Oleh: Faizal Sidik(2010)
Pandangan Kant Mengenai Seni Halus (Fine Art) dalam seksyen SS Seni Halus Kant menyebut “Tiada ilmu pengetahuan tentang keindahan melainkan dikritik dan dikupas. Tidak juga ada ilmu tentang kehalusan dari segi rupa selain pada seni halus (seni tentang keelokan, kebaikan dan keindahan). Bagi mmengetahui ilmu tentang keindahan ia harus diputuskan melalui pengetahuannya yang sebenar, contohnya bukti keterangan, untuk menganggap sesuatu benda itu indah atau tidak, dana bagaimana untuk membuat keputusan indahnya itu, ia akan berbalik kepada sains yang dicapai melalui pemerhataian dan pengajian sesuatu fakta yang dinamakan citarasa”
Menurut Kant pengetahuan mengenai perihal estetik atau untuk mendalami pengalaman-pengalaman keindahan sesuatu yang hendak mengatakan ia sebagai objek atau pengalaman seni mestilah mempunyai aturannya terlebih dahulu, iaitu dengan dikritik dan diperbincangkan untuk dikupas, Hal ini bermaksud untuk mencungkil samaada untuk mengatakan sesuatu itu bersifat seni aia haruslah diaprisiasikan ataupun diwancanakan dari pelbagai aspek. Apabila proses ini sedang berjalan ianya akan menemui dua kemungkinan samaada terdapat nilai didalam kupasan itu tadi . Kupasan terhadap sesuatu itu sebenarnya adalah untuk mencari kebenaran adakah sesuatu itu bernilai seni. Jadi kita sering mendengar atau pernah mengalami bagaimana sesebuah karya seni itu tidak dianggap satu karya seni, ia adalahnilai yang kurang atau ia tidak mencapai klafikasi untuk mengatakan sesuatu objek itu mempunyai ciri-ciri seni yang ditetapkan (spefikasi ini akan dibincangkan kemudian).
Pegetahuan keindahan itu menurut Kant adalah nilai ilmu kehalusan daripada kritikan dan kupasan yang dibuat ke atas objek itu. Kehalusan disini boleh dkatakan adalah nilai yang terdapat didalamnya seperti keelokan dan kebaikan daripadanya. Maknanya disini jika sesuatu karya yang mahu diangkat sebagai satu benda seni tidak mengandungi keelokan dan kehalusan maka nilai karya seni yang dalam perancangan untuk diletakkan kepadanya boleh dipertikaikan. Pertikaian ini kerana ia tidak mencapai atau mengikut standard yang ditetepkan. Hal ini bermaksud semua penghasilan yang dilakukan oleh pengamal seni harus dilakukan kritikan untuk dianggao sebagai objek seni, oleh yang demikian bukan semua karya yang dipamerkan didalam muzium dan galeri seni boleh dikatakan objek seni, ini kerana tambahnya lagi “ilmu pengetahuannya yang sebenar iaitu melalui ‘bukti keterangan’ “ apa yang digariskan oleh Kant ini adalah sebab-sebab atau apakah yang boleh memperakuinya sebagai objek seni, bukti keterangan ini haruslah dilakukan ilmunya, ini bermakna bukan sahaja pengkritik sahaja yang perlu mempelajari ilmu untuk membuktikan sesuatu objek itu berseni atau tidak, malahan juga orang penseni sendiri.
Apa yang ingin dibuktikan oleh seniman itu haruslah berada di landasan kebenaran, kebenaran ini bukalah hanya dibuat-buat ia haruslah berada dalam logika pemikiran antara karya yang dilakukan itu dengan audien atau penghayat, dimana audien merasakan apa yang benar-benar dilakukan oleh seniman, yang mana ia memerlukan penghayat menggunakan deria citarasanya bagi mennghayati pengalaman seni, jika terdapat pertikaian antara karya yang dihasilkan oleh seniman dan audien ini memperlihatkan kerendahan nilai dalam karya seniman tersebut, dan kredibilitinya sebagai pembuat karya akan diragui mahupun ditidakkan, oleh itu seniman yang tulen harus memilikinya dengan mempelajari di institusi-institusi pendidikan, malahan juga bagi audien atau penghayat harus mempunyai asas-asas apresiasi dalam menghayai objek seni, dana yang paling penting adalah peranan pengkritik dan ahli estetik kerana mereka berperanan membina nilai wancana dan perbincangan terminologi atau mengadili perihal pembuktian untuk dinilai dan dibuat pertimbangan.
Seterusnya Kant mengatakan untuk mengangap sesuatu benda itu indah atau tidak, apa yang dikatakan oleh Kant adalah nlai keindahan aliran Romantisme kerana ketika Kant menulis Kritik atas Daya Pertimbangan (Critique of Judgement) ini pada tahun 1970 ia memperlihatkan aliran memandang sesuatu karya seni contohnya catan dai aspek keindahan dan ketakjuban oleh pelukis-pelukis sezaman dengannya seperti Constable, Vemer dana lain-lain. Namun dlam seni kontemporari pada hari ini konteks indah atau tidak seperti yang diperkatakan oleh Kant masih digunakan, namun melalui pancainderamanusia itu sendiri. Nialai keindahan bukan lagi diletakkak kepada kesukaan mata yang memandang sahaja, malah ia melangkaui ruang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan