Oleh: Faizal Sidik
1.
Latar belakang
Pusat Sumber
Balai Seni Lukis Negara pada masa itu ditubuhkan pada tahun 1984 semenjak Balai
Seni Lukis Negara berpindah daripada bangunan awalnya di Pusat Pelancongan
Malaysia (MATIC) ke Hotel Majestic di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
yang berhadapan dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Pusat Sumber ini pada
awalnya berperanan sebagai perpustakaan untuk menyimpan buku, akhbar, majalah,
katalog, risalah dan fail-fail pelukis Malaysia dalam memberi khidmat kepada
kakitangan membuat rujukan dan penyelidikan.
Bagi mendepani perkembangan era digital pada hari ini, Pusat Sumber (Pusat
Rujukan Seni Negara) berhadapan dengan informasi maklumat tanpa sempadan yang
semakin mencabar dan serba pantas. Pusat Sumber kini bukan sahaja perlu memberi
kepuasan kepada kakitangan Balai Seni Negara tetapi juga masyarakt luar sebagai
pelanggannga. Untuk mendepani cabaran ini capaian maklumat seni yang berada di
sini perlu terkini dan mudah dicapai oleh sesiapa sahaja yang datang ke Balai
Seni Negara.
2.
Pusat Rujukan Seni Asia Tenggara (PUSAT)
Melangkah dekad 2020 selaras dengan perkembangan semasa Pusat Sumber ini
perlu dinaiktarafkan dari segi penggunaan teknologi digital dalam pengurusan
dan pengaksesan maklumat penyelidikan dan dokumentasi seni. Selaras dengan
hasrat untuk menjadikan Balai Seni Negara sebagai sebuah institusi seni utama
negara di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang unit ini perlu
dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Pusat Rujukan Seni Asia Tenggara
(PUSAT) atau Southeast Asia Archive
Centre.
Pusat Rujukan Seni
Asia Tenggara (PUSAT) adalah sebuah
pusat penyelidikan dan dokumentasi seni lukis Malaysia dan Asia Tenggara yang
di bawah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Pusat ini juga berperanan
dalam menjadi sebuah pusat sehenti atau hab seni seni yang ulung dalam membina
dan mempromosikan seni tradisional, moden dan kontemporari di rantau ini. Pusat
ini menghimpunkan risalah, katalog, buku, jurnal, buletin, majalah secara
cetakan dan digital yang memokuskan kepada seni tradisi, moden dan kontemporari
Asia Tenggara. Disamping itu pusat ini juga menjadikan program-program wacana
dan penerbitan sebagai satu cara untuk menghubungkannya kepada khalayak sasaran
seperti pelajar, penyelidik, penulis, pelukis dalam memperbanyakkan lagi
khazanah ilmu seni di rantau ini.
3.
Objektif
i.
Menjadikan Balai Seni
Negara sebagai pusat penyelidikan dan dokumentasi yang utama di Asia Tenggara
ii.
Menyediakan kemudahan
capaian bahan-bahan persuratan seni.
iii.
Memberikan prasarana
lengkap dalam membuat rujukan pelukis-pelukis di Asia Tenggara
iv.
Menjadi pusat
kepustaakaan seni yang terulung di Asia Tenggara
4.
Fungsi
i.
Memperoleh dan
memulihara kepustakaan Asia Tenggara selengkap mungkin dengan pengkhususan
kepada bidang seni visual.
ii.
Menjadi pusat rujukan
seni Asia Tenggara yang mesra dan mudah dicapai melalui teknologi masa kini.
iii.
Menyumbang kepada
masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara amnya kepada sebuah masyarakat yang
berilmu dan berpengetahuan seni.
5.
Pengisian Program
i.
Wacana Seni Asia
Tenggara
ii.
Dialog Seni Serantau
iii.
Penerbitan Buku
iv.
Penerbitan Jurnal
v.
Audio siar (podcast iaitu siri episod yang
mengandungi fail audio/video digital)
6.
Sinopsis Pengisian Program Tahunan
1. Wacana Seni Asia Tenggara
Program ini merupakan sebuah program syarahan dua bulan
sekali yang diadakan di auditorium dengan menjemput sarjana dan ahli akademi
serantau untuk membicara seorang pelukis seni moden atau kontemporari seperti
Aminuddin TH Siregar dari Universitas Teknologi Bandung, Indonesia (Sojojono),
Abraham Ambo Garcia Jr dari Ateneo de Davao University, Filipina (Taladang
Artist), Ark Fongsamut dari Bangkok University Gallery, Thailand (Rirkit
Taravinaja), Seng Yu Jin dari La Salle College, Singapura (Cheong Soo Pieng), Fuad
Arif dari Universiti Teknologi Mara (Redza Piyadasa) dan Misouda Heuangsoukkhoun
dari Laos (Marisa Darasavath)
2. Dialog Seni Serantau
Program ini merupakan program perkongsian dan bicara seni
3 bulan sekali oleh pemain-pemain seni di Asia Tenggara yang terdiri daripada
pelukis, galeri, kurator dan kolektor seperti Heri Dono (Indonesia), Tran Loung
(Vietnam), Khai Hori (Singapura) dan Aye Ko (Myanmar).
3. Penerbitan buku
PUSAT mensasarkan untuk menerbitkan semula
penulisan-penulisan terpilih dan pernting dalam membicarakan seni Asia
Tenggara. Buku bersiri dwibahasa dengan tajuk Himpunan Penulisan Terpilih
(Companion Selected Writing) penulis yang berada di dalam senarai PUSAT adalah
seperti Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa (Malaysia), Jim Supangat (Indonesia),
Apinan Poshiananda (Thailand) dan Patrick Flores (Filipina).
4. Penerbitan jurnal
Pusat Rujukan Seni Asia Tenggara mensasarkan untuk
menerbitkan sebuah sebuah jurnal dwibahasa yang dinamakan Jurnal PUSAT yang
menghimpunkan penulisan-penulisan akademi oleh penulis-penulis seni di Asia
Tenggara.
5. Audio siar (podcast)
Program ini mensasarkan 12 siri episod dalam setahun,
audio siar atau podcast yang
mengandungi fail audio/video digital melalui temuramah dengan 12 pengkarya yang
berkarya dalam medium yang berbeza samada catan, arca, instalasi, fotografi,
media baru dan lain-lain. Hasil daripada rakaman ini akan dimuat naik ke dalam
soundcloud iaitu sebuah pengkalan audio bagi mendekatkan khalayak awam denga
isu-isu yang diketengahkan oleh seniman dalam pengkaryaan
7. Kemudahan yang
ditawarkan
i.
Fail pelukis Malaysia
ii.
Fail pelukis Asia
Tenggara
iii.
Fail Digital pelukis
Malaysia dan Asia Tenggara
iv.
Video pameran di
Balai Seni Negara
v.
Video temuramah
pelukis
vi.
Capaian internet
vii.
Penggunaan mesin
fotostat
viii.
DVD, Audio,
ix.
Alat pandang dengar (fon
telinga, AR,VR)
x.
Bahan rujukan
bercetak (buku, jurnal, majalah, brosur)
xi.
Bahan rujukan digital
(pdf, ebook, ejurnal)
xii.
Keratan akhbar
digital pameran seni
8.
Capaian Maklumat dalam talian (digital)
i.
Laporan berita seni
Malaysia dan Asia Tenggara
ii.
Keratan akhbar
iii.
Kalender peristiwa
pameran, lelongan, expo, festival, biennale seni
iv.
Laporan perangkaan
dan ramalan acara seni
v.
Ucapan peristiwa seni
vi.
Direktori
9. Koleksi
i.
Monograf
ii.
Majalah/Jurnal
iii.
Kertas Kerja
iv.
Audio Visual
v.
Koleksi Khas (buku
nadir, tesis/disertasi, koleksi peribadi cth: Syed Ahmad Jamal)