Terjemahan oleh: Faizal Sidik (2003)
Joseph Tan (2000), essay catalog of “Young Contemporary 2000”, Published by National Art Gallery,Kuala Lumpur, pg 6
Penulisan ini adalah terjemahan daripada penulian esei Ketua Juri, Bakat Muda Sezaman 2000 Joseph Tan yang bertajuk " Young Contemporary 2000" diterbitkan oleh Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kemunculan Bakat
Muda Sezaman 2000 (BMS 2000) merupakan
petanda yang baik di alaf baru ini. Pertandingan ini adalah yang pertama
diadakan bagi pelukis muda di bangunan baru
setelah dua tahun pertandingan tidak diadakan.
Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah
memperkenalkan format baru pertandingan pada tahun ini. Perubahan format
berasaskan kepada kajian semula setelah dua puluh lima tahun pertandingan ini
diadakan yang diselaraskan oleh Puan Zanita Anuar. Hasil kajian ini telah
dipersembahkan melalui sebuah pameran bersama
dengan sebuah penerbitan, “Imbasan Bakat Muda Sezaman 1974-1997” yang
diadakan di Balai Seni Lukis Negara dari 20 Disember 1999 hingga 3 Mac 2000.
Keseluruhan, pertandinagan ini
tidak menggambarkan hasil karya yang terbaik pelukis muda seperti yang
diharapkan , mungkin kerana penyertaan yang kurang daripada peserta . Untuk
tahun ini , penyertaan karya catan dan karya dua dimensi adalah sedikit,
selainnya adalah karya instalasi dan multimedia . Panel hakim memilih 36 dari
84 pelukis ke peringkat akhir, dan hanya 27 pelukis sahaja yang menghantar
karya mereka . Pada semua pertandingan senilukis penyertaan adalah pelbagai,
daripada karya yang sangat cemerlang dan luar biasa kepada karya yang biasa
sahaja, malangnya di dalam pertandingan ini karya-karya yang dihasilkan
kebanyakkannya biasa sahaja dan segelintir sahaja yang cemerlang.
Pertandinagan
Bakat Muda Sezaman ini adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling
berprestij untuk pelukis muda. Kebanyakan pemenang lepas yang memenangi
pertandingan , sekarang ini merupakan mereka yang menerajui perkembangan seni
di negara dan di rantau. Di antara
pelukis tersebut adalah seperti Awang Damit Ahmad, Chang Fee Ming, Eng Hwee
Chu, Fauzan Omar, Jailani Abu Hassan, Wong Hoy Cheong dan Zulkifli Yusoff.
Pertandingan Bakat Muda ini tidak hanya bermakna memberikan pengiktirafan kepada pelukis,
tetapi juga menyediakan tempat untuk pelukis berkarya menerokai ide dan cara
terbaru, menguji tahap pengkaryaan yang sedia diterima, melepasi sempadan, memperlihatkan ketegasan diri individu dalam
keadaan yang bebas dan tidak terikat dengan desakan dan keperluan yang
seumpamanya , di sebuah institusi seni utama negara iaitu Balai Seni Lukis
Negara.
Didalam
Pertandingan ini, para hakim menghadapi
tugas yang berlainanan daripada biasa untuk melihat karya tanpa pembahagian
mengikut kategori seperti catan, multimedia , cetakan dan sebagainya , untuk melihat setiap satu
karya secara tersendiri dan tanpa pra-anggapan . Memetik kata Prof. Brenda
Fajardo dari University of Philippines, hakim yang di jemput dari negara ASEAN
untuk pertandingan ini menyatakan “menghakimi karya seni adalah lebih kepada
proses pembelajaran kreativiti, panel hakim yang dipilih perlu bersifat tidak
berat sebelah , tidak stereotaip dan bersifat terbuka kepada wacana di antara
pelukis melalui karyanya dan khalayak,...”
Peringkat pertama
penghakiman pertandingan ini adalah dengan melihat slaid hasil karya . Panel
hakim berpendapat adalah sangat penting untuk mematuhi syarat dan peraturan
untuk semua pertandinagan senilukis. Tujuh pernyataan terpaksa di tolak kerana lewat menghantar karya dan salah
satu daripadanya adalah pemenang lepas yang memenangi hadiah utama!. Seperti yang dimaklumkan , pemilihan karya
dan penyenaraian peserata keperingkat akhir akan dilakukann melalui slaid dan
tidak dengan melihat gambar foto. Setiap peserta mestilah menyertakan minima
5 slaid karya mereka hasilkan dua
tahun yang lepas dan bukannya satu karya
dengan lima sudut pandangan yang
berbeza. Slaid tersebut mestilah berkualiti , lengkap dengan penerangan
berikut; tajuk karya, bahan, ukuran dan
tahun karya dibuat. Ini amat penting kerana dari sini, panel hakim akan dapat
menilai dan mengikut perkembangan selama ini . Kualiti slaid yang kurang baik
tidak dapat dinilai dengan sebaiknya.
Walaupun secara
keseluruhannya pertandingan ini tidak mencapai tahap sasarannya bagi
menggambarkan karya yang terbaik untuk negara, namun karya-karya yang terpilih
untuk pameran ini ada menggambarkan perkembangan yang baru dan menarik di
kalangan pelukis muda. Sungguhpun demikian beberapa catan dan karya dua dimensi
tidak diselesaikan dengan baik, para hakim dapat memerhatikan usaha-usaha
eksperimental terhadap media baru dan pengolahan ide melalui pendekatan baru.
Mohd Sabri adalah
seorang pelukis muda yang mempamerkan hasil penerokaan media baru dalam catan
dengan membuat penyatuan media akrilik , lilin, kaca gentian, sampang dan zink
dalam catannya . Karya yang berjudul “Pollinate” juga memperlihatkan imej
“ukiran” seakan terapung pada permukaan zink dan berpotensi tinggi bagi
penerokaan media seterusnya.
Alam semulajadi
dan kehidupan menjadi tema kegemaran Khoo Boon Want selama ini. Karya terbaru
beliau adalah “Heaven and Earth” yang kelihatan sangat menarik , warnanya lebih
terang dan memberangsangkan dengan saiz karya yang lebih besar dan mencabar.
Walaupun begitu metamorfosis dalam karya ini agak mendadak dan tidak sesuai
dengan sensetiviti subjek yang ditampilkan.
Wong Woan Lee,
pelukis karya “Someone forgoten-my reflection in the miror” lagi sekali
menghasilkan sebuah karya yang ulung dan bagus tetapi tidak banyak perubahan
dalam subjek utama dan maksud daripada yang terdahulu. Wong Woan Lee harus
memikirkan ide baru dalam menghasilkan karya yang bertemakan isu warga tua.
Para peserta yang
menghasilkan karya seni multimedia dan instalasi pada umumnya kurang kefahaman
tentang bagaimana untuk mengintegrasikan media tersebut . Kerapkali pelukis
tidak memahami bagaimana memanfaatkan ruang ( had maksima pertandingan 3m x3m
x3m) dan menyebabkan karya kelihatan terlalu sarat dengan bebanan maklumat .
Karya “Bell” oleh
Hishamuddin bin Ahmad kelihatan terus terang dalam menyampaikan pesanan, tetapi
beliau tidak perlu menambahkan ilustrasi pada bahagian penting loceng penggera
kebakaran . Karya Ooi Kooi Hin yang berjudul “A Perfect Tomorrow” adalah karya
yang begitu juga. Beliau tidak perlu membuat rujukan kepada lif sebagai pembayang maksud bagi ciri-ciri
seperti kesunyian , pengasingan dan keruntuhan sosial. Beliau sepatutnya
membenarkan sahaja pelawat meneliti struktur ‘strofoam’ supaya mereka boleh
menghayati karya dengan tahap terjemahan yang pelbagai . Shia Yih Ying dan Wong
Pei Yu juga telah berusaha gigih untuk menyatukan catan/lukisan ke dalam
instalasi , namun karya-karya mereka yang berpotensi itu masih kelihatan tidak
berkesudahan.
Apabila seseorang
pelukis menggunakan media video dalam sesuatu instalasi , perlu dimaklumkan
bahawa dua bahan –mesin dan karya – perlu bersatu dengan harmoni dengan
mengimbangkan penggunaan ruang dan gubahan . Dalam karya “ Untuk kita Renungkan
“ oleh Azman Ismail, beliau tidak begitu
berjaya dalam mengatur seiring bahan komunikasi tradisional seperti tulisan, cetakan, dan stensil bersesama
dengan hahan komunikasi digital seperti mana yang di kehendaki . Karya Tham
Chee Choong berjudul “ 7 Hours Journey From Kuching: Geographical Boundaries “
merupakan karya multimedia yang mengalami bebanaan maklumat. Setiap dari tiga
komponen –catan , kiub interaktif dan video –masing-masing mempunyai kekuatan
sendiri .Ini merupakan contoh karya dimana sedikit lebih membawa makna.
Panggilan
nusantara yang menyeru kepada kesedaran dan interaksi para artis antara budaya
di rantau ASEAN sejak tahu 70an kini kelihtan mula terterap dalam karya
instalasi penuh satira oleh Faizal Sidik “ Voice Without a Sound: King Rawana
as the Desperado” yang bermain dengan konsep wayang, memperlihatkan bayangan
Heri Dono. Komentar beliau berkenaan isu hak bersuara dilakukan secara halus
dan berjenaka membuat pemerhati tertarik untuk melihat lebih ramai lagi
“figura” bagi melengkapkan bulatan untuk persembahan yang baik.
Professor Fajardo
menyatakan, “semangat Mootien Boonma terus diabadikan” dalam
“A Perfect of Tomorrow” sementara karya Wong Yen Lee berjudul “ Food For
Though” pula mirip kepada ide Delatang Pihoy berjudul “Yes! The Filipino Can”
oleh 100 artis . Memang tidak dinafikan bahawa interaksi dan kesedaran serantau
amatlah digalakkan , tetapi seseorang artis juga perlu melalui perubahan
evolusi ide pengkaryaan .
Panel hakim
sebulat suara menganugerahkan Anugerah Perdana kepada Bibi Chew Chan Bee bagi
karya beliau yang berjudul “ Fragile-Handle with Care”. Instalasi Bibi ini
ternyata sekali diolah dengan penuh teliti dari segi konsep sehingga kepada
penggunaan bahan dan gubahan . Karya beliau yang menggunakan perumpamaan
kepelbagaian ideniti Malaysai melalui kepelbagaian jenis tanah dari
daerah-daerah sekeliling Malaysia merupakan kaedah beliau yang ingin menyatakan
bahwa kita semua adalah sama yang membezakan adalah hasil pelazimana dan faktor
fizikal , budaya , agama, sosial dan ekonomi masing-masing. Karya ini merupakan
sebuah karya interaktif dimana para pengunjung dijemput memegang botol dan
menapak tanpa berkasut , melalui lorong kecil berlandaskan tanah yang telah
dicampurkan dari contoh tanah daerah-daerah yang disebutkan pada lebel botol.
Ide beliau diserlahkan lagi dengan tersedianya skrin perspeks yang memperlihatkan bayang rak-rak botol bayang rak-rak botol tersebut yang dengan
tersendirinya mirip kepada persembahan wayang kulit.
Hadiah juri telah dimenangi oleh Aznan Omar, Voon Poh Yin
dan Mohd Saharuddin Supar.
Karya “New Born”
oleh Aznan Omar adalah suatu arca logam yang dililhamkan oleh kelahiran anak
kedua beliau . Subjek yang dipilih merujuk kepada sebuah buaian- yang luas
digunakan oleh pelbagai kaum Malaysia, dan biasanya dibuat dengan menggunakan
sarong. Aznan menggunakan metafora buaian bagi mengingatkan kita tentang
persediaan dan kelengkapan diri dan nilai adat , seni, dan budaya kita dalam
menghadapi perubahan.
Voon Poh Yin pula
berjaya mengolah karya menarik berjudul ” Imagination of Boxes 1,11,111” yang
merakamkan keseronokannya menghasilkan struktur kiub melalui proses ulangan.
Dengan jujur dan bersahaja sekali beliau meneruskan penerokaan garis dan
struktur bagi membuat satu karya yang sensetif , dan menarik. Beverly Yong
mengupamakan usahanya sebagai ”mengibarkan bendera untuk seni dengan penuh
kejujuran demi cinta terhadap penciptannya”.
Mohd Saharuddin
Supar mewakili generasi pelukis baru yang cenderung kepada pemikiran saintifik
“Thirteen over Infinity (13/00) Sungai
Gombak” adalah kenyataan beliau tentang masalah pencemaran alam . Karya beliau
berdasarkan penyelidikan dan berupa sebuah dialog antara seni dan sains . Ia
kelihatan amat jelas dan berterus terang tentang keadaan ekologi dan alam
sekitar. Beliau juga mereka dan menggunakan kotak tempat simpanan bekas contoh
air sungai tersebut sebagai pelantar pameran bahan. Persembahannya juga
menjemput para penngunjung supaya mengambil botol contoh air dan
menggongcangkan botol bagi melihat warna air sebenar. Geraklaku ini seakan ini
seakan menghampirkan pengunjung kepada karya dan secara terus melibatkan
pengunjung ke dalam ekspedisi penerokaan Sungai Gombak yang unik ini.
Jelas sekali
kelihatan dalam pameran ini bahawa pelukis muda semakin menjauhi media lama
atau tradisi dan terus mendampingi dan bereksperimen denga media dan teknik
persembahan yang baru. Para pengunjung di jemput uintuk turut menyertai dan
menghayati karya secara aktif.
Penglibatan sebagini akhirnya akan menggalakakan para pengunjung untuk berfikir
dan menyoal lebih mendalam tentang sesebuah karya.
Karya Yap Sau Bin
yang berjudul “Youthful Contention Not (
) to Detach from Parental Eclipse” adalah contoh unggul karya yang
melibatkan pengunjung berdialog dan karya ini bertepatan dengan naluri pelukis
ini yang sering terpanggil untuk berdialog tentang seni visual, dimana kali ini
dibuat melalui pertandingan bertemakan
isu pengkaryaan dan institusi seni. ‘kiub putih’ yang dibuat oleh pelukis ini
disertakan jubin dinding luar Balai Seni Lukis Negara yang ‘dirawati’ melalui
penggunaan jarum akupuntur dalam suatu proses yang diberikan nama olehnya
sebagai ‘structuremancy’ . Menurut pelukis ini , kita sama–sama perlu membuat penilaian dan’rawatan’ bagi memperbaiki
situasi perkembangan seni tanahair . Kami mengharapkan kembalinya Pertandingan
Bakat Muda Sezaman dengan tersendirinya
dapat memberikan mandat untuk pelukis muda bersuara sebagai proses ‘perawatan’
demi perkembang seni tampak Malaysia.
THE YOUNG CONTEMPORARY 2000 (English Version)
Joseph Tan, essay catalog of “Young Contemporary 2000”, published by
National Art Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia.
The return of “ Young
Contemporaries Competition (YCC), the
National Art Gallery (NAG) introduces a new format. This new format is based on
a review of the program over its 25 years conducted by Puan Zanita Anuar . The
findings of this review were presented in the form of an exhibition together
with a publication, “Young Contemporaries in Review1974-1997” held at the NAG
from the 20th December to 3rd March 2000.
Overall, this competition
does not reflect the best of our young emerging artists, largely because a poor
showing of participants. In this year’s entries, painting and two dimensional
works are a minority, while the rest are dominated by installation and
multimedia works. The panel of judges selected 36 artists submitted their
works. As in all art competitions entries can be very mixed, ranging from
excellent and exceptional to mediocre or average, unfortunately in this
particular competition, they are more average than exceptional.
The Young Contemporaries
is still the most prestigious national art competition for our young artists.
Many of the past winners of this competition are now the leading mid-career
artists of our country and the region. Among this group of leading artists are
Awang Damit Ahamd, Chang Fee Ming, Eng Hwee Chu, Fauzan Omar, Jailani Abu
Hassan, Wong Hoy Cheong and Zulkifki Yusoff. The Young Contemporaries is not
just a means to recognition and acceptance for artists, it is also a venue
provided by the premier art institution of the country for artists to explore
new ideas in new ways, to test the limits of conventions, breaking boundaries,
asserting his/her individuality in arena free from the usual demands and
requirements.
In the YCC, the judges are confronted with the task of
looking at the artworks without a usual compartmentalization into categories
like painting, multimedia, print-making, etc, and look at each art work
independent of pre-conception. To quote Prof Brenda V Fajardo of the University
of Philippines, the ASEAN for this competition
“ ……..judging works of art is very much creative learning experience,
for those who are asked to judge need to have a non-biased, non-stereotyped
basis, an openness to the discourse between the artist through the artwork and
the viewer,…”. The first stage of judges felt it extremely important to point
out the following shortcomings. Rules
and regulation for any art competition must be strictly adhered to at all
times. 7 entries were rejected because of late submission and to make matter
worse, one of the rejected entries was from a past major Award winner! As
stated , selection and short-listing of participants will be through the
viewing of a slides and not photographs. The participants must submit a minimum
of 5 slides at his/her artworks executed over the last year and not one artwork
taken from five quality complete with the following information :-title of
artwork, media, size and year of execution . This is extremely important
because it is the only means for the judges to follow the
development/involvement of the artist over the years. Poor quality slide do not
do justice to the artworks and make it impossible for the judges to formulate a
fair assessment.
Whilst the overall
standard for this competition may not reflected the very best from the country , the works selected foe exhibition do reflect
new and exciting developments amongst some of our young emerging artist s.
Although the few paintings and 2-dimensional works are generally un resolved,
one can sense that the artists are experimenting with new media , trying out
new approaches and ideas.
Mohd Sabri is a young
artists who is consistently trying to
break new ground in experimenting with various media- acrylic, wax, fiberglass,
lacquer and zinc-in his painting . In his painting “Pollinate” there are
passages where one can sense the coming
together of the various techniques used. The “ukiran” image that he uses seem
to float translucently on the zinc surface- the potential for further
investigation and experimentation is definitely there.
“Nature” and “life” has
always been the theme for Khoo Boon Want’s painting. His recent painting in the
“ Heaven and Earth” series are very visually exciting, the colors are much
richer, brighter here than in previous works. The size of these new painting
are very much bigger and more
challenging. However , the interpretation of ecological change (the
metamorphosis of tree trunk into a man–made form) in this particular painting
is much too abrupt, not doing justice to its subject.
Wong Woan Lee’s “Someone
Forgotten”-my reflection in mirror” is
again another technically accomplished and competent painting, but without much
discernable change in subject matter and content from previous work. Woan Lee
stops short of coming up with “fresh ideas” in expressing the plight of growing
old.
The multimedia and
installation works generally fell shorts
of an understanding of how to use their various
media in a cohesive way. Very often,
artists did not properly address the problem of space (the 3cm x 3cm x
cm constraint) and this resulted in overloading, dissonance and fragmentation.
In many cases, the over loading of information rendered works extremely banal
and full of clichés, depriving the viewer of the opportunity to react to and
interpret the art works according to his /her experience.
The “ Bell” by
Hishamuddin bin Ahmad is an extremely powerful statement on it’s own –direct
and straight to the point. The illustrations are really quite unnecessary
because they destroy the simplicity and directness of the work. To certain
degree, Ooi Kooi Hin’s “ A Perfect
Tomorrow “ suffers from the same fate. To introduce “ the lift” as a metaphor
for loneliness, alienation, coldness and the breaking down of social structures
is too banal. Allowing the viewers to react to the Styrofoam structure would
have opened an infinite level of interpretations-even Styrofoam as medium in
itself ! Shia Yi Ying and Wong Pei Yu both made commendable attempts to
integrate and assimilate narrative painting/drawing into their installation.
Although they are extremely evocative
and full of possibilities, these works are mainly unresolved.
Understanding the
physical space and its manipulation is also a must when using video as a
medium. The integration of the two elements – machines and the artworks-must
come togethern as a harmonious whole, both in term of space activation and
composition. In “Untuk Kita Renungkan” by Azman Ismail, the juxtaposition of
the digital and conventional /traditional modes of communication , i.e.
printing, writing, stenciling etc, is awkward and jarring in this given
situation. Tham Chee Choong’s “ 7 Hours Journey From Kuching: Geographical
Boundaries” multimedia work s simply a case over loading. Each of the three
different components – painting interactive cubes in boxes and the video – has its own strength and itself
offers a complete statement. This is case where less would definitely have been
more.
The cry for more
cross-cultural interaction amongst artist in the ASEAN region in the seventies is now beginning to take root. In “ Voice Without A
Sound : King Rawana as The Desperado” we can see inspiration of Heri Dono’s use of wayang. Muhd Faizal Sidik ‘s comment and
satire on our freedom of speech is extremely
light-hearted and subtle but one keeps wanting to see more “figures” to
complete the circle and better presentation.
As Professor Fajardo
said, “The spirit of Montien Booma lives on” in “A Perfect Tomorrow”. However,
Wong Yen Lee’s “Food For Thought” is a little too reminiscent of Delatang
Pihoy’s : Yes The Filipino and awareness about the development of art in our
also expect transformation and evolution of ideas along the way.
The judges were unanimous
in awarding Bibi Chew Chan Bee the major Award for her installation work “Fragile-Handle with care……..” This
installation by Bibi Chew is an extremely
well thought-out work. This work is very precise, well-composed both in term of
usage of materials and execution. This
installation deals with the issues of identity within the Malaysian
context. Bibi’s contention is that we are
basically all the same but our sense of identity is the result of
conditioning and the direct influence of the following :-the physical
environment that we are in , our social / economic conditions, our religious
and cultural up-bringing etc. The sand and the soil collected from different
sites in Malaysia were originally without any form but when poured into the
glass containers they acquire the inherent shapes/forms of the receptacles.
This is an interactive work where viewers are invited to hold and study the
different bottle closely and at the same time to feel the tactile qualities of
the sand and soil with their bare feet. The shadow cast by the bottles on
opaque Perspex are very sensual, reminiscent of the “ wayang kulit”, allowing a
further interpretative layer.
The following three artists were awarded the JUROR’S Award
– Aznan Bin Omar, Voon Poh Yin and Mohd Saharuddin Supar.
“New Born” by Aznan bin
Omar is a free standing metal sculpture
inspired by the birth of his second child. The subject matter for his this
sculpture is derived from a “Buaian” – a cradle made out of a “sarong” widely use by all the ethnic
group in Malaysia. Aznan uses the “Buaian” as a metaphor to symbolize birth in
the new millennium. He comments on modernization and change in our new world of
computer and electronic media and how these changes affect our values.
Therefore it is important that our costumes, culture and values in art be given a new breath in keeping with
the new development and changes.
In “Imagination of Boxes
1,11,111” by Voon Poh Yin one can sense her joy of making things. Taking a cube
as a unit structure and through the
process of repetition, Poh Yin discover and invents new relationships, creating
an extremely subtle, sensitive and beautiful piece of work. Beverly Yong akin
her work to “holding the flag for ‘art’ in all its sincerity and love of the
act of creation”,
Mohd Saharuddin Supar
belong s to anew breed of sciences-based artists. “Thirteen over Infinity
(13/00) Sungai Gombak” is a statement on water and its pollutants . The
scientific research-based work is a dialogue between science and art. It is
very stark and direct statement on the environment and ecology. Mohd Saharuddin
has designed a display stand which also serves as a container for storing his
exhibits and to shake them. This interactive action transport the viewer
directly into the work itself – participating in the experiment and partaking
in the expedition.
Looking at the exhibits
on display one become totally aware that our young artists are moving away from
traditional materials and are experimenting more with contemporary image, media
and techniques. The viewer are more likely to be “active” than “passive”,
directly or indirectly be part an parcel of the viewer to think and question.
Yap Sau Bin’s “Youthful
Contention Not ( ) to Detach from
Parental Eclipse” epitomises this call for dialogue, and acts , in character
with the artist’s practice, as a comment from within on the competition and the
institution. The ‘white cube’
constructed by the artist, and partly inspired by the tiles of the National Art Gallery is punctuated by
‘structuremancy’ needle. It is a questioning of
the role of the institutional space and the place of art, with a strong
local reference. To this artist at least , the way we look at art and use it is a need of some sort of cure. We hope
that, in its own way, the return of the Young Contemporaries Competition will
help begin the process of healing by giving voice to the young emerging Malaysian
artist of today.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan