Oleh: Susanne Langer (1936)
Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik (2006)
Sumber: Aesthetics: A Reader in Philosophy of the Arts
…Dalam lapangan seni arca peranan ilusi pergerakan mata dilihat lebih penting daripada catan,dimana dari permukaan datar (flat surface) ia dengan jelas “mencipta” ruaang sebenar. Arca merupakan bentukan tiga dimensi dalam ertikata ianya dilihat “mencipta ruang kepada mata? Persoalan ini yang mungkin telah diajukan awalnya oleh Hildebrand yang mengatakan peranan pengarca ialah menghasilkan objek tiga dimensi dari gambaran visual dua dimensi atau dinamakan “ruang pengamatan” (perceptual space). Sungguhpun ada benarnya teori apa yang diperkatakan oleh Hildebrand itu,, namun terdapat kekurangan dari segi aspek praktikal pengalaman visual artistik terhadapnya. Pengarca sendiri jarang sekali terfikir akan hal untuk mengistilahkan arcanya sebagai gambar (membuat gambar) dan kesempurnaan permukaan apa yang dilahirkan olehnya dalam impian mereka mengatur selangkah kebelakang untuk memberitahu bahawa ia membuat ruang dalam (deep space).(kecuali arca timbulan dengan potongan segiempat bujur, atau hanya garisan pada ukiran tebuk tembus yang terdapat pada dinding mahupun alat pengasah pencil) Arca walaupun bilamana disatukan dengan berlatarbelakangkan bentukan timbulan, ia masih lagi berisipadu (volume) dan bukannya gambar.
Isipadu, walaubagaimanpun, bukanlah ukuran padu seperti ruang yang terdapat di dalam kotak. Ianya lebih daripada sejumlah angka yang boleh dibilang, ruang yang boleh dilihat bukan sekadar kawasan bentuk yang mendudukinya. Isipadu adalah bentukan pelengkap kepada ruang kosong yang dikatakan mempunyai kuasa, yang oleh dan padanya , dan pada faktanya ia sebahagian daripada daripada isipadu yang terdapat pada seni arca sendiri. Rupa arca dilihat macam mempunyai kekosongannya disekitarnya, walaubagaimanpun kepaduan jisim dapat me’nyata’kan kewujudannya . Ke’tiada’an yang meliputinya mempunyai bentuk ‘hidup’ sebagai penerusan atau kesinambungan rupanya.
Disini kita didedahkan tentang illusi utama, ruang sebenar, diciptakan di dalam kaedah yang berbeza daripada catan, yang mana lebih khusus terhadap penglihatan secara langsung. Arca mencipta bersamanya ruang visual, tetapi bukan ruang penglihatan langsung. Isipadu pada arca yang mula asalnya membangkitkan sentuhan, samada sentuhan”haptic” dengan hubungan pergerakan tubuh badan dan tugas seni arca itu sendiri dalam menterjemahkan datanya kepada istilah visual, contohnya memperlihatkan kebijaksanaan ruang tampak.
Keakraban hubungan antara menyentuh dan melihat ini sudahnya boleh dikatakan berpunca daripada ‘pergerakan isipadu’ (kinetic volume) menerangkan kepada kita reaksi pancaindera yang sukar difahami atau diterangkan oleh pengarca sendiri. Kebanyakan orang mempunyai hasrat yang kuat untuk memegang bentuk . Sesetengah orang pula mudah terasa apabila melihat bentukan yang bersentimental, seperti patung berbentuk manusia terutamanya tugu peringatan, hal inilah yang difikirkan oleh Rodin dalam melihat kesayuan bahan batu marmar itu sendiri apabila menghasilkan arca Pymalion. Tetapi selain daripadanya, mungkin juga pengarca majoritinya beranggapan menerusi sentuhan pada bahan batu, kayu, logam atau bahan alam, mereka dapat merasakan sifat asli bentuk bahan itu yang sebenarnya. Mereka akan mendapati bahawa ‘merasai’ itu tidak hanya sebagai saranan visual malah mungkin akan menolaknya. Disini mereka akan mula mempercayai ia akan meninggikan pengamatan mereka terhadap karya.
Arca yang telah dipermudahkan bentuknya mempunyai satu kuasa tenaga luar biasa daripada objek asalnya dan juga ruang tiga dimensi yang mana mampu membuat kita percaya terhadap makna yang ditonjolkan melalui menyentuh dan melihat. Arca sendiri membentuk rupa tiga dimensi apa yang disebut ruang pergerakan. Melalui hanya dengan melihat bentuknya seakan-akan ‘bernyawa’, dan pada asalnya apabila dilihat dalam jarak penglihatan biasa sebenarnya mempunyai permukaan yang rata, jadi kekuatan bentuk arca tadi dapat dilihat berdasarkan pergerakan.
Sebuah arca adalah merupakan pusat atau titik tengah ruang tiga dimensi. Ia berpunca dari bentuk yang mana mendominasi ruang disekitarnya dan keadaan ini memberitahu kita semua susun aturan dan pertalian hubungkaitan dengannya, agar persekitaran itu benar-benar dapat meneria kehadirannya. Arca yang dihasilkan adalah merupakan cerminan arca itu sendiri dan ia bijak mencipta pula ruang yang memanifetasikannya apa yang dikatakan sebagai keserasian visual. Ianya memberi kesan terhadap mengenalpasti tujuan atau matlamat terhadap kehadiran arca itu dalam keadaan sekeliling melalui cara bagaimana dapat dilihat. Arca adalah imej yang sememangnya mempunyai aura (sesuatu yang boleh mempengaruhi atau memberangsangkan) ruang rasa kita.
Jadi mengapa saya katakan arca adalah objek abstraksi yang mempunyai kekuatan tenaga. Disini saya teringat kata-kata yang pernah saya katakan berkenaan dengan pengarca (Bruno) Adriani, kerana beliau mewakili pengarca “Ruang dalam arca Bruno merupakan dunianya yang tersendiri. Apabila melihat bentukan ‘ideal’ arcanya menukar sifat sistem keseimbangan aturan sesuatu sifat seni sekitar. Sebaliknya bagi saya ia disebabkan kerana kita tidak mengenalpasti ruang dimana pusat (titik tengah) arca persekitaran di sekeliling kita, untuk mengenalpasti tujuan atau matlamat ianya benar-benar jelas dan supaya hal yang demikian itu menjasi ‘imej’ pada ruang disekeliling kita. Ia adalah keadaan alam sekeliling tetapi bukan kepada kita dan tidak pula pada manusia, yang mempunyai tujuan yang sama, jadi manusia dan persekitarannya merupakan ‘objek’ kepada kita, wujud dalam ruang kita. Walaupun patung sekalipun, sebenarnya kita kita tidak mengangapnya demikian, kita hanya melihatnya sebagai pusat kepada ruang sekitarnya tetapi bentuk dan persekitaranlah yang membina cara kita membuat tanggapan, iaitu wujud untuk membentuk cara kita melihat objek itu membuat tanggapan, iaitu wujud untuk membentuk cara kita melihat objek itu sendiri sebagai kemiripan terhadap diri kita si pemelihat terhadap dunia.
Hal ini menerangkan bahawa, mungkin mengapa timbulnya pertembungan antara arca batu dan kayu berlawanan dengan bentuk arca organik, meskipun begitu mengecewakan, tetapi ia benar-benar meningkatkan aprisiasi kita terhadap apa itu bentuk, terdapat kecenderungan kearah melihat semula pada arca bentuk-bentukan manusia dan meninggikan lagi nilai penghargaan pada karya abstrak. Kini membuat figura bukan lagi memberi apa-apa makna. Ia tidak banyak menambah nilai persepsi kita terhadap bentuk. Kita seolah-olah menoleh kebelakang dan melihatnya sebagai tidak memberi apa-apa sumbangan yang boleh memecah pengaruh ruang sekitar.
Sementara itu kaedah atau cara ketiga dalam mencipta kewujudan ruang, ia lebih rumit (halus) dan lebih peka daripada yang melibatkan pengaruh kuasa artistik dan dalam cara lihat yang lebih dalam lingkungan yang melibatkan pengaruh kuasa artistik dan dalam cara lihat lebih besar dari yang lain, iaitu seni bina. Namun daya “illusi’nya atau seakan-akan hilang dan tiada langsung kerana keutamaan lebih diberikan terhadap nilai-nilainya yang mesti dipatuhi penciptaannya mahupun perekaannya seperti perlindungan, keselesaan, dan keselamatan. Fungsi praktis ataupun kebolehan membuat perkara yang berguna inilah yang para arkitek sendiri kebanyakannya terkeliru tentang status mahupun keberadaan mereka dalam lapangan ini. Sesetengahnya hanya memberi perhatian utama kepada aspek utiliti atau cara bagaimana untuk digunakan dan melihat estetika hanya secara sambil lalu dan kebetulan sahaja, kecuali dalam hal membuat monumen selainnya lebih senang mengangapnya dan memperkatakannya sebagai “seni gunaan”. Dimana aspek kemunasabahannya selalu akan menentang “visi, ilham atau idea” yang dicitakan oleh ahli seni, dan sesetengahnya juga mencuba menemukan antara kepentingan ruang keindahan dengan nilai utiliti sebagai fungsi utamanya, dalam membuat kesesuaian dan padanan bentuk yang dicadangkan benar-benar tepat. Dalam seni bina antara permasalahan yang timbul dari segi proses membawa ciptaan rekaan model kepada realiti sebenar menjadi persoalan utama yang tidak ada terhadap saiz seni yang lain. Jadi ia akan menimbulkan atau membuat andaian-andaian dalam teori estetika, sudah tentu teori-teori besar tidak terkecuali, dan apabila teori ini diperkatakan namun teori itu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya . Jika seni bina itu dikatakan bentukan bersifat utilitarian ‘kecuali’ dalam kes monumen jadi jika boleh menerima ia sebagai monumen utiliti atau faedah guna bukanlah sesuatu yang menjadi pokok persoalan jika seni bina itu dinikmati, diperlakukan, dibicarakan, diperkatakan tentangnya dari aspek seni arca ‘kecuali’ sudut praktikalnya perlu diambil kira jika seni bina itu terletak dibawah tanah, atau tanggungjawapnya amat diperlukan jika seni bina itu terletak di sekatan di dalam kapal dan reban ayam, maka nilai arca tidak sepatutnya ada. Jika sekadar nilai fungsinya sahaja yang menjadi perhatian tanpa nilai estetika. (satu bidang falsafah yang melihat, menikmati, menganalisis dan memperkatakan keindahan yang wujud dalam karya seniman, samada (bentuk atau isi) (keindahan mujarad) oleh yang demikian bentuk lain lain yang akan mengikut fungsi bagi membuat hidup kita bahagia, tetapi tidak dalam fungsi mengikut bentuk….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih.. banyak yg ssaya pelajari..
BalasPadam