Tradisi berkarya
dan berpameran merupakan aset terpenting Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka terutamanya
Jabatan Seni Halus yang merupakan
nadi utama penggerak seni tampak tanah air. Peranan (FSSR), Universiti Teknologi
Mara (UiTM) dahulunya Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR), Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan sejak 34 tahun lalu (1967) membuktikan kecermerlangannya. Bukan
sekadar mengeluarkan sejumlah graduan yang menyumbangkan kepakaran dalam
pelbagai sektor pekerjaan, bahkan turut melahirkan ramai pelukis dan pereka
muda yang mengharumkan nama negara sampai ke peringkat antarabangsa.
Dalam pameran
‘Dinamika Tampak’ , sejumlah 28 karya berjaya dipamerkan olehg 18 pelukis muda
kelahiran Jabatan Seni Halus , UiTM
Perak . Mereka merupakan bakat-bakat muda yang berpotensi dan dianggap
perintis penting sempena dengan kedatangan alaf baru yang bakal mencetus idea
baru, memecah sempadan dan tembok seni yang yang cliche dan mundane.
Manusia tidak
pernah berhenti pada satu keadaan begitu juga perkembangan pemikiran , idea,
aliran dan falsafah. Tercipta suatu yang
baru ini bukanlah bermula dari tiada , tetapi ia sebenarnya diberi pembaharuan
dari yang lama yang lebih maju dan berteknologi tinggi. Walaupun masih terikat
dengan isme-isme dan konvensi dari seni akademi barat yang sukar untuk
dipisahkan namun mereka masih mempunyai jati diri . Secara umumnya karya yang
dipamerkan dalam pelbagai kaedah dan corak persembahan . Dari gaya etnik ,
realis, islamik ‘happening art’ , instalasi sehinggalah seni komputer dan seni
video.
Victor Gordon "House in Time" Campuran 2000 |
Seni Sebagai
Tuntutan Spiritual
Kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan seni sebagai komponen spiritual yang bertujuan magis. Kegiatan ini dapat dikesan dengan merujuk kepada aktiviti melakar di gua-gua batu sejak zaman pra-sejarah lagi. Berasal dari suku kaum Bidayuh Sarawak memberi satu inspirasi kepada Victor . Karya beliau “The Glory of Life” yang bersifat
regional atau kedaerahan cuba mengekspresi cara hidup budaya dan adat kaumnya
kepada karya seni . Karya beliau banyak menyelitkan ikon-ikon yang bersifat
setempat dalam masyarakatnya.
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan seni sebagai komponen spiritual yang bertujuan magis. Kegiatan ini dapat dikesan dengan merujuk kepada aktiviti melakar di gua-gua batu sejak zaman pra-sejarah lagi. Berasal dari suku kaum Bidayuh Sarawak memberi satu inspirasi kepada Victor . Karya beliau “The Glory of Life”
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dinamisme yang
mendorong kepada kesenian bermotivasikan Islam
juga disebabkan oleh faktor sosiologikal. Tidak dapat disangkal pelukis
kini sentiasa peka dengan cabaran sosio –budaya dan politik semasa. Pelukis-pelukis berperanan sebagai
angin perubahan yang gigih dalam membangunkan negara. Hasil karya mereka tidak
bersifat individualistik, subjek atau peribadi, sebaliknya karya-karya mereka
mendakapi keterlibatan sosial yang mendalam yang berfungsi sebagai perakam budaya.
Islam menjadi garis panduan serta sistem nilai
yang mengukur bentuk serta makna seni kontemporari Melayu. Pelukis Melayu peka
akan hal ini, justeru itu karya mereka sedapat mungkin tidak melewati
batas-batas agama dan kebudayaan , bahkan banyak yang berteraskan estetika seni
Islam. Dalam Dinamika Tampak , penghayat berpeluang mendekati konsep sedemikian
dalam karya Mahadi Muda, Nuramani Zainuddin, Siti Zamzarinah , Khalid Bin Musi
dan Suraya Hani.
Mahadi Muda "Carilah Ilmu" (Iqra Siri 59) Campuran 120 cm x 120 cm 2000 |
Pengamalan tentang pemakaian doa
dalam kehidupan muslim seharian menjadi konsep karya Nuramani Zainuddin . “Doa,
Cahaya dan Bayang” (Invocation Series) . Nina merujuk kepada kostum dan pakaian
sebagai metafora pelindung manusia daripada bahaya-bahaya negatif . Penggunaan
ayat Al-Quran sebagai satu bentuk persembahan kaligrafi kontemporari . Teknik
baru iaitu penggunaan bahan tanah yang tidak menjalani disiplin pembakaran dan
penerokaan terhadap seni fabrik jarang divisualkan ke dalam seni tampak kita.
Nuramani Zakaria " Doa, Chay dan Bayang" Campuran 2000 |
Siti Zam Zarinah “Keagungan Tuhan”
dan Suraya Hani “Paradok” (Siri Keanehan Mimpi) pula lebih tertarik dengan
gabungan unsur formalistik dan tumbuh-tumbuhan dalam menerapkan pengucapan
islamik mereka. Kesan penggunaan kerangka daun getah dalam karya Zam begitu
menarik apabila disatukan dengan prinsip
dan rekaan yang mencerminkan keadaan yang harmoni diantara manusia dan alam
semulajadi.
Siti Zam Zarina Miswan "Keagungan Tuhan 1" Campuran 91 cm x 61 cm 2000 |
Khalid Musi terpengaruh dengan
penggunaan barang perdagangan semasa. Beliau banyak dipengaruhi dengan seni
pop Barat yang di pelopori oleh Andy
Warhol. Apa yang menjadi isu beliau ialah tentang penggunaan barangan keperluan
semasa yang berada di pasaran yang tidak begitu islamik. Dalam “Roti” dan “Air
Mineral” cuba membangkitkan penggunaan semula tulisan jawi yng kini hampir
pupus penggunaannya dalam kehidupan kontemporari Malaysia. Khalid mengajak agar
kita menghidupkan semula tulisan ini dengan dimulakan dengan barangan makanan
harian kita.
Perhubungan
Antara seni dan Manusia
Manusia, masyarakat dan kebudayaan
merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ketiga-tiga aspek ini berkait
rapat dengan falsafah, tamadun dan idea. Penciptaan sesebuah karya seni tampak
tidak dapat diasingkan dari faktor–faktor tersebut. Perubahan citarasa yang
berlaku dalam masyarakat
akan menentukan nilai-nilai hidup, ia menerima
perubahan namun alam pemikiran dan proses mencipta sesuatu seringkali
dipengaruhi oleh masa lampau masyarakatnya. Bierans De Haan seorang ahli
sosiologis Belanda mengatakan unsur statis yang
berpasangan dengan unsur dinamis , barmaksud iaitu sesuatu yang ditokok
tambah kemudiannya .
Khairul Anuar Yusoff Smack Down Cat minyak 122 cm x 75 cm 2000 |
Seni Lukis lahir dari celah-celah
kehidupan masyarakat biasanya menampilkan elemen-elemen tertentu di dalam
sesebuah masyarakat tersebut , misalnya tentang sosio-budaya ataupun keagamaan.
Karya Khairul Anwar “Smack Down” dan Nadzliana “Happy My Family” membahaskan
isu semasa yang berada dalam masyarakat kita terutamanya kepaada kanak-kanak.
Khairul mengambil televisyen sebagai subjek dan aksi tidak balas daripada perlawanan
gusti atau ‘wrestling’ sebagai subjek komentar beliau. Beliau melihat pengaruh
aksi ganas di televisyen sebagai sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan
buruk kepada mental pembesaran kanak-kanak. Tidak hairanlah jika senario
keganasan atau kenakalan seperiti mencederakan dan membuli rakan di sekolah
dengan menggunakan alat yang merbahaya semakin menjadi-jadi.
Nadzliana Mat Darus "My Family" (Family Series) Besi dan Clay 2000 |
Karya Nizam “Semut Merah” mempunyai kecenderungan
menggunakan teks. Nizam menyoal manusia-manusia dalam masyarakatnya. Beliau
seolah-olah menyindir sesetengah golongan yang mementingkan diri dan menganggap
komuniti adalah sesuatu yang tidak penting. Bagi Nizam menggunakan perlambnagan
semut sebagai satu serangga biasa
dilihat hidup bekerjasama dan rajin berusaha menyarankan kita agar mencontohi
sikap tersebut.
Nizam Mohamed " Hidup Melayu" 184 cm x 152 cm Cat minyak 2000 |
Eruan pula berinspirasi dengan
tumbuh-tumbuhan , beliau mengkiaskan tumbuh-tumbuhan (taugeh) dengan kehidupan
kita sebagai manusia. Karya “Persaingan”
yang bersifat ‘art process’ ini boleh dikatakan cuba melarikan dari
bentuk-bentuk klise apabila menggunakan objek tumbuhan . Beliau mengingatkan
kita bahawa setiap kehidupan ada perlumbaan dan persaingan mencari sesuatu
kebaikan untuk survival, tetapi awas setiap persaingan mestilah kearah pembentukan
yang sihat. Karya ini seolah-olah cuba merkamkan putaran hidup manusia setiap
yang hidup mesti akan mati.
Eruan Adnan
" Persaingan"
Pelbagai dimensi
Campuran
2000
|
Pengalaman semasa bersekolah di tadika merupakan
pencetus idea karya Issarezal Ismail “ The Rules of the Playground” . Karya beliau
boleh disifatkan lebih mengutamakan fungsi sesebuah karya dalam menyampaikan
mesej. Beliau menolak penggunaan catan easel seolah-olah cuba berinteraksi
dengan audien agar mengeja seperti abjad yang sering kita lihat terpampang di
taman asuhan kanak-kanak.
Fazira Abdul Rahim mempamerkan
hasil penerokaan media baru catan iaitu dengan ‘computer print’ karyanya yang
berjudul “Housing & Urban” cuba menyampaikan permasalahan yang berlaku
dalam proses pembangunan iaitu penempatan haram atau setinggan di kawasan
bandar Malaysia.
Fazira Abdul Rahim "Housing and Urban" (Imigrasi) Campuran 120 cm x 130 cm 2000 |
Alam semulajadi dan kehidupan pula
menjadi tema kegemaran Shahril Azuwan “Red Old Leaf on Muddy Water” dan
Julianaasnizah Omar “Do You Drink Coffee” , karya realisme Ju diolah secara
baik ini cuba menolak konvensi fomat catan kanvas seperti imej segi dilihat
seperti rupa bangunan . Ju cuba mengupas permasalahan sosial yang beliau anggap
sebagai salah satu daripada pencemaran dalam komuniti harian kini. Karya mereka
ini menekankan penggunaan unsur warna , komposisi dan mood dalam catan.
Julianaaslizah Omar 'Do You Drink Coffee' Cat minyak 125 cm x 122 cm 2000 |
Pertembungan Antara Teknologi dan Seni.
Kepesatan dunia sains dan teknologi
yang pantas mewarnai kehidupan
kontemporari telah mencetuskan suatu bentuk medium dan penyampaian baru.
Kemunculan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak alternatif kepada pengkarya
seni konseptual . Video dan filem berkembang sebagai penyampai baru seni tampak
yang lebih hampir dan agak konseptual
Penampilan seni video yang
berbentuk ‘motion’’ yang dikenali sebagai seni video menjadi satu peralihan
baru terhadap orientasi teknologi. Seni video melihatkan ‘masa’ . Malah tidak
bersifat statik seperti catan, arca ataupun fotografi. Peralatan seperti monitor televisyen atau projektor
dan perakam video menjadi sebahagian dari orentasi objek seni. Karya Faizal Sidik dan Rahimi Deraman merupakan pemuka baru yang kian merintis kearah
itu
Kesinambungan imej tradisi
Nusantara yang mengajak kita kepada kesedaran penggunaannya kelihatan mula
tertampak dalam karya instalasi penuh humor
oleh Faizal “Voice Witout a Voice”: King Rawana as Mini Bus Driver”
dilihat bernada dan berkonsepkan wayang kulit. Mesej beliau tentang isu hak
bersuara dilakukan secara halus dan berjenaka. Beliau cuba mengolah penyatuan
media besi dalam bentuk arca digabungkan dengan teknologi video .Seolah-olah
cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang disalurkan melalui media ini
telah berjaya boleh mengusai dan menembusi pemikiran manusia dalam kehidupan ,
budaya, kepercayaan agama dan bangsa.
Bagi karya “Millennium Generation”
Rahimi mengungkapkan informasi yang bergerak tanpa had dan sempadan,
segala–galanya segera dan pantas . Disebabkan keinginan manusia berkehendakan
atau bertukar atau mengetahui maklumat dengan cepat amat tinggi sehingga merombak sistem sosial kita
yang semakin parah yang sedikit demi sedikit menghakis jati diri budaya
masyarakat.
Micheal McLuhan seorang ahli
sosiologi menganggap “The medium is the
massage” Bagi beliau setiap bahantara itu mempunyai atau memberi gaya
komunikasi sendiri melalui penstrukturan dan imbnagan deria.
Jika di lihat dan perkembangan seni
dan teknologi ini tidak langsung menjejaskan tatabahasa tampak. Perletakan
elemen formalistik seni dan konteks serta isinya tidak mengabaikan atau
mengetepikan elemen-elemen seperti garisan, rupa, bentuk , ruang dan sebagainya
termasulklah komponen lain seperti imbangan , harmoni , ulangan dan sebagainya.
Cuma teknik dan gaya pengucapana atau penyampaian sahaja yang berlainan.
Peralihan ke
Teknologi Komputer
Setelah berlakunya peralihan kepada
penggunaan teknologi komputer maka kepelbagaian media dapat diperagakan . Nam
Jum Paik salah seorang avant garde dalam seni video pernah menyebut “As collage
techniques replaced oil paint” Kini elektronik dikaitkan dengan komputer,
sememangnya hampir seluruh peralatan elektronik sekarang dicipta mempunyai
keupayaan pemprosesan seperti komputer. Ini berlaku dengan adanya mikrochip dan
mikroprocessor.
Pada dasarnya hanya generasi yang berorentasikan teknologi tinggi sahaja yang ghairah dan cenderung terhadap komputer dan keupayaannya. Kerancakan menghadapi alaf baru dan teknologi canggih menjadi label generasi akan datang iaitu generasi siber. Teknologi perkomputeran sudah menjadi satu bentuk globalisasi. Kita dapat melihat teknologi tinggi dengan transportasinya telah mula menggerakkan seni dalam bentuk pencapaian baru. Karya Rohizal Mat Arop dan Siti Rafeah Misron “Oh Tuan Presiden” telah mula menampakkan jalan kearah inisebagai pelukis muda mereka tidak gentar melakukan eksplorasi.
Pada dasarnya hanya generasi yang berorentasikan teknologi tinggi sahaja yang ghairah dan cenderung terhadap komputer dan keupayaannya. Kerancakan menghadapi alaf baru dan teknologi canggih menjadi label generasi akan datang iaitu generasi siber. Teknologi perkomputeran sudah menjadi satu bentuk globalisasi. Kita dapat melihat teknologi tinggi dengan transportasinya telah mula menggerakkan seni dalam bentuk pencapaian baru. Karya Rohizal Mat Arop dan Siti Rafeah Misron “Oh Tuan Presiden” telah mula menampakkan jalan kearah inisebagai pelukis muda mereka tidak gentar melakukan eksplorasi.
26 Mei – 22 Jun
2001 Pusat Seni Yayasan Kesenian Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan