Nirmala Shanmughalingan (L.1941)
“Statement I/Pernyataan
I”
Fotografi, keratan
akhbar, dokumen fotostat atas bod, 1973
Koleksi: Balai Seni Lukis Negara (BSLN 1974-020)
Oleh: Faizal Sidik
Karya
“Statement I” 1973 adalah merupakan
sebuah karya yang juga pernah memenangi Anugerah Utama di dalam pertandingan
‘Manusia dan Alamnya’ dalam tahun yang sama kerana sumbangannya di dalam
merubah landskap seni lukis negara pada dekad ini dengan karya bersifat konsep. Nirmala dikatakan
telah mengambil masa selama setengah tahun untuk membuat kajian lapangan dengan
membuat lawatan ke lokasi dan mengumpul bahan-bahan yang sesuai untuk membina
karya ini.
Karya
ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu di sebelah kiri
seperti sebuah papan notis atau papan ‘kenyataan’ yang memaparkan 12 pernyataan-pernyataan yang pernah di siarkan di dalam akhbar mahupun
artikel dalam pelbagai saiz yang di
kumpul dan di bahagian sebelah kanan merupakan gambar fotografi . Di dalam
bahagian satu Nirmala menyusun kronologi-kronologi tajuk yang dipaparkan oleh
media massa melalui sebuah bingkai antaranya:
1. “Culprit
and Victim – Himself”
2. (Keratan akhbar komen pembaca tentang
pencemaran)
3. “A square are of forest twenty-five meters on side will provide all
oxygen needed by
one man”
4. “Tasik Bera an outpost of nature”
5. “Heritage Lost” – “ A small war’s toll”
6. “Canyon
of desolution”
7. “Smog
shrouds Los Angeles: Tokyo fight for breath”
8. “The sad story of our river”
9. “Total
Submersion”
10. “Pollution Peril””
11. “The process of living depends on water
12. “A man
without water loses weight as he dries out.”
Rajah
susunan tajuk-tajuk keratan akhbar (kiri) dan fotografi(kanan)
Piyadasa
pernah menyebut semasa mengkuratorkan pameran solo Nirmala “Kesemua bahan yang beliau himpunkan adalah datangnya dari kawasan
setempat (sekitar kawasan Damansara) yang dipersembahkan seperti bahan-bahan
bukti di dalam mahkamah!. Selain itu, sampel bahan buangan dan buangan industri
yang diambil daripada kawasan tersebut dibawa masuk ke dalam galeri dan
dipamerkan sebagai sebahagian daripada kenyataan beliau.”
Di dalam bahagian 2 terdapat
20 buah gambar fotografi daripada kawasan setempat yang dikaji oleh Nirmala.
Pengolahan secara photo-journalism
telah menjadi bahasa pilihan beliau
sebagai satu media sebaran yang dikatakan tepat bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Bahagian dua karya ini mempunyai cara persembahan yang sama seperti di dalam
karya cetakan sutera saring Andy Warhol yang bertajuk “Green Car Crash” 1963 dan “Atomic Bomb” 1965 iaitu karya beliau di dalam siri Death and Disaster dari segi permainan
komposisi petakan empat segi yang berulang-ulang.
Karya
“Green Car Crash” dalam siri Death and Disaster iaitu sebuah kemalangan ngeri kereta dianggap
oleh pengkritik adalah sebagai karya penting di dalam cerminan kehidupan budaya
kontemporari kita pada hari ini. Ia boleh dianggap sebagai gerakan perubahan di
dalam dunia seni mentranformasi pemikiran psikoanalisis. Imej daripada sumber
yang luar biasa, aneh dan menimbulkan kekacauan pemerhati. Manakala melalui “Atomic Bomb” pula kuasa dan kesan visual
daripada letupan bom atom yang merupakan simbol kekuasan senjata baru yang
boleh membinasa dan memusnahkan manusia dan kehidupan alam semulajadi daripada
letusan nuklear telah menjadi inspirasi kepada Nirmala. Tema tragedi pencemaran dan kemalangan yang
dibawa oleh Warhol dipinjam oleh Nirmala dalam karya komentar sosial terhadap
pencemaran alam sekitar setempat.
Andy Warhol (1928-1987)
“Green Car Crash”
Sutera saring atas kanvas
500 cm x 578 cm, 1963
Andy Warhol (1928-1987)
“Atomic
Bomb”
Sutera saring atas kanvas
497 cm x 648 cm, 1965
Koleksi: Saatchi Collection, London.
Kekuatan
karya Nirmala selain pengolahan bahantara yang sesuai dan menarik adalah dari
pernyataan artis itu sendiri atau artist
statement yang sarat dengan rasa ketidakpuashatian terhadap pencemaran yang
berlaku. Kenyataan beliau ini mengajak kita melalui pengalaman itu kemudian
melihat apa yang terjadi, merenung semula keadaan disitu pada masa lalu, pada
masa kini dan akan datang dan seterusnya reaksi terhadap situasi ini. Di akhir
kenyataan itu Nirmala memberi saranan kita apakah tujuan kenyataan beliau ini
dan membangkitkan persoalan-persoalan yang lebih besar iaitu mengenai dasar
Pembangunan Negara:
Karya
ini dilihat seperti sebuah kajian geografi tempatan dari sudut sosiologi dan
ekologi sesuatu penempatan. Nirmala memilih kawasan Damansara hanyalah sebagai
contoh kecil terhadap apa yang berlaku diseluruh negara kita. Penggunaan
keratan akhbar , dokumen, salinan fotostat, fotografi sebagai dokumentasi dan
catatan pencemaran yang di pamerkan
seolah-olah Nirmala merupakan seorang ahli saintis alam sekitar yang merekod
jumpaan-jumpaan beliau dalam misi kajiannya. Dari sudut lain Nirmala juga
dilihat sebagai pejuang hak alam sekitar atau enviromentalis yang berkempen
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kemusnahan yang berlaku akibat
daripada pembangunan yang tidak seimbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan