Jumaat, 6 November 2009

Seni Arca Semenjak 1945: Suatu Pengenalan

Oleh : Andrew Causey
Terjemahan dan dengan Pengenalan oleh Faizal Sidik (2006)


Andrew Causey merupakan Profesor Sejarah Seni Moden di Universiti Manchester . Mendapat pendidikan di Cambridge dan Courtauld Institute, beliau telah banyak menghasilkan dan memberi syarahan seni abad ke 20, khususnya di Britain. Esei yang saya namakan semula sebagai ‘Seni Arca 1945: Satu Pengenalan’ ini adalah merupakan bahagian pengenalan yang terdapat di dalam buku beliau iaitu Sculpture Since 1945 yang diterbitkan pada tahun 1998. Didalam buku ini Causey banyak membicarakan tentang …



Abad sebelum ini arca mempunyai fungsi-fungsi tertentu , iaitu sebagai tempat membuat nazar , tanda peringatan, didaktik atau mempunyai unsur mengajar, dekoratif yakni sebagai perhiasan- yang mana beransur-ansur hilang. Selepas pada awal abad ini, apabila pengarca avant-garde mula menolak arca-arca tradisi Rodin dan mendirikan semula bentukan baru daripada inspirasi daripada yang terdapat pada catan dan catan timbulan pelukis kubis, arca abad ke-20 mula hilang hubung kaitnya dengan (umum). Meskipun hubungannya antara orang ramai adalah pada arca yang bersaiz besar dan dalam pelbagai perubahan-perubahan baru namun ianya tidaklah hendak diperjelaskan di dalam buku ini., mendefinisikan semula fungsinya dan maksud disiplinnya itu (arca awam) sering berada di dalam fikiran pengarca. Dengan berakhirnya Perang Dunia Kedua pengarca mula menyoal diri, apakah dia bentukan arca yang mereka akan ciptakan di era abstrak ini, yang mana boleh umum menerimanya? Persoalan untuk menarik perhatian orang ramai seringkali difikirkan oleh pengarca sehinggalah pada hari ini. Pengarca lebih suka mengambil jalan lain (yang tidak dapat dimengertikan) daripada cenderung kepada menuruti niali-nilai yang di pengaruhi dengan faktor pasaran dan hiburan yang sedang diberi tumpuan dunia sekarang. Dengan adanya kepelbagaian bahan dan bentukan yang telah diciptakan sebagai arca pada masa ini, jelas menunjukkan arca bukan lagi dilihat sebagai konsep yang stable dengan sempadan lingkunag yang sempiot yang mana ada fakta yang mengatakan materialny selepas perang sudah tidak lagi mempunyai hubungnnya lagi,

Dengan begitu cepat sekali perubahan pada arca berlaku sejak 1945, walaupun terdapat kecenderungannya terhadap seni yang lain, atau disiplin lain di luar seni, butt-up , sikap yang ada pada arca begitu bertentang dengan subjek lain seperti sejarah, memori, lanskap, teater, senibina, muzium, pasaran seni, objek industri. Sangat sikit arca yang diperbincangkan disini tentang abstraksi arca itu dilihat sebagai sesuatu yang idealis daripada aspek materialnya terhadap cara pandang dunianya

Pada bahagian 1, sebahagian besarnya meninjau hasil karya pengarca yang sudahpun mempunyai reputasi yang tinggi pada 1945. Ianya membincangkan kurangnya minat terhadap arca peringatan selepas Perang dan kemusnahan yang teruk daripadanya dan menyoal semula apakah cara lain dalam menghasilkan semula arca bagi memenuhi arca awam, kadang kala tempatnya untuk menunjukkan perubahan-perubahannya, seterusnya tidak mempunyai hubungan antara maksud karya dan dengan sesuatu tempat . Sesetengah bentuk yang ideal (unggul,sempurna) itu dirasakan perlu dikekalkan signifikan kepentingan erti disebalik pada sesuatu masa yang tertentu oleh pengarca, yang mana melihat kemungkinan-kemungkinan yang terdapat pada arca awam baru yang bersifat non figuratif. Bahagian ini juga menimbulkan persoalan berkenaan ruang ‘awam’ yang bersifat semula jadi. Kedua-dua badan kerajaan dan swasta yang menaja arca di ruang awam, yang kebanyakannya tidak mempunyai asas yang jelas dalam mempopularkan penerimaannya sebagai sesuatu yang disukai ramai. Bahagian 1 dan 2 melihat permasalahan yang dihadapi daripada pemecahan dan perkembangan yang menarik daripada perbezaan aliran seni itu dalam Modernisme. Mereka memperlihatkan kelangsungan percubaan-percubaan (eksperimental) penghasilan arca-arca selepas yang berlaku di Amerika, Britain dan Perancis. Bahagian 1 di akhiri dengan melihat perkembangan di Itali dan Jerman pada 1950 an yang merentasi aliran seni, dan melangkaui aliran kebiasaan Modernisme seperti di Amerika dan Britain yang seterusnya membuka lembaran baru di tahun-tahun 1960 an.

Bahagian 2 memperlihatkan kecenderungan pengarca-pengarca muda di kedua-dua belah negara Amerika dan Britain dengan subjek figura manusia , yang memperlakukannya dalam pelbagai penerokaan abstrak . Kejutan daripada Perang, kemusnahan yang teruk daripada pengeboman telah menyemarakkan lagi penciptaan arca-arca kesan daripada peristiwa itu yang menampakkan transformasi atau perubahan bentuk daripada bentu-bentuk manusia, haiwan dan burung. Seolah-olah satu sindiran yang terdapat di dalam Surealisme seperti mana yang kaitan oleh kritikan Clement Greenberg yang telah menulis rencana The New Sculpture pada 1949 mengharapkan lebih ramai lagi yang mengadakan pameran dan memungkinkannya kedua-dua Amerika dan Britain, namun dengan perkembangan ekonomi yang pesat pengharapan agar perkembangan ini akan berlaku hanyalah tinggal memori. Sebelum Perang terdapat dorongan-dorongan dari luar arca seperti artifak primitif dan budaya popular, yang telah dijana oleh kekuatan surealisme, namun pada 1950 an arca mempunyai persamaan dengan pengaruh yang datang dari luar. Walaupun pertembungan ini dianggap berjaya di pasaran, ianya agak meletihkan dan bersifat akademik. Di akhir tahun 1950 an arca telah dipecah-pecahkan alirannya. Sebahagian pengarca yang mempunyai reputasi sejak Perang lagi telah beralih ke peringkat antarabangsa pada 1960 an.

Bahagian 3 memberi perhatian berkenaan bagaimana bermulanya kaitan arca dengan objek harian kekaburannya sehingga kini begitu kuat dilingkungi oleh sempadan antara seni dan hidupan, dimana sebenarnya merupakan sebahagian daripada kewujudan yang timbul selepas Perang. Penggunaan objek harian ini dilihat sebagi peralihan yang mendekatkan seni dengan penciptaanya yang asal, membebaskan penciptaan produk, unfetterd, pengarca sebagai pencipta, kearah seni yang bersifat tiga dimensi yang memberi perhataian terhadap perbezaan antara objek sebagai benda yang berguna dan sebagai sebahagian hasil karya . Perubahan bentuk objek yang membawanya daripada tarikan bentukan sebenar, dan disitu tidak lagi wujud persamaan yang antara matlamat sebelumnya dan hasil akhir yang akan terhasil. Persembahan menjadi penting, dengan perubahan yang memberi penekanan kepada bahan yang hendak dipamerkan. Kontektualisasi terhadap objek mula-mula di isukan daripada kritikan-kritikan yang utama di akhir tahun 1960 an dan 1970 an iaitu bagaimana interaksi antara objek seni dengan situasi persekitaran pada masa itu yang menyebabkan refleksi yang berlaku bukan sahaja pada objek malahan juga keadaan?

Imej dan objek daripada hidupan harian telahpun di gunakan di dalam seni pada era pelukis kolaj Kubis, karya ‘ready-made’ semasa perang oleh Duchamp, montage oleh pelukis Dada dan objek-objek pada lukisa Surealis pada tahun-tahun 1930 an. Melainkan dalam aliran Kubis, yang mana representasi dan karakter kolaj ‘harian’ agak menidakkannya, gerakan ini telah menjadi begitu asing dan tidak banyak penulisan tentangnya sejak tahun 1945. Perubahan dalam seni yang berlaku di sekitar tahun 1960 an telah menyebabkan perubahan yang besar berlaku pada sejarah seni pada abad ke –20

Kini pengucapan-pengucapan baru memasuki dunia arca, atau mempresentasikan semula perlakuan di dalam pengarcaan seperti di persekitaran alam sekeliling (enviromental) , kejadian (happening), perlakuan (performance), pemasangan (installation)- sebenarnya dalam kumpulan ini timbul dengan mempraktikkan sesuatu objek di ruang sebenar, setengahnya menggunakan pengkarya itu sendiri , dan boleh jadi audien, mahupun interkatif kedua-duanya. Idea yang menyatakan arca mestilah objek yang tunggal, kini berubah wajah, setelah pertembungan dengan objek bukan seni. Oleh yang demikian objek yang bukan seni tadi bukan seni tadi seperti perlakuan (performance) dan kejadian (happening) boleh dikatakan sebagai arca, jadi pengertian arca perlu didefinisikan semula bersama dengan kewujudan audiennya. Hal ini membawa persoalan hala tuju arca dan menuntut penilaian semula yang merentasi sempadan waktu terhadapnya. Perlakuan dan kejadian membawa bahan material yang ‘rendah’ke dalam seni, iaitu yang hanya berkisar lingkungan situasi di jalanan, dan reaksi daripada pergolakan sosial mahupun politik .

Mengklafikasikan perbezaan antara arca figuratif dan arca bukan figuratif adalah berjalan seiringan pada awal tahun 1960 an, dan diikuti disini pula pada bahagian ke-3 dan ke-4 . Bahagian 4 tidak kurang juga mempunyai kaitan yang rapat dengan bab sebelumnya kerana kebanyakan perbincangan arca-arca tersebut berkisar tentang ‘perihal benda’ atau ‘penjelasan objek’ , arca yang bersifat figuratif atau bukan tidak boleh menolak komposisi dan kaitan hubungannya dengan bahagian arca yang asal. Walaupun abstraksi dalam arca Minimalis juga masih mengambil asasnya daripada objek-objek moden hasil keluaran daripada perkilangan. Perhatian dalam buku ini lebih diberikan kepada dimana ruang arca itu patut diletakkan atau perkara yang mempengaruhi perletakkannya , kerana pembinaan arca tersebut mempunyai maksud yang berkait rapat dengan tempat dimana bentuk binaan (muzium, rumah persendirian, lanskap) dan dari siapa yang mempunyainya akan menyarankan kepada siapa ianya akan ditujukan: bentuk yang ringkas pada Minimalisme dianggap seni yang sukar pada ketika itu , jika mahu diukur standard yang ada pada arca pada ketika itu, hanya sedikit yang boleh dikesan (dari segi perbezaan bahagia-bahagian, pertalian yang terdapat padanya, atau pertentangan antara yang berada di tengah dan di tepi) daripada perihalnya. Kesan daripada keringkasan bentukan inilah yang membangkitkan minatnya terhadap konteks hubungan pertalian antara arca dengan ruang , dengan senibina, dan dengan objek perkilangan yang laian dihasilkan dengan material yang serupa (plastik, perspek, logam khas) Dalam kata lain karya Minimalis dilihat perletakannya tidak sebagai idealis (Platonik) tetapi untuk sesuatu tempat dan mempunyai peraturan syaratnya ,dan mempunyai hubungkaitnya dengannya yang positif (kepastian, keyakinan, ketentuan) kehadiran tubuh badan atau jasmani si pemelihat.

Bahagian 5 mengambil tajuk Anti-Form, daripada artikel penulisan pengarca Robert Morris pada tahun 1968 . Secara umumnya Morris mengatakan, dalam pembangunan bandar-bandar di dunia dan pembuatan barangan, bentuk menjadi sesuatu yang amat diberi perhatian sebagai sesuatu keutamaan dalam pengisian ini. Beliau dengan rakannya yang lain telah menentang keutamaan yang berdasarkan penggunaan bahan material yang rendah ciptaan, seperti tanah yang belum di proses ( mentah) dan nilainya yang rendah. Anti–Form merupakan proses proses pembuatan sifat kesementaraan, penggunaan banyak bahan material, elemen seni memberi sepenuh penumpuan terhadap karya seni, dan walaupun ianya tidak sepenuhnya selesai dihabiskan. Arte Poverta di Itali merupakan gerakan yang sangat berkait rapat dan mempunyai persamaan dengannya di Eropah.

Kedua-dua bentuk seni ini amat memberi impak yang besar dalam arca semenjak tahun 1945. Cabaran kapitalisme di tahun-tahun 1968 telah melambangkan kehidupan bandaran manusia pada masa itu dan objek perkilangan yang mana bersifat tetap, kekal di kurangkan sifatnya itu dengan sifat-sifat Anti-Form dan Arte Povera . Apabila melihat pertentangan ini berada di tahap yang sedemiakian, pengarca merasakan seni telah di intifikasikan oleh sistem yang dibawa oleh kapitalis yang berasakan kepada produk barangan, dari situ timbul pula gelombang kedua dalam bantahan mereka itu terhadap keseluruhan aturan di dalam kapitalisme.

Form atau bentuk mempunyai kaitannya dengan ‘formalisme’ (ideologi yang menurut pembentukan aturan rasmi) , adalah sebahagian daripada pengucapan Modernisme, yang jika dilihat , kedua-duanya merupakan prinsip dasar dari sinilah seni dihasilkan sebagai perkara yang mempunyai aturan pemikiran yang satu. Antara ciri-ciri yang sering diletakkan di dalam mengenalinya adalah dimestikan seorang lelaki, berkulit putuh dan dari kelas pertengahan. Kehadiran Anti-Form boleh dilihat untuk melawan budaya yang dominan sebelumnya itu . Anti-Form telah membangkit dan menggerakkan persoalan implikasinya apakah yang akan terjadi kepada seni jika semuanya diletakkan kepada kapitalisme. Apakah yang akan berlaku kepada galeri-galeri komersil, muzium dan pengumpul jika tiadanya lagi produk, tiada lagi yang hendak di jual, tiada lagi yang boleh disimpan, atau semakin susutnya bahan material.

Bahagian 6 juga mempunyai kaitan dengan bahagian 5, masih memperkatakan tantang bahan material yang bernilai ‘rendah’ Kedua-duanya bahagian ini melihatnya sebagai tiada tarikan seninya, rendah nilai, sesiapa sahaja boleh memilikinya kerana mudah didapati dimana-mana sahaja. Jangka waktu 10 tahun sebelum akhir tahun 1960 an merupakan waktunya iaitu semenjak 1945 dimana lanskap mempengaruhi idea dalam arca. Lanskap dilihat disini tidak sekadar sebagai unsur-unsur semulajadi , atau di serap masuk ke dalam seni atau untuk menambahkan kecantikan. Tetapi ianya disini dipandang sebagai ruang terbuka yang ditinggalkan dan tempatnya agak terpencil. Perbincangan di bahagian 6 ini, menekankan bahagian yang disebutkan tadi dengan lebih mendalam. Kebanyakan arca pada tahun 1960 an sering diletakkan dengan subjekyang bukan arca yang menunjukkan satu perkembangan baru sehinggalah kini, di bangunan-bangunan moden di bandar-bandar dan bangunan kilang, pembuatan yang membuat objek berkenaan sebagai mercu tanda. Dalam proses menghasilkan Earth Art ini menghubungkan tempat, sejarah tempat itu , dan mengimbas semula penceritaannya, dan aspek sejarah , geologi, arkeologi, semuanya disiplin ini akan mengaitkan tempat itu sebelum ini dan mempunyai kecenderungan yang hampir serupa seperti yang dilakukan sebagaimana Minimilisme yang di sukai dan di minati sehinggalah kini. Earth art, seperti Anti-Form, laungan penentangan itu bergema ‘ bawah-tanah’ iaitu dari aspek senibina yang di metaforakan terhadap ‘bawah-tanah’ yang ingin mengeluarkan atau membuang tanah (kapitalisme). Kedatangan masuk Earth Art akhir 1960 an atau tidak tahun-tahun era akhir pelukis Minimal membuat bentukan seperti kiub-kiub boleh dikatakan ianya benar-benar berada di kemuncaknya, apabila ia sampai ke peralihan mula menyatukan daripada seni bina kepada arkeologi.

Daripada perihal ini arca semenjak 1945 telah berubah dari satu sudut ke sudut yang lain tanpa menghilangkan maknanya. Earth Art telah membangunkan idea tentang site-specific (lokasi atau tapak yang menentuka perinciannya), iaitu pembinaan di arca di suatu tempat yang khusus serta telah diidentifikasikan samada dari segi aspek fizikal atau yang berhubungan dengan suatu sejarah atau memori silam. Arca lokasi spesifik membuat tinjauan semula kepada isu tentang memorial peringatan yang digambarkan di bahagian satu 1. Sesetengah arca yang umum sifatnya seperti ‘Spiral Jetty’ oleh Robert Smithson, mempunyai daya pengertian yang terbatas (tidak jelas) dalam mahu menganggapnya sebagai memorial untuk dikenang selamanya, dalam meringkupi aspek sejarah tempat berkenaan untuk disimpan jaga ingatannya oleh kita. Terdapat beberapa arca dalam bentuk yang sebegini lebih mementingkan kecenderungan minat perasaan atau kesedaran seseorang individu dan tidak mencampuri perihal sejarah dan mitos seperti apa yang Smithson lakukan melingkari ‘Spiral Jetty’. Melihat kembali pengertian peringatan dan sejarah di dalam Earth Art (Seni Bumi) ini cukup menarik dan cukup panjang implikasinya tetapi tidak sehingga 1980 an dimana arca eksperimental mula diberi perhatian semula dimana arca peringatan dibina dalam bentuk nama seni awam.

Bahagian 7 melihat seni daripada akhir 1960 an sehingga 1990 an dengan pandangan yang lebih kritikal di sekitar tahun tersebut. Arca ‘lokasi spesifik’ yang telah di perkatakan dalam bahagian 6 dan tidak kurang juga Earth Art, adalah antara yang termasuk di bahagian ini . Ianya dengan lebih jauh lagi akan membantu kita mencari maksud yang tersirat mengapa arca itu diletakkan di satu tempat . Dalam beberapa keadaan contohnya, sungguhpun kita melihat karya itu secara visualnya sendiri tidak berapa menarik, namun lokasi yang akan diletakkanlah ianya akan menarik perhatian kita. Daripad apa yang digambarkan disini, perbincangan antara pelukis tidak lagi menumpukan perihal tentang stail dan perkembangan karya-karya mereka; dan apa yang di titik beratkan adalah dari sudut konteksnya karya itu. (bahagian yang mendahului suatu kalimat dan bahagian yang berikutnya yang menentukan erti perkataan dan lain-lain yang terkandung di dalamnya) Ia mempunyai kaitan dengan penjelasan yang diberiakn di bahagian 3 yang mana merupakan titik mula peranannya menghubungkan arca dengan objek harian kita ke dalam kancah permasalahan perubahan bentuknya untuk menunjukkan perkaitannya dan bagaimana peraturan-peraturnya diterima dan di patuhi kita (kod) dan lantas mengubahdan mengantikan tempat seni keseluruhannya. Pengarca yang dibincangkan dalam bahagian ini mengakui semua bahasa adalah kod, pelukis tidak lebih daripada sekadar pengasas menurut apa yang beliau fahami kebiasaan sebelumnya, namun sebagai orng yang mengendalikan dtau memanipulasi kod dengan bijak.

Di awal-awal avant garde iaitu pada masa idea Kubis memperlihatakan progresif dan perkembangannya di studio-studio. Pasca avant-garde di akhir 1960 an pula lebih kearah berbau politik , dan bersifat mengkritik situasi susunan pada waktu itu . Seni bukan lagi hanya penciptaan yang berlaku di dalam studio lagi, malahan merupakan produk interaksi antara pelukis dan situasi dan institusi di mana dia berada. Subjek seni ini boleh jadi seni bina, pembinaan yang dalam bentuk apa sahaja, muzium dan di tempat-tempat awam malahan juga dalam bentuk cara menunjukkan kekuasaan atau memberi pengertiannya kepada masyarakat. Bahagian 7, adalah kesinambungan daripada bahagaian 5 mengambarkan bagaimana perkecimpungan seni dalam lapangan politk pada lewat 1960 an ke atas pelukis dalam mempersoalkan peranan muzium dan institusi-institusi kerajaan.

Pada perihal yang lain di dalam bahagian 7 melihat arca pada aspek sikapnya kepada sejarah. Dua perihal kejadian yang penting berlaku pada tahun 1980 an iaitu pembebasan di Eropah Timur dan Jerman daripada sejarah Nazi yang lepas. Haluan pada 1980 an lebih spesifik , sejarah lepas menjadi subjek yang lebih dekat dalam arca daripada pembuatan yang bersifat umum dam Earth Art sebelumnya. Lantas dari itu terdapat hasrat untuk mengembalikan semula realisme dalam pelbagai bentuk , sepertimana Sosial Realisme yang telah di bangkitkan oleh pelukis–pelukis sebelumnya. Pelukis Eropah Timur yang bergerak di Barat menggunakan metafora dan alegori dalam mengambarkan hal yang silam. Karya mereka bukanlah transpirasi dalam maksud memberi pengertian atau menutup perbahasan perkara yang berlaku, tetapi mereka secara ironinya membuat sindiran diatas kekalahan yang berlaku daripada penjajahan yang sia-sia rejim politik. Sebelumnya. Dalam cara untuk menunjukkan sindiran terhadap tentera Nazi Jerman yang lepas adalah pembinaan ‘counter-monument’ , melalui tajuk ini juga arca ini diberiakan namanya dan diletakkan di ruang-ruang awam sebagai satu bantahan mereka terhadap perkara yang telah berlaku. Arca ini merupakan arca monumen selepas perang yang mula-mula sekali di bina di sebelah Barat (Jerman) dimana bentukan monumentalnya mula diterokai dan juga mendapat sambutan daripada orang ramai terhadap pembinaannya itu. Arca ‘counter-monumen ‘ bersifat lokasi spesifik (site-spesific) dan tidak kekal, hanya untuk beberapa lama sahaja. Ianya tidak bolek dikatakan sebuah memorial kerana pembinaannya bukanlah berdasarkan cara pemikiran yang dihasilkan ke arah sesuatu tujuan. Walaubgaimanapin ‘counter-monumen’ menunjukkan peristiwa 1945 jasmani; mungkin tidak boleh berlaku lagi iaitu keyakinan atau harapan yang dipercayai pada hari ini esok masih belum ianya akan kekal.

Bahagian 8 memperbincangkan dengan lebih luas lagi arca pada awal tahun 1980 an dan awal tahun 1990 an. Pada tahun 1980 an arca bukan figuratif menjadi penting dengan meluasnya penggunan objek harian. Pengarca British telah memainkan peranan besar dan mengambil sikap yang lebih kritikal terhadap permasalahan konsumerisme, dengan melemahkan dan mengelak daripada berhadapan dengannya. Namun ‘komoditi arca’ Amerika timbul beberapa tahun kemudian , Selepas ekonomi konsumerisme boom semasa Reagen menjadi Presiden Amerika, dan telah menunjukkan keterlibatan sikap terhdapa budaya konsumer. Seni figura di kedua-dua Amerika dan Eropah (walaupun dalam banyak hal yang berbeza) telah membuka semula ruang-ruang pintu bagi arca daripada hanya memberi fokus utama terhadap objek (kefahaman sesuatu yang dapat disentuh dan di lihat sahaja) kerana ianya mampu untuk membangkitkan minat-minat luar terhadap arca, buah fikiran di sekeliling bertemu dengan di pusat utama operasinya.

1 ulasan: