Susunan oleh:
Faizal Sidik
Esei
ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Hishamuddin Rais dalam kuliah Falsafah dan Pemikiran Kritikal yang
telah diadakan di Universiti Bangsar Utama (UBU) pada 2014.
Selamat petang kawan-kawan yang berada di dalam
studio dan juga kawan-kawan di rumah. Ini kali pertama kita membuat kelas ini 6
haribulan 2 2014. Sesiapa yang belum tulis nama sila tulis nama nanti
....Nampaknya ada 60 sehingga 70 lebih surat yang saya baca tadi kebanyakan
mereka yang telah menghantar surat itu telah ke universiti, kolej dan ada yang
sudah bekerja sendiri, saya tak tahu siapa nama dan ada bermacam-macam nama,
mereka juga mendengar kuliah ini menerusi Radio Bangsar Utama. Disebabkan ini
kali pertama saya membuat kelas ini maka sengaja saya mulakan sembilan setengah
dan ada orang tadi sesat jalan tidak tahu dimana, minggu depan saya akan
mulakan jam 9, mungkin semua dah tahu dimana Universiti Bangsar Utama, di
sebelah sana itu Universiti Malaya ini pula Universiti Bangsar Utama, ini lebih
demokratik lagi daripada Universiti Malaya. Ok, kalau tidak percaya tanyalah
Rahmat (Harun) yang pernah belajar di Universiti Malaya, betul ke tidak?
(audien gelak).
Ok, untuk kuliah pertama ini, saya ingin
memperkatakan kenapa kita perlu mempelajari falsafah? Semua orang tanya kenapa
falsafah? Pasal apa falsafah? What is so
important about philosophy? Apa yang penting tentang falsafah? Ok, kalau
saudara hendak dilihat kacak six packs,
saudara akan pergi ke gymnasium, betul ke tidak? Ada yang mengambil tongkat ali
ada yang mengambil viagra, itu kerana ada apa? Jadi itu untuk menjaga badan,
ada yang vegetarian ada yang .....untuk menjaga kesihatan, ada yang excercise ada yang berjogging, itu untuk
kesihatan tubuh badan tetapi untuk kesihatan fikrah, untuk fikiran, untuk
fikiran tiada jalan lain melainkan melalui falsafah. Falsafah ini adalah untuk excercise the brain . This is only way, hanya dengan cara
memahami falsafah baru kita dapat bersenam. Kalau orang tanya kita bersenam ini
ke gym, kelas falsafah di Universiti
Bangsar Utama ini adalah gymnastik untuk fikrah. This is excercise of the mind to sure that the mind is alert, ok,
dalam falsafah ni, ilmu falsafah ini termasuklah etika, moral, sains dan
matematik.
Nanti dalam kuliah-kuliah yang lain kita akan
melihat bagaimana ahli-ahli falsafah yang akan disebut samada Al Kindi atau Al
Farabi ke, mereka ini adalah mathematician,
so the philosopher themself are the same time, there are ethic and at the same
time there are mathematician, most of the earlier philosoher I can just named satu nama Phytogoras misalnya Teoram
Phytogoras itu dia ni adalah mathematician,
kerana apa? Mathematican ini akan
memberikan fikrah. Dia ni sangat rasional...rasional, pemikiran yang rasional
inilah kita katakan falsafah.
Ok, Di Malaysia ini belum ada universiti-universiti
yang memulakan kuliah falsafah ini, jadi oleh kerana itu inilah permulaan
Universiti Bangsar Utama sejak dahulu lagi 2005, yang kita adakan ini adalah
siri ketiga. Siri pertama di sini kemudian berpindah ke Anexxe kemudian
berpindah di sini, orilah universiti ori, tujuan kita ini adalah untuk
memahami, untuk excercise fikrah, to excersise your brain, itu sahaja
tiada apa-apa (maksud lain). Maka apabila kita sudah bersenam iaitu fikrah kita
telah bersenam maka kita berkeupayaan untuk memiliki pemikiran krtikal. Apa dia
pemikiran kritikal ini? Critical thinking
. Pemikiran krtikal ini adalah apa ? pemikirana yang bertanya dan bersoal bukan sahaja hanya
mendengar. Dia bertanya...bersoal. Jadi saya harap sesudah mengikuti kuliah ini
kita akan memilliki pemikiran yang kritikal.
Ok, jadi di
sini ada suatu perkara saya mahu tanya, epistimologi atau theory of knowledge yang kita hendak belajar hari ini dari mana
ilmu pengetahuan itu sampai? Where does knowledge
come from? Dari mana ilmu pengetahuan itu sampai? Jadi untuk
pelajar-pelajar dan pendengar-pendengar. Saya mahu memberitahu bahawa falsafah
ini lebih tua daripada pemikiran agama, there
are older than religious though. Falsafah ini 2500 tahun lebih awal. Ini
4000 tahun dahulu lebih awal lagi manusia telah memikirkan, jadi kenapa manusia
telah memikirkan tentang falsafah ini. Manusia selalu bertanya mengapa dia di
sini?, why there are here? , kenapa
dia di sini?, ke mana sesudah ini ? ini adalah persoalan-persoalan hakiki yang
menimbulkan falsafah. Jadi yang paling penting sekali ini ialah bagaimana
kelahiran falsafah mesti memiliki curiosity
kekaguman tentang kehidupan, kagum melihat sesuatu itu. Kalau kita dahulu kagum
melihat bagaimana anak-anak muda sekarang menggunakan ipad, ipod, telefon,
magik. Saya kagum, saya dari dahulu lagi masih tidak faham bagaimana radio ini
boleh bergerak, saya tidak dapat jawapan sudah ada komputer, sudah ada televisyen,
jadi semua ini kekaguman dan ini
memerlukan pemikiran bertanya, bertanya dan terus bertanya. Ini adalah asal
usul, kita mahu tengok asal usul idea ini, asal usul pemikiran ini.
Ini adalah the very...very begining of though,
sebelum lahirnya agama falsafah telah muncul dahulu dan kita lihat bagaimana falsafah
telah mempengaruhi pemikiran-pemikiran agama dan bagaimana agama itu menimba
pengetahuan daripada teori-teori falsafah, bagaimana ia menimbulkan teori
kebaikan, tuhan, god.
Semua itu
adalah perkembangan-perkembangan itu. Jadi apa yang saya mahu nyatakan di sini
ia adalah ia zero, begini kalau
saudara saudari belajar lukisan tiba-tiba saudara saudari belajar Picasso, ini
tidak betul, tiba-tiba belajar falsafah, tiba-tiba masuk post-modern. Jadi apa yang saya ingin nyatakan di sini ia adalah
urutan-urautan awal dari tahun kosong itu kita lihat bagaimana
percambahan-percambahan idea. Bagaimana falsafah ini membincangkan satu demi
satu ...satu...satu ...satu sampailah ke 2014 teori pasca moden (post
modernism) dan kita lihat bagaimana ia bermula...bermula. Ini adalah
percambahan idea atas idea, idea atas idea dan idea-idea ini bukan dari Eropah
bukan dari Yunaini, ia dari Yunaini dari timur tengah, daripada India, daripada
China. Idea-idea ni bercambah-cambah, tukar-menukar, ambil-mengambil. Oleh itu
pentingnya kita mengetahui salasilah tradition
of epistimologi ilmu pensejarahan dari
satu tempat kes suatu tempat, so this is
I want to go.
Manusia yang pertama mempengaruhi tamadun hari ini
tidak dapat tidak adalah Socrates. This is
modern philosopy, hari ini kita hidup di sini ini adalah pandangan fikrah
Socrates. Tetapi sebelum Socrates ini ada yang dipanggil Sebelum Socrates iaitu
pre-Socrates, di sini ada satu tempat
yang dinamakan pre-Socrates daripada orang-orang
yang bincangkan, ketika itu Athens iaitu
tamadun yang paling kuno sekali dalam dunia ini 6000 tahun dahulu dimana di
situ production pencarian telah
sampai ke satu tahap dimana telah muncul kelas yang boleh duduk dan berfikir
bukannya hanya untuk membuat. There are
people of that time the process of production telah sampai ke satu tahap,
mereka memiliki masa yang luas, daripada 10 tahun telah dari dari zaman
daripada Kenya berjalan dan terus berjalan dan sampai ke sana telah berkembang.
Manusia yang telah berkembang itu, jadi mereka mempunyai masa there have a time and there have a space to
think. Oleh kerana itu mereka melihat diri mereka, mereka takjub dengan
keagungan dunia, mereka berfikir. Ada namanya Thales ini sebelum Socrates lagi
, sebelum idea Socrates lagi Thales mengatakan semua kita ini datang daripada
air, this is jus one theory dan kemudian
anak murid Thales ini namaya Archimedes dia kata oh kerana di Eropah ini ada
empat musim dia kata “manusia ini bermusim-musim”. There is winter, summer, spring and autum dan Zenobius mengatakan
ini teori yang memunculnya roh, teori roh . Sebelum roh ini muncul 4000 tahun
dahlu orang telah memperkatakan roh kerana ia melihat terbakar menjadi , abu
dan hilang, kemana ia hilang? Ia hilang ini dinamakan roh. Dia menyangka kan
ini adalah roh. Kemudian kita lihat juga Pythagoras apa yang saya katakan tadi tentang
apa yang dikatakan teori matematik. Ini adalah sebelum Socrates, sebelum
Socrates ini manusia ini telah berfikir, pemikiran mereka yang melihat begitu
hairan sekali bagaimana dunia ini dan kemana dunia ini?
Saudara saudari mesti fikirkan Athens dengan bunga
anggurnya, dengan wine nya dan dengan makanan yang lumayan. Di situ orang-orang
Athens Greek they live tinggal disitu
. Athens dikatakan demokratik, yang dikatakan demokratik adalah kelas yang
memerintah iaitu the athelian 150
ribu di kota Athens itu boleh mengenal. Jadi
dibawah itu adalah orang-orang lain lain yang ditangkapnya . Jadi kerana
itu mereka ada luahan masa, because of
that they have a time, they have a time to set up religion. Jika saudara
anak-anak teater di sini saudara akan tahu teater ini juga bermula di Athens,
bagaimana sejarah teater bermula di Athens. Jadi ini saudara-saudara sekalian,
jadi kita tengok idea-idea ini muncul apa yang dipanggil teori Sophis oleh skeptic misalnya “Alamak
Kajang ini apalah ni” itulah dinamakan
skeptic, saudara mempertikaikan, saudara memperlekehkan, tidak menerima tetapi
tidak mengajukan oleh skeptic ini muncul lebih kurang 4000 tahun fikrah ini
muncul, dan ada yang mengatakan seperti ...kita semua ini wujud, kita semua ini
diciptakan, kalau kita wujud kita tidak tahu kita ini wujud, ratusan tahun
kemudian Rene Descartes kembali, ingat tak Rene Descartes mengatakan ‘I think therefore I am exsist’ atau
‘Saya wujud kerana saya berfikir’, anak muda hari ini timbul satu lagi falsafah
‘I like therefore I am’ (‘Saya suka
kerana saya wujud’) Facebook kan? haha (audien gelak). Jadi daripada manusia
tidak wujud Rene Descartes kata ‘Saya wujud kerana saya berfikir’ kemudian anak
muda hari ini 2014 ‘I like therefore I
am’ , itu perkembaangan tamadun manusia tetapi ‘I like therefore I am’ belum jadi falsafah lagi ya, Jean Deridda
belum tulis lagi ya.
Kita lihat dan kita tengok Socrates, saya tertarik
hati dengan Socrates ini kerana ketika itu Socrates ini sorry lah dia tidak kacak, hehe ketawa ya macam, dia gemuk,
pendek, tak mandi. Gemuk, pendek tidaklah segemuk Rosmah kot...hehe (audien
gelak) perut dia buncit tau dan unfurtunately
dia quite ugly man dan dia duduk di
Athens dia kawin, anaknya ada 2 orang.
Tentang perkahwinan dia kata apa? “If you
have a good marriage you are very lucky, but if do not have a very good marriage (saudara ni yang
hendak kawin ni) you become a philosopher”
hehe (audien gelak). “Kalau anda dapat perkahwinan yang cantik dan harmoni
oklah, tetapi kalau perkahwinan itu gagal jadi ahli falsafah” . Saya mahu
bercerita satu perkara ya, ini adalah pengalaman saya semasa berada di Eropah,
ketika itu 60 an the main philospher ketika
itu adalah Jean Paul Sarte dia duduk di Paris. Saya ada seorang kawan saya dia
mahasiswa dia Jewish dia French-Jewish namanya Samir. Samir ini adalah anak
mahasiswa 1968 semasa revolusi Perancis dia ini masa itu orang evoke Jean Paul Sarte, Jean Paul Sarte,
dia pun pergi ke rumah Jean Paul Sarte dan ketuk pintunya rummah Jean Paul
Sarte di Paris tidak tahu dimana tempatnya, dia ketuk dan Jean Paul Sarte
keluar, oh dan berkata “Kaulah Jean Paul Sarte”. Apa yang berlaku adalah saya
ada seorang kawan saya juga ahli falsafah dari Belgium juga seorang penyair poet nama nya William Kliff, dan apabila
William Kliff dan William Kliff punya teori Jean Paul Sarte itu menjadi
falsafah kerana he very ugly, tahukah
Jean Paul Sarte itu matanya cengeh, satu matanya bulat tau dia pakai spect macam penyanyi penari
dangdut...siapa nama dia? M. Daud Kilau. Oleh kerana Jean Paul Sarte ugly dia
jadi philospher kerana Socrates. Dia
hari-hari duduk di kedai, bukan warung lah adalah ...dia bekerja ayah dia
tukang batu. Dia juga dikatakan belum dikaji lagi ada pahatan-pahatan yang
ditinggalkan oleh Socrates ini.
Ok, dan di ketika itu, tuhan dia bukan tuhan atau
lebih tepat dewa, dewa ini ada bermacam-macam, dewa ini dan dewa ini, dewa yang
paling besar ada Zeus dan di atas bukit Athens dan bukit itu ada lagi sekarang,
ada satu tempat macam kuil macam temple Oracles namanya . Oracles ini sama juga
Oracle di Mesir Sphinx. Siapa yang pergi ke Mesir dia ada Oracles Spinhx, jadi
kalau saudara di zaman Firaun dahulu dia akan bertanya pada Sphinx, pada batu
dia bertanya, Begitu juga orang Athens akan bertanya pada batu itu. Salah satu
pertanyaan yang ditanya oleh orang Athen itu adalah “Siapakah manusia yang
paling bijak di Athens?” “Who is the most
wisest man in Athens?” 1,500,000
Athelian there ...orang-orang yang sophiscated,
jadi ditanya ditanya who is? Jadi
Socrates pun pergi bersembahyang dan pergi bertanya pada Oracles ini “Who is the wisest man in Athens?” tidak
ada jawapan, Memanglah tiada jawapan, kalau tanya Sphinx pun Sphinx tak jawap
kan? tapi dia turun dari situ dan Socrates berkata “I am the wisest man in Athens” atau “Sayalah orang yang paling
bijak di Athens kerana apa? Orang yang bijak itu adalah dia tahu yang di tak tahu” . This is the most important statement of
Socrates. A wise person who know he or she doesnt know” . Dengar sekali
lagi ye, “Orang yang bijak itu adalah dia
tahu yang dia nya tidak mengetahui. A
wise person who know he or she doesnt know”. Jadi orang di Athens
terperanjat dengan jawapan Socrates maka Socrates diangkat sebagai the wisest man in Athens.
Apa yang dilakukan di Athens ketika itu ialah Athens
ini sebulan sekali akan ada ahli parlimennya bersidang dengan gedebe-gedebe dan
senator-senator dengan pakaian itu datang ianya usual seperti parlimen kita,
jadi Socrates dengan tiada kasut akan bertanya kenapa kamu buat macam itu?
Bagaimana kamu buat macam itu? Dia question
and question, dia kerjanya di Athens tanya dan tanya. Kadang-kadang pada
pagi dia bangun dia pergi duduk tempat orang berniaga tu dia tanya dan tanya, he ask everybody, dia tanya bertanya...tanya...bertanya
sehinggalah pertanyaan itu tidak memiliki jawapan lagi, so he ask and ask and ask, dia melakukan enquiry pertanyaan penyiasatan dan ini dalam moden kontemporari
hari ini this are called Socratic,
inilah kalau saudara-saudara pernah dengar this
is Socratic method kalau saudara seorang peguam ...Socratic method, ini caranya Socratic jadi tanya bertanya, jadi
disinilah lahirnya pemikiran kritikal kerana dia ingin bertanya , jadi
contohnya kalau sekarang ini dalam konsep kita hari ini, oh Nabi Nuh ada kapal
semua binatang masuk, labi-labi masuk tak? Tapi ustad ni cakap apa tau, eh
jangan tanya tu, ini tak de ini bukan Socratic, Socratic adalah tanya, besar
mana kapal itu? Kalau gajah itu gajah masuk berapa ekor? Ini adalah persoalan
yang di tanya. Inilah yang akan melahirkan ....siapa kayuh? All question...question...Socratic jadi
ia melahirkan fikrah yang kritikal, tu yang dia tak boleh jawap tu dia tak tahu
, itu bukan ...Socratic punya kritikal thinking
the question...tanya...tanya terus bertanya. Kalau dia tanya Nabi Nuh itu
berapa luas kapal itu? Berapa ekor? Tupai masuk tak? Berpa ekor jantan berapa
ekor betina? Berapa berat? Tikus ada tak? Ni ada tikus monduk ? All this melahirkan fikrah yang krtikal
ini Socratic thinking. Jadi ini
contohnya dalam falsafah ini tidak ada authoriti dia melanggar authoriti kerana
apa yang dilakukan Socratis ini memberi individu di Athens itu keupayaan untuk
berfikir bertanya, menyoal, berdiri sendiri.
Saudara saudara orang manusia ini bercakap
hari-hari, tengok ya your conversation
percakapan saudara hari-hari berlatarkan tiga perkara events, peoples and concept. Anda bercakap hal orang “Alamak apa
ini, Siti Norhaliza lama ni tak beranak-beranak” Itu cerita hal orang lah tu,
cerita hal orang. “ Mmm tak de lah, cerai tak cerai...cerai...cerai...cerai” ,
“ Aku kenal awek dia mana” ini talk about
people, nampak. Nombor dua “Malam tak kau tengok tak football?” “Mana dia main” “ Dia main kat Old Trafford lah” ni dia
bercerita tentang tempat, “ Old Trafford kat mana?” “Oh kau tak pernah pergi
ke” tak...tak dia bercakap tentang events.
Tetapi yang ketiga dia bercakap tentang konsep, ini yang susah ni ini yang critical thinking hendak bawa ni kerana
hendak cakap tentang Nurhaliza, main bola, Manchester United, Chelsea dan ntah
apa-apa game lagi kan tetapi tentang
ketiga ini manusia bercakap tentang konsep.
The talk about concept, these where critical thinking state. It talk about the
3rd level, level ketiga perbualan. Anda tengok nanti apabila duduk dia mana
anda akan berbincang nanti, adakah anda akan berbincang mengenai konsep atau
bukan mengenai konsep.
Kita tengok akhirnya Socrates ini dia melahirkan,
Socrates ini dia tidak menulis pun satu buku pun tetapi muridnya yang akan kita
belajar nanti iaitu Plato dan Aristotle. The
students of Socrates, Plato and Aristotle dia mengumpulkan
perbualan-perbualan itu dan dibukukan dan inilah kita yang tahu pensejarahan
dia , pensejarahan dia yang kita tahu pada hari ini, nanti kita akan melihat
pensejarahan-pensejarahan ini bagaimana nanti pemikiran-pemikiran Yunaini ini
berkembang luas di Eropah 4000 tahun dahulu sehingga sampainya Zaman Gelap
setelah kemunculan agama 2000 tahun kemudian Eropah di langgar oleh Zaman
Gelap. Dan kita tengok kitab-kitab kuno Plato, Aristotle, Archemedes, Pyhtogoras
dibawa ke Baghdad dan Baghdad pada ketika itu di zaman Amirul Rashid dan Al
Makmum ini pada abad ke-12 something .wujudnya
apa yang dipanggil House of Wisdom , House of Wisdom cakap Melayu
nya apa? Baitul Hikmah. Ketika saya pergi ke Banghdad bukan abad ke-12 tapi
pada 1974 atau 75 tapi orang Iraq ini bangga ketika saya di sana itu . Dia kata
ketika itu diterjemahkan buku-buku Greek ini yang Archemedes, Aristotle, Plato
ini di bawa orang sana timbang dan dibayarnya bagaimana? Berapa berat timbangan
buku maka ditimbanglah dengan emas oleh itu orang disana iaitu di Banghdad
gila-gila tau Minah ke Mamat ke semua menterjemahkan dan hantar ke Baitul
Hikmah, tapi Baitul Hikmah ini seperti Dewan Bahasa dan Pustaka lah yang ada
hari ini, tapi Dewan Bahasa dan Pustaka ini dia keluarkan majalah gila-gila kan
...haha (audien gelak) dia gila-gila ke? Takde timbangkan. Jadi semua buku-buku
di situ diterjemahkan, Eropah di Zaman Gelap itu diselamatkan, saya ingin
menunjukkan diselamatkan oleh Baitul Hikmah dan bagaimana ia berkembang kembali
dan bagaimana nanti kita lihat bagaimana watak-watak yang membawa ini dan
jikalau tidak ada terjemahan 1200 itu tidak ada tamadun pada hari ini kerana
buku-buku itu semuanya lenyap.
Buku-buku itu semuanya diterjemahkan di Banghdad
kemudian orang barat, maka buku-buku ini nanti akan lahirlah apa yang kita
katakan Zaman Pencerahan. Ketika itulah muncullah kembali Eropah dengan
Immanuel Kant nya dengan itunya dengan ininya sehinggalah ke hari ini. Jadi
kita lihat bagaimana tradisi dari Yunaini itu mengalir, tutup, balik balik,
tutup dan berkembang. Kita akan lihat juga nanti bagaiman perkembangan agama
daripada China, India, Timur Tengah dan Parsi, bagaimana agama-agama ini
berkumpul-berkumpul dan sehingga kita dapat apa yang kita lihat hari ini iaitu
perkembangan-perkembangan pensejarahan.
Jadi saudara-saudara semua akan lihat hari ini saya
hanya memberi generality perkembangan
dan pengenalan pertama kenapa perlunya why
it most important for us to understand untuk faham kenapa perlunya kita
mempelajari dan mengetahui falsafah dan pemikiran kritikal seperti yang saya
katakan awal tadi ini adalah untuk excercise.
Memang betul falsafah ini dia need
picking cakap orang putihnya, benda kecil-kecil itu didebatkan kadang-kadang
tak sangkut paut pun dengan harga durian pun dekat Chow Kit tau tapi di
debatkan juga. Buku demi buku dikeluarkan incoherent
of incoherent, mereka mengeluarkan buku demi buku kerana memperdebatkan
sesuatu perkara itu,. Jadi memang betul tetapi apa yang penting ialah kerana ia
menggerakkan minda susuk manusia itu untuk berfikir, tidak ada jalan lain itu
yang saya katakan almost all hampir ke
semua ahli-ahli falsafah kuno dan Medieval ini mereka mathematician, ahli aljebra, ahli matematik mereka juga astronomer dan
mereka juga saintis dan mereka juga alchemy. Dan dialah yang menjana pemikiran
manusia pada hari ini , jadi kita lihat bagaimana semua pemikiran-pemikiran ini
berkumpul berkembang, berkumpul dan berkembang.
Saya hendak memperkatakan ini jika saudara mempelajari
lukisan saudara tidak harus straight away
mempelajari modern art , post modern
art apa . Saudara harus mempelajari daripada A1 satu daripada cave painting, naive painting dia ada
urutan-urutan kenapa Picasso membuat ‘La Guernica’ misalnya kenapa lukisannya
macam itu? Jadi dia ada historical
context . Kalau Ibrahim Hussein membuat begitu kita tidak tahu, jadi ada
perkembangan-perkembangan. Begitu juga kereta misalnya, kereta dulu kembang
besar tayarnya berkembang...berkembang...berkembang jadi hari ini . This is the development of idea once other
satu demi satu berkembang. Dia bukan datang secara tiba tiba , dia ada
pengumpulan-pengumpulan idea-idea ini nanti dikritik, dikritik, dikritik ,
inilah yang saya katakan Teori Dialektika. Kalau saudara ingat tadi yang saya
katakan di sini ni Archemedes mengatakan timbulnya roh, air itu dimasak
kemudian ia menjadi wap jadi di sini nanti kita akan lihat dialektika salah
satu perkataan yang paling mustahak di dalam pemahaman falsafah ini ialah
dialektika, dalam dialektika ini ada tesis dan anti-tesis ertinya air itu masak
ia ada wap ada sampingan, pemikiran-pemikiran itu semuanya dialektika, apa itu
dialektika, ada sebab ada musabab yang melahirkan sesuatu perkara. Dalam
pemikiran falsafah there are something
happen, whay there are happen? And it develop to another thing , ini
dipanggil dialektika perkembangan daripada A ke B, B ke C this is a dialektika movement. Contohnya dari air mani ke anak ke
anak besar...besar...besar sehinggalah mati. This is dialectical transformation human person from piece of sperm,
jadi perkembangan ini berlaku, jadi semua alam ini mengikut pandangan falsafah
ialah dialektika, apa yang bermula akan berakhir, that is dialectical, what begin must end, jadi kita akan lihat itu
pandangan saya, salah satu pemikiran soalannya “Mak saya membuat saya kerja ini
maka ia betul atau ianya betul kerana mak saya benarkan buat”, cuba fikirkan “Mak
saya benarkan saya buat kerjanya kerana ianya betul atau kerana ianya betul
kerana mak saya benarkan”. So this is
philosopher (persoalan) jadi benda-benda kecil dia kata Eh “Mak kau kata
benda ni betul ke atau benda ini betul”, this
is a thought.
Saudara dalam hari ini 2014 kita tidak ada peluang
untuk berfikir sejenak dan memikirkan ini yang saya katakan awal tadi manusia
ini telah berfikir sejak awal lagi dia ini dari mana dan kemana, tapi saudara
semua ini boleh menghilangkan persoalan itu dengan muzik kuat, pergi kelab,
muzik, muzik, masuk kereta ada muzik, balik rumah ada muzik, jadi anda lupa
sejenak untuk memikirkan kenapa manusia ini di sini dan ke mana kita pergi
sesudah ini dan dari mana kita datang. Ini semua ini dilahirkan oleh
filasuf-filasuf kerana mereka ini sit
down mereka mempunyai masa dan mereka berfikir dan ok mereka juga mendengar
muzik tapi dalam masa yang sama mereka berfikir, ini kerana mereka dan satu
perkara yang paling mustahak ialah the ...., kita kagum. Jadi kalau saudara
melihat ahli falsafah-falsafah Islam dari Al Kindi ia kagum melihat alam ini
tau, ia kagum melihat alam bintang, cakerawala semua ini kerana dilahirkan oleh
Allah swt, mereka kagum oleh kerana mereka kagum itu mereka mengkaji. Jadi di
sini kajian itu melahirkan pandangan-pandangan, nanti kita akan lihat
orang-orang yang akan dibicarakan.
Saudara-saudara saya tanya dalam kelas ini ada
apa-apa special yang hendak saya
timbulkan? Ada tak persoalan-persoalan yang hendak saya kupas? Kita rancang
jadi tiap-tiap minggu kita ada pandangan apa yang perlu saya kupas, any idea? Mitos...mitos (suara audien). Ok ada cadangan
untuk mitos, lagi? Pendengar-pendengar juga jika ada pandangan untuk
dibincangkan, ataupun watak-watak ahli falsafah yang saudara hendak saya
terangkan. Estetik (suara Faizal Sidik) Seniman dari Balai Seni Lukis, kurator
(suara Rahmat Harun) Kurator ini ape ? haha (Rahmat Harun gelak) Kurator ini
bukan yang jaga gereja tu ke? lagi? Existensilism (suara Rahmat Harun) ok
exsistensil. Ok lagi? Candakia (suara audien) Candakia ok...bukan Chandra
Muzaffar...bukan haha (audien gelak) Ya? Ethic (suara audien) ethic? Ok lagi, ada nama-nama? Isham
yang bawa lampu siang hari tu (suara audien) Hermes...Hermes (suara Rahmat
Harun) dia duduk dalam barrel (suara
audien).
Ok saya akan tengok ye daripada kurun 7 BC (Before
Christ), 7 century BC , 6 century BC kita ada Confucious early century BC kita ada Socrates, Plato Aristotle, kemudian kita
ada Aristotle, Thomas Aquinas ini Katolik ya. Kita ada Machiavelli (Niccolo)
saudara pernah dengar The Bridge yang orang selalu katakan yang Mahathir
Mohamed ini Machiavelli yang makan petai , kita ada Rene Descartes yang saya
katakan tadi ‘I think therefore I am’,
kita ada Spinoza yang krisis dengan pemikiran samada tuhan ada atau tidak ada ,
kemudian Jean Rousseu ‘Rebelity ...yang melahirkan French Revolution dan kita
ada Immanuel Kant yang membawakan Pencerahan di Eropah, kita ada Hegel yang
membawa dialectic yang kemudiannya disambung oleh Karl Mark iaitu dialectica
realism, melalui dialektik Hegel berkembang pemikiran Marx (Karl) dan Nietzsche
(Friedrich) dan kita ada Bernard Russell kita ada Jean Paul Sarte dan kita ada
akhir sekali Jacques Deridda ini semua nama-nama yang saya rasa penting untuk
melihat perkembangan-perkembangan pemikiran falsafah.
Dan kita juga jangan lupa tau, kita juga ada Ibn
Rush saya juga akan mengambil Ibn Rushd ‘My monet...ya Al Kindi kalau
saudara-saudara tahu pada mat rock, punk Al Kindi ini menulis 7 buah buku
tentang muzik, siapa kata Islam tak boleh tentang muzik tanya dan baca 7 buah
kitab Al Kindi dia menulis 7 buah buku tentang proses muzik the sounds dan kita ada Al Farabi, Al Farabi ialah...di
Malaysia ini jika dia wujud dia penganut Syiah dan Al Farabi ini begitu
mustahak sekali bukan sahaja dalam ...Islam filasuf Islam tetapi di seluruh
dunia kerana dia inilah yang dipanggil the
second Aristotle. Ibn Al Farabi ini dipanggil the second Aristotle guru kedua untuk tamadun dunia ini adalah
Al-Farabi , dialah yang menterjemahkan dan dialah yang mengkritik dan
mengembangkan pandangan Aristotle dan kita lihat Plato, dan kita lihat Ibn Rushd
yang dituduh sebagai aties dan Ibn Sina dan of
course kita akan pergi ke Turki, tapi bukan kerana Erdogan, Erdogan yang
bini dia cantik tu kan (audien gelak) dia bukan falsafah dia politikus, kita
akan melihat Rumi. Orang-orang saya nyatakan ini berkaitan dengan satu
pandangan they brought school of thought
sebenarnya banyak falsafah ini, Mao Tse Tung juga dianggap falsafah .....juga
falsafah , Tan Malaka juga falsafah mereka ini membawa pandangan-pandangan dan
diajukan dan kita lihat dari mana pandangan-pandngan ini diambil dan bagaiman
pandangan itu dikupas dan dikembangkan.
Ada apa-apa lagi pandangan? Boleh tambah lagi Al
Khawarazmi (suara Rahmat Harun) Al
Kharwazmi. Ha Syiah! Dia mintak Ali Shariati ...haha (suara audien) Fatimah Al
Haj . Ok Ali Shariati ni kita akan begini tau, pandangan saya kita buat kelas
ni kita urut daripada kuno Greek kemudian Mediavel kemudian Pertengahan
kemudian Zaman Gelap kemudian Zaman Pencerahan (Baitul Hikmah) kemudian Zaman
Moden, Ali Shariati ini kontemporari kurun inilah, jadi kita lihat moden
seperti Jean Paul Sarte itu Jacques Deridda dan kita juga jangan lupa tau ahli
falsafah kita yang terkenal, Hishamuddin Rais (suara Rahmat Harun)
bukan...Lokman Adam...haha (audien gelak) pemikir Melayu.
Ok ada apa-apa persoalan yang hendak ditanya kepada
saya tolong...kalau saudara tidak faham tolong tanya kepada saya. Silakan, ye?
Macam mana falsafah ini lebih tua dari agama? Adakah agama ini tidak ada orang
untuk dokumentasikan ker? (audien bertanya) Oh, falsafah ini lebih tua dari
agama kerana agama ini lahir dari 2000 tahun dahulu ye, falsafah ini 4000 tahun
dahulu 2500 tahun sebelum jadi ini documented
kelahiran awal-awal nya kan Jesus Kristus itu, Socrates dan pre Socrates ini adalah BC Before Christ
sebelum kelahiran Nabi Isa jadi konsep ketuhanan itu , bagaimana perkembangan dewa...dewa...dewa
ia lahir banyak tuhan ia jadi monatis. Idea-idea ini many gods ...dewa...dewa...dewa akhirnya monotis dan tiga agama
monotis ini iaitu Judaism, Kristianiti dan Islam ini di persekitaran yang sama
tau. Saudara jangan salah faham tau , ia dipersekitaran yang sama, antara
Athens dari Juresalam itu tidak jauh tau, all
influences dan seperti Athens dan Alexenderia itu nanti saudara akan tengok
bagaimana konsep ketuhanan, roh, syurga, neraka itu muncul daripada pemikiran
Firaun buku-buku Firaun yang ditemui dalam kubur-kubur Firaun itu kita lihat
konsep-konsep itu telah dibincangkan. Jadi in perkembangan idea dari satu
persatu secara systematicly dan saudara mengatakan ini bukan saya yang
membuktikan ini faktalah kerana kita tahun agama Islam ini bermula 1500 ,
Kristianiti ini 1400 that how old
Filosofi ini sebelum itu sebelum wujudnya agama dan saudara nanti akan lihat pertembungan
agama antara Ibn Rushd dengan Imam Ghazalie mendebatkan dan akhirnya dimana
pemikiran Islam itu membunuh falsafah kerana itu the coherent in the coherent Ibn Rushd orang putihnya Averrose, the debate of philosopher and relegion.
Dan saudara akan lihat juga perkembangan di dalam Islam itu diantara Sunni dan
Syiah itu saudara akan lihat Muntazilah, pemikiran Muntazilah yang rasionalis
yang mengatakan anak al-haq ...yang dibunuh dan dibakar itu , jadi ini
perkembangan-perkembangan sehingga lahirnya Sunni dan Syiah inilah.Apa yang akan
bawa itu adalah perkembangan-perkembangan fikrah itu satu demi satu ...satu...satu,
ianya sistematik tau, ia bukan tiba-tiba post-modern,
tiba-tiba Marxist daia tidak macam itu, idea ini berkembang satu demi satu pada
hemat saya dan pada hemat pengkajian ilmu falsafah.
Ya ada lagi
soalan? Kenapa universiti-universiti di Malaysia takut untuk mengajar falsafah?
Adakah kerana kita kekurangan tokoh atau ada sebab lain? (suara Faizal Sidik) Sebenarnya
kita dulu ya kalau saudara melihat ya, awal-awal dulu yang membawa perkembangan
Islam di Nusantara ini ialah ahli-ahli tasauf itu filosofi lah , mereka ini
datang membawa agamalah tetapi dia juga macam sufi mereka ini dikritik kerana
mereka tidak abait by the state
kerana mereka filosofi kritikal dan mereka mempunyai pemikiran yang kritikal
maka the state daulah tidak suka dan
di Malaysia ini tidak ada ya saya tidak tahu di Singapaura ada tak pengajaran
fakulti filosofi . Tapi kalau saudara tahu yang paling penting seperti di
Oxford atau di Cambridge dia tidak ada Faculty of Arts dia ada PPE Politic
Philosophy Economy itu di Oxford dan sekarang ini kalau saudara nak tahu
seperti itu gudang-gudang keilmuan itu jika dahulu di Banghdad di University of
Banghdad itu berpindah ke Universiti Al Azhar berpindah ke Barcelona berpindah
ke Sorbonne berpindah ke Brussel dan jadi ini pusat-pusat ini jadi berpindah ke
Oxford dan pusat-pusat ini universiti dan di Malaysia ini tidak digalakkan there is no thought kerana di Malaysia
ini percambahan idea di sense. Ok,
kalau saudara ingat Muntazilah ye pemimpin Muntazilah itu akhirnya digantung
dibunuh, Ibn Rushd itu lari kerana
dialektik , di dalam negeri state
kita ini dia tidak ada toleransi pemikiran-pemikiran yang berbeza. Contohnya
saudara ada tengok contohnya pemikiran Ayah Pin...haha (audien gelak).
Contohnya “ Ayah Pin tolong tanyakan roket itu pergi mana? Pakai minyak apa? If you go tanya Socratic method, tanya je macam tu kan payung tu pergi mana? Tanya
dia kan tetapi di sini tidak digunakan itu ia terus di tangkap, jadi begitu
juga ajaran-ajaran. Jadi kita tengok minggu lepas ada 20 buah buku telah diharam
kita tidak tahu pun kenapa buku itu diharam .
Ok, saya hendak
bercerita tentang buku, pengalaman peribadi 5 Deepavali dulu di Brickfield
sebelum ada KL Sentral itu 2 hari sebelum Deepavali ramai orang India buka
warung, macam di Masjid India lah, orang hari raya ada satu kedai tu kedai
India, Hindu nak masuk kedai tu bukak kasut, saya pun bukak kasut naik dan saya
pun terjumpa satu buku, saya memang suka baca buku ini Sai Baba bukan Sai Baba
yang rambut Afro itu tau Sai Baba Hindu , ada tongkat tu ada anjing. Saya pun
nak beli 25 ringgit dia kata “I cannot
sell this book to you” saya kata “Why?”
, “Because you are Muslim” dia tambah
lagi “We cannot sell this book because
you are Malay and Muslim” saya cakap “If
this book can change my religion to Hindu I must buy this book, I must catch
this book because this must be a good book kan” . Kalau sebuah buku itu
boleh mengubah keyakinan saya mestilah dia sebuah buku yang baik kan” Saya beli
tau, tak ada apa-apa pun...haha (audien gelak). Nampak tak critical thinking tidak ada wujudnya pemikiran kritikal di situ.
Jadi inilah, jadi kita dilarang keupayaan untuk membaca buku.
Ada lagi question? Yea? Isham ...apa yang telah
dibuat jadi kita boleh refer kepada penulisan ? Ok...ok...ok saya akan memberikan
katakanlah yea, sekarang ni saya nak tanya, kita dah ada etika, metos, estetik,
existentalist ada lagi? Supaya saya akan masukkan dan nama-nama tadi tu adalah
nama-nama ahli falsafah yang saya rasa bersangkutan dengan pemikiran-pemikiran.
Jadi ada apa-apa lagi estetika,ethic
ini adalah philosophy lah ada lagi
sapa-sapa nak bertanya? Ada apa-apa daripada (pendengar di luar kelas)? Ada-ada
(suara audien) ya apa tanyanya? Tentang golongan Relativism...ha apa?
Relativism (sahut Rahmat Harun) Relativism ha ok saya faham ini bukan relatif
ini skeptic ‘Tak ada wujud kalau tak wujud itu tak mungkin kita tahu’ (suara
Isham dengan nada gelak sinis), itu ok itu skeptic , ada lagi? Ada dari
Twitter? Ada apa lagi? Itu soalan dari twitter relativism, nanti kita akan tahu apa itu relativism. John Stuart Mill (suara wakil twitter) ha apa? John
Stuart Mill itu British philosopher
itu 1900 ok lagi? Ada yang mintak kupas tentang Babylon (suara wakil twitter)
Babylon tu saya dah pergi situ dah, dah tak tak ada, ok apa yang hendak dikupas
tentang Babylon tu? seni yang tersirat disebalik kota Babylon? (suara wakil
twitter) Ini conspiracy theory ni
...haha(audien gelak) kelas ni tak boleh ni (suara Rahmat Harun) ini conspiracy theory ni dengan one eye tu apa nama dia? Ha Freemason ok
Babylon lagi? Dialectical Realism (suara
audien) Dialectical Realism
-Alexander Sperking dalam banyak-banyak
Anarko pun dia tidak paham, pakai baju hitam je bila tanya? I Anarchist tetapi memang betul, saya
hendak bercakap tentang Bar Cunning juga tentang Anarchist Bar Cunningham ini
juga sama seperti Socrates dia pun malas tulis buku. Socrates ini memang la dia
tidak menulis buku tapi Bar Cunningham ini yang diagung-agungkan ole kaum
Anarko ini as a leader dia tidak
menulis satu buku pun . He has not
written anything kerana apa dia kata politic
by the lead, dia hanya dijadikan contoh , politik dia adalah melalui
contoh. Ya jadi kita akan masuk Bar Cunningham ya, lagi siapa lagi ada lagi? Dia
mcam falsafah Islam itu dipecahkan dalam hermenutic, macam Syiah dipecahkan
kepada Syifa (suara audien), jadi kita detailkan filosofi , ya ? pemikiran
Islam yang orang selalu sebut dalam kancah politik (suara audien) Ok
terminologi-terminologi seperti diktatorship, fasis, nazi memang selalu kita
dengar dan kita akan masuk nanti the theory
of language , dari mana bahasa ini muncul bagaimana manusia menggunakan
bahasa untuk pengucapan dan memberikan idea ok itu dia. Ya? Illuminasi (suara
audien) Ok Illuminasi memang menarik
kerana orang akan exciting kerana contemporary theory, bukan teori (suara Rahmat Haarun) tak de hal
kita boleh tengok apabila kita masuk modern
political concept apabila kita memasuk Cold
War Perang Dingin, New Con
bagaimana falsafah tu? apa di belakang New
Con tu kita akan masukkan Illuminasi . Ok ada lagi apa-apa ? ada lagi
soalan dari Twitter ? seksis (suara
audien wanita) ha? Oh ok saya lupa. Femenisme (suara audien) saya lupa satu
perkara femenis ok lagi? Ok apa tadi tu ? seni budaya (suara audien) kita masuk
art and culture itu dalam estetik , one lecture art and culture on aesthetics,
ok ? pencerahan (suara audien) pencerahan ok pencerahan itu kita akan masukkan
kepada Immanuel Kant la kerana dia membawa pencerahan, ada apa-apa lagi? Ha?
Romantism Movement (suara audien) Oh the
Ramon...romantic women is the romantic movement is the romantic women la,
Ok ada lagi yang ingan saya masukkan supaya tersusun supaya ....ada ?....ada
lagi?
Ok kalau tidak ada
apa-apa lagi kita nak strat 9.30 ke pukul 9 , jam 9 ye , saya mula kan hari in
kerana ini kelas pertama saya, tahu orang tercari-cari lepas ini kita mulakan
pukul 9. Radio ini akan mulakan jadi kepada pendengar-pendengar Radio Bangsar
Utama dan kawan-kawan sekalian yang disini ada 20 , 30, 40 orang kita ucapkan
terima kasih kepada saudara, jadi semua ini sudah tulis nama untuk kita
masukkan kedalam e-group dan saya akan hantarkan dan saya akan select lecture-lecture. Senang sahaja
kelas filosofi ini kita kenal siapa dia Al-Farabi pemikiran Al Farabi, Jean
Paul Sarte pemikiran Jean Paul Sarte, Karl Marx pemikiran Karl Marx orang-orang
ini mengajukan suatu pandangan jadi dari situ kita tengok lah ethic misalnya John Stuart Mill misalnya
ethic ke misalnya tapi ethic dan aesthetics ni by itself
lah kita bincangkan yang lain tu kita tengok hermaneutic macam romatic movement tu adalah satu-satu special jadi yang lain itu dan cadangan
saudara Rosli ini kita melihat filosofi Islamik kerana banyak
pecahan-pecahannya bukan sahaja Muntazilah, Al Jafri, Sunni dan sebagainya
pecahan awal, pecahan akhir dan hari ini tau percambahan termasuklah Ayah Pin
dan siapa tu tuhan apa? Tuhan Harun haha (suara audien) ha Tuhan Harun tu all contemporary, saya tak baca buku
Tuhan Harun tu . Ok ada apa-apa lagi ha Ustad .....ada apa2 lagi. Minggu
hadapan hari Khamis malam jam 9. Terima kasih banyak-banyak, thank you.
Pok..pok..pok (audien tepuk tangan)