menjadi tumpuan penduduk kurang dengan dengan ruang-ruang spontan yang boleh membina kreativiti komunitinya. Beliau ruang-ruang urban ini perlu kepada kesenian  yang berbentuk protes, provokasi, berfikir dan menyoal kembali. Menurutnya tugas artis adalah membebaskan ruang ini bukan sahaja untuk ekspresi semata-mata malah menawarkan ruang bermeditasi seperti yang dilakukan di kebanyakan negara-negara Eropah dengan meletakkan ruang awam dengan sesuatu yang ingin dilihat oleh dan dekat dengan komuniti setempat yang sudah tentu memerlukan perancangan yang tidak rapi pasti akan merosakkanya dari situ polisi menjadi satu yang amat penting. Perancangan tidak seharusnya merosakkan ekologi dan apa yang merisaukan beliau adalah jika masyarakat tidak dapat merasikannya lagi.

1530 – Rehat

1600 – Khairuddin Hori – ‘History of Contemporary Art In Singapore Version 6’
Program di sambung dengan tajuk ‘History of Contemporary Art In Singapore Version 6’ oleh Khairuddin Hori iaitu kurator di Singapore Art Museum yang juga merupakan seorang artis. Peserta didedahkan dengan retrospektif perkembangan seni kontemporari Singapura dengan pemain-pemain utamanya dari tahun tujuh puluhan sehingga ke hari ini, kontroversi dan kejutan-kejutan yang melingkarinya, bermula displin yang pelbagai atau dalam seni, interaksi serantau seperti ekspo seni dan beinnail, kelahiran artis sebagai kurator sebagai mengisi kelompongan apresiasi, penerbitan seni, sokongan kerajaan dari segi dana dan geran, pendidikan seni, galeri komersil dan perubahan pucuk pimpinan dalam institusi seni dan pembuat polisi.
Khairuddin juga menerangkan perancangan sehingga jangka panjang institusi seninya itu dengan sebuah bangunan baru National Art Gallery Singapore akan siap dimana pada tahun 2012 dimana ia akan menyimpan koleksi seni lukis moden secara berasingan manakala mereka merancang untuk menjadikan Singapore Art Museum SAM sebagai pusat rujukan utama di rantau ini yang akan memberi fokus kepada seni lukis kontemporari Asia Tenggara.  Satu sayap baru dengan pengambilan sebuah bangunan lama bersebelahan dengan SAM iatu 8Q dijadikan ruang pameran seni kontemporari antarabangsa yang datang dari luar negara yang dirangka untuk merancakkan lagi program mereka disamping bagi menarik kedatangan  pengunjung luar berkunjung ke Singapura.

1830 – Makam malam peserta melakukan aktiviti sendir. Kami mengambil keputusan untuk
makan restoran masakan Melayu di Bencoolen St, dan mencari kedai buku Kinokuniya di Orchard St.

2200 – Sampai di hotel untuk berihat.



Hari Keempat / 14 Nov 2010
Lokasi: Arab St District

1000 – Disebabkan program pertama pada hari ini akan bermula pada jam 1.30 tengah hari
kami mengambil kesempatan untuk pergi beberapa pameran yang sedang berlangsung. Tempat pertama kunjungan kami adalah pameran ‘Manifesto of the New Aesthetics: Seven Artist from Indonesia’ di Institute of Contemporary Art Singapore (ICAS) . Pameran ini adalah merupakan pameran yang dikuratorkan oleh Rika . ICAS adalah ruang galeri khusus bagi  penerokaan baru, eksperimental praktis dalam seni, rekaan dan media. Program mempamerkan pameran antarabangsa, Asia, Asia Tenggara dan seni kontemporari tempatan yang bertujuan untuk sebagai satu sumbangan artistik kepada pelajar, artis dan publik. Selepas itu kami merancang untuk ke sebuah galeri lain yang terletak di Little India iaitu ‘Post Museum’ namun kami tidak bernasib baik kerana galeri itu hanya menerima pelawat menerusi temujanji sahaja.

1330 – Lawatan berpandu ke Masjid Sultan yang terletak di Arab District, masjid ini adalah
antara masjid lama yang masih wujud bukan sahaja tempat sembahyang malah ia boleh dikatakan sebagai pusat Islam disini.

1500 – Saya sampai di hotel untuk mengemas barang dan ‘check out’ untuk pulang kerana
saya perlu menghakimi pertandingan Bakat Muda Sezaman 2010 di Kuala Lumpur pada keesokan hari. Menaiki teksi yang dipanggil oleh pekerja kaunter  untuk sampai ke lapangan terbang lebih kurang 40 minit untuk menaiki pesawat MAS MH 614 .

1600 – Sampai ke lapangaan terbang Changi, penerbangan saya akan berlepas pada jam
1800 dan dijangka akan sampai ke KLIA Sepang pada 1900.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan