Oleh: Faizal Sidik
Assalamualaikum
WBT dan Salam Sejahtera,
Saya dengan rasa
berbesar hati ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seorang pelukis
yang sangat dihormati dan disegani dalam bidang seni lukis negara, Dr. Choong
Kam Kaw di atas kejayaan beliau mengadakan pameran seni lukis di Lembaga
Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Dr. Choong yang berusia 80 tahun
merupakan seorang pelukis yang bukan hanya dikenali di negara Malaysia malah
seni lukis beliau terkenal dan di terima oleh negara-negara luar.
Pameran seni
lukis retrospektif solo yang bertemakan ‘Merentasi Budaya Melintasi Era’
merupakan pameran pertama beliau di galeri LPSVN. Ia adalah salah satu daripada
acara pembuka tirai dalam program Tahun Festival Malaysia 2015 atau MyFest 2015.
Sebagai seorang pelukis yang berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan, sungguh
bertuah rasanya keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin,
berkenan bercemar duli berangkat hadir selaku tetmu terhormat di-raja, menyerikan
lagi majlis perasmian pameran Retrospektif Choong Kam Kaw ‘Merentasi Budaya
Melintasi Era’. Terima kasih juga kepada kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah BSVN,
Prof. Madya Ramlan Abdullah sebagai kurator pameran dan En. Ooi Kok Chuen yang
menyumbangkan sebahagian penulisan dalam katalog ini.
Dr. Choong Kam
Kaw memulakan kembara seninya sejak akhir 1950-an dan mencipta gaya seninya
dengan menggabungkan estetika timur dan barat dalam karya-karyanya. Pelukis ini
lebih gemar berkarya mengikut siri disebabkan beliau adalah seorang yang
berjiwa ‘pendidik’. Melihat semula karya-karya Dr. Choong yang mempunyai
kepelbagaian siri seperti FORMOSA SERIES (1959) yang menggambarkan lanskap,
SHAPED CANVAS SERIES (1969) yang lebih kepada bentuk-bentuk minimum dan
geometrik dan yang paling awal adalah FIGURE STUDIES SERIES (1968). Melalui
siri karya beliau ianya dapat dilihat Dr. Choong cuba berkongsi rasa dengan
pencinta seni diantaranya, belaiu pernah menjadi Ketua Jabatan Seni Lukis,
Sekolah Antarabangsa United Nations, New York USA (1967-1968), Pensyarah Kanan
di Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi
Mara UiTM (1969-1989), Presiden dan CEO Malaysia Institute of Art, MIA
(2000-2009).
Saya berharap
pameran ini mendapat sambutan daripada ramai pelajar-pelajar dan peminat seni lukis.
Semoga pameran Retrospektif Dr. Choong Kam Kaw menjadi salah satu titik
persejarahan dalam seni visual di Malaysia yang mana ianya menjadi cerminan dan
rujukan kepada generasi yang akan datang.
Syabas dan xie
xie ni…
_______________________________________________________________________
Assalamualaikum WBT and Greetings,
My great pleasure to congratulate
and thank you to highly respected painter in this countries, Dr. Choong Kam Kow
on the success of his exhibition at the National Visual Art Development Board
(NVADB). Dr. Choong, aged 80 years old was an artist which not only known in
Malaysia in fact his artworks is famous and received by foreign countries.
The solo retrospective art
exhibition on the theme ‘Cross Culture Trans Era’ is his first exhibition in
gallery of NVAG. It is one of the curtain raiser in Malaysia Year of Festival
2015 program or MyFest 2015. As a painter who came from the state of Perak, it
feels very lucky a departure HRH Sultan Nazrin’s, Sultan of Perak, is pleased
to present this purifying dust leaving as royal honourable guest, graced the opening ceremony
of Choong Kam Kow Retrospective exhibition ‘Cross Culture Trans Era’. Thanks
also to both NVAG Member Board of Directors, Prof. Ramlan Abdullah as curator
and Mr. Ooi Kok Chuen who contribute part of the writing in this catalogue.
Dr. Choong Kam Kow started the art
journey since the late 1950s and created his artistic style by combining eastern
and western aesthetics in his works. These artists prefer to work in the series
because he is a spirited as a ‘educators’. Review the works of Dr. Choong with a diverse series as ‘Formosa Series’
(1959) which describe the landscape, ‘Shaped Canvas Series’ (1969) is more to
the minimal and geometric forms and the earliest is ‘Figure Studies Series’
(1968). Through his series works Dr. Choong trying to share the feeling with art
lovers, he was the Head of the Department of Art, United Nations International
School, New York, USA (1967-1968), Senior Lecturer in the Department Fine Arts,
Faculty of Art and Design, University Teknologi Mara (UiTM) (1969-1989),
Presiendt and CEO of the Malaysia
Institute of Art, MIA (2000-2009).
I hope this exhibition attracted many students and
art lover. Hopefully retrospective
exhibition by Dr. Chong Kam Kow become one of the historiographical point of
the visual arts in Malaysia which it become reflection and reference to the
future generation.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan