Selasa, 28 Januari 2020

Prakata 'Lok: Raja Shahriman Raja Aziddin'

                                                             Oleh: Faizal Sidik

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengarca Raja Shahriman Raja Aziddin di atas kelahiran karya-karya dalam siri Lok ini. Pameran ini merupakan sebuah pameran solo beliau yang ke-9 sepanjang 30 tahun berkarier sebagai pengarca sepenuh masa. Syabas juga diberikan kepada geleri Pelita Hati sebagai penganjur bersama dalam program rakan strategik yang dinamakan sebagai inisiatif swasta dalam membawa dan berkongsi pameran luar ini diadakan di Balai Seni Negara.

Hubungan tradisi dengan moden yang dibawa pengarca ini adalah salah satu manifestasi seni tiga dimensi yang bermain dengan ruang sebenar, penglihatan secara langsung dan membangkitkan sentuhan. Balai Seni Negara sejak awal penubuhannya telah  mula mempamerkan karya-karya arca seperti ‘5 Singapore Sculptor’ (1968), ‘Henry Moore’ (1968), ‘Rodin and His Contemporary’ (1969), ‘Tradisional Malay Carving in Wood’ (1971), ’45 Arcawan dari Amerika’(1974), ‘Seni Arca Moden di Malaysia’ (1976), Ramlan Abdullah: Anugerah Seni Zain Azraai (2001), ‘Nafas:Raja Shahriman Raja Aziddin dan Chin Wan Kee: Sculpturing Is Meditative’ (2017).

Pada tahun 2019 sebanyak 3 buah pameran arca lagi dianjurkan oleh Balai Seni Negara misalnya pameran ‘Aznan Omar: Manusia dan Gajet’, ‘Minta Perhatian: Arca Koleksi Balai Seni Negara’ (2019) dan pameran ‘International Marble Art Camp  (IMAC)’ yang telah diadakan di Balai Seni Negara Langkawi sempena pra KUL Bienalle 2020 sebagai tapak taman geologi warisan dunia.

Tahniah sekali lagi kepada pengarca dan kumpulan kuratorial yang menjayakan pameran solo ‘Lok: Raja Shahriman Raja Aziddin’. Semoga pameran arca yang berteraskan kesenian dan kebudayaan tradisional Alam Melayu ini terus subur berkembang dan menjadi tema pilihan kepada seniman kita di masa akan datang.



1 ulasan:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam