Jumaat, 30 Oktober 2015

Cicero dan St Jerome: Sejarah Awal Penterjemahan

1. Teks sumber Bahasa Inggeris
    Local and modern is growing side by side with global and Western. Chinese rock vastly outsells Western rock. Samba is booming in Latin America. Domestic movie industries everywhere, from Latin America to East Asia to the Middle East, are thriving and even taking domestic market share from Hollywood imports. Japanese television, which used to buy vast quantities of American show, now leans on the United State for just 5 percent of its programming. France and South Korea, long dominated by American movies, now have large film industries of their own. Local modern art, often a strange mixture of abstract Western styles and traditional folk motifs, is flourishing almost everywhere in the world. You can easily be fooled by looking at Starbucks and Coca-Cola signs around the world. The real effect of globalization has been an efflorescence of local and modern.

    Look more closely at the hegemony of English. While many more people are speaking English, the greatest growth on television, radio, and the Internet is local languages. In India, people thought that opening up the airwaves would lead to a boom in private, all news channels in English, the language most of the experts speak. But the bigger boom-growing at three to four time the pace -has been in programs in local languages. Hindi, Tamil, Telugu, Gujarati, and Marathi are all doing well in this globalized world. Mandarin is proliferating mightily on the web. Spanish is gaining ground in many countries, including the United States. In the first stage of globalization, everyone watched CNN. In the second stage, it was joined by the BBC and Sky News. Now every country is producing its own version of CNN-from Al Jazeera and Al Arabia to New Delhi’s NDTV and Aaj Tak.

    The news channels are part of a powerful trend-the growth of new narratives. When I was growing up in India, current affairs, particularly global current affairs, were defined through a Western lens. You saw the world through the eyes of the BBC and Voice of America. You understood it through Time, Newsweek, the International Herald Tribune, and (in the old days) the Times of London. Today, there are many quite different perspectives on the world. If you watch Al Jazeera, you will, of course, get a view of the Arab-Israeli conflict unlike any in the West. But it is not just Al Jazeera. If you watch an Indian network, you will get a very different view of Iran’s nuclear quest. Where you sit affects how you see the world.

2. Teks terjemahan Bahasa Melayu
    Tempatan  dan moden berkembang sebelah menyebelah dengan global dan Barat. Muzik rock China lebih jauh laris dijual daripada muzik Barat. Samba menjadi kegilaan di Amerika Latin. Industri filem domestik dimana-mana, daripada Amerika Latin ke Asia Timur ke Asia Barat, berkembang maju dan malah mengambil alih pasaran domestik filem import dari Hollywood. Televisyen Jepun, yang mana banyak banyak membeli jumlah kuantiti yang besar dari program Amerika, kini memasukkan hanya 5 peratus program dari Amerika Syarkat. Perancis dan Korea Selatan, begitu lama didominasikan oleh filem Amerika, kini mempunyai industri filem yang besar milik mereka sendiri. Seni lukis moden tempatan, sering dilihat bercampur aduk dengan stail seni abstrak Barat dan motif tradisi, berkembang dimana-mana didunia ini. Anda dengan mudah diperdayakan apabila melihat logo Starbucks dan Coca-Cola diserata dunia. Kesan sebenar globalisasi telah merebak dalam masyarakat tempatan dan moden.

    Lihat dengan lebih dekat pada hagemoni Bahasa Inggeris. Kini sudah ramai boleh berbahasa Inggeris, peningkatan yang luar biasa pada televisyen, radio dan internet dalam bahasa tempatan. Di India, sungguhpun begitu gelombang udara ini telah meledakan sektor swasta. Semua saluran dalam bahasa Inggeris, bahasa yang paling dipertuturkan oleh pakar. Namun ledakan yang berkembang tiga hingga empat kali adalah perkembangan program-program dalam bahasa tempatan. Hindi Tamil, Telugu, Gujarati, dan Marathi semuanya semakin global digunakan. Mandarin semakin cepat tersebar di internet. Bahasa Sepanyol semakin meningkat dibanyak negara, termasuklah Amerika Syarikat. Dalam peringkat peringkat awal globalisasi, setiap orang menonton CNN. Pada peringkat kedua, ia disertai oleh BBC dan Sky News. Kini setiap negara menghasilkan versi sendiri CNN-daripada Al Jazeera dan Al Arabia kepada New Delhi NDTV dan Aaj Tak.

   Saluran berita adalah sebahagian daripada trend yang berkuasa dalam membina naratif baru. Apabila saya membesar membesar di India, hal ehwal semasa, terutamanya hal-ehwal dunia, melalui cita rasa lensa Barat. Anda melihat dunia melalui mata BBC dan Voice of America. Anda memahaminya melalui Time, Newsweek, International Herald Tribune dan (pada masa dahulu) Times  London. Hari ini, ada banyak perspektif dalam melihat dunia. Jika anda menonton Al Jazeera, anda akan sudah tentu mendapat pandangan konflik Arab-Israel tidak seperti dari Barat. Tetapi ia bukan sahaja Al Jazeera. Jika anda menonton berita dari India, anda akan mendapat pandangan yang berbeza tentang senjata nuklear Iran. Dimana sahaja anda duduk ia akan memberi kesan  dalam anda melihat dunia.

3. Pendekatan Penterjemahan
Penterjemah telah memilih dua buah teks umum daripada teks sumber dalam Bahasa Inggeris yang dipilih adalah daripada buku “The Post-American World” karangan Fareed Zakaria yang diterbitkan oleh Penguin Books pada tahun 2008. Manakala teks umum terjemahan dalam Bahasa Melayu pula diberi tajuk “Dunia Pasca-Amerika” yang diterjemahkan oleh Amir Muslim, teks terjemahan ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia pada tahun 2011.

Pendekatan penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menterjemah teks sumber adalah dengan menggunakan kaedah penterjemahan kata dengan kata dan makna demi makna. Menurut Munday (2012) ‘perkataan demi perkataan’ atau word-for-word telah  digariskan oleh Cicero dalam De optimo  genere oratorum pada 46  Sebelum Masihi iaitu pada abad pertama zaman Rom dimana Cicero memperkenalkannya semasa menterjemah ucapan pemidato Attic iaitu Aeschines dan Demosthenes  dengan berkata:
“Dan saya tidak menterjemah ucapan mereka sebagai pentafsir, tetapi sebagai pemidato, memaknakan  idea dan bentuk yang sama, atau apa yang dikatakan, ‘bayang’ pemikiran, namun dalam bahasa  yang difahami  oleh kita. Dalam melakukannya, Saya tidak semestinya menggantikannya perkataan demi perkataan, tetapi mengekalkan stail dan bahasa.”
Penterjemah ini bermaksud penggantian ‘perkataan demi perkataan’ setiap kata oleh petutur dalam bahasa Yunaini ke dalam bahasa Latin. Menurut Munday lagi ‘pentafsir’ pada baris pertama petikan di atas adalah terjemahan literal atau kata demi kata, manakala ‘pemidato’ cuba menghasilkan ucapan yang boleh mengesankan pendengar. Pada zaman empayar Rom, terjemahan ‘kata demi kata’ adalah sama apa yang diperkatakan. Ia bermaksud pemindahan setiap kata individu dalam teks sumber iaitu bahasa Greek akan dipadankan dengan tatabahasa yang sama dalam bahasa Latin. Ini adalah kerana orang Rom akan membaca teks terjemahan sebelah menyebelah dengan teks sumber bahasa Greek

Menurut Muhamad Fauzi Jumingan (2006) pula word-for-word translation bermaksud perterjemahan kata demi kata adalah satu daripada kaedah terjemahan yang menekankan ketepatan makna setiap perkataan teks sumber. Dengan kata lain, setiap perkataan dalam teks asal harus diterjemahkan satu per satu ke dalam bahasa sasaran. Padanan makna setiap itu harus dicari. Sebenarnya, istilah ini dicipta pada kurun pertama Sebelum Masihi oleh penulis Roman, iaitu Cicero dan Horace. Meskipun ia kelihatan seperti penterjemahan harafiah, namun penterjemahan kata demi kata ini lebih ekstrem atau agak keterlaluan sifatnya. Penterjemahan kata demi kata sesuai digunakan sebagai teknik yang berguna untuk mengambarkan keadaan sintaksis bahasa asing itu beroperasi dan ia juga sesuai sebagai bahan bantuan bagi orang yang mempunyai kemahiran bahasa terbatas. Penterjemahan ini bersinonim dengan istilah penterjemahan semula dan penterjemahan antara baris.
Dalam kaedah ini oleh penterjemah pendekatan ‘kata demi kata’ bahasa sumber (BS)  ke bahasa terjemahan (BT) contohnya dalam petikan perenggan pertama teks Local and modern is growing side by side with global and Western” penterjemah telah menterjemahkan kepada    “Tempatan  dan moden berkembang sebelah menyebelah dengan global dan Barat”. Dalam perenggan kedua petikan sekali lagi penterjemah menggunakan kaedah ini misalnya  BS “Look more closely at the hegemony of English dan BT “Lihat dengan lebih dekat pada hagemoni Bahasa Inggeris”. Contoh seterusnya pula adalah pada perenggan ketiga misalnya BS You saw the world through the eyes of the BBC and Voice of America” diterjemah BT sebagai “Anda melihat dunia melalui mata BBC dan Voice of America”.

Pendekatan kedua yang digunakan adalah perterjemahan ‘makna demi makna’ atau  sense-for- sense. Muhamad Fauzi Jumingan (2006) menyatakan sense-for-sense translation bermaksud penterjemahan makna dengan makna iaitu sejenis penterjemahan yang menekankan pemindahan ‘semangat’ penulis asal agar teks terjemahan yang terhasil akan lebih tepat dan tidak berbau terjemahan. Penterjemahan makna dengan makna ini lebih menekankan bahasa dan budaya sasaran. Penterjemahan jenis ini berlawanan dengan penterjemahan kata demi kata.

Sejarah terhasil terjemahan ini makna dengan makna ini menurut Munday (2012) telah diperkenalkan oleh St Jerome pada 395 CE.  Cubaan mempersendakan sumbangan Cicero dan Horace dalam memperkenalkan terjemahan kata demi kata telah dilakukan oleh St Jerome dalam memperkenalkan terjemahan yang lebih indah dan kreatif dalam bahasa terjemahan. Pada tahun 395 Masihi St Jerome memperkenaklan formula terjemahannya dalam De optimo genere interpretandi iaitu surat yang ditujukan kepada rakannya iaitu senator Pammachius. Surat itu adalah mempertahankan ideanya daripada kritikan yang terimanya yang mengatakan terjemahan yang dilakukannya ‘tidak tepat’. Strategi beliau itu dikatakan kenyataan yang paling terkenal dalam proses penterjemahan iaitu:
Now I not only admit but freely announce that in translating from the Greek – except of course in the case of the Holy Scripture, where even the syntax contains a mystery – I render not word-for-word, but sense-for-sense.
Oleh kerana St Jerome adalah penterjemah yang terkenal, beliau telah menggunakan kewibawaan pendekatan yang digunakan oleh Cicero dalam bahasa Latin dalam mengemaskini dan menterjemah Kitab Injil yang dikomisenkan oleh Biskop Rom iaitu Damasus. Dalam hasil terjemahan yang dikenali sebagai Kitab Injil Latin (Latin Vulgate), Jerome telah mengemaskinikan semula dan membuat pembetulan terjemahan dalam bahasa Latin yang sebelumnya iaitu Wasiat Baru (New Testament) dan Wasiat Baru (Old Testament) kepada Bahasa Ibrani, keputusan ini menimbulkan kontroversi  kepada mereka yang mahu mengekalkan versi yang asal dalam bahasa Greek Septuagint.

Dalam kaedah kedua iaitu terjemahan makna demi makna yang digunakan oleh penterjemah dalam menterjemahkan teks sumber kepada teks sasaran ada beberapa tempat misalnya dalam perenggan pertama “Samba is booming in Latin America” penterjemah memadankan dengan “Samba menjadi kegilaan di Amerika Latin”, dalam petikan daripada teks terjemahan beliau memadankan perkataan ‘booming’ dengan perkataan ‘meledak’. Penterjemah tidak bersetuju dengan perkataan ‘meledak’ kerana ia memberi makna seperti letupan. Penterjemah menggunakan makna kegilaan bagi menyampaikan semangat tarian samba di Amerika Latin itu menjadi memberi makna tarian yang merupakan satu aktiviti asyik secara berlebih-lebihan. Contoh kedua pula dalam peranggan kedua BS Mandarin is proliferating mightily on the web,” penterjemah memadankan BS sebagai “Mandarin semakin cepat tersebar di internet.” Dalam petikan teks terjemahan beliau memadankannya dengan makna “ Mendarin bercambah hebat di internet manakala penterjemah memaknakandengan dengan. Penterjemah memadankan semangat ‘cepat tersebar’ kerana medium internet adalah peralatan saluran maklumat yang mempunyai sebaran yang luas yang bersifat sejagat,



RUJUKAN
Fareed Zakaria. 2008. The Post-American World, London: Penguin Books.
Muhammad Fauzi Jumingan (eds.) 2006. Glosari Pengajian Ilmu Penterjemahan dan Interpretasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Munday, J. 2012. Introducing Translation Studies. Theories and Applications, London/New  
       York: Routledge.


Isnin, 26 Oktober 2015

Imej Pemindahan Budaya Dalam Teks Terjemahan Iklan


Oleh: Faizal Sidik

Teks X
Imej X

Teks Iklan

Teks Sumber
Teks Terjemahan
MY BUTT IS BIG
BENTUK SAYA CANTIK
AND ROUND LIKE THE LETTER C
DAN BERBENTUK SEPERTI HURUF C
AND TEN THOUSAND LUNGES
DAN MEMBUATKAN RAMAI ORANG INGINKANNYA
HAS MADE IT ROUNDER
MEMBUATNYA JADI TUMPUAN
BUT NOT SMALLER
TETAPI IA TIDAK KECIL
AND THAT JUST FINE.
DAN  ITU TIDAK MENGAPA.
IT ‘S A SPACE HEATER
RUANG DALAMNYA SEJUK
FOR MY SIDE OF THE BED
SEOLAH-OLAH BERANGIN
IT’S MY EMBASSADOR (AMBASSADOR)
IANYA ADALAH DUTA SAYA
TO THOSE WHO WALK BEHIND ME
KEPADA YANG MELALUI BELAKANG SAYA
ITS’A BORDER COLLIE
PASTI AKAN BERHENTI
THAT HERDS SKINNY WOMEN
SEPERTI PEREMPUAN KURUS
AWAY FROM THE BEST DEALS
LARI DARIPADA TAWARAN YANG HEBAT
AT CLOTHING SALES.
SEMASA JUALAN MURAH PAKAIAN.
MY BUTT IS BIG
BENTUK SAYA CANTIK
AND THAT JUST FINE
DAN ITU TIDAK MENGAPA
AND THOSE WHO MIGHT SCORN IT
DAN SESIAPA YANG MUNGKIN AKAN MENOLAKNYA
ARE INVITED TO KISS IT.
MEREKA DIJEMPUT UNTUK MENDAPATKANNYA
JUST DO IT.
LAKUKANNYA



Pemindahan Budaya (Cultural Transplantation)

Kaedah yang digunakan untuk menterjemahkan teks A ke Bahasa Malaysia adalah dengan menggunakan pendekatan pemindahan budaya (cultural transplantation) yang diperkenalkan oleh Hervey dan Higgin. Kaedah ini bermaksud unsur budaya teks sumber diadaptasikan semula kepada mengikut kesesuaian budaya sasaran. Kaedah ini juga mempunyai persamaan dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Vinay dan Darbelnet iaitu adaptasi yang merujuk kepada persamaan situasi.

Teks A adalah teks operatif  dan ekspresif mengenai iklan kasut wanita Nike yang menggunakan gambar wanita sebagai model. Teks A boleh dibaca seolah-olah sebuah sajak yang diletak dari dibelakang posisi belakang iaitu dari bahagian pinggang sehinggalah kebahagian tumit model itu dimana diakhirnya ada tertulis logo jenama iklan ini itu Nike yang mempunyai lambang seperti huruf ‘C’ yang ekornya lebih panjang atau tanda ‘benar’, ‘ya’ atau ‘ada’ apabila kita mengisi borang yang ditandakan tempat kosong. 

Sebagai penterjemah saya berpandangan sajak teks ini mempunyai dua maksud. Pertama teks ini adalah sebuah iklan kasut sukan perempuan berjenama Nike yang menggunakan metafora bahagian belakang perempuan atau pinggulnya untuk melambangkan bahagian tumit atau belakang kasut yang dipakainya itu mempunyai ciri-ciri apa yang disebut dalam teks A. Walaupun analisis yang dijalankan oleh penterjemah bahawa syarikat Nike menafikan iklan ini adalah bukan iklan asal atau palsu dimana iklan asal yang diterbitkan pada 2005 memaparkan hanya fokus kepada bahagian pinggul sahaja beserta teks A. Teks A ini yang disebarkan pada tahun 2010 dikatakan palsu kerana kesalahan ejaan ‘AMBASSADOR’ kepada ‘EMBASSADOR’

Penterjemah berpandangan juga bahawa teks ini mungkin hanya untuk memberi pengiktirafan logo atau lambang Nike yang berbentuk ‘C’ berdasarkan permainan bahasa sajak yang mensensasikan nikewomen.com itu sebagai mempunyai ciri-ciri sifat yang diinginkan oleh kaum wanita supaya memiliki barangan sukan buatan Nike terutamanya daripada seksyen khas untuk wanita. Perihal ini jelaskan di akhir sajak itu dimana ia memujuk agar khalayak melakukannya dengan tagline ‘just do it’ iaitu kata atau frasa yang menarik dalam menerangkan konsep sesuatu produk nike itu.

Antara pemindahan budaya dan adaptasi yang dilakukan adalah seperti dengan ‘MY BUTT IS BIG’ jika diterjemah dalam bahasa Malaysia ‘PINGGUL SAYA BESAR’ dipindahkan dengan ayat yang lebih sopan seperti ‘BENTUK SAYA CANTIK’. Selain itu ‘IT ‘S A SPACE HEATER’ diterjemah dalam bahasa Malaysia menjadi ‘RUANG DALAMNYA SEJUK’ sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas, jika seseorang memilih kasut ia perlukan keselesaan dan peredaran udara di dalamnya.


       Kekangan dan Aspek-Aspek Budaya Dalam Teks 

Tiga elemen daripada faktor intertekstual yang diperkenalkan oleh Nord (1991) iaitu elemen bukan verbal, laras bahasa dan praandaian telah digunakan penterjemah dalam membincangkan kekangan dan aspek-aspek budaya dalam menterjemah teks..

          Elemen bukan verbal

Elemen bukan verbal yang dimaksudkan penterjemah adalah gambar iklan yang dipaparkan. Cara imej gambar iklan yang dipaparkan agak seksi tidak boleh dikekalkan dan perlu dihilangkan dengan gambar yang lebih sopan yang boleh diterima dalam budaya orang Malaysia. Imej gambar yang bersifat sejagat perlu difikirkan oleh penterjemah agar penterjemahanya menepati budaya sasaran. Teks A memperlihatkan budaya Inggeris yang lebih terbuka dalam memperkatakan sesuatu terutamanya berkenaan dengan bahagian-bahagian sulit wanita. Dalam budaya Melayu pula umpamanya, perkara ini akan dikatakan sebagai taboo dan akan dihindari jika diceritakan secara terbuka. Adat orang Melayu mengangkat wanita ditempat yang tinggi seperti yang dipelajari di dalam agama mereka Islam. 



         Laras bahasa
Teks asal iklan ditulis dengan bahasa sajak yang agak lucah. Perkara ini boleh diperhatikan degan jelas daripada ayat-ayat awalnya seperti “MY BUTT IS BIG, AND ROUND LIKE THE LETTER ,  AND TEN THOUSAND LUNGES,” jika diterjemahkan ia akan menimbulkan konotasi yang agak  menghairahkan  dengan makna “PUNGGUNG SAYA BESAR, DAN BERBENTUK SEPERTI HURUF C, DAN MEMBUATKAN RAMAI ORANG INGINKANNYA” . Penterjemah perlu mengambil kira sama ada untuk mengekalkan elemen seksis ini ataupun menghilangkan makna asal dengan makna yang lebih umum untuk kepada khalayak  pembaca di Malaysia. Norma masyarakat Malaysia masih menganggap jika teks A diiklankan akan mencemari nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang menyanjungi wanita. Teks A boleh dianggap sebagai mengeksploitasikan tubuh wanita untuk memasarkan barangan.


       Praandaian
      Terdapat perbezaan dari aspek budaya pembaca sumber dan budaya pembaca sasaran, Contohnya penterjemah mengandaikan  IT ‘S A SPACE HEATER, FOR MY SIDE OF THE BED”  Cuaca dalam budaya Inggeris yang sejuk memaksa mereka tidur berhanpiran dengan alat pemanas badan berbeza dalam budaya Malaysia dengan cuaca yang agak panas masyarakatnya tidak  tidur dengan pemanas tetapi dengan menggunakan kipas angin atau penghawa dingin. Penterjemah perlu menyesuaikan semula unsur budaya itu semula dengan ciri-ciri budaya tempatan.



Rujukan

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, (2000/2008). Teori dan Teknik Terjemahan, Kuala    
Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Haslina Haroon & Hasuria Che Omar (eds.), 2013. Asas Terjemahanan dan           Interpretasi, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia




Rabu, 14 Oktober 2015

Analisis Teks: 'An Object of Beauty a Novel'

Oleh: Faizal Sidik



Teks Kesusasteraan

Lacey memasuki ke galeri pada petang hari Isnin menuju ke kaunter pertanyaan, dan menanyakan Donna jika ada mesej untuknya.

            “Ya, satu mesej daripada Goodman Gallery dan satu lagi daripada Patrice Claire”
            “Adakah mesej itu untuk saya atau Encik Talley?” katanya dalam menyembunyikan kebenciannya
            “Saya tidak pasti.”
            “Adakah Encik Claire bertanyakan tentang saya?”
            “Ya, ada”.
            “Ada dia tinggalkan nombornya?”
            “Ada dia  kata beliau akan berada di hotel itu...dihujung jalan sana?
            “Hotel Carlyle?”
            “Ya.”

            Eksklusif dan mewah, Hotel Carlye merupakan pusat seni. Bangunan yang tersergam di Madison Avenue seperti rumah api yang memancarkan cahaya. Pembeli dan penjual hasil  seni daripada seluruh dunia datang ke Carlye, biasanya merupakan orang-orang penting yang rapat dengan putera  atau puteri raja, presiden, perdana menteri dan pelancong-pelancong berdompet tebal yang tidak dikenali dari luar yang tidak berkira-kira untuk membayar 56 ringgit untuk memesan segelas jus oren dan mereka ini tidak terlalu menghiraukan sekiranya ada pelakon terkenal yang berjalan di lobi dengan memakai seluar jeans dan cekak rambut. Ursus Book terletak di tingkat dua, menjual buku-buku seni yang eksklusif  dan edisi terhad, kedai buku ini menjual tiga puluh tiga jilid katalog raisone Pablo Picasso dengan harga sekitar seratus tujuh puluh lima ribu ringgit, dimana penjual seni Modenis wajib memilikinya, sama ada perlu atau tidak mereka membuka semula jilid-jilid buku itu. Di jalan hadapan Carlye terletaknya Gagosian Gallery, kini giat mengantarabangsakan ruang galerinya diluar negara. di Up Madison terletak Sant Ambroeus, restoran citarasa Itali dimana sering dijadikan tempat peniaga seni bertemu pada waktu  makan. Apabila Larry Gagosian, iaitu seorang peniaga seni yang berpengaruh bercakap-cakap tentang pelukis-pelukisnya, dan pada masa yang sama di meja sebelah pula  Bill Acquavella iaitu peniaga lukisan-lukisan Impressionis pula tidak berhenti-henti membicarakan tentang  perniagaan seninya juga, tempat itu berubah seolah-olah  menjadi tempat bom nuklear yang sedang meletup. Sungguhpun kedua-dua mereka bersaing antara satu sama lain tetapi mereka tetap berkawan baik, sejak secara rasmi mereka mengambil jalan masing-masing dalam memasarkan seni, kadangkala bahang saingan itu boleh dirasakan sekiranya berlaku pertindihan dalam urus niaga seni.  Picasso berada dibawah Acquavella dan Cy Twombly adalah pelukis Gagosian namun bagaimana sekiranya putera Saudi mahu menukar lukisan Picasso untuk mendapatkan Twombly? Perang.

Analisis Teks

Petikan Teks:                Steve Martin, An Object of Beauty a Novel, Grand Central   Publishing , 2010, ms 130-131

Tujuan Teks:                 Satu novel tentang ‘Objek yang Indah’ yang menceritakan alam hubungan seni yang melibatkan pelukis, kurator, peniaga seni, penghimpun seni dan penghayat seni. Penulisannya untuk memberi gambaran tentang alam perniagaan dan pemasaran karya seni secara lebih dekat melalui pengalaman penulis sendiri sebagai          pelakon dan penghimpun seni.

Tujuan Penterjemah:     Penterjemah akan cuba untuk memastikan terjemahan itu mempunyai kekuatan ekspresi dan cara membujuk seperti karya asal penulis dan seterusnya memberikan kesan yang sama kepada pembacanya seperti pembaca asal. Penterjemah juga akan sedaya upaya untuk menyampaikan cita rasa budaya teks bahasa sumber, dengan gaya bahasa penterjemah.

Pembaca dan Latar Teks: Pembaca teks  sasaran adalah pembaca novel terutamanya  yang meminati seni lukis kerana penulis teks banyak menggunakan istilah seni halus. Tahap pelajaran mungkin mereka yang lepasan sekolah  menengah atau yang  mempunyai ijazah pertama dalam bidang seni terutamanya mereka yang mendapat  pendidikan di       luar negara yang terdedah dengan pergerakan seni disana. Teks ini ditemui oleh penterjemah senidiri yang diterbit dalam bentuk novel dalam bahasa sumber.

Mutu karya dan Pertanggungjawban teks : 
Penulis teks adalah seorang pelakon komedi yang                                      cukup dihormati cuba untuk menulis novel. Ini                                         merupakan novel beliau yang kedua. Gaya                                                    penulisannya mungkin lebih baik daripada yang                                                   pertama. Bagi penterjemah penulis asal sedaya upaya                                    mencurahkan pengalaman beliau yang terlibat secara                                     langung dalam jual beli seni hasil daripada                                                              pendapatan lumayannya sebagai pelakon walaupun                                         budaya bahasa sumber cukup berbeza dengan                                               penterjemah. style='mso-spacerun:yes'> Provence. 
                 

Kaedah Terjemahan Teks

Kaedah terjemahan yang sesuai untuk teks ini adalah pendekatan terjemahan semantik. Menurut Newmark, 1994 (1982) terjemahan semantik atau makna cuba menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya yang terdapat dalam teks asal, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa. Terjemahan semantik tetap berkisar pada budaya asal dan menolong pembaca hanya pada konotasi jika itulah sahaja utusan insan yang penting dalam teks. Terjemahan semantik bersifat rumit, lebih kekok, lebih terperinci, lebih mendalam dan menelusur proses fikiran penyampai daripada tujuannya. Terjemahan ini cenderung untuk memberi terjemahan yang lebih khusus dari yang asal, memasukkan lebih makna dalam usaha mencari satu warna makna.

 RUJUKAN

Newmark, P., 1994 [1982]. Pendekatan Penterjemahan, Kuala Lumpur. DBP.

      Martin, Steve., 2010. An Object of Beauty a Novel, Grand Central Publishing, ms 130-131




Analisis Teks: 'Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and Architecture'

Oleh: Faizal Sidik


Teks Sains/Teknikal

Bab pertama membincangkan beberapa aspek terhadap konsep keindahan dan ketidakindahan dalam pemikiran dalam Arab klasik, disebut falsafa. Keindahan dan ketidakindahan adalah asas dan elemen sejagat yang terdapat dalam bidang estetik dimana kita mesti melihat ianya dimulakan oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dan Aristotle. Dalam mana-mana konteks budaya, perbincangan tentang estetik akan melibatkan pandangan ini, samada ianya memperkatakan Penciptaan Unggul, alam semulajadi dan seni ia akan  kembali kepada penciptaan manusia. Sejak Zaman Pertengahan, pemikir muslim telah membincangkan, secara langsung atau tidak langsung konsep perduaan pada keindahan dan pertentanganya iaitu ketidakindahan. Hasilnya, estetik mempunyai pengaruh besar terhadap bidang falsafah Arab  klasik  sebagaimana pemikiran Kristian pada Zaman Pertengahan, sebagaimana yang kita tahu ia mempunyai korpus teks yang begitu besar yang ditulis oleh Ilmuan.

Sebelum kita memulakan perbincangan kita, mari kita berpandukan semula pada dua asas karya yang berkaitan dengan estetika medieval yang digunakan sebagai sumber untuk kedua-dua sumber rujukan samada karya asli dan terjemahan: Historia del pensamiento estetico arabe, al-Andalus y la estetica arabe clasica (Sejarah Pemikiran Estetik Arab, Andalus dan Estetika Klasik Arab) oleh Jose Miguel Puerta Vilchez dan Etudes d’esthetique medievale (Pengkajian Estetik Medieval) oleh Edgar de Bruyne. Setiap pengarang ini mempunyai alam cara fikir budaya dan saintifik yang tersendiri, mereka telah berusaha memperlihatkan spektrum yang lebih luas yang seboleh mungkin dalam pelbagai perbincangan estetik yang dibangunkan oleh ahli falsafah, bermula daripada asas dialektik kewujudan tuhan dan penciptaan manusia yang mencabar semua ahli-ahli falsafah tidak kira samada Muslim, Kristian atau Yahudi.  Kedua-dua pengarang ini mendorong cara pandang baru dalam pemikiran sebegini,

Analisis Teks

Petikan Teks:                Valerie Gonzalez, Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and                                      Architecture, I.B.Tauris, 2001 , ms 5-6.

Tujuan Teks:                 Himpunan esei yang dibukukan tentang ‘Keindahan dan Islam: Estetika dalam Seni  Islam dan Senibina’ yang meneroka aspek estetik awal Islam yang dibincangkan dalam teori sezaman. Satu usaha dalam memperkenalkan dan membela semula pemikir- pemikir seni Islam pada Zaman Pertengahan seperti Ibnu Sina dan Ibnu Rushd,            

Tujuan Penterjemah:     Penterjemah akan cuba untuk memastikan terjemahan itu mempunyai kekuatan informatif dan setia  seperti karya asal  penulis dan seterusnya menolak kecenderungan untuk menidakkan  jargon. Penterjemah juga akan sedaya upaya untuk menyampaikan makna teks bahasa sumber.

Pembaca dan Latar Teks: Pembaca teks  sasaran adalah pecinta, pengamal dan pengkaji seni terutamanya  yang  meminati seni Islam dan senibina kerana penulis teks banyak             menggunakan istilah bidang. Tahap pelajaran mungkin mereka yang mempunyai ijazah pertama  dalam bidang seni terutamanya mereka yang  mempunyai asas pendidikan seni seperti seni halus, seni reka dan seni bina. Pembaca mungkin mempunyai latar sosial yang sederhana yang mengamalkan cara hidup Islam. Kedua-dua gender lelaki dan perempuan dalam peringkat umur dalam lingkungan 18  hingga 60 tahun. Berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya peringkat ijazah   pertama. Mereka yang mempunyai kepakaran dalam sejarah seni terutamanya sejarah seni Islam adalah sasaran pembaca. Teks ini merupakan siri-siri syarahan penulis di Institute of Ismaili Studies,   London ditemui oleh penterjemah sendiri yang diterbit dalam bentuk buku digital.

Mutu karya dan Pertanggungjawban teks : Teks ini ditulis dengan begitu baik dari segi gaya dan                              buah-buah fikiran yang dilontarkan. Penulis bahasa                              sumber juga adalah seorang yang berwibawa dalam                              bidang ini. Hal ini dibuktikan dengan penulis bahasa                              sumber mempunyai kelayakan  Ijazah Sarjana Seni                              Halus daripada School of Fine Arts, Marseille-                                          Luminy (pengkhususan dalam catan) dan Ijazah                              Doktor Falsafah dalam Sains Manusia daripada                              Department of Islamic Studies, University Aix-aie                                                      Provence.


Kaedah Terjemahan Teks

Kaedah terjemahan yang sesuai untuk teks ini seperti yang disarankan oleh Newmark 1994 (1982) adalah pendekatan terjemahan komunikatif. Terjemahan komunikatif berusaha menghasilkan pada pembacanya kesan yang sehampir mungkin seperti yang terdapat pada pembaca asal. Terjemahan komunikatif hanya menumpukan perhatian pada pembaca kedua, yang tidak mengharapkan kesulitan dan kesamaran, dan tidak mengharapkan pindahan unsur asing yang banyak ke dalam budayanya begitu juga ke dalam bahasanya  jika perlu. Tetapi di sini penterjemah masih perlu menghormati bentuk teks bahasa sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu sebagai satu-satunya asas bagi kerjanya. Kaedah komunikatif mesti menekankan ‘semangat’ daripada utusan itu. Terjemahan komunikatif besar kemungkinan lebih lancar, mudah, jelas, lebih langsung, lebih biasa, akur kepada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah, iaitu menggunakan istilah yang lebih umum, menyeluruh dalam petikan-petiakan yang sulit. Fokus terjemahan teks adalah kepada pembaca, pemikiran minda pengarang dan tujuan pengarang asal.


RUJUKAN

      Gonzalez,Valerie.,2000. Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and Architecture, I.B.Tauris,
            ms 5-6.

Newmark, P., 1994 [1982]. Pendekatan Penterjemahan, Kuala Lumpur. DBP.

Rabu, 16 September 2015

Seni Lukis ASEAN : 5 Dekad Pembangunan dan Cabarannya


Oleh: Faizal Sidik

Faizal Sidik (2015), 'Seni Lukis Asean: 5 Dekad Pembangunan dan Cabarannya' dalam Art of Asean-Our Exhibition, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia,  ms 32-38.



Pengenalan
Tanggungjawab korporat atau eksekutif sebagai penaung dan pemelihara warisan seni dan budaya dirantau ini boleh dilihat sejak kerajaan tradisional lagi. Semasa kegemilangan kerajaan Melayu di nusa tenggara ini seperti Melaka pada abad ke-14 dibawah pemerintahan Sultan Alauddin Riwayat Shah beliau menjemput pandai mahir dalam membuat perhiasan istana dengan menjadi milik kekal bagi golongan diraja dengan mengaji dan bekerja di istana boleh dikatakan sebagai bermulanya peranan golongan bangsawan atau korporat kita pada hari ini dalam menjaga dan memulihara khazanah bangsa untuk ditatap dari generasi ke generasi.

Sebelum itu jika kita menyelusuri kerajaan-kerajaan awal di Siam dan Indo-China yang lebih awal daripada itu seperti Champa, Annam, Ayudha, Jawa, Majapahit, Mataram, Sriwijaya merupakan antara kerajaan-kerajaan tradisional berlatarbelakangkan kepercayaan Hindu dan Buddha sebelum kedatangan Islam dirantau ini. Penemuan gendang Dong Song menandakan telah ada aktiviti kraf  dan seni pertukangan berasaskan logam yang terawal yang sudah tentu dinaungi oleh golongan berada yang terdiri daripada golongan diraja  sebagai satu alat istiadat golongan itu yang datangnya dari istana dalam menaja pembuatannya.

Selain itu atas dasar perlindungan daripada kerajaan yang lebih kecil dan lemah kepada kerajaan yang lebih besar dan kuat pada waktu itu seperti China. Kerajaan-kerajaan ini terpaksa membayar ufti atau hantaran seperti wang emas yang berbentuk pokok bunga yang bersadur dengan emas sebagai jaminan keselamatan daripada ancaman luar. Pembuatann hantaran perlindungan ini sudah tentu memerlukan pandai tukang yang mahir dalam seluk belok pembuatan acuan yang sudah tentu memerlukan kos yang tinggi pada masa itu. Golongan istanalah yang bertanggungjawab yang mempunyai sumber kewangan daripada kutipan  mashur bumi dalam menjadi patron kepada kerja-kerja tukang ini dan sesetengah peninggalan hasil seni ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini di muzium-muzium.

ASEAN
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ASEAN (Association of Southeast Asian Nation) ditubuhkan pada tahun 1967 adalah sebuah gerakan negara yang  diilhmakan dalam melihat kerjasama serantau yang lebih kukuh dan utuh yang terdiri daripada lima negara anggota yang awal seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kesatuan negara-negara Asia Tenggara ini boleh dianggap sebagai persatuan antara negara yang tertua didunia sebelum adanya Kesatuan Eropah (Europe Union), Liga Arab, Kesatuan Negara-Negara Selatan dan lain-lain. ASEAN ditubuhkan bukan sekadar untuk menjalinkan kerjasama ekonomi, sosial dan budaya negara anggota malah ia juga adalah ikatan negara bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan serantau negara anggotanya sebagai kawasan zon bebas dan berkecuali daripada ancaman senjata nuklear dan komunisme agar tidak berleluasa pada ketika itu.

Bagi saya apabila jika anda membicarakan seni lukis ASEAN ia tidak semestinya anda berbincang tentang seni lukis di Asia Tenggara. Anda mungkin boleh berbicara apa sahaja mengenai seni lukis Asia Tenggara daripada utara Myanmar sehinggalah ke selatan Timor Liste tanpa sekatan namun untuk membawa ASEAN bersama-sama anda perlu melihat dari aspek kerajaan dengan kerajaan, lingkungan hubungan luar dan  kaitanya dengan kerjasama serantau. Dalam kata lain dalam kata kita ingin membaca apakah seni lukis ASEAN ia menuntut kita melihatnya dalam kaca yang lebih formal, ekslusif dan merupakan hubungan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan dalam bidang kesenian.Walaupun hubungan kesenian melalui hubungan luar negara serantau ini telah berlaku sejak berabad-abad lepas semasa kerajaan tradisional namun belum ada usaha untuk melihat semula dan menilai kembali usaha-usaha pembangunan dalam dunia moden yang telah dijalankan melalui suara rasminya iaitu ASEAN sebagai platform.

1970 an
Kerjasama awal dalam seni lukis ASEAN mula terjalin sebelum tahun 1970an lagi iaitu setahun selepas penubuhanannya. Pada tahun 1968 telah diadakan pameran yang dinamakan ‘1st ASEAN Exhibition’ atau pameran Serantau Seni ASEAN yang diadakan di Jakarta. Namun pameran ini tanpa penyertaan Thailand. Pada tahun 1972 telah diadakan buat pertama kali penyertaan semua anggota asal ASEAN yang asal pada pameran ‘ASEAN Exposition of Painting and Photography’ di Singapura. Dalam usia yang terlalu muda adalah penting untuk memupuk, mempererat persefahaman dikalangan negara anggota maka diadakan pameran yang dinamakan ‘1st ASEAN Trevelling Exhibition of  Painting and Photography’ pada tahun 1974 di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur yang bergerak di bandaraya-bandaraya anggota. Pameran ini terus berjalan sehingga pada tahun 80 an dan 90 an. Pada tahun 90 an untuk menarik ramai lagi penyertaan melalui program pendidikan ia telah dijenamakan semula sebagai ‘ASEAN Trevelling Exhibition of  Painting, Photography and Children’s Art’. Pada 6 hingg 8 Mac 1978 telah diadakan satu mesyuarat secara rasmi kumpulan yang merancang program pembanguan seni lukis buat pertama kali iaitu ‘ASEAN Working Group of Culture’ di Jogjakarta.

Persidangan seni lukis ASEAN buat pertama kali pertama itu juga telah merancang penubuhan dana seni. Menyedari perlunya usaha untuk memelihara dan mempromosikan seni budaya dikalangan negara ASEAN selepas penubuhannya dalam menjalankan program-program pembangunan maka sebuah tabung yang dinamakan ASEAN Cultural Fund telah ditubuhkan pada persidangan itu. Dengan himpunan dana daripada angota ASEAN yang asal seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina program-program seperti seni budaya seperti seni visual dan seni yang digerakkan. Dengan penubuhan ASEAN Cultural Fund ini juga telah  diusahakan sebuah badan khas pengurusan dana iaitu Jawatankuasa Kebudayaan dan Informasi ASEAN atau COCI, inilah yang dinamakan ‘patron moden’ dalam merancang dan menaja program-program kesenian. Badan ini mengadakan persidangan pertama‘1st ASEAN Committee on Culture and Information (COCI)’ pada 4 hingga 6 Oktober di Manila. Pada tahun 1978 badan ini telah berjaya keluar mengadakan pameran di luar rantau ini iaitu di Sydney dalam ‘Pameran Perdagangan ASEAN’. Setahun kemudian pada 1979 buat julung-julung kalinya juga sebuah buku panduan direktori diterbitkan  yang menghimpunkan senarai muzium-muzium di negara ASEAN pada ‘1st Meeting of ASEAN Museum Directors’ semasa persidangan ‘Meeting of ASEAN Cultural Expert’  di Manila

1980 an
Dalam merangka keakraban dalam seni budaya dikalangan negara anggotanya menerusi ASEAN COCI atau Asean Committee of Culture and Information. Mesyuarat kedua yang  diadakan di Jakarta pada 16-18 Januari 1980 telah meluluskan projek ASEAN Square Sculpture Symposium yang disarankan oleh Singapura untuk membina sebuah taman arca awam sebagai salah satu mercu tanda solidariti kesatuan negara-negara yang menganggotai Asean. Oleh yang demikian ‘1st ASEAN Square Sculpture Symposium’yang pertama telah diadakan di Singapura bertempat di Singapore Polytechnic selama 19 hari iaitu pada 27 Mac  hingga 15 April 1981. Lima arca awam telah dipasang di Ford Canning Park antaranya Ariffin Ismail (Malaysia), Ng Eng Teng (Singapura), Vichai Sithiratn (Thailand), But Muchtar (Indonesia), Napolean Abueva (Filipina). Arca gentian kaca Ariffin Ismail yang bertajuk ‘Taming Sari’ dilaporkan telah mengalami kerosakan dan digantikan dengan arca Anthony Lau manakala Arca dari Brunei oleh Osman bin Mohammad dibina pada tahun 1988.

Pada 1983 ‘2nd ASEAN Square Sculpture Symposium’ pula telah diadakan di Bangkok, Thailandyang bertempat di Universiti Chulalongkorn selama 48 hari pada 16 Oktober sehingga 2 Disember. Sebanyak 5 arca yang telah dipilih untuk dibina di Chatuchak Parkantaranya Chamraung Vichienket (Thailand), Zakaria Awang (Malaysia), Mon Mudjiman (Indonesia), Solomon Arevalo (Filipina), Tan Teng Kee (Singapura). Arca ke enam telah dibina di taman ini pada tahun 1987 yang diwakili oleh Pengiran Sabri Pengiran Mohamad dari Brunei.

‘3rd ASEAN Square Sculpture Symposium’ telah diadakan di Taman Ismail Marzuki di Jakarta, Indonesia  pada 6 November hingga 20 Disember 1984 selama 46 hari. Apa yang menariknya kali ini adalah penyertaan secara rasmi anggota baru Asean dari Brunei yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun itu. Enam arca awam telah dibina di Taman Suropati antaranya Sunaryo (Indonesia), Lee Kian Seng (Malaysia), Luis E.Yee Jr. (Filipina), Wee Beng Chong (Singapura), Nonthivathn (Thailand) dan Awang  Aspar (Brunei).Bandar Seri Bagawan, Bruneidipilih untuk menganjurkan ‘4th ASEAN Square Sculpture Symposium’ pada tahun 1986 yang diadakan pada 11 Januari sehingga 24 Februari iaitu selam 35 hari. Dengan tema ‘Harmoni dalam Kepelbagaian’ arca yang dibina di Taman Rekreasi Damuan yang terletak sepanjang Persiaran Damuan berhampiran dengan Istana. Sebanyak 6 lagi buah arca awam dibina yang diwakili oleh Haji Marsidi Haji Akip (Brunei), Latiff Mohidin (Malaysia), Husna (Indonesia), Eduardo Catrillo (Filipina), Micheal Ong Chu Keng (Singapura) dan Saravudth Duangjumpa (Thailand).

Malaysia menjadi tuan rumah ‘5th ASEAN Square Sculpture Symposium’ yang diadakan selama 41 hari pada 20 Julai hingga 1 September 1987 berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur. Lokasi taman arca yang diberi nama ‘Laman Asean’ ini yang tidak begitu jauh daripada Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ini. Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam yang berpegang kepada ajarannya, kepelbagaian budaya, sensitiviti sosial dan politik tema arca abstrak diberikan kepada 6 wakil negara yang terpilih antaranya Syed Ahmad Jamal (Malaysia), Dolorosa Sinaga (Indonesia), Han Sai Por (Singapura), Jerusalino V. Araos (Filipina) Itthi Khongkhakul (Thailand) dan Abu Bakar Abdul Rahman (Brunei).

‘6th ASEAN Square Sculpture Symposium’ telah diadakan di Manila,Filipinapada 15 Februari hingga 31 Mac1989 . Simposium yang telah diadakan selam 46 hari ini diadakan Philippines Cultural Centre berhampiran yang diberi nama ‘Liwasang Asean’ Roxas Boulevard. 6 pengarca negara ASEAN yang telah dipilih membina arca mereka di sini ialah Ramon G. Orlina (Filipina), Redza Piyadasa (Malaysia), Brother Joseph McNally (Singapura), Gregorius Sidharta Soegijo (Indonesia), Kamol Phaosavasdi (Thailand) dan Awang Sitai (Brunei).Pada tahun 1980 an walaupun program-program pembangunan yang dirancang pada tahun 70 an terus dijalankan namun penganjuran ASEAN Square Sculpture Symposium lebih menonjol kerana ia melibatkan satu kawasan lapangan yang kekal dimana karya-karya yang letakkan masih boleh dilihat pada hari ini. Inilah apa yang dikatakan rasa muhibbah walaupun mereka hidup dalam kepelbagaian.

 1990 an
Pada lewat tahun 80 an dan awal tahun 90 an mula terdapat kesedaran dikalangan anggota ASEAN dalam meningkatkan lagi kebersamaan diantara mereka dengan memikirkan hubungan luar bukan sahaja hanya terjalin melalui aspek fizikal melalui bentuk lawatan, pameran dan bengkel seni sahaja. Birokrat dan seniman mula menyedari terdapat kelopongan dari sudut intipati persoalan mengenai falsafah seni, estetika, semiotik dan jatidiri serantau yang dikongsi bersama oleh rakan ASEAN. Maka dalam untuk meraikan keserumpunan diadakan satu persidangan yang lebih serius dalam mengupasnya ‘1st ASEAN Syposium of Aesthetic’ di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Syarahan dan himpunan kertas kerja oleh wakil negara anggota yang terdiri daripada pelukis, kurator, pengkritik, penulis dan pentadbir seni seperti Ismail Zain, T.K. Sabapathy, Redza Piyadasa,Jim Supangat, Apinan Poshiananda berjaya diterbitkan. Pada tahun 1993 ‘2nd ASEAN Symposium of Aesthetics’ telah diadakan di Maniladan  ‘3rd ASEAN Symposium of Aesthetics’ yang diadakan di Singapura merupakan persidangan yang terakhir dan tidak diteruskan lagi.

Penglibatan syarikat korporat secara aktif dalam membantu pembangunan seni lukis di rantau dengan menaja sumber kewangan  boleh dilihat secara rasmi bekerjasama dengan negara ASEAN iaitu institusi seni samada muzium seni dan institut pengajian tinggi seni dinegara-negara ini bermula pada tahun 1990 an. Syarikat tembakau Philip Morris Group of Companies dengan sokongan ASEAN Secretariat yang beribu pejabat di Jakarta telah menganjuran sebuah pertandingan dan anugerah seni lukis uang sangat popular sedikit masa dahulu iaitu ‘ASEAN Art Awards’ untuk pelukis yang berpengkalan di negara-negara ASEAN bermula pada tahun 1994.   Pertandingan ‘ASEAN Art Awards’ dianjurkan melalui dua peringkat, peringkat awal adalah peringkat negara dimana 5 pemenang hadiah utama akan dipilih bertanding sekali lagi di peringkat akhir yang dinamakan ‘ASEAN Art Awards Finals’ menghimpun semua pemenang dari negara-negara ASEAN seperti Singapura (1994), Jakarta (1995), Bangkok (1996), Manila (1997).Hanoi (1998), Kuala Lumpur (1999) dan Bali (2002).

Selepas berakhirnya ancaman komunisme di Indo-China negara-negara Asia Tenggara bekas jajahan Perancis seperti Kemboja Laos, Vietnam dan Myanmar dijemput masuk untuk menyertai ASEAN dalam memperkasakan lagi pertubuhan itu semasa Persidangan Kemuncak ASEAN pada tahun November 1997 di Kuala Lumpur.Bagi meraikan penganjuran itu satu pameran khas yang bertajuk  ‘12 ASEAN Artists’ telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara yang dikuratorkan oleh Valentine Willie menghimpun pelukis-pelukis dirantau ini seperti Affandi, Heri Dono (Indonesia), Latiff Mohidin, Jailani Abu Hassan (Malaysia), Georgette Chen, Jimmy Ong (Singapura), Montien Boonma, Thawan Duchanee (Thailand), Anita Magsaysay-Ho, Elmer Borlongan (Filipina), Bui Xuan Phai (Vietnam) dan MPP Yei Myint dari (Myanmar). Sungguhpun tiada pelukis Laos namun pameran ini telah menampakkan kerjasama antara institusi seni kerajaan dimana sebanyak 10 karya utama pameran ini adalah pinjaman Balai Seni Lukis Negara daripada Singapore Art Museum, Neka Museum Bali dan Metropolitan Museum of Manila.

2000 an
Ledakan teknogi maklumat melanda diserata dunia pada hujung tahun 1990 an dengan wujudnya komunikasi melalui jaringan pautan didalam internet. Manusia kini hidup dalam sebuah kampung global dan menjadikan sistem perhubungan semakin mudah, pantas dan murah. Pada tahun 1999 satu projek telah yang diusahakan dalam menggunakan aplikasi elektonik dalam seni yang dinamakan ‘E-Art ASEAN Online’ . Projek  pengkalan data atas talian mengenai Seni Internet di Asia Tenggara oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu Hasnul Jamal Saidun dan Nirajan Rajah adalah pelopor awal kepada usaha-usaha ini di Asia Tenggara.
                                                                                                    
Kesinambungan daripada pengkalan data yang diterbitkan di internet satu pameran seni yang dinamakan ‘1st Electronic Art Show’ atau pameran Seni Elektronik pertama telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2000. Tidak terhenti di situ sahaja pengaruh seni elektronik atau media baru dengan penggunaan komputer, video, televisyen sukup berpengaruh dalam pengkaryaan seniman di rantau. Pada tahun 2005 Seketariat COCI melalui ASEAN Working Group on Visual and Performing Arts telah mengadakan ‘New Media Arts Competition and Exhibition’ di Jakarta. Pada 2009 diadakan sekali lagi di Jakarta ‘Research and Mapping of ASEAN New Media Art’ . Seminar ini boleh dikatakan adalah melihat semua setelah sedekad yang lalu perkembangan seni itu dirantau ini.


2010 an
Kebangkitan Asia Tenggara sebagai pasaran baru ekonomi di alaf baru dan menuntut kerjasama baru yang lebih luas melampaui sempadan oleh kalangan negara ASEAN dengan negara Asia Timur dan Asia Pasifik. Hubungan di luar negara-negara ASEAN ini di manifestasikan dengan pakatan seperti ASEAN + 3, ASEAN-China, ASEAN-Japan, ASEAN- South Korea.ASEAN + 3 merupakan satu pakatan yang meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi, kewangan, pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan instratuktur. Ia dilihat saingan kepada Amerika Syarikat di Asia Pasifik.

Integrasi dalam seni lukis ini telah diterjemahkan melalui sebuah pameran yang dinamakan ‘The Origin of Beauty’ Special Exhibition of ASEAN – Republic Korea Commerative Summit 2014. Pameran khas dalam meraikan 25 tahun hubungan antara ASEAN dan Korea Selatan yang diadakan di Busan Museum of Art (BMA) sempena Sidang Kemuncak ASEAN – Republik Korea pada Disember 2014 ini menghimpunkan lebih 100 karya yang dipinjamkan daripada koleksi institusi kerajaan ASEAN seperti Malaysia diwakili Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan Galeri Petronas, Singapore Art Museum (SAM), Muzium Negara Indonesia, Museum of Contemporary Art, Bangkok, National Museum of Combodia dan Lao National Museum.

Pentingnya sebuah pusat yang mengkaji kebudayaan negara Asia Tenggara yang dapat menjadi tempat aktiviti-aktivi seperti ruang galeri pameran, bengkel, ceramah dan lain-lain  pada tahun 1990 di Tokyo Jepun telah dibina sebuah galeri Japan Foundation ASEAN Culture Center Gallery sempena pameran ‘Narrative Visions in Contemporary ASEAN Art’ iaitu pameran yang menghimpunkan karya koleksi daripada Fukuoka Art Museum. Semasa Persidangan Kemuncak ASEAN – Republik Korea 2014 di Busan yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan, satu lagi ASEAN Culture Center telah dibuka di Seoul. Menyedari telah ada 2 pusat kebudayaan yang dibuka di luar Asia Tenggara pada tahun 2015 sebuah lagi ASEAN Cultural Center yang terletak di negara ASEAN telah dibuka di Bangkok dalam menjadi tempat rasmi kepada program-program kebudayaannya.

Cabaran Masa Depan
Program yang dianjurkan COCI atau Asean Committee of Culture and Information pada tahun 1980 an seperti ASEAN Square Sculpture Symposium’ seharusnya tidak terhenti sahaja pada tahun 1989 di negara yang terakhir dalam mencukupi 6 anggota ASEAN pada waktu itu. Dengan kehadiran 4 negara anggota baru dalam kesatuan ini pada akhir 1990an adalah disarankan  dihidupkan semula secara dwi tahunan di bandaraya seperti Yangon, Phnom Penh, Ho Chi Minh dan Vientiane. Program ini seterusnya boleh dipusingkan semula kepada negara-negara asal ASEAN. Sehubungan dengan itu adalah baik sekiranya negara ASEAN mempunyai biennale seni kontemporari sendiri dimana sebuah acara besar itu boleh mengaktifkan semula program-programCOCI sebelum ini seperti ASEAN Sculpture Square Symposium, ASEAN Exhibition of Painting and Photography,ASEAN Symposium of Aesthetics,  ASEAN Youth Painting Workshop and Exhibition, ASEAN Exhibition of Children Art, ASEAN Photo Competation. ini sebagai salah satu program yang dijalankan secara serentak dibawah payung ASEAN Biennale.

Lantaran daripada cadangan ini setiap negara yang akan menganjurkan ASEAN Biennale perlu diberi sumber peruntukan oleh COCI dalam negara anggota membina lokasi kekal yang boleh digunakan oleh negara yang menjadi hos. Penempatan lokasi ini boleh mengambil model Giardini semasa Venice Biennial atau model tempatan yang telah ada seperti Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN yang terletak di Air Keroh, Melaka dimana ia merupakan rumah perkampungan budaya. Bagi ASEAN Biennale perlu dibina ruang pameran dan seminar berasaskan seni bina tradisional  negara anggota secara kekal disebuah kawasan didalam atau berhampiran bandaraya Kuala Lumpur yang akan menjadi salah satu daripada produk pelancongan budaya bagi Malaysia dan ibu negara negara anggota yang akan menghoskannya. Mungkin sahaja tempat ini boleh dinamakan sebagai Taman BudayaASEAN atau ASEAN Culture Park dimana progrmnya bukan sahaja mengkhususkan sahaja kepada pameran dan simposium dan bengkel seni visual tetapi ia boleh diselingkan dengan genre seni lain seperti seni persembahan, seni tari, seni muzik dan filem.

Sejak tahun 2000 an ataupun lebih awal daripada itu telah mula menampakkan negara anggota ASEAN menjalankan biennale mereka sendiri misalnya Jakarta Biennale, Biennale Jogja, Singapore Biennale dan yang terkini SEA Triennale. negara-negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia adalah antara negara anggota yang mula menyertai dan meletakkan pavillion nasional mereka di Arsenale dan merata tempat semasa Venice Biennale. Atas dasar kesepakatan dalam bidang seni yang telah dijalin hampir 50 tahun maka kini adalah masa yang baik pengurusan COCI untuk mencacakan bendera ASEAN Pavillion semasa Venice Biennale di masa akan datang dalam mempromosi dan mengetengahkan pelukis bagi setiap negara anggota di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Rujukan:
Katalog pameran Fifth ASEAN Square Scukpture Symposium, Balai Seni Lukis Negara, 1987.
Ooi Kok Chuen, ‘Decade in Art’, New Straits Times, Nov 21, 1989.
Valentine Willie, Curator Note , pameran 12 ASEAN Artists, Balai Seni Lukis Negara, 2000
Katalog pameran ‘The Origin of Beauty – Dramatic Nostalgia’ Busan Museum of Art, 2014
Faizal Sidik, ‘Korea dan Hegemoni Kuasa Amerika Syarikat-The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia Sebuah Pameran Asia Tenggara Dalam Membina Kepercayaan dan Membawa Kedamaian Asia Pasific, Senikini #23, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. 2015
List of COCI Projects and Activities – ASEAN COCI, http://cultureandinformation.asean.org/wp-content/uploads/2013/11/List-of-COCI-Projects-Activities.pdf
Simon Soon, ‘Maps of SEA’ , http://www.search-art.asia/attachments/files/MAPoftheSEA.pdf