Rabu, 2 Disember 2015

Analisis Kohesi dan Koheran Dalam Terjemahan Teks 'Beautiful Brains'

Oleh: Faizal Sidik


Pengenalan
Wacana (discourse) adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan juga konteks. Kajian wacana ialah sebuah bidang kajian yang mempunyai sejarah yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keaagamaan yang mengkaji kitab agama seperti teks Veda sejak 1200-100 S.M. Malah lebih awal lagi pada zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah SWT, iaitu seawal Nabi Adam. Dalam retorik awal, wacana bermula daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang wacana mendapat tumpuan dalam aliran linguistik Aristotle oleh Aristotle (384-322 M) dengan karya “Rhetoric” dan diikuti aliran Stoik oleh Zeno (300 sebelum Masihi). Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19.(Mohd Rashid, 2012:21).

Selepas itu lahirlah aliran struktural pada abad ke-20 seperti aliran Praha melalui karya aliran Praha melalui karya “Morphology of the Folktale” oleh Propp dan karya Mathesius. Berdasarkan kajian mereka maka lahirlah struktur tema dan juga struktur maklumat. Aliran Firt (1935) telah berkembang di Britain dengan mengetengahkan konsep keperihalan keadaan (mengkaji bahasa dan persekitaran). Analisis wacana moden bermula sekitar tahun 1960 an. Contohnya di Perancis terbitnya analisis struktural, di Amerika Syarikat terdapatnya aliran tagmetik oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratfikasi oleh Lamb . Manakala, di Jerman aliran linguistik teks telah muncul yang telah diketengahkan oleh Hartman. Selain itu, aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday telah wujud di Britain. Pada tahun 1970-an analisis wacana semakin berkembang pesat, tetapi ia bertentangan dengan aliran transformasi generatif. Antara terbitan yang terbesar dalam tempoh ini ialah hasil karya Halliday dan Hassan (1976). Mereka menghasilkan “Cohesion in English”. (Mohd Rashid, 2012:22). Kajian wacana bahasa Melayu bermula pada tahun 1980-an dan rancak dijalankan pada tahun 1990-an.

Model-Model Analisis
i.Konsep Kohesi (Tautan)
Konsep kohesi (tautan) ini menurut Halliday dan Hassan adalah kohesi ini merujuk kepada ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu kohesi ayat sehingga melahirkan satu teks yang padu atau memperlihatkan kohesinya. Wert (1984:60-61) menyatakan bahawa kohesi lazimnya dianggap sebagai satu proses sintaksis yang mengubahkan ayat ayat dalam sesuatu teks.

ii. Konsep Tema
Struktur tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema (T) dan juga rema (R). Hal ini dapat dirumuskan menggunakan rumus T + R = ST. Mengikut Mohd Rashid (2007:77) dalam sesebuah klausa tema biasanya berada dihadapan, iaitu  menjadi titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Seterusnya tema diikuti oleh rema yang bertugas sebagai penerang. Segala yang selepas tema dikenali sebagai rema.

iii. Konsep Koheran (Runtutan)
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa koheren (runtutan) ialah cara komponen dunia teks, iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan  berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep, iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses). Menurut Mohd Rashid (2004:11) runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks.

iv. Konsep Struktur Maklumat
Sato Hirobumi menyimpulkan bahawa semasa berlakunya komunikasi penyampai tidak selalu diberi peluang untuk memastikan sama ada maklumat yang hendak disampaikan merupakan maklumat lama atau maklumat baru bagi penerimanya. Jika setiap penyampai berkomunikasi sambil memastikan tiap-tiap maklumat yang disampaikan sama ada baru atau lama, maka proses komunikai manjadi tidak berkesan (Mohd Rashid, 2012:36).

Kohesi dan Koheran dalam Terjemahan
Halliday dan Hassan dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) mendefinasikan kohesi sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu kohesi ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu atau memperlihatkan kohesinya. Gutwinsky dalam Henry Tarigan menambah maksud kohesi sebagai hubungan antara kalimat di dalam sebuah wacana baik dalam tingkat gramatikal mahupun dalam tingkat leksikal. Beugrande dan Dressler dalam Mohd Rashid (2004) membahagikan runtutan kepada enam iaitu perulangan, perulangan sebahagian, paralelisme, para frasa, bentuk pro dan elipsis. Halliday dan Hassan dalam Henry Guntur Tarigan pula membahagikan kohesi kepada pronomina, substitusi, elipsis, konjungsi dan leksikal. Ciri-ciri kohesi boleh digolongkan kepada 3 golongan iaitu semantik, leksikal dan sintaksis (Mohd Rashid, 2012:45).

Webster dalam Tarigan menyatakan koheren adalah hubungan yang cocok dan sesuai atau ketergantungan antara satu sama lain yang rapi, beranjak dari hubungan-hubungan alamiah bahagian-bahagian atau argumen-argumen suatu rentetan penalaran. Menurut F.J Angelo dalam Tarigan, koherensi atau runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan, pertentangan, hasil, contoh, paralel, lokasi dan waktu (Mohd Rashid, 2012:52). Menurut Hasuria Che Omar dan Mashudi Hj Kadir (2007) dalam penulisan bertajuk “Koheren Dalam Penterjemahan Audiovisual” mengatakan bahawa koheren merujuk perkaitan logik antara idea dengan idea di dalam sesuatu wacana serta merupakan prosedur yang menjamin perhubungan konseptual sesuatu wacana. Prosedur ini melibatkan perkaitan logik, organisasi peristiwa, objek dan situasi serta kesinambungan pengalaman manusia. Tiga aspek penting biasa digunakan bagi memproses maksud yang ingin disampaikan dalam sesuatu wacana, iaitu dengan mengambil kira fungsi komunikasi (cara memahami mesej), menggunakan pengetahuan sosiobudaya yang umum (fakta tentang dunia), dan menentukan inferan atau kesimpulan yang akan dibuat terhadap sesuatu komunikasi.

Analisis Teks Sumber

Teks yang dipilih adalah sebuah teks kajian terhadap otak remaja yang bertajuk ‘Beautiful Brains’ (BB) atau terjemahnya sebagai ‘Otak Bijak’ ditulis oleh David Dobbs dan telah terbit di dalam ruangan Teenage Brain di dalam makalah National Geographic Magazine pada bulan Oktober 2011. Secara umumnya teks ini mengkaji tentang tindak tanduk remaja dari sudut emosi, pengalaman risiko dan ketidakjangkauan dan kesalahan bacaan umum terhadap tindakan mereka. Berikut adalah terjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran;

Teks sumber
Teks sasaran
Are these kids just being stupid? That’s the conventional explanation: They ‘re not thinking, or by the work-in-progress model, their puny developing brain fail them.

Adakah budak-budak  ini bodoh? Itu adalah penjelasan yang konvensional: Mereka tidak berfikir, atau masih dalam model pembinaan kendiri, perkembangan otak yang lemahlah yang mengagalkan mereka.

Yet these explanations don’t hold up. As Laurence Steinberg, a developmental psychologist specializing in adolescence at Temple University, points out, even 14 to 17 years old-the biggest risktakers-use the same basic cognitive strategies that adults do, and they usually reason their way through problems just as well as adults. Contrary to popular belief, they also fully recognize they’re mortal. And, like adults, says Steinberg, “teens actually overstimate risk”.

Namun penjelasan ini tidak terjawap  sehingga. Laurence Steinberg, ahli psikologi yang pakar dalam pembangunan remaja di Universiti Temple, mengeluarkan kajian, walaupun umur  diantara 14 hingga 17 tahun adalah usia yang paling berisiko – dengan menggunakan strategi asas kognitif yang dilakukan pada orang dewasa, dan mereka biasanya akan menunjukkan permasalahan yang sama seperti orang dewasa. Berbeza dengan kepercayaan popular, mereka juga menyedari sepenuhnya mereka juga orang biasa. Dan, seperti juga orang dewasa, kata Steinberg, "remaja sebenarnya mempunyai risiko yang sukar untuk dijangka"

So if teens think as a well as a adults do and recognize risk just as well, why do they take more chances? Here, as elsewhere, the problem lies less in what teens lack compared with adults than in what they have more of. Teens take more risks not because they don’t understand the dangers but because they weigh risk versus reward differently (see chart, page 49): In situations where risk can get them something they want, they value the reward more heavily than adults do.

Jadi, jika remaja berfikir juga seperti orang dewasa dan mereka mengenali risiko dengan baik, mengapa mereka mengambil lebih peluang untuk melakukannya?Di sini, seperti di tempat lain, masalah tidak terletak pada apa kurangnya pada remaja itu berbanding dengan kelebihan yang ada pada orang dewasa. Remaja mengambil lebih risiko bukan kerana mereka tidak memahami bahaya tetapi kerana beratnya  risiko yang dihadapi mereka berbanding dengan ganjaran yang diperolehi (lihat carta, muka surat 49): Dalam keadaan di mana risiko boleh menunaikan kepada mereka sesuatu yang mereka hajati, mereka menilai ganjaran yang diperolehi lebih berbaloi daripada apa yang orang dewasa lakukan.

A video game Steinberg uses draws this out nicely. In the game, you try to drive across town in a as little time as possible. Along the way you encounter several traffic lights. As in real life, the traffic light sometimes turn from green to yellow as you approach them, forcing a quick go-or-stop decision. You save time-and score more points-if you drive through before the light turns red. But if you try to drive through the red and don’t beat it, you lose even more time than you would have if you had stopped for it. Thus the game rewards you for taking a certain amount of risk but punishes you for taking too much.

Steinberg menggunakan permainan video dalam merungkaikan permasalah ini dengan menarik. Dalam permainan ini, anda perlu memandu ke bandar untuk beberapa ketika. Sepanjang perjalanan anda menghadapi beberapa lampu isyarat. Seperti dalam kehidupan sebenar, lampu isyarat kadang-kadang bertukar dari hijau ke kuning apabila anda menghampirinya, ia memaksa anda membuat keputusan untuk terus memandu atau berhenti dengan segera. Anda akan menjimatkan masa dan mengumpul lebih banyak mata jika anda memandu sebelum sebelum lampu bertukar merah. Namun jika anda cuba untuk memandu melanggar lampu merah dan tidak mahu berhenti, anda kehilangan lebih banyak masa daripada anda berhenti sahaja. Oleh itu permainan ini memberi ganjaran kepada anda kerana mengambil sejumlah risiko tetapi pada masa yang sama akan menghukum kerana terlalu berani.

When teens drive the course alone, in what Steinberg calls the emotionally “cool” situation of an empty room, they take risks at about the same rates that adults do. Add stakes that the teen cares about,  however, and the situation changes. In this case Steinberg added friends: When he brought a teen’s friends into the room to watch, the teen would take twice as many risks, trying to gun it through lights he’d stopped for before. The adults, meanwhile, drove no differently with a friends watching.

Apabila remaja memandu berseorangan, apa yang Steinberg gambarkan keadaan emosi yang "hebat" dari bilik kosong, remaja mengambil risiko pada kadar yang sama apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Dalam kata lain remaja lebih sopan, tapi situasi ini berubah. Dalam kes ini Steinberg tambahkan mereka dengan rakan rakan: Apabila dia membawa rakan-rakan remaja lain ke dalam bilik untuk menonton, remaja itu akan menghadapi risiko dua kali ganda, cuba untuk menembak lampu yang dia hendak berhenti sebelum ini. Orang dewasa pula, memandu tidak berbeza dengan rakannya hanya akan melihat-lihat sahaja.

To Steinberg, this shows clearly that risk-taking rises not from a higer regard for reward.

Pada Steinberg, ini menunjukkan dengan jelas bahawa pengambilan risiko meningkat bukan dari pemikiran yang lemah tetapi dari hal yang lebih tinggi untuk ganjaran.

“They didn’t take more chances because they suddenly downgraded the risk,” say Steinberg. “They did so because they gave more weight to the payoff”.

"Mereka tidak mengambil lebih banyak peluang kerana mereka tiba-tiba menurunkan risiko," kata Steinberg. "Mereka berbuat demikian kerana mereka memberikan lebih perhatian kepada ganjaran."


Analisis Struktur Maklumat, Tema dan Kohesi Teks
Halliday menyatakan bahawa struktur maklumat termasuk ke dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Pendapat ini pula mengatakan struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacana berdasarkan maklumat lama dan baru. Empat peranti linguistik utama yang dikemukakan untuk mengenal pasti maklumat lama yang diperkenalkan oleh Halliday dan Hassan (1976) seperti kaedah atau aspek ‘rujukan’ (reference), ‘penggantian’ (substitution), ‘penghilangan’ (elipsis) dan ‘kata penghubung’ .

i.Rujukan
Kaedah rujukan merujuk kepada perkara atau hal secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti. Kata ganti digunakan untuk merujuk perkataan dan frasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sana dan sini).

(1)
Tajuk Teks
(A)
Teks sumber
(B)
Teks sasaran
BB
(a)    Are these kids just being stupid? That’s the conventional explanation: They ‘re not thinking, or by the work-in-progress model, their puny developing brain fail them
Adakah budak-budak  ini bodoh? Itu adalah penjelasan yang konvensional: Mereka tidak berfikir, atau masih dalam model pembinaan kendiri, perkembangan otak yang lemahlah yang mengagalkan mereka.


            Dalam (1A) item di atas they dalam teks sumber telah dirujuk sebagai kids dalam ayat yang hadir sebelumnya. Dalam teks sasaran (1B) yang dihasilkan untuk teks sumber di atas, padanan budak-budak dan mereka telah digunakan sebagai rujukan.

ii.Penggantian
Menurut Halliday dan Hassan (1976) penggantian merupakan satu bentuk perhubungan tatabahasa, dan dalam penggantian, sesuatu item (atau lebih daripada satu item) digantikan dengan item yang lain. Kaedah penggantian ini juga merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.
(2)
Tajuk Teks
(A)
Teks sumber
(B)
Teks sasaran
BB

(a)    When teens drive the course alone, in what Steinberg calls the emotionally “cool” situation of an empty room, they take risks at about the same rates that adults do. Add stakes that the teen cares about,  however, and the situation changes. In this case Steinberg added friends: When he brought a teen’s friends into the room to watch, the teen would take twice as many risks, trying to gun it through lights he’d stopped for before.

Apabila remaja memandu berseorangan, apa yang Steinberg gambarkan keadaan emosi yang "hebat" dari bilik kosong, remaja mengambil risiko pada kadar yang sama apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Dalam kata lain remaja lebih sopan, tapi situasi ini berubah. Dalam kes ini Steinberg tambahkan mereka dengan rakan rakan remaja: Apabila dia membawa rakan-rakan remaja lain ke dalam bilik untuk menonton, remaja itu akan menghadapi risiko dua kali ganda, cuba untuk menembak lampu yang dia hendak berhenti sebelum ini.


            Contoh (2a) di atas menunjukkan perwakilan penggantian yang terdiri daripada perkataan teens, they, teen dan friends. Item-item ini telah dipadankan dengan remaja yang merupakan padanan yang sesuai bagi menggantikannya kepada teks terjemahan. Berdaarkan contoh di atas juga kebanyakan padanan yang digantikan kepada bahasa sasaran adalah dilakukan secara pengulangan semula perktaan teens, they, teen dan friends.

iii.Elipsis
Kaedah elipsis atau penghilangan didefinasikan berlakunya penghilangan penyampaian atau amanat penulis. Menurut Halliday dan Hassan elipsis merupakan proses atau hasil penggantian unsur bahasa oleh unsur pembeza atau menjelaskan sesuatu tertentu. Elipsis juga bermaksud pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarnnya. Harimurti Kridalaksana dalam Henry Tarigan pula mendefinisikan elipsis sebagai peniadaan kata atau satuan lain yang wujud asalnya dapat diramalkan dari konteks bahasa atau konteks luar bahasa. Maksud elipsis dapatlah disimpulkan sebagai perkataan yang diketahui wujud tetapi dihilangkan.
(3)
Tajuk Teks
(A)
Teks sumber
(B)
Teks sasaran
BB
(a)    So if teens think as a well as a adults do and recognize risk just as well, why do they take more chances?(^)
Jadi, jika remaja berfikir juga seperti orang dewasa dan mereka mengenali risiko dengan baik, mengapa mereka mengambil lebih peluang untuk melakukannya?
BB
(b)   Thus the game rewards you for taking a certain amount of risk but punishes you for taking too much.(^)
Oleh itu permainan ini memberi ganjaran kepada anda kerana mengambil sejumlah risiko tetapi pada masa yang sama akan menghukum kerana terlalu berani.

Dalam data (3) boleh dilihat lambang (^) sebagai penghilangan untuk kes elipsis yang telah ditemui dalam bahasa sumber. Daripada terjemahan yang dilakukan kepada bahasa sasaran dengan penambahan (a) –nya dan (b) berani. Dalam kes ini banyak elemen elipsis dikekalkan dan struktur dalam bahasa sumber dikekalkan dalam bahasa sasaran. Walaubagaimanapun penggunaan elipsis ini tidak menrencatkan cara penyampai maksud yang hendak disampaikan oleh penterjemah.

iv.Kata penghubung
Menurut Halliday dan Hassan kata penghubung digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ayat dengan ayat serta perenggan dengan perenggan. Menurut Hasuria Che Omar (2006) pula penggunaan kata hubung merupakan fenomena biasa dalam komunikasi kerana kata hubung melibatkan penggunaan penanda formal untuk menghubung ayat, klausa dan perenggan. Beberapa kata penghubung yang mempunyai kekerapan yang tinggi adalah seperti kata hubung and, but, so dan then.
(4)
Tajuk Teks
(A)
Teks sumber
(B)
Teks sasaran
BB
(a)    Yet these explanations don’t hold up. As Laurence Steinberg, a developmental psychologist specializing in adolescence at Temple University, points out, even 14 to 17 years old-the biggest risktakers-use the same basic cognitive strategies that (adults do), and (they) usually reason their way through problems just as well as adults.



Namun penjelasan ini tidak terjawap  sehingga. Laurence Steinberg, ahli psikologi yang pakar dalam pembangunan remaja di Universiti Temple, mengeluarkan kajian, walaupun umur  diantara 14 hingga 17 tahun adalah usia yang paling berisiko – dengan menggunakan strategi asas kognitif yang dilakukan pada orang (dewasa), dan (mereka) biasanya akan menunjukkan permasalahan yang sama seperti orang dewasa.
BB
(b)   So if teens think as a well as a adults do and recognize risk just as well, why do they take more chances?

Jadi, jika remaja berfikir juga seperti orang (dewasa) malah (mereka) mengenali risiko dengan baik, mengapa mereka mengambil lebih peluang ke arah itu?

BB
(c)    When teens drive the course alone, in what Steinberg calls the emotionally “cool” situation of an empty room, they take risks at about the same rates that adults do. (Add stakes that the teen cares about,  however), and ( the situation changes).
Apabila remaja memandu berseorangan, apa yang Steinberg gambarkan keadaan emosi yang "hebat" dari bilik kosong, mereka mengambil risiko pada kadar yang sama apa yang dilakukan oleh orang dewasa. (Dalam kata lain remaja lebih sopan), tapi (situasi ini berubah).


Analisis (4a-c) menunjukkan kata hubung and yang digunakan dalam teks terjemahan sumber. Kata hubung ini memainkan peranan dalam wacana kohesi teks sumber. (4a-c) contohnya menunjukkan and menghubungkan (a) adult do + they, (b) adult do + recognize dan (c) Add stakes that the teen cares about,  however + the situation changes. Terjemahan ke dalam teks sasaran (B) jika dianalisa menjelaskan bahawa bukan semua kohesi kata hubung and itu dapat dibuat padanan dengan betul. Hanya  (4a) sahaja yang dapat mengekalkan sifat kata hubung. Padanan (4b) dan (4c) pula menunjukkan perubahan makna terhadap kata sumber agar terjemahannya lebih gramatikal.

Kesimpulan
Kesan penting daripada penganalisaan linguistik yang dijalankan dari segi struktur maklumat dan tema serta bagaimana corak kohesi dalam analisi teks yang dipilih sangat berguna dan membantu penterjemah dalam membuat terjemahan dengan baik, misalnya melalui pengetahuan mengenai wacana kohesi dan koheran penterjemah dapat mengelakkan daripada membuat terjemahan melampau. Dengan memanfaatkan penggunaan empat peranti linguistik dalam terjemahan dalam membuat kepadanan tekstual kohesi seperti aspek rujukan, penggantian, elipsis danan kata penghubung ia banyak membantu penterjemah dalam membuat terjemahan ke bahasa sasaran dengan lebih gramatis dan tepat.

Bibliografi
Dobbs, David, 2011, Beautiful Brains, Teenage Brain, National Geographic Magazine, October,
            pg 40-59
Halliday, M.A.K, and Hassan, R. (1976),  Cohesion in English, London, Logman.
Hasuria Che Omar, 2006, Penterjemahan Audiovisual Televisyen, Bangi: Penerbit UKM
Hasuria Che Omar, 2007, Penyarikataan: Satu Kaedah Penterjemahan Audiovisual. Kuala      
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia/Persatuan Penterjemah Malaysia
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob, 2012

Tatabahasa Wacana, Tanjung Malim: Emeritus Publications, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan