Jumaat, 23 Julai 2010

Sulaiman Esa: Manusia dan Alamnya

Oleh : Faizal Sidik


Faizal Sidik (2010), ‘Sulaiman Esa: Manusia dan Alamnya’ SeniKini, 2010, Issue # 08, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.



Penulisan ini dengan tajuk “ABC - Sulaiman Esa: Manusia dan Alamnya (1972-1973)” telah disiarkan di dalam Majalah SENIKINI, # 8, Nov 2010, terbitan Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.



-->















--> -->
Setelah 37 tahun tidak diperlihatkan kepada umum dan berada dalam simpanan koleksi Balai Seni Lukis Negara audien telah berpeluang melihat karya ini sekali lagi dalam pameran ‘ABC: Antara Bahan Campuran’ iaitu pameran koleksi karya bahan campuran tahun 1950 an hingga 2000 daripada koleksi himpunan tetap BSLN yang diadakan dari Mac sehingga Januari 2011. Pameran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebanyak 45 karya bahan campuran telah dipilih untuk dipamerkan pada pameran Bahagian 1: 1950 an - 1980 an (Mac-Julai) manakala 72 karya pada Bahagian 2: 1990 an – 2000 (Ogos-Januari).

Karya ‘Manusia dan Alamnya’ (1972-73) adalah sebuah karya penyertaan beliau yang dihasilkan untuk pertandingan ‘Manusia dan Alamnya’ yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1973. Dimana Sulaiman telah memenangi anugerah utama dengan sebuah lagi karya konseptual yang bertajuk “Self-Portrait” (1973). Ia juga adalah kesinambungan daripada penerokaan Sulaiman daripada karya sebelumnya iaitu ‘Compression’ (1972) yang menggunakan bahan seperti akrilik dan media campuran atas kanvas, namun cara persembahan karya ini yang menolak permukaan konvesional empat segi memberi kanotasi baru dalam karya-karya berikut beliau yang begitu dominan dalam pengkaryaan di sini pada dekad 50 an dan 60 an.

‘Manusia dan Alamnya’ merupakan karya komentar sosial yang pertama seumpamanya dihasilkan di Malaysia yang pada 1972. Ia merupakan tindak balas artis terhadap dunianya. Ia merupakan sebuah pengkajian antropologi manusia yang pelbagai dimensi, yang mempunyai pelbagai sifat, juga merupakan manusia yang terdiri daripada fizikal dan spiritual. Disamping itu ia boleh menjadi sebuah kajian akademik, sosial, seksual dan intelektual.

Dalam karya ini beliau mengumpul buku lakaran, surat-surat, yang mengambarkan setiap sudut aspek kehidupan beliau dari segi ekonomi, sosial dan spiritual dengan 36 bahagian poket. Dalam barisan pertama poket ini mengambarkan dokumen tentang kewujudan beliau didalam dunia ini dengan sijil kelahiran, kad pengenalan, pasport dan lesen kenderaan dimana memberitahu beliau mempunyai kenderaan pada waktu ini. Pada barisan poket kedua pula merupakan dokumen pencapaian dan kelulusan beliau seperti GSC, diploma yang memperlihatkan beliau sebagai seorang yang intelektual. Baris ketiga pula adalah surat-surat kepada rakan dan lawan beliau yang melambangkan beliau sebagai manusia yang mempunyai kehidupan bersosial yang perlu berhubung. Manakala di baris yang keempat adalah merupakan bahan-bahan peribadi yang beliau kumpul dan simpan iaitu buku, rekod piring hitam yang diminati, sajak, bahan bacaan dan lain-lain.

Menurut Sabapathy dalam katalog pameran‘Piyadasa: An Overview 1962-2000’ mengatakan “Dalam penghasilan ini. Satu lagi penghasilan permukaan yang membawa dengan lebih dekat antara seni dan aktiviti sosial; terlalu banyak jurang yang dibuat sehingga merugikan kedua-duanya dan oleh kerana itu keterasingan melalui pendekatan ini ia sedikit sebanyak boleh di pertemukan semula, walaupun tidak menyeluruh atau boleh diatasi. Dalam karya ini, Sulaiman tidak mengikut aturan konvesional; beliau menolak kebiasaan dengan mentranformasikan aktiviti sosial kedalam gambaran formal imej yang mana boleh diukur daripada sudut nilai estetika didalamnya. Sifat semulajadi aktiviti sosial adalah isi utama dalam karya itu secara keseluruhnnya. Pembuatan dengan bahan mentah dengan baik dan pendekatan seperti mengambil dan menyimpan didalam album setem, ia dilihat cuba merendahkan sedikit sifat karya kepada tujuan fungsi dari segi entiti estetik. Komponen material yang membentuknya sebagai karya seni tetap ada namun cara persembahan lebih kepada interaksi sosial. Kini tempatnya dalam dunia seni; ia adalah dunia dimana kepercayaan menjadi keutamaan. Ia berada di dalam satu dunia yang mana ia akan diterima dan statusnya akan ditentukan. Sempadan jurang antara dua dunia (sosial dan seni) akan pada masa itu menjadi kecil; malah sudah tentu dapat membentuk kesamaan tanpa ada pemisahan. Seni dan penglibatan sosial berkait rapat pegungkapan kepelbagaian yang mengubah jurang ruang antara ”.

Setiap baris mengambarkan aspek-aspek yang berbeza dalam kehidupan beliau sebagai manusia biasa. Apa yang menjadi ‘focal point’ dan penting yang ditekankan dalam karya ini adalah disebelah kiri dan kanan barisan poket tadi adalah objek seperti baju kod, tali leher dan kasut disebelah kiri dan sejadah serta bunga mawar di bahagaian kanan. Disebelah kanan ini memperlihatkan kod dan simbol cara berpakaian yang cenderung kebaratan beliau dimana beliau terpengaruh dengan cara pemakaian barat dimana pernah berada disana selama lima tahun. Di sebelah kiri pula perlambangan sejadah memberi makna beliau masih lagi seorang muslim yang mempercayai Islam walaupun banyak terdedah dengan budaya barat beliau jauh disudut hati masih mempercayai agamanya.

Kain sejadah atau tikar sembahyang merupakah satu pernyataan penting dalam karya ini. Beliau sebagai orang Melayu merasakan beliau perlu mengenal semula identiti asalnya. Sedar atau tidak Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971 yang merupakan kongres seni budaya yang terpenting dimana kerajaan, masyarakat dan ahli fikir dipersoalkan mengapakah seni yang berlaku pada waktu itu tidak memberi apa-apa kesan kepada identiti, budaya dan jatidiri tetapi cenderung kepada berkiblat barat yang artifisial. Beliau baru menyedari bahawa beliau sebenarnya menceritakan tentang dirinya sendiri yang mempunyai dua karekter, iaitu yang mempunyai ciri-ciri fizikal kebaratan dan spiritual Melayu Islam. Jadi perletakan sejadah adalah menjelaskan bahawa walaupun beliau mendapat pendidikan barat namun beliau adalah seorang Muslim.

Penggunaan bahan plastik begitu dominan dalam karya ini ia dapat dilihat seperti penggunaan material bunga, poket, baju daripada nylon yang juga plastik yang terdapat didalam karya bermaksud mereka yang tinggal didalam hidupan urban seperti beliau sering didedahkan dengan estetik yang artifisial dimana plastik menimbulkan budaya urban yang tidak semulajadi yang ada hanyalah sintetik. Sulaiman menolak elitis seni dan membawanya ke dalam masyarakat dengan bahan-bahan harian yang lebih mesra rakyat.

Menurut Sabapathy lagi “Karya yang dihasilkan daripada bahan-bahan terbuang yang dikumpulkan sebagai penolakan terhadap persekitaran urban; ianya kini diberi nafas baru. Kebanyakan objek terdiri daripada resit-resit dan pembayaran, transaksi harian; setiap perlakuan mengambarkan keperibadiannya sosialnya. Ianya dimasukkan kedalam poket yang dihasilkan daripada bahan sintetik antara manusia dan alamnya adalah manifestasi penghubung dan peruntuh kehidupan urban yang di terjemahkan kedalam dunia seni. Sulaiman menidakkan sifat keindividuan seni dan membawanya ke bawah”.

Karya ini boleh dianggap sebagai sebuah karya ‘potret diri’ beliau. Sebuah ‘lukisan’ bermedia campuran kehidupan peribadi beliau. Sulaiman Esa melukis kembali potret diri dalam dimensi yang lain daripada rakan-rakan artis beliau pada waktu ini. Walaupun tanpa ‘wajah’ beliau dalam karya ini ia merekod dengan lebih jelas lagi siapakah dia Sulaiman Esa.

Khamis, 1 Julai 2010

Standard Citarasa pada Penghasilan Karya Seni

Oleh: Faizal Sidik(2010)

'Of The Standard of Taste' atau Standard Cita Rasa adalah merupakan pernyataan utama Hume terhadap estetik terutamanya dalam estetika atau tepat terhadap nilai yang terdapat dalam objek estetik yang berdasarkan perasaan dibina atau yang dikatakan sebagai sentimen.Dalam eseinya itu lagi Hume teleh memperjelaskan 5 standard cita rasa yang perlu ada dalam menaggap nilai estetik itu antaranya ialah (I) kehalusan berimigninasi, (ii) terlatih dalam sesuatu seni, (iii) boleh membuat perbandingan dengan baik, (iv)bebas daripada prejudis dan (v) keinderaan yang baik, perkara yang bukan sahaja dalam bidang kritikan antaranya adalah malahan dalam penciptaan hasil seni.

Dalam esei ini saya melakukan Standard Cita Rasa oleh Hume yang biasanya digunakan dalam perkiraan melakukan sesutu kritikan kepada hipotesisnya terhadap artis dan karya seni. Saya berpendapat objektif akhir dalam menetapkan sesuatu standard cita rasa adalah untuk ditatap oleh umum, setelah kelima-lima perkara yang dinyatakan oleh Hume itu di lakukan. Namun begitu untuk mengesahkan sesuatu itu adalah karya seni atau bukan ia bukan sahaja terletak kepada pengkritik yang berkelayakan, saya berpandangan standard itu perlu dipunyai oleh artis sebagai pengkarya sebelum karyanya di lepaskan untuk dilihat atau dipertontonkan.

Dalam mengatakan artis perlu mempunyai standard cita rasa terlebih dahulu sebelum boleh kita membuat penilaian terhadap karyanya, artis terlebih dahulu membuat penilaian terhadap standard cita rasa pada objek estetik atau mempastikan asanya pengalaman estetik pada karya itu, hal ini adalah penting kerana ia memberi refleksi terhadap persekitaran yang dilingkungi oleh artis itu, saya berkata demikian kerana proses kreativiti penghasilan menjadi sesebuah karya siap artis adalah pengkritik utama karyanya, artis berdialog bersendirian dengan karyanya, bahan atau warna apa yang akan digunakan, kecil, besar saiznya untuk mendapatkan kesan yang baik apabila dipamerkan semuanya ditentukan oleh artis.

Apa yang saya nyatakan adalah bukanlah mahu artis mengambil tempat kritik, tatepi artis perlu tahu aturan apa yang perlu ada pada dirinya agak lebih bersedia menerima kritikan keatas penghasilan yang dihasilkan, dengan saya meletakkan artis sebagai pengkritik pada karyanya itu agar kita melihat sesuatu penghasilan yang dihasilkan mempunyai satu standard piawaian bagi mengesahkan hasil kerjanya bersifat seni atau objek.

Artis adalah sebagai pengkritik pertama hasil kerjanya untuk dianggap sebagai kerja seni sebelum sesebuah penghasilan seni dilakukan kritikan.

-standard untuk membezakan sesuatu hasil karya itu lebih baik dari yang lain

- Hume mengatakan kelemahan yang terdapat jika pandangan kedua menentang pandangan pertama, atau hanya pandangan kedua itu sahaja yang masih kekal baik


Kehalusan berimigninasi
Hume mengatakan antara sebab kebanyakan orang tidak benar-benar merasai sentimen perasaan yang indah adalah kerana mereka tida peka atau sensibiliti terhadap emosi yang lebih halus. Dalam penghasilan karya seni hanya mereka yang mempunyai cita rasa yang halus sahaja yang boleh menangkap perkara yang berada di perasaan mereka dan orang yang layak mempunyai citarasa demikian adalah artis, bukannya orang biasa, ini kerana artis adalah manusia yang menggunakan segala kreativiti yang dipunyainya untuk diterjemahkan mengikut kepakaran bidang


Terlatih dalam sesuatu seni
Dalam pembinaan karya memerlukan ilmu seni, yang di pelajari di kolej-kolej atau institusi- institusi seni , ilmu seni kini tidak sesuai di pelajari secara berguru hanya dangan seseorang guru sahaja atau sistem anak murid dan guru yang belajar perkara yang sama dan dari guru yang sama. Sistem yang dibina di institut pengajian tinggi memberi ruang yang luas kepada pelajar mempelajar dari pelbagai bidang seni dari bentuk satu-satu seni halus seperti catan, arca, lukisan, cetakan, sejarah seni, estetik, psikologi seni dan banyak lagi. Ia memberi ruang seluas-luasnya kepada sesorang untuk terlatih dan mahir dalam bidang yang digemari sesuai dengan kemahiran semulajadi yang ada pada seorang itu. Pencapaian-pencapaian penting untuk mempastikan bahawa beliau memang cukup berpengalaman dan mempunyai visi terhadap sesuatu bidang.


Boleh membuat perbandingan dengan baik
Dalam menghasilkan karya seni artis perlu mempunyai cita rasa yang halus dalam membuat perbandingan antara kecantikan dan kecacatan tau yang indah dan yang buruk.


Bebas daripada prejudis
Manakala yang keempat adalah memelihara fikirannya dari segala prejudis. Dalam menghasilkan karya seni artis perlu membebaskan diriny adaripada tradisi budaya yang melingkungi dirinya, karyanya perlu bebas daripada konkongan budaya setempat agar ia bersifat universaldimana ia boleh diterima tanpa mengira masa dan tempat. Beliau juga menyebut bahawa:

"Apabila karya seni zaman silam sering dinilai dari jurus pandang kegunaannya dalam bidang sosial dan simbol agama budaya yang memilikinya, maka kita akan dapat menatap karya seni sebagai hasil karya seni halus"

"Kita tidak perlu tahu peranan yang dimainkan oleh seni dalam budaya"

"Kita akan bertindak untuk menilai karya seni dan bukan untuk mempertimbangkan fungsinya dalam budaya dan agama masyarakatnya"

Sensasi dan Persepsi

Bagaimana organ deria anda mendapat informasi daripada persekitaran dan bagaimana otak anda mengertikan dan menyusun informasi untuk membina pengalaman yang boleh dijadikan sebagai contoh model. Sempadan antara dua proses ini bukanlah mudah dilakukan kerana ianya berlaku dengan pantas dan disebabkan sesetengah sistemnya berlaku tanpa ada isyarat yang disedari untuk disampaikan ke otak. Walaubagaimanapun, sebagai sesuatu yang mengkonsepsikan apa yang sedang berlaku , ahli psikologi mempunyai aturan apa yang dikatakan sensasi (sensation) sebagai proses yang pertama dan yang keduanya ialap persepsi (perception).

Sensasi adalah pengesana daya fizikal yang terpancar atau terkesan (refleksi) dengan objek fizikal. Sel pengesanan ini dinamakan reseptor deria(sesnse reseptor), terletak di dalam organ deria. (sense organ) iaitu mata, telinga, lidah hidung, kulit dan tisu dalam basan. Reseptor untuk membau, tekanan, kesakitan, dan hawa adalah struktur yang menghubungkan (saraf) dengan neuron deria. Reseptor untuk melihat (vision), mendengar dan merasai adalah sel yang berlaina daripada deria sel saraf (neuron) oleh sinap. Proses atau kaedah deria ini menghasilkan dengan serta merta kesedaran terhadap bunyian, warna, bentuk dan kesedaran lain yang membunanya. Ianya menerangkan kepada kita apa yang sedang berlaku, di kedua-dua samada didalam badan kita dan di luar kulit kita.

Tanpa sensai, kita akan hilang rangsangan yakni terhadap realiti. Sesuatu sensasi itu tidak memadai untukmenimbulkan perasaan kita terhadap sesuatu itu yang berada di luar, oleh itu, kita memerlukan persepsi, yang melengkapkan proses mengatur dan mentafsir dorongan deria. Persepsi menerangkan kepada kita dimana sesuatu bermula dan berakhir, dan ianya akan mengumpulkan pengalaman yang penting itu ke dalam pola corak yang bermakna. Deria penglihatan kita menghasilkan imej dua dimensi dibelakang mata, namun kita nampak alam keadaan dalam tiga dimensi. Deria pendengaran membawa kita bunyian samada C,E DAN D yang dimainkan serentak menerusi piano. Namn kita nampak kod C-major.

Lihat pada lukisan kuib ditepi. Jika anda merenung pada kiub, ianya akan memainkan mata anda . Permukaan sebelah luar dan dihadapan akan serta merta akan berasa di sebelah dalam dan di bahagian belakang, atau begitulah sebaliknya. Reseptor deria pada bahagian mata anda akan mengesan garisan hitam pada permukaan putih, namun disebabkan otak anda boleh memahami deria imej dalam kaedah yang lain, anda nampak dua kiub yang berlaianan. Kekaburan bukan sahaja pada gambar malah juga mata (iaitu otak) yang melihat. Ianya selalunya akan terjadi apabila anda mengulangi beberapa ucapa bunyian. Sebut perkataan “say” berulang-ulang kali. “Sa” akan kemudiannya menjadi “say”. Isyarat bunyi tidak berubagh, ianya hanyalah persepsi anda sahaja.

Ahli psikologi mengkaji sensasi dan persepsi kerana proses ini adalah merupakan perkara asas kepada pembelajaran, pemikiran dan perlakuan . Kebanyakan penyelidikan di dalam bidang ini adalah |”benar”, atau dasar, seumpamanya malah hasil daripadanya selalu boleh dipraktikkan – contohny dalam rekaakn set televisyen warna, alat bantu dengar dan meisn robot yang boleh “melihat”, “mendengar” dan “merasai” dan juga unuk melatih alat kawalan jauh, angkasawan dan yang lain-lain yang mana mesti sangat penting dalam untuk mendapatkan hasil keputusan daripada deria dan kesan daripadanya.

1 Sensasi 1. Sesuatu (kejadian,keadaan, dll) yang mengemparkan atau yang membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat, dsb)
2 Persepsi, gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),pandangan (menerusi pancaindera),tanggapan

Konsep Persepsi Hasil Pembelajaran Melihat Objek

Oleh: Faizal Sidik(2010)

Pembelajaran cara ini mengajak seseorang mendekati atau berhadapan dengan objek sasarnnya melalui pancaindera disini bersedia untuk menerima apa sahaja kesan yang akan berlaku. Disini juga akan berlakulah gambaran awal atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu objek yang akan dihadapi.

Dalam melihat sesuatu hasil seni dimensi atau 3 dimensi pemelihat akan menghala pergi ke arah dimana objek itu berada, dalam pergerakannya ke arah objek itu tadi pemelihat telah ada untuk mengetahui apakah objek itu sebenarnya, disini ada satu kuasa yang menarik pemelihat untuk mendekatinya yag datang daripada mata, hidung, telinga, lidah, tangan. Namun ia amat bergantung terhadap bagaimana deria itu menerima tarikan terhadap objek itu tadi. Jika kita melihat objek dua dimensi peraantaraan yang akan berlaku antara pemelihat dengan pendekatan yang akan digunakan hanyalah melalui mata, namun pedekatan ini mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan seni kontemporari yang boleh menggunakan du hingga tiga dalam mengamatinya.

Berbeza pula dengan objek bentuk tiga dimensi, dimana pemelihat bukan sahaja berhadapan dengan objek itu, malahan beliaua akan turut merasai dimana persekitaran sekeliling mempengaruhi objek berkenaan dan pendekatan diaman pemelihat akan berada juga turut berubah, menyebabkan pemelihat akan turut merasai kuasa objek dan kuasa persekitaran di sekelilingi objek beliau dicadangkan. Kuasa lihat ini bukan sekdar berakhir dimata malah ia akan diterima oleh akal untuk proses. Maka obsesi atau sesuatu yang menganggu atau menghantui fikiran pemelihat itu akan berlaku dan membuatkannya untuk terus dekat untuk mengetahuinya dengan lanjut.

Obsesi atau gangguan itu sebearnya telah menimbulkannaluri rasa takjub, hairan atau ghairah terhadap objek itu yang mana rasa ingin tahu terus membuak-buak untuk mendapatkannya iaitu mendekatinya dengan lebih rapat. Dalam menyusurinya semacam ada aura tarikan yang dialami menyebabkan rasa itu menuruti kehendak deria. Walaubagaimanapun hal ini mash lagi hanya merupakan niat yang dipasang terhadap objek berkenaan yang masih belum diketahui samaada kebenarannya boleh dipercayai atau Cuma illusi yang hadir daripada gangguan tadi. Pra nilai ini lahir kerana terdapat keraguan di dalam kalbu, persoalan pula timbul kerana keraguan atau perasaan ingin tahu tadi masih belum dapat dijelaskan.

Keraguan yang ada kepada pemelihat memerlukan beliau membuat penyelidikan, pengamatan mahupun penilaian untuk emngetahui keabsahan objek itu supaya kearaguan itu tadi dapat dibuang untuk menghilangkan naluri rasa ketidakpastian akannya atau apa yang dikatakan subjektif yang menimbulkan sangkaan-sangkaan, agak-agakan mahupun rasa-rasaan yang mesti digantikan dengan masuk akal, boleh diterima fikiran mahupun berfikiran saintifik untuk memusnahkan pra keputusan.

Apabila pemelihat telah berdepan dengan objek maka metode atau sistem itu diambil alih oleh perbuatan yang terkeluar dari naluri rasa itu seperti melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, menghidu dengan hidung, merasa dengan lidah dan menyentuh dengan tangan. Pemilihan tenaga-tenaga ini adalah kurniaan yang tiada bandingannya kepada pengamat terhadap objektif atau untuk mengetahu fakta sebenar atau kekuatan untuk mengetahui yang tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka tadi.

Kant dan Seni Halus

Oleh: Faizal Sidik(2010)

Pandangan Kant Mengenai Seni Halus (Fine Art) dalam seksyen SS Seni Halus Kant menyebut “Tiada ilmu pengetahuan tentang keindahan melainkan dikritik dan dikupas. Tidak juga ada ilmu tentang kehalusan dari segi rupa selain pada seni halus (seni tentang keelokan, kebaikan dan keindahan). Bagi mmengetahui ilmu tentang keindahan ia harus diputuskan melalui pengetahuannya yang sebenar, contohnya bukti keterangan, untuk menganggap sesuatu benda itu indah atau tidak, dana bagaimana untuk membuat keputusan indahnya itu, ia akan berbalik kepada sains yang dicapai melalui pemerhataian dan pengajian sesuatu fakta yang dinamakan citarasa”

Menurut Kant pengetahuan mengenai perihal estetik atau untuk mendalami pengalaman-pengalaman keindahan sesuatu yang hendak mengatakan ia sebagai objek atau pengalaman seni mestilah mempunyai aturannya terlebih dahulu, iaitu dengan dikritik dan diperbincangkan untuk dikupas, Hal ini bermaksud untuk mencungkil samaada untuk mengatakan sesuatu itu bersifat seni aia haruslah diaprisiasikan ataupun diwancanakan dari pelbagai aspek. Apabila proses ini sedang berjalan ianya akan menemui dua kemungkinan samaada terdapat nilai didalam kupasan itu tadi . Kupasan terhadap sesuatu itu sebenarnya adalah untuk mencari kebenaran adakah sesuatu itu bernilai seni. Jadi kita sering mendengar atau pernah mengalami bagaimana sesebuah karya seni itu tidak dianggap satu karya seni, ia adalahnilai yang kurang atau ia tidak mencapai klafikasi untuk mengatakan sesuatu objek itu mempunyai ciri-ciri seni yang ditetapkan (spefikasi ini akan dibincangkan kemudian).

Pegetahuan keindahan itu menurut Kant adalah nilai ilmu kehalusan daripada kritikan dan kupasan yang dibuat ke atas objek itu. Kehalusan disini boleh dkatakan adalah nilai yang terdapat didalamnya seperti keelokan dan kebaikan daripadanya. Maknanya disini jika sesuatu karya yang mahu diangkat sebagai satu benda seni tidak mengandungi keelokan dan kehalusan maka nilai karya seni yang dalam perancangan untuk diletakkan kepadanya boleh dipertikaikan. Pertikaian ini kerana ia tidak mencapai atau mengikut standard yang ditetepkan. Hal ini bermaksud semua penghasilan yang dilakukan oleh pengamal seni harus dilakukan kritikan untuk dianggao sebagai objek seni, oleh yang demikian bukan semua karya yang dipamerkan didalam muzium dan galeri seni boleh dikatakan objek seni, ini kerana tambahnya lagi “ilmu pengetahuannya yang sebenar iaitu melalui ‘bukti keterangan’ “ apa yang digariskan oleh Kant ini adalah sebab-sebab atau apakah yang boleh memperakuinya sebagai objek seni, bukti keterangan ini haruslah dilakukan ilmunya, ini bermakna bukan sahaja pengkritik sahaja yang perlu mempelajari ilmu untuk membuktikan sesuatu objek itu berseni atau tidak, malahan juga orang penseni sendiri.

Apa yang ingin dibuktikan oleh seniman itu haruslah berada di landasan kebenaran, kebenaran ini bukalah hanya dibuat-buat ia haruslah berada dalam logika pemikiran antara karya yang dilakukan itu dengan audien atau penghayat, dimana audien merasakan apa yang benar-benar dilakukan oleh seniman, yang mana ia memerlukan penghayat menggunakan deria citarasanya bagi mennghayati pengalaman seni, jika terdapat pertikaian antara karya yang dihasilkan oleh seniman dan audien ini memperlihatkan kerendahan nilai dalam karya seniman tersebut, dan kredibilitinya sebagai pembuat karya akan diragui mahupun ditidakkan, oleh itu seniman yang tulen harus memilikinya dengan mempelajari di institusi-institusi pendidikan, malahan juga bagi audien atau penghayat harus mempunyai asas-asas apresiasi dalam menghayai objek seni, dana yang paling penting adalah peranan pengkritik dan ahli estetik kerana mereka berperanan membina nilai wancana dan perbincangan terminologi atau mengadili perihal pembuktian untuk dinilai dan dibuat pertimbangan.

Seterusnya Kant mengatakan untuk mengangap sesuatu benda itu indah atau tidak, apa yang dikatakan oleh Kant adalah nlai keindahan aliran Romantisme kerana ketika Kant menulis Kritik atas Daya Pertimbangan (Critique of Judgement) ini pada tahun 1970 ia memperlihatkan aliran memandang sesuatu karya seni contohnya catan dai aspek keindahan dan ketakjuban oleh pelukis-pelukis sezaman dengannya seperti Constable, Vemer dana lain-lain. Namun dlam seni kontemporari pada hari ini konteks indah atau tidak seperti yang diperkatakan oleh Kant masih digunakan, namun melalui pancainderamanusia itu sendiri. Nialai keindahan bukan lagi diletakkak kepada kesukaan mata yang memandang sahaja, malah ia melangkaui ruang

Anti Bentuk




















Oleh: Robbert Morris(1968)
Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik(2010)
Sumber:Aesthetics: A Reader in Philosophy of the Arts

Kebelakang ini objek berbentuk seni sudah mula menerokai bentukan baru yang tidak lagi mengeluarkan isu-isu tententu. Morfologi geometrik dengan banyaknya bentuk segiempat diterima oleh umum sebagai satu penciptaan. Tarikan yang ada pada karya menjadi perhatian dalam memperincikan bentuknya secara umum melalui pada makna skala yang pelbagai, material, kadar banding, dan tempatnya diletakkan. Hal ini kerana sifat karya seni itu sendiri yang flexsibel atau yang pasif, iaitu tidak menekankan objek persekitaran yang boleh dijelmakan menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Pengguna segi empat mempunyai sejarahnya yang panjang. Ianya telah bermula sejak adanya pembinaan yang bercirikan post (batu tegak) dan lintel(ambang pintu) lagi. Didapati Perlaksanaan yang tidak teratur dalam membangunkannya dengan bahan yang kaku, seperti kanvas yang hendak dibidangkan, dan lain-lain. Secara umumnya ia berguna dalam memberikan makna baru dalam bentuk segiempat yang terdapat pada seni bina , catan, arca dan objek. Namun hanya dalam perkara yang berkaitan dengan bentuk objek seni sahaja bentukan seperti kiub dan segiempat bujur yang dikedepankan dalam mendefinisikannya sebagi karya. Dari sinilah, ia tertegak dalam mendirikan eleman yang bertalian dengannya. Apa yang mahu di capai samaada bentuk kiub atau segiempat adalah dibina dalam bentuk yang sangat ringkas, dalam jalan yang lebih munasabah, namun ia juga perlu dihasilkan dengan baik.

Apa yang perlu diber perhatian untuk membinanya semula bagi menyelesaikan masalah tertentu. Ia telah membebaskan pembubuhan simetri dan komposisi. Solusinya telah ,melontarkan semua bahan material yang tidak rigid. Hal ini bukanlah bermaksud untuk mengatakannya sebagai Minimal atau seni Objek. Jelas ia tidaklah menjurus sebagai hanya sistem aturan dekoratif sepenuhnya dalam sifat perulangan yang ada dan mengarahkan kepada kepelbagaian sesuatu kerja. Tetap dengan lebih luas lagi berdasarkan fikiran rasional pada skema peraturannya yang boleh diterima oleh akal fikiran terhadap pembinaannnya. Apa yang masih menjadi permasalahan berkenaan dengan sistem aturan ini

*Imej - Robert Smithson, Corner with Cora, (1969), Mirrors and coral, 91.5 x 91.5 x 91.5 cm, Hadiah daripada Agnes Fund, MOMA Collections