Oleh: Faizal Sidik
Penulisan ini mengambil pendekatan daripada
pertanyaan Leo Tolstoy menerusi eseinya What
is Art? atau Apa itu Seni? dan penulisan Hegel iaitu Philosophy of Fine Art atau Falsafah Seni Halus. Saya cuba menamakan penulisan ini dengan
meminjam tajuk esei Leo Tolstoy dan memanjangkannya dengan falsafah seni halus
oleh Hegel, kerana saya berpendapat lukisan tidak boleh lari termasuk dalam
genre seni halus empat yang utama selainnya seperti catan, arca dan cetakan.
Beza antara Tolstoy dan Hegel adalah Tolstoy mempertanyakan apakah sebenarnya
seni manakala Hegel menjelaskan dengan lebih mendalam lagi apakah it seni
halus, manakala disini saya ingin memberi sedikit sumbangan terhadap satu genre
iaitu lukisan tanpa tidak mengambarkan pendapat mereka berdua.
Apabila ahli pensejarahan seni
menulis tentang lukisan mereka sudah tentu tidak lari daripada menceritakan
penemuan awal lukisan di gua-gua atau lukisan dinding yang mengambarkan
aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat dahulunya. Saya kurang berminat untuk
memberikan kronologi mereka ini kerana ia telah berulang kali ditulis dan saya
merasakan pembaca yang membacanya sudah cukup arif.
Mari
kita bermain dengan perkataan lukisan itu dahulu. Pengertian lukisan berbeza
mengikut zaman dimana kita berada, mungkin dahulu di Zaman Batu lukisan adalah
satu ekspresi masa lapang mereka apabila keperluan seperti tempat tinggal dan
makanan telah dipenuhi. Manakala dizaman awal Greek lukisan atau
garisan-garisan digunakan untuk membina perkataan atau simbol. Dizaman
pertengahan lukisan digunakan untuk menyaipaikan ajaran agama Kristian melalui
pengambaran seperti yang di tulis di dalam kitab ajaran mereka. Abad ke-15
lukisan penting kepada seorang pencipta dalam merealisasikan ciptaan mereka.
Abad ke 21 ini lukisan lukisan telah dianggap
sebagai satu objek estetika seni yang boleh berdiri sendiri. Atas alasan
apa saya katakan begitu? Hal ini terbukti pelukis sendiri banyak mengadakan
pameran solo lukisannya sahaja.
Lukisan adalah percakapan oleh pelukis yang mencantumkan
garisan-garisan untuk menyampaikan visi mereka terhadap sesuatu yang
difikirkan. Setujukah jika saya katakan kita berfikir sebenarnya kita sedang
melukis? Kita melukis apa yang sedang dirancang, kita menyusun langkah demi
langkah untuk mencapai sasaran kita samalah seperti kita melakarkan pembentukan
garisan-garisan gambaran, jika ianya berjalan lancar kita akan memikirkan
garisan lurus, manakala apabila terdapat gangguan emosi , kita akan tersentak
dan ia akan dilukis dengan garisan yang tidak menentu dan melukiskan garisan berduri
manakala apabila kita putus harapan garisan-garisan putus-putus akan
digambarkan , ia dilukis bukan sahaja dalam bentuk garis an tetapi dalam bentuk
gambaran yang biasa dilalui atau pengalaman yang pernah dialami atau dilihat
melalui perlambangan tetapi asasnya adalah lukisan-lukisan garisan itu tadi.
Sebagaimana yang kita maklum
lukisan dihasilkan daripada inspirasi seseorang itu samaada pelukis, pereka
arkitek, jurutera yang mempunyai idea terhadap sesuatu gambaran. Gambaran yang
mempunyai idea terhadap sesuatu gambaran . Gambaran yang berada di dalam
fikiran itu diterjemahkan ke dalam
bentuk visual untuk menjelaskan idea-idea mereka ini , dengan menggunakan
peralatan atau bahan yang membolehkan idea daripada fikiran mereka itu tadi
dikeluarkan untuk dilihat atau dipertontonkan .Proses psikoogi ini perlu
ditransformasikan segera dengan peralatan itu tadi agar ia tidak cepat hilang
atau luput di ingatan. Samaada menggunakan bahan 2 dimensi samaada pencil
dengan kertas atau terus secara 3 dimensi dalam bentuk model yang kecil.
Biasanya lukisanuntuk objek 3 dimensi seperti arca, senibina, atau produk akan
direkod dalam bentuk 2 dimensi iaitu di atas kertas sebelum ianya diperincikan
dalam bentuk contoh s dimensi . Apa yang ingin saya terangkan disini adalah
proses bagaimana sesebuah hasil lukisan itu berguna kepada pelukis, pereka,
arkitek dan jurutera.
Bagi
audien pula khalayak yang jenis ini iaitu khalayak yang sudah ada di dalam jiwa
mereka perassan halus, sudah tentu suka melihat lukisan-lukisan yang tidak mudah dilihat oleh mereka dalam
menjalani hidupan harian, hal ini bermaksud lukisan yang tidak mempunyai
pengambaran budaya popular mereka, jadi sudah tentu seni halus yang dihasilkan
oleh pelukis menjadi pilihan untuk tatapan mata mereka. Hal ini kerana mata
adalah satu organ penglihatan yang cenderung melihat perkara yang
indah-indah,cantik dan sesuatu yang menakjubkan, kerana mata akan terangsang
apabilamelihat sesuatu hasil yang luar biasa, daripada apa yang dilihat
seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan