Imej memaparkan iklan minuman kesihatan iaitu susu Dutch Lady. Periklanan ini
memperagakan promosi produk susu dalam kotak dan botol jenama Dutch Lady dengan
menggunakan baris kepala “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN
PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*”. Baris kepala iklan ini boleh meninggalkan
kerisauan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap kekurangan zat nutrisi dalam
pemakanan anak-anak mereka. Baris kepala ini adalah suatu pujukan supaya mereka
mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam perkembangan dan pertumbuhan
anak-anak mereka.
Teks
iklan ini boleh dianggap sebagai teks iklan promosi bisnes kepada pengguna yang
boleh diklafikasikan sebagai ‘command headlines’, ini kerana ‘subhead; atau
subkepalanya menyebut “Bersarapan dengan Susu Dutch Lady adalah cara yang baik
untuk membantu memenuhi keperluan kalsium mereka”. Subkepala ini mencadangkan
penyelesaian kepada ibu bapa atau penjaga dalam memilih susu yang sesuai dalam
mengatasi permasalahan kekurangan 49% zat kalsium di kalangan kanak-kanak di
Malaysia seperti yang dicatatkan oleh nota * di dalam baris kepala yang
disahkan oleh Nutrition of the Malaysia Children (SEANUTS) Malaysia.
Baris
kepala dalam bahasa Melayu “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN
PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*” dipadankan dengan padat dan ringkas dalam
bahasa Inggeris dengan “49% OF Malaysia CHILDREN DO NOT GET ENOUGH CALCIUM IN
THEIR DIET*” manakala subkepala berbunyi “Breakfast with Dutch Lady is good way
to help meet their daily calcium needs”. Apabila dianalisa terdapat kesetaraan padanan
antara baris kepala dan subkepala dalam iklan bahasa Inggeris dengan bahasa
Melayu, iaitu kedua-dua baris kepala menggunakan gaya bahasa yang bersifat
terjemahan setara. Perkara ini dapat dilihat dari segi baris kepala kedua-dua
bahasa menggunaka 4 rangkap baris untuk mengungkapkan informasi.
Secara
keseluruhan baris kepala dan visual digambarkan secara menarik kerana bukan
sahaja bentuk font atau abjad baris kepala yang berwarna biru iaitu warna rasmi
produk Dutch Lady tetapi penggunaam visual memainkan peranannya apabila iklan
ini menggunakan keluarga pelakon terkenal iaitu Aron Aziz yang bersama-sama
isteri kelihatan dengan kereta melambai-lambai tangan kepada tiga orang anaknya
ke sekolah dalam keadaan yang ceria, seolah-olah anak-anak mereka telah
mengambil nutrisi yang diiklankan. Iklan
ini mungkin ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan ikon promosi iklan yang dipilih agar orang Melayu lebih berat mengambil
berat peranan pemakanan anak mereka namun tiada stistik yang mengatakan bangsa
mana yang mengalami kekurangan nutrisi dalam iklan ini.
Do you need a genuine Loan to settle your bills and startup
BalasPadambusiness? contact us now with your details to get a good
Loan at a low rate of 3% per Annual email us:
Do you need Personal Finance?
Business Cash Finance?
Unsecured Finance
Fast and Simple Finance?
Quick Application Process?
Finance. Services Rendered include,
*Debt Consolidation Finance
*Business Finance Services
*Personal Finance services Help
Please write back if interested with our interest rate broadlandsfincorp@gmail.com Whats-app us on +918011937927