Rabu, 7 Jun 2017

Catan Songket Faizal Sidik: Ekspresi Kesusasteraan Dalam Kraf - Satu Terjemahan Intralingual, Interlingual dan Intersemiotik


Oleh: Rafeáton Md Ali, Nor Hasliza Abdullah dan Sow Siew Leng


PENGENALAN

Laporan ini menerangkan secara keseluruhan tentang tugasan terjemahan teks bercetak dalam bentuk audio dan visual (AV) untuk disiarkan di laman web portal berita, BacalahMalaysia.com (versi bahasa Melayu) dan JustReadOnline.com (versi bahasa Inggeris).  Buku kecil bercetak (biru) yang bertajuk Faizal Sidik Songket Paintings merupakan sebuah makalah maklumat mengenai pameran solo pelukis tanah air yang juga kurator Balai Seni Visual Negara Encik Faizal Sidik yang telah berlangsung di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur mulai 2 Februari hingga 28 Februari 2017. Buku kecil dwibahasa berkenaan, antaranya, mengandungi penyataan karya oleh penulis sendiri dan penyataan ringkas kurator jemputan Puan Idarina Ibrahim mengenai hasil karya Faizal dan pandangan beliau mengenai seni kraf tanah air. Selain itu, buku kecil ini turut memuatkan gambar-gambar lukisan Faizal pada pemeraan berkenaan dan lakaran serta idea asal Faizal dalam proses menterjemahkan maklumat yang terkandung dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sehingga is menjadi realiti dalam bentuk  karya seni songket di atas kanvas.

Portal berita atas talian BacalahMalaysia.com mula beroperasi pada 15 April 2016 sebagai portal berita terkini dalam arus perdana media sosial baru. Portal ini mempunyai pelbagai segmen seperti politik, ekonomi, dunia, sukan, hiburan dan berita video. Kini, portal BacalahMalaysia.com telah merekodkan 600,000 pelawat dan 13.3 juta hit. Setakat 28 Mei, berita video Catan Songket: Ekspresi Kesusasteraan Dalam Kraf yang turut dimuatkan dalam Facebook rasmi JustReadOnline sejak 11 Mei 2017 telah dilayari lebih 465 penonton dan angka ini sentiasa meningkat setiap hari.

Versi bahasa Inggeris projek terjemahan yang diberi bertajuk Songket Paintings: Expression of Literature in Craft juga telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi JustReadOnline.com. Ia telah merekodkan 930,000 pelawat dan 14.3 juta hit sejak beroperasi setahun lalu. Sehingga 28 Mei, video versi berbahasa Inggeris ini telah ditonton oleh 583 orang.

 

PROSES MENDAPATKAN TUGASAN TERJEMAHAN

Pembekal tugas atau klien kami iaitu Minstra (Media Intelligence Strategy) yang juga pihak pengurusan portal berita tersebut telah berkunjung ke pameran Faizal Sidik Songket Paintings dan berminat untuk menghasilkan laporan berita/rencana audio visual dwibahasa untuk portal www.BacalahMalaysia (versi Bahasa Melayu) dan www.JustReadOnline (versi Bahasa Inggeris).

            Perkenalan dan kerjasama terdahulu antara klien dan ahli kumpulan ini menjadikan proses perbincangan dan mendapatkan tugasan lebih mudah. Persetujuan dicapai menerusi beberapa siri  perbualan telefon antara Pn. Rafe’aton Md Ali dengan Pengarang Digital Berita Portal BacalahMalaysia/JustreadOnline Encik Ahmad Fauzi Mustafa pada awal Mac. Sebut harga (Quotation) dikeluarkan menerusi Syarikat Mokha Communications Sdn Bhd (milik bersama Pn. Nor Hasliza Abdullah) pada 25 Mac 2017. Pesanan Tempatan (LO) dikeluarkan oleh klien petang tarikh yang sama. Klien secara jelas menyenaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh kumpulan kami seperti berikut:

Bil
Keterangan
1.
Perkhidmatan terjemahan dalam bentuk visual dan dijadikan sebagai berita video dalam berita portal BacalahMalaysia.com dan JustReadOnline.com.
2.
Material adalah dalam bentuk soft copy dan hendaklah disediakan 4 copy DVD.
3.
Bayaran bagi terjemahan dalam bentuk visual dan berkaitan adalah sebanyak RM300 bagi satu keluaran.
           

PROSES PRATERJEMAHAN

Sumber maklumat atau teks rujukan awal hanya berpandukan kepada buku kecil Faizal Sidik Songket Paintings (Buku Biru) mengenai pameran lukisan solo Faizal Sidik. Skrip bahasa Melayu untuk berita video dihasilkan terlebih dahulu untuk dijadikan teks sumber sebelum diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual berpandukan kepada bahan yang ada sebelum skrip audio visual Bahasa Melayu ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. 

            Pendekatan yang dipilih semasa menterjemahkan buku maklumat itu ke dalam skrip audio visual serta menterjemahkan buat kali kedua dalam versi Bahasa Inggeris adalah berdasarkan pendekatan fungsian mengikut Teori Skopos yang diperkenalkan oleh J.Vermeer, iaitu seorang professor dan pakar dalam bidang pengajian terjemahan dan orang yang bertanggungjawab meletakkan asas kepada teori terjemahan fungsian.  Dalam artikelnya, “Skopos and Commission in Translational Action”, Vermeer mengatakan “the word skopos is a technical term for the aim or purpose of a translation”. Beliau juga percaya bahawa skopos akan menentukan strategi terjemahan yang digunakan oleh penterjemah. Teori Skopos ini melihat pelakuan terjemahan dari perspektif yang baharu, yang tidak dibataskan oleh pendapat-pendapat konvensional yang berorientasikan teks sumber. Vermeer mengatakan bahawa, berdasarkan teori pelakuan (action), setiap pelakuan ada tujuannya (purpose), dan, memandangkan terjemahan adalah suatu pelakuan, maka pastinya ia juga mempunyai tujuannya. Vermeer, dalam Nord 1997:29 mengatakan peraturan Skopos adalah:

“Each text is produced for a given purpose and should serve this purpose. The skopos rule thus reads as follows: translate/interpret/speak/write in a way that enables your text/translation to function in the situation it is used and with the people who want to use it and precisely in the way they want it to function.”
“As its name implies, the source text is oriented towards, and is in any case bound to, the source culture. The target text, the translatum, is oriented towards the target culture, and it is this which ultimately defines its adequacy.”  

            Menurut Vermeer, skopos dan cara bagaimana (kaedah dan strategi) pelakuan terjemahan itu direalisasikan adalah ditentukan oleh komisen (commission) atau arahan yang yang ditetapkan oleh pelanggan (commissioner) atau oleh penterjemah itu sendiri.

“…the skopos can also help to determine whether the source text needs to be ‘translated’, ‘paraphrased’, or completely ‘re-edited’. Such strategies lead to terminologically different varieties of translational action, each based on a define skopos which is itself based on a specified commission”.

            Berpandukan pendekatan fungsian dan teori Skopos, kumpulan kami telah menghasilkan satu skrip berbahasa Melayu yang sesuai dengan kehendak klien. Namun, kekurangan bahan dan maklumat yang diperlukan menyukarkan proses awal ini dan kami terpaksa mengambil initiatif untuk menemuramah En. Faizal Sidik sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan skrip awal dalam bahasa Malaysia sebelum teks itu dijadikan teks sumber untuk diterjemah pula ke dalam bahasa Inggeris untuk digunakan sebagai skrip berita audio visual seperti yang dikehendaki pihak klien kami.

PASCA TERJEMAHAN
Selepas menghasilkan teks sumber dan teks sasaran, kerja-kerja penghasilan laporan berita audio visual mula dijalankan. Antara kerja-kerja pasca terjemahan yang dijalankan adalah:
  1. Mendapatkan suara latar dan muzik latar yang bersesuaian dengan skrip.
  2. Memberi arahan, memantau dan mengawal selia penyuntingan visual dan suara latar.
  3. Memasukkan bahan yang telah diterjemahkan ke dalam medium sokongan dalam format yang diperlukan.
  4. Menguji dan memuktamadkan produk akhir.
  5. Memasukkan produk akhir dalam medium serahan (CD).

            Menerusi hasil terjemahan iaitu berita audio visual, kumpulan kami seboleh-bolehnya berusaha untuk “menghidupkan” atau menjelmakan pemeran Catan Songket ke layar perak. Perincian dalam skrip laporan berita audio visual dilakukan melalui imaginasi kami sendiri dan mengikut keperluan pengisahan, sebagaimana terjemahan Hikayat Hang Tuah ke dalam  bahasa Inggeris oleh M.C. Sheppard (sekarang dikenali sebagai  Mubin Sheppard). Sheppard menjadi orang langka yang cuba memberikan semacam jelmaan awal kepada wira budaya Melayu alam bahasa Inggeris. Hasilnya ialah sebuah buku kecil yang berjudul The Adventures of Hang Tuah (1949) dan ditujukan kepada pembaca yang lebih muda. Walaupun demikian, orang dewasa juga dapat menikmati bakat dan bahasa yang digunakan Sheppard. Beliau menulis kembali cerita Hang Tuah secara agak penuh, walaupun ringkas dan pendek.  Buku ini cukup popular dan diterbitkan sekurang-kurangnya lima kali dan digunakan di sekolah-sekolah sebagai buku bacaan dalam kelas bahasa Inggeris.

            Sheppard mengakui bahawa beliau menggunakan sebanyak mungkin maklumat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dan apabila terdapat perbezaan antara kedua-duanya, beliau memberikan keutamaan pada Hikayat Hang Tuah. Namun beliau mengakui bahawa “many of the details are imaginary”.  Lakaran dalam dua buku asli itu ditambahkan dengan perincian yang direka oleh imaginasi Sheppard sendiri dan mengikut keperluan pengisahan. Sheppard didapati bukan sahaja menterjemah, malah beliau mengolah sumber-sumber dalam versi asal dan menceritakannya semula dengan cara yang cukup berkesan.

            Dalam konteks penterjemahan buku kecil pameran solo Faizal Sidik dalam bentuk laporan berita audio dan visual, hasil karya pelukis dijelmakan dalam projek Terjemahan HBT504 ini dalam bentuk jalan cerita naratif yang dimulai dengan pengisahan latar cerita siapa Puteri Gunung Ledang dan episod peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Tun Mamat dan Laksamana. Selanjutnya, diperinci dan diperindahkan setiap visual dan grafik yang sesuai serta adunan muzik latar mengenai penemuan sebuah taman indah sebagaimana yang digambarkan di dalam buku Sejarah Melayu.

“...maka berkata Tun Mamat kepada Laksamana dan Tun Setia. Tinggallah Orang Kaya Laksamana semuanya di sini, biar beta naik, Maka kata Laksamana, “Baiklah.” Maka Tun Mamat pun pergi dengan dua tiga orang pantas berjalan sertanya, berjalan naik gunung itu. Setelah dekatlah pada buluh perindu seperti akan terbanglah rasa orang yang naik ke gunung itu, daripada sangat keras angin itu. Maka awanpun seperti dapat rasanya, dan bunyinya buluh perindu diatas gunung itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang itu hinggap mendengar bunyinya dan segala mergastua yang mendengar itu sekaliannya tercenggang.  Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, maka Tun Mamat masuklah di dalam taman itu...” ( sumber Sejarah Melayu)

Gambaran atau imaginasi penulis mengenai bunga-bungaan dan taman indah yang misteri yang ditemui oleh Tun Mamat inilah yang cuba dijelmakan oleh Faizal di atas kanvas.
                                                                                                            

ISU-ISU DALAM TERJEMAHAN

Isu bahasa
  • Bahasa yang digunakan dalam buku maklumat itu lebih berunsur retorik, lewa, kaku dan tidak sesuai dengan gaya penulisan laporan berita audio visual.
  • Laporan berita audio visual menggunakan bahasa Melayu yang moden,  ringkas dan padat.
  • Bahasa diperindahkan lagi dengan latar muzik dan suara latar yang lebih mudah difahami dan dihayati.
Isu Skrip
  • Penghasilan skrip audio visual memerlukan kemahiran mengendalikan perisian khusus dan pengetahuan agar memudahkan proses penyuntingan.
  • Skrip audio visual juga mempunyai format khusus dan dibahagikan kepada dua segmen iaitu audio dan visual dengan tujuan untuk memudah dan melancarkan proses suntingan dilakukan.

MASALAH DAN PENYELESAIAN

Masalah 1: Ketidakcukupan Maklumat dan Visual
Penyelesaian:
  • Kumpulan kami mengaturkan temu bual khas dengan sumber teks sumber (pelukis) secara peribadi bagi mendapatkan maklumat, visual tambahan serta rakaman suara yang diperlukan untuk skrip sepanjang antara 4 hingga 5 minit.
  Membuat penyelidikan untuk mendapatkan visual dan gambar statik (Puteri Gunung Ledang) yang sesuai untuk dimuatkan dalam laporan terjemahan.
  Puan Rafe’aton membuat penggambaraan ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan semasa cuti pertengahan semester lepas untuk merakam visual songket dan kraf lain untuk dimuatkan ke dalam projek terjemahan.

Masalah 2: Mendapatkan peralatan bagi tujuan rakaman visual, suara latar dan penyuntingan visual.
Penyelesaian:
  • Kami memohon kebenaran secara rasmi kepada pihak pengurusan tertinggi agensi berita Bernama melalui Jabatan Audio Visual (Bernama News Channel) dengan menghantar surat rasmi kepada Ketua Editor Tugasan Encik Abdul Rahman Ahmad pada 3 April 2017. 

Masalah 3: Tiada kemahiran membuat suntingan visual.
Proses penyuntingan audio visual perlu dilakukan oleh individu yang berkemahiran teknikal.
 Penyelesaiaan:
  • Kami mengupah kenalan yang berkemahiran dalam mengendalikan mesin pengadun audio dan visual. Namun atas dasar kenalan, rangkaian sahabat dan pelajar, harga upah yang dibayar tidaklah besar.
  Kami turut meluangkan masa untuk menunggu kerana suntingan hanya dapat dilakukan selepas siaran berita iaitu pada 11.30 malam atau ketika penyunting audio visual selesai melaksanakan tugas-tugas hakikinya dan mesin penyuntingan visual dapat digunakan tanpa menggganggu dan menjejaskan operasi bilik berita.

Masalah 4: Anggota kumpulan tidak mempunyai kemahiran untuk membuat suara latar dan nada suara juga tidak sesuai untuk digunakan.
Penyelesaian:
  • Kami meminta bantuan pembaca berita BNC, Azmawati Azmi untuk melakukan rakaman suara latar kedua-dua skrip bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

RUMUSAN


Semasa menjalankan tugasan ini, apa yang dapat kami rumuskan ialah peri pentingnya jaringan (networking) atau kenalan (contact) bagi seorang penterjemah. Bagi menjayakan sesuatu projek terjemahan, sama ada dalam bentuk teks atau audio visual, tidak dapat tidak, penterjemahan perlu mempunyai pengetahuan dan  kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang berkaitan dengan projek yang diterima. Namun, sebagai manusia biasa,  agak mustahil untuk menemukan seseorang yang sempurna pengetahuannya dan kemahirannya. Justeru, kelemahan seseorang penterjemah dalam sesuatu bidang, terutamanya bidang teknikal, perlu dilengkapkan oleh pengetahuan dan kemahiran orang lain yang lebih arif dalam bidang berkenaan. Dan, dalam kes ini, kami mengakui bahawa kerja-kerja  teknikal seperti  penyuntingan audio visual, rakaman suara latar tidak mungkin berjaya dilakukan mana-mana seorang daaripada ahli kumpulan ini tanpa bantuan daripada yang pakar. Namun begitu, penting juga bagi penterjemah mempunyai pengalaman dan kemahiran khas dalam bidang teknologi komunikasi supaya dapat meluaskan bidang kepakaran. Tugasan ini juga membuktikan kreativiti penterjemah tidak sepatutnya dibatasi oleh teks sumber dan dengan berpandukan teori Skopos, ia secara tidak langsung turut mengingatkan penterjemah bahawa mereka tidak menterjemah teks sumber dengan sia-sia. Ada tujuan dan matlamatnya.

RUJUKAN


Goh Sang Seong. (2016). Isu-isu Dalam Terjemahan Karya Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Gouadec, D. (2015). Penterjemahan Sebagai Kerjaya. Penterjemah Haslina Haroon. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Haslina Haroon & Hasuria Che Omar (2013) Asas Terjemahan dan Interpretasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Munday, J. (2008) Introducing Translation Studies: Theories and Application (Second Edition). London: Routledge
Nord, C. (1997). Translating as a Purposeful Activity: Functionalist Approaches Explained. Manchester: St. Jerome Publishing.
Nord, C. Functionalist Approaches dlm Gambier, Y. & Van Doorslaer, L. (2010). Handbook of Translation Studies. Vol. 1, Amsterdam/Philadelphia: John Benjamins.

Vermeer, H. J. Skopos and Commission in Translational Action, dlm Venuti, L (ed), 2004 [2000]. The Translation Studies Reader. London & New York: Routledge, 

LAMPIRAN

Skrip Versi Bahasa Melayu
*insert MONTAJ** berdasarkan buku biru ***Faizal Sidik Catan Songket**)

**VE start EDIT***
***START VO***
Siapa yang tidak pernah mendengar kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang?.
Boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia-- mengetahui kisah sang puteri yang amat rupawan dan boleh berubah wajah demi menjaga dan melindungi Gunung Ledang.
Sejarah dan mitos menunjukkan Gunung Ledang -- kawasan yang kaya dengan emas yang turut menarik kehadiran pedagang asing sejak dahulu kala.
***ROLL CAM**

Apa yang menarik -- kisah dogeng peminangan puteri gunung Ledang  dan penemuan sebuan taman kayangan yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu ini diterjemahkan dalam bentuk catan songket.
 Cetusan idea dan kreativiti catan songket atas kanvas ini diilhamkan Kurator Balai Seni Visual Negara  dan pelukis tempatan, Faizal Sidik.
Faizal berjaya 'menghidupkan' imaginasi taman misteri ini Gunung Lendang dengan menggabungkan kraf dan kesusasteraan tradisi tentang perjalanan Tun Mamat dan Laksamana yang melalui sebuah taman kayangan ketika misi meminang Puteri Gunung Ledang.
Taman misteri ini berjaya dijelmakan  melalui pameran solo Faizal selama hampir sebulan yang berlangsung di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pameran ‘Faizal Sidik: Catan Songket’, --- menghimpunkan lebih 50 karya seni terbaharu yang dihasilkan dari tahun 2010 hingga 2016.
SOT FAIZAL: (DALAM P2 - APRIL 2017-assignment si BJ) lepas tu insert vis songket dari KB ***

“Ada satu scene atau babak orang suruhan sultan iaitu Tun Mamat dan laksamana telah nak ke gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang itu. Jadi dalam nak meminang puteri gunung ledang itu, Tun Mamat yang naik itu dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah inilah saya cuba gambarkan adalah sebuah taman yang indah yang berinspirasikan daripada motif songket.”
SUPER: Faizal Sidik/Kurator Balai Seni Visual Negara

(**Close up buku Sejarah Melayu*** Dari PHONE Siew Leng/Rafe’aton)
Pameran solo beliau ini juga adalah adaptasi prihatin Faizal terhadap manuskrip Sejarah Melayu yang mempunyai pelbagai versi dan salinannya yang tersimpan di beberapa perpustakaan utama seperti di kota London, Belanda, Jakarta dan Rusia.
(vis close up --- motif-motif songket/thumdrive  ) dari phone RAM
Catan songket atas kanvas oleh Faizal pula adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk lukisan kontemporari yang menggunakan motif bunga-bungaan songket seperti  bunga bintang, bunga tanjung, bunga matahari, awan larat dan lain-lain.

C/WAYS FAIZAL AT WORK/TGH MELUKIS : (boleh add cutaways di office dia semasa interview pada 20 April 2017 )
Faizal Sidik adalah seorang yang tekun  dan fokus dalam setiap kajian dan kepekaannya dalam memahami ilmu seni halus khususnya berkaitan alam dan raja.

***C/WAYS PAINTING/ still PIC Faizal kerja di studio " visual songket *** 
Karya-karya Faizal mengangkat martabat kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi yang ditampung  dengan teknik visual songket --- lambang nilai estetika tanpa sempadan.

Merenung ke jendela masa, Faizal anak kelahiran Petaling Jaya -- gigih menyusuri setiap sempadan negara hingga ke peringkat dunia dalam mencari idea-idea baharu termasuk ke Berlin, Rom dan Venice, untuk memartabatkan khazanah seni negara.
(***Add SOT interview on his trip to Rome, Milan, Berlin & Venice to find ideas and inspiration here)



TC: 13;05:13 ---14:00:00
"Saya nampak, memang kita ni sebenarnya di mana asal kita .. maksud tu ialah kita tidak boleh buat karya ikut orang tetapi sesuaikan dengan iklim ....jadi saya dapat inpirasi saya kat asia tenggara ini, banyak benda2 yang kita boleh kaji.. 'FLASH'  saya nampak songket ni satu kraf tradis yang masih boleh banyak  dikongsikan,'
SUPER: Faizal Sidik/ Kurator Balai Seni Visual Negara
CW - LUKISAN CATAN---(30-69)
Selain aktif mengadakan pameran solo dan berkumpulan, Faizal juga giat mengkuratorkan pameran seni dan menyumbang penulisan seni untuk katalog, akhbar harian, majalah dan blog.

(***ZOOMING ON ANOTHER PAINTING))
Apa yang pasti  Himpunan catan songket di atas kanvas oleh Faizal ini adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari.

(visual2 lukisan songket Faizal**)
Catan songket sebegini bukan sahaja mampu memberi dimensi baharu dalam dunia seni cantan tanah air. namun ia sekali gus mempamerkan keunikan karya pelukis tempatan.
SOT: drp BJ  ( boleh lay dengan visual lukisan Faizal**)

“Lukisan-lukisan saya, saya cuba letakkan untuk satu tahap yang lain yang mana ia boleh ditatap maknanya lukisan yang diletak atau digantung atas dinding. Jadi dia akan berada di situlah jadi pada masa sama apabila motif songket ini dilihat dia akan mengembalikan semula atau menguatkan lagi ketamadunan kita sekarang inilah.”
SUPER: FAIZAL SIDIK/ kurator Balai Seni Visual Negara  

Skrip bahasa Inggeris

***START VO***
Who has not heard about the legendary Princess of Mount Ledang?
Almost every living soul in Malaysia knew about the story of the beautiful princess who is said to be able to change the way she looked, in her bid to protect the mountain.

Ancient history and myth described the Mount of Ledang as being the site of rich gold deposits which has lured foreign traders.
***ROLL CAM**
Interestingly today -- the story of the journey made by Melaka Sultan's stewards to convey his marriage proposal to the Princess of Mount Ledang and the discovery of the enchanted garden as told in Sulalatus Salatin or the Sejarah Melayu are translated in the form of songket paintings.

The idea to put songket on canvas was mooted by local artist, Faizal Sidik, who is also National Visual Arts Gallery Curator.

In his paintings, Faizal combined craft and traditional literature and managed to revive the mystery and  the describe the beautiful scenery seen by Tun Mamat and the admiral while passing through the enchanted garden during the mission to propose the princess for the Sultan.

The mysterious enchanted garden came alive at the recent Faizal Sidik's month-long solo exhibition held at the Museum of Asian Arts, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
The ‘FaizalSidik: Songket Paintings' exhibition showcased over 50 paintings produced by the artist from the year 2010 to 2016.

SOT FAIZAL: (DALAM P2 - APRIL 2017- lepas tu insert vis songket ***

“Ada satu scene atau babak orang suruhan sultan  iaitu Tun Mamat dan laksamana telah naik ke gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang itu. Jadi dalam nak meminang puteri gunung ledang itu, Tun Mamat yang naiki tu dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah inilah saya cuba gambarkan adalah sebuah taman yang indah yang berinspirasikan daripada motif songket.”
SUPER: FaizalSidik/KuratorBalaiSeni Visual Negara
Subtitle:  There was a scene where the Sultan's stewards Tun Mamat and the admiral scaled the mountain to convey the marriage proposal to the Princess of Mount Ledang. It was during the trip that Tun Mamat discovered the enchanted garden. So, I tried to describe this beautiful enchanted garden on canvas, inspired by the songket motifs.

 (**Close up buku Sejarah Melayu*** Dari PHONE SiewLeng)

The solo exhibition was also an adaptation of Faizal's concern over the precious Sejarah Melayu manuscript, which copies were being preserved at several main libraries in the world, such as in London, Netherlands, Jakarta and Russia.

(vis close up --- motif-motif songket/thumbdrive  ) dari phone RAM

Songket paintings on canvas are also the continuity of the traditional and contemporary paintings using motifs of star flower, mimusops elengi flower, sunflower and clouds.

C/WAYS FAIZAL AT WORK/TGH MELUKIS : (boleh add cutaways di office Faizal semasa interview pada 20 April 2017 )
Faizal Sidik is a hardworking and focused in his studies and sensitivities in understanding fine arts, especially relating to nature and monarchy.
***C/WAYS PAINTING/ still PIC Faizalkerja di studio " visual songket *** 

His paintings upheld the traditional Malay literature as a medium of communication supported by the visual technique of songket weaving - a symbol of borderless ecstatic value.

Looking back into the frame of time, the Petaling Jaya-born artist has been going beyond the borders to find new ideas  for his arts, and to uplift the status of national arts and heritage,  including to Berlin, Rome and Venice.

(***Add SOT interview on his trip to Rome, Milan, Berlin & Venice to find ideas and inspiration here)

TC: 13;05:13 ---14:00:00
"Saya nampak, memang kita ni sebenarnya di mana asal kita...maksud tu ialah kita tidak boleh buat karya ikut orang tetapi sesuaikan dengan iklim...jadi saya dapat inpirasi saya kat Asia Tenggara ini, banyak benda-benda yang kita boleh kaji.. 'FLASH'  saya Nampak songket ni satu kraf tradisi yang masih boleh banyak dikongsikan,'
SUPER: FaizalSidik/ KuratorBalaiSeni Visual Negara
CW - LUKISAN CATAN---(30-69)
Apart from organising solo and group exhibition, Faizal is also active in curating art shows and writing articles for catalogues, newspapers, magazines and blogs.

(***ZOOMING ON ANOTHER PAINTING)

For sure, the collection of songket paintings on canvas by Faizal Sidik is a continuity of tradition in contemporary paintings.

(visual2 lukisansongketFaizal**)
Songket paintings like this not only capable of giving a new dimension in the national visual arts industry, but also of showcasing the uniqueness and creativity of local artists.

SOT: drp BJ ( boleh lay dengan visual lukisan Faizal **)

“Lukisan-lukisan saya, saya cuba letakkan untuk satu tahap yang lain yang mana ia boleh ditatap maknanya lukisan yang diletak atau digantung atas dinding. Jadi dia akan berada di situlah jadi pada masa sama apabila motif songket ini dilihat dia akan mengembalikan semula atau menguatkan lagi ketamadunan kita sekarang inilah.”
SUPER: FAIZAL SIDIK/ curator Balai Seni Visual Negara  
Subtitle: I try to put my paintings on a different level which they can be watch, placed or hanged on the wall. As long as they are there, the songket will be there too, hence reviving or strengthening our civilisation.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan