Rabu, 25 September 2024

Section 5 : Pixel

 





Pameran ‘Faizal Sidik: Piksel’ adalah sebuah pameran solo yang mempamerkan karya-karya catan dan arca terbaru oleh Faizal Sidik. Pameran ini mempamerkan lebih 30 buah karya yang dihasilkan dalam tempoh empat tahun mutakhir ini iaitu  di antara tahun 2018 sehingga 2022.

 

Pameran ‘Faizal Sidik: Piksel’ memperlihatkan kesinambungan karya dalam pameran ‘Catan Songket’ sebelum ini yang dihasilkan daripada tahun 2014 hingga 2017 di mana pameran bergerak ini telah menjelajah ke enam (6) buah negeri daripada tahun (2017-2020) selama tiga (3) tahun sebelum wabak COVID-19 melanda.

 

'Piksel’ atau pixel bermaksud  unsur gambar atau unsur-unsur halus dalam sesuatu imej. Tarikan utama pameran ini ialah 2 catan monumental dalam 4 panel atau quadriptych. Selain itu Faizal menghasilkan 1 catan triptych, 3 catan bulat, lukisan dan juga arca kayu dalam bentuk piksel.

 

Dalam pameran ini Faizal melakukan seni laku dengan meyiapkan sebuah catan monumental di mana audien boleh berinteraksi dengan pelukis di dalam galeri apa yang dianggap sebagai seni proses.

                                                       -----

 

 

 'Faizal Sidik: Pixel' is a solo exhibition that showcases the latest paintings and sculptures by the artist. This exhibition showcases more than 30 works produced in the last four years between 2018 and 2022.

 

The exhibition 'Faizal Sidik: Pixel' shows the continuation of the work in the previous exhibition 'Songket Paintings' which was produced from 2014 to 2017 where this  exhibition has  travelled to six (6) states from the year  (2017-2020) for three (3) years before the COVID-19 epidemic hit.

 

'Pixel' means image elements or subtle elements in an image. The main attraction of this exhibition is 2 monumental paintings in 4 panels or quadriptych. Faizal also produced 1 triptych painting, 3 circular paintings, a drawing and also a wooden sculptures in the form of pixels.

 

Faizal also performs a performance art by preparing a monumental painting where the audience can interact with the artist himself in the gallery of what is considered as a process art

Tiada ulasan:

Catat Ulasan