Jumaat, 6 November 2009

Meningkatkan Ekonomi Pelukis di Era Krisis

Oleh: Faizal Sidik


Sejak tahun lepas diambang ekonomi Amerika mengalami kejatuhan beratus-ratus ribu pekerja kini diberhentikan akibat penutupan dan pengecilan syarikat yang beroperasi. Tempias krisis ekonomi global bukan sahaja mengecilkan peluang pekerjaan malah turut terjejas di sini adalah pelukis yang menampung kariernya sebagai sebagai pengajar seni, pereka grafik, pereka set dan lain-lain tidak terkecuali di sini menghadapi masalah pengangguran diberhentikan akibat pengecilan syarikat atau syarikat tidak mampu membayar gaji pekerja akibat aliran tunai yang lembap. Bagi pelukis sepenuh masa pula sudah tentulah dengan pasaran seni yang kecil disini kerana masih lagi kekurangan patron seni terutamanya kolektor persendirian mahupun korporat ditambah pula dengan pasaran seni dunia yang perlahan lebih-lebih lagi di sini mata pencarian mereka semakin hari semakin hilang daripada krisis ini. Untuk mengatasi atau setidak-tidaknya memberi harapan kepada pelukis yang diberhentikan ini untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti mereka perlu kepada sumber ekonomi untuk menjamin survival karier mereka dalam bidang ini daripada terus terkubur, perlu dicari beberapa langkah agar mereka yang telah bekarya selama ini dapat terus memegang kanvas dan berus dalam usaha menghasilkan produk-produk karya baru bagi mengisi keperluan negara dalam bidang estetik agar pelancong yang datang ke negara kita tidak melabel rakyat Malaysia mempunyai apa yang dikatakan ‘bad taste’ atau citarasa yang rendah.

Baru-baru ini Menteri Kewangan telah meluluskan bajet mini sebanyak 60 billion iaitu bajet rangsangan kedua bagi mengurus ekonomi negara di zaman kegawatan yang melanda global teramasuklah negara kita. Apa yang mendukacitanya adalah hanya satu cabang seni sahaja yang menerima peruntukan, itupun hanya seni popular atau untuk hiburan telah disalurkan kepada pemuzik dibawah Kementerian Penerangan dan tidak sedikitpun ianya diperpanjangkan kepada bidang seni yang lain contohnya Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan atau agensi yang lebih tepat lagi yang diberi tangungjawab mengembangkan seni tampak negara iaitu Balai Seni Lukis Negara yang juga bersama-sama membangunkan negara dengan cara mereka tersendiri yang mana seni visual ini sifatnya lebih universal dan sejagat jika dibandingan dengan muzik yang dibatasi oleh bahasa jika orang luar mahu memahaminya..

Disini saya ada beberapa model-model yang boleh dijadikan rujukan dalam kita bersama-sama mengharungi krisis ini terutamanya kepada pelukis-pelukis yang terkesan dalam hal ini. Semasa Amerika menghadapi krisis ini di zaman kemelestan ekonomi yang teruk dalam sejarahnya pada tahun 1935, Roosevelt iaitu preseden mereka pada masa itu telah membina satu program yang dinamakan Treasury Relief Art Project (TRAP) yang dibentuk pada July 1935 dengan pemberian geran daripada Works Progress Administration (WPA) dibawah Treasury Deparment (Jabatan Pembendaharaan) yang mengaji lebih kurang lima ratus artis di Amerika pada masa itu yang menganggur atau telah diberhentikan kerja untuk mendekorasi atau menghiasi lebih kurang 1,900 bangunan kerajaan. TRAP adalah merupakan projek kerajaan persekutuan yang bertujuan membantu pelukis-pelukis agar ini menghasilkan hasil kerja mereka yang berkualiti dan bangunan-bangunan awam pada waktu ini.

Pemilihan daripada jawatankuasa program TRAP ini datangnya daripada mesyuarat ringkas yang menghadkan kepada hanya lima ratus pelukis terutamanya kepada organisasi seni lukis iaitu kumpulan-kumpulan seni yang ada adalah diberikan perhatian lebih diberikan perhatian dari segi keperluan hidup mereka daripada kualiti seni yang akan mereka hasilkan nanti. Pelukis-pelukis yang menyertai program ini perlu mengistiharkan mereka merupakan pelukis sepenuh masa atau yang masih belum mempunyai pekerjaan semasa berada dalam program ini. Peserta dalam program TRAP ini di beri gaji bulanan dan mereka perlu bekerja selama lima belas jam seminggu. Ia juga bertujuan agar artis yang kehilangan sumber pendapatan selama ini boleh membeli makanan yang lebih baik daripada sup soya (mungkin makanan yang paling murah seperti mee maggi untuk kita disini) dan mereka mempunyai sedikit masa lapang untuk kembali menghasilkan karya dan memberi keyakinan kepada amereka atau esteem diri. .

Pada tahun 1937 Program Treasury Relief Art Project TRAP ini telah di naik taraf kepada WPA Federal Art Project atau hanya WPA dengan beberapa pembaharuan telah dilakukan.terhadap program ini terutamanya dari aspek persekitaran pekerjaan. Antara artis yang terpilih untuk turut dalam WPA ini adalah seperti Jackson Pollock, Mark Rothko, Willem de Kooning, Louise Nevelson, David Smith, Lee Krasner, Philip Gusto, Ad Reinhardt, Arshile Gorky, Milton Avery, William Baziotes dan lain-lain.Program ini pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Mural Division atau projek mural dan Easel Division iaitu projek catan easel. Bagi pelukis yang mengambil bahagian dalam projek mural mereka, kedua-dua projek ini diperuntukkan material secara percuma.

Di awal projek ini pelukis easel perlu mengketik kad pada jam 8 pagi untuk masuk dan pukul 4 petang untuk keluar. Jackson Pollock pernah diceritakan berlari terkejar-kejar dengan masih memakai pejamas di waktu itu untuk tidak terlewat mengetik kad di bangunan yang beliau ditugaskan untuk mengelakkan dirinya tidak menerima bayaran harian. Bagi Easel Division pelukis easel bekerja tanpa ada penyeliaan dan bekerja di studio mereka. Dari sumber yang di rujuk untuk Mark Rothko mendapatkan cek beliau perlu menghantar hasil cat minyak nya setiap empat hingga enam minggu (bergantung kepada saiz) untuk diletakkan di bangunan kerajaan. Berbeza pula dengan muralis, mereka diharapkan untuk menghasilkan “American Scene” dimana mereka bebas untuk mengaplikasikan stail mereka sendiri.

Program sebegini selain memberi sokongan kepada artis dan memberi semangat kepada ia perlu juga dilihat dari segi keprihatinan terutamanya kepada artis yang bekerja di studio sendiri. Pernah suatu ketika semasa penyelia datang ke studio Mark Rothko penyelia tersebut meninjau-ninjau peti sejuk untuk melihat berapa banyak makanan yang beliau ada. Program WPA ini tidak terhenti sekadar suatu program kepada artis yang tidak mempunyai pekerjaan pada masa itu sahaja malah ia juga telah disokong dengan program sampingan daripada program ini seperti program instruktor seni, pusat seni komuniti, art tour atau jelajah seni ke studio-studio artis yang terlibat atau ke pameran-pameran, dan berkumpulan yang diadakan mereka dan galeri seni. ( Idea daripada program WPA ini maka terbinalah galeri seni iaitu Federal Art Gallery iaitu galeri milik kerajaan yang berkonsepkan galeri swasta yang mengadakan program pameran bersilih ganti bagi menjual karya dan menyokong karier pelukis)

Oleh yang demikian krisis yang menyebabkan penganguran dikalangan pelukis ini wajar dibantu dengn beberapa saranan di atas agar mereka boleh terus hidup dan berkarya. Hal ini kerana karya seni halus adalah cerminan kepada budaya kehidupan dan pemikiran masyarakat yang mendukungi di negara tersebut pada sesuatu era atau atau zaman. Kalau tinggi nilai estetiknya maka tinggilah taraf daya fikir masyarakat itu dan akan dihormati oleh orang luar yang pandai menghargainya. Artis berkarya adalah atas dasar cinta dengan apa yang mereka lakukan, maka jika bukan atas dasar cinta tiadalah produk yang dapat dihasilkan, oleh sebab itulah mereka terus berkarya.dan kerana itu adalah hanya pekerjaan yang mereka.mahir. Diharap program sebegini diharapkan dapat diaplikasikan disini bagi menyemarakkan lagi pengkaryaan seni di negara ini kerana ia akan menjadi khazanah warisan negara suatu hari nanti seperti yang telah diwartakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan