Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan tahniah kepada pengarca Raja Shahriman Raja Aziddin di atas
kelahiran karya-karya dalam siri Lok ini. Pameran ini merupakan sebuah pameran
solo beliau yang ke-9 sepanjang 30 tahun berkarier sebagai pengarca sepenuh
masa. Syabas juga diberikan kepada geleri Pelita Hati sebagai penganjur bersama
dalam program rakan strategik yang dinamakan sebagai inisiatif swasta dalam
membawa dan berkongsi pameran luar ini diadakan di Balai Seni Negara.
Hubungan tradisi dengan moden
yang dibawa pengarca ini adalah salah satu manifestasi seni tiga dimensi yang
bermain dengan ruang sebenar, penglihatan secara langsung dan membangkitkan
sentuhan. Balai Seni Negara sejak awal penubuhannya telah mula mempamerkan karya-karya arca seperti ‘5
Singapore Sculptor’ (1968), ‘Henry Moore’ (1968), ‘Rodin and His Contemporary’
(1969), ‘Tradisional Malay Carving in Wood’ (1971), ’45 Arcawan dari
Amerika’(1974), ‘Seni Arca Moden di Malaysia’ (1976), Ramlan Abdullah: Anugerah
Seni Zain Azraai (2001), ‘Nafas:Raja Shahriman Raja Aziddin dan Chin Wan Kee:
Sculpturing Is Meditative’ (2017).
Pada tahun 2019 sebanyak 3
buah pameran arca lagi dianjurkan oleh Balai Seni Negara misalnya pameran ‘Aznan
Omar: Manusia dan Gajet’, ‘Minta Perhatian: Arca Koleksi Balai Seni Negara’
(2019) dan pameran ‘International Marble Art Camp (IMAC)’ yang telah diadakan di Balai Seni Negara
Langkawi sempena pra KUL Bienalle 2020 sebagai tapak taman geologi warisan dunia.
Tahniah sekali lagi kepada pengarca
dan kumpulan kuratorial yang menjayakan pameran solo ‘Lok: Raja Shahriman Raja
Aziddin’. Semoga pameran arca yang berteraskan kesenian dan kebudayaan tradisional
Alam Melayu ini terus subur berkembang dan menjadi tema pilihan kepada seniman
kita di masa akan datang.
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*