Rabu, 18 Mei 2016

Pameran solo Faizal Sidik

FAIZAL berharap satu hari nanti beliau mampu mengadakan pameran di Muzium of  Modern Art (MOMA) atau Muzium Tate.

Oleh: Ahmad Syukran Zainuddin

Ahmad Syukran Zainuddin, “Pameran Solo Faizal Sidik”, Published by KOSMO!, 12 Dec 2006, page 29 (illustrated). (PDF)

Karya seninya banyak menerima perubahan sesuai dengan pengalaman dan kematangannya. Kini, Faizal sekali lagi tampil dengan pameran retrospektif solonya yang melibatkan sebanyak 50 buah hasil lukisan dengan durasi selama sedekad.


GRADUAN Jabatan Seni Halus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka -Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini nyata serius dalam kerja seninya. Memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah subjek berkaitan seni halus di Akademi Multimedia MTDC di Serdang Selangor, ia memberi peluang lebih luas kepada Mohd. Faizal Sidik, 28, ingin meneroka dunia seni ini dengan lebih mendalam.

Bakat seni Faizal dikesan oleh guru seninya sejak berada di sekolah lagi. Tidak mahu mensia-siakan anugerah itu, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke bidang berkaitan.

"Tamat pengajian di UiTM, saya diberi peluang untuk mengajar di UiTM Sri Manjung, Perak selama setahun sebelum berkhidmat di Akademi Multimedia MTDC bermula pada tahun 2002," katanya yang berpendapat kemahiran seperti melukis mesti sentiasa dilatih untuk memahirkan diri.

Biarpun sibuk sebagai pensyarah, Faizal tetap aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya pameran-pameran lukisan. Baginya, kesemua hasil kerja seninya yang dipamerkan dalam pameran diberi nama Pameran Solo Faizal Sidik: Drawing 1996-2006, bertempat di Galeri Akademi Multimedia MTDC ini ada motifnya.

Beliau mahu lukisan-tukisan tersebut menjadi satu pendedahan berguna kepada pelajar yangambiljurusan animasi, supaya mereka mengetahui cara melukis atau membuat figura dengan betul.

"Jika pelajar animasi tidak dapat melukis figura dari segi komposisi dan struktur yang betul, susah bagi mereka untuk kembangkan idea ke dalam komputer nanti," katanya, memberitahu pelajar sekolah di sekitar Lembah Kelang juga boleh datang untuk sama-sama belajar mengenai seni lukis dalam suasana tidak formal ini.

Di samping itu, Faizal menyifatkan pameran solo ini sebagai mengimbau kembali karya lukisan yang pernah dihasilkan, biarpun beliau juga banyak menghasilkan karya dalam pelbagai media seperti lukisan, catan dan seni area

"Lukisan bersifat spontan, anda boleh melukis di mana-mana sekali pun. Ia adalah cetusan idea tentang apa yang hendak kita lakukan. Dengan erti kata lain, lukisan berperanan sebagai satu medium yang mencatat atau mendokumentasikan idea.

"Saya membahagikan pameran ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama mengambil jarak masa antara tahun 1996 hingga tahun 2000 yang saya klasifikasikan sebagai proses pengkajian akademik yang berlatar belakangkan lakaran.

"Lakaran dalam tempoh ini perlu sebelum melaksanakan karya akhir yang memerlukan kajian melibatkan bahan, teknik dan peralatan. Selepas kaji, barulah boleh terjemahkan idea awal ke dalam satu bentuk karya," jelasnya.

Bahagian kedua pula adalah hasil karyanya dari tahun 2001 hingga tahun 2004 yang memperlihatkan beliau terkesan dengan isu-isu semasa seperti perang di negara Balkan dan Asia Barat. Peristiwa-peristiwa itu diluahkan ke dalam bentuk lukisan yang mengangkat imej kesan-kesan peperangan.

Faizal Sidik, Cause of the Fear ; Man’s Mask, Pencil acrylic on  paper, 37.4 cm x 26 cm, 2005.


Merasakan ilmunya masih tidak cukup  dengan hanya menerusi pembacaan dan praktis, Faizal telah melakukan perjalanan ke Eropah pada tahun 2004 yang sekali gus memberikannya idea-idea baru tentang persepsi dan pemahamannya terhadap seni.
Sementara kapya terkininya (tahun 2006) pula lebihT bersifat lukisan konseptual yang tidak mempunyai subjek, tetapi berdasarkan kepada rangsangan mata pelukis dan 'penontonnya*.

Karya-karya ini menggunakan pelbagai media termasuklah pensil, dakwat, arang dan media campuran. "Sekarang saya banyak menghasilkan lukisan. Identiti lukisan bergantung kepada pemikiran individu. Semakin banyak pengalaman atau berjalan, maka semakin banyak yang diketahui oleh seseorang pelukis.

"Akan datang, hasil karya saya lebih cenderung kepada seni konseptual iaitu bagaimana kita melihat karya itu memberi kesan kepada mata yang memandangnya. Maksudnya, apa yang dilihat pada karya, maka itulah yang ditafsirkan. Tidak ada cerita di sebaliknya, haKARYA Faizal yang menggunakan pelbagai media seperti pensil, dakwat dan arang. LUKISAN yang mengangkat motif kekejaman perang nya bermain dengan logik akal manusia," katanya, sambil menyatakan bahawa satu cakera padat interaktif multimedia yang dihasilkan oleh dua orang pelajar turut dilancarkan.

Sedekad berkecimpung dalam dunia eni, Faizal beranggapan daya apresiasi atau pemahaman masyarakat terhadap seni masih lagi rendah. Ini kerana di Malaysia, kita hanya belajar tentang seni setakat di sekolah dan ia terhenti selepas itu.

"Apabila seseorang masuk ke dalam bidang lain, seni akan ditinggalkan. Mereka tidak diajar bagaimana hendak melihat sesuatu karya, sedangkan ia ada metodologinya tersendiri," ujarnya.

 Faizal ada menghadiahkan hasil seninya kepada pihak tertentu untuk mengutip sumbangan. Selain itu, karyanya turut menjadi koleksi pihak pusat pengajian tinggi, galeri dan orang perseorangan.

Biarpun begitu,. anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini menyimpan cita-cita yang menggunung. Faizal ingin mengadakan pameran hasil seninya di Muzium of Moden Art (MoMA) di Amerika dan Muzium Tate di United Kingdom yang menjadi lokasi buat pencita seni dari seluruh dunia berkumpul.

Berbalik kepada pameran solo Faizal, sesiapa jua yang berminat boleh berkunjung ke galeri Akademi Multimedia MTDC secara percuma yang bermula sejak 15 November lalu dan berakhir 30 Disember ini. Waktu pameran pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Inginkan maklumat lanjut? Sila hubungi talian 03-8942 4626 atau layari laman web: www.multimedia.edu.my

Penerbitan Akhbar

Ahmad Syukran Zainuddin, “Pameran Solo Faizal Sidik”, Published by KOSMO!, 12 Dec 2006, page 29 (illustrated). (PDF)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan