20 Februari 2020, Auditorium Balai Seni Negara Pameran 'LOK' 2 Disember 2019 - 29 Mac 2020 Kurator: Faizal Sidik Pengarca: Raja Shahriman Raja Aziddin LOK - Bicara Seni Bersama Pengarca dan Kolektor Pengerusi: Zaslan Zeeha Zaini Moderator: Faizal Sidik Pembicara 1: Raja Shahriman Raja Aziddin Pembicara 2: Pakhruddin Sulaiman Pembicara 3: Uwei Bin HjSaari Pengenalan Pengarca Raja Shahriman Raja Aziddin Arcawan Raja Shahriman Raja Aziddin (lahir 1967, Kuala Kangsar) adalah antara seniman yang masih berdiri teguh dalam menghasilkan karya arca di Malaysia. Graduan Seni Halus (1986-1990) pengkhususan Seni Arca daripada Universiti Teknologi Mara ini terus mara dalam menghasilkan arca-arca yang berakar dan beridentitikan kebudayaan Melayu nusantara. Pengarcaan beliau bolehlah dibahagikan kepada tiga evolusi perjalanan iaitu dekad penerokaan dari awal hingga akhir 1990 an yang menyaksikan kekuatan gerak tenaga seperti siri Killing Tools (1994), Gerak Tempur (1996), Api, Bayang dan Kemenyan (1998). Dekad peralihan pula daripada 2000 an hingga 2009 memperlihatkan kepaduan bentukan dengan siri Semangat Besi (2001), Nafas (2004), Rhythm of 21 Century (2009). Manakala dekad pengukuhan daripada 2010 hingga 2019 menterjemahkan penguasaan subjek dengan siri seperti Kemelut Zaman (2012), Gembala Mana ‘O’ Si Gembala (2014) dan terkini siri Lok (2019) Pengenalan Kolektor Kolektor boleh distilahkan sebagai pengumpul, manakala kolektor seni merupakan peminat dan pengumpul karya seni. Kolektor seni peribadi tidak semestinya menjual semula koleksi-koleksinya tetapi mereka mempunyai visi peribadi atau individu terhadap pengkoleksiannya samada membina ruang pamer atau muzium untuk memperlihatkan koleksi mereka. Tidak kurang pula kolektor seni memberi pinjaman koleksinya kepada muzium atau institusi seni untuk tatapan umum selain menyewakan koleksi mereka bagi penghasilan filem atau rancangan tv. Pengkoleksian karya seni di Malaysia boleh dikatakan ‘meletus’ atau art boom semenjak tahun 1980 an lagi apabila ekonomi negara meningkat hasil daripada polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan yang menghasilkan ramai usahawan dan profesional dalam bidang seperti perniagaan, kewangan, perbankan dan lain-lain. Mereka yang digelar ‘orang kaya baru’ ini mulai membeli karya-karya pelukis tempatan untuk dijadikan sebagai aset, lambang status, imej korporat dan sebagainya. Antara mereka ini yang terawal adalah seperti Tan Sri Azman Hashim, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Kamarul Ariffin, Dato Loke Wan Toh, Tan Sri Zain Azahari dan lain-lain. Pakhruddin Sulaiman - Berkerjaya sebagai peguam - Pengasas Ruang Pemula (RuPe) menyimpan koleksi karya-karya seni dan koleksi-koleksi buku bersama arwah isterinya Dato Fatimah Sulaiman. - Pernah dijemput sebagai penulis pameran ‘Raja Shahriman: Rhythm of 21 Century’ di Galeri Petronas pada (2009) Uwei Bin Hj Saari - Tokoh perfileman dan teater - Pengasas syarikat perfileman Tanah Licin Sdn. Bhd. - Penulis jemputan bagi katalog Siri Lok - Stor koleksi di Mentakab
Khamis, 20 Februari 2020
Bicara Seni Bersama Pengarca dan Kolektor

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
If you're trying to lose weight then you need to start using this totally brand new personalized keto meal plan diet.
BalasPadamTo create this service, certified nutritionists, fitness trainers, and top chefs have joined together to develop keto meal plans that are useful, decent, price-efficient, and delicious.
From their grand opening in early 2019, thousands of clients have already completely transformed their figure and health with the benefits a good keto meal plan diet can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto meal plan diet.
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*