Oleh:
Faizal Sidik
Faizal Sidik (2015), ‘Archipel Secret’ dan 'Open Sea' Meletakkan Seni Kontemporari Asia Tenggara ke Eropah,', Senikini #24, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur.
Sejak 15 tahun dahulu setelah memasuki
alaf baru seni lukis Asia Tenggara mula mendapat tempat dan menampakkan
keberadaannya di peta dunia. Ada teori yang mengatakan dasar buka pintu ekonomi
China kepada dunia telah mengalihkan minat pelabur-pelabur daripada ke timur. Selain itu ada juga mengatakan
India sebagai gergasi yang sedang tidur bangun dari tidur yang panjang untuk
merancakkan lagi hubungan perdagangan yang menggunakan Laut China Selatan
sebagai laluan hubungan antara timur barat telah membuka semula rantau ini ke
pentas permainananya semula selepas terjejas oleh gangguan penjajahan yang
silih berganti yang berlaku sekitar abad ke-16 hingga abad ke-20. Hampir 500
tahun daerah ini hampir hilang dari peta dunia sungguhpun ia adalah merupakan
pengkalan antarabangsa yang terkenal seperti Melaka dan Singapura yang
mempunyai hubungan dagang dengan Venice di Eropah.
Sungguhpun usaha-usaha tersebut telah
dimulakan seawal penubuhan negara-negara Asean yang diusahakan oleh Malaysia
dalam menghimpunkan negara-negara Asia Tenggara agar mempunyai kesatuan yang
mampu bekerjasama dari aspek politik, ekonomi, sosio-budaya malahan juga seni.
Penubuhan Asean pada tahun 1967 menandakan satu penubuhan negara-negara yang
mempunyai kaitan sejarah yang sama yang mempunyai kerajaan-kerajaan tradisional
yang bersilih ganti beratus-ratus tahun dahulu bernaung di bawah satu kesatuan
yang terlebih dahulu dibentuk dan mempunyai pengalaman pentadbiran dan
pengurusan yang luas daripada kesatuan-kesatuan selepasnya seperti Kesatuan
Eropah (European Union-EU) atau Kesatuan Perdagangan Negara-Negara Atlantik
Utara (North Atlantik Trade Union-NATO).
![]() |
Faizal Sidik semasa melawat pameran 'Archipel Secret’ yang dikuratorkan oleh rakannya Khai Khori di Palais de Tokyo, Paris yang berlangsung pada 27 Mac hingga 17 Mei 2015 |
Sejak penubuhan Asean juga kita lihat
kegiatan kesenian dan kebudayaan begitu rancak dijalankan dimana negara hos akan
menganjurkan atau mempengerusikan wokshop atau pameran seni di bawah payung
Asean-Coci (Committee on Culture and Information) atau Jawatankuasa Kebudayaan dan Informasi.
Antara usaha-usaha seni visual yang telah dijalankan adalah seperti Wokshop
Catan dan Fotografi, Simposium Arca, Taman
Arca Asean yang menempatkan arca-arca awam oleh pengarca negara anggota seperti
di Tugu Negara, Kuala Lumpur, Malaysia (1988), Fort Canning Park, Singapura (1981)
dan Laman Asean di Manila.
Kesepakatan negara-negara Asia Tenggara
bukan sahaja diterjemah melalui acara seni budaya semata-mata. Kesungguhan
pemimpin negara-negara ini dalam melihat sifat muhibbah di cerminkan juga
melalui acara sukan serantau melalui Sukan SEA, Festival dan Anugerah Filem
Antarabangsa Asean. Dalam seni kontemporari Singapore Biennale ke -4 cuba untuk
menjadi hub dalam menghimpunkan seni kontemporari di rantau ini.
Melakukan pemeran di muzium-muzium
penting merupakan satu penghormatan kepada seni kontemporari Asia Tenggara.
Sejarah penubuhan Balai Seni Visual Negara sendiri sejak tahun 1960 an kerap
bergerak mengadakan pameran di luar negara dalam memperkenalkan seni lukis
moden Malaysia pada masa itu antara muzium yang pernah mempamerkannnya adalah
seperti di Glasgow Museum and Art Gallery, Scotland (1965), Dublin Building
Centre, Ireland (1965), Commonwealth Institute, London (1966), dan Pasadena Museum
of Art, Amerika Syarikat (1988).
Muzium besar seperti Gugenheim Museum di
New York mula melancarkan program Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative pada
2013 dengan pameran ‘No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia’
bergerak ke Asia Soceity, Hong Kong (2014)
dan ke Centre for Contemporary Art (CCA) (2014) Singapura
Lain-lain lokasi yang diusahakan oleh
ruang dan galeri yang lebih kecil yang melibatkan karya-karya baru dari rantau
ini adalah seperti adalah “The Roving Eye: Contemporary Art from Southeast
Asia” di Arter Space for Art in Istanbul, Turki (2014), ‘Beacon of Archipelago:
Contemporary Art from Southeast Asia (2010), Arario Gallery, Seoul (Korea) dan
Cheonam (China). ‘Southeast Asia Contemporary’ (2014) di Halu Trans, Singapura.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifyutDkgAKze5Z_VknRw-0bWPm7RLUJY75bKLUfDkrYAkURTKEc2tYzLPdk3p7tyhhNBByl6lLrjcBmxQgI0p-bQeNFrV3qaXT-gTkuY5lMgrIPY6fFZhawddpYMBatSQSVHu5QKKy35Yw/s200/11009996_10204142812990867_5457997466738728530_n.jpg)
Selain MOMA di awal tadi saya ada
menyebut bagaimana Gugenheim Museum, New York juga telah mengambil langkah yang
sama setelah MOMA menampakkan kejayaannya setelah program di bawah Glen Lowry
itu membuka luas fikiran kurator mereka untuk berfikir di luar daripada
kebiasaan dan menjadikan institusi itu lebih menarik. Antara yang boleh saya
nyatakan d isini adalah MOMA telah membuka jabatan kuratorial yang pelbagai
dalam memenuhi permintaan seperti Jabatan Catan, Jabatan Arca, Jabatan Cetak
dan Buku Illustrasi, Jabatan Multimedia dan Fotografi, Jabatan Seni Bina dan
Rekabentuk dan Jabatan Filem. Kesemuanya ditubuhkan untuk mempelbagaikan
program dan pengkoleksian mereka. Rahsia mereka adalah merentas disiplin,
dengan bergerak secara popular dan populis tidak menghairankan menunjukkan
peningkatan jumlah pengunjung tahunan daripada 1.3 juta kepada 3 juta dan
menambahkan pendapatan daripada $200 juta kepada $ 1 bn yang membolehkan mereka
membuat perolehan karya-karya penting dan berpengaruh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEit7WaZzTOF0Ux-9KbIQtdEk0kCvmeYuejZtWuVuIBMeF8kNVH-lBV7IKt4mS_FLmqIAtnho8Z6DNKdCvauhxmDZfWLRDA15yE3DAQ0cRNh2Tehsl-6Z-raMydd1UzjpUaYx-bdGJJFhmPL/s200/14704_10153241553277090_3888345313481288379_n.jpg)
Jika sebelum ini insitusi seni di
Amerika dan Eropah hanya berminat untuk membuka dua posisi teratas samada
pengarah atau pengarah program kepada orang luar misalnya Han-Ulrich Obrist dari
Switzerland kini sebagai Pengarah
bersama Pameran dan Program dan Pengarah Projek Antarabangsa di Serpentine
Gallery, London dan Massimiliano Gioni dari Nicola Trussardi Foundation di
Milan, Itali kini sebagai Pengarah bersama dan Pengarah Pameran di New Museum,
New York. Posisi-posisi terbuka ini saya melihatnya mula dibuka kepada
kurator-kurator antarabangsa pada acara Venice Biennial pada tahun 1995 apabila
diberikan kepada Pengarah Artistik jemputan daripada Perancis iaitu Jean
Clair dan bukan sahaja warga Itali
seperti yang dipraktikkan dalam versi sebelumnya. Ia menjadi semakin menarik
apabila acara-acara biennial yang masih muda usianya pada ketika itu
mempraktikkan pengarah artistik dan kurator dari luar yang mampu memberikan
kelainan dan dikatakan lebih berpengalaman.
![]() |
Khai Hori bersama penulis Faizal Sidik di Palace de Tokyo, Paris. |
Festival Singapura di Perancis (Singapour
en France le Festival) yang diadakan selama tiga bulan bermula daripada Mac
hingga Jun menghadirkan beliau mengkuratorkan dua pameran seni kontemporari
dari Asia Tenggara serentak secara berkumpulan iaitu “Secret Archipelago” yang
diadakan di Palais de Tokyo daripada 27 Mac hingga 17 Mei dan “Open Sea” di Musee
d’art Contemporain, Lyon pada 17 April hingga 12 July. Festival Singapura di
Perancis ini bukan hanya melibatkan seni visual sahaja malah ia mempersembahkan
juga muzik, seni persembahan dan teater kepada masyarakat Perancis yang
diadakan di pelbagai lokasi dan bandar di negara itu yang dianjurkan oleh
Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Kementerian Luar Singapura
dengan kerjasama National Heritage Board
dan National Arts Council Singapura.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqPvk2x45zNp5E4cDI341VCNnJxOBdKm3GjOtAX_8zO5jXplwdQ_ILQZx1Vu61O8QSIQhT2iG77CbpKqe66dyIzYmZlhcyhVBzOka_F531dW-sJohGK7E7ckjNQmtrNXX3DfavRH42rWx8/s200/11081055_10204142820151046_936477186584284342_n.jpg)
Menurutnya lagi pameran ini adalah
refleksi terhadap pengertian kebudayaan archipelago, yang menghubungkan era-era
yang dipengaruhi semangat-semangat. Pameran ini juga membawa pelbagai media
antaranya instalasi, video, arca, karya bunyian dan juga seni persembahan yang
berlaku sepanjang pameran berlangsung. Pesan Khai kepada mereka yang memasuki
pameran ini agar meninggalkan sementara cara fikir serta interpritasi seni dan
bahasa seni lukis, kod dan ekspresi budaya Barat. Antara artis Malaysia dalam
pameran ini adalah Roslisham Ismail atau ISE, Hayati Mokhtar, Chris Chong Chan
Fui dan Liu Cheng Hua.
Pemasangan karya video instalasi Hayati
Mokhtar “Falim House: Observations” ini telah disokong dan ditaja oleh Balai
Seni Visual Negara adalah sebuah dokumentasi tentang warisan sejarah yang
hilang. Sebuah rumah yang dinamkan rumah Falim dibina pada tahun 1929 terletak
di negeri Perak, Falim House yang mempunyai 20 buah bilik ini terletak di
kawasan seluas 26 hektar yang dimiliki oleh seorang taikun bijih timah Foo Nyit
Tse dan keluarganya sehinggalah pada akhir 1990 an. Falim House ini mula ditinggalkan dan mula dirobohkan
apabila ianya telah dijual kepada syarikat pembangunan hartanah beberapa tahun
lalu. Segala isi rumah ini telah dijual
dan hanya dijumpai kemudiannya oleh artis di pasar-pasar yang menjual barang
antik.
Falim House adalah sebuah catatan akhir
sebuah khazanah tempatan , dengan menggunakan 10 skrin audio-visual yang
memperlihatkan juga 10 sudut komposisi dirumah itu, ia direkod sehari sebelum
kawasan hartanah itu ditutup oleh pemaju. Pendokumentasiannya membina semula
pelbagai sejarah yang tersembunyi melalui surat-surat, gambar-gambar, tempat
sembahyang keluarga itu dan lawatan keluarga itu pada hari yang sama sungguh
tidak dijangka oleh artis. Satu kempen secara atas talian telah dilancarkan
untuk menyelamatkan dan memulihkan hartanah itu, walaubagaimanapun sebahagian
besar kawasan itu telah dijadikan kawasan perniagaan mewah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVd1nA0mSZ94w5eCTLhTGZE92UkOKY0lpnxa5LpeZhG2YPQx7zcr9bDcotH85y_nCABNIAvC1Tcy7Vp-Hq_gznZz45JVFTCpKOX8NAaIZ3gbVw8Wl9ueiS15eQbFjtVf_EK8WOxyZpSj9Y/s200/10996626_10204142809510780_2936300021592784308_n.jpg)
Umum mengetahui bahawa Asia Tenggara
adalah laluan air iaitu laluan alternatif bagi Laluan Sutera yang menghubungkan
antara benua barat dan timur. Sebuah kawasan yang pernah menjadi tempat kapal
perdagagan berlabuh telah membuka daerah ini kepada perdagangan global,
kembaraan dan migrasi sehinggalah ke hari ini. Di rantau ini jugalah berlakunya
pertemuan kepelbagain budaya dan bahasa, kemasukan agama dan kepelbagai
kepercayaan seperti yang kita lihat pada hari ini disini. Pameran ‘Open Sea’
yang diadakan pada 17 April sehingga 12 Julai di Musee d’art Contemporain, Lyon
(Museum of Contemporary Art, Lyon) juga dikuratorkan bersama antara Khairuddin Hori dengan Thierry Raspail iaitu
Pengarah Musee d’art Contemporain cuba melihat idea-idea ini.
Bagi saya ‘Open Sea’ sebagai ‘Open Southeast Asia’ atau
‘Membuka atau Melihat Asia Tenggara’ sebagai satu pameran ingin memperkenalkan
dan menunjukkan diri negara-negara dirantau ini melalui seni visual. Menurut
kurator pula pameran ini mengambarkan jiwa kontemporari, estetik dan saling
hubungkaitan negara-negara sebelah tenggara ini yang diterjemahkan melalui
karya-karya komisen den seni persembahan oleh 30 orang artis. Karya-karya yang
dipamerkan memperlihatkan lanskap sosial tempatan yang pelbagai, dengan
keluasan ruang galeri 2,000 kaki persegi yang melibatkan dua aras pameran
memperkenalkan audein Eropah oleh artis Asia Tenggara melalui wokshop, bicara
artis dan kurator danjuga seni persembahan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKR07bvvIzxdhx-81gd3uCmGfgd3a3NdBPydWz7qmlJJX75M3zZSmNVLuRKQp81MX8T_rTsqsXimSJR5MQVNAKSyPI1uL4pYR1sXopti35t1MS6Bv7Trv7tqCWwalcSUQBOkHZQBRDV0LP/s200/11148627_10153241563482090_688997922410798259_n.jpg)
Siri catan oleh Chong Kim Siew
menggunakan setem lama daripada zaman kolonial dalam menyampaikan dialog
berkenaan warisan, identiti dan realiti pada hari ini. Imej setem mengingatkan
kepada memori silam terhadap peristiwa politik yang berlaku dan ia juga sebagai
antara bukti-bukti antropologi terhadap sesuatu kuasa. Kim Chiew menukarkan
tempat, muka pembesar negeri, lanskap
tropikal dengan menggunakan teknik manipulasi peta negara Britain ke atas
Malaysia. Dlam kata lain artis mengingatkan tentang penjajahan pemikiran
kolonial barat masih lagi kuat di pegang dalam negaranya dalam pembentukan
halatuju dan identiti.
Dengan bertambahnya minat masyarakat mengetahui
seni moden yang lahir di dua pusat utama iaitu
Paris dan New York, hadirnya seni kontemporari pada hari ini telah seni
lukis sezaman menjadi global capaiannya. Negara-negara peneraju seperti Amerika
dan Eropah mula menerima sumbangan seni lukis diluar lingkungan pusat tidak
hairan pada hari ini muzium-muzium penting negara-negara berkenaan seperti
tidak lengkap jika tidak memberi ruang meraikan artis-artis dari China, India,
Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Kehadiran‘Secret Archipel’ dan
‘Open Sea’ adalah langkah kanan ke arah mengantarabangsakan seni kontemporari
Asia Tenggara. Adakah pameran-pameran di luar ini cuba mengutar teori-teori seni timur yang datangnya dari rantau Asia Tenggara untuk dikongsi oleh barat dalam memperlihatkan sumbangannya terhadap kemajuan seni kontemporari masa kini?
Faizal Sidik,’Archipel Secret’ dan ‘Open Sea’ Meletakkan Seni Kontemporari Asia Tenggara ke Eropah, Senikini, BSVN, Kuala Lumpur. (PDF)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJpO-jy4-c3ApM17wDFw297phOk5JaiPkjpHDR4Eq_Cdmxpl1jHxogOfYZ1fYGH5nmo1tL7tVFlBqSt5M-kKfBiaPXOC8MRoG5uTqdbz3TVFMJFQ5AphmugKZ832UnlmtsMXoT4ivhIdML/s200/senikini%252324%252C+page+16.JPG)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVxp2Vqs8VIYgwbjIxKR2gfsm0BqXkn2JG1qKwBkpqntRDmIq9P86T6DBYjtbEUp2cKNFTpJYg3GqOBPyTEc9wKjq3hfCd9LAez2c2_n43WqmZia88uXFgIxeogK9CFuKbBOVlFWEzZnRo/s200/senikini%252324%252C+page+17.JPG)
Faizal Sidik,’Archipel Secret’ dan ‘Open Sea’ Meletakkan Seni Kontemporari Asia Tenggara ke Eropah, Senikini, BSVN, Kuala Lumpur. (PDF)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan