Jumaat, 6 November 2009

Permasalahan dalam Melihat Karya Seni: Kebenaran dan Pengetahuaanya


Oleh: Faizal Sidik


Faizal Sidik (2006), 'Permasalahan dalam Melihat Karya Seni: Kebenaran dan Pengetahuannya' Risalah Seni Tampak (SET) , Jil 1, Bil. 2  Ogos , Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.






Penulisan ini menumpukan perhatian terhadap permasalahan perhubungan komunikasi dalam melihat karya seni, ia lebih menjurus bagaimana melihat hasil karya seni dalam berperanan dalam mewujudkan nilai-nilai ilmu dan kebenarannya. Disini saya akan membezakan antara kategori audien dan pilihan untuk melihat imej mereka.

Apabila ke galeri atau muzium seni audien mungkin seringkali berhadapan dengan permasalahan bagaimana untuk untuk memahami karya yang dihasilkan oleh pengkarya atau pelukis. Permasalahn ini timbu bukan sahaja audien tidak memahami pa yang dilukis oleh pelukis tetapi pelukis juga kurang memahami apa yang dihasilkannya. Hal ini bukan sahaja menjadi tanda soal kepada audien yang hadir ke sesebuah pameran malah kepada masyarakat umum yang mencapai berita akannya. Permasalahan ini juga menyebabkan kekacauan interaksi bukan sahaja antara audien dengan karya malah juga dengan pelukis . Pelukis menghadapi dilemma bagaimana untuk memindahkan ideanya keatas karya.

Audien yang terpinga-pinga melihat karya pelukis itu mungkin telah biasa didedahkan oleh pelukis sebelumnya dangan penghasilan yang bersifat pengambaran dan representasi yang mempunyai imej-imej yang mudah dikenali oleh audien. Kekacauan ini mula akan timbul apabila audien berhadapan dengan penghasilan yang bersifat separuh pengambaran atau imej yang samar-samar dan yang paling menjadi kepelikan kepada audien adalah penghasilan tanpa ada apa-apa imej yang boleh dikenali olehnya berbanding dengan 2 kategori awal tadi. Penghasilan separuh dan tanpa ada apa-apa pengambaran inilah yang biasanya yang mewujudkan permasalah kepada audien untuk mencapai ‘hasrat’ mereka iaitu melihat karya. Hasrat yang mereka inginkan itu tidak sampai ke dalam pemikiran mereka disebabkan ketidakfahaman maksud yang dilontarkan semula oleh sistem memproses makna di dalam otak. Keterasingan fikiran mereka membaca imej-imej yang kurang dikenali dan tidak dikenali ini menimbulkan konflik terhadap rasa ketidaksenangan mengalami terhadap 2 kategori ini, dan mungkin mereka berlalu sahaja ke karya yang lain di dalam galeri apabila melihat karya yang tiada langsung gambaran ataupun abstrak rupanya.

Mudah Dikenali

Karya yang mudah dikenali ini biasanya bersifat representasi atau gambaran, dimana audien akan secara terus memahami apa yang dihasilkan oleh pelukis tanpa perlu berfikir perkara di luar jangkauannya. Di luar jangkauan ini bermaksud audien yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman melihat sebarang karya seni pun akan boleh menghayatinya, mereka boleh memahaminya tanpa perlu ada ilmu yang sangat mendalam terhadap subjek. Dalam situasi begini apabila audien berhadapan dengan karya seni mata mereka melihat di keseluruhan permukaan gambar karya itu tadi sebelum membuat kesimpulan apa yang ingin disampaikan oleh pelukis tanpa perlu berfikir panjang. Penangkapan imej-imej yang mudah ini memberi keseronokan kepada mata audien kerana pemikiran mereka boleh menjangkau apa yang telah dihasilkan tanpa meimbulkan sebarang keraguan kepada mereka. Karya yang mudah dikenali oleh penglihatan mereka ini berkemungkinan memang ditujukan oleh pelukis untuk audien-audien yang sebegini, pelukis mungkin telah mengetahui citarasa audien yang akan melihat karya mereka yang mempunyai beberapa ciri antaranya sifat sejadi, peniruan semula bentuk fizikal dan ketelusan imej.

Ada beberapa perkara yang mempengaruhi imej-imej yang mudah dikenali audien ini, antaranya ia akan sifat sejadi dengan subjek asal sebelum ia dipindahkan dipermukaan dari segi saiz, bentuk dan sifat fizikal, apa yang berbeza apabila ia dipindahkan audien hanya boleh melihat ‘imej yang kedua’ daripada imej asal. Hal berkenaan imej kedua ini berlaku kerana audien tidak berada di ruang dan waktu yang nyata apabila pelukis sedang menghasilkannya. Audien hanya akan dapat melihat sesudah seseorang pelukis menghabiskan apa yang diniatkan. Sifat sejadi atau serupa inilah yang membolehkan audien mengenali subjek yang dihasilkan, apabila pelukis mengubah ‘sifat sejadi’ ini kepada rupanya yang diringkaskan penglihatan anak mata audien mula akan membesar (seperti melihat sesuatu di tempat yang gelap )tidak seperti sebelumnya anak mata mereka akan sekata. Antara lain ‘sifat sejadi’ ini mudah dilihat merupakan objek yang sering dilihat oleh audien dalam kehidupan mereka seharian jadi mereka telah terbiasa apabila sahaja terjumpa imej berkenaan di atas permukaan kerana mereka telah tahu akan nama dan kegunaan, jadi tidak perlu pelukis menghuraikannya dengan mendalam, sifat luaran inilah yang mempengaruhi audien.

Aktiviti peniruan semula bentuk fizikal atau mimesis menurut Plato juga membuatkan audien mudah mengenali akan imej yang digambarkan. Plato mengatakan tukang kayu membuat kerusi kerana diberikan ilham oleh Tuhan, manakala pelukis melukis kerusi kerana ia telah direka oleh tukang kayu. Hal ini bermakna audien hanya akan dapat menangkap jika imej yang dihasilkan itu kelihatan fizikalnya atau nampak ciri-ciri bentuk. Jika kita mengatakan pelukis hanya melukis didalam imaginasinya sahaja tanpa diterjemahkan kedalam bentuk fizikal maka audien tidak akan mengetahui jenis apakah bentuk yang dilukis oleh pelukis. Audien akan menyedari adanya bentuk sebuah kerusi sekiranya pelukis mensambung-sambungkan setiap setiap satah diatas permukaan terhadap bentuk kerusi yang sebenar, sekiranya audien tidak mengenali samada kerusi yang dilukis oleh pelukis itu adalah sebuah kerusi maka ia bukanlah satu kejayaan kepada audien kerana masih samar-samar untuk menganggapnya sebagai sebuah kerusi.

Katelusan imej membuatkan audien lebih senang mengenali imej yang paparkan. Audien akan mendapati gambaran yang dilihatnya satu penyamaran disebabkan ketidakjelasan mata mereka melihat sesuatu objek. Jadi apabila ketidakjelasan ini berlaku maka timbullah kekaburan mengenali imej berkenaan yang membuatkan mereka tidak boleh menangkapnya dengan tepat, kekaburan ini juga yang akan membuatkan mereka kurang berminat akan karya berkenaan serta akan menimbulkan ketidaksenagan terhadap karya itu, kerana audien perlu memikirkan atau mencari sesuatu untuk berkomunikasi dan ini sudah tentu memerlukan mereka berusaha lebih daripada aktiviti biasa mereka iaitu melihat terus untuk faham bukan berfikir. Perihal ini akan menimbulkan ketidaksenangan mengalami dan melalui pengalaman itu.

Ketidaksenangan Mengalami

Ketidakmampuan menarik perhatian atau ketidaksenangan mengalami dikalangan audien ini berlaku apabila fakulti mental mereka tidak boleh mengenalpasti imej apakah yang dihasilkan oleh pelukis. Konflik ini akan berlaku apabila karya berkenaan dipersembahkan secara separuh representasi iaitu hanya sebahagian sahaja imej yang boleh dikenali dan tiada langsung representasi yang bermaksud audien tidak boleh menangkap dengan mata kasar, kerana pelukis tidak melukis apa-apa imej yang boleh kenali. Apabila audien berhadapan dengan imej separuh representasi mereka hanya boleh mengagak-agak apakah yang cuba disampaikan, tekaan ini mungkin akan betul dan mungkin tidak, disebabkan mereka agak sukar untuk membaca pergambaran berkenaan. Ciri pengambaran secara separuh representasi ini tidak akan membuatkan mata audien mencari imej yang boleh dikenalinya, apa ada beberapa bahagiannya yang boleh dikenali audien berkenaan akan membuat tanggapannya terhadap imej itu, walaubagaimanapun audien tidak begitu pasti apakah benaran tenggapan matanya itu terhadap imej yang dilihat hal ini berbalik kepada kemampuan fakulti pemikirannya membaca imej berkenaan. Disini ketidaksenangan mengalami ini boleh dibahagikan kepada beberapa faktor antaranya ialah stailisasi, transendal, dan ilmu audien.

Permasalahan pertama audien dalam ketidaksenangan mengalami ini adalah stailisasi dalam karya pelukis. Saya tidak mengatakan yang stailisasi oleh pelukis terhadapnya salah, namun bolehkah kita hanya menyalahkan audien kerana tidak memahami stailisasi atau rupa bentuk yang abstrak pada karya pelukis? Saya berpendapat stailisasi ini berlaku kerana seni itu seni, kita bukan berada di zaman Renaisan yang mementingkan kesempurnanaan peniruan daripada subjek asal, kita juga bukan berada dizaman abad ke 18 Romantisme dimana pelukis-pelukis pada zaman itu menghasilkan karya lanskap yang indah-indah. Kelahiran ahli falsafah seni telah mempersoalkan semula, kewujudan karya seni terhadap masyarakat. Cukupkah jika karya seni hanya untuk santaian mata sahaja? (itupun untuk mereka yang berduit). Apakah peranannya untuk masyarakat terbanyak. Maka gerakan Impressionisme telah menolak segala pegangan oleh pelukis yang sebelumnya. Mereka cuba melihat seni itu bukan sahaja untuk menghasilkan keindahan pada mata yang melihat. Mereka impressionisme itu sebagai aliran yang memberi kebebasan dari segi penggunaan warna dan subjek. Van Gogh menghasilkan ‘Starry Night’ bukan kerana alam itu sendiri, tetapi apa yang beliau lihat menurut kefahamannya dan perasaan sendiri terhadap subjeknya. Jika Van Gogh melukis ‘Starry Night’ mengikut kefahaman pelukis-pelukis Romantis, dan jika Van Gogh masih hidup pada abad ini sudah tentu beliau hanya akan ‘melukis’ karya itu dengan mengunakan kamera. Hal ini kerana abad ke 21 penggunaan kamera lebih tepat dalam aktiviti merkod, zaman untuk pelukis mengambarkan ekspressi atau perasaan sudah tidak relevan kerana peranan pelukis bukan hanya menggambar atau dalam kata lain, menyalin gambar apa yang dilihat.

Saya menyarankan pelukis yang menghasilkan karya perlu melihat ianya sebagai satu aktiviti menghasilkan konsep idea. Jika mereka (terutamanya yang mendapat pendidikan formal di institusi-institusi seni) masih mahu namun apakah itu konsep idea? Konsep idea itu adalah satu buah fikiran yang lahir dari idea-idea yang abstrak yang merujuk kepada sesuatu maksud. Ia berada di dalam fikiran pelukis dan hanya pelukis seorang tahu apa yang difikirkan. Apabila beliau ingin berkongsikan ideanya dengan orang lain, beliau perlu mencari satu gambaran untuk menyokong pendapatnya. Jadi untuk membuktikan samaada idea konsep pelukis itu mempunyai nilai kebenaran, maka ia seharusnya diperbincngkan, kerana jika gambaran yang dilakukan secara representasi, maka tiada apa-apa lagi yang perlu dihuraikan, kerana representasi sifatnya menyampaikan mesej bukannya idea. Untuk mengetahui idea stailisasi pelukis itu boleh diterima seharusnya ia memerlukan penilaian, apakah itu penilaian? Penilaian dilakukan melalui kritikan adalah untuk memastikan ia logik dan mempunyai satu ilmu yang boleh dipelajari darinya. Sebab itu saya katakan stailisasi ini memberi cabaran kepada audien kerana mereka tidak akan dapat mesej dengan mudah, malah ia juga amat menyeronokan kerana audien akan belajar perkara-perkara baru apabila melihat objek seni stailisasi ini. Tidak semua karya yang hasilkan oleh pelukis boleh dianggap bernilai seni, hanya karya yang benar-benar telah diselidiki (oleh pengkritik dan falsafah seni) tentang kebenarnnya sahaja yang boleh diakui perihal konsepnya. Sungguhpun begitu jika dibandingan persembahan antara representional dan non representional saya berpendapat karya non representional iaitu yang telah distailisasikan dan dipermudahkan imejnya itu lebih intelektual, disebabkan ia bukan sahaja membuatkan audien menyedari akan kederiannya malah juga stailisasi juga menyingkap dunia-dunia abstrak diluar kederiannya nya yang lima, yang sebelum ini tidak pernah difikirkan dan Cuma akan difikirkan apabila ianya dijelmakan dalam rupa dan bentuk fizikal.

Pengalaman melihat pameran seni kontemporari samaada di galeri atau muzium seolah-olah audien tidak berada didunianya yang sebenar kerana audien berhadapan dengan imej-imej asing dalam kehidupan hariannya (Samalah juga imej-imej popular perdagangan bebas yang lihat dimana-mana pada hari ini, adalah begitu asing jika kita berada di tahun 60 an). Mereka seolah-olah berada didalam satu alam yang dibatasi oleh masa kehidupan yang sebenar, keadaan ini akan lebih dialami sendiri oleh deria yang lebih kuat iaitu mata mereka. Hal ini disebabkan mata mereka berada di luar deria, diluar deria bermaksud mata mereka tidak pernah mengalami pengalam itu sebelumnya. Deria mata tidak akan menangkap makna melepasi realiti yang ada ini dinamakan trasendal ataupun berdasarkan kesedaran rohani. Hal ini bermakna mata yang melihat tidak dapat menangkap imej secara terus kerana imej non representional itu dipersembahkan melangkaui bentuk fizikal objek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan