Oleh: Hafizah Iszahanid
Berita Harian, 1 Mac 2017
KUALA LUMPUR: Naskah klasik kesusasteraan Melayu mampu mencetus inspirasi kepada pembaca yang benar-benar menikmati khazanah besar bangsa yang tidak ternilai itu.
Ibarat pepatah lama yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, maka naskah Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah terbuka kepada seribu tafsiran.
Bagi pelukis dan kurator, Faizal Sidik, episod peminangan Puteri Gunung Ledang yang terakam dalam kedua-dua naskah itu merakamkan kegilaan penguasa memuaskan nafsunya sendiri meskipun terpakas meletakkan beban yang bukan sedikit kepada rakyatnya.
Reaksi Faizal terhadap reaksi itu menzahirlkan siri lukisan peminangan Puteri Gunung Ledang yang menghimpunkan 18 lukisan lanskap menuju ke puncak gunung.
Sebahagian daripada 54 karya seni halus
Siri itu menjadi sebahagian daripada 54 karya seni halus yang dipamerkan menerusi pameran 'Faizal Sidik: Catan Songket' di Muzium Seni Asia, Univerisiti Malaya (UM) di sini.
Jelas Faizal, kisah yang diangkat daripada teks klasik itu walaupun sudah berabad-abad berlalu, mesejnya kekal relevan hingga ke hari ini kerana ia adalah peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan serupa.
Namun sesuai dengan namanya songket, catan dengan pelbagai warna dan gaya dipersembahkan kepada khalayak sebagai bukti orang Melayu memiliki kehebatan yang setara dengan penggiat seni antarabangsa.
Tradisi songket bukti kebijaksanaan pembuat
"Tradisi songket adalah bukti kebijaksanaan pembuatnya dalam sifir matematik ditambah dengan tenunannya halus dan kaya pula dengan corak serta motif.
"Karya ini boleh dikongsi bersama-sama dalam arena seni lukis antarabangsa, apatah lagi ia juga adalah seni kraf tradisional Malaysia yang sangat dikenali" katanya".
Malah dalam konteks yang lebih luas, catan songket itu sendiri menjadi kesinambungan tradisi seni Melayu itu. Menarik juga untuk melihat Taman Impian Ledang II dihasilkan dengan ukuran 18 kaki yang mugkin boleh dikatakan sebagai catan songket terpanjang yang pernah dihasilkan.
Catan itu memperlihatkan ketelitian Faizal dalam menggambarkan sebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan.
Secara keseluruhannya pameran itu menghimpunkan 10 catan, 40 lukisan, lakaran serta empat arca yang mengambil inspirasi corak bunga songket antara lain bunga bintang, bunga tanjung, matahari dan awan larat.

http://www.bharian.com.my/node/256387
Tiada ulasan:
Catat Ulasan