TEKS
UCAPAN KURATOR
MAJLIS
PAMERAN AZNAN OMAR: MANUSIA DAN GAJET
OLEH
FAIZAL SIDIK
KURATOR,
BALAI SENI NEGARA
5
MAC 2019 (SELASA)
3.00
PETANG
YBrs
Puan Faridah Hanim Abdul Wahab
Ketua
Kurator Kanan Seksyen Perkhidmatan Pameran
Balai
Seni Negara
Pensyarah dan bekas pensyarah UITM
Perak kampus Seri
Iskandar
Pelukis
yang diraikan
Rakan-rakan
kurator dan pelukis
Wakil-wakil
Media
Dif Dif Jemputan
Tan
Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin
Hadirin
sekalian,
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini
kita dapat berkumpul di Balai Seni Negara bagi meraikan dan menyaksikan pameran
ini .. Balai Seni Negara, mengalu-alukan kehadiran semua
tetamu ke majlis pembukaan pameran solo arca ‘Aznan Omar: Manusia dan
Gajet’. Tahniah juga diucapkan kepada pelukis yang kita raikan pada hari ini
iaitu pengarca dan juga pendidik En. Aznan Omar.
Balai Seni
Negara telah menyediakan ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis muda
iaitu Pusat Kreatif atau Creative Space.
Balai Seni Negara melihat Pusat Kreatif ini sebagai hab seni dan landasan untuk
pelukis-pelukis seperti Aznan Omar,
mengembangkan potensi seni dan ekonomi. Inisiatif yang disediakan ini diharap
dapat membantu pelukis muda Malaysia mengembangkan karier seni mereka. Secara tidak
langsung dapat memperbanyakkan lagi pameran seni arca dan mempromosikan seni
arca mereka kepada pihak swasta dan korporat
di bangunan-bangunan mereka.
Hadirin
sekalian,
Kehadiran
internet atau world wide web
(singkatan www) system jaringan-jaringan yang menghubungkan antara satu sama
lain seperti jaring pada sarang labah-labah telah memacu perkembangan teknologi
perhubungan pada hari ini dan pada masa yang sama telah mengubah persekitaran
kehidupan manusia. Pembinaan enjin carian yang terawal seperti Internet
Explorer, Yahoo, Mozilla Firefox dan yang popular pada hari ini Google telah
membuka era baru maklumat kini berada dihujung jari dengan adanya kabel
internet di pejabat dan rumah. Capaian terkini melalui wifi atau internet tanpa
wayar manusia kini boleh berkomunikasi walau dimana sahaja mereka berada di
atas kapal laut, kapal terbang di udara atau di kutub utara sekalipun manusia
masih boleh berhubung.
Bidang seni dan
rekaan juga tidak terlepas daripada terbias dengan fenomena baru yang menyerang
masyarakat dunia pada hari ini. Seniman hidup di dalam masyarakat, persekitaran
masyarkatlah yang menjadi inspirasi mereka dalam menghasilkan bentukan yang
mewakili masyarakatnya. Aznan Omar bukanlah nama baru dalam pengarcaan, pameran
solo kedua beliau di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara yang bertajuk ‘Manusia
dan Gajet’ adalah refleksi pelukis terhadap fenomena gaya hidup digital
masyarakat kita pada hari ini. Karya ini boleh dianggap kritikan sinis beliau
terhadap kegilaan masyarakat kita pada hari ini terhadap penggunaan telefon
mudah alih sebagai interaksi sosial.
Hadirin
sekalian,
Sebanyak 22 buah
karya yang telah dipilih dalam pameran ini iaitu 11 buah arca dan 11 arca
dinding. Dalam ‘Non Face To Face’
(2017) kelihatan sekumpulan figura duduk di dalam kumpulan namun tidak
memandang antara satu sama lain. Manakala di bahagian kepada tersebut kelihatan
ikon media sosial seperti facebook, whatapp, twitter, wechat dan
lain-lain. Kemahiran Aznan Omar dalam membentuk figura dengan menggunakan
kepingan aluminium memperlihatkan karya-karyanya arca berdiri sendiri (free
standing) yang dihasilkan dalam pelbagai variasi kedudukan dan pada masa yang
sama telah menyelesaikan permasalahan tapak arca.
Dalam karya
interaksi ‘Interaksi Bawah Meja’ (2018) yang menggunakan bahan kepingan
aluminium misalnya lapan figura yang sedang duduk di dalam meja bulat namun
masing –masing dengan aktiviti masing-masing menggunakan telefon pintar.
Kelihatan minda iaitu dibahagian kepada figura tersebut ikon-ikon yang terdapat
di dalam media sosial seperti tanda suka (liked) dan bersembang (chat).
Kesimpulannya,
karya-karya Aznan Omar boleh dikatakan telah memberi sumbangan
terhadap penggunaan bahan seperti aluminum dalam perkembangan seni arca di
Malaysia. Isu yang dibawa oleh beliau terhadap perilaku pengguna media sosial
di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah komentar sosial-budaya
terhadap masyarakat yang telah menghakis perhubungan dengan manusia. Dalam kata
lain pelukis mengajak kita untuk bermuhasabah dengan melihat ke dalam diri kita
sendiri.
Sekian, Terima
kasih
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*