Selasa, 28 Januari 2020

Ucapan dan Teks Ucapan Kurator Majlis Perasmian Pameran 'Aznan Omar: Manusia dan Gajet'


TEKS UCAPAN KURATOR
MAJLIS PAMERAN AZNAN OMAR: MANUSIA DAN GAJET
OLEH FAIZAL SIDIK
KURATOR, BALAI SENI NEGARA
5 MAC 2019 (SELASA)
3.00 PETANG

YBrs Puan Faridah Hanim Abdul Wahab­­
Ketua Kurator Kanan Seksyen Perkhidmatan Pameran
Balai Seni Negara

Pensyarah dan bekas pensyarah UITM Perak kampus Seri Iskandar


Pelukis yang diraikan

Rakan-rakan kurator dan pelukis

Wakil-wakil Media

Dif Dif Jemputan 
Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin

Hadirin sekalian,


     Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini kita dapat berkumpul di Balai Seni Negara bagi meraikan dan menyaksikan pameran ini .. Balai Seni Negara, mengalu-alukan kehadiran semua tetamu ke majlis pembukaan  pameran solo arca ‘Aznan Omar: Manusia dan Gajet’. Tahniah juga diucapkan kepada pelukis yang kita raikan pada hari ini iaitu pengarca dan juga pendidik En. Aznan Omar.

Balai Seni Negara telah menyediakan ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis muda iaitu Pusat Kreatif atau Creative Space. Balai Seni Negara melihat Pusat Kreatif ini sebagai hab seni dan landasan untuk pelukis-pelukis  seperti Aznan Omar, mengembangkan potensi seni dan ekonomi. Inisiatif yang disediakan ini diharap dapat membantu pelukis muda Malaysia mengembangkan karier seni mereka. Secara tidak langsung dapat memperbanyakkan lagi pameran seni arca dan mempromosikan seni arca mereka kepada pihak swasta dan  korporat di bangunan-bangunan mereka.

Hadirin sekalian,

Kehadiran internet atau world wide web (singkatan www) system jaringan-jaringan yang menghubungkan antara satu sama lain seperti jaring pada sarang labah-labah telah memacu perkembangan teknologi perhubungan pada hari ini dan pada masa yang sama telah mengubah persekitaran kehidupan manusia. Pembinaan enjin carian yang terawal seperti Internet Explorer, Yahoo, Mozilla Firefox dan yang popular pada hari ini Google telah membuka era baru maklumat kini berada dihujung jari dengan adanya kabel internet di pejabat dan rumah. Capaian terkini melalui wifi atau internet tanpa wayar manusia kini boleh berkomunikasi walau dimana sahaja mereka berada di atas kapal laut, kapal terbang di udara atau di kutub utara sekalipun manusia masih boleh berhubung.

Bidang seni dan rekaan juga tidak terlepas daripada terbias dengan fenomena baru yang menyerang masyarakat dunia pada hari ini. Seniman hidup di dalam masyarakat, persekitaran masyarkatlah yang menjadi inspirasi mereka dalam menghasilkan bentukan yang mewakili masyarakatnya. Aznan Omar bukanlah nama baru dalam pengarcaan, pameran solo kedua beliau di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara yang bertajuk ‘Manusia dan Gajet­­­’ adalah refleksi pelukis terhadap fenomena gaya hidup digital masyarakat kita pada hari ini. Karya ini boleh dianggap kritikan sinis beliau terhadap kegilaan masyarakat kita pada hari ini terhadap penggunaan telefon mudah alih sebagai interaksi sosial.
Hadirin sekalian,

Sebanyak 22 buah karya yang telah dipilih dalam pameran ini iaitu 11 buah arca dan 11 arca dinding. Dalam ‘Non Face To Face’ (2017) kelihatan sekumpulan figura duduk di dalam kumpulan namun tidak memandang antara satu sama lain. Manakala di bahagian kepada tersebut kelihatan ikon media sosial seperti facebook, whatapp, twitter, wechat dan lain-lain. Kemahiran Aznan Omar dalam membentuk figura dengan menggunakan kepingan aluminium memperlihatkan karya-karyanya arca berdiri sendiri (free standing) yang dihasilkan dalam pelbagai variasi kedudukan dan pada masa yang sama telah menyelesaikan permasalahan tapak arca.

Dalam karya interaksi ‘Interaksi Bawah Meja’ (2018) yang menggunakan bahan kepingan aluminium misalnya lapan figura yang sedang duduk di dalam meja bulat namun masing –masing dengan aktiviti masing-masing menggunakan telefon pintar. Kelihatan minda iaitu dibahagian kepada figura tersebut ikon-ikon yang terdapat di dalam media sosial seperti tanda suka (liked) dan bersembang (chat).

Kesimpulannya, karya-karya  Aznan Omar boleh dikatakan telah memberi sumbangan terhadap penggunaan bahan seperti aluminum dalam perkembangan seni arca di Malaysia. Isu yang dibawa oleh beliau terhadap perilaku pengguna media sosial di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah komentar sosial-budaya terhadap masyarakat yang telah menghakis perhubungan dengan manusia. Dalam kata lain pelukis mengajak kita untuk bermuhasabah dengan melihat ke dalam diri kita sendiri.
Sekian, Terima kasih

1 ulasan:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam