Oleh: Faizal Sidik
Teks
Kesusasteraan
Lacey memasuki ke galeri pada petang
hari Isnin menuju ke kaunter pertanyaan, dan menanyakan Donna jika ada mesej
untuknya.
“Ya,
satu mesej daripada Goodman Gallery dan satu lagi daripada Patrice Claire”
“Adakah
mesej itu untuk saya atau Encik Talley?” katanya dalam menyembunyikan kebenciannya
“Saya
tidak pasti.”
“Adakah
Encik Claire bertanyakan tentang saya?”
“Ya,
ada”.
“Ada
dia tinggalkan nombornya?”
“Ada
dia kata beliau akan berada di hotel
itu...dihujung jalan sana?
“Hotel
Carlyle?”
“Ya.”
Eksklusif
dan mewah, Hotel Carlye merupakan pusat seni. Bangunan yang tersergam di Madison
Avenue seperti rumah api yang memancarkan cahaya. Pembeli dan penjual hasil seni daripada seluruh dunia datang ke Carlye, biasanya
merupakan orang-orang penting yang rapat dengan putera atau puteri raja, presiden, perdana menteri
dan pelancong-pelancong berdompet tebal yang tidak dikenali dari luar yang
tidak berkira-kira untuk membayar 56 ringgit untuk memesan segelas jus oren dan
mereka ini tidak terlalu menghiraukan sekiranya ada pelakon terkenal yang
berjalan di lobi dengan memakai seluar jeans dan cekak rambut. Ursus Book
terletak di tingkat dua, menjual buku-buku seni yang eksklusif dan edisi terhad, kedai buku ini menjual tiga
puluh tiga jilid katalog raisone Pablo Picasso dengan harga sekitar seratus
tujuh puluh lima ribu ringgit, dimana penjual seni Modenis wajib memilikinya,
sama ada perlu atau tidak mereka membuka semula jilid-jilid buku itu. Di jalan
hadapan Carlye terletaknya Gagosian Gallery, kini giat mengantarabangsakan
ruang galerinya diluar negara. di Up Madison terletak Sant Ambroeus, restoran
citarasa Itali dimana sering dijadikan tempat peniaga seni bertemu pada
waktu makan. Apabila Larry Gagosian,
iaitu seorang peniaga seni yang berpengaruh bercakap-cakap tentang
pelukis-pelukisnya, dan pada masa yang sama di meja sebelah pula Bill Acquavella iaitu peniaga lukisan-lukisan
Impressionis pula tidak berhenti-henti membicarakan tentang perniagaan seninya juga, tempat itu berubah
seolah-olah menjadi tempat bom nuklear
yang sedang meletup. Sungguhpun kedua-dua mereka bersaing antara satu sama lain
tetapi mereka tetap berkawan baik, sejak secara rasmi mereka mengambil jalan
masing-masing dalam memasarkan seni, kadangkala bahang saingan itu boleh
dirasakan sekiranya berlaku pertindihan dalam urus niaga seni. Picasso berada dibawah Acquavella dan Cy
Twombly adalah pelukis Gagosian namun bagaimana sekiranya putera Saudi mahu
menukar lukisan Picasso untuk mendapatkan Twombly? Perang.
Analisis
Teks
Petikan
Teks: Steve Martin, An Object of Beauty a Novel, Grand Central Publishing , 2010, ms 130-131
Tujuan
Teks: Satu novel tentang ‘Objek yang
Indah’ yang menceritakan alam hubungan
seni yang melibatkan pelukis, kurator, peniaga seni, penghimpun seni dan penghayat seni. Penulisannya untuk
memberi gambaran tentang alam perniagaan
dan pemasaran karya seni secara
lebih dekat melalui pengalaman penulis sendiri sebagai pelakon dan penghimpun seni.
Tujuan
Penterjemah: Penterjemah akan cuba untuk memastikan terjemahan itu mempunyai kekuatan ekspresi dan cara
membujuk seperti karya asal penulis
dan seterusnya memberikan kesan yang sama kepada pembacanya seperti pembaca asal. Penterjemah juga akan sedaya upaya untuk menyampaikan cita rasa
budaya teks bahasa sumber, dengan gaya
bahasa penterjemah.
Pembaca
dan Latar Teks: Pembaca teks sasaran adalah pembaca novel terutamanya yang meminati
seni lukis kerana penulis teks banyak menggunakan istilah seni halus. Tahap pelajaran mungkin mereka yang lepasan sekolah
menengah atau yang mempunyai
ijazah pertama dalam bidang seni terutamanya mereka yang
mendapat pendidikan di luar negara yang terdedah dengan pergerakan seni disana. Teks ini
ditemui oleh penterjemah senidiri yang
diterbit dalam bentuk novel dalam bahasa sumber.
Mutu karya dan Pertanggungjawban teks :
Penulis teks adalah seorang pelakon komedi yang cukup dihormati cuba untuk menulis novel. Ini merupakan novel beliau yang kedua. Gaya penulisannya mungkin lebih baik daripada yang pertama. Bagi penterjemah penulis asal sedaya upaya mencurahkan pengalaman beliau yang terlibat secara langung dalam jual beli seni hasil daripada pendapatan lumayannya sebagai pelakon walaupun budaya bahasa sumber cukup berbeza dengan penterjemah. style='mso-spacerun:yes'> Provence.
Mutu karya dan Pertanggungjawban teks :
Penulis teks adalah seorang pelakon komedi yang cukup dihormati cuba untuk menulis novel. Ini merupakan novel beliau yang kedua. Gaya penulisannya mungkin lebih baik daripada yang pertama. Bagi penterjemah penulis asal sedaya upaya mencurahkan pengalaman beliau yang terlibat secara langung dalam jual beli seni hasil daripada pendapatan lumayannya sebagai pelakon walaupun budaya bahasa sumber cukup berbeza dengan penterjemah. style='mso-spacerun:yes'> Provence.
Kaedah
Terjemahan Teks
Kaedah terjemahan yang sesuai untuk teks
ini adalah pendekatan terjemahan semantik. Menurut Newmark, 1994 (1982)
terjemahan semantik atau makna cuba menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya
yang terdapat dalam teks asal, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik
dan sintaksis bahasa. Terjemahan semantik tetap berkisar pada budaya asal dan
menolong pembaca hanya pada konotasi jika itulah sahaja utusan insan yang penting
dalam teks. Terjemahan semantik bersifat rumit, lebih kekok, lebih terperinci,
lebih mendalam dan menelusur proses fikiran penyampai daripada tujuannya.
Terjemahan ini cenderung untuk memberi terjemahan yang lebih khusus dari yang
asal, memasukkan lebih makna dalam usaha mencari satu warna makna.
Newmark,
P., 1994 [1982]. Pendekatan
Penterjemahan, Kuala Lumpur. DBP.
Martin, Steve., 2010. An Object of Beauty a Novel, Grand
Central Publishing, ms 130-131
Tiada ulasan:
Catat Ulasan