Oleh : Muhd. Faizal Sidik
Faizal Sidik (2001), “Dinamika Tampak: Kreativiti dan Dinamika Visual Pelukis Muda” Yayasan Kesenian Perak, Mei 2001.
Tradisi
berkarya dan berpameran merupakan aset terpenting Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka (FSSR) terutamanya Jabatan Seni Halus yang merupakan nadi utama penggerak
seni tampak tanah air. Peranan (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
dahulunya Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, (KSSR) Institusi Teknologi Mara yang
ditubuhkan sejak 34 tahun lalu (1967) membuktikan kecemerlangannya. Bukan
sekadar melahirkan graduan yang dapat menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai
sektor pekerjaan, bahkan turut mencipta lebih ramai pelukis dan pereka muda
bagi mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Dalam
pameran ‘Dinamika Tampak’, 28 karya berjaya dipamerkan oleh 18 pelukis muda
kelahiran Jabatan Seni Lukis, UiTM Perak. Mereka yang merupakan bakat-bakat
muda yang berpotensi dan perintis penting seempena dengan kedatangan alaf baru
yang bakal mencetus idea baru, memecah sempadan dan tembok seni yang cliché dan
mundane.
Manusia
tidak pernah berhenti pada satu keadaan begitu juga perkembangan pemikiran,
idea, aliran dan falsafah. Tercipta sesuatu yang baru ini bukanlah bermula dari
tiada, tetapi ia sebenarnya diberi pembaharuan dari yang lama yang lebih maju
dan berteknologi tinggi. Walaupun masih terikat dengan ism-ism dan konvesi dari
akademi seni barat yang sukar untuk dipisahkan namun mereka masih mempunyai
jati diri. Secara umumnya karya yang dipamerkan dalam pelbagai kaedah dan corak
persembahan. Dari gaya etnik, realis, Islamik, happening, instalasi, seni
computer dan seni video.
SENI
SEBAGAI TUNTUTAN
Kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan
seni sebagai komponen spiritual yang bertujuan magis. Kegiatan ini dapat
dikesan dengan merujuk kepada aktiviti melakar di gua-gua batu sejak zaman
pra-sejarah lagi. Berasal dari suku kaum Bidayuh Sarawak member satu inspirasi
kepada Victor. Karya beliau ‘The Glory of Life’ yang bersifat regional atau
kedaerahan cuba mengekspresi cara hidup budaya dan adat kaumnya kepada karya
seni. Karya beliau banyak menyelitkan icon-icon yang bersifat setempat dalam
masyarakatnya.
PENERAPAN
NILAI-NILAI ISLAM
Dinamisme yang mendorong kepada kesenian
bermotivasikan Islam juga disebabkan oleh factor sosiologikal. Tidak dapat
disangkal pelukis kini sentiasa peka dengan cabaran sosio-budaya dan politik
semasa. Pelukis-pelukis berperanan sebagai angin perubahan yang gigih dalam
membangunkan negara. Hasil karya mereka tidak bersifat individualistik,
subjektif, atau peribadi, sebaliknya karya-karya mereka mendakapi keterlibatan
social yang mendalam yang berfungsi sebagai perakam budaya.
PERHUBUNGAN
ANTARA SENI DAN MANUSIA
Manusia, masyarakat dan kebudayaan merupakan
kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat
dengan falsafah, tamdun dan idea. Penciptaan sesebuah karya seni tampak tidak
diasingkan dari faktor-faktor tersebut. Perubahan citarasa yang berlaku dalam
masyarakat akan menentukan nilai-nilai hidup, ia menerima perubahan namun alam
pemikiran dan proses mencipta sesuatu seringkali dipengaruhi oleh masa lampau
masyarakatnya. Bierans De Haan seorang ahli sosiologis Belanda mengatkan unsur
statis yang berpasangan dengan unsur dinamis, bermaksud iaitu sesuatu yang
ditokok tambah kemudiannya.
PERTEMBUNGAN
ANTARA TEKNOLOGI DAN SENI
Kepesatan dunia sains dan teknologi yang
pantas mewarnai kehidupan kotemporari telah mencentuskan suatu bentuk medium
dan penyampaian baru. Kemunculan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak
alternatif kepada pengkarya seni konseptual. Video dan filem berkembang sebagai
penyampaian baru seni tampak yang lebih hampir dan agak konseptual.