Teks Ucapan Prof. Madya Dr. Nasir Ibrahim
Timbalan Rektor Aswara
Oleh : Faizal Sidik
Assalamulaikum
dan selamat sejahtera,
Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia En Zain Azahari bin Zainal Abidin
Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia En Zain Azahari bin Zainal Abidin
Perasmi
Pameran Kasih Bunga Putih
Yang
Dihormati Dr. Syed Husin Ali
Pengerusi
Yayasan Usman Awang
Yang Berusaha Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
Yang Berusaha Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
Pengerusi
Mengenang Kasih Sasterawan Negara Dato Usman Awang
Datuk/Dato’/Datin/
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada hadirin. Ucapan tahniah ditujukan kepada pihak penganjur bersama iaitu Yayasan Usman Awang (YUA) kerana telah berusaha untuk mengadakan pameran ini dalam memberi penghormatan terhadap para sasterawan seperti Sasterawan Negara Usman Awang pada hari ini.
Galeri Aswara sebagai tuan
rumah sangat berbesar hati menerima pameran ini diadakan di sini. Sebagai
sebuah insitusi pengajian tinggi dalam seni budaya yang terlibat dengan seni
visual dan seni pentas Usman Awang sangat dekat dengan institusi ini,
pementasan-pementasan hebat beliau seperti Uda dan Dara, Tamu di Bukit Kenny
misalnya adalah sumbangan penulisan dramatik dan pementasan teater yang masih
dikaji bukan sahaja pelajar malah pengkaji-pengkaji kesusasteraan.
Hadirin yang dihormati
sekalian,
Sungguhpun Usman Awang telah
hampir 20 tahun meninggalkan kita namun semangat roh kemanusiaan beliau terus
hidup menerusi karya-karya sastera seperti puisi, pantun, drama, tetaer
sehingga kini. Puisi Bunga Putih adalah manifestasi kepada kebersihan hati, kesucian jiwa dan
ketulusan rasa susuk Usman Awang sebagai penyair rakyat yang dekat dengan soal
keharmonian, kebebasan dan keamanan yang universal.
Tahniah kepada kurator dan
pelukis-pelukis yang telah menghulur tangan dalam menyambut dan terus menyala
dan membakar semula roh kemanusiaan Usman Awang menerusi karya-karya seni yang
dihasilkan di dalam pameran ini sebagai
satu simbol sokongan dan penerusan dalam menyambung perjuangan yang beliau
tinggalkan.
Doakan semoga usaha Usman
Awang semasa hayatnya dirahmati diberkati dan diterima oleh Allah Subhana
Wataala
Terima kasih sekali lagi
diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.
Sekian, Wabilihai Taufik Wal
Hidayah (Semoga kita diberi hidayah)
Wasalamuilakum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan