Jumaat, 6 November 2009

Standard Cita Rasa

Oleh: David Hume (1757)

Terjemahan oleh: Faizal Sidik (2007- )


David Hume di lahirkan di Edinburg, Scotland dalam tahun 1711 dan meninggal dunia di bandar yang sama pada 1776. Beliau merupakan seorang diplomat dan ahli sejarah, namun beliau lebih dikenali dengan karya falsafahnya ‘A Treatise of Human Nature’, ‘An Enquiry Concerning Human Understanding’, dan ‘An Enquiry Concerning the Principle of Moral’. Kebanyakan hasil karyanya menumpukan sejauhmanakah peranan dimainkan oleh akal manusia dalam kehidupan ini. Hume berpandangan “kebolehan berfikir dan memahami adalah kuasa yang membangkitkan perasaan”. Dalam teori moralnya, Hume telah mengatakan; Beliau menjelaskan perbezaan dan pengadilan antara betul dan salah, baik dan buruk, bukanlah daripada kebolehan kita bertutur dan memahami tetapi ia adalah merasai. Apabila beliau memikirkan pula tentang seni, beliau cenderung mengambil pendekatan yang sama; iaitu apabila fikiran kita memikirkan perihal membuat pengadilan estetika, samalah sahaja apabila pengadilan terhadap moral, yakni berdasarkan pada perasaan seseorang. Seperti pernyataan yang biasa kita dengar “Keindahan itu sendiri tidak mempunyai kualiti tersendiri dalam memperihalkannya”, Ia hanya akan wujud apabila minda memahami maksudnya. Dan setiap minda akan mengerti akannya dalam keindahan yang pelbagai”, Keindahan kemudiannya, adalah milik mata yang melihat. Daripada apa yang Hume katakan itu, Maksudnya itu telah membawa kita kepada dua maksud di sini. Meskipun kita menganggapnya ‘Keindahan adalah daripada mata yang melihat’ mungkin. Beliau juga melihatnya sebagai kebolehan berfikir walaupun ada juga pengadilan estetik yang membuat kesilapan , ‘tidak masuk akal’ atau ‘mustahil’. Seperti yang diperkatakan oleh Hume, “Sesiapa sahaja akan mengatakan persaman antara berbakat dan bergaya samada Ogilby dan Milton, atau Bunyan dan Addison, akan memikirkan untuk melangkaui batasnya, daripadanya jika beliau mempertahankan pegangannya setinggi Tenerrffe, atau seluas tasik seperti lautan”. Dalam esei beliau yang berpengaruh Of the Standard of Taste (1757) adalah usaha beliau untuk mencari jawapan konflik kejadian itu umumnya. (Jika kita melihat, Kant juga mengambil pendekatan yang sama). Esei itu kemudiannya berusaha untuk menunjukkan bagaimana pengadilan estetik boleh berpangkal dari perasaan seseorang dan tidak ada satupun yang benar dan salah. Dalam mendalami usahanya itu, Hume membuat catatan fikiran yang tajamnya terhadap apa yang membuatkan kritikan itu satu sebagai kritik yang baik. Berhasil atau tidak dalam usahanya itu beliau sendiri telah nyatakan dalam esei ini, Tidak hairanlah Of Standard of Taste merupakan salah satu hasil penulisan falsafah seni yang sangat penting dan berpengaruh. (Nota kaki esei Hume telah dilakukan oleh editor, Eugene F. Muller)


1
Rasa mempunyai makna yang pelbagai, seperti juga sesuatu buah fikiran, dimana sememanganya bermacam-macam yang ada, tujuannya adalah untuk menaik perhatian2. Orang yang tidak berilmu pun boleh menyatakan pandangannya tentang perbezaan sesuatu rasa melalui pengetahuan yang diperolehi mahupun pengalamannya walaupun tidaklah setinggi mana. Walaupun dimana seseorang itu mendapat didikan samaada dibawah sebuah negeri yang sama dan pada awalnya juga akan ada perjudis iaitu prasangka yang sama. Namun sesiapa juga memperluaskan pandangan itu melangkaui bangsa dan zaman, ianya adalah sesuatu yang mengkagumkan terhadap ketidak sejajarannya dan ketidaksesuaian perihal rasa itu tadi. Kita akan dikatakan sebagai ‘biadap’ terhadap apa sahaja perbuatan yang berlainan daripada citarasa kita dan kefahamanan padanya. Namun kemudiannya akan pula memakan diri kita sendiri. Manakala keangkuhan dan kesombongan diri kita akhirnya itulah yang akan mengejutkan seseorang itu, yakni dengan melalui pengamatan sahajalah yang akan menyakinkan kita dalam semua segi, dan rasa ragu-ragu mahupun teragak-gak dalam membuat perbahasan terhadap pandangan atau sentimen, bagi memutuskan persetujuan perihal merasa.

2
Dalam kepelbagaian citarasa ini banyak menerangkan pertanyaan tentang yang tidak mempedulikan akannya, jadi adakah ia akan ditemui, melalui jalan menduga dan meneliti, supaya masih lagi berada dijalan yang nyata dalam memperlihatkan perihalnya. Sentimen ataupun perasaan manusia biasanya berbeza-beza dalam memperlihatkan perihalnya. Sentimen ataupun perasan manusia biasanya berbeza-beza dalam memerhatikan sesuatu itu samaada ianya indah ataupun tidak dai segala aspek, walaupun perbicaraan umumnya itu adalah sama sahaja. Terdapat sesetengahnya membahaskan dalam perbualan mereka untuk menyalahkan dan ada juga yang memuju-muji; dan mereka akan menggunakan bahasa yang sama, pasti akan bersetuju daripada aplikasi (pergunaan) ke atas mereka. Setiap suara bersatu dalam menunjukkan keelokkan, kesesuaian, kesenangannya, keberanian pendapatnya dalam membuat sangkalan, kepura-puraan, kedinginan, kebijaksanaan yang palsu: Namun apabila pengkritik datang untuk memperincikannya, maka datanglah sinarnya dan penemuan daripadanya, dari apa yang mereka letakkan pada awalnya sangat berbeza sekali makna apa yang mereka ekspresifkan (nyatakan). Dalam perkara yang bersangkuan dengan perasaan dan ilmu sains, iaitu dalam antara kedua-duanya: Perbezaan antara orang yang selalunya berbohong secara kasar mudah dikesan daripada yang berkata benar dan tidak berada di jalan realiti daripada perihal kehadirannya. Penerangan tentangnya biasanya berakhir dengan kontroversi dan bantah-membantah terhadapnya segera akan timbul, dimana mereka akan berbalah tentangnya, manakala orang dibawahnya akan bersetuju dengan penilaian itu.

3
Sesiapa yang mengatakan moraliti (kesusilan) pada perasaan yang bukan sahaja memberikan sebab-sebabnya, cenderung untuk memahami etika (akhlak) itu berada dibawah pengamatan, dan untuk menegaskan sebagai sesuatu yang benar, iaitu dalam segala hal, yang mana pertimbangan membawa menunjukkan jalan dan caranya, perbezaan antara manusia adalah yang paling jelas adaripada pandangan awal kemunculannya. Sungguhpun jelas pengarang dari negara manapun dan dari semua zaman akan bersetuju dalam menyatakan keadilan, perikemanusiaan, kemurahan hati, kebijaksanaan, kebenaran dan menolak nilai yang sebaliknya. Bahkan pemuisi dan penulis lainnya. dimana ciptaan mereka kebanyakannya adalah direncanakan oleh imaginasi, kini dapat dilihat daripada Homer sehingga ke Fenelon yang menanamkan berulang-ulang aturan moral, dan menyatakan kebenaran dan turut pada yang sama menolak kecacatan. Keunggulan kesepakatan berpunca daripada pengaruh alasan yang jelas; yang mana dalam kes ini, mengekalkan sentimen emosi yang sama kepada semua manusia, dan mengelakkan daripada berlakunya kontroversi, dimana sains yang abstrak itu akan dinampakkan. Jadi untuk melahirkan kebulatan suara yang mutlak, keterangan ini seharusnya diakui sebagai sesuatu yang memuaskan: Malah kita juga harus membenarkan sebahagian daripada tampak pada lahirnya harmoni dalam bermoral (berunsur pengajaran) akan dinlai supaya tidak menjadi sesuatu pernyataan umum. Perkataan kebaikan sering disebut-sebut, menandakan puji-pujian, yang menidakkan sifat-sifat buruk. Dan tidak seorangpun, tanpa menjelaskan dengan benar-benar dan melampaui kebiasaan, boleh menyatakan teguran terhadap apa yang maksudkan, dimana penerimaam umum difahami dianggap tanggapan yang baik; atau kurniaan yang harus dipuji, dimana mengungkapkannya memerlukan rasa tidak setuju. Homer sendiri memberi kata-akta nasihat, dimana beliau yang menyampaikannya, tidak mahu menimbulkan pertikaian; malah secara terang-terangan, apabila beliau mengambarkan sikap dan ciri–ciri keperwiraan yang ada pada Achillec dan sikap yang berhati-hati Ulysses, beliau menggabungkan sifat ganas yang sebelumnya
, dan kelicikan dan penipuan sebelumnya, daripada apa yang diperkatakan oleh Fenelon. Kebijaksanaan Ulysses terhadap puisi Greek dilihat keseronokan yang berpura-pura dan rekaan semata-mata, malah sering dipergunakan oleh mereka tanpa dipaksa-paksa atau juga tahu akan faedahnya: Sungguhpun begitu anaknya lebih berhati-hati, dalam penulisan cerita epic kepahlawanan Perancis, untuk mendedahkan dirinya sendiri didalam bahaya, daripada menyimpang dalam sempadan membuat kenyataan dan mengatakan kebenaran.

4
Penganut dan pengikut ( ) menyatakan dengan tegas tentang aturan-aturan moral yang baik dari mula hingga akhir didalamnya yang melulu dan pelaksanaan yang tidak munasabah. Bahkan apa yang dinyatakan dalam bahasa Arab, ianya selaras dengan Inggeris perihal kesaksamaan, keadilan, kesederhanaan (tidak minum minuman keras), kepatuhan, kemurahan hati, sentiasa menjaga lidah, hanya melihat perkara yang baik-baik; dan suruhan menentang kemungkaran, bukan sahaja melalui akhlak dan moral yang baik, malah dengan disampaikan, bagi mengingatkan mereka dengan hal demikian, disamping dengan pujian dan galakan. Namun adakah kita tahu, samaada ( ) benar-benar telah mencapai perasaan moral itu? Ayuh kita melihat naratif ini; dan kita akan temuinya kemudian, Ianya mengurniakan puji-pujian tentang kejadian penderhakaan, perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, kezaliman, membalas dendam, ketaksuban, sebagai sesuatu yang bertentangan masyarakat yang bertamadun. Tiada kayu ukur yang benar-benar dapat diperhatikan disitu; dan setiap tindakan samaada diberi celaan atau di puji, jadi samaada ianya akan mendatangkan manfaat atau sesuatu kepercayaan.

5
Menyampaikan kebaikan (merit) sebenarnya adalah aturan yang terdapat di dalam etika (tatasusila) sungguhpun hal-hal yang kecil. Tidak kira sesiapa pun yang menyokong kebaikan moral, sebenarnya tidak lebih dari yang membabitkan diri mereka sendiri kearah itu. Orang berkenaan, dikatakan mencipta perkatan belas ikhsan, dan penggunaan perkataan itu dilihat satu perasaan yang baik, menyemai kesedaran yang lebih jelas dan berkesan, kata-kata nasihat, penyayang, daripada kepura-puraan mana-mana penggubal undang-undang, yang mana seharusnya menyelitkan pepatah di dalam tulisannya. Dari semua pernyataan itu dimana, bersama-samanya mempunyai maksud yang lain, yang membayangkan samaada penalahan atau perkenankan, sekurang-kurangnya bertanggungjawab terhadap ketidakwajaran atau kesilapan.

6
Ianya merupakan sifat semulajadi kepada kita untuk mencari Standard Cita Rasa; iaitu peraturan, dimana terdapat pelbagai perasaan yang perlu diselaraskan oleh manusia; setidak-tidaknya, mampu untuk membuat sesuatu ketetapan, mengesahkan sesuatu perasaan, dan membuat penghukuman yang lain pula.

7
Hal itulah yang dikatakan sebagai falsafah. Dimana memangkas apa sahaja segala harapan untuk mencapai keberhasilan dalam sesuatu usaha kearah itu, dan menggambarkan ketidakmungkinan yang diperolehi daripada sebarang standard rasa. Perbezaannya, ia menjelaskan, jurang yang terlalu jauh antara pengadilan dan perasaan. Semua perasaan adalah betul; kerana perasaan adalah merujuk sesuatu yang tidak tercapai akannya, dan sentiasa pula benar, walau dimanapun menusia itu menyedari tentangnya. Namun semua penentuan kefahaman adalah tidak betul; kerana mereka perlu merujuk kepada sesuatu yang diluar jangkauan fikiran mereka sendiri, terhadap hal yang sebenar; dan sering sahaja tidak disesuaikan (konsisten) dengan standard. Di antara kebanyakan pendapatan yang berbeza-beza dimana perbezaan seseorang barangkali mungkin akan meraikan terhadap pokok perbincangan subjek yang sama, jadilah satu, dan akan tetapi satu itulah pula yang tepat dan benar, dan perkara yang sukar dilakukan adalah untuk menentukan dan memastikannya. Berlawanan pula dengan mempunyai banyak perasaan yang berbeza, yang telah dirangsang kearah satu objektif yang sama, itulah yang tepat: Kerana tiada perasaan yang mengatakan apakah benar-benar objektifnya itu. Ianya menandakan kepastian mengakui atau mempunyai hubungkaitan antara objek dan organ atau fakulti pemikiran; dan jika keakuran mengakui tidak benar-benar wujud, perasaan itu tidak mungkin ada. Keindahan tidak boleh menentukan sifatnya (kualiti) dalam pengertiannya sendiri: Ia wujud hanya didalam fikiran yang mana mencipta perenungan yang dalam terhadapnya itu (keindahan); dan setiap minda pemikiran pula memperlihatkan keindahan yang berbeza-beza. Seseorang itu mungkin juga dapat melihat ketidaksempurnaan, dimana yang lain merangsangkannya indah; dan setiap individu seharusnya bersetuju berkenaan dengan perasaan mereka itu, tanpa berpura-pura mengawalinya terhadap orang lain. Untuk mencari keindahan yang sebenar, atau kecacatan itu umpama pertanyaan yang sia-sia, seperti berpura-pura menyatakan sesuatu rasa itu sangat manis dan sangat pahit; dan pepatah atau peribahasa yang sangat wajar, dan diperlukan, untuk menjangkaui aksiom terhadap mental (tidak dibuktikan tetapi ternyata daripada pengalaman sebagai suatu pengalaman) yang diterima umum dan menjadi asas bagi sesuatu huraian, seperti jika berada di dalam keadaan yang sihat maka baik pula pada cita rasa; dan begitulah juga pancaindera, dimana ianya begitu bertentangan dangan falsafah, terutamanya dengan sifat ragu-ragu (skeptis), akan ditemui umpamanya untuk bersetuju dalam memberi pendapat dalam memutuskan sesuatu.

8
Namun meskipun hal ini aksiom (tidak dibuktikan tetapi ternyata daripada pengalaman suatu kebenaran), yang hanyalah sepintas lalu dalam pepatah, dilihat ianya mencapai mencapai persetujuan pancaindera; yang mana pasti merupakan spesis dalam pancaindera itu, yang menentangnya, sekurang-kurangnya berfungsi untuk mengubah dan mengawalnya. Sesiapa sahaja yang menyatakan persamaan genius dan elegen (anggun) antara Ogilby dan Milton, atau Bunyon dan Addison, akan memikirkan untuk mempertahankan tidak kurang juga untuk membiarkannya, daripada jika mereka menjaga mole hill menjadi sesuatu yang tinggi setinggi Teneriffe, atau tasik yang luas seperti lautan. Meskipun mereka akan bertemu dengan orang yang memberi keutamaan kepada penulis silam, tiada siapa akan memberikan tumpuan terhadap cita rasa; dan kita mengesahkannya, tanpa ada kayu ukur, kritikan yang berpura-pura menjadi tidak munasabah dan tidak masuk akal. Sifat normal prinsip kesetaraan rasa kemudian akan dilupakan sama sekali, dan apabila kita mengakui beberapa peristiwa, dimana objektifnya dilihat hampir dengan persamaan, ia menimbulkan paradok (bertentangan dengan pendapat umum) yang keterlaluan, atau yang dirasai kemustahilannya, dimana objektifnya tidak seimbang jika dibandingkan dengan yang lain.

9
Ini merupakan bukti bahawa tidak ada peraturan yang dilakukan yang ditetapkan melalui pertimbangan terlebih dahulu, atau boleh akan dihormati melalui keseluruhan pemahamannya yang abstrak atau tidak jelas, jika dibandingkan dengan idea-idea yang telah mereka terbiasa dan ketahui, yang mana sudah tertanam dan tidak berubah. Pembentukannya adalah sama dengan semua ilmu sains praktik, berdasarkan pengalaman; ataupun ianya adalah apa-apa sahaja yang berdasarkan pengamatan, berkenaan dengan apa yang terdapat secara umumnya atau seluruh di alam ini oleh seluruh negara dan pada setiap zaman, Kebanyakan puisi yang indah, dan walaupun dalam apa jua kepandaian sekalipun. Didapati sesuatu yang tidak benar dan bersifat rekaan, hiperbola, metafora dan penyalahgunaan atau ketidakwajaran keadaan gambarannya terhadap maksud yang sebenar. Untuk mengetahui kekuatan kebenaran dan ketepatan, ianya akan berbantah-bantahan dengan aturan kritikan; kerana ia akan membuahkan sesuatu, oleh pengalaman jagat daripadanya itu, yang didapati akan hambar dan tidak menyenangkan. Tetapi meskipun puisi tidak boleh menhujahkan kebenaran yang mutlak, kerana pengetahuannya dibatasi oleh aturan seni, yang diterokai oleh pelukis melalui kegeniusan atau melalui pengamatan. Jika berlaku sedikit kecuaian dan ketidakaturan yang dilakukan oleh penulis, mereka tidak akan digemari kerana telah melanggar kebiasaan dan ketetapan, kerana tidak berpuas hati terhadap perlanggarannya tadi: Mereka (penulis) perlu memasukkan semula sesuatu keindahan yang lain, yang mana dapat menyesuaikannya terhadap kritikan yang saksama; dan sesuatu keindahan yang lebih berdaya untuk menundukan sebarang teguran dan memberi lebih kepuasan untuk daripada rasa tidak senang yang akan menimbulkan cacat cela. Seperti yang dinyatakan oleh Ariosto, bukan dengan perasaan mengerikan dan cerita rekaan yang tidak dapat dibayangkan daripadanya, dengan kepelikan gabungan antara stail serius dengan komedi, dengan kemahuan untuk menghubungkan dengan ceritanya, atau dengan sentiasa menganggu naratif penceritaan. Beliau menarik perhatian dan menerangkan pernyataannya dengan bertanggungjawab dan keragaman dalam ciptaannya, dan dengan gambaran perasaan bersahaja yang membuak-buak, terutama perasaan kegirangan dan keberahian; Dan walaubagaimanapun kegelincirannya itu akan melunturkan kepuasan kita, ia tidak mampu secara keseluruhan untuk dihilangkan. Adakah kita benar-benar berpuas hati dengan sebahagian daripada sajak beliau; dimana kita mengatakan keseluruhannya itu, hal ini secara umumnya tidak dibantah untuk dailakukan kritikan (timbangan): Ia hanya akan dibantah deangan aturan khusus kritikan, dimana yang akan menentukan perihal kesalahannya itu, Jika mereka mendapati ia tidak bersalah, mereka tidak boleh disalahkan; lepaskan sahaja,apa yang telah dihasilkan, menjadi sesuatu tidak boleh diduga dan mampu untuk dijelaskan.

10
Namun berdasarkan aturan yang biasa seni didapati hanyalah berdasarkan pengalaman, dan pada pengamatan terhadap perasaan manusia a terhadap alam, kita mungkin tidak menjangkakannya setiap waktu, perasaan manusia akan dapat disesuaikan terhadap aturan. Sesiapa yang mempunyai emosi fikiran yang lebih halus adalah sangat lembut dan secantik alam semula jadi, dan ia memerlukan persetujuan dari pelbagai dokongan dalam memperihalkannya untuk membuat mereka bermain dengan kebolehan dan ketepatannya, berdasarkan keseluruhan dan prinsip yang membinanya. Paling tidak di luar gangguan yang datang secara tiba-tiba, atau di dalam keadaan yang tidak menentu, yang menganggu perjalannya, dan mengelirukan operasi terhadap keseluruhan mesin. Apabila kita membuat eksperimen kejadian ini, dan mencuba memaksa sebarang keindahan dan kecacatan, kita mesti memilih ketenangan dengan berhati-hati terhadap masa dan tempat, dan membawa keinginan itu kepada kesesuaian situasi dan fitrahnya. Ketenangan fikiran, tumpuan terhadap apa yang difikirkan, akhirnya akan menarik perhatian terhadap sesuatu objek, jika terdapat ketidaksampaian dalam hal ini, percubaan kita itu akan gagal, dan kita tidak mampu untuk mengadili keindahan menyeluruh dan universal. Perhubungan dimana berlaku secara tidak langsung ini telah mengantikan antara bentuk dengan sentimen, kepada suatu keadaan yang lebih samara, dan ianya amat memerlukan ketelitian dalam mengenal dan memahaminya. Kita mampu untuk mengetahui akan pengaruhnya itu sedikit daipada operasi setiap sesuatu yang indah, sebagai rasa kagum yang sementara, dimana yang terdapat pada sesuatu kerja, yang mana ianya akan terus menerus hidup dari sebarang mod cara dan fesyen yang sering sahaja berubah-ubah, juga dari sangkaan yang tidak berasas dan iri hati.

11
Begitu jugalah Homer dimana beliau begitu dialu-alukan di Athens dan di Rome lebih kurang dua ribu tahun dahulu, ianya samalah mengagumi Paris dan London. Apa yang berbeza hanyallah cuaca, kerajaan, agama dan bahasa, yang tidak mampu di lawan. Kekuasaan yang ada atau prejudis akan menjadi ikutan yang sementara sahaja kepada penyajak dan pemidato yang tidak bijak, namun reputasinya tidak akan berpanjangan dan disukai ramai. Apabila kendungan kendungan karangannya diperiksa dan diteliti oleh generasi yang seterusnya atau oleh orang luar, personanya (karya) itu akan hilang, dan kesalahannya jelas tampak kelihatan dari bayangan kebenaran. Bertentangan pula dengan, genius yang sebenar, yang mana karyanya dapat kekal bertahan dan lebih luas penyebarannya, dan ianya lebih ikhlas dikagumi oleh perasaan terhadapnya itu. Perasaan iri hati dan hasad dengki begitu banyak sekali di fikiran yang sempit, dan walaupun biasanya perkenalan dengan orang ini akan kurang mendapat pujian lewat persembahnnya itu. Namun apabila halangan ini disingkirkan, keindahan, yang mana biasanya dipasang dalam membangkitkan perasaan yang menyenangkan, secara tidak langsung akan memperlihatkan tenaganya, dimana kita akan merasai, dan juga memelihara kuasanya itu pada setiap fikiran kita.

12
Kemudian ia akan menampakkan, dipertengahannya tentang kepelbagaian dan ketidaktentuan rasa, dimana disitulah kepastian secara menyeluruh prinsip yang memberi kebenaran atau menolak, kepada sesiapa yang telah dipengaruhi oleh matanya akan lebih teliti dalam mengesani keseluruhan operasi pemikiran. Sesetengah bentuknya terlalu teliti atau berkualiti, daripada struktur bentukan yang paa mula-mula yang hanya merupakan rangka, apabila penilaian dilakukan, dan selain daripadanya adalah tidak disukai, dan jika mereka gagal dalam mengesani sebarang kejadian tertentu, ianya adalah daripada beberapa penjelasan tidak menyakinkan dan tidak sempurna di dalam organ bahagian tubuh. Seseorang yang dalam keadaan demam tidak akan mampu menyelerakan tekaknya begitulah juga kemampuan untuk membuat keputusan pada rasanya. Samalah juga apabila fikiran yang telah diracuni, berpura-pura dalam membuat sesuatu keputusan yang akan dicorakkan. Setiap penciptaan makhluk, ada yang dalam keadaan sempurna dan ada yang tidak, dan perkara yang lepas-lepas boleh diukuri sebagai kemampuan kita terhadap standard rasa yang sebenar dan perasaan antara manusia, dari situlah kita akan mengetahui idea tentang keindahan yang sempurna, dalam kata lain sebagai memunculkan tujuannya yang sebenar, mata seorang yang sihat, dinamakan mata yang betul-betul hidup dan tidak berada dalam bayangan kebenaran, walaupun mata bayangan ini mengakui ia hanyalah khayalan indera.

13
Banyak dan sering kali kegagalan organ dalaman tubuh badan, yang mana pengaruhnya secara umum dihalang dan dilemahkan, dimana bergantung kepada perasaan keindahan atau sebaliknya. Walaupun sesetengah tujuannya, daripada binaan struktur pemikiran, yang secara semulajadi apabila dibuat ukuran untuk memberikan kesukaan, ianya tidaklah mengharapkan pula, setiap kesukaan individu itu akan dapat dirasai bersama. Insiden dan situasi ini biasanya berlaku, dimana samada dilontarkan penerangan yang tidak betul terhadap tujuannya atau menghindari kebenaran daripada melibatkan imiginasi bayangan yang sebenar terhadap perasaan dan persepsi.

14.
Salah satu sebabnya yang jelas mengapa kebanyakan orang tidak benar-benar merasai sentimen perasaan keindahan, adalah kerana kehendak mereka terhadap kehalusan berimiginasi, yang mana seharusnya memberikan perasaan yang peka atau sensibiliti terhadap emosi yang lebih halus (indah). Oleh kerana kehalusan ini setiap orang akan berpura-pura padanya. Setiap orang bercakap tentangnya, dan secara tidak langsung akan menyebabkan standard terhadap cita rasa atau perasaan sentimenya rendah. Namun walaupoun maksud tulisan esei ini adalah untuk menerangi kefahaman pada perasaan sentimen, ianya lebih tepat dalam menyatakan ketepatan definisi terhadap kehalusan daripada cuba menyalahkan penjelasan yang ada kini. Dan tidak memberikan apa-apa falsafah yang ada sebagai sumber yang diperakui, kita seharusnya melihat semula daripada kisah penceritaan dalam Don Quixote.

15
Ianya adalah penjelasan yang baik, kata Sancho kepada tuan tanah yang mempunyai hidung yang cantik, dimana saya berpura-pura membuat pengadilan pada air anggur (wain): mutunya sejak turun temurun lagi dalam keluarga kami. Dua orang anak saudara telah dipanggil untuk meminta pendapat mereka tentang tong besar yang digunakan dalam mengisi minuman keras, dimana ia dikatakan paling baik, telah berada lama dan dalam keadaan yang baik semasa musim pemetikan buah anggur. Salah seorang telah merasainya, membuat pertimbangan dan selepas beberapa ketika merasainya iapun mengesahkan bahawa wain itu baik, bukankah ini hanyalah sekecil-kecil rasa yang hanya diketahui daripada kulitnya sahaja, apabila dia merasainya. Manakala seorang lagi apabila setelah menggunakan langkah yang sama, juga memutuskan keputusan yang sama pada rasa wain itu, namun apabila simpanan wain itu ditambah zat besi, dia boleh bayangkan bagaimana mereka kedua-duanya mempermain-mainkan penilaian mereka. Namun siapa akhirnya yang akan menyingkirkan sebarang keraguan dan prasangka ini? Pada tong kosong besar itu untuk mengisi minuman wain, ditemui pada sebelah bawahnya kunci yang diselaputi tali yang mengikatnya.

16
Persamaan dan keseimbangan antara cita rasa akal (mental) dengan tubuh badan (fizikal) mengajar kita dalam melihat penceritaan ini. Meskipun ianya menerangkan, keindahan dan kecacatan, manis dan pahit, ianya bukanlah merupakan mutu kualiti (nilai) dalam sesuatu objek, namun adalah datangnya daripada keseluruhan sentimen samada dalaman (internal) atau luaran (external); ia mesti membenarkan, yakni kepastian kualiti dalam objek, dimana sesuai dengan kejadian dalam menimbulkan perasaan yang tertentu. Kini kualiti sifat sesuatu benda ini boleh didapati dalam kadar yang kecil, atau akan dicampurkan dan dikusutkan antara satu sama lain, ia selalunya berlaku apabila rasa tidak lagi mampu mempengaruhi sesuatu yang melibatkan perasaan seseorang (pura-pura) dengan sekecil-kecilnya kualiti atau ianya tidak mampu untuk membezakan suatu cita rasa tertentu, di tengah keadaan yang begitu kacau dimana ianya terjadi. Dimana organnya sangat halus, sebagai yang membenarkan perihal yang tidak bermakna terlepas daripadanya, dan pada masa yang sama ia menuntut kita mengetahui akan setiap perlakuan yang wujud yang terkadung di dalamya. Ini kita memanggilnya sebagai kehalusan, dimana kita menggunakan istilah dalam cara perhubungan literal (dengan huruf) dan dengan menggunakan metafora (kiasan). Disini juga kemudiannya aturan umum tentang keindahan digunakan, yang diperolah daripada modal terbina daripada penjelasan tentang sesuatu yang disukai dan tidak di sukai apabila ianya terjadi dengan sendirinya dan dalam peringkat yang tertinggi; Dan jika kualiti yang sama, dalam menghubungkan susunan, dan dalam peringkat yang lebih rendah pengaruh kesannya bukanlah organ dengan perasaan yang mudah dan sukar untuk dirasai atau diketahui, kita tidak mensisihkan seseorang daripada mendapatkan hak kehalusan ini. Untuk menghasilkan aturan kasar ataupun mengakui corak susunannya, adalah seperti mencari-cari kunci dengan tali pada kulit, dimana ianya dikenal pasti melalui keputusan yang dibuat melalui ujian terhadap sanak saudara Sancho, dan hasilnya adalah amat mengelirukan dan merupakan keputusan yang dibuat-buat oleh mereka walaupun tong besar untuk mengisi air bir tidak pernah di kosongkan, rasa terhadap sesuatu itu masih lagi sedap rasanya dan rasa yang lain pula agak tidak menyedapkan dan tidak bertenaga. Namun ia sepatutnya menjadi lebih sukar untuk mengesahkannya lebih baik dari yang sebelumnya, dalam perihal menyakinkan kepada setiap orang yang mempertahankan pendiriannya itu. Dalam kata lain, walaupun keindahan dalam menulis tidak pernah mempunyai sistem aturan tertentu atau prinsip umum, walaupun tiada model yg terbaik yang diperakui, perbezaan taraf terhadap rasa seharusnya akan terus hidup, dan penilaian terhadap seseorang akan mampu di teladani oleh orang lain, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menutup kritikan yang buruk, kepada sesiapa yang sering membuat tentangan bangkangan dan ketidakpercayaan terhadap sesuatu sentimen, dan menolak untuk menyatakan sebagai seorang antogonis. Namun apabila kita melihatnya sebagai orang yang mengakui adanya prinsip seni, bilamana kita mengilustrasikan prinsip ini sebagai contoh, yang mana beroperasi daripada cita rasanya yang khusus, dia akan mengenalinya untuk menjadi lebih mampu untuk berlaku selaras dengan prinsip itu, apabila kita menyetujui bahawa prinsip yang sama seharusnya digunakan dalam perihal yang seterusnya, dimana dia tidak pernah melihat atau merasakan pengaruhnya itu, di mana kesilapan yang terdapat di dalam dirinya, dan dari situ dia mahu untuk menjadi lebih halus dan sensitif, dimana ianya merupakan keadaan yang menuntut beliau untuk menjadi lebih menyedari setiap keindahan dan setiap ketidakindahan, dalam apa sahaja ciptaan atau wancana.

17
Daripada apa yang diterangkan untuk menjadi sesuatu yang sempurna dalam setiap kederiaan atau fakulti pemikiran, untuk menganggapi dengan lebih tepat dalam setiap objek, tujuan dan membenarkan tanpa terkecuali tentang pernyatan dan pengamatan tentangnya itu. Tujuan objek yang lebih kecil adalah, dimana ia menjadi lebih merasai atau mengetahui akan matanya, kehalusan organ itu, dan apa yang lebih diberi ketelitian dan perapian adalah tentang pembuatan dan penciptaanya. Kecondongan terhadap sesuatu yang baik itu tidak dicubai dengan rasa yang kuat, tetapi dengan gabungan dariapada ramuan-ramuan yang kecil, dimana kita masih boleh merasai setiap bahagian itu. Meskipun begitu ianya tidaklah memberi butiran-butiran yang lengkap dan ianya mengelirukan dengan yang lain. Dalam kata lain, kepantasan dan ketajaman persepsi keindahan dan bukan sesuatu yang indah mesti menyempurnakan rasa pada pada mental kita, samada seseorang itu masih berpuashati dengan dirinya sendiri, apabila dia mengesyakinya, oleh yang demikian apa sahaja kebaikan atau kecacatan dalam perbincangan yang beliau terlepas pandang. Dalam kes ini kesempurnaan seseorang dan kesempurnaan dalam menyederiai dan merasai, akan ditemui bersatu. Kecenderungan yang paling halus, dalam banyak-banyak pekerjaan adalah, mungkin yang paling memberatkan kedua-dua antara manusia itu sendiri dengan rakannya yang lain. Namun perasaan keindahan yang bijak atau yang paling halus dan keseronokan yang paling murni, dimana kejadian manusia mudah dipengaruhi oleh perasaan. Dalam putusan ini sentimen perasaan semua manusia akan dipersetujui. Samaada anda boleh menentukan kehalusan cita rasa, ianya sudah pasti akan bertembung dengan kebenaran, dan cara yang terbaik untuk memastikannya untuk digunakan terhadap sesuatu model dan prinsipal, dimana dibangunkan dengan keseragaman persetujuan dan pengalaman negara dan zaman.

18
Namun walaupun ianya secara kejadiannya penuh dengan perbezaan, dalam perkara berkenaan dengan kehalusan, antara seseorang dengan yang lain, tiada kecenderungan yang lebih daripada amalan dalam seni yang tertentu, bentuk keindahan. Apabila objek terhadap apa jenisnya buat pertama kalinya dipertontonkan oleh mata atau imaginasi, sentimen perasaan yang terdapat didalamnya, adalah tidak jelas dan mengelirukan, dan fikiran adalah, dalam nisbah yang besar, tidak berdaya memutuskan kebaikan atau keburukan. Cita rasa ini tiak boleh dianggap sebagai sesuatu yang unggul dalam mempamerkannya, paling tidakpun membezakan sesuatu karakter yang tertentu kepada setiap keunggulan, dan penentuan kualiti dan tarafnya. Jika ianya diputuskan keseluruhan secara umum menjadi indah atau tidak indah, ianya sedaya upaya boleh diharapkan dan walaupun penilaian, seseorang, tidak diamalkan, ianya akan menjadi bahagian yang membebaskan ketidakpuashatian. Namun membenarkan beliau bukanlah sekadar membuat tanggapan sesuatu keindahan dan ketidakindah sahaja, tetapi membuat perbezaan setiap kualiti dan menetapkan persetujuan kesesuaian atau menidakkannya. Perasaan sentimen yang jelas dan nyata membawanya kepada keseluruhan pandangan terhadap objek, dan beliau akan dapat melihat ukuran sesuatu kebenaran atau sesuatu yg menyimpang, dimana setiap bahagaian secara amnya memerlukan kesesuaian padanannya untuk dihasilkan. Menghilangkan kekaburan, perlu dilihat terlebih dahulu dalam membuat tanggapan sesuatu objek. Organ (perkakasana tubuh manusia yang mempunyai tugas masing-masing) mencapai kesempurnaan dalam operasi ini, dan boleh memutuskan, tanpa rasa takut kepada kesilapan, merujuk kepada merit setiap perlakuan. Dalam kata lain, mempunyai matlamat dan kemahiran, dimana perlaksanaannya itu boleh dilakukan terhadap apa sahaja pekerjaan, ia juga dalam masa yang sama, boleh membuat penilaian dalam pekerjaannya itu.

19
Jadi ia merupakan sesuatu yang berguna dalam membolehkan kita melihat atau membezakan dengan jelas sesuatu keindahan itu, sebelum kita membuat penilaian terhadap sesuatu hasil yang dikatakan penting, walaupun ianya sesuatu yang diperlukan untuk mencapai sesuatu, ianya lebih merupakan perlakuan bersifat individu yang membawa sikap lebih teliti oleh kita, dan dilihat dalam perbezaannya menerangkan pertimbangan dengan berhati-hati keadaan ketidaktenteraman atau kekalutan akan di depani yang mana akan hadir bersama pembacaan awal terhadap apa sahaja karya, dan dimana ia mengelirukan dalam mencari sentimen keindahan yang sebenar. Hubungkait antara pembahagaian ini tidak diperlihatkan: Stail karakter yang sebaenar adalah kurang diberi perhatian. Hanya kesempurnaan dan ketidaksempurnaan, yang disaluti oleh kekaburan, dan kemudiannya ianya sendiri agak samar-samar untuk diimaginasikan. Ia tidak dikatakan sebagai sesuatu yang indah, dimana ia sebagai hiasan dan superfisial (tidak mendalam, cetek, dangkal) , pada mulanaya, namun ia akan bertemu dengan sifat yang berlawanan dengan ekspresi curahan samaada sesuatu penerangan atau hasrat, yang kemudiannya akan membosankan sesuatau rasa, dan setelah itu akan jatuh dianggap dan dipandang rendah, paling tidakpun arasnya lebih rendah daripada sesuatu nilai.

20
Ada satu kemustahilan untuk menghubungkan perlakuan membuat tanggapan terhadap sesuatu yang indah, tanpa seringkali merujuk kepada bentuk perbandingan antara sesuatu itu dan tingkat kebaikkannya, dana ukuran ciptaanya dengan yang lain. Seseorang yang tidak mempunyai peluang dalam membandingkan perbezaan tentang sesuatu yang indah, walaupun ia secara amnya dia tidak layak untuk mengeluarkan pendapat terhadap apa sahaja objek yang dipersembahkan kepadanya. Dengan cara perbandingan itu sendiri kita boleh membuat penetapan untuk bersetuju atau menidakkan, dana belajar bagaimana untuk menentukan setiap tingkatnya . Kerendahan atau kurang bermutu akan terpalit pada kilauan warna dan akan menyerlahkan lagi kepalsuan, yang mana jauh dari keindahan, dan akan dipengaruhi oleh petani atau orang Indie dengan penuh rasa kagum. Balada kebiasaan ini tidak memiliki atau mempunyai keharmonian, atau sifat tertentu, samaada berkaitan dengan seseorang, dalam memberi kefahaman ketinggian sesuatu yang indah, yang
Akan menampakkan kekasaran atau jalan cerita yang tidak menyenangkan. Kerendahan sesuatu yang indah akan menyedihkan seseorang yang mahir dalam sesuatu itu dalam kepandaiannya, dan daripada alasan tersebutlah terciptanya ketidakindahan: Sebagai objek yang penuh dengan kesempurnaan, yang mana kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya, secara amnya dan untuk dinamakannya sebagai persetujuan yang diperakui kebenarannya. Sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk melihat, dan menguji, dan memandang berat terhadap perlakuan dalam memandang dengan penuh rasa kagum dalam perbezaan zaman dan negara, boleh dengan sendirinya membuat penilaian merit karya yang di persembahkan pada pandangannya, dan dalam menentukan tahap yang sebenarnya penghasilan seorang yang genius.

21
Namun untuk membolehkan pengkritik lebih benar-benar terlaksana berlaku dalam pengambilalihaan ini, beliau mestilah memelihara fikirannya dari segala prejudis dan tidak membenarkannya memasuki pertimbanganya dalam fikirannya itu, namun perkara yang amat perlu dihindari adalah apabila ianya tunduk terhadap penilaian itu. Kita mesti mengangap setiap hasil seni, dalam hal untuk menghasilkan kewajaran kesannya terhadap fikiran, perlu dilihat sebenarnya sebagai pandangan atau pendapat dan bukan suka akan terhada seseorang itu, apa-apa pun situasinya, samaada benar atau imaginasi, itu bukanlah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh yang dipertunjukkan. Ahli pidato menumpukan perhataian ucapannya sendiri kepada audien, ia perlu mengetahui beliau benar-benar genius dalam bidang itu, minat, berpengetahuan, ghairah dan prejudis, dalam kata lain dia mengharap untuk mempengaruhi sesuatu resolusi atau membuat ketetapan dan merangsangkan pengaruhnya. Seharusnya mereka perlu dihiburkan sedikit sebelum terlebih dahulu diberikan hal itu, walaupun ianya tidak ada kena mengena, dia mestilah tidak terlepas pandang dalam hal ini, namun sebelum beliau memasuki sesuatu subjek, dia mestilah berusaha menawan hati atau memujuk dengan pengaruh yang ada, dan menunjukkan gaya atau gerak geri yang menarik. Pengkritik yang berlainan zaman dan negara, yang mana membuat penelitian dalam wancana ini, mestilah memerhatikan keterangan ini dengan matanya, dan mestilah meletakkan beliau sendiri dalam keadaan yang sama sebagai audien, dalam kaedah membentuk penilaian sebenar terhadap sesuatu pidato. Dalam kata lain, apabila apa-apa sahaja karya itu ditujukan kepada orang ramai, dan walaupun saya seharusnya menjadi kawan atau musuh kepada pengarang, saya mesti membebaskan diri daripada situasi ini, dan mengangap diri saya sendiri sebagai manusia umumnya, melepaskan, semungkin boleh, sifat keindividuan saya dan sifat yang saya ada sekarang. Seseorang yang dipengaruhi oleh sifat prejudis, tidak akan bersetuju dengan keadaan seperti ini, namun ia tetap juga dengan asalnya itu, tanpa menempatkan dan meletakkan dirinya dalam pandangan seperti itu, yang seharusnya ditonjolkan. Jika karya itu ditujukan kepada orang yang dalam berlaian zaman dan negara, beliau tidak akan mempertimbangakan sesuatu pandangan itu dan prejudis, namun dengan penuh rasa tengungjawab terhadap zaman dan negaranya, dengan terburu-buru akan menyalahkan apa yang dilihat sebagai sesuatu menarik perhatian matanya, terhadap sesiapa yang menimbang-nimbang untuk membincangkan sebab-sebabnya. Jika sesuatu penghasilan dilakukan untuk orang awam, dia tidak akan membesar-besarkan kefahamanannya itu, atau melupakan terus minatnya sebagai kawan ataupun lawan, sebagai penanding atau pengkritik. Hal disini bermaksud, sentimennya telah disalahgunakan, samaada ianya indah ataupun buruk adalah sama bagi dirinya, sebagaimana jika beliau menganiyai imaginasinya, dan melupakan akan dirinya yang sebenar sebentar. Rasanya jauh sekali daripada membuktikan berasal daripada standard yang diakui, dan yang paling penting kehilangan kepercayaan dan autoriti.

22
Ia akan lebih dikenali, yakni dalam semua persolan, yang diperbincangkan untuk difahami, prejudislah yang akan merosakkan kebaikan yang ada dalam penilaian, dan menyalahgunakan semua operasi perjalanan kebolehan kuasa intelektual. Ianya bukan sekadar bertentangan dengan cita rasa yang baik, malahan ia merosakkan atau mengotorkan (korup) sentimen pada keindahan. Ianya adalah datangnya daripada keinderaan yang baik sebagai kawalan yang mengesahkan betul atau tidak kedua-dua hal, dan memandang hormat perihal ini, sebagai mana lain-lain perkara, alasannya adalah, walaupun ianya bukan bahagian yang semestinya adalah dalam rasa, ianya sekurang-kurangnya merupakan sesuatu yang dituntut untuk menggerakkan kebolehan (kuasa kecekapan) dalam membuat sesuatu itu pada kemudiannya. Dalam semua perkara yang meninggikan sesuatu yang genius itu, di situ terdapat kebersamaan dan persesuaian pembahagian, yang boleh jadi indah atau tidak indah yang dirasai olehnya, kepada sesiapa yang diajar untuk tidak berpuas hati dalam meluaskan ruang lingkupnya dalam memahami sesuatu perkara, dan membandingkannya dengan yang lain, dalam kata lain, untuk mengetahui keadaan konsisten dan keseragaman seluruhnya. Setiap karya seni juga mempunyai sesuatu yang ingin digambarkan atau disampaikan, untuk ditimbang-tara , dan untuk dipercayai akannya ataupun tidak, adakah samada ianya adalah wajar atau tidak wajar diakhirnya. Objektif utama dengan adanya kelancaran ketetapan ini adalah memberi keyakinan, mengkisahkan pemberitahuan tentang sesuatu dalam penulisan puisi adalah terciptanya untuk mengambarkan sesuatu hasrat cita-cita atau imiginasi. Di akhirnya ia diharapkan dapat menyedarkan apa yang kita lihat , apabila kita membaca dengan berhati-hati dan teliti apa sahaja yang dipersembahkan, dan kita haruslah mampu untuk penghakiman seberapa jauh maksud yang ingin disampaikan daripada pengadaptasiannya itu. Bukan sahaja terhadap komposisi susunnya sahaja, malahan juga kepuitisannya itu, tidak memberi makna apa-apa sebaliknya adalah merupakan rentetan persoalan dan taakulan, walaupun disamari oleh warna-warna imaginasi orang yang memperkenalkan puisi tragedi dan epik, mestilah memberikan penaakulannya, pemikirannya, dan perasturannya, dan perlakuannya sesuai dengan karakter dan keadaannya, dan tanpa penilaian, yakni melalui penglahiran citarasa dan penciptaan, pemuisi tidak boleh mengharap untuk mencapai apa yang dimahukan. Bukan untuk mengatakan, ianya adalah pencapaian yang sama oleh kuasa pemikiran dimana ia memberi sumbangan dalam mempertingkatkan lagi hujahan, pengertiannya tidak meragukan, pernyataanya adalah benar, tidak menimbulkan kesalahfahaman, adalah sebenarnya kearah menuju pengecapan rasa yang sebenar dan ia seiring apa yang dikatakan sebagai kejujuran. Adalah sukar untuk mengatakan atau adalah sukar untuk berlaku, pada kederian manusia yang mana apabila ia menghayati sebarang seni seseorang itu tidak boleh membuat penghakiman tentang nilai keindahannya itu, dan jika ia ada pada seseorang itu ianya tidak lebih hanyalah seolah-olah kita bertemu dengan orang yang mempunyai cita rasa tanpa memahami apa yang dirasainya itu.

23
Oleh itu, walaupun prinsip-prinsip cita rasa menjadi universal, dan hampir, jika tidak keseluruhan, sama dalam semua manusia; namun hanya sebilangan sahaja yang berkelayakan dalam membuat pertimbangan terhadap sebarang kerja seni, atau membina sentimen mereka sendiri sebagai standard keindahan3. Sensasi organ-organ dalaman adalah jarang sempurna untuk membenarkan prinsip-prinsip umum yang ditunjukkan sepenuh olehnya, dan menghasilkan satu perasaan persetujuan terhadap prinsip-prinsip itu. Mereka sama ada memberikan keterangan dengan panjang lebar terhadap kecacatan, atau merendahkan sesuatu itu dengan mengusutkan; dan untuk memaksudkan, membangkitkan satu sentimen, yang mungkin jelas salah. Apabila pengkritik tidak mempunyai kehalusan, beliau menghakimi tanpa ada apa-apa sesuatu keistimewaan yang membezakannya dengan yang lain, dan ia hanyalah suatu ketidakjujuran daripada sifat mutunya yang rendah dan yang wujud daripada kualiti-kualiti terhadap sesuatu perkara: sentuhan yang halus adalah melalui tanpa disedari dan terbiar. Di mana beliau bukan dengan kepandaiannya, pendapat yang diberikan adalah diiringi dengan kekeliruan dan keraguan. Di mana tiada perbandingan yang boleh dilakukan, tidak bersunguh-sunguh atau serius terhadap sesuatu kecantikan, seperti melebihkan merit atas nama kecacatan-kecacatan, adalah merupakan objek kekagumannya. Di mana beliau berbohong yang dipengaruhi oleh prasangka, semua sentimen-sentimen bersahajanya adalah sumbang. Dimana deria rasa yang sebenarlah yang dimahukan, beliau tidak berkelayakan untuk melihat reka bentuk dan taakulan terhadap kecantikan, yang mana merupakan kewujudan tertinggi dan paling cemerlang. Kerendahan atau kesilapan ini, adalah merupakan secara umumnya sering lahir daripada orang kebanyakan; dan oleh itu hakim yang sebenar dalam menghalusi kesenian adalah dengan melakukan observasi, walaupun terhadap zaman-zaman yang paling halus keindahannya, adalah ciri-ciri yang sangat jarang didapati: Mempunyai deria rasa yang kuat, bersatu dengan sentimen halus, ditambah dengan amalan praktis, disempurnakan melalui perbandingan, dan bebas daripada semua prejudis, dengan sendirinya berhak membuat kritikan terhadap ciri-ciri perlakuan yang bernilai ini; dan keputusan atau pendapat yang diberikan selepas diuji dan diperiksa, walau di mana sahaja ianya ditemui, ia adalah merupakan standard cita rasa dan keindahan yang sebenar.

24
Namun dimanakah kita hendak mencari pengkritik yang sebenar? Dari segi apakah kita boleh mengenalinya? Bagaimanakah untuk membezakannya daripada penipu? Persoalan inilah yang sangat sulit untuk diketahui, dan dilihat seolah-olah mengembalikan semula kepada keraguan, seperti yang diperkatakan dalam esei ini, yang mana kita telah berusaha untuk mencari jalan keluar.

25
Namun jika kita merenung perkara ini dengan betul-betul, persoalan ini adalah fakta, bukannya sentimen. Samaada seseorang itu mempunyai deria yang baik dan imaginasi yang tinggi, bebas daripada prejudis, selalunya merupakan satu pertikaian, yang memungkinkan perbincangan daripadanya. Namun ia merupakan satu sifat yang seharusnya dinilai dan patut dihormati sebelum dipersetujui oleh semua orang. Dimana keraguan ini berlaku, seorang itu boleh melakukan tidak sekadar membincangkan akannya, dimana perbincangan akannya itu akan membawa kefahaman. Mereka akan menghasilkan perbicaraan yang lebih baik, sebagaimana apa yang mereka hasratkan terhadapnya itu, mereka mesti menyatakan kebenaran dan menentukan standard kewujudannya dimana-mana, untuk memberitahu kewujudannya dan perkara yang sebenar, dan mesti mempunyai kebolehan yang mendalam untuk membezakan mereka daripada mencapai standard ini. Hal inilah yang akan membolehkan hasrat itu akan tercapai, jika kita dapat menunjukkan, yakni cita rasa semua individu itu tidak semuanya sama sahaja, dan tidak juga sama untuk sesetengah orang umumnya walaubagaimanapun adalah sesuatu yang sukar khususnya untuk menentukan sesuatu itu, agar ianya dianggap sesuatu sentimen yang universal seperti yang dinyatakan.

26
Namun realitinya sukar untuk menemui apa yang dikatakan standard cita rasa, jika ianya tidak dipersembahkan dengan baik. Walaupun secara andaian-andaian, kita seharusnya mengakui yang pastinya bahawa ia adalah batu ukuran dalam sains yang menolak sentimen (perasaan). Hal ini dilakukan dengan lebih sukar dalam mencari bukti dan kebenaran akannya nanti. Teori falsafah yang abstrak, sistem ilmu ketuhanan (teologi) yang mendalam telah berlaku pada sepanjang satu zaman: Dalam zaman kegemilangan, ianya telah digunalan secara umum: Perihal ketidakmunasabahan tentangnya dapat dikesani: Teori dan sistem ang lain telah mengantikan tempatnya yang mana kemudiannya akan digantikan pula pada tempatnya oleh yang lebih berjaya: Dan bukan dari pengalaman (sentimen) yang akan merevolusikan apa-apa peluang dan keragaman (fesyen) dalam membuat sebarang keputusan pada sains. Perkara ini tidak sama dengan keindahan pada kefasihan (sastera) dan sajak.Hanya ekspressi (perasaan) yang ingin dicapai dan sudah tentu kebaikan daripadamya, untuk seketika waktu ianya , mendapat perhatian dan dihargai oleh orang ramai, dan berterus-terusan. Aristotle dan Plato, Epicurus dan Descartes, telah berjaya menghasilkan antara satu sama lain: Namun Terence dan Virgil menegaskan sifat universal, mengelakkan pertikaian keraguan di difikiran manusia. Falsafah abstrak Cicero telah tidak dihargai lagi.Hanya kerap beribadat di tempat peribadatan telah tidak dikagumi oleh masyarakat

27
Bagaimanpun manusia jarang merasai cita rasa yang halus, mereka adalah dengan mudah dapat dibezakan dalam masyarakat dengan ketidakpekaan mereka terhadap sesuatu gambaran, dan keunggulan fakulti-fakulti mereka yang lain ke atas manusia. Kekuasaan, yang mereka perolehi, seringkali berlaku dalam kerancakan memberikan pengesahan, dengan mereka menerima apa sahaja penghasilan pada genius, dan menjadikan ia umumnya lebih berpengaruh. Kebanyakan manusia, apabila meninggalkan diri mereka sendiri, hanya mempunyai sebuah persepsi yang lemah dan wasangka terhadap keindahan, yang mana ia berupaya dalam menikmati sesuatu kehalusan yang diketahui oleh mereka. Setiap perubahan kekaguman terhadap penyajak atau pemidato yang sebenar adalah disebabkan oleh beberapa penukaran yang baru. Dan walaupun prasangka-prasangka itu boleh di atasi dalam sesuatu masa, mereka tidak akan bersepakat dalam merayakan mana-mana saingan untuk genius yang sebenar, namun hasil akhirnya adalah untuk memberikan perubahan yang besar pada sifat dan pengadilan pada sentimen. Oleh itu, walaupun sesebuah negara yang bertamadun boleh dengan mudah salah membuat pilihan ahli falsafah yang mereka kagumi, mereka tidak pernah didapati membuat kesilapan yang berpanjangan, dalam kesukaan perasaan membuat pilihan terhadap pengarang epik atau pengarang tragik.

28
Namun walaupun semua usaha-usaha kita untuk menetapkan suatu standard cita rasa, dan menjadikan perselisihan pengertian bagi manusia, ianya masih didapati mempunyai dua perbezaan, yang mana sesungguhnya tidak memadai untuk semua sempadan-sempadan keindahan dan kecacatan, tetapi akan sering berkhidmat menghasilkan satu perbezaan dalam tingkat persetujuan atau penolakan kita. Salah satu ialah perbezaan keadaan tertentu seseorang manusia; selain, kelakuan sosial dan pendapat-pendapat zaman dan negara kita. Prinsip-prinsip umum cita rasa adalah seragam dalam sifat manusia: Di Mana manusia berbeza-beza daya penilaian mereka, sesetengah kecacatan atau penyalahgunaan fakulti-fakulti boleh dilihat sebagai; kelakuan sama ada daripada prasangka, daripada tindakan yang hendak dilakukan, atau mahu sesuatu yang sedap: dan ia hanyalah alasan untuk mengesahkan sesuatu cita rasa, dan mengutuk yang lain. Namun di mana terdapatnya kepelbagaian dalam rangka dalaman atau situasi luaran adalah sebagai suatu yang sama sekali tidak boleh dipersalahkan di kedua-duanya, dan tidak meninggalkan ruang untuk memberi satu keutamaan ke atas yang lain; dalam hal ini beberapa peringkat tertentu kepelbagaian dalam pertimbangan adalah tidak dapat dielakkan, dan kita hanyalah mencari satu standard piawaian yang sia-sia, yang mana kita boleh menerimanya dengan sentimen-sentimen yang bertentangan.






29
Lelaki muda, lebih menyukai imej yang berbau asmara dan kelembutan, daripada orang lelaki yang lebih dewasa, yang mempunyai kecenderungan memilih kebijaksanaan refleksi daripada falsafah, mengenai cara melakukan sesuatu kehidupan dan kesederhanaan minat yang mendalam. Pada umur dua puluh, Ovid mungkin pengarang pilihan; Horace pada umur empat puluh; dan mungkin Tacitus pada umur lima puluh. Akan sia-sia sahaja kita, dalam hal-hal seperti itu, berusaha untuk terlibat dengan sentimen orang lain, dan membuka diri kita sendiri bagi kecenderungan yang semulajadi pada diri. Kita memilih pengarang yang menjadi pilihan kita sebagaimana kita memilih kawan kita, daripada satu persamaan keadaan hati dan kecenderungan. Keriangan atau keghairahan, sentimen atau pernyataan fikiran; yang mana sering mempengaruhi di perasaan hati kita, ia membuatkan kita berasa simpati khusunya dengan penulis yang mirip dengan kita.

30
Seseorang yang lebih suka dengan suatu yang mengagumkan; kemusnahan; dan perbuatan celaan. Suatu yang mempunyai sensibiliti yang kuat terhadap kecacatan, dan ia benar-benar teliti terhadap suatu yang tidak benar: Satu lagi perasaan yang lebih aktif terhadap keindahan, dan memaafkan kesilapan-kesilapan yang mustahil dan kecacatan untuk meninggikan atau menyedihkan. Telinga orang ini adalah dengan seluruhnya dialihkan ke arah perasaan seseorang dan daya kekuatannya; bahawa orang itu adalah berasa suka dengan suatu yang sangat banyak, amat mengembirakan, dan selaras dengan ekspresi air muka. Kesenangan adalah terlibat secara langung; ditambah pula dengan suatu yang menghiasinya. Komedi, tragedi, satira, syair pujaan, masing-masing mempunyai pengikut, yang menyukai jenis penulisan tertentu kepada orang lain. Ia adalah dengan jelas satu kesilapan bagi seorang pengkritik, untuk membataskan persetujuan untuk satu jenis atau gaya tulisan, dan mengutuk semua yang lain. Namun ia adalah suatu yang mustahil untuk tidak berasa suka pada suatu yang istimewa sesuai dengan minat yang tertentu dan kecenderungan kita. Kesukaan adalah tidak bersalah dan tidak dapat dielakkan, dan tidak dengan munasabah untuk dijadikan objek pertikaian, sebab ketiadaan standard yang mana mereka boleh putuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan