Selasa, 3 Mei 2016

Penilaian dan Kualiti Terjemahan di Malaysia: ITBN, Dermaga Seni dan SDI Media


Oleh: Faizal Sidik

Pengenalan
Dalam perkerjaan penterjemahan selain daripada aspek menterjmah, mengulas atau menganalisis suatu terjemah, faktor yang mendorong suatu terjemahan itu dilakukan dengan ‘baik’ atau ‘buruk’ bergantung pada penilaian dan kualiti bagaimana suatu teks itu diterjemah. Soalnya adakah terjemahan di Malaysia mempunyai satu standard penilaian dan kualitinya yang tersendiri? Bagi mencari jawapan ini beberapa kajian telah dijalankan sama ada melalui sumber primer atau sekunder.  Tiga badan atau pemain utama terjemahan di Malaysia yang dikaji adalah Institut Terjemahan dan Buku Negara sebagai peneraju utama di negara ini sebagai penterjemah buku. Manakala dua lagi adalah penterjemahan media iaitu Dermaga Seni dalam dan SDI Media  yang  memokuskan penterjemahan alih suara dan sari kata.


Penilaian dan Kualiti Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan dan Buku Negara dalam penterjemahan buku.

Kegiatan penterjemahan secara rasmi di negara ini berlaku semasa zaman penjajahan iaitu selepas pembukaan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak. Pegawai Inggeris O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan “Badan Menterjemah” pada tahun 1924 yang ditukarkan nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). Antara aktiviti yang terawal dilakukan oleh jabatan ini ialah menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel. Boleh dikatakan sejarah penilaian penterjemahan di Malaysia berlaku seiring dengan penubuhan Pejabat Karang Mengarang pada awal 1920 an yang perlu menyenggara suntingan penulisan penterjemahan buku pelajaran dan novel itu tadi sebelum ianya dicetak. Selain menyunting kegiatan penilaian penterjemahan lain yang dijalankan diawal penubuhan jabatan ini adalah menerusi penganjuran kursus penyuntingan dalam melatih penterjamah-penterjemah baru.

Nama pejuang bahasa Melayu Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba tidak boleh dipisahkan daripada penubuhan Pejabat Karang Mengarang  di Maktab Perguruan Sultan Idris pada ketika itu. Beliau telah memainkan peranan besar dalam kegiatan penterjemahan dan penerbitan awal buku-buku penterjemahan di negara ini  sehingga beliau diberi gelaran Pendeta Za’ba atas ketokohan mengembangkan ilmu di dalam bahasa Melayu. Antara buku-buku yang dihasilkannya di samping buku terjemahan adalah ‘Ilmu Mengarang Melayu’ dan ‘Anak Raja dengan Anak Papa’ (The Prince and The Pauper),

Kesinambungan kegiatan penterjemahan pra dan selepas mencapai kemerdekaan diteruskan menerusi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 di Johor Baru. Sejurus selepas mencapai kemerdekaan untuk memusatkan perkembangan dan pemerkasaan bahasa Melayu pejabatnya dipindahkan ke Kuala Lumpur di bawah Jabatan Pelajaran. Bahagian Penterjemahan DBP telah menghasilkan banyak buku terjemahan. Buku awal mengenai penterjemahan dalam bahasa Melayu diterbitkan oleh DBP yang ditulis oleh Suffian Sahuri bertajuk ‘Panduan Menterjemah’.

Usaha penterjemahan buku kini dipindahkan kepada Institut Terjemahan Negara pada tahun 1994 yang kini bernama Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN). Disebabkan DBP sebagai sebuah badan kerajaan yang utama dalam buku-buku keilmuan yang tidak dibebankan kepada aspek mencari keuntungan yang lebih kepada penyuburan ilmu yang  perlu sebuah entiti baru, maka pada awalnya Institut Terjemahan Negara ditubuhkan yang asalnya adalah Bahagian Penterjemahan DBP. Institut ini bertanggungjawap untuk meneruskan usaha-usaha awal DBP untuk menterjemah buku asing ke dalam bahasa Melayau atau karya tempatan kepada bahasa asing dalam usaha untuk memandaikan rakyat.

Dalam kajian ini penulis telah memilih Institut Terjemahan dan Buku Negara dalam meninjau kaedah kualiti terjemah yang digunakan. Dalam perbualan dengan pegawai penilaian dalaman jabatan berkenaan terdapat garis panduan yang digunakan namun ia adalah bersifat dalaman dan tidak dapat didedahkan kepada umum. Penulis berpendapat adalah berguna sekiranya adanya manual garis panduan atau kriteria yang perlu dipatuhi ini dikongsi kepada umum terutamanya kepada penterjemah, jurubahasa atau penyunting agar dapat membuat penilaian awal dari pihak penterjemah terlebih dahulu sebelum menghantar cadangan manuskrip mereka kepada jabatan berkenaan untuk dinilai.

Selain itu daripada maklumat yang diperolehi daripada perbualan daripada pegawai berkenaan pendekataan terjemahan dari sudut linguistik yang digunakan dalam penilaian terjemahan. Penilaian mereka juga banyak melihat daripada aspek isi, bahasa, ejaan, tanda baca dan tekstualiti seperti yang terdapat di dalam buku Gaya Dewan. Penulis membuat kesimpulan bahawa mungkin sejarah awal penubuhan institusi ini adalah dari serpihan Bahagian Terjemahan DBP pada suatu ketika dahulu dan perpindahan kakitangan daripada DBP ke ITBN itu kebanyakannya adalah terdiri daripada Pegawai Perancang Bahasa, mungkin inilah yang mendorong kepada penterjemahan  yang digunakan lebih menekankan aspek linguistik.

-          Walau bagaimanapun menurutnya lagi dengan adanya panel-panel luar yang terdiri daripada ahli-ahli akademik daripada instusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan lain-lain yang mana pengkhususan mereka lebih khusus kepada bidang penterjemahan dan bukan linguistik ia secara tidak langung membantu untuk mempertingkatkan lagi kualiti penilaian dari masa ke semasa. Universiti Sains Malaysia misalnya menawarkan program penterjemahan sepenuhnya diperingkat Sarjana Muda dan Sarjana Pengajian Penterjemahan. Penilaian kelayakan seseorangan penterjemah itu dapat dinilai latihan profesional yang diperolehinya yang dipantau oleh ahli-ahli akademik sebagai panel luar yang dilantik oleh ITBN.


Daripada temu bual itu juga institusi ini melakukan penilaian amalan profesional menerusi pensijilan, terutamanya sijil penterjemahan yang dikeluarkan oleh ITBN dalam menilai kelayakan seseorang penterjemah. Antara latihan yang dikendalikan oleh ITBN yang terus menjurus kepada terjemahan adalah latihan kursus yang dinamakan Latihan Penterjemahan Am. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa iaitu selama sepuluh hari, manakala secara sambilan pula akan diadakan pada hari Sabtu selama sepuluh minggu. Latihan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan. Selain itu terdapat juga kursus Latihan Bahasa dan Latihan Lain yang menekankan kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan. Dari aspek penilaian kursus-kursus ini kepada penterjemah, penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.

Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai satu pakej untuk penerbitan buku umum yang dinamakan sebagai Penerbitan Berpekej DBP. Tawaran ini terbuka kepada awam yang mahu penulisan mereka diterbitkan. Borang tawaran ini boleh dimuat turun di dalam laman web DBP sendiri. Penulis mempunyai pengalaman menghantar sebuah manuskrip yang mengumpul hasil-hasil penulisan penulis yang pernah diterbitkan sebelum ini sama ada di dalam majalah terbitan DBP, akhbar, katalog pameran dan juga di dalam blog. Oleh sebab tidak mempunyai maklumat parimeter apa yang digunakan oleh ITBN dalam melantik penterjemah dan penilaian yang digunakan, penulis menggunkan parimeter perlantikan penulis daripada Tawaran Berpekej DBP (Lihat lampiran) sebagai sandaran disebabkan ITBN pada suatu ketika dahaulu adalah sebahagian daripada DBP. Antara parimeter perlantikan penulis dan syarat-syarat berdasarkan parimeter di bawah:

i. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf oleh kerajaan.
ii.Menulis dalam bahasa Melayu. Penulisan dalam bahasa lain, seperti bahasa          Inggeris   dibolehkan bagi penulisan bertemakan Malaysiana.
iii.Karya mestilah karya asli. Tiada unsur plagiarisme.
iv.Manuskrip mestilah disiapkan dalam tempoh kurang daripada enam (6)    bulan   (mengikut bidang dan peringkat).
v.Manuskrip  ditaip langkau dua baris, saiz teks 12 poin, rupa taip Times Roma ataupun Arial.
vi.Manuskrip dihantar dalam bentuk salinan lembut (cakera padat) dan salinanbercetak.
vii.Ilustrasi hendaklah dihantar menggunakan CD-ROM ataupun JPEG.
viii.Penulis bersedia memberikan kerjasama kepada penerbit untuk      menyediakanilustrasi, membuat penambahbaikan manuskrip, menyemak  pruf dan menyediakan indeks.
ix.Penulis menghantar surat serahan manuskrip dan memperakui bahaw manuskrip tersebut adalah karya asli penulis.
x.Penulis hendaklah menyertakan borang permohonan bersama-sama manuskrip yang dihantar ke DBP.

Penilaian dan Kualiti Terjemahan Dermaga Seni dalam Alih Suara

Dermaga Seni Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Puan Hayati Yusof untuk menyokong perkembangan yang semakin membangun terhadap permintaan Kandungan dan Media di rantau Asia Tenggara. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri media, Dermaga Seni menyediakan khidmat seperti penterjemahan, alih suara dan suara latar. Selain daripada itu Dermaga Seni juga meneroka dalam bidang produksi media, perolehan dan pengedaran dengan membina jaringannya di sekitar Asia Pasifik. Dermaga Seni kini beroperasi di A-3-10 Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa , Kula Lumpur.

Tiga skop utama dalam penghasilan produk dan perkhidmatannya iaitu penyediaan kandungan (content solution), penghasilan produk (production solution) dan penghasilan lokalisasi (localization solution). Pengkajian mengenai penilaian dan kualiti terjemahan ke atas Dermaga Seni lebih memokuskan kepada skop yang ketiga iaitu penghasilan lokalisasi yang menyediakan khidmat terjemahan, alih suara, pengurusan bakat dan rakaman produk. Daripada ceramah yang diberikan oleh pengasas Dermaga Seni sendiri itu Puan Hayati Yusof dan beberapa kakitangannya yang berkongsi pengalaman profesional industri sempena Syarahan Jemputan: Penterjemahan dan Kerjaya di IPS USM, Kuala Lumpur.

Penglibatan Dermaga Seni dalam penghasilan lokalisasi dijalankan secara langsung dan tidak langung dengan memberi penekanan kepada pengurusan, teknikal seperti juruaudio, penterjemahan, pengalih suara dan sebagai vendor atau klien untuk penyiar seperti Astro dan HBO. Dalam pengalihan suara selain daripada dua syarikat penyiar tadi Dermaga Seni mendapat permintaan untuk menterjemah dan mengalih suarakan drama-drama Korea dan juga dokumentari. Menurutnya situasi semasa jika dibanding dengan Malaysia dengan negara-negara jiran yang lain di Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia, 90 % program rancangan dalam penyiaran di negara berkenaan adalah pengalihan suara. Sehingga kini hanya 20 % sahaja program tv di siarkan di Malaysia dialih suarakan. Penilaian serantau ini menunjukkan bahawa dinegara-negara berkenaan kerajaan yang memerintah mengamalkan ketegasan dan lebih mengutamakan bahasa kebangsaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyatnya. Oleh yang demikian pihak penyiaran mahu tidak mahu harus mengikut dasar dan polisi yang ditetapkan.

Sungguhpun tiada garis panduan yang standard di Malaysia dalam penterjemahan alih suara, namun kreteria atau protokol dalaman yang dibuat oleh Dermaga Seni boleh dijadikan sebagai sandaran. Dalam penterjemahan alih suara aspek yang di uji bahan-bahan yang diterima daripada pemberi tugas iaitu klien iaitu skrip asal dan terjemahan skrip alih suara. Pemilihan bakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk watak. Pengalih suara yang sesuai akan menghidupkan watak yang dibawa. Beliau menyarankan bahawa untuk mendapat kualiti yang baik 30 karakter sebaiknya dibawa oleh 8 orang sahaja. Jika dibuat perhitungan seorang bakat itu akan membawa 3 hingga 4 karakter di dalam satu-satu masa. Bagi proses pemilihan bakat ini sesi-sesi ujian suara atau ‘pitching’ diadakan sendiri di studio Dermaga Seni.

Aspek yang dinilai tidak terhenti di situ sahaja semasa proses rakaman skrip terjemahan alih suara perlu mengikut gerakan bibir watak yang dilakonkan, bibiran atau lipsing ini hendaklah selari dengan percakapan watak. Ketidakselarian bibiran akan menyebabkan penonton dapat melihat kesilapan dari segi pengucapan watak yang tidak sekata. Di sini kreativiti diperlukan dalam melakukan penyelesaian. Misalnya pendekatan terjemahan berlebihan hendaklah dilakukan sekiranya hasil terjemahan skrip asal agak pendek  jika dibandingkan bibiran watak yang masih meneruskan percakapannya. Melalui proses pengadunan rakaman ini sendiri kita dapat lihat banyak kesilapan yang akan diperbetulkan pada ketika itu juga dari segi intonasi atau ujaran tinggi rendah nada suara sehingga juruaudio berpuas hati pada kesan yang diinginkan.


Penilaian dan Kualiti Terjemahan SDI Media dalam Sari Kata

SDI Media Group, Inc. ditubuhkan pada tahun 1965. SDI Media atau nama penuhnya Subtitling Dubbing International adalah sebuah syarikat penyarikataan dan pengalih suara antarabangsa yang berpengkalan di Culver City, California, Amerika Syarikat. SDI Media beroperasi di 37 buah negara iaitu di benua Amerika, Eropah dan Asia adalah pemain utama dunia dalam menyediakan khidmat terjemahan sari kata dan sari kata ke 80 bahasa dunia. Syarikat ini mempunyai lebih 1000 kakitangan tetap dan mempunyai jaringan lebih 4000 penterjemah bebas. Pusat hab Asia Tenggara SDI Media terletak di Filipina. Syarikat ini membuka studionya di sini dengan nama SDI Media (M) Sdn Bhd  pada tahun 2008. Kini berpejabat di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya iaitu B-09-03A Menara Bata yang terletak di PJ Trade Centre.

Setelah enam belas tahun bertapak di Malaysia SDI Media memberi khidmat penterjemahan sari kata dan alih suara daripada pelbagai platform penyiaran dan produksi seperti Asto, BBC, Cartoon Network, Discovery Channel, Sony Pictures, Sony AXN dan Universal. Namun SDI Media tidak sunyi penilaian khalayak. Selama enam belas tahun di dalam penterjemahan sari kata masih tiada lagi garis panduan kaedah penilaian yang seragam oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini. Jadi ia menjadi kesukaran kepada syarikat dan terpaksa menggunakan budi bicara sendiri dalam menyelesaikan krisis, misalnya penggunaan  istilah sari kata seperti ‘babi’, ‘bodoh’ tidak boleh digunakan kerana ia bersifat sensitif kepada penonton negara ini. Namun apa yang merunsingkan beliau adalah istilah berkenaan pula boleh digunakan di dalam media cetak seperti surat khabar, majalah dan lain-lain. Istilah ‘babi’ misalnya amat sensetif bagai penonton Melayu beragama Islam, dan ia akan dipadankan dengan ‘khinzir’. Sungguhpun begitu menurutnya  akan memberi kesan yang berbeza. Selain itu sekiranya sari kata teks bahasa sumber menggunakan nama-nama di dalam kitab Injil, ia tidak akan diterjemah dan digugurkan.

Selain itu penilaian dari segi bias pemilihan istilah linguistik terjemahan sari kata yang juga menjadi isu. Penggunaan bahasa Indonesia seperti ‘parkir’, ‘berpacaran’, ‘bercumbuan’, ‘kalian’, perlu dihindarkan. SDI misalnya mendapat teguran daripada syarikat penyiaran daripada negara jiran kerana menggunakan istilah ‘parkir’ dalam sari kata di dalam rancangan televisyen di negara berkenaan. Sungguhpun istilah ‘parkir’ adalah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu ‘parking’ yang dalam bahasa Melayu bermaksud ‘letak kereta’ atau ‘letak kenderaan’. Mungkin penggunaannya secara meluas dan lebih ringkas oleh rakyat negara ini dan negara jiran Indonesia yang menyebabkan istilah bahasa sumber diguna pakai dalam penggunaan seharian. Istilah yang mudah dengan dua suku kata iaitu (par+king) daripada 5 suku kata (le+tak, ke+re+ta) untuk ‘letak kereta’ itu yang menyebabkan ‘parkir’ lebih mudah diterima. Walau bagaimanapun mungkin di negara jiran yang tidak menerima istilah ‘parkir’ itu kerana latar sejarah hitam silam yang antara kedua-dua negara yang menyebabkan sebarang yang bersifat atau berciri keindonesiaan terutamanya jika dipancarkan oleh media milik kerajaan pasti akan menaikkan sentimen.

Penulis membuat penilaian sendiri mungkin disebabkan negara Singapura tidak menyertai MABBIM yang menyebabkan bias lingustik ini terjadi. MABBIM iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia yang merupakan badan kebahasan serantau yang ditbuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di ranatau ini. Sehingga kini negara Singapura masih menjadi negara pemerhati yang menyebabkan tiadanya kesepakatan dalam menggunakan istilah untuk disalurkan pemerintah.

Istilah Sumber
Istilah Indonesia
Istilah Brunei
Istilah Malaysia
road parking
parkir jalan
letak kereta jalan
parkir jalan
courtship
berpacaran
berpacaran
berpacaran
multiplication
kalian
Tiada
daraban

Istilah MABBIM di dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Penilaian linguistik tidak hanya berhenti sekadar itu, pemilihan bahasa yang salah pasti akan mengundang kesalah tafsiran, misalnya istilah kata ganti nama. Istilah kata nama kedua ‘mereka’ tidak boleh digunakan untuk haiwan. Kata ganti nama ‘aku’ dan ‘kau’ tidak boleh digunakan, ia handaklah diganti dengan ‘saya’ dan ‘awak’. Penggunaan istilah ‘ianya’ kepada suku kata yang lebih pendek kepada ‘ia’. Perkataan-perkataan yang kasar dalam terjemahan sari kata perlu dielak untuk digunakan misalnya ‘bastard’ padanan ‘anak haram’ tidak sesuai digunakan untuk penonton di Malaysia terutamnya oleh penonton muda kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku mereka yang sedang meningkat dewasa. Manakala itu penggunaan pasangan ejaan yang terkini pasti akan mendekatkan kefahaman pengguna sari kata terhadap apa yang ditonton.

Bahasa sumber
Penggunaan kata yang tidak sesuai/salah
Pengguanaan kata yang sesuai dan tepat
I
aku
saya
you
kau
awak
he, she, it
ianya
ia
bastard
anak haram / luar nikah
elipsis
pig
babi
elipsis
stupid
bodoh
elipsis
                 
                   Penggunaan sari  kata ganti nama diri dan kata nama yang salah dan tepat oleh SDI Media

Kesimpulan
Daripada analisis penilaian terjemahan yang dilakukan didapati bidang terjemahan di Malaysia tidak mempunyai satu standard penilaian dan kualiti yang seragam dan sama. Penilaian dan kualiti terjemahan di Malaysia masih lagi beroperasi mengikut skop tugas badan dan syarikat masing-masing. Misalnya agak sukar untuk mendapatkan maklumat daripada badan kerajaan seperti Institut Terjemahan dan Buku Negara ITBN jika dibandingkan dengan pihak swasta seperti Dermaga Seni dan SDI Media. Kesukaran mereka untuk berkongsi mengenai garis paduan ini daripada badan kerajaan ini mungkin telah tertakluk kepada akta-akta penubuhannya yang termaktub sebagai sebuah syarikat kerajaan, oleh yang demikian agensi ini agak keberatan untuk mengedarkan secara terbuka sebarang dokumen yang dianggap sulit. Berbanding dengan dua syarikat swasta yang dikaji dalam penilaian ini, pihak mereka agak terbuka untuk memberitahu garis panduan yang perlu dipatuhi dari segi penilaian dan kesilapan semasa menterjemah.

Sungguhpun paling terkini telah ada persatuan yang ditubuhkan untuk membela dan memperjuangkan penterjemahan alih suara dengan adanya Persatuan Seni Kreatif dan Alih Suara (Malaysia Creative Art and Voice Association) atau singkatnya MAVA terhadap isu ini. Adalah baiknya sekiranya bidang terjemahan di Malaysia mempunyai model yang seragam yang menjadi garis panduan kepada penterjemah dan bakal penterjemah yang akan terjun ke dalam bidang ini agar sebarang kekeliruan diantara penterjemah, majikan dan pelanggan dapat ditangani dalam suasana yang harmoni. Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) boleh bukan sahaja menjadi payung kepada para penterjemah tetapi juga sebagai badan yang paling berautoriti dalam mengariskan cadangannya kepada kerajaan.


Rujukan:

Ezaleena Mohd. Khalid. & Hasuria Che Omar, 2009. “Penilaian Terjemahan: Perbandingan antara Terjemahan Bertulis dengan Terjemahan Audiovisual”.  Dalam  Hasuria Che Omar, Rokiah Awang, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, Noriah Mohamed, (Ed.), Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan dan Buku Negara.

Goh Sang Seong, 2009. “Kesalahan Bahasa Dalam Terjemahan Nama Perniagaan Cina”. Dalam Hasuria Che Omar dan Rokiah Awang, (Ed.), Persidangan Penterjemahan  Antarabangsa: Kelestarian Bidang Penterjemahan, Kuala Lumpur, Persatuan Penterjemah Malaysia.

Hayati Yusof, Syarahan Jemputan: Penterjemahan dan Kerjaya I – Dermaga Seni Sdn Bhd  di Institut Pengajian Siswazah, IPS USM, Kuala Lumpur, 5 Mac 2016.

House, J . 2013 (2009). Penterjemahan, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan dan Buku Negara, ms. 43-57.

Kussmaul, P. 2015 (1995). Melatih Penterjemah, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan dan Buku Negara, ms. 145-167.

Rokiah Awang, 2013. “Penilaian Terjemahan”. Dalam  Haslina Haroon dan Hasuria Che Omar, (Ed.), dalam Asas Terjemahan dan Interpritasi, Univerisiti Sains Malaysia, ms. 92-109





Khamis, 21 April 2016

Pantun Nasi Lemak: Kelip Kakpit jual kepada Faizal Sidik









Nasi lemak buatan desa
Biji selasih dibuat bandung
Sambal tumisnya secukup rasa
Menambat selera tidak terbendung
13hb November 2014

Nasi lemak lauk telur mata
Pekena dengan sirap bandung
Usah Cik Pit memendam rasa
Damai Maju Corner pilihan senandung


Faizal Sidik


Enak rasa roti Pak Kobat,
Disapu mentega berlapis sekaya
Aneka menu tersisip lazat,
menambat selera aneka citarasa...

Kelip Kakpit
13hb November 2014


Roti Pak Kobat sudah terbilang
Namanya berada disinggahsana
Kalau Cik Pit alang-kepalang
Datanglah ke Damai Maju Corner

Faizal Sidik, 2014.


Orang Minang masakan Padang
Sudah mashyur serantau nusa
Niatkan hati untuk bertandang
Selera kami secukup rasa

Faizal Sidik, 2014




Hantu Kak Limah terpandang Usop
Apa lagi Ucop lari tak cukup tanah
Cubalah Cik Pidah memesan mee sup
Mmmm...pasti keluar sumpah seranah

Faizal Sidik, 2014





Rabu, 20 April 2016

Membaca Budaya Visual: Penterjemahan Baris Kepala Teks Iklan Susu Dutch Lady



Imej memaparkan iklan minuman kesihatan iaitu susu Dutch Lady. Periklanan ini memperagakan promosi produk susu dalam kotak dan botol jenama Dutch Lady dengan menggunakan baris kepala “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*”. Baris kepala iklan ini boleh meninggalkan kerisauan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap kekurangan zat nutrisi dalam pemakanan anak-anak mereka. Baris kepala ini adalah suatu pujukan supaya mereka mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak mereka.

Teks iklan ini boleh dianggap sebagai teks iklan promosi bisnes kepada pengguna yang boleh diklafikasikan sebagai ‘command headlines’, ini kerana ‘subhead; atau subkepalanya menyebut “Bersarapan dengan Susu Dutch Lady adalah cara yang baik untuk membantu memenuhi keperluan kalsium mereka”. Subkepala ini mencadangkan penyelesaian kepada ibu bapa atau penjaga dalam memilih susu yang sesuai dalam mengatasi permasalahan kekurangan 49% zat kalsium di kalangan kanak-kanak di Malaysia seperti yang dicatatkan oleh nota * di dalam baris kepala yang disahkan oleh Nutrition of the Malaysia Children (SEANUTS) Malaysia.

Baris kepala dalam bahasa Melayu “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*” dipadankan dengan padat dan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan “49% OF Malaysia CHILDREN DO NOT GET ENOUGH CALCIUM IN THEIR DIET*” manakala subkepala berbunyi “Breakfast with Dutch Lady is good way to help meet their daily calcium needs”. Apabila dianalisa terdapat kesetaraan padanan antara baris kepala dan subkepala dalam iklan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, iaitu kedua-dua baris kepala menggunakan gaya bahasa yang bersifat terjemahan setara. Perkara ini dapat dilihat dari segi baris kepala kedua-dua bahasa menggunaka 4 rangkap baris untuk mengungkapkan informasi.

Secara keseluruhan baris kepala dan visual digambarkan secara menarik kerana bukan sahaja bentuk font atau abjad baris kepala yang berwarna biru iaitu warna rasmi produk Dutch Lady tetapi penggunaam visual memainkan peranannya apabila iklan ini menggunakan keluarga pelakon terkenal iaitu Aron Aziz yang bersama-sama isteri kelihatan dengan kereta melambai-lambai tangan kepada tiga orang anaknya ke sekolah dalam keadaan yang ceria, seolah-olah anak-anak mereka telah mengambil nutrisi yang diiklankan.  Iklan ini mungkin ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan ikon promosi iklan yang dipilih agar orang Melayu lebih berat mengambil berat peranan pemakanan anak mereka namun tiada stistik yang mengatakan bangsa mana yang mengalami kekurangan nutrisi dalam iklan ini.



Jendela Kota Cinta



Setahun berlalu
Namun memori ini masih padu
Tiada yang lain dikaulah yang satu
Membuatku seperti  beradu dengan ratu
Musim bunga itu seperti menunggukan hanya aku dan kamu
Menjadi santapan mata untukku jamu
Mengingatimu membuatku seperti mati buntu
Kedambaanku usahlah dirayu
Kota Paris indahnya namamu
Kenangan manis  masih utuh di dalam hatiku


Faizal Sidik
21 April 2016
Kuala Lumpur

Isnin, 21 Mac 2016

Penterjemahan Teks Sastera Kanak-Kanak: 'Kira-Kira' oleh Cynthia Kadohata

Diterjemah oleh: Faizal Sidik




Terjemahan Bab 1

Kakak aku, Lynn, telah mengajar aku perkataan yang pertama aku sebut: kira-kira. Aku menyebutnya ka-a-ahh, tetapi dia tahu apa maksud aku. Kira-kira dalam bahasa Jepun bermaksud “bergemerlapan”. Lynn memberitahu aku semasa aku masih bayi, dia membawa aku pada waktu malam dijalan yang lenggang, dimana kami berbaring di atas jalan itu dan mendongak ke langit melihat bintang lalu berkata berulang kali “Katie, sebut “kira-kira, kira-kira.” Saya suka perkataan itu!. Apabila aku telah semakin membesar, aku gunakan perkataan  kira-kira untuk menggambarkan apa yang aku suka: samada langit biru yang cantik, anak anjing, anak kucing, rama-rama, bahkan warna-warna pada kotak tisu muka Kleenex.
            Ibu aku mengatakan kami tidak menggunakan perkataan itu dengan betul; kamu tidak boleh menyebut kotak tisu muka Kleenex sebagai kira-kira. Emak berasa agak kecewa dengan sikap kejepunan kami dan menakut-nakutkan untuk menghantar kami ke Jepun semula pada satu hari nanti. Aku tidak kisah dimana  sahaja emak mahu menghantar aku, asalkan sahaja Lynn ikut bersama sekali.
            Aku dilahirkan di Iowa pada tahun 1951, aku tahu banyak kisah aku ketika aku masih kecil, kerana kakak aku menulis di dalam diarinya. Kini aku menyimpan diarinya di dalam laci bersebelah dengan tempat tidur katil aku.
            Aku suka melihat bagaimana kenang-kenangannya bersama dengan aku, walaupun  kami  berbeza. Misalnya, memori kenangan terawal adalah ketika Lynn menyelamatkan nyawa aku. Ketika itu aku baru memasuki usia lima tahun, dan dia berumur sembilan tahun. Kami bermain-main di atas jalan yang lenggang berhampiran dengan rumah kami. Ladang jagung yang tinggi memisahkan jarak pandangan kami. Anjing liar berwarna kelabu yang berbau busuk datang menghampiri kami, iaitu datang dari belakang arah kami, Lynn sukakan binatang. Rambut hitamnya yang panjang digunakan untuk mengejar dan menakutkan anjing itu. Langit cerah dan berwarna biru pada musim panas. Aku berasa agak takut setelah Lynn telah tidak lagi kelihatan di sebalik batang pokok-pokok jagung. Apabila dia tidak datang hadir ke sekolah, dia sering menemani aku. Kedu-dua ibubapa kami bekerja. Sebenarnya aku ditinggalkan untuk dijagai oleh  seorang perempuan berhampiran dengan jalan, tetapi kadangkala, Lynn akan menjaga aku.
            Selepas Lynn berlari masuk ke dalam ladang, aku tidak lagi nampak apa-apa selain pokok jagung.
            “Lynnie!” aku menyahut. Kami tidak pernah terlalu jauh daripada rumah sebelum ini, dan aku mula berasa takut, Aku mula mengalirkan air mata.
            Kedengaran suara seseorang atau sesuatu, Lynn sebenarya telah berada di belakang aku lalu berkata, “Boo!” dan aku menangis bertambah kuat. Dia hanya mentertawakan dan memeluk aku lalu berkata, “Kau adalah adik aku yang terbaik dalam dunia ini!” Aku sukakannya apabila dia berkata begitu, jadi aku berhenti menangis.
            Anjing itu telah berlalu pergi, Kami berbaring di tengah-tengah jalan dan memandang langit biru. Tiada sesiapapun yang akan melalui jalan kecil ini. Kami boleh baring di sini sepanjang hari tanpa diganggu.
            Lynn berkata, “Warna biru pada langit merupakan warna yang paling indah di dunia ini, kerana warnanya sungguh menawan  namun boleh dilihat pada kedua-duanya pada masa yang sama. Apa yang aku baru katakan tadi?’
            “Langit itu indah.”
            “Lautan pun seperti itu, dan mata manusia juga.”
            Dia menoleh ke arah aku dan menanti. Aku kata “Laut pun seperti itu, dan mata manusia juga.”
            Itulah bagaimana saya belajar berkenaan dengan mata, langit, dan lautan: tiga yang indah, dalam, berwarna, untuk dilihat. Aku menoleh ke arah Lynnie, Matanya hitam bersinar seperti aku.
            Tiba-tiba anjing tadi muncul semula daripada ladang lalu menyalak dan menggertak. Gigi anjing itu panjang dan berwarna kuning. Kami menjerit dan berlari pergi. Anjing itu menggigit seluar aku. Aku cuba melepaskan diri, seluar aku terkoyak disebabkan oleh gigitan anjing itu. Aku menjerit “Aaahhhhh! Kerana giginya yang sejuk menyentuh kulit aku.
            Lynn menarik ekor anjing itu lalu berteriak, “Lari, Katie, lari!” Aku lari, sambil mendengar anjing itu terus menyalak dan Lynnie cuba melawan salakan anjing itu. Apabila aku sampai ke rumah, aku lihat anjing itu sedang mengosok-gosok badannya pada seluar Lynn lalu Lynn  melontar bola untuk diambil oleh anjing itu. Aku lari ke dalam untuk mencari senjata. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku mengambil botol susu yang berada di luar peti sejuk dan berlari keluar ke arah Lynn dan membaling botol itu  ke arah anjing tadi. Namun tidak mengenai anjing itu lalu pecah di atas jalan. Anjing itu berlari lalu menghirup susu daripada botol yang pecah.
            Lynn dan aku berlari ke arah rumah, namun dia berhenti di anjung. Aku menariknya. “Cepat masuk!”
            Dia kelihatan risau. “Lidah anjing itu akan cedera akibat menghirup susu daripada botol kaca yang telah pecah.”
            “Tak ada sesiapa yang akan menolongnya daripada tercedera”
            Beliau mendapat idea dengan memancutkan air daripada hosnya untuk menghalau anjing itu terus menghirup susu tadi. Itulah sifat kasih sayang Lynn. Walaupun anjing itu cuba membunuhnya dengan mengigit kakinya, dia tetap bersimpati terhad anjing itu.
            Inilah yang ditulis oleh Lynn di dalam diarinya pada hari itu: 

 Ladang jagung sangat indah. Apabila ianya berada di sekelilingi aku.
Aku rasa ingin tinggal di sini buat selama-lamanya. Apabila aku
mendengar Katie menangis, aku terus pantas berlari sekuat hatiku.
Aku berasa amat risau. Aku sangka sesuatu yang buruk telah
Berlaku padanya 
Kemudian, apabila seekor anjing menyerangku, Katie
menyelamatkan nyawaku.

            Aku  tidak fikir begitu, Jika dia tidak menyelamatkan aku terlebih dahulu, aku tidak akan dapat menyelamatkannya. Jadi, yang sebenarnya, dialah yang telah menyelamatkan aku.
           
            Lynn adalah seorang gadis yang paling gagah di dalam dunia ini. Dia seorang yang genius. Aku mengatakannya kerana pada satu hari apabila aku bertanyakan, “Adakah kau seorang yang genius?” Dan dia mengatakan “Ya.”. Aku mempercayainya kerana pada hari bapa aku mengajarkannya buat pertama kalinya bagaimana untuk bermain catur, dia  menang pada pusingan pertama. Dia mengatakan bahawa dia boleh mengajarkan aku bermain jika aku mahu. Dia selalu katakan dia boleh mengajarkan apa sahaja di dunia ini yang aku ingin tahu. Katanya lagi pada suatu hari kami akan menjadi orang kaya dan membelikan tujuh buah rumah untuk ahli keluarga kami. Tetapi menurutnya mereka perlu membelikan rumah untuk kami terlebih dahulu. Hari yang  indah itu pasti akan datang. Aku masih ingat pada suatu petang Lynn menarik tangan aku ke dapur matanya bersinar-sinar. “Aku mahu tunjukkan kepada kau sesuatu,” katanya,
            Dia pergi ke arah bawah peti sejuk lalu menarik keluar bekas dulang dibawahnya peti sejuk itu. Terdapat sepucuk sampul surat di dalamnya. Dia membuka sampul surat itu dan menunjukkan kepada aku apa yang  ada di dalamnya: wang kertas
            “Adakah itu wang kertas yang tulen?” kata aku
            “Uh-huh.  Ibu dan  bapa yang punya. Wang inilah yang kita akan gunakan untuk membeli rumah kita.”
            Kami tinggal di sebuah rumah sewa yang kecil di Iowa.  Aku sukakan rumah sewa ini walaupun kecil, namun Lynn selalu katakan kepada aku bahawa aku akan lebih sayangi rumah kepunyaan kami sendiri. Selepas itu kami bolehlah membela anjing, kucing,  dan  burung bayan.
            Lynn kemudian memandang aku seperti mengharapkan sesuatu. Aku berkata, “Kenapa mereka tidak memasukkan wang ini ke dalam bank?”
            “Mereka tidak percayakan bank. Adakah kau mahu mengira wang ini?”
            Dia menyerahkan sampul surat itu kepada aku, dan aku mengambil wang itu dengan tangan. Aku rasa wang itu agak lembab dan sejuk. “Satu, dua, tiga ...” Aku membilang sehingga ke sebelas. Ada satu ribu satu ratus ringgit. Aku rasa teruja. Kadang-kadang aku pernah terjumpa satu ringgit di lot tempat letak kereta. Aku boleh membeli bermacam-macam benda dengan seringgit sahaja. Namun dengan satu ribu satu ratus ringgit, aku boleh membeli segala-galanya dengannya. “Aku inginkan rumah kami dicat dengan warna langit yang berwarna biru,” kata aku.
            “Ia akan jadi kenyataan.” Dia meletak semula duit itu ditempat asalnya. “Mereka ingat tempat simpanan ini adalah rahsia, namun aku pernah terlihat ibu pernah membukanya.”
            Keluarga kami memiliki sebuah kedai runcit yang menjual barang-barang yang dibuat dari Timur. Namun agak sukar orang dari Timur untuk berniaga di Iowa, dan kedai itu terpaksa ditutup sejurus Lynn dan aku mengira jumlah wang yang terletak di bawah peti sejuk itu.  Abang bapa aku, iatu pakcik aku Katsuhisa, bekerja sebagai penternak ayam di Georgia. Katanya dia boleh dapatkan bapa aku kerja di tempat kerjanya. Dan katanya lagi, dia boleh dapatkan emak aku bekerja di kilang memproses ayam itu. Beberapa minggu selepas itu setelah kedai kami ditutup, bapa aku membuat keputusan untuk membawa bersama-sama kami ke Georgia.
            Jadi kami sangat   berhutang budi kepada Pakcik Katsuhisa kerana membantu kami. Katsu dalam bahasa Jepun bermaksud “kemenangan”. Kadangkala aku sering fikir yang mengapa pakcik aku  suka membantu orang. Rupa-rupanya nama orang yang bermaksud ”menang”  pasti akan membantu orang yang dalam susah.
            Lynn kata Pakcik Katsuhisa seorang yang pelik. Dia bersuara lantang manakala bapa kami agak pendiam. Misalnya apabia dia bercakap, dia mengeluarkan banyak bunyi, membetulkan suara kerongkongnya, bersin dan mengetuk-ketuk  sesuatu dengan jarinya. Kadangkala, secara tiba-tiba sahaja dia akan berdiri dan menepuk tangan dengan kuat. Setelah dia mendapat perhatian orang, dia akan duduk kembali. Malahan apabila dia berfikir sesuatu pasti akan kedengaran suatu bunyi. Apabila dia sedang fikir dengan mendalam, dia selalu memulas-mulas telinganya dan seterusnya akan menghasilkan satu bunyi seperti Pop! Pop!.
            Terdapat parut bekas luka dibahagian hidung Pakcik Katsuhisa. Menurut cerita semasa dia masih kecil di Jepun, dia telah diserang oleh sekumpulan burung gagak yang besar, salah seekor daripada burung gagak itu cuba untuk meragut hidung dengan mencengkam bahagian itu. Dia, bapa dan ibu kami adalah Kibei , iaitu bermaksud mereka dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dihantar ke Jepun untuk mendapat pendidikan. Burung gagak di Jepun sangat terkenal dengan kebuasannya. Itulah cerita yang Lynn beritahu kepada aku.
            Cuaca amat panas sekali ketika Pakcik Katsuhisa sampai tiba di Iowa untuk membantu kami berpindah ke Georgia. Kami semua berlari keluar apabila sahaja mendengar bunyi trak di jalan kami yang agak sunyi itu. Trak dia agak buruk dan  bunyi enjinnya berdesis-desis seperti bunyi-bunyi pelik yang ada pada pemiliknya. Kata ibu aku, “Bolehkah trak ini membawa kita ke Georgia?”
            Bapa aku cuba untuk menahan pertanyaan ibu aku. Perkara itulah yang dia seboleh mungkin cuba elakkan dipertanyakan, Sudah tentu! Jawap bapa, “Dia abang aku.” Bapa kami berbadan sasa dan tinggi, enam kaki, dan ibu kami agak lembut dan rendah, iaitu empat kaki enam inci. Sebagai seorang yang rendah ibu, wajah ibu  menakutkan kami ketika dia sedang marah. Mukanya yang lembut bertukar menjadi keras seperti kaca, jika sesuatu perkara itu ibu tidak sukai.
            Setelah keluarga kami melihat trak Pakcik, bapa aku meletakkan lengan tangannya pada ibu, memeluk seperti melindunginya daripada sesuatu.
            “Walaupun dia merupakan abang awak ianya tiada kena mengena sekiranya trak itu boleh atau tidak boleh membawa kita ke Georgia” kata ibu.
            Balas bapa, “Jika abang sendiri kata di boleh melakukannya, dia akan lakukannya.”  Bapa  tidak nampak abangnya akan mengecewakan mereka. Abang bapa empat tahun tua daripadanya. Mungkin dia lebih mempercayai Pakcik Katsuhisa daripada Lynn. Lynn membisikkan kepada aku, “Sejujurnya, aku tertanya-tanya samada trak itu yang boleh membawa kita sampai ke jalan rumah kita, dan kembali semula ke Georgia.” “Sejujurnya” merupakan perkataan yang paling gemar diucapkan sepanjang minggu itu.
            Ibu kami merenung kami dengan prasangka. Ibu tidak suka kami berbisik-bisik. Ibu merasakan kami sedang mengumpat, dan  tidak  suka orang yang mengumpat. Ibu memandang ke arah kami dan cuba membaca fikiran kami. Lynn kata apa yang ibu kami sedang fikirkan, Aku  seharusnya cuba memikirkan sesuatu yang tidak ada mengena apa yang kami fikirkan sebenarnya seperti gajah, lembu, moom, koo, doo. Gajah....Selepas itu ibu kami kembali  menoleh trak.
            Apabila trak menghentikan deruan enjinnya. Pakcik Katsuhisa melompat keluar dan dengan segera berlari anak  ke arah Lynn dan aku. Aku berundur ke belakang sedikit, namun dengan segera dia mendakap aku dengan lengan dan bersorak, “Anak buah aku! Sudah besar engkau sekarang!” Dia menghayun-hayunkan aku ke kiri dan ke kanan sehingga aku berasa pening. Kemudian dia menurunkan aku dan menghayunkan Lynn pula dengan berkata, “Anak buah aku yang lagi satu!”
            Dia menurunkan Lynn dan memeluk bapa aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik Katsuhisa bersalaman pula dengan ibu aku.
            Sebenarnya sangat sukar untuk melihat bapa aku dan Pakcik Katsuhisa bertemu. Bapa aku agak lembut orangnya, seperti lautan dengan hembusan angin di siang hari, lembut menderu sepoi-sepoi bahasa. Dia seorang yang gagah seperti badang. Untuk membuktikan dia kekuatnnya, dia sering meminta kami menumbuk-numbuk perutnya untuk menunjukkan sejauh mana kekuatannya. Kadang-kadang kami akan mencuri-curi tumbuk perutnya secara mengejut. Kami akan mencuri-curi tumbuk perutya itu ketika bapa sedang mendengar radio.
            Bapa kami suka berfikir. Kadangkala Lynn dan aku akan mengintip bapa semasa dirinya sedang duduk dekat  meja makan untuk  berfikir. Kakinya akan diletakkan di atas meja, dan akan mengerutkan dahinya secara spontan. Kadang-kadang juga bapa akan mengangguk-anggukan kepalanya sedikit. Aku tahu aku tidak akan menjadi pemikir seperti bapa, kerana aku tidak boleh duduk lama seperti patung macam ayah. Lynn kata kadangkala bapa berfikir terlalu lama sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya sebelum dia  membuat keputusan. Apabila bapa membuat sesuatu keputusan, dia pasti tidak  akan berganjak. Bapa berfikir berminggu-minggu sebelum memilih untuk berpindah ke Georgia. Semasa bapa membuat keputusan untuk berpindah ke Georgia, duit di dalam sampul surat di bawah peti sejuk itu hanya tinggal enam ratus ringgit sahaja.
            Pada malam Pakcik Katsuhisa sampai di Iowa, bapa keluar dari meja makan malam lebih awal jadi bapa boleh berjalan-jalan dan mungkin bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Selepas pintu rumah dikunci, ibu berkata bahawa Pakcik Katsuhisa berselisih pendapat dengan bapa berkenaan dengan kedatanganya ke Iowa. Bapa tidak berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan. Ibu memperlahankan suaranya lalu berkata, “Sebab itulah bapa mengahwini perempuan itu,” iaitu isteri pertamanya. Terus terang kata, Ibu telah mengumpat, namun siapa yang akan memberitahu ibu supaya tidak mengumpat orang? Kami  hanya berdiam diri.
            Bapa dan pakcik mempunyai latarbelakang yang berbeza. Pakcik Katsuhisa suka bercakap dengan sesiapa sahaja, malah dengan dirinya sendiri. Bapa aku tidak suka bercakap dengan orang, selain daripada ibu. Bapa memilih untuk membaca surat khabar. Pakcik, dalam kata lain tidak pernah membaca surat khabar. Dia tidak ambil kisah apa yang diperkatakan  oleh Presiden Eisenhower.
            Pakcik aku agak lebih tinggi beberapa inci daripada bapa. Namun perutnya agak lembik. Kami ketahui kerana kami pernah sekali pada tahun lepas menumbuk perutnya, dan dia merintih kesakitan dan mengancam mahu memukul semula kami. Kami masuk tidur tanpa dapat makan malam sebelum tidur kerana menurut ibubapa kami memukul seseorang merupakan sasuatu perkara yang tidak baik. Kedua mencuri, dan ketiganya menipu.
            Sebelum aku mencapai usia dua belas tahun. aku telah melakukan ketiga-tiga jenayah itu.


Ulasan
Novel kanak-kanak ‘Kira-Kira’ karangan Cynthia Kadohata diterbitkan pada tahun 2004 oleh Reed Business Information ini pernah memenangi Newbery Medal pada tahun 2005. Tajuk novel Kira-Kira ini diambil daripada bahasa Jepun bermaksud ‘bergemerlapan’ atau ‘bersinar-sinar’. Berlatarbelakangkan keluarga kerakyatan Jepun-Amerika pada sekitar tahun 1950 an.  Novel yang bertemakan kehidupan, kasih sayang, jenaka dan kesedihan ini mengisahkan semula Katie iaitu pencerita dari keluarga Takeshima mengikut keluarganya itu berpindah daripada Iowa ke Georgia. Dua watak utama dalam novel ini adalah Katie dan Lynn, yang mana  mengisahkan bagaimana pengalaman dan pergelutan hidup mereka ini dalam mengharungi alam kanak-kanak.

Teks sumber merupakan sebuah teks kesusasteraan ringan iaitu dalam bentuk novel kanak-kanak. Prosedur yang digunakan dalam menterjemahkan teks ini adalah dengan menggunakan pendekatan terjemahan semantik yang berasaskan tek sumber. Penterjemah seboleh mungkin untuk bersetia dengan apa yang difikirkan oleh minda penulis. Walaupun teks sumber bersifat ekspresif yang mementingkan keindahan dalam penterjemahan, penterjemah seboleh mengekalkan dan menerapkan nilai-nilai yang sesuai dengan kanak-kanak. Teks sumber merupakan sebuah teks yang bersifat asing atau ‘foreignization’. Penterjemah masih mengekalkan nama-nama watak warganegara Amerika-Jepun dan latar tempat seperti Katie, Lynn, Pakcik Katsuhisa dan nama bandar atau negeri di Amerika seperti Iowa dan Georgia untuk menyatakan  bahawa teks terjemahan merupakan teks asing yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

Tidak banyak pemindahan budaya yang dilakukan oleh penterjemah kerana teks ini bersifat asing, cuma penterjemah memindahkan kata nama diri pertama seperti he untuk bapa dan she kepada Ibu. Ini kerana dalam budaya Melayu memanggil orang dengan panggilan namanya adalah kurang beradab, lebih-lebih lagi jika novel pembaca sasaran ini adalah kanak-kanak dan remaja ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada teladan mereka. Selain itu usaha untuk memadankan padanan asing seperti My little palomino pony! kepada ‘anak kuda palomino aku yang kecil’ dan My little wolfie girl! kepada  ‘anak serigala betina’ tidak sesuai dilakukan dengan budaya di sini. Penterjemah mengambil keputusan untuk menaturalisasikan maknanya kepada seperti yang terdapat pada rajah 1 dan 2.

Bil
Teks Sumber
Teks Sasaran
1.
My little palomino pony!
“Anak buah aku! Sudah besar engkau sekarang!”
2.
My little wolfie girl!
“Anak buah aku yang lagi satu!”


Terdapat juga unsur tabo atau larangan dalam teks ini yang disesuaikan dengan selera pembaca di sini dengan menggunakan kaedah penterjemahan itu disesuaikan dan penghilangan misalnya dalam rajah 3, He hugged my mother delicately, While Uncle hugged my mother, she turned her face away bit, as if his loudness made her faint. Jika dipadankan akan membawa maksud ‘Dia menurunkan Lynn dan memeluk bapa aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik Katsuhisa memeluk ibu dengan lembut, ibu mengalihkan mukanya ke tepi sedikit, kerana tidak begitu selesa dengan bunyian pakcik’. Penterjemah tidak menterjemah ‘Katsuhisa memeluk ibu dengan lembut’ kerana terjemahan ini tidak sesuai dan bertentangan dengan pegangan agama Islam. Mungkin bagi budaya Barat berpelukan dan berciuman di antara satu sama lain adalah perkara norma dalam kehidupan mereka untuk melambangkan perasaan kasih sayang, namun dalam agama Islam berpelukan di antara bukan muhrim adalah dilarang. Penterjemah memadankannya dengan ‘Sejurus itu dia bersalaman pula dengan ibu aku’ agar kelihatan lebih sopan. Manakala terjemahan seterusnya teks sumber iaitu ‘Ibu mengalihkan mukanya ke tepi sedikit, kerana tidak begitu selesa dengan bunyian pakcik’.  tidak diterjemah langsung atau digugurkan kerana tidak sesuai jika dikaitkan dengan konsep bersalaman.

Bil
Teks Sumber
Teks Sasaran
3.
He set Lynn down and hugged my father hard. He hugged my mother delicately. While Uncle hugged my mother, she turned her face away bit, as if his loudness made her fell faint.
Dia menurunkan Lynn dan memeluk bapa aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik Katsuhisa  bersalaman pula dengan ibu aku.



Kesimpulanya dalam menterjemah teks kesusasteraan terutamanya novel kanak-kanak dan remaja. Penterjemah perlu mengetahui siapa pembaca atau khlayak sasaran mereka. Jika pembacanya kanak-kanak penterjemah mempunyai kewajipan untuk menerapkan nilai-nilai yang sesuai dengan minda kanak-kanak seperti kepimpinan melalui teladan, nasihat dan motivasi. Ini kerana dalam peringkat ini kanak-kanak atau remaja masih lagi mencari identiti dan keperibadian diri mereka. Jika teks yang diterjemah tidak sesuai dengan pegangan agama, mempunyai banyak kata sumpahan dan banyak adengan yang menghairahkan, dikhuatiri ia akan menganggu pembentukan pemikiran mereka. Penterjemah perlu peka dan mempunyai tanggungjawap terhadap norma, kuasa penapisan dan ideologi dalam menterjemah.

Rabu, 6 Januari 2016

Faizal Sidik: Artist as Curator 'Kuratis' & ASEAN Art Show

V'Buzz Talk Show 
Astro Vermeen 
Channel 321
1.1.2016
10-11 pm

Part 1 - minute to12.50

Part 2
VBuzz 1 Jan 2016 hosted by Juanita Ramayah and Shangkharee Nadarajan


Faizal Sidik - Artist & Curator




1.   How did you get involved in art, could you share with us a little of your background and education in art?

2.   Where do you derive your inspiration from?

3.   We’ve read that your work explores the idea of the collective conscience, could you explain to us what this means?

4.   Could you share with us what your creative process is before you curate an exhibition?


5.   Could you tell us a little about your recent book, Art of ASEAN?

6.   Could you share with us what you’ll be working on in 2016?