Oleh: Faizal Sidik(2010)
'Of The Standard of Taste' atau Standard Cita Rasa adalah merupakan pernyataan utama Hume terhadap estetik terutamanya dalam estetika atau tepat terhadap nilai yang terdapat dalam objek estetik yang berdasarkan perasaan dibina atau yang dikatakan sebagai sentimen.Dalam eseinya itu lagi Hume teleh memperjelaskan 5 standard cita rasa yang perlu ada dalam menaggap nilai estetik itu antaranya ialah (I) kehalusan berimigninasi, (ii) terlatih dalam sesuatu seni, (iii) boleh membuat perbandingan dengan baik, (iv)bebas daripada prejudis dan (v) keinderaan yang baik, perkara yang bukan sahaja dalam bidang kritikan antaranya adalah malahan dalam penciptaan hasil seni.
Dalam esei ini saya melakukan Standard Cita Rasa oleh Hume yang biasanya digunakan dalam perkiraan melakukan sesutu kritikan kepada hipotesisnya terhadap artis dan karya seni. Saya berpendapat objektif akhir dalam menetapkan sesuatu standard cita rasa adalah untuk ditatap oleh umum, setelah kelima-lima perkara yang dinyatakan oleh Hume itu di lakukan. Namun begitu untuk mengesahkan sesuatu itu adalah karya seni atau bukan ia bukan sahaja terletak kepada pengkritik yang berkelayakan, saya berpandangan standard itu perlu dipunyai oleh artis sebagai pengkarya sebelum karyanya di lepaskan untuk dilihat atau dipertontonkan.
Dalam mengatakan artis perlu mempunyai standard cita rasa terlebih dahulu sebelum boleh kita membuat penilaian terhadap karyanya, artis terlebih dahulu membuat penilaian terhadap standard cita rasa pada objek estetik atau mempastikan asanya pengalaman estetik pada karya itu, hal ini adalah penting kerana ia memberi refleksi terhadap persekitaran yang dilingkungi oleh artis itu, saya berkata demikian kerana proses kreativiti penghasilan menjadi sesebuah karya siap artis adalah pengkritik utama karyanya, artis berdialog bersendirian dengan karyanya, bahan atau warna apa yang akan digunakan, kecil, besar saiznya untuk mendapatkan kesan yang baik apabila dipamerkan semuanya ditentukan oleh artis.
Apa yang saya nyatakan adalah bukanlah mahu artis mengambil tempat kritik, tatepi artis perlu tahu aturan apa yang perlu ada pada dirinya agak lebih bersedia menerima kritikan keatas penghasilan yang dihasilkan, dengan saya meletakkan artis sebagai pengkritik pada karyanya itu agar kita melihat sesuatu penghasilan yang dihasilkan mempunyai satu standard piawaian bagi mengesahkan hasil kerjanya bersifat seni atau objek.
Artis adalah sebagai pengkritik pertama hasil kerjanya untuk dianggap sebagai kerja seni sebelum sesebuah penghasilan seni dilakukan kritikan.
-standard untuk membezakan sesuatu hasil karya itu lebih baik dari yang lain
- Hume mengatakan kelemahan yang terdapat jika pandangan kedua menentang pandangan pertama, atau hanya pandangan kedua itu sahaja yang masih kekal baik
Kehalusan berimigninasi
Hume mengatakan antara sebab kebanyakan orang tidak benar-benar merasai sentimen perasaan yang indah adalah kerana mereka tida peka atau sensibiliti terhadap emosi yang lebih halus. Dalam penghasilan karya seni hanya mereka yang mempunyai cita rasa yang halus sahaja yang boleh menangkap perkara yang berada di perasaan mereka dan orang yang layak mempunyai citarasa demikian adalah artis, bukannya orang biasa, ini kerana artis adalah manusia yang menggunakan segala kreativiti yang dipunyainya untuk diterjemahkan mengikut kepakaran bidang
Terlatih dalam sesuatu seni
Dalam pembinaan karya memerlukan ilmu seni, yang di pelajari di kolej-kolej atau institusi- institusi seni , ilmu seni kini tidak sesuai di pelajari secara berguru hanya dangan seseorang guru sahaja atau sistem anak murid dan guru yang belajar perkara yang sama dan dari guru yang sama. Sistem yang dibina di institut pengajian tinggi memberi ruang yang luas kepada pelajar mempelajar dari pelbagai bidang seni dari bentuk satu-satu seni halus seperti catan, arca, lukisan, cetakan, sejarah seni, estetik, psikologi seni dan banyak lagi. Ia memberi ruang seluas-luasnya kepada sesorang untuk terlatih dan mahir dalam bidang yang digemari sesuai dengan kemahiran semulajadi yang ada pada seorang itu. Pencapaian-pencapaian penting untuk mempastikan bahawa beliau memang cukup berpengalaman dan mempunyai visi terhadap sesuatu bidang.
Boleh membuat perbandingan dengan baik
Dalam menghasilkan karya seni artis perlu mempunyai cita rasa yang halus dalam membuat perbandingan antara kecantikan dan kecacatan tau yang indah dan yang buruk.
Bebas daripada prejudis
Manakala yang keempat adalah memelihara fikirannya dari segala prejudis. Dalam menghasilkan karya seni artis perlu membebaskan diriny adaripada tradisi budaya yang melingkungi dirinya, karyanya perlu bebas daripada konkongan budaya setempat agar ia bersifat universaldimana ia boleh diterima tanpa mengira masa dan tempat. Beliau juga menyebut bahawa:
"Apabila karya seni zaman silam sering dinilai dari jurus pandang kegunaannya dalam bidang sosial dan simbol agama budaya yang memilikinya, maka kita akan dapat menatap karya seni sebagai hasil karya seni halus"
"Kita tidak perlu tahu peranan yang dimainkan oleh seni dalam budaya"
"Kita akan bertindak untuk menilai karya seni dan bukan untuk mempertimbangkan fungsinya dalam budaya dan agama masyarakatnya"
menarik...
BalasPadam