Susunan oleh: Faizal Sidik
Esei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (Zabas) dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Malaysia yang telah diadakan di Balai Seni Visual Negara pada 2010.
Pertamanya kita akan mengenali serba sedikit sepintas lalu unsur-unsur rekabentuk atau design, dalam setiap karya seni memang ada bentuk yang direka, dalam setiap karya seni ada tanda-tanda yang memberitahu kepada kita bahawa si pelukis atau si pencipta itu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan karya itu dan penghasilan karya itu seterusnya menampakkan rekabentuknya atau design. Kita akan melihat apakah yang merupakan unsur-unsur atau ciri-ciri rekabentuk di dalam seni. Keduanya yang perlu kita lihat secara ringkas supaya kita lebih faham sejarah seni dan kebudayaan yang lazimnya memberitahu kita ada zamannya iaitu zaman keseniannya dan kemudian ada pergerakannya. Jadi kita mahu melihat apakah perbezaannya antara zaman kesenian dan pergerakan seni dalam bahasa Inggerisnya dikatakan sebagai periods in artdan pergerakan adalah movement. Jadi kita ingin tahu apakah perbezaan antara periods dan movements.
Reka bentuk sebenarnya adalah susunan unsur-unsur visual atau tampak di dalam karya seni, kita boleh mengenalpasti unsur-unsur dalam reka bentuk ini dalam karya yang kita lihat. Corak atau pattern dalam bahasa Inggeris merupakan satu unsur reka bentuk dalam seni. Ianya merupakan satu unsur yang utama dalam seni tampak dan malah lebih daripada itu selain dalam muzik dan tarian sebab corak atau pattern ini adalah merupakan unsur utama. Umpamanya dalam sesebuah lagu kita akan melihat susunan nota, dalam tarian kita akan melihat corak pergerakan tari. Jadi dalam lukisan kita akan lihat corak, warna, garisan, bentuk , cahaya dan bayang-bayang. Istilah-istilah ini kadangkala mempunyai juga istilah yang berlainan jika diterjemah dalam bahasa Inggeris. Kita faham apa itu warna, garisan, bentuk kemudian cahaya dan bayang-bayang. Apakah pernanan corak itu dalam karya seni?
Peranan corak dalam lukisan ialah ia memberi kesamaan dan kepaduan kepada karya itu, ia memberi sifat konsistensi, kesamaan dan juga kepaduan iaitu unitydalam karya seni, jika tidak karya seni itu akan dilihat akan berterabur kerana tiada susunan dan tiada arahan. Corak yang ditentukan oleh pelukis akan memberi persamaan dan menyatupadukan semua jenis benda dalam karya seni. Umpamanya mengabungkan corak-corak bunga dengan corak geometri kadangkala merumitkan kerana ianya tidak secocok. Jadi susunan corak, warna, bentuk, garisan perlu mengambil kira kesamaannya dan keharmoniannya. Anda mungkin mengetahui jika kita hendak memakai baju kita kebanyakannya memikirkan juga walaupun tidak sedar mencari corak yang berharmoni dan mencari corak yang tidak menyusahkan mata kita.
Dalam mengatakan bahawa seseorang artis memilih atau menyusun unsur atau bentuk-bentuk supaya berharmoni dan sama dan bersatu padu, dalam mengatakan hal itu kita, artis juga boleh mengambil dua benda atau dua jenis corak yang berlainan dan berbeza. Ada beberapa sebabnya mungkin disini artis ingin memperlihatkan ‘perkara kedua’, apabila dua corak yang berlawanan digunakan maka kita jelaslah berhadapan dengan keinginan pelukis untuk mempergunakan unsur kontras dalam dua seni yang berlainan.Dalam seni juga ianya harus digunakan dan tidak semestinya berharmoni dan sama. Sebelum saya terangkan sedikit tentang kontras kita harus memikirkan tentang corak sekali lagi. Kadangkala corak dalam seni lukis, corak dalam seni visual senang kita kenali seperti dalam kertas dinding atau wall paperyang orang gunakan untuk menampal dinding dimana coraknya biasanya adalah secara berurutan, perulangan, tetapi ada juga corak yang lebih kompleks dan lebih rumit, umpamanya jika kita ambil contoh corak dalam muzik, muzik pop umpamanya ada kata-kata korus begitu mudah seperti kebanyakan lagu biasa, tetapi jika kita beralih mendengar dan melihat nota muzik klasik atau jazz kita lihat bahawa coraknya agak lebih kompleks bukan mudah seperti lagu-lagu pop, dalam hal inilah kita akan mengetepikannya keran kita tidak berupaya untuk menghayatinya. Tetapi jika diteliti secara mendalam ia nyata mempunyai corak, setiap korus mempunyai corak dan susunannya. Susunannaya yang sengaja dilakukan khususnya susunan dalam zaman sekarang iaitu zaman moden, kebanyakan pelukis,pemuzik dan penari ingin menghasilkan kesenian yang agak original tidak mengulang-ulang terhadap apa yang telah dilakukan oleh orang lain. Sebab itulah bidang yang akan memperlihatkan unsur-unsur original yang utama adalah dalam bidang muzik seperti klasikal dan jazz, ada juga ahli muzik atau penyanyi pop yang ingin memperlihatkan lagu atau senikata yang lebih kompleks dan kadangkala ianya tidak diterima oleh masyarakat kerana masyarakat kurang canggih dan kurang berminat untuk melihat corak-corak yang terlalu kompleks. Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah corak itu ada yang mudah dan adanya yang lebih rumit corak dalam seni mesti ada .
Salah satu lagi unsur dalam reka bentuk adalah rentak atau rhtym, seni lukis sama juga seperti seni muzk mempunyai unsur rentak. Walaupun rentak dalam seni lukis itu bukan sebagaimana yang kita faham dalam muzik yang kadangkala kita dengar dengan mengikut tempo, menepuk tangan atau menghentak kaki dalam seni lukis rentaknya bukanlah begitu . Rentak dalam seni lukis adalah rentak tampak, rentak visual yang membuatkan mata kita melompat-lompat dalam melihat karya itu seperti dari warna ke warna dan dari tompok ke tompok, dari cahaya ke gelapan dari garis lurus ke garisan tidak begitu lurus. Bagaimana mata kita melompat melihat karya itu keseluruhannya, karya yang baik dan karya yang jelas akan membiarkan mata kita melompat mengikut rentak, rentaknya adalah rentak tampak bukan rentak seperti muzik. Tanpa rentak ini karya itu akan menjadi terlalu statik, begitu stabil dan membosankan, rentaklah yang membuat sesebuah karya itu menarik perhatian kita. Sama juga dalam muzik jika tiada rentak apa yang kita akan dengar, mendatar sahaja dan membosankan. Rentaklah yang akan membuat kita melihat keseluruhan karya itu, tidak akan tertumpu kepada sebahagian karya, pelukis membuatkan rentak itu dan menjemput kita untuk mengesan rentak itu.
Unsur reka bentuk satu lagi yang kita boleh temui dalam karya seni lukis ialah imbangan atau balance. Setiap bahagian dalam karya seni itu mempunyai keberatan tampak atau keberatan visual, apa yang dimaksudkan dengan keberatan ini adalah keberatan yang boleh dirasai oleh pemerhati, kadangkala kita guna lukisan ini berat sebelah dimana disini pelukis tidak mempertimbangkan perkara imbangan dengan sejelas-jelasnya dan sebaik-baiknya. Imbangan adalah sesuatu yang digunakan oleh pelukis untuk menyebarkan keberatan itu dalam keseluruhan karya. Kalau keberatannya berat sebelah adakah ianya disengajakan oleh pelukis sebab ianya juga berkaitan dengan suatu lagi unsur yang akan saya nyatakan kemudian. Jadi tujuan artis menyebarkan dan menyusunkan keberatan ialah untuk memberi imbangan kepada karya supaya ianya stabil, kena dengan kehendak-kehandak lukisan itu seperti kehendak corak dan kehendak rentak.
Sebagai contoh yang paling mudah kebanyakan karya seni jika kita diperhatikan kepada dua bahagian samada kiri kanan dan atas bawah, segala apa yang berada di sebelah kiri mempunyai lawannya sebelah kanan. Setiap apa yang berada di bahagian atas akan ada lawannya disebelah bawah, kalau ia tidak ada mesti ada sebab lain mengapa berlaku demikain. Kalau umpamanya sebuah karya itu mempunyai dua figura manusia lazimnya figura ini akan diletakkan satu disebelah kiri dan satu disebelah kanan, ada juga karya seni yang meletakkan kedua-duanya disebelah kiri dan kita akan merasakan berat sebelah tetapi kita tidak merasakan berat sebab mungkin pelukis meletakkan sesuatu yang lain disebelah kanan. Kalau duafigura itu diletakkan disebelah kiri maka ruang disebelah kanan itu diperluaskan lagi supaya ia mengimbangkan kedua-dua belah kiri itu. Jadi ada benda yang digunakan untuk mengimbangkan supaya kalau terlalu banyak penekanan cerita pada belah kiri maka sebelah kanan itu diperluaskan lagi ruangnya dengan kekosongan, lebih besar kekosongannya lagi kuat ianya mengimbangkan lukisan itu. Ini adalah sesuatu yang hanya boleh kita fahami dengan banyak kita memerhati dan melihat seni, sama juga yang manghasilkan karya seni pertama kali melukis karya seni ia tidak mungkin membuatkan kita begitu sensitif, jika setelah lama kita berkecimpung dalam penghasilan seni kita akan sedar akan hal ini.
Dalam sejarah seni benda atau imbangan yang sama maksudnya sama banyak pada sebelah kiri dan kanan, kedua-dua bahagian mempunyai persamaan ini difahamkan dengan istilah simetri. Karya yang bersimetri atau karya yang benar-benar imbang, lazimnya karya dalam sejarah seni merupakan karya yang berunsur keagamaan, sekurang-kurangnya dalam kesenian Islam, Kristian Klasik, Hindu dan Buddhisme mempunyai unsur-unsur simetrikal iaitu bersimetri penuh harmoni. Imbangnya simetri di kiri dan kanan ada jawapannya, di bawah ada jawapannya jadi ia tidak berkecekamuk, tidak begitu eksperimantal, tidak begitu mencari percubaan untuk merevolusikan.
Berbalik kita kepada kontras yang saya sebutkan tadi, kadangkala karya yang benar-benar seimbang, karyayang benar-benar terimbang dan karyayang benar-benar bersimetri kadangkala membosankan sebab terlalu keras tidak mempunyai keanjalan atau fleksibel. Jadi kadang-kadang pelukis ingin mengubah sedikit untuk memberi keanehan dan menarik perhatian kita. Karya yang diimbangkan itu kadangkala ia diberi kontras untuk menganggu sedikit imbangannya. Kontras juga menarik perhatian kita, mencabar kita dan ia merupakan sesuatu yang mengejutkan kita. Karya seni ini bukan suatu yang mengikut formula-formula tertentu sahaja, kadangkala pelukis memutarbelitkan sedikit, seperti yang kita sedar dalam muzik, pemuzik cuba mengubah sedikit demi sedikit bunyian, sama juga dalam seni lukis jadi salah satunya adalah untuk menghasilkan kontras dalam corak-corak dan rentak dalam imbangan yang ada.
Kalau ada sesuatu pada suatu bahagian karya seni itu yang dilihat lebih penting pada bahagian-bahagian yang lain maka kita akan mengatakan pelukis itu inginkan mementingkan sesuatu,Perihal ini kita sebut beliau ingin memberi fokus, penekanan atau pemusatan, dan ini boleh dilakukan samada menerusi memberi keistimewaan pada bahagian itu dengan menyatakan atau memberi warna yang lebih menarik, lebih kuat, lebih berkontras ataupun dengan meletakkan bentuk-bentuk utama disitu seperti figura manusia. Kadangkala lazimnya penekanan atau fokus atau pusat karya seni itu adalah ditengah-tengah karya itu tetapi perkara ini tidak semestinya, paling mudah adalah meletakkan ditengah-tengah. Kita tengok karya terus kepada ditengah-tengah lukisan itu, ada juga yang meletakkan di tepi jadi untuk menarik perhatian kita, banyak unsur-unsur pencorakan yang dilakukan oleh pelukis supayakita tidak melihat di tengah sebab penekannya adalah di tepi jadi ada caranya samada memberatkan dengan meletakkan banyak hal disitu supaya kita tahu dimana fokusnya .
Kadangkala fokus itu atau cara pelukis menarik perhatian kita tidak ada kaitan dengan warna, susunan ataupun reka letak, kontras dari segi bentuk tetapi dari segi maknanya yang menarik perhatian manusia umpamanya ada sebuah lukisan Eropah pada zaman Impressionisme, zaman Realisma pelukis melukis figura-figura lelaki yang lengkap memakai topi tetapi tidak menarik perhatian apabila pelukis itu meletak ditengah-tengah itu ditepi atau di hujung seorang perempuan bogel maka ia menjadi fokusnya jadi pemerhatian kita tertarik bukan dari segi warna atau apa tetapi dari segi kebogelan yang berkontras dengan lelaki yang berpakaian. Dalam lukisan-lukisan tempatan ada cara demikian dilakukan, ini kadang kala dilakukan dengan mempertimbangkan kebudayaan masyarakat yang memerhatikan karya itu. Dalam sebuah karya moden seorang pelukis Malaysia ini dalam suasana biasa itu diletak bentuk haiwan khinzir umpamanya ini jelas mengambil pemerhatian pemerhati kerana ini merupakan sesuatu yang luar biasa dikalangan pelukis Islam atau pelukis Melayu. Perkara-perkara ini dilakukan untuk memberi kontras tidak semestinya dari segi warna corak, imbangan misalnya.
Unsur mengejutkan merupakan unsur utama dalam seni lukis moden, jika anda melihat dalam koleksi Balai (Balai Seni Visual Negara) anda akan mendapati perkara ini, ramai pelukis yang mengemukakan unsur pengejutan ini seolah-oleh mengacau apa yang biasa. Jelaslah dalam memikirkan reka bentuk maksud saya dalam memikirkan unsur reka bentuk dari segi corak, imbangan, kontras atau pun fokus. Jelaslah dalam memikirkan hal ini sebenarnya kita mencari makna, dalam perkara itu, kita ingin mengetahui apakah perkara yang sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pelukis itu, atau apakah yang boleh kita dapati dari segi warna walaupun ianya tidak diinginkan oleh pelukis.
Makna dalam karya seni boleh dilihat dalam pelbagai bentuk tetapi yang paling utama adalah dalam bentuk cerita, dalam bentuk kisah ada karya itu atau dalam bentuk idea yang dikemukakan. Ada cara-cara lain yang memberi makna tetapi makna juga berkaitan dengan minat kita dan latar belakang masyarakat ataupun kedudukan dalam budaya. Apabila sesebuah karya seni itu memberi sebuah cerita ataupun memberi sebuah kisah maka kita katakan karya itu mempunyai naratif tampak dalam bahasa Inggerisnya visual naratifini apabila sesebuah karya seni itu memberi sebuah cerita atau memberi sebuah kisah. Kisah atau cerita ini dicadangkan dan dikemukakan menerusi dua teknik yang utama.
Dua jenis teknik biasa atau utama dalam naratif tampak karya seni adalah satu simbolisme iaitu simbol-simbol tertentu yang mempunyai makna tertentu yang boleh difahami oleh pemerhati dan pelukis digunakan, sebagai contoh yang paling mudah iaitu kadangkala jika kita hendak mengatakan karya ini merujuk kepada negara Malaysia mungkin simbol yang paling senang kita gunkan ialah bendera Malaysia, jadi ia merupakan simbol yang digunakan oleh pelukis untuk mengatakan ini adalah berkitan dengan Malaysia tidak perlu perlu menulis atau mengeja Malaysia disitu. Jika itu terlalu jelas atau biasa pelukis akan mencari jalan yang lebih rumit sedikit simbol umpamanya pohon kelapa, warna-warna dalam bendera Malaysia tetapi tak semestinya melukis bendera, jadi ini merupakan perlambangan dan simbolisma yang memberi makna dalam sesebuah karya seni dari segi cerita.
Keduanya adalah metafora atau metaphor, ia merujuk kepada teknik samaada dalam seni ataupun dalam syair yang mengandaikan sesuatu perkara dengan menggunakan perkara lain, sebagai contoh yang mungkin tidak berapa elok ialah dalam peribahasa kalau orang kata ‘bodoh macam lembu’ diletakkan lembu disitu untuk memberi makna kebodohan tetapi kadangkala artis menterbalikannya ini boleh berlaku dalam seni moden ‘pandai macam lembu’ jadi ia akan ‘menganggu’ lagi pemikiran kita. Dalam hal-hal begini yang mengandaikan seperti itu digunakan perkataan‘seperti’ atau‘macam’ itulah yang dikatakan metafora iaitu macam sesuatu ‘hitam macam arang’dan anda sendiri boleh fikirkan. Dalam bahasa Inggeris ianya tiada beza iaitu metaphor and similiemerujuk kepada something is similar for something merujuk kepada maknanya yakni bukan makna yang jelas atau secara langsung.
Dalam kita menganalisa bagaimana makna yang diperolehi dalam sesebuah lukisan itu kita juga harus tidak lupa bahawa pada dasarnya kesemua ini bergantungan kepada pertemuankarya itu dengan perasaan kita dan diri kita. Perasaan kita dan peribadi kita juga mempengaruhi bagaimana kita memberi makna atau mendapat makna daripada karya itu bukan sahaja apa yang dipaparkan. Diri kita sendiri, latar belakang, kepercayaan, peribadi kita akan berkesan atas penghayatan kita, jadi ianya bukanlah sesuatu yang lebih jelas dari segi matematik iaitu satu campur satu adalah dua atau corak campur kontras dapat demikian, sebenarnya ia tidak begitu. Unsur yang akan menentukan perkiraan kita adalah penghayatan kita dan latar belakang peribadi kita, itulah yang membuatkan seni bukan sains, seni adalah sesuatu yang berubah dan tidak boleh sama antara individu dengan individu yang lain. Perasaan dan peribadi ituadalah dasar penghayatan yang paling utama, tetapi dalam naratif visual dalam cerita sesebuah karya seni mungkin anda boleh mengesani samada pelukis ingin menceritakan sesuatu kalau andabertanyakan kepada tiga soalan ini.
Pertamanya jika anda rasa tidak begitu pasti samada pelukis memberikan sesuatu kisah adalah dengan anda bertanyakan kepada diri sendiri, adakah lukisan itu menandakan perjalanan masa ataupun ianya tidak menandakan perjalanan masa, sebab cerita atau naratif bermaksud perkembangan dalam masa, lukisan alam benda atau still life jarang memperkatakan perjalanan masa. Jika anda perhatikan pasu bunga, buah dalam pinggan dan sebagainya tidak mengambarkan perjalanan masa lazimnya namun ia boleh dilihat dalam beberapa jenis lukisan still life alam benda contohnya dua buah epal yang dilukiskan segar dan busuk, jelaslah ada penandaan perjalanan masa disini, apa yang berlaku jelaslah juga dalam lukisan alam benda yang dipentingkan bukanlah api perjalanan masa tetapi memaparkan apa yang dihadapan mata kita.
Keduanya anda tanya diri sendiri ini jika sesebuah karya itu nampaknya seperti ada permulaan dan pengakhiran, ada mula dan ada akhir fikirkanlah. Soalannya bukanlah satu soalan yang senang soalan itu menandakan apakah yang ada sebelumnya dan apakah selepasnya. Sesetengah lukisan kita boleh tahu walaupun lukisan ia adalah berbeza antara filem dan video, ia tidak boleh memperlihatkan semuanya, perlu imaginasi apa yang berlaku sebelum dan selepas. Tetapi persoalan yang ditanyakan disini adakah apa yang kita lihat disini dan adakah tanda-tanda ke akhirnya, akhirnya apa yang kita lihat disiniIs that is beginning and ending yang dihasilkan itu adalah sebuah naratif seni visual.
Soalan ketiga kita tanya kepada diri sendiri samada lukisan itu merujuk kepada suatu kejadian di luar lukisan itu, adakah ia merujuk kepada perkara-perkara sejarah apa yang berlaku kebelakangan ini, dalam konteks cerita-cerita lain agama, dalam konteks mitos budaya kita tanya adakah ia merujuk kepada kejadian atau perkara-perkara di luar karya itu. Jika ketiga-tiga soalan ini memberi jawapan ‘ya’, maka jelaslah lukisan in adalah lukisan visual naratif . Artis sebenarnya ingin menceritakan sesuatu, memberi kisah apa yang kita panggil lukisan naratif tampak atau naratif visual.
Dalam lukisan yang bercorak naratif visual apa yang kita lakukan apabila menghayati lukisan itu adalah kita membaca atau dalam Inggerisnya we are reading the artwork, kita bukan melihat tetapi membaca. Bacaan ini apa yang saya maksudkan dengan baca bukanlah seperti membaca buku tetapi kitamembaca mengikut bahan-bahan tertentu mengikut pada lukisan itu. Kita membaca untuk mengetahui ceritanya, dalam kita membaca ini kita lazimnya menumpukan perhatian kita kepada keutamaan yang biasanya apa yang difokuskan dari situlah tempat yang boleh memberikan kita cerita. Fokus penekanan dan pusat reka bentuk akan memberikan kita tanda bagaimana untuk mencari cerita dan kisahnya.
Apa yang mungkin kitaharus sedari dalam menghayati sebuah karya seni lukisan ialah untuk mencari perhubungan dalam lukisan itu diantara figura-figura manusiadengan persekitarnnya. Saya kira anda boleh tengok dalam koleksi Balai (Balai Seni Visual Negara) lukisan Hoessein Enas yang memperlihat gambaran wanita yang dimarahi oleh bapanya, banyak lukisan beliau yang merujuk kepada cerita disini kita akan merujuk perhubungan antara kedua-dua watak namun ia mempunyai ceritanya. Kadangkala tajuk akan memberitahu ini adalah sebuah cerita, kadang kala tajuk akan memberitahu ini adalah sebuah cerita dan kadangkala tajuk juga tidak mempunyai apa-apa maksud langsung. Dalam lukisan tradisional China umpamanya banyak hal-hal begini iaitu lukisan skrol China, bagaimana perhubungan watak-watak disitu merujuk kepada cerita ada yang patah hati, kena marah, ditinggal oleh keluarga, dalam lukisan China lama banyak perkara ini.
Apabila melihat lukisan berunsur metos dan agama samada Kristian, Bugis dan mungkin juga Islam dalam budaya-budaya tertentu di Timur Tengah dan juga India. Makna lazim dihasilkan menerusi simbol perlambangan dalam konteks Kristianiti, benda-benda tertentu mempunyai makna-makna tertentu, Seekor ikan, pohonan yang terbakar, cermin semuanya mempunyai makna-makna tertentu. Dalam konteks lukisan Renaisan dan Zaman Pertengahan di Eropah kadangkala digunakan sehingga kini, kalau diperhatikan lukisan dinding Borobodur di Indonesia iaitu dalam konteks Indonesia yang menyatakan cerita Hikayat Seri Rama dan Ramayana jelaslah ada simbol-simbol tertentu untuk merujuk watak tertentu. Umpamanya Rawana mempunyai ciri-ciri fizikal badan tertentu, Hanuman mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu tangan kanan dan tangan kirinya berlainan. Semua ini merupakan simbol yang dipersetujui oleh masyarakat dan mudah difahami, dalam lukisan lama iaitu yang berunsur keagamaan simbol mempunyai peranan yang penting.
Saya ingin akhiri disini sedikit tentang perbezaan diantara zaman dalam kesenian dan pergerakan dalam kesenian supaya apabila anda membaca buku sejarah seni dan tentang seni ada mengetahuinya akannya. Kedua-duanya zaman seni dan pergerakan seni merupakan atau mewakili kesenian oleh sekumpulan pelukis dalam jangka masa tertentu, perbezaan diantara zaman kesenian dan pergerakan kesenian adalah yang berkaitan dengan jangka masa itu dan tujuannya iaitu tujuan pelukis. Pergerakan seni apa yang kita fahamkan sebagai pergerakan seni lazimnya ialah suatu pergerakan yang dengan sengaja yang dilancarkan oleh sekumpulan pelukis, biasanya kumpulan pelukis ini ingin mempromosikan sesuatu atau membuat perubahan jadi mereka melancarkan sesuatu pergerakan. Biasanya pergerakan ini dikaitan dengan stail-stail lukisan tertentu ataupun idea ataupun ideologi tertentu. Kumpulan ini ingin memaparkan dan menyanjungi cara mereka melukis, cara mereka berkarya, cara mereka berfikir dan cara mereka mengubah apa yang sudah ada.
Ia sama seperti pergerakan hak asasi umpamanya ataupun pergerakan wanita femeninisma. Pergerakan kesenian mengkehendaki perubahan, mengkehendaki pengiktirafan daripada pemikiran baru mereka, mereka memerlukan juga masyarakat bagi mempertimbangkan apa yang mereka kemukakan sebagai benda yang baru. Kadangkala pergerakan ini akan mencetak semua ciri-ciri atau kehendak-kehendak mereka. Dalam sejarah seni moden barat sememangnya perihal ini banyak berlaku bagaimana sekumpulan pelukis menyenaraikan kepercayaan mereka dan keinginan mereka. Di Malaysia penyenaraian idea-idea mereka di sebut manifesto. Manifesto yang paling jelas yang kita lihat dalam seni lukis Malaysia ialah apa yang dihasilkan oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa iaitu dalam pernyataan menerusi pameran ‘Towards to Mystical Reality’ pada tahun 1974, walaupun ia masih tidak banyak namun ianya adalah satu-satunya yang utama dan tidak kemana sebenarnya. Namun dalam seni Eropah juga kalau menifesto yang dikemukan oleh sekumpulan pelukis, dikemukan oleh sesuatu pergerakan banyak kali ianya tidak diendahkan oleh masyarakat dan tiada kesannya, ada juga yang ada tetapi sementara. Walaubagaimanapun dalam sejarah seni lukis moden banyak berlaku kemunculan pergerakan baru yang mencabar cara lama dan seterusnya mengemukakan idea-idea baru. Itu adalah pergerakan dalam seni atau sejarah seni sekumpulan pelukis yang sengaja mengemukakan kepada masyarakat idea-idea mereka dan cara-cara berkarya yang ingin mereka dapatkan pengiktirafan daripada masyarakat.
Berbeza daripada pergerkan dalam ‘zaman seni’, zaman seni bukanlah sesuatu yang dimungkinkan oleh para artis dengan sengaja. Zaman kesenian adalah dibentuk oleh sesuatu dalam masa yang lebih panjang oleh keadaan-keadaan politik dan budaya semasa. Kita sebagai contoh mungkin boleh fikirkan zaman seni Romawi, zaman seni Yunaini, zaman kegemilangan seni dan budaya Islam. Zaman seni berkaitan perkembangan politik dan budaya yang lebih luas dan masa yang lebih panjang yang bukan disengajakan oleh sekumpulan pelukis. Ia adalah sesuatu yang difahami dan disedari kemudiannya apabila telah berlaku zamannya, ia adalah sesuatu yang didiskripsikan dan dinyatakan oleh para ahli sejarah yang mengkaji masa lampau. Pergerakanseni adalah sesuatu yang semasa, sekumpkan pelukis katakanlah Matahati menyatakannya dengan cara kami ini adalah semasa. Apabila banyak pergerakan membuat pernyataan begitu kumpulan pernyataan itu dalam masa seratus tahun itu ia boleh menjadi sebuah zaman kesenian jadi dalam zaman kesenian ada pergerakan kesenian, itulah yang membuatkan ianya berbeza. Satu disengajakan pada permulanya dam kedua lebih luas lagi ditentukan oleh politik, budaya dan sejarah.
Info yg harus diketahui Oleh semua lapisan pengamal seni..
BalasPadam