Oleh: Faizal Sidik
Reformasi
Krisis ekonomi Asia yang berlaku pada tahun 1997 telah memberi tempias dan kepanikan kepada negara. Penyingkiran Anwar Ibrahim dalam kerajaan Mahathir Mohamed ekoran daripada sokongan Anwar terhadap pelan pemulihan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa atau International Monetry Fund (IMF) semasa menjawat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 sungguh mengejutkan dan memberi impak yang besar terhadap masa depan politik Malaysia kerana pengaruh kewibawaan dan kepimpinan Anwar yang begitu besar dalam kerajaan Mahathir.
Ketidakpuashatian rakyat dan golongan seniman bagaimana isu itu diselesaikan telah membangkitkan laungan semangat reformasi bukan sahaja datangnya daripada golongan marhain malah datangnya dari anak muda, seniman dan juga sasterawan. Banyak juga penerbitan seperti buku dan majalah yang bersimpati dan ingin berkongsi pandangan dengan persoalan sosial-politik semasa tanahair. Kemuncak terjemahan resah dan gelisah daripada itu maka keluarlah novel politik satira ‘Shit’ (1999) oleh SN Shahnon Ahmad yang mengegarkan dunia kesusasteraan negara kerana menggunakan metafora usus dan bahagian perkumuhan manusia sebagai naratif kritikan beliau permasalahan ini yang kemudiannya diharamkan.
Malaysia diambang memasuki alaf baru tahun 2000 dalam keadaan kitaran politik yang panas. Reformasi tidak terhenti setelah penahanan Anwar Ibrahim di penjara. Penterjemahan prinsip keadilan ini dijelmakan dengan penciptaan logo ADIL atau Pergerakan Keadilan Sosial oleh Seniman Negara Syed Ahmad Jamal sebagai tindakbalas ketidakpuashatian kepada pemerintah. Perjuangan reformasi ini diteruskan dengan penubuhan parti yang memperjuangkan keadilan bukan sahaja kepada Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik tetapi juga keadilan untuk semua warga wadah dalam memperjuangkan suara keadilan dalam sistem pemerintahan demokrasi. Dr Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim dilantik menjadi Presiden pertamanya.
Logo ADIL Pergerakan Keadilan Sosial oleh Seniman Negara Syed Ahmad Jamal kemudiannya diangkat menjadi logo rasmi Parti Keadialan Nasional (Keadilan). Pelukis Syed Ahmad Jamal sememangan dikenali sebagai pelopor gerakan ekspresionis abstrak tempatan sememangnya terkenal dengan karya-karya yang menggunakan bentuk-bentuk mujarad bergeometrik seperti segitiga, segiempat, bulatan dan lain-lain. Warna lapangan atau bidangan tau colorfield painting yang sering kali digunakan dalam sesebuah karya catan boleh dilihat cirinya dalam logo ini. Logo ini boleh dilihat sebagai sebuah karya catan yang menggunakan warna bidangan biru yang sering dikaitkan dengan warna langit dan laut yang memberi gambaran ketenangan dan kebebaan. Warna biru merupakan perlambanagn kepada keamanan , kebenaran, inspirasi rohani, pemikiran yang tinggi. Bentuk seperti anak bulan putih di kiri dan kanan melambangkan keseimbnagan yang memaknakan keadilan. Jika diperhatikan elemen gabungan warna dan keseimbangan ini membentuk rupa lain ditengah-tengah iaitu bentuk mata yang melambangkan penglihatan atau dalam kata lain visi. Dalam kata laini visi untuk melihat keadilan dan kebenaran itu diperlihatkan dan diperjuangkan.
Pengkaji atau pemerhati yang mengikuti secara rapat karier Syed Ahmad Jamal tentu sedia maklum bahawa beliau bukan sahaja pelukis juga adalah seorang pereka grafik, pereka set pentas, prop, penulis, pentadbir dan lain-lain. Jika dikaji logo ADIL ini mempunyai sedikit persamaan dengan penciptaan logo Balai Seni Lukis Negara oleh belliau sendiri reka yang memperlihatkan rupa mata yang melambangkan penglihatan pelukis atau pengiat seni visual. Manakala bentuk segiempat di didalam mata mewakili seni lukis dan bentuk bujur memanjang inti sari seni. Logo ini juga adalah merupakan visi dalam melihat kedalam intipati karya seni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan