Oleh: Faizal Sidik
Hari Pertama / 11 Nov 2010
Lokasi: ‘The Subtation’,
Armenian Street
600 – Bertolak daripada Balai Seni Lukis Negara untuk ke
lapangan terbang KLIA menaiki
pasawat MAS MH 601 berlepas pada kira-kira jam 7.35 pagi
900 – Sampai kelapangan terbang Changi, Singapura dan
selepasi melepasi imigresen kami
terus
ke hotel penginapan dengan teksi ke hotel penginapan iaitu di Hangout @ Mt. Emily
di 10 Upper Wilkie Rd untuk daftar masuk
atau check in.
1030 – Berkumpul di lobi hotel untuk dijemput oleh pihak
penganjur untuk ke lokasi pertama
persidangan iaitu di ‘The Substation’ iaitu di Armenian
Street dimana pendaftaran peserta dan majlis pembukaan berlangsung
1100 – Majlis resepsi mengalukan kedatangan peserta oleh
pasukan HAO diadakan dimana ia
diadakan
di The Substation Theatre, dimana suai kenal secara bulatan dijalankan dimana
peserta memberi latar belakang karier mereka dan dari negara mana mereka
berasal.
1130 – Pengenalan tentang Persidangan HAO 2010 diberikan
oleh Khairuddin Hori dan
Audrey
Wong iaitu pengasas HOA. Khairuddin atau
Khai merupakan seorang artis dan kurator di Singapore Art Museum (SAM) manakala
Audrey pula adalah merupakan ketua
program sarjana kesenian dan pengurusan budaya di Singapore Management
University (SMU), pentadbir dan beliau juga pernah dicalonkan sebagai Ahli
Parlimen. Menurut mereka Persidangan HOA yang kedua ini adalah kesinambungan
daripada yang pertama yang diadakan di Pulau Sentosa, Singapura pada 2009.
Tambah mereka lagi edisi kali kedua ini sepatutnya berlangsung di sebuah pulau
di Malaysia, disebab kekangan perbelanjaan penganjur terpaksa mengadakannya
sekali lagi di Singapura. Mereka sengaja mengadakan persidangan pertama di
sebuah pulau kerana pada waktu yang sama acara Singapore Biennale juga telah
diadakan pada masa yang sama, ini bertujuan supaya peserta boleh fokus kepada
program yang telah diatur. Menurut mereka persidangan ini bukan sahaja mengkhusus
perbincangan oleh penceramah dan fisilitator mengenai seni halus sahaja tetapi
ia merentangi genre seni kontemporari seperi seni persembahan, teater, muzik
dan media baru, diharap daripada 4 hari program yang diatur ia dapat membantu
pengiat seni muda, kurator dan pengurus keseniaan membina jaringan dengan rakan
peserta serantau untuk mendekatkan lagi jarak industri seni di Asia Tenggara
ini.
1200 – Margeret Chan - ‘The Social Science of Art’
Margeret Chan iaitu seorang pembantu Profesor Singapore
Management University
yang juga seorang aktor, penyelidik dan penulis
diprogramkan memberikan topiknya
yang pertama betajuk ‘The Social Science of Art’.
Margeret yang mempunyai
latarbelakang
seni persembahan dan teater menyampaikan dapatan penyelidikan Phd berkenaan
dengan Teater Opera Cina dan kaitnnya dengan kesenian halus dari segi rekaan
set, kostum dan juga seni lukis. Margeret mempunyai minat mengkaji lapangan
semangat sebagai medium pemujaan dan agama popular Cina. Buku beliau yang
bertajuk ‘Ritual is Theatre, Theater is Ritual: Chinese Spirit Medium Worship’.
Pengkajian beliau menjurus kepada pemujaan semangat ting-ki, yang begitu signifikan dalam budaya orang Hokkien dimana
pemujaan ini tersebar luas kepada diaspora Cina di Taiwan dan Asia Tenggara yang
mendapat tumpuan oleh ilmuan dalam
bidang ini yang mana pengkajian ini meliputi Singapura, Fujian di China,
Taiwan, Malaysia, Thailand and Indonesia. Beliau mengaitkan bagaimana upacara
merasuk dalam Teater Cina juga mempunyai kaitan dari segi jalan ceritanya
dengan Semar dalam teater Jawa, kuda kepang bagi teater Melayu, Hanuman dan
dalam teater India.
1300 – Waktu rehat untuk makan penganjur tidak
menyediakan jamuaan, peserta bebas untuk
menjamu
selera di sekitar lokasi ‘The Substation’. Kami dibawa oleh seorang peserta
tempatan
di sebuah restoran makanan Melayu yang kelihatan seperti di Kompleks Pertama di
Kuala Lumpur.
1430 – Rich Streitmatter – ‘Visual Syllables: The Diacritic
Exercise’
Program di sambung masih dilokasi yang sama oleh
pembicara kedua iaitu Rich
Streitmatter
iaitu artis seni persembahan dan juga penyelidik dari Ho Chi Minh City, Vietnam
menyampaikan topik berikutnya iaituh
‘Visual Syllables: The Diacritic Exercise’ atau 'Syllables Visual: Latihan
Diakritik'. Apa yang menariknya dalam sesi kali ini adalah beliau tidak berada
dalam masa dan tempat yang sama dengan peserta. Peserta hanya meihat rakaman
secara video dengan Rich yang disediakan oleh penganjur. Dalam penyampaian
beliau banyak membuat perbandingan antara citarasa atau taste dan buangan atau waste.
Menurutnya konsep minima iaitu menolak produksi besar-besaran dalam seni
boleh mengurangkan pencemaran. Menurutnya lagi pencemaran dan konsumer adalah
merupakan dalam ekologi perniagaan, beliau menyarankan seni konsumer iaitu seni
interaktif dua hala antara diantara audien dengan objek seni bagi mengurangkan
pencemaran. Beliau juga menyentuh dengan rekaan yang menarik dan trend semasa
konsumer apa yang dikatakan sebagai ‘projek organik’. Menyentuh dengan konsumerisme
moden pada hari ini Rich mengatakan produk perkhidmatan oleh penyedia pencarian
web internet Google iaitu ‘Google Map’ merupakan produk konsumer percuma atau
‘free consumer’ yang mana ia boleh dikongsi seluruh umat global yang mesra
pengguna lagi memudahkan. Tambah beliau lagi Kitar Semula merupakan satu
‘projek’ yang telah direncanakan sejak awal lagi kerana ia akan membawa
pulangan wang lumayan bagi sesetengah
pihak dan akan memerangkap tingkah laku kita. Beliau juga mengaitkan dengan
media sosial pada hari ini iaitu Facebook sebagai platform alternatif dalam
membuat duit yang menidakkan pihak tengah, walaupun penolakkan orang tengah ini
bukan isu baru dengan kehadiran blog-blog perniagaan secara atas talian,
hubungan ‘jiwa’ yang dibina oleh laman web sosial itu tadi lebih kuat
tarikannya.
1600 – Waktu rehat
1630 – Villains – ‘Reflections of a Creative Quartet’
Villains yang merupakan kurator HAO pada kali ini adalah
merupakan kolektif kreatif
yang
terdiri daripada Razi Razak, John Ling, Farizwan Fajari dan Djohan Johari
mengambil alih dengan menyampaikan tajuk ‘Reflections of a Creative Quartet’ .
Mereka yang bekerja sebagai sebuah kumpulan artis merentangi disiplin kreatif seperti seni halus, rekaan, perfileman
termasuklah multimedia mempunyai visi dalam mencari dan mendekatkan audien dan
pelanggan mereka dengan idea-idea yang inovatif dan menarik untuk di kongsi.
Dalam projek dan program yang dilakukan oleh Villains mereka ingin mewakili
tangan-tangan gelombang yang mempengaruhi generasi muda dengan visi yang unik
dan idea-idea yang kritikal dalam penghasilan artistik. Artis biasanya lebih
senang bekerja secara individu dalam berkarya namun Villains banyak berkongsi
pengalaman bagaimana mereka dapat bekerja secara kolektif walaupun
masing-masing mempunyai kepakaran bidang yang beza dalam membina program atau
menyertai pameran pameran sebagai kurator dan artis yang boleh bekerjasama
dalam satu bumbung. Mereka cuba memecahkan dinding sempadan konvensional yang
diciptakan oleh pengkarya individu dalam kreativiti kepada dalam satu entiti pasukan
yang mempunyai misi yang sama menjana pengalaman, wacana, infoemasi dan
inspirasi antara sesama mereka.
1800 – Rehat dijamu dengan makanan ringan
1830 – Steve Lawler – ‘Kult of The Printed Word’
Pengarah
kreatif majalah seni reka grafik iaitu
‘Kult’ yang juga seorang artis Steve Lawler menyampaikan cabaran-cabaran yang
boleh hadapi dalaram penerbitan majalah grafik dan illustrasi dengan tajuk
‘Kult of Printed Word’. Steve lebih selesa mengelarkan beliau sebagai kurator
majalah dan buku yang mempunyai latar belakang pendidikan Seni Reka Grafik dari
Brighton University pernah beberapa syarikat penerbitan majalah dan periklanan
seperti ‘Color Magazine’ dan bekerja secara eksklusif dengan produk jenama
Diesel bersama tenaga kretif di Selatan Itali, Dari situ beliau beralih ke Asia
dan banyak melakukan kerja-kerja pembinaan laman web dan kempen periklanan
untuk jenama global di bawah bumbung OgilvyOne Singapore. Selepas mempelajari
selok belok perdagangan iklan beliau menjadi perunding atau konsultasi projek
sebagai pemikir kreatif, pengarah kreatif dan pereka. Beliau kini merupakan
pengarah kreatif Kult3D yang terlibat dengan projek di Asia samada idea yang bersifat
komersial dan eksperimen. Beliau juga sering dijemput untuk membuat rekaan
majalah, selain mengadakan wokshop dan banyak bereksperimentasi dengan media baru.
Menurut beliau mengkuratorkan majalah atau buku tidak banyak perbezaan dengan
idea daripada kerja-kerja mengkuratorkan pameran. Ia menuntut seorang kurator
untuk melakukan penyelidikan dan lawatan ke galeri-galeri swasta mahupun ke
kolej atau universiti untuk mencari bahan untuk dimuatkan kedalam keluaran
majalah. Majalah ‘Kult’ menghimpunkan pelbagai rekaan ilustrasi dari pelbagai
negara dengan membawa konsep ‘see a magazine like you’ve never ever seen
before’ atau ‘melihat majalah yang anda
tidak pernah sesekali melihatnya sebelum ini’ . Apa yang significant
pengkuratoran majalah beliau ini ialah beliau seboleh mungkin untuk membawa
kandungan isi majalah atau rekaan secara interaktif atau dekat dengan pembaca.
Beliau cuba untuk menukar konsep pengguna estetik pergi ke galeri untuk melihat
pameran dengan meletakkan objek estetik secara interaktif kepada bahan yang selalu digunakan oleh
pengguna sasaran ditempat yang menjadi pilihan mereka untuk bersantai atau
berihat seperti di pusat membeli belah, pusat permainan elektronik dan
lain-lain.
2000 – Jamuan makan malam sempena mengalukan kedatangan
peserta disediakan oleh
penganjur.
2100 – Majlis tamat dan peserta melakukan aktiviti
masing-masing
Hari Kedua / 12 Nov 2010
Lokasi: 8Q @ Singapore Art Museum (SAM), Bras Basah
Street dan
LASALLE College of
Arts, McNally Street
1000 – Hari kedua persidangan bermula pada jam 2 selepas
sahaja sarapan di hotel jadi kami
mengambil
kesempatan untuk mengadakan lawatan ke
beberapa galeri dan muzium seni. Kami bernasib baik kerana lokasi persidangan
pada hari itu berada didalam kawasan ‘Art & Heritage District’ dimana
kawasan dalam lingkungannya terdapat banyak muzium dan pusat pengajian tinggi
seni dan pusat kebudayaan yang yang
tidak jauh dari hotel penginapan, jadi kami berjalan kaki sahaja menuju ke lokasi pertama iaitu Galeri Seni Nanyang
Academy of Art (NAFA) di Bacoolen Street. Dimana terdapat pameran ‘Face to
Face: Portraiture in a Digital Age’ dikuratorkan oleh Kathy Cleland iaitu
pameran bergerak mempersembahkan 14 artis Australia dengan 20 karya cuba
meneroka imej potret dalam ekspresi baru dalam era baru digital pada abad ke 21
ini. Ia dibawa oleh Asialink dengan kerjasama Kedutaan Australia di Singapura
dengan d/Lux/MediaArts sehingga 7 Disember.
1300 – Kebetulan di Becoolen Street terdapat sebuah
masjid yang merupakan sebuah
bangunan
beberapa tingkat dijadikan masjid bertentangan dengan Galeri NAFA saya
menunaikan sembahyang Jumaat manakala Koon meneruskan lawatan ke National
Museum of Singapore yang sedang mengadakan pameran Pompeii sementara menunggu
saya solat Jumaat.
1400 – Howard Chan ‘Shaping Vernacular Culture’
Howard
Chan adalah merupakan aktivis program budaya di Hong Kong. Program budaya yang
direncanakan beliau menjambatani ilmu dalam bidang yang berbeza dan berpusatkan
kepada masyarakat. Pada tahun 2002 beliau mengasaskan bersama dan pengerusi
kepada Community Museum Project (CMP) ,
sebuah kolektif kuratorial dan penyelidikan yang cuba menolak konsep vernakular
muzium atau muzium tanpa dinding ‘Museum without a wall’ yang cuba
menyelesaikan masalah budaya setempat
dalam kehidupan harian masyarakat. Antara projek komuniti yang
dikuratorkan secara kolektif oleh beliau adalah ‘Objct of Demonstration’ 2002
dan 2004, ‘(This is Not) Fake Museum’ 2003, siri ‘Street as Museum’ 2005, dan
‘Design by Users’ 2005.
Dengan
membawa konsep muzium komuniti iaitu budaya dan praktis dalam kehidupan
seharian atau ‘culture dan practice of everyday life’ pembentangannya banyak
menerangkan proses disebalik CMP, dan tindak balas yang beliau perolehi
daripada pengkuratorannya itu. Dapatannya daripada penyelidikannya itu
melibatkan penglibatan dan tindakbalas segera daripada komuniti bagaimana
museum itu dilihat sebagai alat bahasa.
1600 – Mikal Telle ‘Listen With Your Eyes’
Anda
pasti akan mendengar dengan telinga bukan dengan mata, namun tajuk menarik oleh
Mikal Telle iaitu ‘Listen ith your eyes’ membuat anda tanya-tanya bagaimana
kita boleh mendengar menggunakan mata. Mikal yang berpengkalan di Bergen,
Norway memulakan kariernya dengan menubuhkan Telle’ Record sebagai kedai rekod
rakaman bermula pada 1995. Beliau kini merupakan pengasas dan mempunyai
pengurusan muzik yang utama di Norway yang mempunyai artis di bawah naungan
syarikat rakamannya yang berjaya diperingkat nasional dan antarabangsa. Music
dan seni tidak dapat dipisahkan dengan Mikal, beliau cuba memasukkan
elemen-eleman seni kedalam muzik-muziknya. Beliau banyak menceritakan
cabaran-cabaran yang dihadapi dari sudut etika dan integriti untuk dijuarai
dalam industri walaupun secara komersil ia membawa juga budaya bersamanya.
1730 – Makan malam di Bencoolen Street dimana peserta
dengan aktiviti sendiri.
1800 – Sebelum ke persidangan seterusnya yang akan
berlangsung pada pukul 7 malam di
College
of Art, kami mengambil kesempatan untuk memasuki Singapore Art Museum (SAM) selepas
makan disebuah restoran dengan peserta yang lain. Kami bernasib baik tidak
dikenakan bayaran masuk pada waktu berkenaan kerana pada hari Jumaat setiap
minggu SAM masuk ke muzium ini adalah secara percuma iaitu antara pukul 6
petang sehingga jam 9 malam dimana bayaran masuk biasa ke sini akan dikenakan
sebanyak $10 untuk dewasa, $5 untuk pelajar dan warga tua daripada umur 60
tahun keatas manakala diskaun 20 % kepada mereka yang datang secara berkumpulan
20 orang atau lebih. Terdapat beberapa pameran utama yang sedang berlangsung di
SAM pada waktu ini antaranya pameran solo oleh artis daripda Thailand iaitu
‘Natee Utarit: After Painting’ yang berlangsung daripada 1 Oktober 2010 hingga
20 Februari 2011ditaja oleh syarikat perbankan Credit Suisse dalam siri pameran
seni. Selain itu pameran solo ‘Cheong Soo Pieng: Bridging Worlds’ berlangung
daripada 15 September hingga 26 Disember 2010 dengan kerjasama National Art
Gallery, Singapore yang ditaja oleh Lee Kim Tah Holding Limited. Soo Pieng
merupaka pelukis Nanyang Academy dimana Balai Seni Lukis Negara Malaysia
mempunyai sebilangan karya beliau, untuk pameran beliau di Singapura ini BSLN
telah meminjamkan 8 keping catan Soo Pieng daripada koleksi kita kepada SAM. Terdapat
juga pameran lain yang sedang dipameran disini pada waktu lawatan kami ini
seperti di aras satu terdapat ‘It’s Now or Never I: New Contemporary Art
Acquisitions from Singapore’ mempamerakan karya-karya pembelian terkini SAM.
1900 – Zaki Razak ‘Like a Bridge Over Troubled Ideas – A
Symposium’
Program
seterusnya adalah merupakan simposium di pengerusikan oleh Zaki Razak iaitu
artis dan penulis yang bertajuk ‘Like a Bridge Over Troubled Ideas- A
Symposium’ atau ‘Simposium – Idea yang Bermasalah seperti di Jambatan’
menariknya persidangan meja bulat ini diadakan betul-betul diatas jambatan aras
4 , LaSalle College of Art menjemput panel dalam pelbagai bidang terutmanya
daripada tenaga pengajar LaSalle dan ‘Fellow HAO’ iaitu peserta sendiri. Dalam
simposium panel meja bulat yang terdiri daripada artis, pengiat teater dan ahli
akademik dan banyak membicarakan isu-isu
semasa seni kontemporari di rantau ini terutamanya di Singapura. Zaki Razak
selaku peneraju simposium memulakan dengan meminta pendapat panel bagaimana apa
yang dikatakan renaisan dalam seni kontemporari Singapura dengan adanya
acara-acara besar seperti Singapore Biennale dan ekpo seni seperti Art
Singapore ia membuka mata peminat seni untuk datang kesini dengan jumlah
pengunjung yang tidak pernah difikikirkan sebelum ini, malah ia bukan sahaja
memberi kesannya terhadap Singapura sahaja malah negara-negara Asia Tenggara
yang berhampiran turut merasai angin perubahan pasaran seni ini. Sungguhpun
begitu terdapat isu-isu lama yang masih belum selesai dari sudut ketidakbebasan
ekspresi artistik daripada kerajaan mereka sendiri dimana menyekat penghasilan
karya yang mengkritik pemerintah yang dibangkitkan oleh panel terutamanya
pengiat muda. Selain itu isu yang menjadi popular dimana-mana perjumpaan seni
ada dari aspek dana, geran dan bantuan kewangan dalam penghasilan artistik.
2100 – Selepas simposium ditutup dengan soal jawap dengan
‘Fellow HAO’ acara seterunya
adalah
peserta di kehendaki melakukan tugasan budaya di lokasi yang dinamakan ‘Little
India’. Mereka dipecahkan mengikut kumpulan yang kecil dan mengikut minat dan
idea masing-masing.
2300 – Program untuk hari kedua berakhir dimana peserta
balik ke hotel dan tempat tinggal
masing-masing.
Hari Ketiga / 13 Nov 2010
Lokasi: BISHAN 22 Street , Chinese Opera Tea House dan Emily Hill/
Astaka Seni
8045 – Semua peserta antarabangsa dikehendaki berkumpul
di lobi hotel untuk menaiki bas
bersama ke lokasi pertama iaitu di Bishan.
9030 – Sarapan di tempat pertemuan pertama iaitu di
Bishan 22 Street iaitu
merupakan
rumah kepada peneraju simposium semalam iaitu Zaki Razak dengan tajuk yang
mempunyai kaitan dengan persidangan semalam iaitu ‘Post Symposium Talk’ yang
cuba melihat tindakbalas dan reaksi peserta daripada apa yang diutarkan oleh
ahli panel semalam. Acara dimulakan dengan sarapan secara santai yang disediakan
oleh tuan rumah iaitu roti Perancis yang dicicah dengan kuah sup, beserta
dengan kuih-kuih Melayu tradisional. Perbincangan dimulakan dengan Zaki
menerangkan sedikit mengapa acara tersebut diadakan di atas jambatan dan
perancangan sebenar strategi beliau dalam simposium yang beliau katakan sebagai
sebuah persembahan seni yang dikuratorkan oleh beliau. Minat beliau terhadap
persolan kesedaran manusia, hermaneutik seni yang selalunya digunakan dalam
permainan kata-kata dan permainan terhadap karya-karyanya hal ini dapat
diperhatikana dalam pengkuratoran pamerannya sebelum ini seperti ‘Is This Home
Truly? dan ‘Berita Harian 2: Utusan Melayu’.
1200 – Pertemuan di Bishan 22 Street berakhir dan peserta
bersedia untuk ke lokasi
seterusnya iaitu di Chinese Opera Tea yang terletak dalam
kawasan China Town.
1245 – Audrey Wong – ‘The Myth of The Struggling Artist’
Audrey
Wong yang merupakan ketua program sarjana pengurusan seni dan budaya, pentadbir
dan pengasas bersama HAO. Beliau banyak mengkurator dan menganjurkan festival,
pameran, produksi teater dan program pertukaran artis antara negara. Dalam
tajuk ‘‘The Myth of The Struggling Artist’ atau ‘Mitos Pergelutan Artis’ beliau
memperkenalkan ibu beliau yang juga pengiat teater opera cina yang dipentaskan
di premis miliknya sendiri yang dinamakan Chinese Opera Tea. Audrey mengambil sampel
kajian kes ibu beliau sendiri dalam memaksudkan perjuaangan artis bukan sahaja
dalam bidaang teater malah semua genre seni. Beliau menyentuh persoalan kepada
peserta adakah pada masa kini artis untuk artis ? atau artis membantu artis
yang lain. Pada pandangan ibunya mengatakan pada masa dahulu mereka bergiat
dalam kegiatan teater hanya untuk keseronokan berbeza pengiat pada hari ini
yang mempertaruhkan ringgit dan sen untuk mereka terus hidup bagi membayar sewa
dan bil bulanan. Jadi ia menuntut sikap mereka lebih profesional berbanding di
zamannya. Mereka dahulunya juga tidak membuat duit dalam kegiatan seni. Jadi
disini terdapat konflik minat samada mencari jalan selamat untuk bekerja agar
setiap bulan mendapat habuan yang tetap atau terus berada dalam arus perdana
kesenian dan terus mendapat perhatian. Bantuan dana dan geran daripada
keprihatinan kerajaan sedikit sebanyak memberi sinar baru pada artis pada hari
ini yang bergelut dengan masalah kewangan bagi membina pengkaryaan mereka.
Realistiknya yang perlu diketahui oleh artis pada hari ini adalah walaupun
audien dalam bidang mereka tidak besar mereka juga boleh hidup seperti manusia
yang lain, terima kasih pada dunia komersial dalam penghasilan seni pada hari
ini kerana selagi ada peminat (kolektor) selagi itu mereka boleh bertahan.
1330 – Peserta berkumpul melakukan lawatan bebas ke China Town dan berkumpul 30 minit
selepas itu untuk ke Emily Hill atau Astaka Seni.
1400 – Marco Kusumawijaya - ‘ The Pragmatic Art’
Marca
Kusumawijaya merupakan seorang urbanis dan arkitek merupakan juga pengasas
Rujak Center for Urban Studies atau Rujak yang memokuskan pengkajian dan
praktis terhadap idea pembandaran yang mampan. Rujak yang bermaksud Ruang
Jakarta untuk membina Jakarta sebagai
bandaraya yang mampan untuk diduduki .
Rujak juga mempunyai blog dimana ia memberi ruang warganya menyalurkan
idea, tindakan, soal jawab, tahu bagaimana, cabaran dan cadangan-cadangan yang
boleh dikongsi bagaimana mentransformasikan bandaraya ini dengan sebaiknya. Dalam
tajuk ‘The Pragmatic Art’ beliau banyak menyentuh bagaimana membebaskan ruang
publik dengan membawa seni kepada ruang publik dengan penglibatan audien itu
sebagai objek tumpuan. Marco menjelaskan bandar-bandar besar yang menjadi
tumpuan penduduk kurang dengan dengan ruang-ruang spontan yang boleh membina
kreativiti komunitinya. Beliau ruang-ruang urban ini perlu kepada kesenian yang berbentuk protes, provokasi, berfikir
dan menyoal kembali. Menurutnya tugas artis adalah membebaskan ruang ini bukan
sahaja untuk ekspresi semata-mata malah menawarkan ruang bermeditasi seperti
yang dilakukan di kebanyakan negara-negara Eropah dengan meletakkan ruang awam
dengan sesuatu yang ingin dilihat oleh dan dekat dengan komuniti setempat yang
sudah tentu memerlukan perancangan yang tidak rapi pasti akan merosakkanya dari
situ polisi menjadi satu yang amat penting. Perancangan tidak seharusnya
merosakkan ekologi dan apa yang merisaukan beliau adalah jika masyarakat tidak
dapat merasikannya lagi.
1530 – Rehat
1600 – Khairuddin Hori – ‘History of Contemporary Art In
Singapore Version 6’
Program
di sambung dengan tajuk ‘History of Contemporary Art In Singapore Version 6’
oleh Khairuddin Hori iaitu kurator di Singapore Art Museum yang juga merupakan
seorang artis. Peserta didedahkan dengan retrospektif perkembangan seni
kontemporari Singapura dengan pemain-pemain utamanya dari tahun tujuh puluhan
sehingga ke hari ini, kontroversi dan kejutan-kejutan yang melingkarinya,
bermula displin yang pelbagai atau dalam seni, interaksi serantau seperti ekspo
seni dan beinnail, kelahiran artis sebagai kurator sebagai mengisi kelompongan
apresiasi, penerbitan seni, sokongan kerajaan dari segi dana dan geran,
pendidikan seni, galeri komersil dan perubahan pucuk pimpinan dalam institusi
seni dan pembuat polisi.
Khairuddin
juga menerangkan perancangan sehingga jangka panjang institusi seninya itu
dengan sebuah bangunan baru National Art Gallery Singapore akan siap dimana
pada tahun 2012 dimana ia akan menyimpan koleksi seni lukis moden secara
berasingan manakala mereka merancang untuk menjadikan Singapore Art Museum SAM sebagai
pusat rujukan utama di rantau ini yang akan memberi fokus kepada seni lukis
kontemporari Asia Tenggara. Satu sayap
baru dengan pengambilan sebuah bangunan lama bersebelahan dengan SAM iatu 8Q
dijadikan ruang pameran seni kontemporari antarabangsa yang datang dari luar
negara yang dirangka untuk merancakkan lagi program mereka disamping bagi
menarik kedatangan pengunjung luar
berkunjung ke Singapura.
1830 – Makam malam peserta melakukan aktiviti sendir.
Kami mengambil keputusan untuk
makan
restoran masakan Melayu di Bencoolen St, dan mencari kedai buku Kinokuniya di
Orchard St.
2200 – Sampai di hotel untuk berihat.
Hari Keempat / 14 Nov 2010
Lokasi: Arab St District
1000 – Disebabkan program pertama pada hari ini akan
bermula pada jam 1.30 tengah hari
kami
mengambil kesempatan untuk pergi beberapa pameran yang sedang berlangsung.
Tempat pertama kunjungan kami adalah pameran ‘Manifesto of the New Aesthetics: Seven
Artist from Indonesia’ di Institute of Contemporary Art Singapore (ICAS) .
Pameran ini adalah merupakan pameran yang dikuratorkan oleh Rika . ICAS adalah ruang
galeri khusus bagi penerokaan baru,
eksperimental praktis dalam seni, rekaan dan media. Program mempamerkan pameran
antarabangsa, Asia, Asia Tenggara dan seni kontemporari tempatan yang bertujuan
untuk sebagai satu sumbangan artistik kepada pelajar, artis dan publik. Selepas
itu kami merancang untuk ke sebuah galeri lain yang terletak di Little India
iaitu ‘Post Museum’ namun kami tidak bernasib baik kerana galeri itu hanya
menerima pelawat menerusi temujanji sahaja.
1330 – Lawatan berpandu ke Masjid Sultan yang terletak di
Arab District, masjid ini adalah
antara
masjid lama yang masih wujud bukan sahaja tempat sembahyang malah ia boleh
dikatakan sebagai pusat Islam disini.
1500 – Saya sampai di hotel untuk mengemas barang dan
‘check out’ untuk pulang kerana
saya
perlu menghakimi pertandingan Bakat Muda Sezaman 2010 di Kuala Lumpur pada
keesokan hari. Menaiki teksi yang dipanggil oleh pekerja kaunter untuk sampai ke lapangan terbang lebih kurang
40 minit untuk menaiki pesawat MAS MH 614 .
1600 – Sampai ke lapangaan terbang Changi, penerbangan
saya akan berlepas pada jam
1800 dan dijangka akan sampai ke KLIA Sepang pada 1900.