Oleh : Faizal Sidik
Pengenalan
Istanbul Biennial
telah dianjurkan oleh Istanbul Foundation for Culture & Arts sejak tahun
1987 lagi. Istanbul Biennale adalah sebuah model pameran antarabangsa yang
membina dialog antara pelukis dan pelawat melalui karya-karya pelukis yang
dijemput. Kurator Istanbul Biennale dilantik oleh lembaga penasihat
antarabangsa dalam membina konsep idea pameran oleh pelukis jemputan dan projek
yang terpilih.
Istanbul Biennale
adalah sebuah pameran berskala mega yang dianjurkan di sekitar kotaraya
Istanbul. Biennale ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan kotaraya
ini melalui seni kontemporari bukan sahaja daripada pengkarya Turki tetapi
daripada arena antarabangsa. Istanbul Biennale dimeriahkan dengan program
sokongan berbentuk pendidikan antara pelajar dan pengunjung seni yang
diterjemahkan dalam bentuk perbincangan, persidangan dan bengkel sepanjang
pameran berlangsung.
Istanbul Biennale
ke-16 ini dikuratorkan oleh Nicalus Bourriaud dengan tajuk ‘The Seventh
Continent’ daripada 14 September – 10 November 2019 dengan memilih 57 pelukis
daripada 23 buah negara daripada semua tujuh benua dunia antaranya Argentina,
Australia, Brazil, Canada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman,
Iran, Ireland, Itali, Jepun, Lithuania, Netherland, Peru, Poland, Afrika
Selatan, Korea Selatan, Sweden, Sepanyol, Taiwan, Thailad, Turki, Britain dan
Amerika Syarikat.
16th Istanbul Biennial
Penganjur
Istanbul Biennial iaitu Istanbul Foundation for Culture and Arts (İKSV) adalah
sebuah badan kebudayaan yang bukan berasaskan keuntungan (non-profit). Sejak
tahun 1973, Yayasan ini berusaha untuk membina bandaraya Istanbul sebagai kota berbudaya dan artistik.
IKSV bukan sahaja mengadakan Istanbul Biennale tetapi juga Istanbul Festivals of Music, Film, Theatre
dan Jazz, Istanbul Design Biennial, Leyla Gencer Voice Competition, minggu
filem musim sejuk Filmekimi dan program sepanjang tahun.
Poster pameran
16th Istanbul Biennial yang bertajuk ‘7 KITA’ dalam bahasa Turki yang bermaksud
7 Benua (7 Continent). Pada edisi ke-16 ini Istanbul Biennial diadakan di 3
lokasi iaitu di Pera Museum, Mimar Sinan Fine Art University dan di Buyukada
iaitu sebuah pulau yang terletak di bahagian Asia Turki. Tema ‘The Seventh Continent’ mengambarkan
seni sebagai bentuk antropologi yang meneroka kesannya kepada manusia,
bagaimana ia ditangani, apa yang akan ditinggalkan dan interaksinya hidupan
lain. Tema ini mengambil daripada longgokan lautan sampah yang terbuang di
Lautan Pasific yang merupakan kesan yang boleh dilihat dengan jelas semasa
Anthropocene.
Permasalahan
inilah yang ingin dirakamkan dalam ‘Seven Continent’ sebagai sebuah sains popular, terhadap 7 tan
sampah buangan plastik yang meliputi kawasan berkeluasan 3.4 juta meter
persegi. Di dalam 16th Istanbul Biennial fenomena benua sampah buatan manusia
ditengah-tengah lautan akan menjadi titik perbincangan dan perdebatan
dikalangan seniman, pemikir, ahli antropologi dan aktivis hak asasi alam
sekitar dalam mendepani cabaran ekologi terhadap penciptaan seni pada hari ini.
Terdapat 3 lokasi pameran pada edisi ke-16 iaitu Pera Museum, Mimar Sinan Fine
Arts University Museum of Painting and Sculpture dan Pulau Buyukada.
Pera Museum
adalah merupakan sebuah muzium seni swasta yang mempamerkan karya-karya seni
beraliran Orientalisme abad ke-19 diurus oleh Suna dan Inan Kirac Foundation.
Muzium ini asalnya adalah sebuah hotel 5 tingkat yang dinamakan Hotel Bristol
pada 1893. Pada 2005 muzium ini berfungsi menjadi sebuah muzium seni orentalis
yang mempamerkan karya catan orientalis, arca Anatolia dan jubin seramik
Kutahya dan koleksi fotografi.
Pada Biennial
kali ini 3 aras galeri bangunan ini diperuntukkan untuk mempamerkan karya-karya
Istanbul Biennial yang sesuai dengan pengkhususan muzium ini sebagai muzium
seni purba. Istanbul Biennial tidak mengenakan bayaran masuk ketiga-tiga lokasi
pameran, namun pelawat perlu mengibas kod qr yang dipamerkan pada pintu masuk
untuk mendaftar secara dalam talian.
Pera Muzium telah
dipilih menjadi lokasi penganjuran ini semenjak 2015 lagi. Semasa lawatan ke
sana kami memperkenalkan diri daripada sebuah institusi seni dan meminta untuk
dipandu oleh dua sukarelawan di sini bagi memahami dengan lebih dekat melalui
penerangan bagaimana operasi biennial di muzuim ini disamping melawat karya
yang dipamerkan.
Bagi tema ‘The Seventh
Continent’ muzium ini mempamerkan karya-karya yang berkaitan arkeologi dan
pengalian semula sejarah. Sebanyak 13 pelukis yang mempamerkan karya mereka di
lokasi ini antaranya Anzo, Pia Arke, Charles Avery, Norman Daly, Ernst Haeckel,
Evru/Zush, Sanam Khatibi, Melvin Moti, Glauco Rodrigues, Luigi Serafini, Paul
Sietsema, Simon Starling, and Piotr Uklański.
Lokasi kedua
Istanbul Biennial terletak di Antrepo 5, iaitu sebuah lokasi utama di daerah
Tophane bandaraya Istanbul. Lokasi ini adalah sebuah bekas gudang berkeluasan 17,000 meter persegi yang
kini menjadi muzium seni yang menempatkan himpunan koleksi sebuah pusat
pengajian seni yang dinamakan Muzium Catan dan Arca Mimar Sinan Fine Art
University. Institusi ini telah ditubuhkan sejak 1882 oleh Osman Hamdi Bey iaitu
tokoh seniman yang terkenal sebagai seorang pelukis, ahli sejarah seni,
arkeologis dan kurator muzium. Institusi ini adalah merupakan institusi
pengajian tinggi awal yang menawarkan pengajian dalam bidang seni halus dan
seni bina.
Lokasi kedua
menempatkan 5 aras yang mempamerkan 38 pelukis. Di perkarangan bangunan ini
menempatkan pelbagai papan tanda panduan dalam pelbagai saiz untuk pengunjung
mendapat informasi-informasi berkenaan pameran antaranya papan tanda lokasi
pameran. Di pintu masuk bangunan ini pula mempunyai persamaan dengan Pera
Museum dimana pengunjung perlu mendaftar melalui kod qr bagi yang belum. Kepada
pengunjung yang telah mendaftar mereka hanya perlu menunjukkan kata laluan yang
telah diberikan melalui email kepada penjaga pintu masuk untuk diimbas sebelum
masuk.
Pulau Buyukada
adalah sebuah pulau yang terbesar di bahagian Turki Asia. Di dalam bahasa urki
Buyukada bermaksud pulau besar jika dibandingan dengan 2 lagi pulau yang
berdekatan dengannya. Nama lain pulau ini adalah ‘Princes Island’ yang
berkeluasan 5 kilometer persegi. Perjalanan menaiki feri dari jeti Bakistas di
Turki Eropah mengambil masa 40 minit. Semasa musim panas, pulau ini menjadi
tarikan pelancong dari luar kerana pulau ini mempunyai banyak tempat sejarah silamnya yang berkaitan
dengan tamadun Greek seperti Gereja Ortodok Greek Hagia Yorgi yang dibina pada
abad ke-6 Masihi. Apa yang menarik tentang pulau ini adalah kenderaan bermotor
tidak dibenarkan bergerak di pulau ini hanya basikal dan kuda sahaja digunakan
sebagai pengangkutan perhubungan.
Pada penganjuran
kali ini terdapat 5 karya pelukis yang ditempatkan di pulau Buyukada misalnya
Andrea Zittel (Dock Square), Armin Linke dan Ursula Mayer (Anadolu Kulubu),
Monster Chedwynd (Hacopoulo Kosku Mansion), Glen Ligen (Mizzi Kosku Mansion)
dan Hale Tanger (Tas Mektep). Kebanyakan
papan tanda dan teks dinding informasi berada dii hadapan jeti Buyukada untuk
memudahkan pelancong mencari lokasi karya dipamerkan. Kanyakan karya yang dipamerkan
di sini pula berhampiran diantara satu sama lain dan tidak terlalu jauh dari
jeti iaitu dalam lingkungan 1 hingga 2 kilometer iaitu jarak yang sesuai untuk
berjalan kaki.
Kesimpulannya
Istanbul Biennial adalah sebuah pameran mega antarabangsa yang mempertemukan
seniman global dalam melontarkan komentar mereka terhadap isu sejagat kepada
dunia. Biennial seni adalah satu perluahan seniman di dalam masyarakat yang
mereka diami. Karya-karya dipamerkan adalah cerminan kepada kehidupan manusia
pada hari ini yang menuntut keseimbangan dan kelestarian.
This way my partner Wesley Virgin's story begins in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.
BalasPadamWesley was in the military-and soon after leaving-he found hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get everything they want.
THESE are the same secrets many famous people (especially those who "come out of nothing") and top business people used to become wealthy and successful.
You've heard that you use less than 10% of your brain.
That's mostly because the majority of your brainpower is UNCONSCIOUS.
Maybe this conversation has even taken place INSIDE your very own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain around seven years ago, while riding an unregistered, beat-up bucket of a car without a license and with $3.20 on his bank card.
"I'm absolutely frustrated with going through life paycheck to paycheck! When will I finally make it?"
You took part in those types of conversations, right?
Your own success story is going to happen. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.
Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast
Your Affiliate Money Making Machine is ready -
BalasPadamAnd making money online using it is as simple as 1-2-3!
Here's how it works...
STEP 1. Tell the system what affiliate products the system will advertise
STEP 2. Add some PUSH button traffic (it ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate system explode your list and sell your affiliate products all for you!
So, do you want to start making profits??
You can test-drive the system for yourself risk free...
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*