Oleh: Faizal Sidik(2010)
Pembelajaran cara ini mengajak seseorang mendekati atau berhadapan dengan objek sasarnnya melalui pancaindera disini bersedia untuk menerima apa sahaja kesan yang akan berlaku. Disini juga akan berlakulah gambaran awal atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu objek yang akan dihadapi.
Dalam melihat sesuatu hasil seni dimensi atau 3 dimensi pemelihat akan menghala pergi ke arah dimana objek itu berada, dalam pergerakannya ke arah objek itu tadi pemelihat telah ada untuk mengetahui apakah objek itu sebenarnya, disini ada satu kuasa yang menarik pemelihat untuk mendekatinya yag datang daripada mata, hidung, telinga, lidah, tangan. Namun ia amat bergantung terhadap bagaimana deria itu menerima tarikan terhadap objek itu tadi. Jika kita melihat objek dua dimensi peraantaraan yang akan berlaku antara pemelihat dengan pendekatan yang akan digunakan hanyalah melalui mata, namun pedekatan ini mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan seni kontemporari yang boleh menggunakan du hingga tiga dalam mengamatinya.
Berbeza pula dengan objek bentuk tiga dimensi, dimana pemelihat bukan sahaja berhadapan dengan objek itu, malahan beliaua akan turut merasai dimana persekitaran sekeliling mempengaruhi objek berkenaan dan pendekatan diaman pemelihat akan berada juga turut berubah, menyebabkan pemelihat akan turut merasai kuasa objek dan kuasa persekitaran di sekelilingi objek beliau dicadangkan. Kuasa lihat ini bukan sekdar berakhir dimata malah ia akan diterima oleh akal untuk proses. Maka obsesi atau sesuatu yang menganggu atau menghantui fikiran pemelihat itu akan berlaku dan membuatkannya untuk terus dekat untuk mengetahuinya dengan lanjut.
Obsesi atau gangguan itu sebearnya telah menimbulkannaluri rasa takjub, hairan atau ghairah terhadap objek itu yang mana rasa ingin tahu terus membuak-buak untuk mendapatkannya iaitu mendekatinya dengan lebih rapat. Dalam menyusurinya semacam ada aura tarikan yang dialami menyebabkan rasa itu menuruti kehendak deria. Walaubagaimanapun hal ini mash lagi hanya merupakan niat yang dipasang terhadap objek berkenaan yang masih belum diketahui samaada kebenarannya boleh dipercayai atau Cuma illusi yang hadir daripada gangguan tadi. Pra nilai ini lahir kerana terdapat keraguan di dalam kalbu, persoalan pula timbul kerana keraguan atau perasaan ingin tahu tadi masih belum dapat dijelaskan.
Keraguan yang ada kepada pemelihat memerlukan beliau membuat penyelidikan, pengamatan mahupun penilaian untuk emngetahui keabsahan objek itu supaya kearaguan itu tadi dapat dibuang untuk menghilangkan naluri rasa ketidakpastian akannya atau apa yang dikatakan subjektif yang menimbulkan sangkaan-sangkaan, agak-agakan mahupun rasa-rasaan yang mesti digantikan dengan masuk akal, boleh diterima fikiran mahupun berfikiran saintifik untuk memusnahkan pra keputusan.
Apabila pemelihat telah berdepan dengan objek maka metode atau sistem itu diambil alih oleh perbuatan yang terkeluar dari naluri rasa itu seperti melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, menghidu dengan hidung, merasa dengan lidah dan menyentuh dengan tangan. Pemilihan tenaga-tenaga ini adalah kurniaan yang tiada bandingannya kepada pengamat terhadap objektif atau untuk mengetahu fakta sebenar atau kekuatan untuk mengetahui yang tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menarik...
BalasPadam