Oleh: Faizal Sidik
Pengenalan
Dalam perkerjaan penterjemahan selain
daripada aspek menterjmah, mengulas atau menganalisis suatu terjemah, faktor
yang mendorong suatu terjemahan itu dilakukan dengan ‘baik’ atau ‘buruk’
bergantung pada penilaian dan kualiti bagaimana suatu teks itu diterjemah.
Soalnya adakah terjemahan di Malaysia mempunyai satu standard penilaian dan
kualitinya yang tersendiri? Bagi mencari jawapan ini beberapa kajian telah
dijalankan sama ada melalui sumber primer atau sekunder. Tiga badan atau pemain utama terjemahan di
Malaysia yang dikaji adalah Institut Terjemahan dan Buku Negara sebagai
peneraju utama di negara ini sebagai penterjemah buku. Manakala dua lagi adalah
penterjemahan media iaitu Dermaga Seni dalam dan SDI Media yang
memokuskan penterjemahan alih suara dan sari kata.
Penilaian dan
Kualiti Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan dan Buku
Negara dalam penterjemahan buku.
Kegiatan penterjemahan secara rasmi di negara
ini berlaku semasa zaman penjajahan iaitu selepas pembukaan Pejabat Karang
Mengarang Sultan Idris di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim,
Perak. Pegawai Inggeris O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan
“Badan Menterjemah” pada tahun 1924 yang ditukarkan nama menjadi Pejabat Karang
Mengarang (PKM). Antara aktiviti yang terawal dilakukan oleh jabatan ini ialah
menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel. Boleh dikatakan sejarah
penilaian penterjemahan di Malaysia berlaku seiring dengan penubuhan Pejabat
Karang Mengarang pada awal 1920 an yang perlu menyenggara suntingan penulisan
penterjemahan buku pelajaran dan novel itu tadi sebelum ianya dicetak. Selain
menyunting kegiatan penilaian penterjemahan lain yang dijalankan diawal
penubuhan jabatan ini adalah menerusi penganjuran kursus penyuntingan dalam
melatih penterjamah-penterjemah baru.
Nama pejuang bahasa Melayu Zainal Abidin
Ahmad atau Za’ba tidak boleh dipisahkan daripada penubuhan Pejabat Karang
Mengarang di Maktab Perguruan Sultan
Idris pada ketika itu. Beliau telah memainkan peranan besar dalam kegiatan
penterjemahan dan penerbitan awal buku-buku penterjemahan di negara ini sehingga beliau diberi gelaran Pendeta Za’ba
atas ketokohan mengembangkan ilmu di dalam bahasa Melayu. Antara buku-buku yang
dihasilkannya di samping buku terjemahan adalah ‘Ilmu Mengarang Melayu’ dan
‘Anak Raja dengan Anak Papa’ (The Prince
and The Pauper),
Kesinambungan kegiatan penterjemahan pra
dan selepas mencapai kemerdekaan diteruskan menerusi penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka pada 22 Jun 1956 di Johor Baru. Sejurus selepas mencapai kemerdekaan
untuk memusatkan perkembangan dan pemerkasaan bahasa Melayu pejabatnya
dipindahkan ke Kuala Lumpur di bawah Jabatan Pelajaran. Bahagian Penterjemahan
DBP telah menghasilkan banyak buku terjemahan. Buku awal mengenai penterjemahan
dalam bahasa Melayu diterbitkan oleh DBP yang ditulis oleh Suffian Sahuri
bertajuk ‘Panduan Menterjemah’.
Usaha penterjemahan buku kini
dipindahkan kepada Institut Terjemahan Negara pada tahun 1994 yang kini bernama
Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN). Disebabkan DBP sebagai sebuah badan
kerajaan yang utama dalam buku-buku keilmuan yang tidak dibebankan kepada aspek
mencari keuntungan yang lebih kepada penyuburan ilmu yang perlu sebuah entiti baru, maka pada awalnya
Institut Terjemahan Negara ditubuhkan yang asalnya adalah Bahagian Penterjemahan
DBP. Institut ini bertanggungjawap untuk meneruskan usaha-usaha awal DBP untuk
menterjemah buku asing ke dalam bahasa Melayau atau karya tempatan kepada
bahasa asing dalam usaha untuk memandaikan rakyat.
Dalam kajian ini penulis telah memilih
Institut Terjemahan dan Buku Negara dalam meninjau kaedah kualiti terjemah yang
digunakan. Dalam perbualan dengan pegawai penilaian dalaman jabatan berkenaan
terdapat garis panduan yang digunakan namun ia adalah bersifat dalaman dan
tidak dapat didedahkan kepada umum. Penulis berpendapat adalah berguna
sekiranya adanya manual garis panduan atau kriteria yang perlu dipatuhi ini
dikongsi kepada umum terutamanya kepada penterjemah, jurubahasa atau penyunting
agar dapat membuat penilaian awal dari pihak penterjemah terlebih dahulu
sebelum menghantar cadangan manuskrip mereka kepada jabatan berkenaan untuk
dinilai.
Selain itu daripada maklumat yang
diperolehi daripada perbualan daripada pegawai berkenaan pendekataan terjemahan
dari sudut linguistik yang digunakan dalam penilaian terjemahan. Penilaian
mereka juga banyak melihat daripada aspek isi, bahasa, ejaan, tanda baca dan
tekstualiti seperti yang terdapat di dalam buku Gaya Dewan. Penulis membuat
kesimpulan bahawa mungkin sejarah awal penubuhan institusi ini adalah dari
serpihan Bahagian Terjemahan DBP pada suatu ketika dahulu dan perpindahan
kakitangan daripada DBP ke ITBN itu kebanyakannya adalah terdiri daripada
Pegawai Perancang Bahasa, mungkin inilah yang mendorong kepada penterjemahan yang digunakan lebih menekankan aspek
linguistik.
-
Walau
bagaimanapun menurutnya lagi dengan adanya panel-panel luar yang terdiri
daripada ahli-ahli akademik daripada instusi-institusi pengajian tinggi seperti
Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan
lain-lain yang mana pengkhususan mereka lebih khusus kepada bidang
penterjemahan dan bukan linguistik ia secara tidak langung membantu untuk
mempertingkatkan lagi kualiti penilaian dari masa ke semasa. Universiti Sains
Malaysia misalnya menawarkan program penterjemahan sepenuhnya diperingkat
Sarjana Muda dan Sarjana Pengajian Penterjemahan. Penilaian kelayakan
seseorangan penterjemah itu dapat dinilai latihan profesional yang
diperolehinya yang dipantau oleh ahli-ahli akademik sebagai panel luar yang
dilantik oleh ITBN.
Daripada temu bual itu juga institusi
ini melakukan penilaian amalan profesional menerusi pensijilan, terutamanya
sijil penterjemahan yang dikeluarkan oleh ITBN dalam menilai kelayakan
seseorang penterjemah. Antara latihan yang dikendalikan oleh ITBN yang terus
menjurus kepada terjemahan adalah latihan kursus yang dinamakan Latihan
Penterjemahan Am. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa iaitu selama
sepuluh hari, manakala secara sambilan pula akan diadakan pada hari Sabtu
selama sepuluh minggu. Latihan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan
pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan. Selain itu
terdapat juga kursus Latihan Bahasa dan Latihan Lain yang menekankan kursus
penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan. Dari aspek penilaian
kursus-kursus ini kepada penterjemah, penilaian tahap pencapaian akan
diserahkan kepada peserta setelah tamat program.
Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai satu
pakej untuk penerbitan buku umum yang dinamakan sebagai Penerbitan Berpekej
DBP. Tawaran ini terbuka kepada awam yang mahu penulisan mereka diterbitkan.
Borang tawaran ini boleh dimuat turun di dalam laman web DBP sendiri. Penulis
mempunyai pengalaman menghantar sebuah manuskrip yang mengumpul hasil-hasil
penulisan penulis yang pernah diterbitkan sebelum ini sama ada di dalam majalah
terbitan DBP, akhbar, katalog pameran dan juga di dalam blog. Oleh sebab tidak
mempunyai maklumat parimeter apa yang digunakan oleh ITBN dalam melantik
penterjemah dan penilaian yang digunakan, penulis menggunkan parimeter
perlantikan penulis daripada Tawaran Berpekej DBP (Lihat lampiran) sebagai
sandaran disebabkan ITBN pada suatu ketika dahaulu adalah sebahagian daripada
DBP. Antara parimeter perlantikan penulis dan syarat-syarat berdasarkan parimeter
di bawah:
i. Mempunyai
kelayakan akademik yang diiktiraf oleh kerajaan.
ii.Menulis
dalam bahasa Melayu. Penulisan dalam bahasa lain, seperti bahasa Inggeris dibolehkan bagi penulisan
bertemakan Malaysiana.
iii.Karya
mestilah karya asli. Tiada unsur plagiarisme.
iv.Manuskrip
mestilah disiapkan dalam tempoh kurang daripada enam (6) bulan (mengikut
bidang dan peringkat).
v.Manuskrip ditaip langkau dua baris, saiz teks 12 poin,
rupa taip Times Roma ataupun Arial.
vi.Manuskrip
dihantar dalam bentuk salinan lembut (cakera padat) dan salinanbercetak.
vii.Ilustrasi
hendaklah dihantar menggunakan CD-ROM ataupun JPEG.
viii.Penulis
bersedia memberikan kerjasama kepada penerbit untuk menyediakanilustrasi, membuat penambahbaikan manuskrip, menyemak pruf dan menyediakan indeks.
ix.Penulis
menghantar surat serahan manuskrip dan memperakui bahaw manuskrip
tersebut adalah karya asli penulis.
x.Penulis hendaklah menyertakan borang permohonan bersama-sama manuskrip yang dihantar ke DBP.
x.Penulis hendaklah menyertakan borang permohonan bersama-sama manuskrip yang dihantar ke DBP.
Penilaian dan
Kualiti Terjemahan Dermaga Seni dalam Alih Suara
Dermaga Seni Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Puan Hayati Yusof
untuk menyokong perkembangan yang semakin membangun terhadap permintaan
Kandungan dan Media di rantau Asia Tenggara. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam
industri media, Dermaga Seni menyediakan khidmat seperti penterjemahan, alih
suara dan suara latar. Selain daripada itu Dermaga Seni juga meneroka dalam
bidang produksi media, perolehan dan pengedaran dengan membina jaringannya di
sekitar Asia Pasifik. Dermaga Seni kini beroperasi di A-3-10 Setiawangsa
Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa , Kula Lumpur.
Tiga skop utama dalam penghasilan produk
dan perkhidmatannya iaitu penyediaan kandungan (content solution), penghasilan
produk (production solution) dan penghasilan lokalisasi (localization solution).
Pengkajian mengenai penilaian dan kualiti terjemahan ke atas Dermaga Seni lebih
memokuskan kepada skop yang ketiga iaitu penghasilan lokalisasi yang menyediakan
khidmat terjemahan, alih suara, pengurusan bakat dan rakaman produk. Daripada
ceramah yang diberikan oleh pengasas Dermaga Seni sendiri itu Puan Hayati Yusof
dan beberapa kakitangannya yang berkongsi pengalaman profesional industri
sempena Syarahan Jemputan: Penterjemahan dan Kerjaya di IPS USM, Kuala Lumpur.
Penglibatan Dermaga Seni dalam
penghasilan lokalisasi dijalankan secara langsung dan tidak langung dengan
memberi penekanan kepada pengurusan, teknikal seperti juruaudio, penterjemahan,
pengalih suara dan sebagai vendor atau klien untuk penyiar seperti Astro dan
HBO. Dalam pengalihan suara selain daripada dua syarikat penyiar tadi Dermaga
Seni mendapat permintaan untuk menterjemah dan mengalih suarakan drama-drama
Korea dan juga dokumentari. Menurutnya situasi semasa jika dibanding dengan
Malaysia dengan negara-negara jiran yang lain di Asia Tenggara seperti Thailand
dan Indonesia, 90 % program rancangan dalam penyiaran di negara berkenaan
adalah pengalihan suara. Sehingga kini hanya 20 % sahaja program tv di siarkan
di Malaysia dialih suarakan. Penilaian serantau ini menunjukkan bahawa
dinegara-negara berkenaan kerajaan yang memerintah mengamalkan ketegasan dan lebih
mengutamakan bahasa kebangsaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyatnya.
Oleh yang demikian pihak penyiaran mahu tidak mahu harus mengikut dasar dan
polisi yang ditetapkan.
Sungguhpun tiada garis panduan yang
standard di Malaysia dalam penterjemahan alih suara, namun kreteria atau
protokol dalaman yang dibuat oleh Dermaga Seni boleh dijadikan sebagai
sandaran. Dalam penterjemahan alih suara aspek yang di uji bahan-bahan yang
diterima daripada pemberi tugas iaitu klien iaitu skrip asal dan terjemahan
skrip alih suara. Pemilihan bakat juga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk watak. Pengalih suara yang sesuai akan menghidupkan watak yang
dibawa. Beliau menyarankan bahawa untuk mendapat kualiti yang baik 30 karakter
sebaiknya dibawa oleh 8 orang sahaja. Jika dibuat perhitungan seorang bakat itu
akan membawa 3 hingga 4 karakter di dalam satu-satu masa. Bagi proses pemilihan
bakat ini sesi-sesi ujian suara atau ‘pitching’
diadakan sendiri di studio Dermaga Seni.
Aspek yang dinilai tidak terhenti di
situ sahaja semasa proses rakaman skrip terjemahan alih suara perlu mengikut
gerakan bibir watak yang dilakonkan, bibiran atau lipsing ini hendaklah selari dengan percakapan watak.
Ketidakselarian bibiran akan menyebabkan penonton dapat melihat kesilapan dari
segi pengucapan watak yang tidak sekata. Di sini kreativiti diperlukan dalam
melakukan penyelesaian. Misalnya pendekatan terjemahan berlebihan hendaklah
dilakukan sekiranya hasil terjemahan skrip asal agak pendek jika dibandingkan bibiran watak yang masih
meneruskan percakapannya. Melalui proses pengadunan rakaman ini sendiri kita
dapat lihat banyak kesilapan yang akan diperbetulkan pada ketika itu juga dari
segi intonasi atau ujaran tinggi rendah nada suara sehingga juruaudio berpuas
hati pada kesan yang diinginkan.
Penilaian dan
Kualiti Terjemahan SDI Media dalam Sari Kata
Setelah enam belas tahun bertapak di
Malaysia SDI Media memberi khidmat penterjemahan sari kata dan alih suara
daripada pelbagai platform penyiaran dan produksi seperti Asto, BBC, Cartoon
Network, Discovery Channel, Sony Pictures, Sony AXN dan Universal. Namun SDI
Media tidak sunyi penilaian khalayak. Selama enam belas tahun di dalam
penterjemahan sari kata masih tiada lagi garis panduan kaedah penilaian yang
seragam oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini. Jadi ia menjadi
kesukaran kepada syarikat dan terpaksa menggunakan budi bicara sendiri dalam
menyelesaikan krisis, misalnya penggunaan
istilah sari kata seperti ‘babi’, ‘bodoh’ tidak boleh digunakan kerana
ia bersifat sensitif kepada penonton negara ini. Namun apa yang merunsingkan
beliau adalah istilah berkenaan pula boleh digunakan di dalam media cetak
seperti surat khabar, majalah dan lain-lain. Istilah ‘babi’ misalnya amat
sensetif bagai penonton Melayu beragama Islam, dan ia akan dipadankan dengan
‘khinzir’. Sungguhpun begitu menurutnya akan memberi kesan yang berbeza. Selain itu sekiranya
sari kata teks bahasa sumber menggunakan nama-nama di dalam kitab Injil, ia
tidak akan diterjemah dan digugurkan.
Selain itu penilaian dari segi bias pemilihan
istilah linguistik terjemahan sari kata yang juga menjadi isu. Penggunaan
bahasa Indonesia seperti ‘parkir’, ‘berpacaran’, ‘bercumbuan’, ‘kalian’, perlu
dihindarkan. SDI misalnya mendapat teguran daripada syarikat penyiaran daripada
negara jiran kerana menggunakan istilah ‘parkir’ dalam sari kata di
dalam rancangan televisyen di negara berkenaan. Sungguhpun istilah ‘parkir’
adalah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu ‘parking’ yang dalam bahasa Melayu bermaksud ‘letak kereta’ atau
‘letak kenderaan’. Mungkin penggunaannya secara meluas dan lebih ringkas oleh
rakyat negara ini dan negara jiran Indonesia yang menyebabkan istilah bahasa
sumber diguna pakai dalam penggunaan seharian. Istilah yang mudah dengan dua
suku kata iaitu (par+king) daripada 5 suku kata (le+tak, ke+re+ta) untuk ‘letak
kereta’ itu yang menyebabkan ‘parkir’ lebih mudah diterima. Walau bagaimanapun
mungkin di negara jiran yang tidak menerima istilah ‘parkir’ itu kerana latar
sejarah hitam silam yang antara kedua-dua negara yang menyebabkan sebarang yang
bersifat atau berciri keindonesiaan terutamanya jika dipancarkan oleh media
milik kerajaan pasti akan menaikkan sentimen.
Penulis membuat penilaian sendiri
mungkin disebabkan negara Singapura tidak menyertai MABBIM yang menyebabkan
bias lingustik ini terjadi. MABBIM iaitu Majlis Bahasa
Brunei-Indonesia-Malaysia yang merupakan badan kebahasan serantau yang
ditbuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di
ranatau ini. Sehingga kini negara Singapura masih menjadi negara pemerhati yang
menyebabkan tiadanya kesepakatan dalam menggunakan istilah untuk disalurkan
pemerintah.
Istilah Sumber
|
Istilah Indonesia
|
Istilah Brunei
|
Istilah Malaysia
|
road
parking
|
parkir jalan
|
letak kereta
jalan
|
parkir jalan
|
courtship
|
berpacaran
|
berpacaran
|
berpacaran
|
multiplication
|
kalian
|
Tiada
|
daraban
|
Istilah MABBIM
di dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP
Penilaian
linguistik tidak hanya berhenti sekadar itu, pemilihan bahasa yang salah pasti
akan mengundang kesalah tafsiran, misalnya istilah kata ganti nama. Istilah
kata nama kedua ‘mereka’ tidak boleh digunakan untuk haiwan. Kata ganti nama
‘aku’ dan ‘kau’ tidak boleh digunakan, ia handaklah diganti dengan ‘saya’ dan
‘awak’. Penggunaan istilah ‘ianya’ kepada suku kata yang lebih pendek kepada
‘ia’. Perkataan-perkataan yang kasar dalam terjemahan sari kata perlu dielak
untuk digunakan misalnya ‘bastard’
padanan ‘anak haram’ tidak sesuai digunakan untuk penonton di Malaysia
terutamnya oleh penonton muda kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku mereka
yang sedang meningkat dewasa. Manakala itu penggunaan pasangan ejaan yang
terkini pasti akan mendekatkan kefahaman pengguna sari kata terhadap apa yang
ditonton.
Bahasa sumber
|
Penggunaan
kata yang tidak sesuai/salah
|
Pengguanaan
kata yang sesuai dan tepat
|
I
|
aku
|
saya
|
you
|
kau
|
awak
|
he, she, it
|
ianya
|
ia
|
bastard
|
anak haram /
luar nikah
|
elipsis
|
pig
|
babi
|
elipsis
|
stupid
|
bodoh
|
elipsis
|
Penggunaan sari kata ganti nama diri dan kata nama yang salah
dan tepat oleh SDI Media
Kesimpulan
Daripada analisis penilaian terjemahan
yang dilakukan didapati bidang terjemahan di Malaysia tidak mempunyai satu
standard penilaian dan kualiti yang seragam dan sama. Penilaian dan kualiti
terjemahan di Malaysia masih lagi beroperasi mengikut skop tugas badan dan
syarikat masing-masing. Misalnya agak sukar untuk mendapatkan maklumat daripada
badan kerajaan seperti Institut Terjemahan dan Buku Negara ITBN jika
dibandingkan dengan pihak swasta seperti Dermaga Seni dan SDI Media. Kesukaran
mereka untuk berkongsi mengenai garis paduan ini daripada badan kerajaan ini mungkin
telah tertakluk kepada akta-akta penubuhannya yang termaktub sebagai sebuah
syarikat kerajaan, oleh yang demikian agensi ini agak keberatan untuk
mengedarkan secara terbuka sebarang dokumen yang dianggap sulit. Berbanding
dengan dua syarikat swasta yang dikaji dalam penilaian ini, pihak mereka agak
terbuka untuk memberitahu garis panduan yang perlu dipatuhi dari segi penilaian
dan kesilapan semasa menterjemah.
Sungguhpun paling terkini telah ada
persatuan yang ditubuhkan untuk membela dan memperjuangkan penterjemahan alih
suara dengan adanya Persatuan Seni Kreatif dan Alih Suara (Malaysia Creative Art and Voice Association) atau singkatnya MAVA
terhadap isu ini. Adalah baiknya sekiranya bidang terjemahan di Malaysia
mempunyai model yang seragam yang menjadi garis panduan kepada penterjemah dan
bakal penterjemah yang akan terjun ke dalam bidang ini agar sebarang kekeliruan
diantara penterjemah, majikan dan pelanggan dapat ditangani dalam suasana yang
harmoni. Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) dan Persatuan Penterjemah
Malaysia (PPM) boleh bukan sahaja menjadi payung kepada para penterjemah tetapi
juga sebagai badan yang paling berautoriti dalam mengariskan cadangannya kepada
kerajaan.
Rujukan:
Ezaleena
Mohd. Khalid. & Hasuria Che Omar, 2009. “Penilaian Terjemahan: Perbandingan
antara Terjemahan Bertulis dengan Terjemahan Audiovisual”. Dalam Hasuria Che Omar, Rokiah Awang, Syed Zainal
Ariff Syed Jamaluddin, Noriah Mohamed, (Ed.), Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan
dan Buku Negara.
Goh Sang Seong, 2009. “Kesalahan Bahasa Dalam
Terjemahan Nama Perniagaan Cina”. Dalam
Hasuria Che Omar dan Rokiah Awang, (Ed.), Persidangan
Penterjemahan Antarabangsa: Kelestarian Bidang Penterjemahan, Kuala
Lumpur, Persatuan Penterjemah Malaysia.
Hayati Yusof, Syarahan Jemputan: Penterjemahan dan Kerjaya
I – Dermaga Seni Sdn Bhd di Institut
Pengajian Siswazah, IPS USM, Kuala Lumpur, 5 Mac 2016.
House, J . 2013 (2009). Penterjemahan, Kuala Lumpur, Institut
Terjemahan dan Buku Negara, ms. 43-57.
Kussmaul, P. 2015 (1995). Melatih Penterjemah, Kuala Lumpur,
Institut Terjemahan dan Buku Negara, ms. 145-167.
Rokiah Awang, 2013. “Penilaian
Terjemahan”. Dalam Haslina Haroon dan
Hasuria Che Omar, (Ed.), dalam Asas
Terjemahan dan Interpritasi, Univerisiti Sains Malaysia, ms. 92-109
Tulisan yang menarik.
BalasPadam