|
FAIZAL berharap satu hari nanti beliau mampu mengadakan pameran di Muzium of Modern Art (MOMA) atau Muzium Tate.
|
Oleh: Ahmad
Syukran Zainuddin
Ahmad Syukran Zainuddin,
“Pameran Solo Faizal Sidik”, Published by KOSMO!, 12 Dec 2006, page 29
(illustrated). (PDF)
Karya seninya
banyak menerima perubahan sesuai dengan pengalaman dan kematangannya. Kini,
Faizal sekali lagi tampil dengan pameran retrospektif solonya yang melibatkan
sebanyak 50 buah hasil lukisan dengan durasi selama sedekad.
GRADUAN Jabatan Seni Halus di Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka -Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini nyata serius dalam kerja seninya.
Memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah subjek berkaitan seni halus di
Akademi Multimedia MTDC di Serdang Selangor, ia memberi peluang lebih luas
kepada Mohd. Faizal Sidik, 28, ingin meneroka dunia seni ini dengan lebih
mendalam.
Bakat seni Faizal dikesan oleh guru seninya sejak berada
di sekolah lagi. Tidak mahu mensia-siakan anugerah itu, beliau mengambil
keputusan untuk meneruskan pengajian ke bidang berkaitan.
"Tamat pengajian di UiTM, saya diberi peluang untuk
mengajar di UiTM Sri Manjung, Perak selama setahun sebelum berkhidmat di
Akademi Multimedia MTDC bermula pada tahun 2002," katanya yang berpendapat
kemahiran seperti melukis mesti sentiasa dilatih untuk memahirkan diri.
Biarpun sibuk sebagai pensyarah, Faizal tetap aktif
dengan pelbagai aktiviti terutamanya pameran-pameran lukisan. Baginya, kesemua
hasil kerja seninya yang dipamerkan dalam pameran diberi nama Pameran Solo
Faizal Sidik: Drawing 1996-2006, bertempat di Galeri Akademi Multimedia MTDC
ini ada motifnya.
Beliau mahu lukisan-tukisan tersebut menjadi satu
pendedahan berguna kepada pelajar yangambiljurusan animasi, supaya mereka
mengetahui cara melukis atau membuat figura dengan betul.
"Jika pelajar animasi tidak dapat melukis figura
dari segi komposisi dan struktur yang betul, susah bagi mereka untuk kembangkan
idea ke dalam komputer nanti," katanya, memberitahu pelajar sekolah di
sekitar Lembah Kelang juga boleh datang untuk sama-sama belajar mengenai seni
lukis dalam suasana tidak formal ini.
Di samping itu, Faizal menyifatkan pameran solo ini
sebagai mengimbau kembali karya lukisan yang pernah dihasilkan, biarpun beliau
juga banyak menghasilkan karya dalam pelbagai media seperti lukisan, catan dan
seni area
"Lukisan bersifat spontan, anda boleh melukis di mana-mana sekali pun. Ia adalah cetusan idea
tentang apa yang hendak kita lakukan. Dengan erti kata lain, lukisan berperanan
sebagai satu medium yang mencatat atau mendokumentasikan idea.
"Saya membahagikan pameran ini kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama mengambil jarak masa antara tahun 1996 hingga tahun 2000 yang
saya klasifikasikan sebagai proses pengkajian akademik yang berlatar
belakangkan lakaran.
"Lakaran dalam tempoh ini perlu sebelum melaksanakan
karya akhir yang memerlukan kajian melibatkan bahan, teknik dan peralatan.
Selepas kaji, barulah boleh terjemahkan idea awal ke dalam satu bentuk
karya," jelasnya.
Bahagian kedua pula adalah hasil karyanya dari tahun 2001
hingga tahun 2004 yang memperlihatkan beliau terkesan dengan isu-isu semasa
seperti perang di negara Balkan dan Asia Barat. Peristiwa-peristiwa itu
diluahkan ke dalam bentuk lukisan yang mengangkat imej kesan-kesan peperangan.
|
Faizal Sidik, Cause of the Fear ; Man’s Mask, Pencil acrylic on paper, 37.4 cm x 26 cm, 2005. |
Merasakan ilmunya masih tidak cukup dengan hanya menerusi pembacaan dan praktis, Faizal telah
melakukan perjalanan ke Eropah pada tahun 2004 yang sekali gus memberikannya
idea-idea baru tentang persepsi dan pemahamannya terhadap seni.
Sementara kapya terkininya (tahun 2006) pula lebihT
bersifat lukisan konseptual yang tidak mempunyai subjek, tetapi berdasarkan
kepada rangsangan mata pelukis dan 'penontonnya*.
Karya-karya ini menggunakan pelbagai media termasuklah
pensil, dakwat, arang dan media campuran. "Sekarang saya banyak
menghasilkan lukisan. Identiti lukisan bergantung kepada pemikiran individu.
Semakin banyak pengalaman atau berjalan, maka semakin banyak yang diketahui
oleh seseorang pelukis.
"Akan datang, hasil karya saya lebih cenderung
kepada seni konseptual iaitu bagaimana kita melihat karya itu memberi kesan
kepada mata yang memandangnya. Maksudnya, apa yang dilihat pada karya, maka
itulah yang ditafsirkan. Tidak ada cerita di sebaliknya, haKARYA Faizal yang
menggunakan pelbagai media seperti pensil, dakwat dan arang. LUKISAN yang
mengangkat motif kekejaman perang nya bermain dengan logik akal manusia,"
katanya, sambil menyatakan bahawa satu cakera padat interaktif multimedia yang
dihasilkan oleh dua orang pelajar turut dilancarkan.
Sedekad berkecimpung dalam dunia eni, Faizal
beranggapan daya apresiasi atau pemahaman masyarakat terhadap seni masih lagi
rendah. Ini kerana di Malaysia, kita hanya belajar tentang seni setakat di
sekolah dan ia terhenti selepas itu.
"Apabila seseorang masuk ke dalam bidang lain, seni
akan ditinggalkan. Mereka tidak diajar bagaimana hendak melihat sesuatu karya,
sedangkan ia ada metodologinya tersendiri," ujarnya.
Faizal ada
menghadiahkan hasil seninya kepada pihak tertentu untuk mengutip sumbangan.
Selain itu, karyanya turut menjadi koleksi pihak pusat pengajian tinggi, galeri
dan orang perseorangan.
Biarpun begitu,. anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor
ini menyimpan cita-cita yang menggunung. Faizal ingin mengadakan pameran hasil
seninya di Muzium of Moden Art (MoMA) di Amerika dan Muzium Tate di United
Kingdom yang menjadi lokasi buat pencita seni dari seluruh dunia berkumpul.
Berbalik kepada pameran solo Faizal, sesiapa jua yang
berminat boleh berkunjung ke galeri Akademi Multimedia MTDC secara percuma yang
bermula sejak 15 November lalu dan berakhir 30 Disember ini. Waktu pameran pada
pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Inginkan maklumat lanjut? Sila hubungi talian 03-8942
4626 atau layari laman web: www.multimedia.edu.my
Penerbitan Akhbar
|
Ahmad Syukran Zainuddin, “Pameran Solo Faizal Sidik”, Published by KOSMO!, 12 Dec 2006, page 29 (illustrated). (PDF) |