Isnin, 30 Ogos 2021

Ulasan Katalog - 'Faizal Sidik: Songket Paintings'

 


Tajuk: 'Faizal Sidik: Songket Paintings'
 Muka surat: 52 halaman, 
Tahun: 2017
 Saiz: 20.5 cm x 20.5 cm
 Harga: RM 9 (ebook)
RM 28 (edisi cetakan termasuk pos)


Catan songket merupakan himpunan karya seni terbaru oleh Faizal Sidik yang dihasilkan pada tahun 2010 hingga 2016.  Songket merupakan seni kraf tekstil tradisi Melayu yang terkenal diseluruh dunia yang menggunakan elemen geometrik dalam menghasilkan corak. Catan songket di atas kanvas Faizal Sidik adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari yang menggunakan motif songket seperti bunga bintang, bunga tanjung, matahari, awan larat dan lain-lain dalam menghasilkan tema mengenai naratif di dalam sejarah Melayu mengenai perjalanan Tun Mamat dan Laksamana yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang diungkapkan dalam Sullatus Salatin atau buku Sejarah Melayu .

Kandungan:

1. Faizal Sidik That I Know: A friend, a curator, an artist
    by Zubair Affandy      4

2. Faizal Sidik: Catan Songket        6

3. Taman Misteri Gunung Ledang
    (Tun Mamat di Taman Larangan ) oleh Idarina Ibrahim       7

4. Catab       9

5. Lukisan         23

6. Penghargaan      46

6. Artist bio         47



*PENERBITAN BUKU & KATALOG PENERBIT 'PUSTAKA TAMAN SENI'*

 UNTUK PESANAN WHATAPP: 011 1097 5781

Ulasan Katalog - 'Faizal Sidik: Sublime Weaves'

 


Tajuk: 'Faizal Sidik: Sublime Weaves'
 Muka surat: 36 halaman
 Tahun: 2017
Harga: RM 9 (ebook)




KANDUNGAN:

1. 'Sublime Weaves' by Shalini Ganendra      4

2. 'Sublime Weaves: Ketakjuban pada Tenunan 

     Sebagai Pengkaryaan Seni  oleh Faizal Sidik   6

3. Paintings      11

4. Drawings      21

5. Artist Bio        31




Ulasan Katalog - 'Faizal Sidik: Drawing 1996-2006'



Tajuk: 'Faizal Sidik: Drawing 1996-2006'
 Muka surat: 38 halaman,
Tahun: 2017
 Harga RM 9 (ebook)

Pameran solo pertama 'Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006' ini merupakan satu pameran retrospektif atau mengimbau semula hasil-hasil lukisan yang pernah saya hasilkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Walaupun pengkhususan saya semasa mengikuti pengajian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM atau dengan lebih tepat lagi di Jabatan Seni Halus adalah dalam bidang Seni Arca, lukisan merupakan aspek yang paling asas dan sangat penting diberi tumpuan dalam semua institut pengajian tinggi yang menawarkan jurusan seni kreatif  seperti seni lukis, seni reka, senibina,  multimedia, animasi dan lain-lain.


Sebanyak 50 hasil lakaran dan lukisan telah dihimpunkan namun banyak lagi hasil lukisan saya sepanjang sepuluh tahun itu tidak berada di dalam pameran solo ini, jika anda melihat folio  yang telah saya letakkan di hadapan ini, sebilangannya telah menjadi koleksi simpanan oleh institut pengajian tinggi, galeri atau rumah seni dan orang perorangan, ada juga hasil lukisan yang telah saya hadiahkan kepada galeri-galeri  pameran untuk  mencari sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan NGO yang memerlukan sumber dana mereka.

Kandungan:

A Decade of Change Under One Roof-Geetha Krishna     4

Pameran Solo Faizal Sidik-Ahamd Syukran Zainuddin    6

Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006     8

Faizal Sidik: Drawing 1996-2006     10

Karya     12

Biodata     37


*PENERBITAN BUKU & KATALOG PENERBIT 'PUSTAKA TAMAN SENI'*

 UNTUK PESANAN WHATAPP: 011 1097 5781


Ulasan Katalog - 'Manjung School: Pilihan Rakyat'

 


Tajuk: 'Manjung School: Pilihan Rakyat'
Muka surat: 36 halaman
 Tahun: 2019
 Harga: RM 9 (ebook)

Permaknaan ‘School of thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu gerakan. School of Paris adalah asalan daripada gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 17 dan awal abad ke 18 melahirkan hero-hero seni seperti Cezanne, Van Gogh, Picasso. Kemudian New York School muncul sebagi pusat seni lukis utama pada abad ke-19 hingga kini terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark Rothko. Gerakan seni Manjung baru yang berasal daripada sebuah kawasan barat negeri Perak yang mempunyai pengaruh yang dekat dengan iklim maritim. Manjung School atau Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1996. Terma Manjung School ini diambil bagi meletakkan aliran seni yang pernah bertapak di situ daripada 1996 hingga 2002 yang mempunyai tiga jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan  Fesyen.


PELUKIS:

FAIZAL SIDIK

AHMAD FAIRUS YUSOF

NURIMAN AMRI MANAP

MUHAMMAD EKHSAN HANIFF

ZASLAN ZEEHA ZAINEE

NADIAH MOHAMED

AHMAD ERUAN ADNAN

ISI KANDUNGAN:

06. Esei Kurator                                                         

08. Karya

35. Penghargaan


*PENERBITAN BUKU & KATALOG PENERBIT 'PUSTAKA TAMAN SENI'*

 UNTUK PESANAN WHATAPP: 011 1097 5781


 

 


Ulasan Katalog - 'Dinamika Tampak'


Tajuk: 'Dinamika Tampak'
Muka surat: 38 halaman
Tahun: 2021
 Harga: RM 9 (ebook)


Tradisi berkarya dan berpameran merupakan aset terpenting Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka  terutamanya  Jabatan Seni Halus  yang merupakan nadi utama penggerak seni tampak tanah air. Peranan (FSSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dahulunya Kajian Seni Lukis dan Seni  Reka (KSSR), Institut Teknologi MARA  yang ditubuhkan sejak 34 tahun lalu  (1967) membuktikan kecermerlangannya. Bukan sekadar mengeluarkan sejumlah graduan yang menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai sektor pekerjaan, bahkan turut melahirkan ramai pelukis dan pereka muda yang mengharumkan nama negara sampai ke peringkat antarabangsa

 

Dalam pameran ‘Dinamika Tampak’ , sejumlah 28 karya berjaya dipamerkan oleh 18 pelukis muda kelahiran Jabatan Seni Halus , UiTM  Perak . Mereka merupakan bakat-bakat muda yang berpotensi dan dianggap perintis penting sempena dengan kedatangan alaf baru yang bakal mencetus idea baru, memecah sempadan dan tembok seni yang yang cliche dan mundane.

 

PELUKIS:

FAIZAL SIDIK

VICTOR GORDON

MAHADI  MUDA

NURAMANI ZAINUDDIN

SITI  ZAMZARINAH

KHALID  MUSI

 SURAYA HANI

KHAIRUL ANWAR YUSOFF

NADZLIANA MAT DARUS

 NIZAM MOHAMED

 ERUAN ADNAN

ISSAREZAL ISMAIL

FAZIRA ABDUL RAHIM

KHAIRUL AZUWAN ISHAK

 JULIANAASNIZAH OMAR

RAHIMI DERAMAN

ROHIZAL MAT  AROP

SITI RAFEAH MISRON


KANDUNGAN

Esei Kurator

Dinamika Tampak : Kreativiti dan Dinamika Pelukis Muda    6

Karya Pelukis    14

Kad jemputan 32

Majilis Perasmian 34

Penghargaan 37


*PENERBITAN BUKU & KATALOG PENERBIT 'PUSTAKA TAMAN SENI'*

 UNTUK PESANAN WHATAPP: 011 1097 5781

          

 

 

 

Sabtu, 28 Ogos 2021

Ulasan Buku - 'Seni Untuk Rakyat: Esei-Esei Kurator'

  

Tajuk: 'Seni Untuk Rakyat: Esei-Esei Kurator'
Muka surat: 182 halaman
Penulis: Faizal Sidik
Tahun: 2020
Harga: RM 20
Saiz buku: 14.8 cm x 21 cm (1/2 A4)

Buku Seni Untuk Rakyat : Esei-Esei Kurator adalah penulisan-penulisan seni yang ingin mendekati rakyat terbanyak tentang seni. Tanggapan sesetengah masyarakat yang mengatakan seni hanyalah untuk orang yang berada, mewah, eksklusif dan elit sebenarnya adalah kurang tepat. Seni lahir daripada pengalaman, ilmu dan imaginasi seseorang seniman sudah tentu tidak lari daripada pengaruh daripada rakyat terbanyak yang berada disekelilingnya. Seni  adalah cerminan terhadap latar suatu masyarakat, rakyat yang berseni melambangkan ketinggian ketamadunan suatu bangsa. Rakyat  juga berhak untuk berseni, masakan ada istilah seni rakyat dan juga ungkapan seni untuk masyarakat. 

Tujuan penulis menyusun buku ini adalah untuk mengajak rakyat terbanyak untuk mendalami seni melalui kacamata penulis sebagai kurator. Di dalam buku ini mengandungi 18 himpunan penulisan seni visual yang telah disiarkan dalam majalah Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka daripada tahun 2002 hingga 2020. Boleh dikatakan penulis mengumpulkan semua genre dan kategori dalam seni lukis seperti catan, arca, cetakan, lukisan, instalasi dan fotografi dibincangkan di sini.

Buku ini juga membincangkan tokoh-tokoh awal dan penting dalam seni lukis Malaysia, ulasan pameran seni oleh pelukis terpilih disamping menyoroti seni pergerakan seni lukis awal di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Selain seni lukis serantau penulis juga memperkayakan buku ini dengan perkembangan pameran berskala mega seperti Biennale seni samada di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Penulisan awal buku ini dimulakan dengan tajuk ‘Kuratis lawan Kurator’, kuratis atau cantuman suku kata kurator dan artis (pelukis) adalah merupakan penulisan yang berdasarkan dapatan kajian penulis sendiri sebagai artis yang mengkuratorkan pameran. Di dalam perbincangan ini penulis menggariskan tiga ciri-ciri kuratis antaranya mencabar keterbatasan insitusi kebudayaan, penerokaan cara baru dalam melihat dan penemuan dalam pembinaan pameran.

Penulisan awal lain seperti ‘Wajah Kuala Lumpur Dalam Lensa’, ‘Karya Instalasi Lee Kian Seng’  ‘Makna Tersirat Karya Suhaimi Fadzir’ dan ‘Membaca Seni dan Teks’ lebih memokuskan  mengenai genre seni seperti fotografi, arca, catan dan instalasi. Manakala ‘Sulaiman Esa: Pertemuan Timur-Barat Dalam Karya’,  ‘Karya Pintu Masuk Redza Piyadasa’, ‘Syed Ahmad Jamal: Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia’ dan ‘Hoessein Enas di Balai Seni Viisual Negara’ memperkatakan mengenai sumbangan tokoh-tokoh seni tanahair seperti Dato Hoessein Enas, Datuk Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa, Suleiman Esa dan Raja Shahriman Raja Aziddin.

Penulis juga telah memuatkan tiga tajuk penulisan yang bersifat tinjauan misalnya   ‘40 Tahun Anugerah Bakat Muda Sezaman’ yang meninjau perkembangan pertandingan anugerah seni lukis yang berprestij negara menerusi kronologi penganjuran sejak tahun 1974. Tajuk ‘Masa Depan Seni Lukis Malaysia’ memperbincangkan cabaran dan saranan terhadap kemantapan lanskap seni itu sendiri yang dimainkan oleh pelukis, galeri, pengumpul dan khalayak. Manakala itu ‘60 Tahun Penulisan dan Penerbitan Seni di Malaysia’ adalah         rakaman terhadap perjalanan industri penerbitan penulisan seni semenjak kemerdekaan melalui penghasilan katalog, majalah, buku dan media digital.

Penulis juga mengajak pembaca untuk melihat pengaruh seni lukis Eropah terhadap lanskap awal pergerakan seni moden di gugusan kepulauan Melayu semasa zaman kolonial seperti di Malaya, Singapura, Indonesia dan Filipina dalam dua esei iaitu ‘School of Paris dalam Karya Awal Seni Asia Tenggara‘ dan ‘Pengaruh Seni Lukis Barat di Filipina’. Pengalaman mengkurator pameran berskala besar biennale dan kesempatan melawat pameran antarabangsa biennale yang diadakan secara dwi-tahunan di luar dikongskin menerusi ‘KL Biennale Mendekati Alam dan Manusia’  dan ‘Istanbul Biennial 2019’.

Akhirnya himpunan esei-esei kurator ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran dan menarik minat masyarakat dalam merakyatkan seni bahawa seni sememangnya dihasilkan untuk rakyat. Penulisan ini adalah dari rakyat untuk rakyat kerana mereka adalah denyutan nadi dan dengupan jantung penghasilan seni. Semoga seni boleh  dijadikan sebagai tonik atau ubat yang mujarab dalam merawat permasalahan-permasalahan jiwa dalam mengisi rohaniah kita.


KANDUNGAN


Senarai rajah                                                                        vii

Senarai foto                                                                         viii

Penghargaan                                                                         xi

Prakata                                                                                 xii     

Pendahuluan                                                                        xiii

 

1.   Wajah Kuala Lumpur Dalam Lensa                         15

2.   Kuratis Lawan Kurator                                                 19

3.   Sulaiman Esa: Pertemuan Timur-Barat Dalam Karya           28

4.   Karya Instalasi Lee Kian Seng                                   38

5.   Makna Tersirat Karya Suhaimi Fadzir                            45

6.   Karya Pintu Masuk Redza Piyadasa         54

7.   Syed Ahmad Jamal: Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia      63

8.   School of Paris dalam Karya Awal Seni Asia Tenggara               72

9.   Pengaruh Seni Lukis Barat di Filipina dan Singapura Malaya     84

10.  Mohd Shaimy Hashim: Surealis 1981-2014                    91

11. 40 Tahun Anugerah Bakat Muda Sezaman                  103

12. Hoessein Enas di Balai Seni Negara                  111

13. Membaca Seni dan Teks       120

14. Masa Depan Seni Lukis Malaysia                  125

15. KL Biennale Mendekati Alam dan Manusia                  136

16. 60 Tahun Penulisan dan Penerbitan Seni di Malaysia                  146

17. Istanbul Biennial ke-16: Cerminan Manusia dan Alam Sekitar  156

18. Siri Lok Raja Shahriman Raja Aziddin                             162


Glosari                                                                                  170

Bibliografi                                                                            180


ke>> Blurb Buku

*PENERBITAN BUKU & KATALOG PENERBIT 'PUSTAKA TAMAN SENI'*

 UNTUK PESANAN WHATAPP: 011 1097 5781

 

 

 

Jumaat, 27 Ogos 2021

Ibrahim Hussein Mengadakan Pameran Solo Bersama Andy Warhol dan Salvador Dali di Kuwait

 Oleh: Faizal Sidik

Dhaiat Abdullah Al Salem Gallery, Kuwait, 1977


Berdasarkan minat yang ditunjukkan warganet terhadap penulisan seni saya dengan tajuk ‘Ibrahim Hussein menolak tawaran karya Soup Campbell percuma oleh Andy Warhol’ sebelum ini. Saya ingin kongsikan sambungannya bahagian dua pertalian seni antara Ibrahim Hussein dengan Andy Warhol dengan tajuk 'Ibrahim Hussein Mengadakan Pameran Solo Bersama Andy Warhol dan Salvador Dali di Kuwait'.

Majlis perasmian

Sebelum Perang Teluk antara Iraq dan Kuwait meletus pada tahun 90 an negara Arab seperti Kuwait giat mempromosikan negara mereka melalui kegiatan kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Pelaburan negara berkenaan melalui seni dan budaya ini meletus hasil daripada kekayaan negara Kuwait sebagai sebuah negara pengeluar minyak utama dunia sejak tahun 60 an lagi.  Antara badan negara itu yang giat dalam usaha itu adalah Majlis Kesenian, Kebudayaan dan Persuratan Negara Kuwait. Manakala salah satu galeri seni yang aktif  mempromosikan seni lukis antarabangsa adalah Dhaiat Abdullah Al Salem. Galeri kepunyaan keluarga bangsawan Kuwait ini telah menjemput 3 pelukis utama dari Eropah, Amerika dan Asia untuk mengadakan pameran solo di 3 ruang berbeza di dalam galeri berkenaan.

Ib dengan karya dibelakangnya bersama salah seorang patron seni di Kuwait
"Sekuat manapun ekonomi sesebuah negara itu. 
Tanpa keseimbangan melalui seni manusia tidak mencapai apa-apa selain dari kacau bilau'
-Ibrahim Hussein.
Inilah mesej keamanan sejagat yang ingin disampaikan oleh Ib
 menerusi pameran itu dan situasi di Tanah Arab pada hari ini



Pameran yang diadakan daripada 18 hingga 28 Januari 1977 itu menjemput oleh pelukis besar Sepanyol, Salvador Dali yang dibawakan oleh Dali Theatre-Museum. Pelukis pop sohor Amerika Andy Warhol diuruskan oleh pengurusnya iaitu Fred Hughes dan sebuah galeri  London iaitu Mayor Gallery, manakala pelukis ternama Malaysia Ibrahim Hussein diselaraskan oleh Kementerian Luar Negara yang di ketuai menterinya pada masa itu Tan Sri Ghazali Shafie dan Universiti Malaya iaitu tempat Ib menjadi pelukis residen dari 1970-1977.

Pameran solo Ibrahim Hussein, Andy Warhol dan Savador Dali di  Dhaiat Abdullah Al Salem Gallery

18 – 28 Jan 1977

Pameran 3 pelukis bintang ini seperti yang dijangka  mendapat sambutan hebat dimana majlis perasmiannya penuh dengan peminat dan patron seni di Tanah Arab. Dalam pameran berkenaan Dali yang terkenal dengan karya surealisme mempamerkan karya-karya sureal beliau manakala Warhol membawa karya seperti Marilyn Monroe, Mao, Electric Chair, Soup Campbell, karya awal dan terkini cetakan bunga dan beberapa lukisan. Ib pula memperlihatkan karya-karya pop penting yang beliau hasilkan disekitar tahun 1960 an dan 70 an. Dalam penulisan sebelum ini, semasa pameran ini berlangsung Ib sempat berbual dengan Warhol dan menyatakan keinginan beliau untuk membeli karya ‘Soup Campbell’ dan Warhol menawarkan kepada Ib secara percuma.

Katalog pameran Andy Warhol

Ibrahim Hussein

‘Andy Warhol’

1977

Akrilik atas kanvas

61.5 cm x 61.5 cm

Terharu dengan sikap peramah dan tidak berkira Warhol daripada tawaran itu Ib meminta tandatangan Warhol pada katalog pamerannya versi bahasa Arab. Dalam tandatangan yang terdapat gambar Warhol, sekembalinya  di Malaysia Ib melukis semula sebagai rakaman beliau bersama pelukis pop itu dengan tajuk ‘Andy Warhol’ dimana tercatat tarikh beliau mengadakan pameran bersejarah bersama Warhol dan Dali seperti yang terdapat pada kanvas itu ‘ANDY WARHOL KUWAIT JAN 77’. Di sebelah kanannya pula terdapat lukisan unta iaitu sebagai simbol haiwan popular yang terdapat di Timur Tengah.

Karya Ibrahim Hussein  'Andy Warhol' (1977) dipamerkan di studio galeri beliau
di Bukit Pantai pada tahun 1981

Melalui pameran-pameran bertaraf antarabangsa sebegini Majlis Kesenian Negara Kuwait mulai mengumpul karya-karya pelukis ternama melalui pameran yang dianjurkan oleh organisasinya ini yang kemudiannya membina sebuah muzium yang dinamakan Museum of Modern Art Kuwait untuk mempamerkannya semula.



Ibrahim Hussein dan Andy Warhol (Bhg 1)







Isnin, 23 Ogos 2021

Video Kenangan Arkitek, Pelukis dan Pereka Bersama Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein

Panduan Pameran ARKIB: 'Archiving Ibrahim Hussein'

Pelan Lantai Pameran ARKIB: 'Archiving Ibrahim Hussein'

CHAPTERS 00:00 MAIN ENTRANCE ARKIB Exhibition Guide : https://bit.ly/3iSto9L 00:08 EXHIBITION AREA 1 TX1 - ARKIB Curator's Note : https://bit.ly/3BJwntL PW1 - Photo Wall of IHMCF : https://bit.ly/2ULKLRU PW2 - IB Interviewed by researcher : https://bit.ly/2UJihbv V1 - Montage of Award Ceremony Anugerah Tokoh Melayu Terbilang 2007 : https://bit.ly/36YXuDc 03:04 EXHIBITION AREA 2 WP1 - Wall Projection of Recollected Memory from Public Social Media : https://bit.ly/3iV5bQn PW3 - IB Walking : https://bit.ly/2WjRJOd TX2 - ARKIB Synopsis and Biodata, Lah Mail & Brahim : https://bit.ly/3zBmRHm B1 - IB biography article : https://bit.ly/3BLRziQ B2 - IB biography article : https://bit.ly/2VicSIk , https://bit.ly/3BNKtuu , https://bit.ly/3x77Zic B3 - IB biography article : https://bit.ly/3rzM8yO , https://bit.ly/3f1PnKx , https://bit.ly/3kYO4zG B4 - Printage wood log & IB selection of books for A1 : https://bit.ly/3BGP15E A1 - (Artwork) Ibrahim Hussein - Why You Are The Way You Are, 1969 : https://bit.ly/372hXXD T1 - Slideshow model of IHMCF by Jurubena Bertiga, 1992 : https://bit.ly/3i3j4fY 08:37 EXHIBITION AREA 3 PW4 - Photo Wall of IHMCF : https://bit.ly/2URX0fB WP2 - Archive Publication of ONCE, IHMCF and News Articles : https://bit.ly/2WfBule PW5 - IB and Klaus Schwab (Founder and President of World Economic Forum), 1992 : https://bit.ly/3BMfgru B6 - ONCE Catalogue and IHMCF launch programme book : https://bit.ly/2THNv28 T4 - Interview with Faisol Abdullah : https://bit.ly/3iOrk2N T3 - Images collection of Ahmad Fuad Osman : https://bit.ly/3iRpGxh T2 - Interview with Hasnul Jamal Saidon : https://bit.ly/3BUy3ku B7 - Newspaper (LIFA) : https://bit.ly/37246kb , https://bit.ly/3iX7EtI B8 - Newspaper (LIFA) : https://bit.ly/3i5SK53 , https://bit.ly/3iPwyuX B5 - Zain & Co. (Lawyer for IHMCF)(Legal papers of IHMCF) : https://bit.ly/2THNP0Q A2 - Lim Chong Keat IHMCF drawings : https://bit.ly/3wzaYzR D1 - Jurubena Bertiga International Sdn. Bhd. architectural drawings : https://bit.ly/3rIRfwL V2 - Interview of Datuk Seri Lim Chong Keat (Architect of IHMCF) : https://bit.ly/3i6AuZm

 


Galeri Maya Pameran  ARKIB: 'Archiving Ibrahim Hussein'




Video Pameran ARKIB 'Archiving Ibrahim Hussein'